BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 13 - MALAM PERTAMA!

34.9K 1K 54
By Misshusna006

          Aku tunduk dan pandang lingkaran tangan Afiq Khairul di pinggangku itu.  Aku lepaskan keluhan nipis.  Aku mendongak dan pandang dia semula.  Si Reza tu dah selesai ambil gambar kami tadi, jadi tak perlulah dia nak pegang pinggang aku lagi.

          Aku pura-pura berdehem.  Aku hantar signal guna mataku saja.  Pandanganku jatuh kepada pinggangku dan lepas tu aku pandang dia semula.  Harap dia faham!

          Tapi, Afiq Khairul hanya tersenyum kepada aku.

          What the... Aku hampir mencarut!

          Takkan dia tak faham? Rungutku tidak puas hati dengan reaksi yang dia berikan kepada aku tu.

          Lagipun, sejak tadi si Afiq Khairul ni sewenang-wenangnya sentuh bahu, pinggang dan tanganku.  Dia fikir, aku ni... Anak patung? Sesuka hati saja dia buat macam tu kat aku!

          Aku tarik lengannya dan buat dia tertunduk sikit.  Kemudian, aku angkat bridal bouquet yang ada di tanganku itu untuk cover mukaku daripada pandangan tetamu yang hadir.

          Dengan suara perlahan...

          "Alihkan tangan kau!" bisikku dengan nada sedikit geram.

          Afiq Khairul tunduk dan pandang aku, dia tersenyum lagi.  Tangannya di pinggangku itu, dilepaskan dan beralih kepada bahuku.

          Aku terkejut.

          Hah?

          "Rasanya baru beberapa jam yang lepas, takkan kau dah lupa.  Aku ni siapa kepada kau?" tanya Afiq Khairul dengan nada perlahan.

          Aku ketap bibirku.

          "Aku, suami kau.  Halal dah pun.  Kenapa? Tak suka kena sentuh? Kalau macam tu, kau je yang sentuh aku.  I don't mind... Sebab kau isteri aku.  Hmmm?" Pertanyaan daripada Afiq Khairul tu membuatkan mukaku merona merah!

          Apa hmmm? Hmmm? Eee, tak ingin.  No way aku nak sentuh-sentuh dia!

          Baru saja aku nak membangkang, Afiq Khairul menarik bahuku lebih rapat ke tubuhnya.  Dia berbisik lagi di telingaku.  Cepat-cepat aku cuba menjarakkan diri.  Tapi, tidak berjaya!

          Huhu... Sesiapa, tolong aku! Rintihku dalam hati saja.


'Jangan membangkang, baru pinggang dan tangan je... Jangan sampai aku cium kau nanti!'


          Itulah apa yang Afiq Khairul bisikkan di telingaku sebentar tadi tu.  Aku tegakkan badanku dan tengok tetamu yang hadir tu.  Aku malas nak ambil peduli lagi dengan si Afiq Khairul ni.  Bikin sakit hati aku saja!

          Kenapa sikap Afiq Khairul ni pelik semacam?

          Inilah persoalan yang masih belum terjawab sejak tadi lagi.  Aku bingung!

          Aku lepaskan keluhan nipis dan mengukirkan senyuman yang manis kepada tetamu yang berada di hadapan kami itu.

          Sabar, sabar, asalkan dia tidak melebihi had.  Jangan fikir lagi, nanti kau juga yang sakit hati lagi.  Bertenang.  Tarik nafas, hembus... Tarik nafas, hembus.  Aku pujuk diriku sendiri dalam hati saja.

          Akhirnya, aku biarkan saja.  Surrender dengan perangai Afiq Khairul yang pelik semacam itu!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Menjelang petang, barulah majlis kami selesai.  Mujur saja sanak-saudara, sepupu-sepapatku serta jiran tetangga yang berdekatan menolong dalam kerja-kerja mengemas dan membersihkan halaman rumah serta ruang dapur.  Jadi, ia selesai dengan cepat.  Alhamdulillah!

          Habis saja mengemas di ruang dapur.  Aku naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilikku.  Nak mandi!

