SELEBRITI. » park jimin

Galing kay bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... Higit pa

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?

157 16 23
Galing kay bajumelayujimin

Tangan Yeoreum yang memotong daging steak harga cekik darah itu terhenti. Matanya menjeling ke arah jejaka yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tanpa dapat ditahan, tawa kecil terlepas dari mulut Yeoreum buat kesekian kalinya.

Seokjin turut tersenyum. "Kenapa kau ketawa?", tanya Seokjin setelah menelan daging yang dikunyahnya. Yeoreum menggelengkan kepalanya.

"Tak adalah... Aku masih tak sangka yang kau pasangan blind date aku...", ujar Yeoreum tanpa sengih yang tidak dapat ditahan. Seokjin turut melepaskan tawa kecil. Mereka sama-sama terkejut untuk bertemu dengan satu sama lain, di blind date pula. Aduh, dunia ini terlalu kecil.

"Aku pun." Seokjin bersetuju.

"Maksudnya... Kau dah jumpa mak akulah kan?" Kini Yeoreum memulakan sesi soal siasatnya. Alang-alang pasangan blind date ini ialah seseorang yang dikenalinya, lebih selesalah jawabnya.

Minda Seokjin berfikir buat seketika. "Ah!", seperti teringat sesuatu Seokjin berkata. "Mak kaulah yang aku jumpa dua minggu lepas tu?" Kini Yeoreum menganggukkan kepalanya.

"Tapi, kenapa kau setuju untuk pergi blind date ni? Nasib baik kau, kalau orang lain mesti aku dah kekok gila.", luah Yeoreum.

Seokjin mengelap bibirnya dengan menggunakan napkin yang tersedia. "Sebenarnya... Aku cuma ikut cakap mak aku.", Seokjin akui dengan jujur membuatkan Yeoreum tersenyum.

"Samalah dengan aku."

Masing-masing kembali menyambung makan diselangi sembang. "Boleh tak aku nak cakap sesuatu?", tanya Seokjin. Yeoreum mengangguk.

"Apa dia?", kata Yeoreum setelah tawanya reda. Aduh, boleh tahan lawak juga jejaka bernama Kim Seokjin di hadapan matanya ini.

"Kau nampak cantik." Ayat yang diucapkan oleh Seokjin itu terus membuatkan mulut Yeoreum terkaku daripada mengunyah suapan daging terakhirnya. Matanya berkerdip-kerdip sambil memandang Seokjin.

Seokjin pula mencapai gelas berisi air kosong lalu meneguknya, kelihatan resah semacam. "Aku tak tipu. Lagi-lagi bila kau biar rambut kau tak berikat.", sambung Seokjin lagi.

Pipi Yeoreum usah dikata. Sudah boleh dibuat goreng telur dengan tahap suhu begitu. Segan sungguh menerima pujian sebegitu.

"Tapi... Kau selesa ke?", suara Seokjin bertukar prihatin secara tiba-tiba. Kening Yeoreum terjongket, tidak mengerti.

"Pakai dress semua... Kau memang nampak cantik, tapi... Inikan bukan gaya kau yang selalu...", makin perlahan suara Seokjin, mungkin takut jika ada ayatnya yang mungkin menyinggung perasaan Yeoreum sebagai seorang perempuan.

Yeoreum berasa agak kagum di dalam hati. "Apa gaya aku yang selalunya?", soal Yeoreum.

"Jeans? Sweatshirt... Hoodie... Sneakers... Kasual?", jawab Seokjin. Yeoreum mula memeluk tubuhnya, riak wajahnya ditahan daripada kelihatan terlalu kagum dengan perhatian Seokjin terhadapnya.

"Kau nak aku jujur ke?" Seokjin menganggukkan kepalanya.

"Sumpah tak selesa." Tergelak besar Seokjin mendengar pengakuan Yeoreum.

"Rasa macam kaki aku sejuk je pakai dress ni. Aku rasa macam tak kena pakai celak disebalik spek mata. Kaki aku melecet. Aku rasa nak ikat rambut sebab rimas. I'm dying inside." Makin galak Seokjin tergelak menyebabkan Yeoreum tergelak sama.

"Tapi, aku rasa aku boleh tahan lawa juga bila pakai macam ni, so..." Yeoreum menjongketkan bahunya.

"Aduh... Han Yeoreum, Han Yeoreum...", ujar Seokjin apabila tawanya sudah reda. Air kosong di dalam gelas diteguk sekali lagi untuk mencari oksigen akibat terlalu lama ketawa.

"Kau serius ke nak bayar untuk makanan hari ni? Mahal gila kau tahu? Kenapa kau pilih Pullman? Hotel lagi murah pun ada.", Yeoreum menyatakan pendapatnya. Seokjin menongkat dagunya sambil tersenyum memandang Yeoreum.

"Aku nak buat first impression yang baik dekat pasangan aku. Itu je.", balas Seokjin dengan ringkas.

Oh, lelaki yang beradab, getus hati Yeoreum. Gentleman, bukan macam seseorang yang aku kenal.

Han Yeoreum, fokus!

"Okay, sebelum kita keluar dari tempat ni, jom kita main game nak?", ajak Seokjin. Mata Yeoreum kelihatan bersinar, seperti berminat.

