SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xviii. Sebab aku rindu kau.

152 18 18
By bajumelayujimin

"Ae-Aera...", tergagap-gagap suara Yeoreum keluar apabila ternampak wajah sahabat baiknya itu berdiri di muka pintu. Dia mengalih pandang pula ke arah Jimin yang masih mengekalkan posisinya. "Ini bukan macam apa yang kau fikir.", ujar Yeoreum lagi. Mata Jimin berkerdip-kerdip memandang Aera.

Aera pula memeluk tubuhnya, keningnya dijongket, seolah-olah meminta penjelasan tentang situasi yang kini dilihatnya. Tangan Yeoreum terus menolak dada Jimin sekuat mungkin.

•••

Mata Aera bertukar-tukar pandangan antara memandang wajah sahabat baiknya dan jejaka di sebelah sahabat baiknya itu. Aera meneguk Cola dari dalam tin lalu menghempaskan sedikit tin itu ke atas meja membuatkan Yeoreum tersentak.

"Explain.", kata Aera. Yeoreum meneguk liurnya.

"Apa yang perlu dijelaskan?", ujar Jimin. Nada suaranya jelas selamba, seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

"Aera. Aku memang tak ada apa-apa dengan mamat ni.", bersungguh-sungguh Yeoreum cuba meyakinkan Aera. "Percayalah dekat aku." Yeoreum hampir merayu sahaja suaranya. Aera menghelakan sebuah nafas.

"Bukannya aku tak percaya kau." Aera mengalihkan pandangannya ke arah wajah Jimin. "Aku tak percaya mamat ni."

"Aku?" Jimin menudingkan jari ke arah diri sendirinya dengan mamat yang membulat. Aera mengangguk. Jimin melepaskan sebuah tawa sinis. "Excuse me?", soal Jimin dengan geram.

Baru sahaja Aera ingin membuka mulut untuk membalas ayat Jimin, telefon bimbit Jimin berdering. Jimin terus mengangkat panggilan tapi matanya masih menjeling Aera, geram.

"Ya, hyung. Ah..." Jimin melihat ke arah jam tangan miliknya. "Aku datang. 10 minit lagi."

"Aku kena pergi dulu. Nanti aku call kau.", ujar Jimin sambil berdiri. Tidak sampai seminit, Jimin sudah keluar dari rumah Yeoreum. Senyap seketika suasana di antara dua orang gadis itu.

Tangan Yeoreum membetulkan kaca mata yang dipakainya. Pandangannya dilarikan melata ke sekeliling rumah, tidak berani untuk bertentang mata dengan Aera. Dia dapat rasa akan renungan mata Aera ke arahnya.

"Kau kenapa ada dengan dia?", serius suara Aera bertanya.

"Duh, sebab dia kawan aku.", Yeoreum cuba berseloroh tetapi Aera sedikit pun tidak nampak terhibur mahupun tersenyum.

"No, dia buat kau macam barang. He treats you like shit. Apa? Pura-pura jadi girlfriend dia? Gila ke apa mamat tu?", soal Aera. Sungguh, dia sudah mendengar segala perkara yang dibuat oleh Jimin. Juga perkara gila yang Yeoreum buat untuk Jimin.

Setiap kali Jimin pergi ke kelab malam sehingga pukul tiga pagi, Jimin akan menelefonnya. Yeoreum pula? Walaupun dia marah, dia setia mengambil Jimin dan mengheret jejaka itu pulang. Sudahlah jarak kelab malam itu dari rumah Yeoreum bukannya dekat.

Apa lagi? Mereka ditangkap dan gosip bahawa mereka bercinta tular di media sosial sehingga Yeoreum tidak aktif di Instagram buat seketika. Tetapi, apa yang Yeoreum buat? Setia berkawan dengan lelaki itu.

Okay, Aera akui. Boleh tahan hebat jugalah Park Jimin kerana menegakkan kebenaran tentang Yeoreum sebagai penulis skrip drama 1-4-3. Tapi, itu sahaja yang jejaka itu buat untuk Yeoreum. Mereka ibarat langit dan bumi.

"Aera, dia baiklah. Dia okay je. Cuma kadang-kadang adalah dia call aku suruh ambil dari kelab, and that's it. Nobody's perfect.", Yeoreum cuma membela Jimin.

"Dengar ni, daripada apa yang aku tengok sekarang, dia memang ambil kesempatan dekat kau. Ini bukan kali pertama dia datang rumah kau, kan?" Tekaan Aera tepat mengena sasarannya. Cepat betul Aera menangkap situasi sebenar yang berlaku antara Jimin dan Yeoreum.