          Selesai saja membersihkan diri, aku kemas bilik yang sedikit berselerak itu.  Aku ambil beg pakaian Afiq Khairul yang terletak di tepi almari.  Pakaian dan 'barang peribadi' dia, aku keluarkan dan susun di dalam almari.

          Ketika aku pegang 'barang peribadi' dia, aku hanya buat selamba badak.  Padahal dalam hati, aku gelabah habis sebab first time pegang 'barang peribadi' orang lain selain abah, Amin dan atok.  Bergegar juga dibuatnya!

          Aku ketatkan hair clip yang sedikit longgar di rambutku itu.  Setelah berpuas hati dengan kekemasan bilik.  Aku masuk semula ke dalam bilik air.  Nak ambil wuduk.

          Aku yang baru nak ambil telekung di belakang pintu tu, terkejut apabila pintu bilik dibuka dari luar.

          Hish, buat aku terkejut saja!

          Aku tayang muka selamba apabila melihat Afiq Khairul yang berdiri di muka pintu tu.  Dia pandang aku, aku pandang dia.

          Lama...

          Afiq Khairul masih lagi berdiri di situ dengan mata tak berkelip siap dengan riak muka yang sukar ditafsir oleh akal fikiranku.

          "Kenapa?" tanyaku dengan muka kehairanan.

          Aku telengkan kepalaku ke kanan.

          Tapi, Afiq Khairul hanya tersenyum sebelum menapak masuk dan menutup pintu bilik.  Aku ambil telekung di belakang pintu dan melangkah semula ke almari.  Aku ambil tuala baru daripada lipatan kain dan serahkannya kepada Afiq Khairul.

          "Nah, ini tuala baru.  Pakaian kau... Aku dah susun di almari bahagian sebelah kanan tu.  Separuh lagi aku gantung kat sebelah kiri.  'Barang peribadi' kau ada kat laci bawah.  Yang lain kat atas meja mekap.  Barang mandian kau pula ada kat dalam bilik air.  Aku dah susun kat situ.  Kalau nak apa-apa lagi, beritahu je kat aku.  Nanti aku ambilkan," jelasku sambil menuding ke arah almari, meja mekap dan bilik air.

          Tapi, renungan Afiq Khairul yang pelik semacam itu membuatkan aku bingung sekali lagi.

          "Kenapa? Apasal renung muka aku macam tu? Ada yang pelik ke?" tanyaku dengan dahi berkerut.

          Hish, kenapa dengan dia ni?

          Afiq Khairul tersenyum sekali lagi.  Matanya tepat melihat ke dalam anak mataku...

          "Mula saat ini, panggil 'abang'.  Bukan 'kau'... Bolehkan?" pinta Afiq Khairul dengan senyuman melebar.

          Hah?

          Terus mataku membulat besar, kalah mata ikan buntal!

          "Buat apa nak panggil 'abang'? Bukan hari tu, kau larang aku panggil 'abang' ke? Dah tu, apasal dengan kau ni? Kau ada salah makan ke semalam? Kenapa perangai kau pelik semacam hari ni..." Ayatku terhenti di situ apabila Afiq Khairul mula mendekati aku.

          "Jangan dekat, aku dah ambik wuduk..," tegahku sambil berundur beberapa langkah ke belakang.

          Kalau tadi Afiq Khairul murah dengan senyuman.  Kali ini dia tayang muka serius.  Aku telan air liur.  Aku ada buat salah ke? Bisikku dalam hati.

          "Itu dulu! Sekarang ni lain... Mula saat ini juga, abang tak nak dengar kau atau aku lagi.  Kita tukar panggilan tu.  Kalau Leha ingkar, tahulah abang apa nak buat dengan Leha ni!" ugut Afiq Khairul dengan senyuman sinis.

          "First time abang tengok Leha tak bertudung... Leha nampak comel macam ni," sambung Afiq Khairul lagi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

          Aku terbungkam di situ dengan mulut terlopong luas.  Aku tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini.  Terlalu pelik!

          Aku penat dan letih.  Ditambah lagi dengan perangai peliknya tu... Huh, kejap lagi aku nak jadi gila! Bebelku dalam hati.  Stress!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Usai saja menunaikan Solat Isyak.  Afiq Khairul berpaling dan duduk menghadap aku.  Selamba saja Afiq Khairul hulurkan tangannya itu.  Buat seketika, aku terdiam di situ sebelum menyambut huluran tangannya itu.  Aku tunduk dan salam hormat tangannya sebagai suami aku.