"Game apa?"

"Alang-alang memang kita dah dekat blind date, tak salahkan untuk aku kenal kau dengan lebih mendalam?"

"Okay, boleh." Yeoreum menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Seokjin tersenyum.

"Kita tanya sepuluh soalan dekat satu sama lain, tak kisah soalan apa pun, mesti kena jawab. Siapa nak mula dulu?", kata Seokjin. Oh... Menarik juga.

"Kaulah mula dulu."

"Okay...", Seokjin melarikan pandangannya seperti memikirkan soalan yang ingin ditanyakan kepada Yeoreum.

"Penyanyi yang kau minat?" Mata Yeoreum berkerdip-kerdip.

"Ah... Ramai sangatlah...", Yeoreum meminati terlalu ramai penyanyi sehingga dia tidak tahu ingin memilih yang mana satu. Seokjin kekal menunggu.

"Lagi satu. Kena jawab dalam masa tiga saat." Selamba Seokjin menambah peraturan. Yeoreum menjeling Seokjin tetapi Seokjin kekal tersenyum.

"DAY6?", jawab Yeoreum. Seokjin menganggukkan kepalanya.

"Makanan kegemaran?"

"Apa-apa sahaja yang mak aku masak."

"Musim kegemaran?"

"Tengok namalah." Seokjin tergelak mendengar puns yang diberikan oleh Yeoreum.

"Okay, musim panas.", ujar Seokjin.

"Warna kegemaran?"

"Warna gelap. Ungu gelap, biru gelap, coklat... Ah. Putih."

"Ideal date?"

"Tengok bintang?" Minda Seokjin sudah mula merancang sesuatu apabila mendengar jawapan Yeoreum. "Tak kisahlah date apapun sebenarnya. Tengok wayang, makan, jalan tepi sungai. Makan aiskrim. Aku tak kisah."

"Genre kegemaran?"

"Mestilah romantik komedi! Tapi aku suka juga action, thriller, misteri, psiko-thriller, melodrama..."

"Impian?"

"Publish novel sendiri?"

"Kalau kau boleh rate date hari ni dari skala 1 hingga 10?"

Bibir Yeoreum tersungging mengukir senyuman mendengar soalan Seokjin. "Sembilan perpuluhan lima.", jawab Yeoreum. Kening Seokjin terjongket.

"Kau kena ingat aku pakai macam mana hari ini...", Sekali lagi Seokjin tertawa kecil lalu menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

"Filem kegemaran?"

"Banyak sangat. Tapi apa-apa yang ada pengakhiran sedih, automatik ada tempat dalam hati aku."

"Kalau aku tanya sama ada kau nak jadi girlfriend aku atau tak, kau akan cakap ya ke?" Tanpa berkias-kias, Seokjin berterus-terang. Matanya tepat merenung mata Yeoreum, menandakan perasaannya terhadap Yeoreum yang ikhlas.

Yeoreum menjadi tidak keruan, tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu. Seokjin mengusap belakang leher menandakan dia segan. "Soalan tu mungkin terlalu cepat eh?", tanya Seokjin sebelum tertawa kecil.

Padahal, dalam hati Yeoreum sudah terasa pelbagai perkara. Berdebar ialah salah satunya. Jiwanya terasa bergetar mendengar pengakuan ikhlas jejaka itu.

"Aku suka kau, Han Yeoreum." luah Seokjin, matanya memandang wajah Yeoreum.

"Aku masih suka kau, Han Yeoreum. Walaupun empat tahun dah berlalu."

•••

"Cik Yeoreum!"

"Selamat kembali!"

"Ah, hari-hari tanpa penulis asal kita teruk sangat..."

Sebegitu meriah staf-staf drama 1-4-3 menyambut kedatangan Yeoreum semula. Kebanyakan staf melemparkan senyuman dan mengucapkan selamat kembali. Masing-masing kelihatan gembira apabila penulis skrip asal drama itu berada di situ, di tempat yang sepatutnya.

"Ini semua sebab aku tahu?", bisik Jimin dengan nada yang berlagak ke telinga Yeoreum. Yeoreum menoleh lalu tersenyum. Dia menyiku perlahan lengan Jimin.

"Mestilah sebab kau. Terima kasih tau?", ucap Yeoreum. Kening Jimjn terjongket kerana bukan itu reaksi yang dia agak Yeoreum akan beri.

Tanpa aku sedar, aku banyak terhutang budi dengan Jimin.

"Cut! Kita rehat 10 minit!", suara pengarah berkata apabila babak yang dilakonkan oleh Seulgi dan Jimin mencapai tahap kepuasannya. Pengurus Seulgi pantas menyarungkan sweater ke badan Seulgi. Manakala, Jimin berjalan ke arah Yeoreum sambil berpeluk tubuh.

"Kau tak sejuk ke?", tanya Yeoreum. Jimin yang memakai baju berlengan pendek hanya menjongketkan bahunya. Babak yang kini dilakonkan oleh Seulgi dan Jimin ialah babak dimana Eul dan Hoseok melihat bintang bersama pada waktu malam. Tangan Jimin mencapai botol air mineral lalu meneguknya.

