SELEBRITI. ยป park jimin

By bajumelayujimin

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... More

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

x. Kau buat aku keliru.

151 19 7
By bajumelayujimin

Yeoreum memasukkan fon telinga ke dalam lubang telinganya, kaki melangkah ke arah stesen kereta api bawah tanah. Kakinya menunggu di belakang garisan yang ditetapkan. Jarinya menyeret skrin, pandangannya tertumpu ke atas skrin telefon bimbit di tangan.

Dia membaca kemaskini terbaru tentang selebriti kegemarannya, ada kalanya tersenyum sendiri jika ada video lucu yang dilihat. Kemudian, dia terhenti pada satu post.

"Oh... Dah keluar?", gumam Yeoreum sendiri. Belum sempat dia memproses  post itu, kereta api pun tiba. Pintu terbuka dan ramai penumpang berpusu-pusu untuk menaiki kereta api termasuk Yeoreum.

Walaupun masih awal pagi, tetapi sudah ramai penumpang di dalam kereta api. Waktu puncaklah katakan. Yeoreum tidak dapat tempat duduk kosong maka dia hanya berdiri.

Penyanyi dan pelakon, Park Jimin akan berganding dengan pelakon, Kim Seulgi untuk sebuah drama romantik komedi yang berlatar belakangkan sekolah menengah awal Julai depan.

Yeoreum tersenyum kecil, tidak sabar untuk menunggu hasil drama itu sepenuhnya nanti.

Dia tiba di stesen yang ditujunya. Langkah kaki Yeoreum keluar daripada kereta api lalu keluar dari stesen kereta api. Pandangan Yeoreum jatuhkan pada jam tangan miliknya.

Lebih kurang setengah jam lagi daripada masa yang ditetapkan oleh staf penggambaran. Yeoreum mengambil bas untuk menuju ke highschool tempat penggambaran drama berjalan.

"Perpustakaan...", gumam Yeoreum sendiri sambil matanya melilau mencari di celah mana terletaknya perpustakaan sekolah itu. Selepas bertanya arah, barulah Yeoreum terjumpa dengan perpustakaan.

Namun, belum sempat Yeoreum menolak pintu perpustakaan, ada dua orang pelajar perempuan mencuit bahunya. Kepala Yeoreum pun menoleh.

"Cik. Cik ni... Penulis drama ni kan?", salah seorang pelajar perempuan itu bertanya. Yeoreum mengangguk dengan teragak-agak, kerana perkara ini sepatutnya masih dalam tempoh rahsia dan tidak sepatutnya diketahui oleh mana-mana pihak media.

"Ni.", mereka menyerahkan dua buah kotak yang dipegang kepada Yeoreum menyebabkan Yeoreum terpinga-pinga. "Jimin pelakon utama cerita ni kan? Tolong bagi ni dekat dia tau?", pinta dua orang pelajar perempuan itu dengan bersungguh-sungguh.

Yeoreum hanya tersenyum kecil sambil mengangguk. Senyuman dua orang pelajar perempuan itu melebar. "Terima kasih kak!", ucap pelajar perempuan itu lalu menundukkan badan. "Bagi tau dekat Jimin?", pesan mereka lagi. Yeoreum mengangguk.

Mereka pun berjalan pergi dengan pantas bersama tawa kecil menyusul mereka.

"Kejap. Itu uniform sekolah lain. Diorang datang sini semata-mata nak bagi ni?", gumam Yeoreum sendiri sambil memandang kotak hadiah yang berbalut cantik di tangannya itu.  Sebuah keluhan meniti di bibir Yeoreum.

Dia pun melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Kelihatan set kamera sedang didirikan dan staf sedang sibuk memasang kamera.

"Yeoreum!", Taehyung dari jauh melambai kecil sambil tersenyum lebar. Taehyung lengkap memakai pakaian seragam sekolah yang terletak elok di badannya. Yeoreum hanya tersenyum kembali sebelum berjalan ke arah Taehyung disudut perpustakaan.

