SELEBRITI. » park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.

163 15 55
By bajumelayujimin

Seawal jam enam pagi, Yeoreum sudah sampai di perkarangan sekolah menengah tempat penggambaran 1-4-3. Dia bersorok di sebalik sebatang pokok yang besar dan semak-samun, mula memerhatikan pintu pagar dengan teliti. Apabila matahari makin terbit, satu persatu kereta mula memasuki perkarangan sekolah. Staf penggambaran drama mula memasuki bangunan sekolah bersama peralatan penggambaran di tangan.

Sesungguhnya, mata Yeoreum terasa berat oleh kerana misinya pada hari ini. Tetapi, mata dibuka sebesar yang mungkin. Tin Nescafe di tangan yang berbaki separuh diteguk.

Tiba-tiba, sebuah kereta Honda sedan berwarna putih berkilat dipandu memasuki perkarangan sekolah. Tangan Yeoreum menolak kacamatanya yang terasa melorot. Bibirnya mula tersengih apabila dia mengecam wajah si pemandu.

Itu dia, penulis yang caras kerja aku.

Yeoreum mula tertawa jahat di dalam hati. Waktu hampir menginjak ke jam lapan pagi, penggambaran bakal bermula sebentar lagi berdasarkan info yang diberikan oleh Jimin.

Dia memastikan kawasan perkarangan sekolah itu betul-betul kosong tanpa sebarang orang. Kepala Yeoreum menoleh ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada mata yang memerhatikannya. Yeoreum mula mengeluarkan pisau lipat dari dalam begnya.

Topeng muka mula disarung. Ikatan rambutnya mula dilepaskan. Kaki Yeoreum mula melangkah ke arah kereta Honda sedan berwarna putih mutiara itu. Tanpa sebarang kata, dia memulakan hiasannya kepada kereta itu dengan sebuah calar yang panjang daripada bahagian pintu pemandu sehingga ke pintu penumpang dengan menggunakan pisau di tangan.

Bahagian bonet belakang dan bumper depan juga diconteng-conteng dengan menggunakan pisau lipat di tangan. Kemudian, Yeoreum mencapai gincu mini dari dalam kocek jeans miliknya.

Gincu itu berwarna merah menyala. "Maaf Ma, Yeoreum guna lipstick yang Mama bagi untuk buat benda ni. Tapi tak apa, benda baik, dia berjasa." bebel Yeoreum sendiri.

"Tengok ha...", Yeoreum mula menconteng pula tingkap kereta. "Aku siap guna lipstick Nature Republic lagi kau tahu, bukan calang-calang."

Setelah beberapa minit, dia berpuas hati dengan hasil tangannya. Kini, kereta Honda putih itu jelas dengan hiasan berbentuk calar dan gincu. Cantik.

"Dahlah kereta warna putih, nasib kaulah..." Yeoreum menggelengkan kepalanya. Pisau lipat dan gincu kembali disimpan. Yeoreum mula meregang-regangkan kakinya.

Tanpa disangka-sangka, dia terus menyepak salah satu cermin sisi kereta itu sehingga cermin sisi itu tercabut dari tempat asalnya, kini tergantung dengan wayar. Kereta itu berbunyi bising. Yeoreum pun berlari dari kawasan itu ibarat lipas kudung.

Dadanya sesak kerana mahu tergelak sambil berlari. Tapi dia rasa puas.

•••

"Cut!", pengarah terpaksa menghentikan penggambaran secara tiba-tiba kerana ada bunyi kereta berbunyi dengan bingit. "Ah! Kereta siapa tu?", dengan geram pengarah berkata.

Staf saling berpandangan sesama sendiri sambil menjongketkan bahu, tanda tidak tahu. Terdapat salah seorang staf menjenguk ke luar tingkap kelas lalu matanya membulat.

"Cik Daya... Itu... Bukan ke kereta Cik Daya?", staf itu berkata. Mata Daya berkerdip-kerdip tanda tidak mengerti lalu turut menjenguk ke luar tingkap kelas. Mata Daya membulat.

"Kereta aku!" Dia terus berlari keluar dari kelas lalu turun ke bawah. Jimin turut menjenguk ke luar kelas untuk memerhatikan apa yang sedang berlaku. Apabila Daya sampai di hadapan keretanya, dia terus menekup mulutnya dengan tidak percaya. Dia terus jatuh terduduk ke atas tanah.

"Kereta... Aku..." Keretanya yang berwarna putih kini sudah calar sana sini, diconteng dengan gincu warna merah cili. Paling teruk, salah satu cermin sisinya sudah patah. "Siapa punya kerja ni? Tak guna!"

Kening Jimin terjongket sebelum dia teringat akan seseorang. Takkanlah...

Dia terus tertawa kecil. Aku kenal tulisan yang diconteng pada kereta itu. Sah-sah tulisan Han Yeoreum.

Bibir Jimin ketap rapat, menahan daripada tergelak besar. Aduh... Terhibur betullah aku. Tak sangka Yeoreum buat kerja gila begini. Boleh tahan gila juga Han Yeoreum, ya? Jimin menggelengkan kepalanya.

Kerja yang bagus, Han Yeoreum.

•••

Yeoreum berjalan pulang ke rumahnya bersama langkah yang terkinja-kinja. Bila difikirkan kerjanya tadi, memang gila habis. Dia boleh ditangkap dan pelbagai lagi kemungkinan yang lain. Tapi, Yeoreum endahkan segalanya. Paling penting, dendamnya sudah berbalas.

Macam mana kalau kau kena tangkap? Macam mana kalau ada rakaman CCTV?

Hati Yeoreum mula berbisik tetapi Yeoreum cuba tenangkan dirinya. Dia jelas menutup wajahnya sebentar tadi. Ah, lantaklah!