Hakikat sebenarnya, jarum jam hampir ke pukul dua pagi. Suhu disitu pula sangat sejuk kerana dikelilingi oleh pohon yang merimbun. Musim luruh pula makin menghampiri membuatkan suhu bertambah dingin.

Tanpa sebarang kata, Yeoreum menanggalkan sweater yang diikat di pinggang lalu disarungkan ke tubuh Jimin. Mata Jimin memandang perbuatan Yeoreum dengan sangsi

"Oh... Kau risaukan aku ke ni?", tanya Jimin.

"Kau selalu buat macam ni untuk aku. Apa salahnya aku buat untuk kau?", balas Yeoreum sambil tersenyum.

"Hoseok, Eul! Kembali ke set!", ada staf melaung menandakan waktu rehat mereka sudah tamat. Jimin meraup-raup rambutnya, membetulkan gayanya.

"Sini." Yeoreum mencapai lengan Jimin daripada meraup rambut. Tangan Yeoreum mula membetulkan kedudukan rambut Jimin. Secara refleks Jimin merendahkan kepalanya supaya Yeoreum dapat membetulkan rambutnya dengan selesa.

"Siap.", ucap Yeoreum. Jimin pun menaikkan kepalanya dan jarak wajah mereka hanyalah beberapa inci antara satu sama lain, terlalu dekat. Buat seketika, mereka hanya merenung mata satu sama lain sehingg Yeoreum berdehem. Mereka  kembali ke bumi nyata.

Yeoreum pula melangkah setapak ke belakang menjauhi Jimin. Jimin kembali ke set penggambaran.

•••

Yeoreum meletakkan mangkuk mi segera yang siap digaul segala bahannya di hadapan Jimin. Jelas dia mendahulukan Jimin sebelum dia makan. Mata Jimin bergilir-gilir memandang antara mi segera dan Yeoreum. Kini mereka berdua berada di sebuah 7Eleven yang beroperasi selama dua puluh empat jam, pada jam tiga pagi.

"Makanlah.", ujar Yeoreum. Kepala Jimin geleng perlahan, masih sangsi. Tetapi, lambat-laun tangannya mencapai mangkuk mi segera.

"Yeoreum."

"Mhm?"

"Kenapa kau baik sangat dengan aku sejak kebelakangan ni?", soal Jimin. Mata Yeoreum tajam menjeling jejaka di hadapannya. Garfu pula dicucuk ke dalam mi segera dengan geram.

"Hei! Aku memang baiklah! Kau je yang tak tahu..." Suara Yeoreum meninggi, jelas dia rasa diperli oleh ayat Jimin.

"Tak adalah. Kau tak complain bila aku datang rumah kau. Lepas tu, waktu shooting drama, kau pinjamkan aku sweater kau. Sedangkan kau jenis yang memang anti cuaca sejuk." Jimin mula menyatakan perkara yang Yeoreum buat terhadapnya.

Yeoreum mencebikkan bibirnya. Aku baik pun salah, jahat pun salah. Huh. Tetapi, dia kembali tersedar sesuatu. Jimin banyak membantunya, lebih-lebih lagi tentang hal penulis skrip drama 1-4-3.

"Aku kan banyak terhutang budi dengan kau." Tangan Yeoreum menguis mi segera dengan menggunakan garfu. "Setakat benda macam tu, benda kecil jelah. Aku cuma balas balik jasa kau."

Atau aku cuma mahu bersembunyi di sebalik perasaan aku yang sebenar terhadap kau. Aku pun tidak tahu.

"Kau sampaikan pergi buat entah apa sampai keluar artikel bagai. Sampaikan aku dapat balik kerja aku sebagai penulis skrip drama 1-4-3. Rating drama pun bukan main mencanak naik. Episod semalam pun 12% tahu?", ujar Yeoreum lagi.

"Kau menyebelahi aku bila tak ada orang lain ada dengan aku. Sampaikan sanggup lepaskan kerja kau sebagai watak utama drama. Takkanlah aku nak duduk diam je? Aku bukannya jenis tak reti mengenang budi."

Bibir Jimin mula mengukir sebuah senyuman kecil mendengar penjelasan Yeoreum yang panjang lebar. "Itulah, boleh tahan cool juga kan aku?" Jimin memulakan sesi masuk bakul angkat sendiri tetapi Yeoreum tidak mampu menafikan. Itu semua fakta.

"Kalau kau betul nak balas budi aku... Aku ada satu cara.", kata Jimin.

"Apa dia?"

"Tunaikan permintaan aku."

"Permintaan apa?", soal Yeoreum lalu menyuapkan mi segera ke dalam mulut.

Jimin memusingkan garfu di tangan, seolah-olah berfikir. "Buat masa sekarang aku tak ada lagi permintaan... Jadi kita tunggu nanti, bila ada masa aku nak minta sesuatu dari kau?"

Yeoreum mengangguk, bersetuju. "Okay."

Suasana kembali senyap antara mereka, hanya dipenuhi dengan bunyi mulut mengunyah dan menikmati mi segera. Tiba-tiba, minda Yeoreum teringat sesuatu.

"Aku ada benda nak cerita dekat kau." Yeoreum menepuk-nepuk meja.

"Apa dia?"