"Oh? Kau dapat hadiah ke?", soal Taehyung dengan penuh minat apabila melihat Yeoreum memegang kotak hadiah di tangan. Yeoreum hanya meletakkan kotak hadiah itu diatas meja.

Haih, kenapalah mamat ni peramah sangat? Padahal aku bukannya rapat pun dengan dia bila waktu sekolah rendah. Kebetulan aku pernah suka dia sahaja.

"Jimin mana?", soal Yeoreum sambil menyelukkan tangan ke dalam poket sweater. Sengaja dia tidak menjawab soalan Taehyung. Boleh tahan sejuk juga penyaman udara di dalam perpustakaan ini. Kontra dengan musim panas di luar sekarang.

"Dia pergi tandas sekejap...", balas Taehyung. Yeoreum hanya mengetuk jari jemarinya di atas meja, kekok dengan waktu kini. Aduh, Seulgi pula tak ada... Kalau ada dia bolehlah aku pura-pura peramah. Mata Yeoreum memandang ke sekeliling perpustakaan, kecuali wajah Taehyung.

"Duduklah.", tiba-tiba Taehyung mempelawa. Tidak ingin kelihatan sombong atau kurang ajar, Yeoreum menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

Kekok. Sunyi. Senyap.

"Kau layan tak Sky Castle?", Taehyung memulakan perbualan. Terus Yeoreum menoleh ke arah Taehyung dengan pantas.

"Tengok...", dalam diam Yeoreum mula teruja tetapi ditahannya. Drama Korea itu menjadi kegilaan terbaru Yeoreum. Kalau ada teman yang boleh bawa bersembang tentang drama itu, memang boleh borak sampai pagi.

"Kau pun tengok?", Taehyung menganggukkan kepalanya dengan bersungguh-sungguh sambil tersenyum. Akhirnya, ada topik yang dia boleh bersembang dengan Yeoreum. Taehyung benci suasana kekok dan senyap sejujurnya.

"Kau dah tengok sampai mana?", tanya Taehyung.

"Semalam aku tidur pukul empat lebih layan sampai habis weh. Satu kolam renang aku nangis.", balas Yeoreum. Taehyung tergelak sebelum bertanya soalan lain berkaitan Sky Castle.

"Sedih ke? Aku tengok baru sampai episod..."

"Sedih sangat. Aku tak tahu berapa kali aku nangis tengok drama tu."

Tanpa disedari, mereka berubah topik kepada kehidupan peribadi masing-masing. Sedikit demi sedikit, Yeoreum mula berasa selesa bersama Taehyung. Santai sahaja perangai Taehyung.

"Aku dengar kau belajar dekat universiti. Macam mana kau boleh jadi penulis drama pula?", soal Taehyung.

"Sekarang tengah cuti semester. Ada profesor aku dia baca penulisan aku sebab aku letak dekat blog.", balas Yeoreum.

"Kau ada blog?", mata Taehyung membulat, terkejut. Dengan malu-malu kucing, Yeoreum mengangguk sambil tersenyum.

"Tapi, macam mana kau nak datang shooting? Tak lama lagi bukan universiti buka balik ke?", Yeoreum melepaskan sebuah keluhan, mengenangkan kata-kata Taehyung yang benar itu. Perkara itu juga yang bermain di minda Yeoreum sekarang. Dia menerima tawaran untuk menjadi penulis drama ini pun kerana sedang cuti semester. Tapi, jika universiti dibuka semula, apa dia boleh buat?

"Kau cubalah bincang dengan staf. Aku rasa diorang bagi je. Bincanglah elok-elok.", ujar Taehyung sambil tersenyum. Yeoreum hanya mengangguk.

Yeoreum mula memeluk tubuhnya, terasa dingin yang amat di dalam perpustakaan itu. Taehyung tiba-tiba tersenyum dan melambai ke arah seseorang. Yeoreum pun menoleh dan kelihatan Jimin yang siap memakai pakaiam seragam highschool sedang berjalan ke arah mereka.