"Hei, Choi Aera. Apa gunanya kawan kalau tak tolong satu sama lain. Aku pun tengah tolong kau sekarang, kau duduk dengan aku.", Yeoreum cuba pendekatan psikologi dengan mengaitkan situasi Jimin dan Aera.

"Mamat tu bukannya tak ada rumah, Han Yeoreum. Perempuan bersepah, beratur, kiri kanan atas bawah petik jari je perempuan berlari dekat dia. Kenapa dia menyusahkan kau?" Yeoreum terdiam.

"Situasi aku dengan situasi mamat tu tak sama, and you know it, Han Yeoreum."

•••

Klik!

Kepala Yeoreum serta-merta menoleh ke arah punca bunyi itu. Apabila dia menoleh ke kiri, kelihatan Jimin sedang memegang sebuah kamera polaroid di tangan. Sekeping gambar mula terjulur keluar dari hujung kamera itu.

"Apa kau buat?", soal Yeoreum. Pandangannya kembali teralih kepada buku skrip di tangan.

"Hobi baru aku.", balas Jimin. Tangan Jimin mencapai gambar polaroid yang terhasil lalu dikipas-kipasnya. Apabila gambar sudah terhasil, Jimin kelihatan berpuas hati. Dia tersenyum kecil.

"Oh... Kau nampak fokus gila dekat sini.", komen Jimin. Yeoreum hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Woi, tolong fokus dekat shoot boleh tak?", kata Yeoreum. Jimin tersengih.

•••

Baru sahaja Yeoreum membaringkan kepalanya diatas bantal, telefon bimbitnya berdering.

Incoming video call from Pau...

Yeoreum mengecilkan pandangannya. "Mamat ni memang dah gila agaknya. Pukul tiga kot sekarang.", bebel Yeoreum sendiri. Tetapi, jarinya tetap menyeret signal hijau diatas skrin sebagai tanda menerima panggilan.

Dia membetulkan rambutnya lalu menukar posisi dengan duduk bersila diatas katil. Jimin kelihatan sedang bersandar pada suatu tempat, Yeoreum boleh agak mungkin Jimin masih berada di set penggambaran.

"Park Jimin, pukul tiga pagi tahu tak?", kata Yeoreum.

Jimin menjongketkan keningnya. "Pukul tiga pun kau angkat.", balas Jimin.

"Ada apa video call aku?"

"Sebab aku rindu kau."

Terus wajah Yeoreum kaku, tidak menyangka ayat itu keluar dari mulut Jimin. Tetapi, tawa kecil yang terlepas dari bibir Jimin membuatkan Yeoreum kembali ke dunia realiti.

"Tak adalah. Aku gurau je. Aku bosan." Jimin mencebik. "Sebab tu aku video call kau, aku tahu kau mesti tak tidur lagi."

"Aku baru nak tidur, kau kacau tahu tak?" Jimin tergelak membuatkan Yeoreum tersenyum tanpa dapat ditahan.

Yeoreum menukar posisinya, kini dia berbaring diatas katil tetapi skrin telefon bimbit masih menghadap wajahnya. "Kau dekat tempat shooting lagi ke?" Jimin menganggukkan kepalanya.

"Lambat pula shooting habis. Kau tak penat ke?" ujar Yeoreum sebelum dia menguap. Risau juga dia pada jejaka itu. Tidak cukup tidur, terlupa makan, kerja sampai pukul dua tiga pagi.

"Hello, ini Park Jimin okay? Aku dah 6 tahun jadi selebriti.", penuh berlagak nada suara Jimin berkata. "Nampak macam kau lagi penat dari aku adalah."

Mata Yeoreum terkerdip-kerdip, dia menahan matanya daripada terkatup terus. Sungguh, kalau Jimin menelefonnya pada waktu lewat malam terasa seperti lagu yang mendodoikannya tidur. Suara Jimin ibarat ubat tidur bagi Yeoreum.

Hujung bibir Jimin terjongket sedikit apabila dia nampak wajah Yeoreum yang tersengguk-sengguk menahan kantuk. "Kau ada kelas awal pagi ke esok?", soal Jimin.

Yeoreum mengangguk lemah, jelas perasaan mengantuk menguasai diri. Tanpa disedari, dia sudah dibawa ke alam mimpi bersama suara Jimin.

"Good night, Han Yeoreum." Jimin menamatkan panggilan.