"Pasal blind date aku kan..." Jimin mengangkat wajahnya daripada memandang mangkuk mi segera ke wajah Yeoreum. Topik yang dibangkitkan oleh Yeoreum kedengaran lebih menarik berbanding mi segera sekarang.

"Aku kenal pasangan blind date aku. Cuba teka siapa?" Yeoreum menjongketkan keningnya. Dahi Jimin berkerut manakala Yeoreum senyap seketika untuk menimbulkan unsur saspens.

"Kim Seokjin.", ujar Yeoreum. Riak wajah Jimin kelihatan terkejut.

"Wah, biar betul? Kebetulan gila kau jumpa dia.", ujar Jimin dengan kagum. Senyuman Yeoreum sedikit pudar melihat riak wajah Jimin. Langsung tiada tanda-tanda cemburu, kelihatan makin kagum apabila dia berjumpa dengan Seokjin adalah.

"Kan? Aku pun tak sangka aku jumpa dia. Dunia ni memang kecillah." ujar Yeoreum. Dia masih tidak percaya pasangan blind datenya ialah Kim Seokjin.

"Dia tak ada cakap apa-apa?", soal Jimin pula.

"Dia pun sama terkejut dengan aku. Tapi okay jugalah... Tak adalah aku kekok sangat.", jujur Yeoreum memberikan pendapatanya. Seokjin membuatkan dia rasa selesa, tiada langsung saat kekok bersama jejaka itu. Jejaka itu juga pandai melawak dan mengambil hati.

"Aku masih suka kau, Han Yeoreum. Walaupun empat tahun dah berlalu.", ayat itu kembali terngiang-ngiang di minda Yeoreum. Tetapi, Yeoreum menggelengkan kepalanya, ingin melupakan ayat itu.

Jimin kembali menyambung makan. "Dia cakap aku lagi cantik bila aku lepas rambut. Betul ke?", soal Yeoreum sambil memegang rambutnya.

"Ha? Dia kata kau lagi cantik kalau kau lepas rambut?" Yeoreum menganggukkan kepalanya. Matanya dikerdip-kerdipkan, jujur ingin tahu.

"Ha'ah. Tapi, betul ke? Kau pun rasa macam tu juga? Aku lagi cantik kalau lepas rambut?"

Jimin mengangkat wajahnya lalu ditenung raut wajah gadis di hadapannya buat seketika. Seolah-olah mencari jawapannya di wajah Yeoreum.

"Tak adalah." Jimin menggelengkan kepalanya. "Kau nampak cantik, tak kisahlah kau ikat atau lepas rambut."

“I want to light a spark tonight, without striking up a memory of you. Please don't send me shooting stars when my mind is a loaded pistol.”

一 SHOOTING STARS

Sumpah, ayat Jimin itu terasa menyekat oksigen yang dipam oleh paru-paru Yeoreum. Seluruh badannya terasa kaku. Tetapi, cepat-cepat dia kembali ke bumi nyata.

Bibir Yeoreum mengukir sengihan. "Aku tahu kau mungkin cakap macam tu sebab kesiankan aku ataupun nak buat aku rasa yakin. Tapi... Rasa bagus juga bila dengar pujian macam tu dari lelaki macam kau.", kata Yeoreum.

"Lelaki... Macam aku?" soal Jimin. Kini, dia menongkat dagu sambil memandang Yeoreum. "Apa maksudnya... Lelaki macam aku?", nada suara Jimin jelas kedengaran mahu menyakat. Yeoreum meneguk liurnya, dia sudah terlepas cakap.

"Kau... Kau kan handsome, popular, ramai orang suka. Apalah yang aku dah buat untuk kau puji aku.", tergagap-gagap Yeoreum menjelaskan. Hujung bibir Jimin terjungkit, sengihan nakal terukir.

"Handsome? Itu mestilah." Sempat Jimin menghadiahkan sebuah kenyitan mata. Yeoreum melepaskan sebuah keluhan dengan tidak percaya melihat Jimin yang tersangat perasan.

•••

Yeoreum melepaskan sebuah keluhan apabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan baiknya. Rambutnya yang panjang hingga paras pinggang itu diraup ke belakang. Buku pelajarannya ditutup sebelum dia berdiri dan berjalan kearah almari pakaian.

Pakaiannya ditukar kepada seluar jeans dan t-shirt hitam, jaket denim disarung. "Aera, aku keluar kejap.", Yeoreum memaklumkan kepada rakan baik merangkap rakan serumahnya. Tangan mencapai telefon bimbit dan dompet.

"Mhm.", hanya itu yang Aera balas kerana dia terlalu fokus dengan gitar bersama buku conteng dibuka dihadapan yang terisi not lagu beserta lirik. Dengan pantas Yeoreum menyarung kasut Converse warna hitam miliknya sebelum dia melangkah.

Akhirnya, dia tiba di sebuah lokasi yang dihantar oleh sahabat baiknya itu. Bunyi muzik berdentum kuat walaupun dari luar menyebabkan Yeoreum menyumpah seranah didalam hati. Kenapalah dia suka datang tempat macam ni? gerutu Yeoreum sendiri.

Yeoreum menggelengkan kepala sebelum memasuki kelab malam yang popular di Gangnam itu. Manusia disana-sini menari, ada yang memegang gelas berkaki tinggi berisi cecair yang Yeoreum tidak ingin tahu namanya. Matanya fokus mencari kelibat seseorang dalam lautan manusia itu.