Sejak bila pula mereka berdua ni rapat?

"Ini hadiah kau. Peminat kau bagi.", ujar Yeoreum sambil menolak kotak hadiah diatas meja ke arah Jimin. Dengan selamba, Jimin menarik kerusi untuk duduk di sebelah Yeoreum.

"Hadiah aku?", tanya Jimin. Yeoreum mengangguk. Jimin pun menarik kotak hadiah itu lalu dibeleknya.

"Bukan kau ke yang bagi dekat aku ni?", sengaja Jimin bertanya sambil tersengih ke arah Yeoreum. Yeoreum hanya mampu menjulingkan matanya, malas mahu melayan Jimin.

"Hadiah untuk Jimin? Aku ingat Yeoreum punya.", kata Taehyung. Yeoreum hanya menggelengkan kepalanya.

"Aku ingatkan Yeoreum ada secret admirer dia bagi ke..." kata Taehyung lagi. Pipi Yeoreum terasa panas mendengar ayat Taehyung.

"Hei, aku mana adalah secret admirer. Siapa yang nak minat aku?", balas Yeoreum, sengaja merendah diri.

"Ei, manalah tahu...", ujar Taehyung sebelum dia dan Yeoreum serentak tergelak kecil. Jimin disitu hanya mampu menjongketkan keningnya sambil memeluk tubuh.

Apabila Seulgi sudah tiba di set penggambaran, penggambaran pun dimulakan.

•••

Yeoreum memeluk tubuhnya, buku skrip diatas riba, sweater dizip sepenuhnya. Sungguh, suhu sejuk di dalam perpustakaan sekolah itu seperti mahu membunuh Yeoreum. Siapa punya kerjalah pasang penyaman udara macam dekat Kutub Utara.

Tahulah dekat luar tengah panas, tapi agak-agaklah! Yeoreum menuturkan ayat itu di dalam hati.

Tangan Yeoreum bawa ke mulut lalu ditiup udara untuk menghasilkan haba yang panas. Namun, haba panas itu hanya bertahan selama beberapa saat sebelum ia kembali menjadi sejuk. Yeoreum menekup lehernya pula.

Ini tak boleh jadi, gumam Yeoreum di dalam hatinya. Orang lain kelihatan relaks sahaja, ada yang memakai t-shirt lengan pendek lagi.

Baru sahaja Yeoreum ingin bangun dari duduknya, terasa ada sesuatu seperti memeluknya dari belakang. Kepala Yeoreum terus terangkat untuk melihat.

Sebuah blazer, atau lebih tepat blazer sekolah sedang memeluk tubuhnya. Jimin duduk disebelah Yeoreum sambil menggelengkan kepalanya. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip.

"Kau memang tak tahan sejuk kan?", ujar Jimin.

"Memang betullah nama kau Han Yeoreum.", kata Jimin. Hanya dengan ayat itu, Yeoreum dibawa kembali ke masa lalu.

Yeoreum melangkah kaki ke dalam perpustakaan, kedudukan blazer di badan diketatkan. Dia sering benci akan penyaman udara di dalam perpustakaan yang seringkali terlebih sejuk.

Salah sebuah meja kosong di sudut perpustakaan dipilih oleh Yeoreum. Kerusi Yeoreum tarik sebelum dia duduk diatasnya.

Yeoreum
mana kau
jimiiiiiiiinnnn
kau tak datang aku datang bawa geng
aku korban kau

Mesej itu automatik dilihat oleh Jimin.

Pau
ye han yeoreum
aku datang
simpan jelah geng kau
aku habis tuisyen sekejap lagi

"Ei budak pandai ni.", bebel Yeoreum sendiri sambil membaca mesej di telefon bimbitnya. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu bersama. Namun, Jimin mempunyai tuisyen sebaik sahaja kelas tamat.

Logiklah, Park Jimin itu memang seringkali mengungguli tempat yang baik setiap kali peperiksaan. Mesti diantara 10 pelajar terbaik. Tidak pernah lebih dari nombor 10.