•••

Yeoreum mengambil tempat duduk di dalam bas yang bergerak. Melodi lagu kegemarannya berkumandang melalui fon telinga yang dipakainya. Buat seketika, Yeoreum membuang pandang ke luar tingkap bas, memerhatikan kenderaan dan manusia yang lalu-lalang pada waktu malam.

Tangannya mencapai telefon bimbit. Akaun media sosial miliknya pula dibuka.

Episod terakhir 1-4-3 mencatat rating sebanyak 17.9%!

Tanpa dapat ditahan, Yeoreum mula tersenyum. Dia ingat lagi makan malam yang diadakan demi meraikan kejayaan drama 1-4-3 beberapa hari lepas. Ramai staf yang mengucapkan tahniah kepadanya, siap ada yang sudah menyakatnya dengan jolokan 'Penulis skrip drama terbaik tahun ini'.

Jari Yeoreum menyeret skrin, ingin membaca komen artikel tersebut.

asdfgh sejujurnya, aku tak sangka yang jimin boleh bawa watak macam jung hoseok, so gentle

zxcvbn karakter jung hoseok... can i purchase him somewhere?

poiuyt jimin, the new second male lead in disguise of male lead character

hdgdja lakonan jimin bagus... chemistry dengan seulgi is too good...

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip membaca komen yang dilemparkan oleh netizen. Kebanyakannya memuji lakonan Jimin dan Seulgi juga amat menyukai keserasian pasangan itu di kaca televisyen. Tetapi, apa yang buat Yeoreum berasa agak terganggu ialah pandangan netizen berubah 360 darjah apabila Jimin membawa watak Jung Hoseok yang baik, kelakar dan setia mencintai seorang perempuan.

Mentang-mentanglah Jimin seringkali membawa watak jahat ataupun karakter playboy dalam drama-dramanya sebelum ini. Memang terkejutlah bila dia membawa watak Jung Hoseok dalam 1-4-3 yang jauh panggang dari api dengan watak yang pernah dibawa oleh Jimin sebelum ini.

Artikel berkaitan

Jimin dijumpai lagi di kelab malam... | Jimin digosipkan bercinta dengan seorang penyanyi wanita... | Artis kurang ajar = Park Jimin

Yeoreum meletakkan telefon bimbitnya. Netizen hanya percaya apa yang mereka mahukan. Pernahkah mereka lihat Jimin melakukan semua perkara itu? Mereka kenalkah Jimin secara rapat? Kalau betul pun kenal rapat, itu tidak memberikan mereka hak untuk mengkritik dan menjatuhkan hukuman sesuka hati.

Park Jimin yang aku kenal bukan begitu orangnya.

Yeoreum tersentak apabila telefon bimbitnya berdering. Nama Jimin tertera sebagai nama pemanggil. Panjang umur, baru sahaja aku baca artikel pasal kau.

"Hello?", ujar Yeoreum setelah mengangkat panggilan.

"Boleh aku datang rumah kau?"

Yeoreum tidak menjawab. "Aku ada beli KFC." tambah Jimin lagi. Jelas dia cuba untuk merasuah Yeoreum dengan makanan. Bibir Yeoreum tersengih.

"Okay. Datanglah."

•••

Mulut Yeoreum mengunyah ayam goreng, tetapi matanya tidak mampu berhenti daripada merenung Park Jimin di hadapan matanya. Mindanya mula melayang ke tempat lain, tidak lagi fokus kepada hidangan KFC di atas meja.

"Okaylah, aku setuju. Dia boleh jadi macam nak mengorat je kerja duapuluh empat jam, macam playboy pun ada, kadang-kadang annoying pun ada... Kadang-kadang kau boleh salah faham niat sebenar dia, yang tu aku setuju.", ujar Yeoreum di dalam hatinya. Yeoreum menelengkan sedikit kepalanya ke sisi, memerhatikan mata Jimin pula.

"Tapi, kalau kau tolak tepi semua tu... Dia sebenarnya... Tak adalah teruk mana sebagai seorang lelaki. Dia handsome, karier dia stabil, kaya, lepas tu, dia sebenarnya baik, ambil berat pasal orang... Setia pun setia. Suara sedap, pandai main gitar, tulis lagu, producing, berlakon, rajin pula tu."

"Dia bukan macam apa yang media cakap, media selalu cakap dia ni suka main perempuan je, lepas tu tak ada adab. Ataupun popular sebab rupa dia je.

"Dah habis tenung aku?", tegur Jimin secara tiba-tiba membuatkan Yeoreum tersentak. Jimin jelas tersengih menyakat apabila Yeoreum kembali ke dunia realiti. Bukan dia tak perasan, ada dekat lima minit Yeoreum merenungnya.