Apabila Yeoreum ralit berteka-teki tentang perasaan bersalah dan takut yang mula menyelinap ke dalam hatinya, dia sudah tiba di hadapan pintu rumah. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip apabila terdapat sebuah beg kertas di hadapan muka pintu rumahnya.

Beg kertas itu diangkat lalu dijenguk isinya.

Jangan lupa makan :)

- Selebriti kau

Tawa kecil terlepas dari bibir Yeoreum apabila membaca nota yang disertakan oleh Jimin di dalam beg kertas itu. Yeoreum mengeluarkan isi beg kertas itu dan...

Sandwic Subway bersama sekotak susu.

"Hari ni memang hari gembira aku eh?", ujar Yeoreum sendiri sambil tersenyum. Telefon ditarik keluar dari dalam poket jeans. Aplikasi kamera dibuka lalu gambar sandwic dan kotak susu itu diambil.

Han Yeoreum
[gambar]
thank youuuuu

Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan gembira.

•••

"Ah... Sedapnya...", ujar Aera dengan penuh nikmat. Mi segera yang masih panas disuap ke dalam mulut. Yeoreum di hadapannya turut menyuap mi segera ke dalam mulut. Namun, minda Yeoreum melayang ke tempat lain. Suasana di dalam bilik sewa milik Yeoreum dipenuhi dengan bunyi kunyahan makanan buat seketika. Aroma mi segera yang menggoda menyelinap ke segenap ruang bilik.

"Tapi, mamat Yoongi tu memang menyakitkan hati. Ugh!" Aera mencucuk garfu ke dalam mangkuk mi segera dengan geram "Menjengkelkan betul." Kepala Aera geleng sebelum kembali menikmati mi segera.

Aera yang ingin meluangkan hujung minggu di rumah Yeoreum setelah beberapa bulan di AOPA tidak habis membebel tentang seorang jejaka bernama Min Yoongi di AOPA sejak sejam yang lepas. Apa entah, boleh pula jadi jejak itu pula guru kepada Aera. Tetapi, ya ampun perangainya sangat menjengkelkan.

Tidak menyangka pula jejaka pelik itu merupakan cikgu di AOPA.

Mulut Yeoreum terbuka untuk berkata sesuatu tetapi tertutup semula, tidak jadi. Bibir diketap rapat, dia asyik menimbang sama ada mahu memberitahu Aera perkara ini atau tidak.

"Aera.", panggil Yeoreum.

"Mhmm?", balas Aera yang kini meneguk Cola dari tin.

"Kau... Ingat tak... Park Jimin?", dengan teragak-agak Yeoreum bertanya. Dahi Aera berkerut.

"Alah... Yang langgar kau hari tu. Mamat yang datang dekat hospital lepas tu main tarik je aku tu." Yeoreum cuba mengembalikan ingatan Aera. Mulut Aera kini ternganga apabila dia sudah ingat.

"Ha ingat. Kenapa? Tapi mamat tu peliklah... Kenapa dia tarik kau waktu tu? Macam mana kau kenal dia? Apa hubungan kau dengan dia?", soal Aera dengan bertubi-tubi. Apabila difikirkan balik, pelik juga perangai jejaka itu. Pelbagai soalan Aera tidak terjawab dan dibiarkan terkubur.

"Kau ingat tak Park Jimin yang satu sekolah dengan kita dulu?" Dahi Aera makin bertambah kerutnya.

"Alah, yang pernah satu kelas dengan kau dulu."

"Ah! Aku ingat!" Aera menepuk meja apabila dia sudah teringat, tetapi dia tersedar sesuatu. "Kejap."

"Park Jimin yang langgar aku tu... Park Jimin dari sekolah kita?" Yeoreum menganggukkan kepalanya. Mata Aera berkerdip-kerdip.

"Wah... Tak sangka aku jumpa dia balik dekat situ. Patutlah aku rasa macam pernah nampak muka dia." Aera kini sudah faham.

"Tapi kenapa dengan Park Jimin tu?"

"Aku... Dah mula rapat balik dengan dia."

"Maksud kau?"

"Dia pindah sekolah sebab dia nak debut dah. Aku lost contact dengan dia nak dekat enam tahun. Lepas tu, aku terjumpa dia balik. Kau tahu skrip drama yang aku hantar tu? Dialah pelakon utama drama tu sekarang."

Mulut Aera ternganga, matanya membulat. Tangannya terus menutup mulut, tidak percaya akan maklumat yang baru didengarinya. Terlalu banyak maklumat mengejut yang tidak mampu diproses oleh minda Aera.

"Wah... Meremang bulu roma aku." Aera menyelak lengan bajunya lalu menunjukkan lengannya kepada Yeoreum. "Kebetulan gila kot kau jumpa dia macam tu. Park Jimin dah jadi pelakon sekarang?", soal Aera dengan terkejut.

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. "Kau tak tahu ke? Dia popular gila. Bukan setakat pelakon, menyanyi, menari, buat lagu. Artis serba bolehlah katakan.", balas Yeoreum sambil menguis mi segeranya.

Aera menggelengkan kepalanya. "Aku tak tahu dia artis.", jawab Aera. "Tapi... Kenapa kau bagi tahu aku benda ni?"

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. Betul juga. Kenapa aku beritahu Aera perkara ini? Kenapa aku rasa resah kalau aku tidak beritahu Aera tentang Jimin?

"Tak adalah... Aku cerita je. Tak sangka aku jumpa dia balik, dah enam tahun berlalu.", dengan teragak-agak Yeoreum berkata. Jarinya menolak kacamata yang melorot ke atas batang hidung.

Aera menganggukkan kepalanya. "Kau memang rapat pun dengan Jimin dulu. Apa yang nak peliknya?"

"Tapi, macam mana kau boleh jumpa dia balik? Memang sebab skrip drama tu ke?"

"Ah, tu..." Yeoreum membasahkan bibirnya dengan resah.