Bangang betullah. Macam mana pula aku nak cari dia bila orang macam 7 billion dalam kelab ni?

Baru sahaja Yeoreum ingin mengikat rambutnya, dia tersedar tiada getah rambut dipergelangan tangan kanannya. Yeoreum menyumpah lagi. Aku serius akan bunuh dia malam ni sebab dia buat aku merana.

Sudahlah rambutnya panjang mengurai. Rimas betullah.

Okay, Han Yeoreum. Fikir. Tenang. Tarik nafas, lepas. Berkemungkinan dekat mana mamat tu ada?

Yeoreum mula menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

Han Yeoreum
mana kau
kau fikir kelab ni kecik macam otak kau

Pau
dalam hati kau

Han Yeoreum
aku balik karang

Pau
okay relaks yeoreum
aku dalam bilik 143 tingkat atas

Yeoreum berhenti dihadapan bilik yang tertera nombor 143. Telefon bimbit disimpan disebalik poket sebelum dia memulas handle pintu.

Matanya terus bertentangan dengan mata seorang jejaka yang berbentuk bulan sabit. "Oh? Itupun girlfriend aku.", Jimin tersenyum. Terus dua tiga gadis yang berada ditepi Jimin menoleh kearah Yeoreum. Mata mereka memandang Yeoreum seolah-olah Yeoreum datang dari dunia lain.

Yeoreum melibaskan rambutnya ke belakang. Apa pandang-pandang? Cermin mata yang jatuh melorot dibetulkan.

Jimin mula berdiri lalu berjalan ke arahnya. Tangan Jimin terus meraih pinggang Yeoreum supaya badan Yeoreum merapatinya. "Sorry, ladies. Tak boleh layan korang malam ni sebab girlfriend saya dah datang.", Jimin melemparkan sebuah senyuman kacak mautnya. Gadis-gadis itu hanya tersenyum menggoda kembali.

Mata Yeoreum membulat, memandang Jimin tidak percaya dengan satu perkataan yang Jimin sebut untuk menggelarkan dirinya. Apa? Girlfriend?

"Kenapa pula aku girlfriend kau一", ayat Yeoreum disekat kerana Jimin menekup mulutnya sambil menayangkan sengihan. Kemudian, Jimin mendekatkan bibirnya ke telinga Yeoreum.

"Pura-pura jadi girlfriend aku. 5 minit je.", bisik Jimin. Mata Yeoreum tajam menjeling Jimin tetapi Jimin kekal tersenyum.

"Inilah permintaan aku. Kau cakap kau akan tunaikan sebab kau nak balas jasa aku, betul tak?" Lidah Yeoreum kelu mendengar ayat Jimin.

Balas jasa... Dengan mempergunakan aku, eh?

Jimin memulakan lakonannya dengan mengusap pipi Yeoreum lembut dengan jari-jemarinya. "Kau marah ke aku pergi kelab?", soal Jimin dengan nada seperti sedang memujuk kekasihnya. Jiwa Yeoreum bergetar hebat walaupun dia tahu itu lakonan semata-mata.

Wah, patutlah dia menang anugerah pelakon terbaik tahun lepas.

"Dahlah, jom kita balik, okay sayang?", kata Jimin lagi. Pipi Yeoreum panas secara tiba-tiba.

Yeoreum meneguk liur lalu mula membawa Jimin keluar dari bilik itu.
Jimin melambai kecil sebelum mereka berjalan keluar dari bilik itu. "Kau boleh drive ke- Ah! Kau minum banyak sangat ke apa?", Yeoreum menjauhkan wajahnya dari mendekati Jimin. Jimin tergelak, menyerlahkan barisan giginya yang putih.

Mereka menuruni tangga dengan tangan Jimin masih berpaut pada pinggang Yeoreum. Namun, sesampai mereka dihujung tangga, Jimin menolak Yeoreum ke dinding sebelum memerangkap Yeoreum dengan tangannya. Yeoreum memandang tepat mata Jimin.

"Oh? Kau tak ikat rambut. Kau tak ikat rambut pun lawa.", Jimin berkata dengan sebuah senyuman. Yeoreum kembali di bumi nyata, menolak dahi Jimin lalu berkata,

"Kau mabuk ni, Jimin." Yeoreum memegang jaket kulit Jimin sebelum mengheret Jimin ke luar kelab. Mereka cuba merentasi lautan manusia itu.

Cuaca yang agak sejuk mencengkam diri mereka sebaik sahaja mereka berada di luar kelab. Sangat kontra dengan didalam kelab sebentar tadi. "Mana kereta kau?", soal Yeoreum, matanya memandang ke kiri dan ke kanan, mencari kereta Lexus LC 500 berwarna merah milik Jimin. Jimin mendekatkan wajahnya ke bahu Yeoreum.

"Kenapa... Nak cepat sangat ni Yeoreum... Mhm?", Jimin menekup pipi Yeoreum. Yeoreum menolak tangan Jimin namun Jimin masih tersenyum.

"Hish! Betul-betullah! Mana kereta kau? Aku takkan teragak-agak untuk tinggal kau dekat sini, biar perempuan entah mana-mana heret kau balik.", Yeoreum mengugut Jimin. Jimin terus berdiri tegak sebelum menunjuk kearah kiri.

