BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 51.7K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!

32.1K 952 17
By Misshusna006

          Aku dapat rasakan yang pernafasanku semakin sesak.  Begitu juga dengan dengupan jantungku yang semakin laju.  Afiq Khairul yang semakin dekat itu membuatkan aku terasa nak menangis lagi.  Seram weh!

          "Jangan dekat!" tegahku sambil menolak tubuh Afiq Khairul yang semakin mendekat itu.

          Serius, betapa sakitnya hati aku sekarang ni.  Tak cukup-cukup lagi ke? Sudahlah tadi dia ambil kesempatan, dia nak buat apa lagi ni? Bentakku dalam hati.

          Saat ini, Afiq Khairul betul-betul berdiri di hadapanku.  Jarak kami yang terlalu dekat ni membuatkan bulu romaku meremang tegak sekali lagi.  Aku bertambah kalut apabila tangan Afiq Khairul naik ke pipiku.

          Tapi, dengan kekuatan yang ada... Aku tolak tubuh Afiq Khairul.  Jangan dekat!

          "Kau..." Aku tidak dapat meneruskan ayat yang seterusnya apabila melihatkan panahan mata Afiq Khairul yang sangat tajam itu.  Tajam weh!

          Aku ketap bibirku.

          "Ab... Abang jangan nak mengada-ngada! Bukan abang kata yang kita hanya berlakon dan buat haluan masing-masing ke lepas kahwin ni? Tapi, kenapa abang berkelakuan pelik macam ni?" bisikku dengan nada geram.

          Tapi, Afiq Khairul hanya buat muka selamba.  Kemudian, tersenyum sinis kepada aku.  Biarpun dia tersenyum macam tu, terserlah lesung pipitnya yang menawan itu.  Buat sedetik waktu, aku terkedu!

          Lantas aku gelengkan kepalaku berkali-kali dan pejamkan mataku rapat-rapat.  Leha, kuatkan iman Leha, kuatkan iman! Jangan cair dan tergoda dengan senyumannya tu! Jeritku dalam hati.

          Dengupan di dadaku semakin mengila.

          Dup dap, dup dap, dup dap... Dengupan jantungku seperti bunyi engine kereta api.  Kuat dan laju!

          Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku rasa sukar untuk bernafas? Aku rasa seperti ada yang himpit dadaku sekarang ini? Bisikku lagi.

          First time aku berada dalam situasi gila macam ni.  Tetapi, mataku terbuka luas apabila merasakan jari-jemariku digenggam erat.  Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul semula.  Ketika ini, Afiq Khairul melihat aku dengan renungan mata yang redup dan sukar ditafsir oleh akal fikiranku.

          Mataku tidak berkelip.

          "Leha..," panggil Afiq Khairul dengan nada sedikit berbisik.  Bayangkan, dahlah suaranya jenis yang garau dan deep...

          Aku takut!

          Akhirnya, setelah sekian lama menahan perasaan sakit hati serta perasaan takut dengan situasi pelik ni... Aku menangis teresak-esak di situ.  Menangis macam budak kecil yang kehilangan ibu di pasar raya!

          "Jujur... Leha tak faham apa yang berlaku sekarang ni! Sungguh... Perangai abang sangat pelik hari ni.  Leha bingung.  Leha betul-betul tak faham..," senduku lalu menarik tanganku daripada genggamannya itu.

          Aku tunduk dan seka airmataku yang mengalir tu.  Tapi, tangan Afiq Khairul yang tiba-tiba mendarat di pipiku lagi membuatkan aku tersentak.

          "Sorry.  Abang bergurau... Saja nak usik dan tengok reaksi Leha," katanya dengan nada sedikit bersalah.

          Aku terdiam.  Hingus yang nak keluar tu, aku tarik balik!

          Aku angkat lengan kananku dan lap air mataku yang masih bersisa tu dengan lengan bajuku saja.  Aku pandang Afiq Khairul semula dengan dahi berkerut...

          "Abang saja-saja nak takutkan Leha ke?" tanyaku dengan mata terbeliak.

          Aku ketap bibirku.  Sakit di hati, aku tahan ketat-ketat.  Sabar, sabar Leha!

          Afiq Khairul berdehem beberapa kali sambil memegang belakang lehernya.  Matanya beralih ke arah lain.  Tapi, bibirnya itu mengukirkan senyuman yang sangat nakal dan sedikit sinis.

          Aku terlopong.