•••

Aera mengelap rambutnya yang lembap dengan menggunakan tuala di tangan sambil berjalan keluar dari bilik air. Bilik sewa yang kecil itu dipenuhi dengan bunyi jari-jemari Yeoreum bermain diatas papan kekunci komputer riba. Dengan perasaan ingin tahu, Aera duduk bersila di sebelah Yeoreum sambil mencuri pandang ke arah skrin komputer riba milik Yeoreum.

"Apa ni?", soal Aera.

"Kena buat pembentangan esok.", balas Yeoreum dengan ringkas. Aera hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

Tetapi, terdapat sesuatu yang bersinar menarik perhatian Aera. Aera mencapai cincin di belakang komputer riba milik Yeoreum.

"Cincin... Hmm...", bebel Aera sendiri tetapi Yeoreum masih fokus kepada skrin komputer ribanya. "Han Yeoreum, ini cincin kau ke?"

Kepala Yeoreum terus menoleh ke arah Aera yang berkerut keningnya sambil memegang sebentuk cincin. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. Tangannya menolak kacamata di atas batang hidung.

Padahal, dalam hati dia sudah panik, tidak tentu arah. Dia kenal akan pemilik sebenar cincin itu.

Park Jimin! Macam mana kau boleh tertinggal cincin kau dekat rumah aku? Mamat ni memang tak habis-habis betullah menyusahkan hidup aku!

"Ah... Cincin ni?", ujar Yeoreum sambil mengambil cincin berwarna emas putih itu dari tangan Aera. "Ni... Aku punya."

Aera memandang ke arah Yeoreum dengan sangsi. "Tapi bukan kau tak minat cincin ke?" Benar, Yeoreum memang tidak berminat dengan apa jenis aksesori pun. Lebih-lebih lagi mahu memakai cincin.

Yeoreum meneguk liurnya. "Aku... Mula minat! Ha! Aku mula minat dengan cincin...", tergagap-gagap Yeoreum menjawab. Dia menyarungkan cincin itu ke jari lalu kembali menaip.

Bibir Aera ketap rapat. Tak mungkin... Tiba-tiba sahaja Yeoreum berminat memakai cincin. Tapi, yang paling penting. Cincin itu bukannya murah harganya. Aera tahu akan harga cincin itu, dia sering nampak. Biasalah, anak orang kaya.

Kalau betul itu Yeoreum punya, mana dia dapat duit?

Oh, kejap. Entah-entah Yeoreum memang dah banyak duit sejak hantar skrip drama dia tu. Aera kemudiannya tersengih sendiri.

Oh... Han Yeoreum. Boleh tahan juga ya kawan aku ni?

•••

Pintu yang diketuk sebanyak tiga kali mengejutkan Yeoreum dari lenanya. Dia mula menekup telinga dengan bantal apabila pintu itu diketuk lagi. Baru sahaja Yeoreum berasa sedikit lega kerana menyangka sesiapa yang ada di muka pintunya itu sudah mengalah dan pergi, pintu diketuk lagi.

"Argh!", rungut Yeoreum sambil bangun terduduk. Rambutnya yang panjang itu kusut-masai, airliur basi yang kering di pipi. Tangan Yeoreum mencapai bantal lalu dibaling ke arah pintu dengan geram. "Manusia manalah pula yang datang pagi-pagi buta ni!"

Pintu itu diketuk lagi. Dia turun dari katil lalu melangkah ke arah pintu dengan geram. Pintu dibuka. "Selamat pagi, Han Yeoreum.", pemilik jejaka bermata sepet itu berkata. Yeoreum baru sahaja ingin menutup pintu tetapi jejaka itu lebih pantas dengan meletakkan kakinya supaya Yeoreum tidak berjaya menutup pintu.

Dengan sepenuh tenaga, Jimin berjaya masuk ke dalam rumah Yeoreum. Mata Yeoreum tajam menjeling jejaka itu. "Wow, Han Yeoreum.", ujar Jimin apabila pertama kali melihat rupa Yeoreum yang memang betul-betul baru bangun dari tidur. "Tapi, tak adalah seteruk yang aku sangka. Kau masih nampak comel.", selamba sahaja Jimin berkata.

Okay, apa-apalah. Yeoreum kembali berbaring di atas katil lalu menyelimut dirinya. Matanya ditutup untuk kembali tidur.

Mata Jimin berkerdip-kerdip melihat Yeoreum. Tangannya menanggalkan topeng muka dan topi yang disarung lalu diletakkan diatas meja. Beg yang dibawa diletakkan ke atas lantai.

Kakinya melangkah ke arah ruang dapur lalu mula membuka peti sejuk. "Wah...", ujar Jimin dengan tidak percaya. "Memang tak ada makanan.", gumamnya. Kepalanya menoleh ke arah Yeoreum yang berbaring di atas katil. "Macam mana dia hidup bila rumah dia memang tak ada apa untuk dimakan?"

Jimin berdiri pula lalu membuka kabinet. Manakala, Yeoreum pula cuba untuk tidur sedari tadi. Namun, cubaannya gagal. "Aish...", Yeoreum menyumpah perlahan. Dia kemudian bangun terduduk lalu menjeling tajam ke arah Jimin.

"Sebab kaulah aku tak boleh sambung tidur tahu tak?", dengan geram Yeoreum berkata. Jimin memandang ke arah Yeoreum, tidak mengerti. Apa salah aku? Yeoreum menggaru kepalanya dengan kasar, serabut.

"Dahlah aku tak ada kelas pagi ni! Lepas tu kau boleh pula kacau tidur aku!", bebel Yeoreum lagi. "Siapa je yang datang rumah orang pagi-pagi buta ni!"

Tangan Yeoreum mencapai telefon bimbitnya di bawah bantal lalu dihidupkannya. Mulutnya ternganga, tidak percaya. "Woi! Baru pukul 7.38 pagi tahu tak!" Yeoreum menyepak-nyepak selimutnya dengan geram. Jimin hanya menggelengkan kepalanya, malas mahu melayan Yeoreum.