Alat tulis dan buku dibawa keluar dari dalam beg galas miliknya. Yeoreum pun mula menulis ideanya didalam buku nota dan menggabungkan hasil carian miliknya. Tidaklah bazir masa untuk memulakan kerja apabila Jimin tiba.

Namun, setelah hampir setengah jam menunggu, Yeoreum menjatuhkan pen berdakwat ungu yang digunakannya. Dia memeluk tubuh yang kesejukan. Kemudian, dia menjeling tajam penyaman udara yang dipasang di sudut perpustakaan.

Siapa punya kerjalah yang pasang penyaman udara kuat sangat ni?!

Sudahlah dia terlupa untuk memakai seluar didalam skirt sekolah. Kakinya yang terdedah menambah lagi kesejukan. Mahu cabut blazer yang dipakainya untuk menutup kaki, lengannya pula akan terdedah kerana baju didalamnya berlengan pendek. Dilema betul.

Tiba-tiba badannya terasa dipeluk sesuatu yang lembut dipeluk dari belakang. Sweater berwarna kelabu.
Yeoreum mengangkat wajahnya dan Jimin sedang berdiri di sebelahnya. Jimin berjalan lalu menarik kerusi untuk duduk di hadapan Yeoreum.

"Dah tahu tak tahan sejuk tu, pakailah seluar ke, bawa sweater ke.", ujar Jimin sambil meletakkan begnya ke sebelah tempat duduk yang kosong.

"Aku lupalah. Kalau aku ingat aku dah pakai.", balas Yeoreum, mengalihkan sweater kelabu milik Jimin untuk diletakkan ke atas riba.

"Memang betullah nama kau Han Yeoreum.", sengaja Jimin berkata dalam nada menyakat. Yeoreum menjeling Jimin. Jimin membawa keluar alat tulis dan buku dari dalam
beg.

"Diamlah.", balas Yeoreum.

"Pakai sweater tu. Kau dahlah tak tahan sejuk."

"Kenapa kau selalu ikat rambut kau macam ni?", Jimin melantunkan rambut Yeoreum, yang juga hari itu diikat serabai. Yeoreum kembali kepada alam realiti.

"Suka hati akulah.", gumam Yeoreum. Jimin membetulkan kedudukan sweater itu dibadan Yeoreum.

"Pakai elok-elok. Kau dahlah tak tahan sejuk.", ujar Jimin lalu berjalan pergi.

Park Jimin, boleh tak berhenti main dengan kenangan kita yang dulu? Kau buat aku keliru.

“The time may not
be prime for us,
though you are
a special person.

We may be just
two different clocks,
that do not tock,
in unison.”

一 SOME TIME OUT

•••

Keesokan harinya.

Yeoreum sedang berbincang bersama pengarah dah penulis pembantu tentang skrip drama 1-4-3. Ada kalanya mereka melontarkan pendapat dan bertukar idea untuk menjayakan lagi drama itu. Mereka perlu pantas membuat kerja, kerana tidak lama lagi trailer untuk drama tersebut akan disiarkan.

Apabila perbincangan itu hampir tamat, ada salah seorang pembantu penulis menegur Yeoreum. "Aku nampak kau macam rapat je dengan Jimin tu.", ujar wanita itu. Tangan Yeoreum menolak kacamata di atas hidungnya.

"Er...", Yeoreum tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu. Mahu kata mereka rapat pun tidak. Tetapi untuk kata mereka tidak rapat, pun tidak juga.

"Dia macam mesra je dengan kau."

Belum sempat Yeoreum membalas apa-apa, ada staf perempuan lain pula yang menyampuk. "Hati-hati sikit dengan Jimin tu. Kau tahu kan gosip dia?"

Dalam hati, Yeoreum terasa geram pula secara tiba-tiba. Terasa ingin mempertahankan Jimin. Macam mana kalau Jimin bukan seperti apa yang dikatakan oleh media? Suka hati sahaja mahu percaya itu ini. Mereka kenalkah Park Jimin?