"Kereta aku... Dekat sana.", terus Jimin menjawab. Tahu takut. Yeoreum terus berjalan kearah yang ditunjukkan oleh Jimin sambil memegang jaket Jimin, mengheret Jimin kembali. Jimin pula hanya mengikut.

"Kunci kereta?", Yeoreum meminta kunci kereta. Namun, Jimin hanya menelengkan kepalanya kesisi sambil bersandar pada pintu keretanya.

"Carilah.", ringkas Jimin berkata sambil mendepangkan tangannya. Yeoreum terasa ingin jatuh terduduk disitu juga. Kenapalah dia berkawan baik dengan manusia bernama Park Jimin ni?

"Aku pergi dulu. Lantak kaulah-", Jimin menarik lengan Yeoreum sebelum meletakkan kunci kereta diatas tapak tangan Yeoreum.

"Nah. Nak gurau sikit pun tak boleh." gumam Jimin. Yeoreum melepaskan sebuah keluhan sebelum membuka pintu kereta. Ini bukan masanya untuk bergurau Jimin. Jimin masuk ditempat sebelah pemandu manakala Yeoreum masuk ditempat pemandu.

Yeoreum terus menghidupkan enjin kereta sebelum memandu ke rumah Jimin. Jimin hanya terdiam. Dalam diam dia memandang Yeoreum yang memandu disebelahnya.

"Kau gila eh Jimin? Kau tahu tak esok penggambaran episod drama dan kau masih boleh clubbing sampai pukul tiga pagi? Kau nak jadi apa?", Yeoreum berkata dengan geram. Matanya masih fokus memandang ke arah jalanraya.

"Tak apa... Aku dah biasa..."

"Dah biasa apanya? Kalau aku tak datang tadi, kau nak balik dengan siapa?", suara Yeoreum meninggi.

"Pengurus akulah datang ambil.", selamba Jimin membalas.

Yeoreum menjulingkan matanya. "Kau tak angkat bila dia telefon, Jimin."

"Yeoreum, dari tepi kau nampak lawa gila.", selamba Jimin memuji namun Yeoreum hanya mendiamkan diri.

"Kita dah sampai.", kelihatan pengurus Jimin sudah menunggu diperkarangan rumah banglo milik Jimin dengan wajah yang risau. Yeoreum mematikan enjin kereza sebelum melangkah keluar. Pengurus Jimin terus membuka pintu sebelah pemandu lalu menolong untuk memapah Jimin.

"Yeoreum... Terima kasih sebab bawa Jimin balik. Saya risau betul dia tak balik sampai pukul empat. Esok dahlah ada schedule...", ucap pengurus Jimin kepada Yeoreum. Yeoreum melemparkan sebuah senyuman dan menggelengkan kepalanya.

"Eh, tak apa. Saya okay...", Yeoreum berkata.

"Terima kasih Yeoreum!", Jimin meluru kearah Yeoreum lalu memeluk Yeoreum dengan erat. Sebelum sempat Yeoreum memproses apa yang berlaku, Jimin melepaskan pelukannya.

Yeoreum menelan liur. "Nak saya telefonkan teksi untuk awak? Dah lambat dah ni. Esok cik mesti ada kerja kan?", Yeoreum hanya mengangguk. Setuju sahajalah. Pengurus itu mengikut Jimin masuk kedalam rumah.

"Bye Yeoreum!", Jimin melambai sebelum dia menghilang disebalik rumah banglo dua tingkat itu. Sebuah keluhan lahir dari bibir Yeoreum. Yeoreum berjalan keluar dari pagar automatik milik rumah Jimin sebelum pagar automatik itu tertutup.

Badan Yeoreum tersandar pada dinding bata sebelum dia mencangkung, mata memandang jalan tar berturap berwarna kelabu. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia macamni?

•••

Tangan Yeoreum memulas tombol pintu yang diketuk sedari 5 minit yang lepas. "Selamat pagi.", ucap Jimin sambil menguap. Riak wajah Yeoreum masih tidak beremosi. Jimin pun melangkah masuk ke dalam rumah Yeoreum sambil membetulkan beg yang digalas.

"Kenapa muka kau macam tu?" Jimin memandang wajah Yeoreum yang kelat semacam. Sejujurnya, Yeoreum masih tawar hati dengan perbuatan Jimin beberapa hari yang lepas.

Apa? Pura-pura jadi girlfriend dia? Dia gunakan aku jadi girlfriend dia. Di hadapan perempuan-perempuan di kelab itu.

Kepala Yeoreum hanya menggeleng perlahan. "Muka aku kan memang macam ni. Resting bitch face." Jimin tertawa kecil mendengar jawapan Yeoreum.

Jimin meletakkan beg galasnya di atas lantai. Tuala ditarik keluar, telefon diletakkan di atas beg. "Aku mandi dulu.", ujar Jimin.

Yeoreum memandang Jimin dengan geli. "Ew, dah nak tengah hari kau tak mandi lagi?", ujar Yeoreum. Jimin hanya tersengih lalu melangkah ke bilik air.