"Mamat tak guna tu... Memang satu hari aku akan bunuh kau.", gumam Yeoreum. Dia turun dari katil lalu melangkah ke bilik air.

"Ah, lapar." Itu ayat pertama Yeoreum apabila dia melangkah keluar dari bilik air. Tangannya mengusap perut yang terasa berkeroncong meminta makanan.

Jimin bersandar pada kabinet sambil memeluk tubuh, mata memandang Yeoreum dengan tidak percaya. "Apa? Lapar?"

"Kalau kau lapar, rumah kau memang tak ada benda nak makan tahu tak?", soal Jimin dengan sarkastik. Yeoreum mencapai kacamatanya lalu dipakai.

"Datang rumah aku pagi-pagi buta nak membebel.", rungut Yeoreum.

Jimin datang mendekati Yeoreum lalu memerhatikan cara Yeoreum mengikat rambutnya. "Apa jenis gaya ikatan rambut kau ni?", Jimin melantunkan rambut Yeoreum yang diikat.

"Sebab kau ikat macam inilah rambut kau boleh rosak tahu tak?"

Yeoreum menarik dan menghembuskan nafasnya. Apalah nasib aku pada hari ini... Pagi-pagi sudah kena bebel. Rumah tiada makananlah, gaya ikatan rambutlah.

Tetapi, Yeoreum terasa perutnya berbunyi, meminta makanan. "Aku lapar.", keluh Yeoreum.

"Bila je kau tak lapar?"

Sentap.

Tiba-tiba, sebuah idea yang bernas terbit dari minda Yeoreum. Dia kemudiannya tersenyum memandang Jimin. Mata Jimin berkerdip-kerdip, sangsi melihat senyuman yang ditayangkan oleh Yeoreum. "Apa?"

Yeoreum mencapai lengan Jimin yang berbalut lengan baju. "Masak untuk aku." Terus Jimin menarik lengannya daripada terus dipegang oleh Yeoreum.

"Ei minah ni kenapa pula aku kena masak untuk kau?", tanya Jimin, jelas tidak mahu menunaikan permintaan gadis itu.

"Woi mamat tak sedar dek untung yang datang rumah aku pagi-pagi buta. Kau fikir rumah aku hotel ke apa?" Jimin meletakkan tangannya di dada dengan dramatik. Aduh, sakitnya itu disini. Menusuk kalbu.

"Sebab tulah..." Yeoreum kembali mencapai lengan Jimin. "Kau masakkanlah sarapan untuk aku. Kau kan pandai masak?", pinta Yeoreum lagi sambil menggoyang-goyangkan lengan Jimin.

Dahi Jimin berkerut. Cara dia cakap macam aku cef hotel bertaraf lima bintang. "Aku bukannya reti mana pun masak.", Jimin berdalih lagi.

"Sekurang-kurangnya kau lagi reti masak berbanding aku. Kau reti buat nasi goreng apa."

Mulut Jimin ternganga sambil memandang Yeoreum. Yeoreum pula mengerdip-ngerdipkan matanya, sengaja dibuat-buat comel. Biar betullah minah ni?

"Kau memang langsung tak berubah dari zaman sekolah kan?" Jimin menggelengkan kepalanya. "Aku tak percaya budak universiti yang duduk jauh dari rumah, tak reti masak nasi goreng. Seriously?"

Yeoreum hanya tersenyum tanda tidak bersalah. "Kau membebel tak buat aku kenyang tahu tak? Ah... Masaklah untuk aku... Nak nasi goreng...", rengek Yeoreum.

"Order jelah delivery!"

"Delivery kena bayarlah!"

"Okay buat pengetahuan kau memasak pun pakai duit sebab nak bayar bil elektrik dengan duit untuk beli bahan masak!"

•••

Jimin melepaskan sebuah keluhan sambil tangannya menolak troli. Dia memandang ke arah Yeoreum di sisinya yang sedang tersenyum lebar. "Apa bendalah yang aku tengah buat ni...", gumam Jimin sendiri.

Mereka berdua kini berada di pasar raya berdekatan dengan rumah Yeoreum. Nasib sahaja waktu masih awal pagi, maka tidak terlalu ramai orang yang berada disitu.

Jimin menolak ke bawah lagi topi untuk menutup wajahnya. Jimin menjeling ke arah Yeoreum di sebelahnya.

"Kau boleh tersengih-sengih?" Yeoreum hanya menjongketkan bahunya.

"Apa benda pertama yang kita nak beli?"

"Beras ada tak dekat rumah kau?" Yeoreum menggaru kepalanya.

"Ada. Tapi dah sikit sangat. Belilah."

Jimin mengambil pek beras lalu diletakkan ke dalam troli. Lama-kelamaan, troli itu dipenuhi dengan bahan masakan.

Tangan Yeoreum mula mencapai paket cili. Jimin ternampak sesuatu yang bersinar di jari milik Yeoreum. Macam aku pernah tengok... Mata Jimin membulat. Tangan Jimin terus mencapai tangan Yeoreum.

Serta-merta Yeoreum terasa seperti terdapat renjatan elektrik ke seluruh badannya.

"Ini bukan cincin aku ke?", soal Jimin. "Macam mana boleh ada dekat kau?" Mata Jimin bergilir memandang ke arah cincin di jari Yeoreum dan wajah Yeoreum.

Seperti baru tersedar, Yeoreum menarik tangannya daripada terus dipegang oleh Jimin. "Ha, ni!" Yeoreum menayangkan cincin di jari telunjuknya. "Kau tahu tak member aku dah syak? Kaulah punya pasal sebab tertinggal cincin dekat rumah aku.", dengan geram Yeoreum berkata sambil mengacah sebuah penumbuk.