Tetapi, Yeoreum hanya tersenyum, tidak mahu komen apa-apa. "Jangan cakap kami tak bagi amaran.", ujar salah seorang wanita lagi diiringi gelak tawa mereka.

Yeoreum hanya mampu melemparkan sebuah senyuman.

Ya, aku pun tak tahu apa akan jadi antara aku dan Jimin.

"Okay! Kita boleh teruskan dengan penggambaran!", pengarah menepuk tangan untuk menarik perhatian semua staf di set penggambaran tersebut. Maka, staf pun pergi untuk menjalankan tugas masing-masing termasuk Yeoreum.

"Park Jimin mana?", pengarah mula bertanya pada salah seorang staf lelaki. Staf lelaki itu mengetap bibirnya.

"Dia tak datang lagi. Tuan tahulah.", balas staf lelaki itu dengan teragak-agak. Pengarah itu hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan kecil.

"Tak apalah. Babak ini fokus utamanya ialah Seulgi dan Taehyung. Kita buat babak mereka dulu.", pengarah itu memberikan jalan penyelesaian.

"Baiklah.", staf lelaki itu mengangguk lalu berjalan pergi.

Penggambaran itu pun berjalan seperti biasa dengan kehadiran para pelakon.

Satu jam, dua jam...

"Park Jimin ni mana?", suara pengarah makin meninggi, mungkin kesabarannya sudah memuncak. Para staf semua memandang satu sama lain, seolah-olah menyoal sesama sendiri melalui pandangan mata.

"Dia masih tak datang.", ada suara seseorang menjawab.

"Habis tu, telefonlah dia!", seperti serentak, semua orang memandang ke arah Yeoreum. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, tersentak apabila semua orang seperti memandang ke arahnya.

Seorang staf wanita di sebelah Yeoreum menyiku Yeoreum. "Telefonlah Park Jimin. Kau ada nombor dia kan?", ujarnya dengan gigi yang terketap. Seperti baru mengerti, Yeoreum menarik keluar telefon bimbit dari dalam poket jeans.

Nombor telefon Jimin pantas didail.

Yeoreum berjalan agak jauh dari set penggambaran itu untuk menelefon Jimin. Nasib baik panggilan berjaya disambung.

Tut... Tut...

"Angkatlah telefon Jimin...", gumam Yeoreum dengan resah apabila panggilan masih tidak diangkat. Selepas deringan kelima, Yeoreum mematikan panggilannya.

Bibirnya diketap dengan gusar. Sudahlah ramai staf menunggu jawapan dari dia. Sekali lagi, Yeoreum mendail nombor Jimin dengan penuh harapan. Kakinya dihentak ke lantai tanda resah.

"Hello?", suara garau Jimin mengangkat panggilan.

"Hei!", terus suara Yeoreum meninggi apabila Jimin menjawab panggilan. Namun, apabila ada dua tiga orang menoleh ke arah Yeoreum, Yeoreum menutup mulutnya dengan tangan. "Mana kau?", suara Yeoreum separuh melaung separuh menjerit.

"Oh? Yeoreum lah yang telefon aku dulu.", ujar Jimin sebelum dia tertawa kecil.

"Mana kau?"

"Aku? Dekat rumahlah..."

"Woi! Kau tak ingat ke kau ada shooting drama pagi ni?", dengan geram Yeoreum bertanya.

"Eh? Ya ke? Yalah...", ujar Jimin, seolah-olah dia baru tersedar. Yeoreum menarik dan menghembus nafas, menahan marah.

"Kau tahu tak semua orang tengah tunggu kau? Cepatlah!", kata Yeoreum lalu mematikan panggilan. Dia kembali melangkah ke arah staf.

"Ha, mana Jimin?", soal si pengarah.

"Dia kata dia on the way.", ujar Yeoreum, sengaja menipu. Nak kena herdik cakap Jimin dekat rumah lagi?