Yeoreum berdehem, cuba mengawal segannya. Tidak sangka tertangkap merenung Jimin. "Ma一mana ada aku renung kau!", Yeoreum menafikan.

Jimin menongkay dagunya sambil memandang Yeoreum. "Entah-entah... Kau dah jatuh cinta dengan aku?", soal Jimin.

Yeoreum menghelakan sebuah nafas, penat juga dengan perangai Jimin yang perasan tidak kira masa. "Suka hati kaulah nak fikir apa, Park Jimin." Yeoreum mengangkat bendera putih.

Yeoreum meneguk minuman Sprite miliknya, dia teragak-agak untuk menanyakan soalan yang berlegar-legar di minda. "Kau tak rasa ke...", Jimin mengangkat wajahnya apabila Yeoreum mula bersuara, "Yang kau perlu ubah cara orang ramai tengok kau?"

Jimin meletakkan burger yang berbaki separuh diatas meja. "Kau kesiankan aku ke?", soal Jimin.

"Ha'ah." Jimin terus meletakkan tangan di atas dada dengan riak wajah yang seolah-olah disakiti.

"Ouch. Kenapa kau jujur sangat?"

Sempat lagi dia melawak, aku tengah serius ni. "Aku seriuslah. Kau tak penat ke dengan cara media keluarkan artikel pasal kau? Jadi orang fikir kau memang macam tu orangnya, padahal bukan pun.", jelas Yeoreum. Dia masih terbayang-bayang artikel yang dibacanya di dalam bas. Bukan itu sahaja artikel yang dibacanya, sebelum ini juga Yeoreum terbaca artikel yang hampir sama. Semua mengatakan Jimin itu bukanlah seorang selebriti yang mempunyai reputasi baik.

"Well...", Jimin terhenti buat sejenak, "Orang percaya apa yang mereka nak. Kalau media keluarkan artikel yang betul pasal aku pun, orang tetap akan pilih apa yang mereka nak percaya. Tak ada guna dan aku akan sentiasa kembali ke tempat yang sama.", ujar Jimin, suaranya tenang, terlalu tenang. Padahal, dalam hati, hanya Tuhan yang tahu. Kononnya, dia sudah lali sebagai selebriti selama 6 tahun, alah bisa tegal biasa.

"Tapi, kau boleh pilih. Untuk buat orang percaya.", Yeoreum berhujah lagi.

Jimin mula tersenyum, dahinya berkerut. Terasa pelik dengan Yeoreum yang tiba-tiba membuka topik sebegini. "Apa je pasal aku yang lain sangat daripada apa yang media cakap? Ada yang memang betul apa?", soal Jimin. Dia tidak mampu menafikan kebenaran artikel dan gosip yang tular tentangnya kerana ada kebenarannya, tetapi masalahnya... Tabloid suka menokok-nambah cerita mengikut sesuka hati mereka, gemar menambah garam secukup rasa.

"Lagi-lagi bahagian yang kau selalu pergi kelab tu.", sempat lagi Yeoreum menyakat. Terus tajam mata Jimin menjeling Yeoreum membuatkan Yeoreum tersengih.

Ayam goreng yang berbaki dikunyah dan ditelan sebelum Yeoreum menyambung. "Maksud aku, media selalu cakap pasal kau ni playboy. Well, boleh dikatakan memang betul pun, tapi masalahnya... Bukan kau yang goda atau mengorat dengan semua perempuan tu, selalunya perempuan-perempuan tu yang datang dulu dekat kau lepas tu bila kau tinggal, diorang sedih sendiri. Tapi, artikel cakap macam kau seorang sahaja yang jahat dan salah. Suka main hati perempuan. Artikel selalu berat sebelah. Perempuan-perempuan tu pun satu, dah tahu perangai kau macam tu, nak juga dekat kau. Salah kau ke? Tak, kan?"

Penuh panjang lebar Yeoreum berkata, jelas tidak puas hati itu membara-bara di dalam hati. Jimin pula rasa terhibur melihat Yeoreum yang bersungguh-sungguh melontarkan hujah.

"Kedua." Yeoreum mengangkat jari telunjuk setelah mengangkat ibu jari. "Kau kurang ajar dengan staf. Well, lagi sekali, ada betulnya, tapi bukannya duapuluh empat jam kau cari pasal dengan staf. Kau bukan kurang ajar tapi kau lebih kepada...", ayat Yeoreum terhenti sejenak, mindanya mencari-cari frasa yang sesuai untuk menggambarkan Jimin.

