one more chance +pjmksg

seulnemo tarafından

9.8K 475 130

menerima kembali? memaafkan? ye mungkin mudah tapi untuk tidak mengingat kembali akan perkara itu mungkin... Daha Fazla

one more chance
kamus bahasa
omc 01 - empty
omc 02 - red rose
omc 02 (b)
omc 03 - Mine to be 💙❤
omc 04 - A date ❤💙
omc 04 - (b)
omc 05 - "i'm sorry"❤
omc 06 - broken ❤
omc 06 - (b)
omc 06 - (c)
omc 07 - irene ❤
omc 08 - wenga day 💙
omc 09 - take it slow
omc 10 - the truth ❤💙
omc 11 - feels ❤
omc 13 - home
omc 14 - little by little 💜❤
omc 15 - have too! ❤💜
btsvelvet
omc 16 - with you ❤
omc 17 - gift
omc 18 - thankyou ❤
omc 18 - (b) taehyung special ❤
omc 19- deja vu ft 💜
omc 20 - colds ❤
omc 21 - us ❤
omc 22 - chaeyoung
omc 23 - not mine 💙❤
omc 24 - the only ft 💙
omc 25 - sulky ft 💙
omc 26 - heart to heart

omc 12 - from her 💜

222 8 1
seulnemo tarafından

"iya, selamat berhoneymoon"

Seulgi ketawa kecil selepas mendengar jeritan dari seberang telifon sebelum panggilan mereka tamat. Sudah 2 hari berlalu, kata Wendy dia tidak sempat untuk membuat panggilan kerana sibuk dan penat dalam sama waktu.

Satu jam juga mereka berbual melalui panggilan mengunakan khidmat wifi dan data. Wendy meminta Seulgi menceritakan apa yang terjadi 2 hari lalu dimana dia ditarik keluar oleh Jimin. Wendy sudah dengar semuanya dari Suga tapi dia juga masih ingin dengar dari mulut Seulgi sendiri.

Dari jauh, Wendy mula geram dengan Suga yang mana merancang hal dianggap gila tapi Seulgi mengatakan dia tidak apa², malah terasa senang setelah mendengar luahan dari Jimin pada malam tersebut. Meskipun begitu, hatinya masih lagi tersisa rasa pedih. Jika Jimin risau, dan takut sekalipun, apa Jimin tidak boleh katakan semua itu, setidaknya Seulgi tidak terasa terbeban.

Fikir Seulgi, Jimin membencinya kerana sudah menerima perkahwinan ini hingga tidak sanggup melihat wajahnya, bercakap, menjawab panggilan dan makan apa yang Seulgi masak sebelum ini. Dua hari selepas kejadian dia mendengar luahan hati Jimin, menerima pelukkan hangat serta kucupan mesra dari Jimin. Perasaan marah dan sakit sedikit memudar. Sekarang dia hanya mahu menguji lelaki itu, hanya sedikit saja.

Seulgi mahu tahu sampai mana Jimin mahu memujuknya.

Seulgi tersenyum menatap telifonnya, semalam ada nombor yang sudah lama tidak naik pada skrin telifonnya setelah dia menukar nombor telifon baru. Nampaknya Jimin masih menggunakan nombor yang sama dan Seulgi, sudah pasti dia masih menyimpan nombor tersebut. Ada satu mesej yang mana mengucap selamat malam. Hanya 'selamat malam' tapi cukup Seulgi tersenyum.

Tadi Wendy mengatakan bahawa Suga ada meminta nombornya. Dari cerita Wendy, sudah pastinya Wendy tidak bagi awalnya setelah mendengar cerita dari pihak Suga tapi bila dipujuk, Wendy berkata dia terpaksa atau dia akan tahu akibatnya.

Lamunan Seulgi mati saat suara Minji berbunyi. Kelihatan Minji sudah bangun dari tidur petangnya malah kini sudah meniarap cuba memanggil Seulgi. Sudah rutin harian Minji untuk tidur waktu petang dan bangun dengan keadaan lapar. Seulgi yang melihat Minji mula merangkak kearahnya mula memanggil si kecil itu.