"On the way?", namun, si pengarah menghempaskan buku skrip ke atas meja membuatkan semua orang tersentak. Terkejut Yeoreum dibuatnya.

"Saya akan pergi ambil Jimin. Saya pastikan dia sampai secepat yang mungkin.", tanpa disedari, ayat itu laju sahaja meluncur keluar dari mulut Yeoreum. Semata-mata mahu menyedapkan hati tuan pengarah.

"Ha, baguslah Han Yeoreum. Saya rasa mesti Jimin boleh sampai cepat kalau Yeoreum pergi jumpa dia.", Ahreum membela nasib Yeoreum. Yeoreum tersenyum kecil kerana kak Ahreum menyokong tindakannya.

"Pergilah. Cepat sikit.", ujar tuan pengarah.

Tapi, mana aku tahu alamat rumah Jimin!

Yeoreum pantas melangkah ke arah Ahreum. "Kak.", bisik Yeoreum, "Akak tahu tak alamat rumah Jimin?"

•••

Sebaik sahaja Yeoreum memasuki teksi, dia menyuruh pakcik yang membawa teksi itu untuk memandu secepat yang mungkin. Alamat rumah Jimin diberikan.

Nombor telefon bimbit Jimin didail. Satu deringan sahaja dan panggilan diangkat.

"Oh... Han Yeoreum. Dua kali kau telefon aku dalam masa setengah jam, menarik.", ujar Jimin di hujung talian. Yeoreum menjulingkan matanya.

"Kau baik cepat, Park Jimin. Aku dalam perjalanan ke rumah kau dan aku nak kau dah siap bila aku dah sampai. Okay?", suara Yeoreum tegas berkata. Badannya bergerak ke kiri dan ke kanan dengan kasar apabila teksi yang dinaiki membelok pada selekoh.

"Okay, Han Yeoreum.", Jimin membalas. Seperti tepat pada masanya, Yeoreum tiba di hadapan sebuah dinding yang berfungsi sebagai pagar besar berwarna hitam.

Yeoreum menarik keluar beberapa not wang dari dalam dompet miliknya lalu diserahkan kepada pemandu teksi. "Apa passcode rumah kau?", tanya Yeoreum.

"Cepatnya kau sampai. Dah rindu aku sangat ke?", tanya Jimin sambil memerhati sebuah teksi tiba dihadapan pagar rumahnya. Rakaman litar tertutup CCTV itu terpampang pada skrin televisyen didalam bilik tidurnya.

"Kau fikir lawak ke?", Yeoreum mengambil duit baki lalu mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu. Pintu teksi dibuka dan Yeoreum melangkah keluar.

"Cepatlah, apa passcode rumah kau?", tanya Yeoreum lagi. Jimin tersenyum melihat Yeoreum yang kini berdiri di hadapan mesin passcode berdekatan pagar rumah.

"Nombor telefon kau.", balas Jimin.

"Ha?", Yeoreum tidak mengerti. "Tak kelakarlah. Betul-betullah.", kini Yeoreum sudah bercekak pinggang, geram.

"Passcode rumah aku, nombor telefon kau.", itu sahaja ayat Jimin sebelum dia mematikan panggilannya.

"Ha? Hello?", Yeoreum merenung skrin telefon bimbitnya dengan keliru. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, tidak mengerti.

Ah, lantaklah! Kau kena cepat, Han Yeoreum.

Jari telunjuk Yeoreum mula menaip nombor telefonnya, seperti yang dikatakan. "I swear to God kalau mamat ni main-main dengan aku...", bebel Yeoreum sendiri. Butang Enter ditekan.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Yeoreum tersentak. Mata Yeoreum membulat.

Dia tak tipulah... Passcode rumah dia betul-betul nombor telefon aku.

Fokus, Han Yeoreum!

Yeoreum pun melangkah masuk lalu menutup pintu. Mulut Yeoreum ternganga melihat rumah banglo dua tingkat yang jelas kelihatan mewah dan elegan itu. Deretan kereta seperti Jaguar, Audi, Lexus LC 500 dan Range Rover terparkir di garaj.