          Apalagi, aku angkat tanganku.  Bahu Afiq Khairul, aku tibai berkali-kali.  Sakit hati aku.  Sampai hati dia buat macam tu kat aku!

          Afiq Khairul menahan tanganku daripada terus menggila.  Berkerut dahinya menahan seranganku itu.

          "Berdosa tau pukul suami.  Tak cium bau syurga nanti," ujar Afiq Khairul lalu memegang kedua-dua tanganku.

          Aku buat-buat tak dengar.  Kali ini, aku tunduk dan gigit lengannya kuat-kuat!

          Kedengaran suara Afiq Khairul menyeringai kesakitan.  Aku tayang muka selamba badak apabila melihat kesan gigitanku itu di lengan Afiq Khairul.

          Fuh, baru puas hatiku.  Lega!

          "Leha ni kucing ke? Macam budak-budak..." Afiq Khairul tengok bekas gigitanku itu.

          Aku tetap buat muka bodoh dan bendul.

          "Itu belum cukup lagi dengan apa yang abang dah buat kat Leha tadi tu," balasku dengan muka serius.

          Jadi kucing ke, jadi apa ke, ada aku kesah? Yang penting, aku puas hati!

          "Apa yang abang buat sampai kena gigit macam ni?" tanya Afiq Khairul sambil melihat aku dengan muka serius juga.

          Aku mendengus kasar.

          "Yang abang ci... Ci... Cium Leha tu, apasal? Ingat Leha ni anak patung yang boleh dicium sesuka hati ke?" balasku dengan nada geram.

          Afiq Khairul merenung raut wajahku.  Lama.  Renungannya itu pelik dan ada maksud yang tersembunyi.

          Tapi, aku tidak peduli dan takut dengan renungannya itu!

          "Ada apa dengan ciuman tu? Itu pun nak kecoh..," bidas Afiq Khairul.  Selamba saja nada suaranya!

          Aku terlopong lagi dengan kata-kata Afiq Khairul tu.

          Hah?

          "Apa? Apa abang cakap?!" Nada suaraku meninggi.  Sikit masa lagi aku nak mengamuk macam gozilla!

          Pantas Afiq Khairul mendekatiku lalu mencekup mulutku.

          "Shhh... Perlahankan suara tu!" arah Afiq Khairul.

          Bahuku dipeluk erat.  Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.  Tapi, pandangan Afiq Khairul yang tajam itu membuatkan aku berhenti daripada meronta-ronta.

          "Okey-okey... Bertenang! Kawal suara tu.  Nanti orang kat luar bilik ni dengar..," sambung Afiq Khairul lalu melepaskan pautannya di bahuku itu.

          Aku kesat bibirku berkali-kali.

          "Sia-sia saja buat macam tu.  Ia dah terjadi pun.  Lagipun, itu bukan first kiss Leha..," kata Afiq Khairul dengan senyuman sinis.

          Aku terhenti daripada mengesat bibirku.

          Bukan first kiss?

          "Apa maksud abang?" Aku pandang tajam wajah Afiq Khairul tu.

          Apa maksud dia yang itu bukan kali pertama aku? Yaa Allah, selama ini aku dah cukup jaga batas-batas pergaulanku.

          Apa maksud dia yang itu bukan first kiss aku?

          Afiq Khairul hanya pandang aku dengan renungan penuh makna.  Kemudian, dengan selamba dia duduk dan berbaring di atas katil tu.  Aku yang masih ternanti-nanti jawapan daripada dia hanya berdiri di situ dengan kening bertaut rapat.

          "Dahlah, abang letih.  Jom tidur!" kata Afiq Khairul lalu menarik selimut menutupi tubuhnya itu.

          Aku gelengkan kepalaku.

          "Apa maksud abang tadi tu? Jawab soalan Leha..," gesaku sambil berdiri di sebelah Afiq Khairul.

          Afiq Khairul hanya memejamkan matanya.  Aku lepaskan keluhan kasar...

          "Jawab soalan Leha! Apa maksud abang tadi? Leha tak faham!" bentakku sedikit keras.

          Tidak semena-mena, Afiq Khairul bangun daripada pembaringannya lalu menarik tanganku.  Tubuhku terdorong ke hadapan dengan tarikan Afiq Khairul itu.  Pantas saja Afiq Khairul memeluk tubuhku dan membaringkan aku di sebelahnya.  Selimut ditarik hingga ke paras dadaku.  Aku hanya terkilan di situ.  Masih terkejut dengan tindakan spontan Afiq Khairul tu.