" Minji dah bangun ya.. Anak mama dah bangun ya? "

Minji yang kini sudah dalam pegangan Seulgi mula menaik turun pinggulnya, gembira. Suara ketawa gadis kecil itu mula memenuhi ruang kecil tersebut saat Seulgi menghujani wajahnya dengan ciuman bertubi². Mama, dia memutuskan untuk membahasakan dirinya sebagai mama kerana perkataan itu yang keluar dari mulut si kecil tersebut. Sudah lama tapi mungkin disebabkan Jimin juga, dia memutuskan panggilan untuk dirinya, Mama.

"Jom, tukar pampers lepastu makan ye?"

--

" Annyeonghaseyo"

Yeri menunduk hormat setelah namanya diperkenalkan oleh Puan Jo untuk si suami dan juga si anak yang mana baru saja sampai dari Jepun. Yeri hanya mampu terdiam, satunya awkward duanya dia baru tahu suami dan anak Puan Jo itu berada di Jepun selama ini. Ketiga, anak Puan Jo itu lelaki dan lebih tua darinya 5 tahun.

" Ini Jungkook, anak Ajjuma "

"aaah.. ha ha.."

Saat pandangan mereka bertemu Yeri hanya mampu tersenyum mahu tak mahu sahaja. Otaknya mula berasa cemas, memang Puan Jo pernah cerita pasal pekerjaan suami dan anaknya ini tapi dia tidak tahu pula anak Puan Jo itu lelaki. Dan satu pertanyaan yang terbuku di hatinya,

Siapa sebenarnya Puan Jo? Keluarga ini?

Rumah yang ditumpanginya ini boleh dikatakan besar tambah lagi rumah ini 2 tingkat. Dengan cara pakaian dan percakapan Suami dan anak Puan Jo yang agak lembut dan penuh tersirat pasal pekerjaan mereka membuat Yeri keliru.

" nak makan dulu ke nak rehat terus? Ibu dengan Yeri ada buatkan kuih"

" erm, Jungkook mandi dulu lepastu baru makan"

"Ayah pun sama"

Yeri hanya tersenyum dan Puan Jo pula meminta diri untuk menemani si suami. Kini Yeri hanya mampu terdiam saat ada seorang wanita 30-an yang baru dia jumpa tadi mengangkat luggage milik anak lelaki itu naik ke bilik di tingkat atas. Yeri yang sudah di tinggal bersendirian mula berlari ke dapur, menyambung kembali kerjanya tadi.

"bibik jah,.. "

"iye? "

" apa pekerja suami Puan Jo? "

Hampir 3 tahun berkenalan, Yeri sejujurnya masih tidak mengenali jirannya ini. Apa yang dia tahu Puan Jo mempunyai pusat asuhan kanak² di kawasan ini dan suami serta anaknya kerja diluar. Bila ada perayaan, Puan Jo yang akan ketempat suami dan anak. Yeri yang memang tidak suka bertanya kerana takut jawapan tersebut dapat membuat si penjawab sedih seperti dirinya, dia mendiamkan diri. Jika Puan Jo ingin cerita, dia akan dengar. Tapi kali ini, dia ingin tahu.

" bibik tak seberapa tahu, tapi dia salah seorang orang besar di syarikat Hyundai"

--

"ye ke yang ni, kan salah rumah macam mana? "

"tekan jelah, lepastu tanya dia kenal Park Jimin ke tak "

Dua saudara ini akhirnya sampai ke flat yang mana Jimin menyuruh mereka pergi. Awalnya Irene dan Jisoo ingin pergi 3 hari selepas perjumpaan mereka tapi Jimin tidak putus² mengingatkan mereka untuk datang. Kerana terlalu rimas dengan mesej dari Jimin mereka datang juga.

Loceng rumah itu ditekan, kedua-duanya cuak takut salah rumah dan satu lagi mereka tidak tahu siapa yang mereka akan jumpa. Beberapa saat selepas itu, pintu rumah itu dibuka. Jisoo dan Irene yang awalnya takut kini terkejut sehinggakan menutup mulut.