Han Yeoreum, ini bukan masanya untuk kau melopong tengok kekayaan Park Jimin!

Yeoreum berlari anak lalu membuka pintu rumah. Sekali lagi, Yeoreum tergamam melihat interior dalaman rumah itu. Ruang tamu yang luas menyambut Yeoreum. Segala-galanya kelihatan mewah.

Dia kembali berjalan sehingga dia terjumpa tangga. Mungkin bilik tidur Jimin ada diatas, Yeoreum meneka. Nasib baik betul, Yeoreum lega. Terdapat sebuah katil bersaiz king dengan cadar yang masih belum berlipat dan seekor kucing Parsi sedang melepak di kaki katil.

Bunyi pancuran air kedengaran dari bilik air yang berdekatan. "Park Jimin!", Yeoreum mengetuk pintu bilik air dengan kuat, "Cepatlah!"

"Ya, aku nak siap dah!", laung Jimin kembali. Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. Dia hanya mampu menunggu.

Kucing Parsi di kaki katil didekati, Yeoreum terus mengusap lembut kepala kucing itu. Bibir Yeoreum mula mengukir senyuman kecil.

Dia masih suka kucing macam dulu.

Kucing itu mengiau lembut apabila terasa kepalanya diusap. Yeoreum memandang sekeliling bilik tidur itu. Buku yang tersusun, komputer riba diatas meja, boleh tahan kemas juga. Sebenarnya, terlalu kemas bagi jejaka yang duduk seorang diri.

Tingkap bilik tidur Jimin yang tingginya dari lantai sehingga ke siling pula menghadap sebuah tasik. Nyaman sahaja.

"Han Yeoreum!", laung Jimin. Yeoreum tersentak dari lamunannya. Tangan Jimin dijulur keluar melalui bukaan pintu. "Tolong ambilkan tuala aku."

Yeoreum menjulingkan matanya. "Mana tuala kau?", soal Yeoreum.

"Atas katil.", Yeoreum pun mencapai tuala diatas katil lalu diserahkan ke tangan Jimin. Namun, Jimin sengaja memegang lengan Yeoreum, bukannya mencapai tuala.

"Hei!"

"Okay okay.", ujar Jimin sambil tergelak. Dia pun mencapai tuala, pintu kembali ditutup.

Sempat lagi dia nak main-main, Yeoreum menggelengkan kepalanya.

"Yeoreum!", laung Jimin.

"Apa lagi?", balas Yeoreum dengan geram.

"Kau keluarlah dulu dari bilik aku.", ujar Jimin.

"Kau jangan nak merepeklah! Cepatlah!"

"Kau keluarlah dulu!"

"Kita dah lambat tahu tak?"

Jimin pun melangkah keluar dari bilik air dengan tuala sahaja yang terlilit di pinggang. Terus terpampang badan Jimin tanpa tapisan. Mata Yeoreum membulat dan dia terus melangkah keluar dari bilik Jimin.

"Woi! Cakaplah kau nak keluar dari bilik air!", jerit Yeoreum dengan geram. Terasa mahu sepak sahaja mamat tu.

"Aku dah cakap suruh kau keluar dulu, kau yang tak nak.", balas Jimin, jelas nadanya menyakat.

"Ah, cepatlah pakai baju!", kata Yeoreum.

"Kau dah siap pakai baju belum?", tanya Yeoreum setelah mereka senyap buat seketika.

"Dah.", balas Jimin. Yeoreum pun membuka pintu dan kelihatan Jimin sedang mengelap rambutnya yang lembap menggunakan tuala.

"Kemas betul bilik kau.", tiba-tiba sahaja Yeoreum memberi komen, "Kau upah orang gaji ke bersihkan rumah kau...", ayat Yeoreum terhenti di situ. Dia memandang Jimin dari hujung rambut sehingga hujung kaki

"Ke kau memang ada girlfriend untuk kemaskan bilik kau?"