          Afiq Khairul angkat aku macam angkat anak patung!

          Aku kerling Afiq Khairul yang sedang menopang kepala di sebelahku itu.

          "Leha bukan anak patung yang boleh dibuat sesuka hati! Kenapa suka sangat buat perkara yang menyakitkan hati Leha ni? Abang memang suka tengok Leha mengamuk tak tentu pasal ke? Leha tak nak tidur sebelah abang.  Tak ingin! Abang tidur sorang-sorang! Leha nak tidur kat lantai je!" Habis saja berkata begitu, aku selak selimutku dan cuba bangun daripada pembaringanku itu.

          Tapi, Afiq Khairul menghalangku dengan menarik lenganku.

          "Cubalah bangun dan tidur tempat lain.  Leha nak abang buat yang lebih teruk daripada tadi tu ke?" ugut Afiq Khairul.  Serius!

          Aku terdiam di situ.

          "Jangan risau, abang takkan buat perkara tu kalau Leha tak rela.  Cukuplah dengan yang ini saja... Selamat malam," ucap Afiq Khairul.

          Afiq Khairul berbaring semula di situ selepas memberikan kucupan hangat di dahiku.  Aku hanya mampu membiarkannya.  Tak tahu nak buat apa lagi.  Lebih tepat lagi, mengalah.  Aku letih nak bertekak lagi.  Bertambah letih apabila bertekak dengan orang yang tak makan saman.

          Ibarat seperti si ayam bercakap dengan si itik saja!

          Haaa... Aku lepaskan keluhan nipis sebelum berbaring membelakangkan Afiq Khairul tu.  Aku pejamkan mataku rapat-rapat.  Badan yang terasa lenguh serta fikiran yang berkecamuk dengan segala persoalan yang masih belum terjawab membuatkan aku terlena di situ tanpa aku sedari.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Afiq Khairul tersedar daripada tidurnya yang lena apabila merasakan seseorang memeluk tubuhnya dengan erat sekali.  Pantas matanya terbuka luas.  Dia tersenyum apabila melihatkan Leha sedang memeluknya sambil kaki kanan budak tu di atas kakinya.

          Agaknya, budak ni ingat dia tengah peluk bantal peluk ke? Fikirnya sambil tersenyum sinis di situ.

          Jam di dinding bilik diperhatikan.  Dah masuk pukul 5:30 pagi...

          Apabila merasakan ada pergerakan kecil daripada tubuh Leha itu, Afiq Khairul buat selamba.  Daripada pergerakan kecil sehinggalah Leha tersedar sepenuhnya dan kelam-kabut melepaskan pelukan di tubuhnya itu.  Dia dapat lihat raut wajah Leha yang kebingungan serta mukanya yang masih mamai lagi.

          Dia menahan ketawa di dalam hati saja.

          "Dah sedar ke? Ada orang tu nak tidur kat lantai semalam sebab tak ingin nak tidur dengan abang ni.  Tapi... Leha ingat abang ni bantal peluk ke?" ejeknya bersahaja.

          Afiq Khairul bangun daripada pembaringannya itu.  Dia duduk sambil menyandar di kepala katil.

          Aku terasa dengan ejekannya itu!

          Mukaku merona merah.  Aku ambil bantalku dan segera tekupkan mukaku ke situ.  Macam manalah aku boleh terpeluk Afiq Khairul tu? Malunya!

          Tidak semena-mena, otakku berfungsi dan terfikirkan persoalan semalam tu...

          "Apa maksud abang yang semalam tu?" tanyaku lalu berpaling dan melihat Afiq Khairul semula.

          Afiq Khairul terkedu.  Tiada salam dan ucapan selamat pagi.  Terus saja soalan yang diberikan.  Afiq Khairul menggeleng-gelengkan kepalanya, kenapalah bini aku macam ni?

          Afiq Kairul pasrah.

          "Jom, kita mandi dan Solat Subuh dulu..," balas Afiq Khairul lalu bangun dan masuk ke dalam bilik air.

          Aku garu kepala yang tak gatal.  Kenapa tak jawab soalan aku tu? Bebelku lalu turun dari atas katil.  Aku kemas tempat tidur kami sementara menunggu Afiq Khairul keluar daripada bilik air.

          Selepas saja menunaikan Solat Subuh, aku pandang Afiq Khairul.  Lama.  Afiq Khairul pula duduk di birai katil sambil memeriksa email di IPad miliknya itu.