          Ini adalah kali pertama aku solat dengan diimamkan oleh seorang suami.  Ada sedikit perasaan pelik disaat dia usap kepalaku berkali-kali sambil tersenyum manis.

          "Leha!" Tiba-tiba namaku diseru dari luar bilik.  Suara Adila!

          Aku lemparkan pandanganku ke arah pintu bilik.

          "Masuklah, pintu tak berkunci," laungku sambil berdiri.

          Aku buka telekung dan melipatnya.  Huluran sejadah daripada Afiq Khairul, aku sambut sebelum meletakkannya di penyidai besi yang berada di sebelah pintu tu.

          "Sorry, kacau kau dan Abang Afiq time ni," ucap Adila sambil tersengih lebar.

          Aku hanya tersenyum di situ lalu mengajak Adila duduk di birai katil.  Afiq Khairul berpamitan dan terus keluar.  Aku anggukkan kepalaku saja manakala Adila tersengih-sengih!

          Tidak lama kemudian, Sofea muncul di muka pintu sambil membawa sesuatu.  Begitu juga dengan Salina dan Raisya.  Sahabat serta jiran tetanggaku yang paling dekat.

          Wah, diaorang bawa hadiah!

          "Tahniah ye... Ini hadiah daripada kami.  Selamat pengantin baru buat kau dan Abang Afiq," ucap Adila sambil melihat Sofea, Salina dan Raisya.  Serentak mereka berempat menghulurkan hadiah masing-masing kepada aku.

          Aku tergelak.

          "Hish, buat susah-susah je.  Tapi, hadiah ni aku tak tolak.  Aku terima dengan tangan yang terbuka luas.  Terima kasih daun keladi, lain kali kamu bagilah lagi," balasku sambil memeluk hadiah tu.

          Happy, bukan selalu dapat hadiah macam ni!

          Mereka ketawa di situ sambil menepuk-nepuk bahuku.  Disebabkan gelak tawa kami yang kuat itu, sepupu-sepapatku yang lain masuk dan berkumpul sama di atas katil.  Kami bergurau senda dan bergelak ketawa sambil membuka hadiah-hadiah pemberian sanak-saudara, sepupu-sepapat, sahabat handai serta yang lain.

          Tapi, hadiah yang paling mencuit hatiku adalah hadiah daripada Adila.  Aku terlopong sambil melihat Adila yang tersengih-sengih di hadapanku itu.  Pantas aku cubit pipinya, geram!

          Aku geleng-gelengkan kepalaku dan cubit lengan Adila lagi.  Adila hanya ketawa di situ bersama-sama dengan yang lain.

          "Kau tiada hadiah lain ke nak bagi kat aku ni?" tanyaku sambil memuncungkan bibir bak Donald Duck!

          Yaa ampun, ada ke patut Adila bagi aku 'L-e-s-u-n-g B-a-t-u'? Aku eja perkataan tu satu-satu sebagai tanda protes!

          Adila hanya tersengih macam kerang busuk lantas mengambil lesung batu tu.  Selamba saja dia buat aksi ala-ala menumbuk bawang!

          "Aku nak kau praktik guna benda ni.  Kalau kau nak tahu, rasa masakan akan lebih sedap apabila kita tumbuk rempah menggunakan lesung batu tau.  Jadi, ia lebih bermanfaat dan sesuai sangat dengan kau.  Cool tak hadiah aku?" ujar Adila sambil tersengih-sengih.

          Aku tersenyum.

          "Kau saja nak kenakan aku kannn? Okey, hadiah ni aku terima dan akan aku gunakan di masa akan datang.  Tapi, sedap tak sedap masakan aku... Aku nak kau yang rasa dulu.  Amacam, setuju tak?" soalku sambil tersenyum nakal melihat Adila.

          Terus saja Adila buat silang 'X' ala-ala Ultraman.  Tanda tidak bersetuju dengan cadangan aku itu!

          "Terima kasih daun keladi, tapi aku tak nak mati lagi..," laung Adila sambil memeluk Sofea.  Siap buat muka ketakutan!