"Seulgi.. "

Jisoo bersuara. Seulgi juga turut terkejut apatah lagi kini dia sedang mendukung Minji. Jisoo dan Irene, mereka pernah keluar bersama dulu dan lepak bersama dirumah orang tua Jimin. Tidak begitu rapat tapi jika bertemu, mengalahkan kawan baik.

Kini mereka berada di dalam rumah Seulgi. Disebabkan Minji masih dengan tuala kerana baru lepas mandi, kini Seulgi sedang menyiapkan Minji yang nampaknya sudah tidak mahu mendengar katanya kerana tumpuan Minji kini pada Jisoo dan Irene disebelahnya. Kedua saudara itu kini ketawa geli hati saat melihat Minji yang susah untuk dipakaikan baju dengan bahasa bayinya.

"iya, sekejap²"

Seulgi yang sudah penat mula mengambil Minji duduk di pahanya sebelum menyarung seluar pada Minji. Terdengar jeritan kecil Minji sebelum gadis kecil itu dilepaskan. Seulgi mengambil bedak dan losyen badan yang diagunakan untuk Minji lalu dimasukkan ke dalam bekas khas.

"Seulgi.. "

Seulgi memandang Jisoo, kakak iparnya. Jisoo dan Irene masih lagi tidak tahu hal yang sebenar dan berharap apa yang dia fikir itu betul. Jisoo sebenarnya sudah tidak sabar² untuk memeluk dan mencium Minji tapi dia mesti tahu hal ini. Seulgi melepaskan keluhan kecil, cuba meredakan keresahan. Dia takut.

"ini.. anak Jimin? "

Seulgi tersenyum kecil lalu menuduk. Minji seperti biasanya, pantang jumpa orang yang cantik dan ada rupa, pasti ada perangai mengada² dia. Irene yang melayan kerenah Minji juga tidak lepaskan peluang untuk bertanya.

"sebenarnya apa yang jadi Seul? "

" maaf Unnie,.."

Kini membetulkan duduknya, bersiap untuk bersujud meminta ampun. Hatinya mula gelisah dan gelabah lagi, cuba mencari ayat yang boleh dilontarkan.

"dia anak kami, Anak Jimin, Park Min Ji"

Kelihatan wajah Jisoo dan Irene sedikit lega. Seulgi memulakan lagi.

"maaf sebab dah timbulkan masalah selama ini, maaf. "

Disaat Seulgi ingin bersujud,terus Jisoo menghalangnya. Dia tidak mengahui apa yang berlaku, dia memerlukan penjelasan dari Seulgi. 2 tahun lalu, Jimin pulang menangis mengatakan Seulgi sudah pergi dan mengaku itu salah dia kerana layan Seulgi dengan teruk.

"Seul, bagitahu kami kenapa.. Apa Jimin dah buat? "

"dia tak lakukan kekerasan kan? "

Mendengar soalan dari Irene membuatkan Jisoo terkejut. Apa mungkin Minji hasil dari kelakuan iblis dari Jimin. Seulgi yang mula faham terus mengelengkan kepala.

"bukan, tak, Jimin tak lakukan semua tu.. Kami sedar cuma.. Seul yang pergi.. Maaf "

"Seul tak nak cerita dekat kami kenapa?"

Irene mengengam tangan Seulgi, cuba mencari penjelasan yang kukuh. Jisoo yang melihat Seulgi masih terdiam tersenyum nipis, mungkin belum waktunya.

"tak apa Seulgi, kami tak paksa tapi Seul takkan lari lagikan lepas jumpa kitorang? Jimin dah- gosh! Mesti Jimin dah tahu"

Jisoo menepuk dahinya, dia lupa dia datang kesini ingin menghantar barang yang dikirim Jimin. Jisoo awalnya ingin bertanya apakah Jimin sudah tahu Seulgi tinggal disini atau tidak. Jisoo terus mengambil paper beg yang dibawa bersama Irene tadi.

Irene yang sebenarnya ingin mengetahui hal lebih lanjut mengeluh kecil dan cuba mengikut langkah Jisoo untuk bertenang dan tidak lagi bertanya akan hubungan suami isteri itu.