Bunyi pancuran air sayup-sayup kedengaran dari dalam bilik air. Yeoreum pula kembali fokus kepada tugasan universiti miliknya. Baru sahaja dia ingin berdiri untuk mengambil minuman, telefon bimbit Jimin berdering.

Yeoreum menjeling pandang ke arah iPhone XR yang terletak diatas beg.

Lee Hana

Girlfriend baru dia ke? Yeoreum hanya menjongketkan bahunya, sudah tentu dia tidak akan menjawab panggilan itu.

Sekali lagi, telefon bimbit Jimin melalak meminta diangkat. "Ei minah Lee Hana ni desperate ke apa一", ayat Yeoreum terhenti apabila dia melihat nama pemanggil yang tertera diatas skrin iPhone XR itu.

Seo Taehee

Perempuan lain. Wah... Yeoreum tiba-tiba berasa panas walaupun cuaca diluar rumah menunjukkan sebaliknya. Musim luruh, sudah tentulah sejuk, tetapi meter kepanasan dalam hati Yeoreum mencanak naik.

Bunyi yang memekakkan telinga itu sampai ke penghujungnya. Yeoreum menghelakan rengusan nafas, geram.

"Ah! Apa lagi?" Sekali lagi telefon bimbit Jimin berbunyi. Dengan geram, Yeoreum mencapai iPhone XR milik Jimin.

Kim Luna

Dia mengalihkan pandangannya sambil melepaskan sebuah tawa sinis. Sungguh, dia tidak percaya akan situasi yang dilihat sekarang.

"Tiga missed call daripada tiga perempuan berlainan?", soal Yeoreum sendiri. "You're really something else, Park Jimin.", ucap Yeoreum. Telefon kembali dicampak ke atas beg. Geram.

•••

"Cik Seulgi boleh buat macam ni... Ataupun macam ni...", Yeoreum menerangkan lakonan yang perlu dilakukan oleh Seulgi. Seulgi pula setia mendengar sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti belatuk.

"Boleh tahan juga rap kau." Jimin entah dari mana tiba-tiba berada di sebelah Yeoreum. Matanya ralit melihat sesuatu diatas skrin iPhone XR, atau lebih tepat, laman Instagram milik Yeoreum.

Kepala Yeoreum terus ditoleh ke arah Jimin, dahinya berkerut. "Aku dengar rap cover kau." Jimin menayangkan skrin telefon bimbitnya kepada Yeoreum. "Kenapa tak bagi tahu aku?"

Mulut Yeoreum ternganga. "Macam mana kau..."

"Mestilah aku guna akaun palsu. Boleh request rap cover tak?", dengan selamba Jimin bertanya. Gigi Yeoreum ketap dengan geram. Aku masih terkejut dia jumpa akaun Instagram aku, boleh pula dia buat permintaan lagu?

"Tengoklah aku nak buat ke tak.", acuh tak acuh Yeoreum berkata. Padahal, dalam hati sudah rasa kekok. Pelbagai soalan sudah berlegar-legar di minda. Maksudnya dia tengok semua rap cover aku? Gambar aku?

"Buat cover..." Jimin memetik jarinya. "Epik High."

Siku Yeoreum diletak ke atas bahu Jimin. "Aku buat rap cover bila aku boleh relate dengan lagu tu. Bila lagu tu sampai dekat hati aku. Jadi, kita tengok. Mungkin lagu yang kau request sampai ke hati aku?", ujar Yeoreum. Jimin hanya mengangguk, mengiyakan.

•••

"Yeoreum!", dengan suara comel Jimin datang lalu meletakkan dagunya diatas bahu Yeoreum. Kus semangat Yeoreum apabila disergah begitu. Kini, dia dapat rasakan deruan nafas Jimin di lehernya yang sensitif.

Dia menolak badan Jimin. "Jangan kacau aku.", dengan tegas Yeoreum berkata. Bibir Jimin dicebik, tetap meletakkan wajahnya dekat dengan leher Yeoreum. Tangannya pula memeluk bahu Yeoreum.

Macam kucing betullah mamat ni.

"Tak nak... Bau syampu kau sedap sangat." Jimin makin mengetatkan pelukannya di bahu Yeoreum. Yeoreum pula cuba menolak Jimin sehingga badan Jimin berada di atas badan Yeoreum. Sekali lagi, mereka berada di dalam posisi tersebut.

Tetapi, Jimin kembali memeluk Yeoreum membuatkan suasana kekok itu menjadi normal semula. Sekuat mungkin Yeoreum cuba menolak Jimin. Jimin akhirnya mengalah dan berbaring di sebelah Yeoreum, merenung siling.

Kepalanya pula diletakkan di atas bahu Yeoreum. Bibir Yeoreum hanya mampu melepaskan sebuah keluhan, dia mengalah. Dia membiarkan sahaja kepala Jimin di atas bahunya.

"Kau... Tak pernah ada boyfriend eh?" Soalan Jimin membuatkan Yeoreum menolehkan kepalanya dengan pantas.

"Ma-mana ada!", tergagap Yeoreum menjawab. "Aku pernahlah... Ada boyfriend." Yeoreum cuba menafikan. Walhal, dia sudah meneguk airliur berkali-kali.