Jimin tersengih. "Kenapa? Cemburu?", soal Jimin.

"Malang betul nasib perempuan tu.", kata Yeoreum. "Ish, cepatlah!", Yeoreum menukar topik. "Kunci kereta kau mana?"

"Atas meja tepi katil.", ujar Jimin. Yeoreum pun melangkah lalu mencapai kunci kereta Lexus LC 500. Tangan Jimin dicapai lalu Yeoreum mengheretnya keluar rumah.

"Rambut aku tak kering lagilah!"

"Bukan benda tu yang penting sekarang!", bidas Yeoreum. "Keringkan rambut kau dalam kereta. Kita dah lambat tahu tak!"

"Hei, telefon aku!"

Dengan ala kadar, Jimin menyarung sandal sahaja. Yeoreum tidak hirau dan terus menolak Jimin untuk masuk ke dalam kereta. Pintu pagar mula terbuka dengan automatik.

"Han Yeoreum! Dompet pun aku tak bawa!"

"Pakai tali pinggang keledar.", Yeoreum jelas tidak menghiraukan kata-kata Jimin. Jimin pun memakai tali pinggang keledar manakala Yeoreum menghidupkan enjin kereta.

"Buku skrip pun aku tak bawaㅡ Argh!", Jimin terasa jantungnya hampir melompat keluar apabila Yeoreum terus memecut dengan laju. Bersama skil pemanduan yang cekap tetapi cukup bahaya dan pantas, Yeoreum memotong segala kereta yang menghalang laluan mereka. Pedal minyak ditekan sekuat mungkin.

Kereta Lexus LC 500 itu laju meluncur di jalan raya seperti orang gila. Bunyi hon daripada kenderaan lain dapat didengari. Jimin di sebelah Yeoreum sudah terjerit-jerit ketakutan.

"Han Yeoreum!", jerit Jimin sambil memegang erat pemegang yang terdapat di atas pintu kereta.

Perjalanan daripada rumah Jimin ke set penggambaran yang mengambil masa setengah jam kini hanya mengambil masa sepuluh minit apabila dipandu oleh Yeoreum. Yeoreum memarkirkan kereta.

Enjin dimatikan, tali pinggang keledar ditanggalkan. Baru sahaja Yeoreum ingin membuka pintu kereta, dia memandang Jimin yang masih kaku di sebelahnya. "Kau tunggu apa lagi? Cepatlah!", suara Yeoreum meninggi.

Jimin meneguk liur lalu mengangguk perlahan. Dengan tangan yang menggigil dia menanggalkan tali pinggang keledar.

Yeoreum terus menarik tangan Jimin untuk berjalan dengan pantas. Matanya memandang jam yang terlilit di pergelangan tangan.

Segalanya termasuk waktu pergi ke rumah Jimin dan kembali ke sini hanya mengambil masa setengah jam. Yeoreum tersenyum dalam kejayaan.

"Tuan pengarah! Jimin dah sampai!", ujar Yeoreum dengan girang sambil melambai. Kelihatan semua staf menghembuskan nafas lega apabila Yeoreum sudah kembali bersama Jimin di sisinya.

Jimin menjeling gadis itu disebelahnya. Tangannya memegang perut yang terasa mual.

Kau hampir bunuh aku kemudian kau masih boleh gembira?

•••

maksud yeoreum dalam bahasa korea ialah musim panas, kalau korang tak tahu

sebab tu jimin cakap nama yeoreum tu memang sesuai dengan yeoreum yang tak tahan sejuk

Continue Reading

You'll Also Like

29K 581 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
123K 20.8K 51
2020 [completed] + between friendship and love
9.9K 756 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
12.2K 2K 23
ใ€Ž BTS's First Fanfiction ใ€ + rasa air liur berubah mengikut perasaan ? เฌฝ click 'read' to know what happen to Kim Taehyung ! <3 ใ€Œ COMPLETED ใ€ โ‚Šโโœ star...