"Ah... Aku tertinggal ke?" Jimin menggaru keningnya. Yeoreum menggelengkan kepalanya. Mentang-mentanglah dia berlambak cincin, mestilah dia tak perasan kalau satu hilang. Mata Yeoreum memandang jari Jimin yang dipenuhi cincin.

Sekali lagi, Jimin mencapai tangan Yeoreum lalu membelek jari telunjuk yang tersarung cincin miliknya. "Tapi, cincin aku..." Mata Jimin memandang tepat ke dalam mata Yeoreum membuatkan Yeoreum menjadi tidak keruan. Debaran di dalam dada Yeoreum kembali.

"Cincin aku sesuai dengan kau."

Yeoreum meneguk liurnya sementara debaran di dalam dadanya semakin menggila. Dia menarik tangannya lalu mencabut cincin dari jari telunjuknya. Cincin itu terus diletakkan di atas tapak tangan Jimin lalu dia membawa troli pergi. Mata Jimin berkerdip-kerdip memandang Yeoreum yang berjalan pergi.

Selepas segala barang sudah diambil, kini mereka berdua bergerak ke kaunter bayaran.

"Tengok. Mana kau nak dapat lelaki macam aku? Dahlah aku ni selebriti popular, handsome, tolong belikan barang dapur untuk kau, ah... Bukan senang nak jumpa lelaki macam aku." Jimin memicit batang hidungnya, seolah-olah berbangga dengan diri sendiri. Yeoreum memandang Jimin dengan pelik lalu mencapai troli lalu meninggalkan Jimin.

Mereka akhirnya kembali ke rumah Yeoreum bersama beg plastik dipegang ditangan. Jimin mula menyinsing lengan baju lalu meletakkan bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng di dapur.

Yeoreum mula mencapai apron untuk dipakainya. Rasa pelik pula kerana sudah lama dia tidak memakai apron. Sebuah lagi apron dicapai.

Yeoreum menarik lengan Jimin lalu mula menyarungkan apron itu ke badan Jimin. Tanpa sebarang kata, Yeoreum mengikat tali apron itu membuatkan perbuatannya seolah-olah memeluk Jimin membuatkan Jimin kaku buat seketika.

"Barulah boleh mula masak.", ujar Yeoreu. Jimin berdehem lalu mencapai periuk nasi.

"Benda pertama sekali, masak nasi.", ujar Jimin sambil memandang Yeoreum. Yeoreum menganggukkan kepalanya. "Jangan cakap dengan aku yang aku tak reti masak nasi.", Jimin memberi amaran.

"Mestilah..." Yeoreum merampas periuk nasi dari tangan Jimin. "Aku reti. Pandang rendah dekat aku nampak?" Salah satu kening Yeoreum jongketkan.

"Manalah tahu..."

Yeoreum pun meletakkan dua pot beras lalu dibasuhnya. Kemudian, beras itu ditanak di dalam periuk nasi elektrik.

"Sini, aku tunjuk dekat kau. Ingat bahan-bahan ni.", ujar Jimin. Mata Yeoreum memerhati satu persatu bahan memasak yang ada diatas meja.

"Nak buat nasi goreng senang je, dia tak lebih daripada 10 bahan je, kecuali kaulah yang nak tambah benda-benda lain." Yeoreum menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Kau tak boleh selalu makan dekat luar je. Makanan luar tak dijamin kebersihan dia, boleh jadi tak sihat sebab kedai makan selalunya guna MSG, bahan-bahan yang lama... Paling penting, makan dekat luar kena pakai duit, okay? Yeoreum tertawa kecil lalu menganggukkan kepalanya.

"Pertama sekali..."

•••

"Ah... Sedap gila!", ujar Yeoreum dengan mulut yang penuh dengan makanan. Jimin tersengih lalu menongkat dagunya, matanya memandang Yeoreum bersama kening yang terjongket.

"Tengoklah siapa yang masak."

Yeoreum menjeling Jimin. "Bertuah kau dapat lelaki handsome yang masakkan sarapan pagi untuk kau."

Yeoreum menjatuhkan sudunya ke dalam pinggan, mulutnya ternganga sambil memandang Jimin dengan tidak percaya. "Ah..." Tangan Yeoreum mengusap perutnya. "Kau jangan buat aku ketidakhadaman boleh tak?" Jimin hanya tersenyum sebelum kembali menyambung makan.

Tiba-tiba, Yeoreum teringat sesuatu. "Kau tak ada schedule ke do? Selalu sangat datang rumah aku. Kata artis popular. Artis popular apa yang tak sibuk?", soal Yeoreum dengan pelik. Jimin mengunyah makanannya lalu ditelan.

Dia menganggukkan kepalanya. "Mestilah ada."

"Lagi satu, pengurus kau tak pelik ke kau selalu menghilang je?"

"Ah... Dia dah masak dengan perangai aku." Yeoreum menggelengkan kepalanya sambil melepaskan sebuah keluhan. Selebriti popular atas dahilah. Macam penganggur adalah.

"Tapi terima kasih sebab masakkan untuk aku.", ucap Yeoreum sambil tersenyum.

"Jagalah makan. Kalau kau sakit macam mana?"

Tangan Yeoreum yang baru ingin menyuap nasi ke dalam mulut terkaku. Ayat itu. Jimin risau dekat aku. Tetapi, Yeoreum menggelengkan kepalanya untuk berpijak di bumi nyata.

"Aku makan banyaklah. Tengok ni." Yeoreum mencubit pipinya. "Semua lemak aku ada dekat sini, dekat perut. Kau tak payah risaulah. Bab makan aku jaga."

Jimin tertawa kecil lalu menganggukkan kepalanya.

•••

Yeoreum melangkah masuk ke dalam kereta api bersama telefon di tangan, telinganya disumbat dengan fon telinga. Sekali lagi, dia tidak mendapat tempat duduk. Biasalah, waktu puncak begini, waktu orang pergi kerja, mestilah ramai orang.