Yeoreum memetik jari apabila perkataan tepat muncul di mindanya. "Perfectionist! Aku akan cakap kau ni perfectionist orangnya. Tapi, macam yang kau cakap, orang ada anggapan sendiri, dan diorang pilih untuk baca, dengar dan tengok apa yang diorang nak."

Nada suara Yeoreum seolah-olah kesal di hujung ayatnya. "Kau tak benci ke bila orang selalu fikir kau macam tu setiap masa? Mestilah akan ada masa kau sedih,  marah, cuai, walaupun kau selebriti. Kau tetap manusia. Takkanlah manusia mampu jadi sama je setiap masa."

Jimin setia mendengar kata-kata Yeoreum tanpa menyampuk. Dalam hati, dia terasa terharu juga. Gadis itu mengambil berat tentangnya.

"Jadi... Macam yang kau cakap, macam mana kau nak ubah persepsi orang?", Jimin melontarkan soalan.

Yeoreum melepaskan tawa, tidak percaya. "Kaulah yang kena fikir jalan penyelesaiannya!  Aku pula yang kena fikir...", kata Yeoreum. Aku sudah membebel tidak cukup airliur, dia suruh aku fikir jawapan kepada masalah dia.

"Ada We Got Married, nak masuk tak dengan aku?", selamba Jimin bertanya.

Yeoreum merenung wajah Jimin sejenak. Dia benci kepada jejaka ini. Yeoreum sentiasa tiada jawapan, dia tidak tahu kalau Jimin bergurau atau serius dengan apa yang dikatakannya. Tak tahulah sama ada jejaka itu memang jujur ataupun hanyalah seorang pelakon yang handal.

"Kau fikir lawak?", tanya Yeoreum, geram. Jimin hanya tersenyum.

•••

Pau
movie night and chill?
datang rumah aku

Han Yeoreum
call

Sepanjang perjalanan ke rumah Jimin, dia teringat akan perbualannya bersama rakan sekelas di universiti tengah hari tadi. Rakan sekelas perempuannya yang bercinta dengan seorang lelaki, dan satu universiti tahu.

Kenapa? Mereka terkenal dengan perbalahan mereka sebagai pasangan kekasih. Sekejap baik, sekejap gaduh. Sekejap putus, keesokan harinya bercinta semula. Macam-macam hal.

Rupa-rupanya... Si jejaka itu yang sering buat perangai. Layan perempuan lainlah, cemburu buta, mengatakan teman wanitanya gatal hanya kerana bercakap dengan lelaki lain.

Pendek kata, sampah. Sekelumit perasaan kasihan terbit dari hati Yeoreum terhadap perempuan itu. Sumpah, perempuan itu sepatutnya dapat lelaki yang lebih baik. Tapi, mungkin cinta itu memang buta.

Si perempuan tidak mahu memutuskan hubungan mereka. Terlalu sayang katanya.

Jujur Yeoreum ingin katakan itu perkara yang paling bodoh untuk dilakukan, tetapi apalah yang Yeoreum tahu. Dia tidak pernah bercinta, mahupun mempunyai teman lelaki. Lagipun, dia malas mahu memberi komen apa-apa, takut memakan diri sendiri.

Akhirnya, dia tiba di perhentian bas yang dituju. Yeoreum berjalan sehingga dia berada di hadapan rumah Jimin. Loceng ditekan lalu pintu pagar dibuka.

"Yeoreum!", sapa Jimin dengan girang. Bau makanan menyapa deria bau Yeoreum membuatkan perutnya berkeroncong, lapar.

"Aku bau makanan." Kening Yeoreum jongket-jongketkan dengan teruja. Jimin turut tersenyum. Mereka mengambil tempat di atas sofa menghadap televisyen. Jimin mula memilih filem manakala Yeoreum mencapai bantal untuk dipeluk.

Masing-masing mula fokus pada filem yang ditayangkan. Yeoreum ralit mengunyah sambil menonton filem tersebut.

"Apa ciri-ciri lelaki idaman kau?", tiba-tiba sahaja Jimin bertanya. Kening Yeoreum berkerut, kepalanya menoleh untuk memandang Jimin.

"Tiba-tiba je kau ni."

"Tak adalah... Filem ni cakap pasal ciri-ciri lelaki idaman. Kau kan pernah suka Taehyung dulu. Taehyung ada ciri-ciri lelaki idaman kau ke?"

Bibir Yeoreum gigit perlahan, mengambil masa untuk menjawab pertanyaan Jimin. "Aku mana ada ciri-ciri lelaki idaman. Kalau kau suka seseorang, kau suka jelah, betul tak?", secara halus Yeoreum cuba mengelak daripada menjawab soalan Jimin.