          Apalagi, semua yang ada di situ ketawa sakan sambil menepuk-nepuk tangan!

          "Amboi-amboi, perli nampak! Aku dah tahulah cara nak memasak.  Ini bukan Leha yang dulu-dulu tau.  Ini Leha yang baru.  Bakal masterchef! Mudah-mudahan... Aamiin," kataku sambil mendabik dada.  Serius!

          Terus Adila kerutkan mukanya.

          "Pooorah! Kau dengan aku dua kali lima bersamaan sepuluh.  Bakal masterchef konon..," bangkang Adila sambil mengangkat tangannya.

          Suasana di dalam bilikku terus jadi gempak gila dengan gelak tawa kami semua.  Apabila jarum jam menunjukkan ke angka 10:00 malam.  Barulah mereka berpamitan nak pulang ke rumah masing-masing.  Aku capai tudung di kepala katil dan menghantar Sofea, Salina dan Raisya dengan pandangan mata daripada pangkin rumah saja.  Setelah memastikan mereka sampai di rumah masing-masing, Adila dan aku menapak masuk ke dalam rumah.  Aku tengok Afiq Khairul masih lagi berbual-bual dengan abah, ayah, atok, Pak Cik Azman, Amin, Haikal dan Raimi di ruang tamu.

          Manakala, sepupu-sepapatku yang lain dah masuk ke dalam bilik masing-masing.  Begitu juga dengan Adila yang mengucapkan selamat malam kepada aku sebelum melompat di atas katil.  Aku hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.  Macam kanak-kanak riang!

          Aku melangkah turun ke tingkat bawah dan mencari kelibat umi, ibu serta mak cik-mak cikku yang lain.  Aku ikut menempel di sebelah umi yang sedang menyusun pinggan di almari dapur.  Tetapi, umi menyuruhku masuk ke dalam bilik semula.  Berehat.  Manakala, ibu menghulurkan aku secawan air suam dan menyuruhku naik semula ke atas sambil mengusap-usap lembut kepalaku.  Begitu juga dengan mak cik-mak cikku yang lain.  Tersenyum-senyum melihat aku.  Tetapi, senyuman diaorang tu nampak pelik sikit.

          Hish, apa kena dengan diaorang ni? Bisikku dalam hati.

          Aku hanya menurut perintah dan berpamitan sebelum melangkah naik ke tingkat atas.  Apabila aku menapak masuk ke dalam bilik, Afiq Khairul sedang duduk di birai katil sambil memeriksa sesuatu di Iphone miliknya itu.

          Aku berlagak tenang lalu melangkah ke meja kecil yang terletak bersebelahan dengan katilku itu.  Aku letakkan air suam di situ.  Aku buka tudungku dan letakkannya di kepala katil semula.  Baru saja aku nak berpaling, aku terlanggar tubuh seseorang.  Aku mendongak sambil mengerutkan dahi.

          "Kenap..," kata-kataku termati di situ apabila Afiq Khairul memeluk tubuhku erat.

          Hah?

          Aku tersentak.  Tak percaya punya pasal!

          "Lepaslah! Kenapa dengan kau..." Aku tidak dapat meneruskan kata-kata apabila Afiq Khairul mengeratkan lagi pelukannya itu.

          Aku berusaha untuk menolak tubuh Afiq Khairul itu.  Tapi, tidak berjaya!

          Debaran di dadaku, jangan cerita.  Rasanya macam jantung aku nak tercabut keluar!

          "Lagi sekali abang dengar perkataan 'kau'.  Abang kerjakan Leha!" bisik Afiq Khairul perlahan.

          Perasaanku jadi lain apabila bibirnya sentuh telingaku.  Tak tahu dia sengaja atau tidak!

          Eee, naik bulu romaku.  Seram!

          Disebabkan takut dengan tingkah laku Afiq Khairul yang menyesakkan dadaku itu. Air mataku bergenang di tubir mata.  Takut dengan situasi yang aku alami sekarang ini.  Terlalu pelik!

          "Ab... Aba... Abang! Abang nak... Buat... Apa ni?" tanyaku dengan suara yang tergetar-getar sambil berusaha menolak tubuh Afiq Khairul tu.