Tangan Yeoreum erat menggenggam pemegang tangan yang tergantung. Jarinya menyeret skrin, melihat laman Instagram miliknya. Tiba-tiba, dia terhenti pada satu post.

Identiti sebenar teman wanita Jimin yang terbaru?

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip melihat gambar seterusnya. Ini... Gambar dia bersama Jimin. Cuma berbeza dengan gambar yang dikaburkan wajahnya hari itu, gambar ini lain.

haritu aku berjalan, lepastu aku terjumpa. wah... jimin masuk dalam rumah dia aku rasa. perempuan gila.

Wajahnya jelas terpampang bersama Jimin disisi. Gambar mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumahnya juga jelas disitu. Mulut Yeoreum ternganga, matanya membulat.

"What the f一", suara Yeoreum meninggi membuatkan terdapat penumpang yang menoleh ke arahnya. Nasib baik Yeoreum sempat menutup mulutnya daripada mencarut di pagi-pagi hari. Matanya terus memandang sekeliling, takkanlah ada yang ikut aku sekarang, kan?

Airliur diteguk dengan resah sambil dia melihat post seterusnya. Oh, tidak.

Nama: Han Yeoreum. Seorang pelajar tahun akhir Pengajian Perniagaan di Universiti Kebangsaan Seoul.

Dengan jari yang terketar, dia membuka pula ruang komen.

xxxxxx dia sekolah menengah sama dengan aku dulu. geumdo high school

Terdapat sebuah balasan kepada komen itu.

yyyyyyy wahhhh dia sama sekolah dengan jimin??? gila.

zzzzzz dia sebaya dgn jimin lah kalau dia pelajar tahun akhir kan?

qqqqqqq aku ada gambar diorang waktu dkt sek men, diorg berdua ada ambil gambar berdua. memang rapat dari sekolah rasanya...

wwwwww takdelah lawa pun hahaha

tttttt aku jumpa ig dia @/onesummer, fb dia Han Yeoreum, twitter pun nama dia juga

ffffff dia nampak gemuk hhhhhh

"Gila一", tanpa dapat ditahan suara Yeoreum sekali lagi meninggi membuatkan penumpang kereta api memandangnya pelik. Dalam hati, Yeoreum sudah menghadiahkan berbakul-bakul sumpahan kepada Jimin, orang yang mengutuknya, termasuk dirinya sendiri.

Panik mula menguasai diri. Seperti tepat pada masanya, dia mula menerima beberapa mesej di Instagram miliknya. Daripada notifikasi, Yeoreum dapat membacanya.

Nama akaun yang tidak dikenalinya.

dddddd
kau girlfriend jimin?
dalam mimpi kaulah!

oooooo
jangan fikirlah kau dapat jadi gf jimin

Yeoreum terus mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaun Instagram miliknya. Nasib baiklah dia hanya aktif di Instagram, bukan di laman sosial lain.

Mamat tak guna!

Han Yeoreum
PARK JIMIN
GAMBAR AKU DAH KELUAR
KAU PUNYA PASALLAH NI
SEMUA ORANG TAHU MAKLUMAT PERIBADI AKU
UGHHHHHHH

Ketika tiba di universiti, Yeoreum terus berjalan ke arah taman universiti yang tidak dipenuhi dengan ramai orang. Jari-jemarinya pantas mendail nombor telefon milik Jimin.

"Mestilah dia takkan angkat!", rungut Yeoreum apabila panggilannya tidak disambung. Sekali lagi dia mendail nombor telefon Jimin tetapi hampa, hanya masuk ke dalam peti suara.

Yeoreum terasa ingin membaling telefon bimbitnya ke atas tanah sekarang juga. Tetapi, nafas ditarik dan dihembus untuk menenangkan diri sendiri. Hidup aku dah cukup serabut, mamat ni makin tambah serabut aku...

Tangan Yeoreum mencapai getah rambut yang mengikat rambutnya. Rambutnya yang panjang itu dileraikan walaupun jelas sekarang musim panas. Mungkin dia akan susah dikenali jika dia melepaskan rambutnya. Dia berjalan pula ke kedai serbaneka yang berdekatan dengan bangunan utama universiti.

"Cik, ada jual topeng muka tak?", soal Yeoreum kepada juruwang di kaunter sambil tersenyum.

•••

"Macam mana, Encik Shin?", soal Jimin sambil berpeluk tubuh, kakinya disilangkan sambil bersandar pada sofa. "Ini cukup besar kan untuk buang gambar tu?"

Encik Shin mematikan perakam suara di telefon bimbit Jimin. Tangannya mengusap dagu sambil memandang Jimin. Kening Jimin terjongket sambil memandang Encik Shin.

"Mana kau dapat semua maklumat ni, Jimin?", soal pengurus Jimin dengan agak terkejut.

"Aku banyak lagi benda macam ni. Industri ni bukan tempat yang baik.", kata Jimin.

"Kalau Encik tak nak一" Baru sahaja Jimin ingin mencapai kembali iPhone XR miliknya diatas meja, tangannya jelas ditahan oleh Encik Shin. Hujung bibir Jimin terjongket, rancangannya berhasil.

"Mestilah saya nak.", ujar Encik Shin.

"Dengan syarat Encik buang gambar-gambar tu depan saya.", tegas suara Jimin. Encik Shin mencapai kamera miliknya bersama komputer riba.

Fail itu semua dibuang lalu ditunjukkan kepada Jimin. "Asli punya dalam kamera saya dah buang. Fail dalam komputer pun. Puas hati?", tanya Encik Shin. Jimin mencapai kamera itu lalu ditekan-tekan punatnya untuk melihat gambar.

Tapi, jari Jimin menarik keluar kad memori dari dalam kamera. Mulut Encik Shin ternganga. "Saya akan ambil ni.", dengan selamba Jimin berkata.