Kepala Jimin mengangguk kecil. Yeoreum mencuri pandang ke arah Jimin, agak lega yang Jimin tidak bertanya dengan lebih lanjut, ataupun perasan akan dia yang mengubah topik dan tidak menjawab soalan. Berdebar juga dengan soalan cepumas yang dilemparkan oleh Jimin.

Hampir dua jam berlalu, akhirnya filem yang ditonton mereka sampai ke penghujungnya. Sekali lagi, mata Yeoreum bergenang dengan airmata. "Kau suka kan pilih cerita sedih macam ni?", rungut Yeoreum sambil mencapai kotak tisu di atas meja.

Jimin menjulingkan matanya. "Siapa yang cakap dia suka cerita pengakhiran sedih?", sindir Jimin. Yeoreum melemparkan kotak tisu ke arah Jimin. Alat kawalan jauh televisyen dicapai, cuba mencari rancangan yang boleh mengubat kesedihan.

Akhirnya, Yeoreum terhenti di channel KBS World yang menayangkan Return Of The Superman. Baik aku tengok budak-budak comel ni, terubatlah sedikit hati.

Sedikit demi sedikit, bibir Yeoreum mula terukir senyuman melihat telatah kanak-kanak di dalam rancangan itu. "Ah, comelnya...", spontan pujian itu keluar dari mulut Yeoreum.

Jimin yang berbaring di atas sofa menoleh ke arah Yeoreum. "Kau bukan tak suka budak-budak ke?" Yeoreum menjeling Jimin. Nak perli akulah tu.

"Kutuk akulah tu."

"Macam mana kalau kau ada anak nanti?", soal Jimin lagi.

"Ha, baguslah! Aku memang akan jadi anak dara tua pun! Boyfriend pun tak ada! Ha, bagus sangat!", dengan geram Yeoreum berkata. Ada nada rajuk di dalam ayatnya. Kemudian, dia teringat pula akan perbualannya bersama rakan-rakan perempuannya di universiti.

Tak apa, Han Yeoreum. Lebih baik kau solo sahaja, daripada dapat teman lelaki yang tak guna macam tu. Betul, betul, betul.

Bichi naneun solo, tak gitu? Contohi Jennie. Jennie is a queen.

"Sebab tulah... Kau kena kahwin dengan orang macam aku. Pandai jaga budak-budak.", selamba Jimin memuji diri sendiri. Yeoreum tersentak sedikit mendengar ayat Jimin.

Kahwin... Dengan kau?

Gila.

"Aku rasa Taehyung lagi pandai jaga budak dari kau.", ujar Yeoreum, cuba berlagak okay. Jimin terus bangun terduduk sambil memandang Yeoreum.

"Kenapa pula Kim Taehyung tiba-tiba masuk dalam perbincangan kita?"

Badan Yeoreum sandarkan kepada sofa, mindanya mula teringat kepada dirinya di sekolah rendah yang memang angau dengan Kim Taehyung. "Tak adalah... Mamat tu, memang suka gila dengan budak-budak. Kau tak nampak ke mata dia bersinar macam berlian bila dia main dengan budak? Kau fikir kenapa aku suka dia dulu?", bersungguh-sungguh Yeoreum menjelaskan.

Benar, dia jatuh cinta dengan Taehyung dulu setelah melihat Taehyung bermain dengan budak-budak di taman permainan berhampiran sekolah. Sumpah comel gila nak mati. Cair hati dia melihat, sejuk perut ibu mengandung kalau tengok. Huhu.

"Kau masih suka dia?" Diam, Yeoreum tidak menjawab soalan Jimin. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip memandang Jimin.

Apa maksud kau di sebalik soalan ini? Bolehkah aku meletakkan harapan? Adakah ini klu?

Sedar diri, Han Yeoreum.

"Kau suka Taehyung lagi?", Jimin mengulang soalannya.

"Kalau aku suka dia lagi pun, kenapa? Kau nak bagi tahu dia lagi macam kau pernah buat dulu?", sengaja Yeoreum memutar belit soalan.

Jimin mengeluh kasar. "Kau suka dia lagi ke tak?"

"Ah! Aku tak suka dia dah! Puas hati?", dengan geram Yeoreum membalas. Panas hati pula dengan Jimin yang mendesak.

Jimin tersenyum, puas hati. "Good job."

Yeoreum memandang wajah Jimin yang kini memandang skrin televisyen. Apa maksud kau dengan good job? Kau tak boleh main dengan hati aku begini, Park Jimin.