Jimin memandnag wajah gadis itu dengan sangsi, jelas dia tidak percaya walau sepatah pun ayat yang Yeoreum tuturkan. "Kau boleh jujur dengan aku.", ujar Jimin selamba.

Yeoreum memberanikan diri dengan memandang mata Jimin. Maka, buat seketika mereka berbalas pandangan mata. Yeoreum ingin memastikan dia kelihatan bercakap benar manakala Jimin mahu membuktikan penipuan Yeoreum.

Rengusan nafas kasar lahir dari bibir Yeoreum. "Ugh, fine! Aku memang tak pernah ada boyfriend!" Yeoreum akui.  "Aku ni bukannya lawa, perangai pun kadang-kadang tak semenggah, mana ada lelaki suka.", pantas Yeoreum menghamburkan ayat yang selamba mengutuk diri sendiri.

Mata Jimin menjeling Yeoreum. "Mana ada!", pantas Jimin menidakkan kata-kata Yeoreum. "Kau lawa apa? Kau pandai menulis, kau pandai buat ramen, kau berfikir secara unik.", satu-persatu Jimin menyebut kelebihan yang dimiliki oleh Yeoreum membuatkan Yeoreum naik segan. Walaupun pujian itu mungkin hanyalah cubaan untuk menyedapkan hatinya, Yeoreum tetap tidak mampu berhenti daripada rasa segan.

"Orang je yang selalu define kau berdasarkan benda tentang kau yang nampak terang-terangan. Sedangkan banyak lagi kelebihan kau, cuma orang je yang buta."

Jangan puji aku begitu, Park Jimin.

"Kau kenapa? Dah lain macam je puji aku?", soal Yeoreum sambil memandang Jimin pelik. Bukan main tinggi melangit pujian yang diberikan oleh jejaka itu.

"Seriously, Han Yeoreum? Aku cuba baik dengan kau.", dengan geram Jimin berkata apabila Yeoreum mula mengubah topik.

Yeoreum menggigit bibir bawahnya. "Okay. Katakanlah betul semua benda yang kau cakap. Habis tu, macam mana kau nak jelaskan kenapa aku tak ada boyfriend sampai sekarang?" Kini Yeoreum pula yang melontarkan soalan kepada Jimin. Sengaja sebenarnya dia ingin mematikan hujah Jimin.

Terdiam sejenak Jimin mendengar soalan Yeoreum. "Kau memilih sangat kot.", teka Jimin.

Huh. Apa yang aku harapkan? "Nak memilih apanya Jimin oi, lelaki flirt dengan aku pun tak ada."

"Eleh, dah kau mengelak lelaki. Cuba cakap dengan aku, selain dari aku, kau ada ke cuba berkomunikasi dengan lelaki lain? Ada?" Yeoreum terdiam. "Entah-entah memang kau lesbian."

Ei, geram pula aku dengan Park Jimin. "Ewah kau. Ha, nak senang sangat, apa kata kau yang jadi boyfriend aku?", tanya Yeoreum dengan selamba. Belum sempat Yeoreum memproses soalan berani mati yang keluar dari mulutnya secara tidak sengaja, Jimin pula bertanya,

"Kau nak ke aku jadi boyfriend kau?"

Senyap.

Jimin menanyakan soalan itu sambil merenung mata Yeoreum dalam-dalam. "Ja-jangan nak merepek." Tangan Yeoreum menolak badan Jimin menjauhinya. Dia terus berdiri, sebolehnya ingin berhenti bercakap tentang topik itu. Tangan Yeoreum mengipas-ngipas diri sendiri, tiba-tiba terasa panas pula di dalam rumahnya.

"Kau tak ada schedule ke? Lama sangat kau melepak dekat rumah aku ni." Jelas Yeoreum ingin mengubah topik. Baru sahaja, dia ingin melangkah ke dapur untuk minum air, Jimin menarik lengan Yeoreum.

Tanpa sengaja, mereka berdua mendarat di atas katil Yeoreum dengan badan Jimin di atas badan Yeoreum. Hampir sahaja dia menghempap badan gadis itu tetapi sempat ditahan dengan tangannya di tepi kepala Yeoreum.

Mata Yeoreum membulat apabila dia menyedari posisi mereka. "Kau masih tak jawab soalan aku, Han Yeoreum.", perlahan suara Jimin berkata.

Tiba-tiba, pintu rumah Yeoreum terbuka. "Yeoreum! Aku dah balik!", ada suara seorang perempuan berkata dengan girang. Kepala Yeoreum terus berpusing ke arah muka pintu.

Kelihatan Aera sedang berdiri sambil memandang ke arah mereka dengan mata yang terkebil-kebil.

Yeoreum menutup matanya lalu mengeluh. Shit betullah.

Kenapalah waktu sering mengkhianati kita?

•••

dun dun dun pt 2

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

78K 7.8K 32
" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s
533 147 15
Penantian ini teramatlah panjang. Akhirnya doa Gwon Yeon didengari tuhan, dan Jeon Jungkook hadir dalam hidup wanita itu sebagai pengantin hantunya...
32.8K 2K 25
[Status : Completed] Siapa sangka. CEO muda kepada La Prince Hotel yang berwajah innocent ni menyimpan pelbagai rahsia dalam dirinya. Wajah dan gaya...
10K 788 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...