" Unnie datang sebab ni, Jimin yang suruh.. Rasanya untuk Seulgi dengan Ji? Ji apa? "

"Minji" sahut Seulgi.

Kini rumah itu mula bising, bising dengan suara Irene dan Jisoo yang cuba merebut perhatian Minji. Tadi, satu persatu Jisoo keluarkan dari paper beg yang dikirimkan oleh Jimin. Semuanya untuk Minji, dari produk kesihatan, permainan dan juga sepasang baju dan juga kasut. Seulgi terdiam, tiada apa yang dapat dia katakan. Melihat Jisoo dan Irene masih menerimanya baik membuatkan hatinya sebak.

Minji mula selesa dengan mereka, rumah yang tadi tersusun kini sedikit berselerak. Irene dan Jisoo betul² bergaduh untuk mendapatkan perhatian Minji. Satu persatu permainan yang diberi Jimin mereka beri pada Minji. Dari sebesar Minji sehingga sebesar tapak tangan mereka.

"Seulgi? Kenapa?"

Jisoo yang perasan Seulgi mengesat mata dan pipi terus bertanya, membuatkan Irene menumpukan perhatian pada Seulgi dan Seulgi hanya mampu mengelengkan kepala. Jisoo perlahan² menghampiri Seulgi, mengusap bahu Seulgi lalu mengengam tangan gadis itu.

"Mesti semua kecewa dengan Seul kan?, Maafkan Seulgi"

"Seul.. Sudahlah, Unnie tak marah.."

Jisoo juga bingung. Ingin mengatakan semuanya baik² saja, mama sedikit kecewa kerana Seulgi tidak mahu menceritakan apa yang berlaku dan memutuskan pergi, begitu juga Jisoo. Ingin menafikan juga tidak boleh, dia tahu pasti ada sebab kenapa Seulgi lari.

" Seul pergi sebab Seul penat.. Penat dengan perasaan sendiri, Seul tahu dia sudah ada orang lain dan Seul bukan siapa², Seul tak benci dia cuma keliru dengan perasaan sendiri. "

"ini sebab Jimin dengan kekasih dia tu ke? R-rose?"

"Jimin ada girlfriend?! "

Irene bersuara, kenapa dia tidak tahu?. Minji kini berada di dalam pangkuan Irene sedikit terkejut tapi tetap meneruskan perhatiannya pada anak patung barunya. Jisoo diam menunggu balasan Seulgi dan menghiraukan Irene.

"Seul rasa Seul dah rampas hak orang, dah musnahkan hubungan orang, Unnie. Seul menyesal terima perkahwinan ni tapi waktu yang sama Seul tak boleh tipu diri Seul yang... Seul sayang Jimin"

Jisoo mengusap² bahu gadis itu, dia faham sekarang. Jisoo tahu Jimin sudah ada Rose dan Jisoo juga tahu perkahwinan mereka permintaan terakhir neneknya sebelum pergi. Tapi pada waktu itu, Jimin terima, mungkin sebab neneknya.

Rose, Jimin pernah bertanya padanya tentang apa yang gadis suka dan impikan semasa dilamar. Sebagai seorang kakak dan juga perempuan, semestinya dia memberitahu hal tersebut dan seminggu selepas itu Jimin murung dan sedikit tegas dengan wajah tidak bersahabat. Saat orang lain bertanya dia tidak mengatakan apa² dan bila dia bertanya, Jimin menjawab bahawa perkahwinan terlalu awal untuk mereka dan Rose ingin mengenal Jimin lebih dalam dan lama.

Jisoo tidak begitu tahu tapi satu Jisoo perasan, arwah neneknya tidak sebegitu bersahabat dengan Rose.