"Encik Shin sendiri tahu kan apa akan jadi kalau encik mungkir janji?" Perhatian Jimin teralih pula ke arah komputer riba. Tetikus mula digerakkan untuk mengklik beberapa fail.

"Saya dulu pernah date dengan seorang wartawan Dispatch. Sebab dialah saya tahu banyak pasal tempat ni." Jimin menaikkan pandangannya dari skrin ke wajah Encik Shin. "Apa akan jadi eh kalau saya bagi tahu semua orang tentang cara sebenar kerja Dispatch?" Jimin tersenyum manakala Encik Shin terdiam dengan ugutan itu.

"Encik Shin akan tunggu arahan saya untuk keluarkan artikel pasal benda tu."

Jimin menutup komputer riba itu, berpuas hati. Dia berdiri diikuti pengurusnya lalu terus berjalan keluar dari pejabat itu. Pengurus Jimin sahaja yang menundukkan badan tanda hormat sambil mengucapkan terima kasih.

"Budak tu, patutlah dia dapat gelaran artis kurang ajar." bebel Encik Shin sambil menggelengkan kepalanya.

•••

Pengurus Jimin melepaskan sebuah keluhan sambil melihat kepada sesuatu diatas skrin iPad miliknya. Jarinya pula memicit pelipisnya.

"Jimin... Apa aku nak buat dengan rating drama kau ni?", ujar si pengurus. Jimin membiarkan sahaja wajahnya dioles dengan berus mekap untuk penggambaran iklan sebagai duta Lotte Duty Free.

Jimin sedar, rating untuk drama 1-4-3 agak rendah berbanding jangkaannya. Episod tiga yang baru ditayangkan hanya mencatatkan rating sebanyak 2.69 peratus.

"Jangan risau. Dia akan naik episod empat nanti.", dengan tenang Jimin menjawab.

"Mana kau tahu?" Kening si pengurus berkerut.

Jimin hanya tersenyum.

•••

Korupsi dalam industri. Pencuri skrip drama 1-4-3?

Drama 1-4-3 yang dibintangi oleh pelakon Park Jimin dan Kim Seulgi sudah mula bersiar sejak seminggu lepas di MBC Entertainment. Namun, terdapat info dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa penulis drama itu ditendang keluar oleh penulis baru yang memasuki industri dengan menggunakan orang dalam. Betulkah?

Berikut disertakan mesej Kakaotalk antara pengarah drama Encik Kim dengan Encik Lee.

Kim XX
saya tak boleh buat begini
macam mana pula dengan penulis yang baru

Lee XX
syarikat awak sekarang ialah saya punya
bila bila masa sahaja saya boleh tarik jawatan awak sebagai pengarah

Penulis baru yang dikenali dengan Cik D, dia memasuki industri sebagai penulis skrip drama 1-4-3, walaupun skrip itu bukan hasil tangannya sendiri. Berkemungkinan menggunakan orang dalam adalah sangat tinggi.

Cik Dxxx
skrip drama tu susah sangatlah
apa yang penulis sebelum ni tulis?
tak faham betul
kisah merepek

Kim XX
buat sahaja kerja kamu
itu yg sekurang kurangnya apa yg kamu kena buat

Berikut pula disertakan mesej KakaoTalk antara pengarah drama Encik Kim XX bersama penulis skrip drama asal 1-4-3 yang dikenali sebagai Han XX.

Kim XX
saya minta maaflah cik Han XX
saya pun tak tau nak buat apa

Han XX
...saya pun tak tahu nak cakap apa
itu kan hasil kerja saya
kenapa dia yang dapat?

Mesej diatas menunjukan penulis Han XX langsung tidak tahu-menahu mahupun bersetuju dengan menukar penulis skrip drama itu.

Korupsi dalam industri bukanlah isu yang baru namun perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Apa kata anda?

qazwsx korupsi dalam industri ialah perkara yang serius [3690+, 258-]

plmokn kesian betul dekat penulis asal skrip drama tu... mesti dia kerja keras [2489+, 157-]

tgbyhn patut pecat je penulis baru tu [1597+, 99-]

[see more comments...]

Jimin tersenyum kecil sambil membaca komen oleh netizen. Ini berjalan seperti apa yang diharapkan. Komen netizen menunjukkan ramai yang berpihak kepada pihak yang benar.

Ah... Tak sabar untuk tunggu rating drama esok.

Keesokan harinya, rating drama 1-4-3 menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 9.78 peratus. Peningkatan yang agak bagus daripada 2.69 peratus.

Pengurus Jimin melihat skrin iPad miliknya sambil ternganga. "Ini... Kerja kau kan?", soal si pengurus kepada Jimin apabila mereka berada di dalam kereta untuk menuju ke set penggambaran. Jimin hanya terdiam, tidak menjawab.

Link kepada artikel itu dihantar kepada Yeoreum.

Pau
[link]
revenge successful ;))

Telefon bimbit Yeoreum bergetar. Dia mencuri baca mesej di dalam kelas lalu membaca artikel itu. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, tidak percaya.

Artikel yang berkaitan juga dilihat.

Rating drama 1-4-3 mencanak naik hampir 10 peratus!

"Okay kelas! Jangan lupa buat rumusan untuk kelas kita hari ni. Hantar kerja kamu atas meja saya. Bulan depan ada peperiksaan, saya yakin kamu semua tahu." Satu kelas melepaskan pelbagai keluhan dan rungutan.

Pensyarah wanita itu mengemaskan bukunya lalu berkata, "Kelas bersurai." Para pelajar pun pantas mengemaskan barang masing-masing lalu berjakan keluar dari dewan kuliah.

Sehingga tinggal Yeoreum sahaja di dalam dewan kuliah itu. Tangan Yeoreum membaca kembali mesej yang dihantar oleh Jimin. Bibir Yeoreum ingin mengukir sebuah senyuman tetapi dia menggelengkan kepalanya.