          Tapi, apakan daya dengan tubuh aku yang kecil ni berbanding dengan tubuh dia yang besar itu.  Perbezaan macam monyet dan gorila saja!

          "Lepaslah!" pintaku dengan suara yang hampir tak kedengaran.

          Afiq Khairul lupa ke? Dia peluk manusia, bukan kayu balak!

          "Kenapa ab... Abang pelik sangat hari ini? Abang tengah usik Le... Leha ke sekarang ni? Dahlah, abang buat Leha takut! Afiq Khairul yang Leha kenal bukan orang yang macam ni..," sambungku lagi dengan nada ketakutan.  Sikit lagi air mataku nak mengalir, tengoklah!

          Afiq Khairul meleraikan pelukannya sambil melihat aku.  Aku terkebil-kebil di situ.  Tangannya naik ke bahuku...

          "Selama ini, abang orang yang macam mana?" tanya Afiq Khairul serius.

          Lantas aku tunduk menekur lantai.  Takut nak tengok mukanya tu.  Lagipun, aku nak susun semula pernafasan aku, sesak nafas!

          Aku mendongak apabila cengkaman di bahuku itu terasa kuat.  Akhirnya, air mataku jatuh turun ke pipiku.  Takut dengan kemungkinan yang Afiq Khairul akan bertindak pelik lagi.

          Sakit di hati, aku tahan.  Sabar, sabar Leha!

          "Aba... Abang... Nak Leha... Cakap terus-terang ke?" soalku dengan suara yang sedikit serak.

          Spontan, dia seka air mata di pipiku itu.

          "Sorry, buat Leha takut tadi.  Tapi, abang nak tahu apa tanggapan Leha selama ini terhadap abang," balas Afiq Khairul.

          Tangannya masih melekat di pipiku.  Aku pandang Afiq Khairul...

          "A... Abang seorang yang perengus! Suka marah kat Leha ni tanpa... Sebab dan alasan yang kukuh.  Dengan orang lain, abang baik.  Bak kata orang, pijak semut pun... Tak mati.  Tapi, kalau dengan Leha... Abang tak macam tu.  Suka hati saja marah-marah kat Leha.  Lagi, abang suka buli..." Aku terhenti daripada meneruskan kata-kataku itu apabila Afiq Khairul mula mendekatkan wajahnya kepada aku.

          Kenapa?

          Aku terpaksa berpaling ke kiri sebab tak sanggup nak tengok mukanya yang terlampau dekat itu!

          Tetapi, Afiq Khairul memegang daguku dan aku terpaksa melihat mukanya semula.  Pandangan matanya yang tajam itu membuatkan aku terkedu di situ sehinggakan tak sempat nak menghalang dia daripada menyentuh kedua-belah pipiku.

          "Leha percaya tak, kalau abang buat macam tu sebab Leha comel sangat?" bisiknya perlahan hanya untuk pendengaranku.

          Aku tak terkata-kata.  Speechless!

          Comel? Siapa? Betul ke apa yang aku dengar ni?

          Baru saja aku nak menjawab.  Bibir Afiq Khairul rapat ke... Dia kiss aku!

          Mataku terpejam dengan perlakuan Afiq Khairul itu.  Tidak lama kemudian, Afiq Khairul lepaskan aku.  Aku hanya terkaku di situ.  Blank!

          Aku sentuh bibirku.

          Ap... Apa... Apa yang... Apa yang sedang berlaku ni?

          Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul semula.  Sekali lagi, aku terkedu!

          Afiq Khairul tersenyum sinis di situ sambil mendekati aku semula.  Aku berundur beberapa langkah ke belakang.  Help, sesiapa... Tolong aku! Jeritku dalam hati.



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest )

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-13 ni.  Have a nice day guys!


Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
155K 6.5K 17
Dear Readers , Saya cuma perlukan imaginasi yang tinggi daripada anda semua . Bayangkan anda mempunyai seorang stalker . Bagaimanakah hari-hari anda...
3.3K 184 12
Tajuk Lama** terang dalam gelapku "Fia nyawa Fakhrul mummy, apa pun terjadi Fakhrul takkan tinggalkan dia." - Fakhrul Razi "Entah apa jampi serapah...