"Jimin.", panggil Yeoreum. Tangannya digenggam kuat, agak berdebar dengan soalan yang akan ditanya. "Kita... Kawan kan?"

"Mestilah.", tanpa menunggu sesaat Jimin sudah membalas.

Wah, boleh tahan pedih juga rasanya.

"Tapi kenapa kau selalu berlagak macam kau boyfriend aku, macam kau cemburu kalau aku cakap pasal Taehyung?", soal Yeoreum dengan berterus-terang. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan itu, Yeoreum terus menyesal. Dia akan buat suasana menjadi kekok, persahabatan mereka dalam bahaya.

"Tak boleh ke aku risau dekat kau sebagai seorang kawan?", soal Jimin, tenang sahaja suaranya. Tiada tanda-tanda dia salah faham dengan maksud sebenar soalan Yeoreum. Yeoreum berasa lega, tetapi hatinya juga rasa ngilu mendengar ayat Jimin.

Risau, sebagai seorang kawan.

He's definitely drawing the line. Dia tak suka kau lebih daripada seorang kawan, Han Yeoreum.

"Kim Taehyung okay apa?", Yeoreum mencuba lagi.

"Aku cuma tak nak kau terluka macam dulu."

Ah, sudah. Jimin membuat garisan yang baru dilukis dengan jelas menjadi kabur semula.

"Jom, kita keluar ambil angin.", ajak Yeoreum. Terasa sesak pula berada di dalam rumah dengan Jimin. Entah kenapa, cuaca yang sepatutnya sejuk kerana musim sejuk semakin mendekat tetapi Yeoreum terasa pipinya membahang.

Mereka mengambil tempat duduk diatas buaian yang menghadap halaman rumah Jimin. Angin malam yang dingin menampar-nampar wajah mereka dengan lembut.

"Tapi... Taehyung memang cinta pertama kau ke?"

Ah, sudah. Ingatkan topik ini sudah dilupakan.

Yeoreum menarik nafas. Cuba mencari kekuatan yang bersisa. "Rasanya. Kenapa?"

"Tak adalah. Kalau kau boleh jatuh cinta dengan dia, takkan kau tak ada suka lelaki lain?"

Ada, dia ada dekat depan mata aku. Kau sahaja yang tidak tahu.

"Aku... Tak suka sangat. Hubungan bercinta ni.", entah macam-mana ayat merepek itu boleh lahir dari mulut Yeoreum.

Dahi Jimin berkerut, keliru. "Kau dah tulis skrip drama cinta, tapi kau benci hubungan percintaan?"

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. "Tak adalah benci. Fantasi dan realiti tu berbeza.", ujar Yeoreum. Mindanya kembali memikirkan tentang hubungan percintaan kawan seuniversitinya. Sesungguhnya, cinta ini memang indah khabar dari rupa.

"Maksud kau?", soal Jimin, tidak mengerti.

"Aku sekarang dah faham."

"Faham apa?", makin keliru Jimin dibuatnya.

"Sebab kenapa aku tak ada boyfriend. Ataupun bercinta dengan sesiapa.", Yeoreum kini bersandar di buaian. Jimin turut memandang Yeoreum dari hujung buaian.

"Kenapa?"

Bibir diketap. "Sebab aku takut.", Yeoreum terhenti sejenak, memikirkan ayat sesuai untuk menjelaskan perasaan sebenarnya. Jimin pula setia menunggu, tidak mendesak Yeoreum untuk bercakap.

"Aku nampak hubungan orang lain. Boleh cakap... Tak adalah bagus mana.  Aku dengar je pun dah rasa sedih, bayangkan kalau aku ada dekat tempat diorang."

"Cinta ni perlu kepercayaan, dan aku tak rasa yang aku boleh percaya sesiapa dengan sepenuh hati aku. Aku tahu... Tak adalah semua percintaan tu teruk, ada juga yang baik."

"Tapi... Akhirnya cinta tu perlukan pengorbanan. Kau kena saling memahami, cuba serasikan diri dengan pasangan kau, tapi kau masih kena jadi diri sendiri. Cinta yang macam tu nampak macam mustahil."

Yeoreum tersenyum segaris. Jimin masih meminjamkan telinganya, setia mendengar.

"Bagi aku, cinta ni memenatkan. Aku dengar kisah cinta kawan aku pun aku dah rasa penat. Kalau kau nak buat apa-apa, kau kena fikirkan pasal perasaan pasangan kau. Kalau kau jumpa seseorang, dia cemburu ke tak? Kau kena hati-hati untuk tak buat dia sedih."