Tak, ini tak boleh jadi. Aku tak patut maafkan dia, atau redakan kemarahan aku.  Masih ada perhitungan yang perlu dibuat tentang gambar aku yang peminat dia muatnaik di media sosial.

Termasuk maklumat peribadi aku. Memandangkan jejaka itu baru mesej aku beberapa minit yang lepas... Yeoreum mula mendail nombor Jimin.

"Ah, Han Yeoreum. Kau mesti terharu kan? Aku baru nak telefon kau. Aku tahuㅡ"

"Ada benda yang aku kena bincang dengan kau.", suara Yeoreum yang agak serius membuatkan senyuman Jimin menghilang sedikit. Mata Jimin berkerdip-kerdip.

•••

Bunyi pintu diketuk sebanyak tiga kali membuatkan Yeoreum membuka pintu rumahnya. Jimin membuka kasut sebelum memasuki ruang tamu.

"Kau nak cakap apa? Bunyi macam serius je?", tanya Jimin sambil duduk diatas lantai. Yeoreum menggigit bibirnya dengan resah.

"Ah!" Jimin memetik jarinya. "Kau nak tak tengok wayang dengan aku? Sempena balas dendam aku yang berjaya?" soal Jimin sambil tersenyum. Yeoreum menghidupkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan sesuatu diatas skrin telefon bimbit.

"Kau tahu pasal benda ni?" Senyuman Jimin pudar apabila melihat perkara yang tertera diatas skrin telefon bimbit milik Yeoreum. Gambar Yeoreum dan Jimin bersama yang ditangkap oleh peminat Jimin.

"Mestilah aku tahu.", jawab Jimin.

Yeoreum mengetap giginya. "Lepas tu, kau buat tak tahu je?", dengan geram Yeoreum bertanya.

"Han Yeoreum. Aku dah balas dendam demi kau, jomlah tengok wayang dengan aku..." Jimin menukar topik.

Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. "Aku yang gila kalau aku pergi tengok wayang dengan kau.", ujar Yeoreum. "Pasal balas dendam tu lainlah. Ada ke aku suruh kau balas dendam untuk aku? Tak, kan?"

Jimin mencebik. "Alah... Tapi filem tu romantik komedi tahu? Kau mesti suka punya...", Jimin masih memujuk. Yeoreum memandang wajah Jimin. Aku mungkin senang cair dengan kau, tapi bukan sekarang, Park Jimin.

Bukan sekarang.

"Park Jimin.", Yeoreum memanggil nama jejaka itu dengan nada yang serius. "Maklumat peribadi aku dah terbongkar. Kita tak boleh terus macam ni. Kau selebriti popular. Aku? Aku cuma pelajar universiti."

Sebuah keluhan meniti di bibir Jimin. "Aku dah bagi tahu pengurus aku yang kita tak ada apa-apa.", kata Jimin.

"Dah tu? Keluarkanlah artikel atau apa-apa yang cakap kita ni tak ada apa-apa!", tanpa disedari suara Yeoreum mula meninggi.

"Benda tu takkan menjadi."

Yeoreum mengalihkan pandangannya untuk mencari kesabaran yang tersisa. "Kenapa pula takkan menjadi bila kau cuba pun belum?"

"Dengar ni, Han Yeoreum.", kini suara Jimin pula menjadi serius. "Media tak bekerja seperti apa yang kau fikir. Hanya disebabkan khabar angin yang peminat sebarkan, aku tak boleh cakap apa-apa atau keluarkan kenyataan rasmi. Benda tu akan jejaskan aku, dan yang paling penting, boleh menjejaskan kau."

Kenapa persahabatan kita sering menjadi begini, Park Jimin? Aku cuma ingin bersama dengan kau, takkanlah itupun salah?

"Kalau kita bukan bercinta pun, kau fikir orang akan percaya? Tak, orang tak akan percaya dan orang akan percaya apa yang mereka nak dan fikir apa yang diorang nak. Tak ada guna."

"Lawan diorang, Han Yeoreum. Biar diorang cakap apa diorang nak. Kita tahu hal sebenar. Aku suka berkawan dengan kau, aku tak boleh biar persahabatan kita hancur sebab benda ni."

Entah kenapa, hati aku rasa sakit walaupun dia sedang memujuk aku. Kawan... Huh? Aku pun.

Aku pun suka berkawan dengan kau, Park Jimin.

“A bird who hurt her wing,
now forgotten how to fly.

A song she used to sing,
but can't remember why.

A breath she caught and kept一
that left her in a sigh.

It hurts her so to love you,
but she won't say good-bye.”

一 GOLDEN CAGE

"Okay, fine." Jimin menganggukkan kepalanya. "Aku takkan ajak kau tengok wayang dengan aku kalau kau memang tak selesa.", Jimin mula berdiri.

"Aku pergi dulu. Ada schedule.", Jimin menyarung kasutnya.

"Jangan lupa mesej atau telefon aku." Pintu rumah Yeoreum tertutup.

•••

trivia untuk buku ni! ada banyak calon tajuk bagi buku ni, antaranya...

1. Keikhlasan Yang Tidak Terungkap

2. Kapal Terbang dan Bintang

3. Hanya Satu Hari

4. Platonik (ini paling dilema)

5. Cinta Palsu

tapi semua buang dan letak selebriti sebab selebriti lagi ringkas... dan sesuai dengan buku ni sebenarnya.

Continue Reading

You'll Also Like

27.8K 554 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
3.1K 520 42
Selamat membaca *Dah stop update* 😁 "Cerita memang pelik tapi cerita ni membuktikan bahawa sy memulakan minat sbagai penulis dri bawah"
14.5K 2.2K 12
Usah dirancang, akan ada yang terjerat.
96.9K 8.2K 16
❝ ... Kau ni memang perosak suasana kan ? Kenapa kau nak kacau aku setiap hari ?❞ ❝ Sebab saya suka awak . You're my first love ❞ ❝ ...... ❞ ↹ ©Fai...