          "Dah, jangan nak tengok abang macam tu.  Penting sangat ke perkara tu?" soal Afiq Khairul.

          IPad di tangannya itu, diletak semula di atas katil.  Dia pandang aku dengan raut wajah yang sangat serius.

          Aku anggukkan kepala.

          "Bagi Leha, tuduhan abang tu dah macam fitnah.  Selama ni Leha jaga batas pergaulan Leha.  Tidak sesekali Leha biar lelaki yang bukan mahram sentuh Leha.  Kecuali abang yang tak makan saman ni.  Suka sangat sentuh Leha sesuka hati.  Lagipun, selagi abang tak beritahu Leha... Leha takkan berputus asa," jawabku serius.

          Kedengaran keluhan halus daripada bibir Afiq Khairul tu.

          "Okey.  Leha pakai tudung.  Sesekali hirup udara segar di awal pagi.  Tak salah kan..," arah Afiq Khairul yang sudah berlalu ke muka pintu.

          Aku angkat keningku.

          Hah?

          Ingatkan dia akan jawab soalan aku tadi tu.  Tapi, apasal pula nak keluar dan berjalan-jalan ni? Gumamku tak puas hati.

          Namun begitu, aku ikat rambutku dan capai tudung yang tergantung di belakang pintu tu.  Setelah memakainya, aku ikut langkah Afiq Khairul di hadapanku itu.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Suasana yang aman damai di pagi hari ini membuatkan aku mengucap penuh rasa kesyukuran.  Begitu kagum dengan ciptaan yang Maha-Esa.  Nyaman sungguh!

          Afiq Khairul yang berjalan di hadapanku itu, aku perhatikan.  Dengan hanya memakai baju t-shirt putih, dilapis dengan baju kemeja serta memakai seluar slack colour hitam.  Casual dan nampak santai!

          Kemudian, aku lemparkan pandanganku ke sebelah kanan.  Sawah yang terbentang luas itu, aku renung sambil tersenyum.  Aku hirup udara segar sambil mendongakkan kepalaku ke atas.  Langit yang terbentang luas serta matahari yang semakin menampakkan dirinya.  Cantiknya cuaca hari ni!

          Pap

          Aku terhenti apabila terlanggar tubuh seseorang...

          Aku tengok Afiq Khairul yang berada di hadapanku itu.  Dia sedang merenung sungai yang berada di hadapan kami itu.  Masih sama seperti zaman aku kecik-kecik dulu.  Cuma, jambatan yang dulu diperbuat daripada kayu.  Kini, jambatan kayu itu digantikan dengan jambatan konkrit.

          Aku pandang sungai tersebut.  Trauma.  Ketika itu, aku sedang berlari dan melompat-lompat di atas jambatan kayu tu.  Tapi, malang tidak berbau.  Kayu tempat aku pijak itu patah dan menyebabkan aku terjatuh ke dalam sungai tersebut.  Waktu itu, hujan baru saja turun.  Jadi, paras air sungai naik dan sangat deras.  Aku terkapai-kapai cuba menyelamatkan diri tapi tidak berjaya.  Apa yang aku tahu, aku lemas dan tidak sedarkan diri.

          Tapi, nasib baik ada Afiq Khairul yang selamatkan aku time tu.  Sedar-sedar saja, aku sudah berada dalam pelukan umi.  Syukur alhamdulillah!

          Aku tersentak apabila Afiq Khairul meletakkan tangannya di atas kepalaku.

          Aku mendongak...

          "Apa yang abang boleh cakap.  First kiss Leha kat sini.  Walaupun ia cuma bantuan CPR.  Tapi, abanglah orang pertama yang cium Leha.  Jadi, yang semalam tu... Itu bukan kali yang pertama.  Agak-agaknya, kali yang ke-empat kot?" kata Afiq Khairul sambil tersenyum sinis, nakal dan gatal.  Semua package senyuman, dia ukirkan untuk aku!

          Aku sudah ternganga luas.  Unbelievable!



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Afiq, dah-dahlah usik si Leha tu.  Kau tau kan, binimu tu landak.  Kecik-kecik cili padi...😌

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-14 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

176K 7.4K 20
Bagi Farhana, dapat berkahwin dengan lelaki idaman pelajar perempuan bukan satu kebanggaan tapi masalah! Bagi Zhafran pula, Farhana ni pelajar bar...
5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
290K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...