" Seul, sekarang Rose dah tak bersama Jimin lagi malah dia pergi dulu dari Seul"

"sebab Seul dah rampas Jimin dari dia"

" salah, Seul dengan Jimin itu jodoh.. Sebelum Seulgi datang rumah kami jaga nenek, Jimin dah lamar dia dan Seul ingat Jimin mabuk terus haritu? Itu kali kedua Jimin ditolak oleh Rose "

" kalau macam tu, bukan salah Seulgi, salah dia yang tak nak terima Jimin. Seulgi tak salah"

Matahari mula turun dan kini bulan mula naik menunjukkan diri. Minji juga sudah lena tertidur di riba Jisoo dengan botol susu masih tidah mahu dilepaskan. Seulgi mengatakan apa yang berlaku, menceritakan seperti mana dia cerita pada Wendy dulu.

"kalau aku jadi Seulgi, aku mungkin dah jadi janda"

Kata Irene yang kini terbaring mengadap Minji yang ada di riba Jisoo. Kini mereka tengah menunggu makan malam mereka sampai. Jisoo tidak mahu Seulgi memasak setelah banyak mengeluarkan air mata dan mereka putuskan untuk membuat pesanan sahaja.

"nak tahu satu rahsia? "

"apa dia? "

"aku dah putus dengan Mino 2 minggu lepas masa aku makan dengan Taehyung n Yeri dekat hotel 5 bintang kau tahu! Mulanya aku ingat tu client di-"

"weh weh, kau cakap perlahan sikit boleh? Minji tengah tidur kau pulak kalau bercakap sambil marah mengalahkan rapper je. "

Seulgi ketawa kecil, Seulgi terus menarik bantal kecil yang tidak jauh darinya, sememangnya milik Minji. Pagi tadi ada beberapa pelajar datang seperti biasanya dan Minji yang selalunya tidur kena berteman jadi memang akan ada bantal dan ruang untuk Minji di luar bilik.

Perlahan² Seulgi mengangkat Minji dari ribaan Jisoo. Mungkin terlalu penat kerana dia langsung tidak merengek, biasanya dia pasti akan mengeliat dan bergerak tapi kali ini tidak. Jisoo dan Irene yang melihat itu terus mengambil selimut baru yang diberi Jimin serta anak patung baru lalu diletak di tepi Minji. Sempat lagi Jisoo mengambil gambar.

Dan pada waktu itu juga, panggilan masuk yang mana membuat Jisoo terkejut dan terus menjerit dengan suara berbisik².

"Ohmygosh! Jimin! Jimin! "

"loudspeaker! loudspeaker!"

Jisoo terus menunaikan permintaan Irene. Seulgi semestinya terdiam dan mula berasa cemas tanpa sebab. Jisoo mula mengesokkan dirinya menjauhi Minji takut si kecil itu terjaga nantinya dan kini dia di sebelah Seulgi.

"eoh Jimin-ah, wae? "

" whatsapp jimin tak balas! Noona buat tak buat tak apa yang Jimin suruh? Jangan cakap noona malas eh, "

"..."

Jisoo kini menahan tawanya,

"noona? Ah jeball.. Kali ni j-"

"nak cakap dengan Seulgi ke? Noona ada dekat rumah dia sekarang"

Seulgi kaku dengan matanya membutang luas. Irene pula menutup mulut dari bersuara dan kini menepuk² sofa. Beberapa detik kemudian pangilan dimatikan oleh Jimin.

tut..tut..tut..tut...

Jisoo mula ketawa, puas menghabisi adiknya dan beberapa detik itu,telifonnya bergetar. Whatsapp dari Jimin.

Chimjimin.

😡😡😡

Noona tak payah lah cakap kuat²!!!

😩😩

Malulah jimin!!

Shfsuaja

Mesej tak jawab, pergi tak bagitau

She love it! And she freaking cute ❤

Pergi salah tak pergi salah. Mana satu

thankyou noona.

u never disappointed me

ilynoona. And surprise.

plz dont tell mama and papa yet! let me do it by myself

Okeoke.

And you so freaking cruel! How dare u do that to seulgi!

Im rlly disapptd with u.

So..

Seulgi tell you what happened?

Yes!

I make her to tell everything!

Imsorry noona😭

and i trying to get her heart back.

i really wan to know her feeling about me,

I hope noona can tell me later.

She love you, iknow that.

Oh ya, bye. Time to eat big booty!

Okumaya devam et