Yeoreum tiba-tiba tersenyum, agak sinis. "Jangan cakaplah bila kau kena pura-pura gembira bila pasangan kau ada berita gembira, tapi kau tengah sedih. Pergaduhan, salah faham... Aku tak suka semua benda tu."

"Kau ni memang fikir benda buruk je kan?", soal Jimin, agak geram. "Kenapa kau fokus dekat benda negatif je?"

"Han Yeoreum, cinta tu satu benda yang besar. Betul, akan ada naik turunnya dalam perhubungan, tapi kau juga yang cakap dekat aku. Pelangi akan muncul selepas ribut petir."

Yeoreum melarikan pandangannya daripada bertentang mata dengan Jimin. Terasa degupan jantungnya tidak stabil setelah berbincang tentang topik itu dengan Jimin.
  
"Kesan sampingan bila kau jadi penulis kisah cinta yang sedih aku rasa. Ugh..." Yeoreum menggelengkan kepalanya. "Jangan layan aku Park Jimin, mungkin ini mood swing aku.", Yeoreum malas ingin memanjangkan perbincangan ini. Bukan apa, dia tak kuat. Takut tidak mampu menahan perasaan sendiri. Dia mula meletakkan tangan di dalam poket sweater, kedinginan.

"Kau nak percaya aku tak?"

"Ha?"

"Dalam masa setahun, jadi girlfriend aku."

Sumpah, Yeoreum terasa segala organ  di dalam badan akan melompat keluar pada bila-bila masa. Waktu seperti terhenti berdetik. Terasa seperti mereka berdua sahaja yang berada diatas muka bumi.

"Aku akan buktikan dekat kau, jenis cinta yang kau cakapkan tu memang wujud, dan bukannya fantasi yang hanya wujud dalam buku atau filem. Hanya satu tahun, no strings attached."

Lidah Yeoreum kelu. Perasaannya seperti berbolak-balik berada di dalam rollercoaster. Mengujakan, tetapi berisiko tinggi.

"Kau boleh putus dengan aku sebelum satu tahun tamat kalau kau tak puas hati dengan aku."

"Kau boleh bercinta dengan orang lain kalau kau ada suka lelaki lain. Kau boleh curang dengan aku, tapi aku akan layan kau sebagai girlfriend aku. Aku akan tunjukkan cinta yang kau patut dapat kalau kau jadi girlfriend seseorang.", sambung Jimin.

Perlahan-lahan, salji mula turun dari langit dengan lembut dan perlahan, ibarat magis. Melitupi bumi dengan warna putih yang suci. Jimin dan Yeoreum berpandangan buat seketika tanpa sebarang kata.

"Selepas setahun, kita akan jadi kawan balik. Try and trust me.", lembut suara Jimin berkata.

"Kau tak percaya aku?"

Ya, memang aku tak percaya kau, Park Jimin.

Jimin menghelakan sebuah nafas, wap udara yang memutih keluar dari mulutnya. "Aku ni lelaki jenis apa dimata kau?"

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. "K一kau?" Jimin mengangguk. "Peminat kau kan cakap suara kau sedap, pandai main gitar, buat lagu, berlakon一"

"Bukan dari perspektif sebagai seorang selebriti. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai Park Jimin, kalau aku sebagai boyfriend kau?"

Senyap. Mereka hanya bertukar pandangan, seolah-olah jawapan ada di sebalik pandangan mata mereka.

Yeoreum meneguk liur, cuba memberanikan diri dengan soalan yang akan ditanya seterusnya. Genggaman tangan semakin erat.

"Biar aku pula yang tanya kau. Bukan dari perspektif sebagai seorang kawan rapat. Aku ni macam mana orangnya dimata kau, aku sebagai perempuan bernama Han Yeoreum, kalau aku sebagai girlfriend kau?", tanya Yeoreum.

Aku tahu, kita bermain api dengan soalan begini. Aku tahu, persahabatan kita dalam bahaya jika kita masuk kepada topik ini.

Mungkin aku tak tahu perasaan kau terhadap aku, Park Jimin. Tapi aku tahu akan perasaan aku.

Aku suka kau, Park Jimin. Setia mencintai kau, sejak enam tahun yang lalu.

•••

ah, angsty. i love

tak sabar tunggu comeback bts uish PERSONA WHO THE HELL AM I TELL ME ALL YOUR NAMES BABY DO YOU WANNA DIE DO YOU WANNA FLY

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 1.3K 22
[ complete ] [ malay fanfic ] start : 20/06/26 end : 21/ 07/ 17 - you are my reason to breath
9.8K 750 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :