Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Terutama sekali oleh ahli keluargaku sebagai pihak pengantin perempuan. Dan, ahli keluarga Afiq Khairul sebagai pihak pengantin lelaki.
Akhirnya, majlis tersebut berlangsung pada hari ini!
Keriuhan dan kemeriahan kedengaran dari tingkat atas, tingkat bawah, di canopy malah di dapur sekalipun menandakan majlis akan berlangsung tak lama lagi.
Decoration untuk pelamin juga sudah siap dipasang. Pilihan umi dan Mak Cik Balqis. Bertemakan warna hijau tua dan warna sage green. Tersergam indah dengan dihiasi bunga warna putih dan sedikit bunga warna merah jambu. Vibe seperti berada di taman bunga!
Aku yang sudah siap dimekap semula dan ditampal-tempel oleh Kak Ana selaku jurumekapku hanya duduk bersimpuh ala-ala gadis melayu terakhir. Ayu gitu!
Walhal, nak juga aku duduk bersila. Kakiku dah lenguh sebab duduk sopan macam ni. Tapi, aku tahan. Jelingan dan renungan Kak Ana setiap kali aku nak bergerak tu, seram weh!
Sebentar tadi, abah dan umi datang menjengukku di sini. Sekadar melihat samaada aku sudah bersiap dan bersedia. Tetapi, disaat atok muncul di muka pintu. Air mataku mengalir apabila aku tengok atok mengesat air matanya itu. Begitu juga dengan abah dan umi yang turut sebak lalu memelukku erat. Bertambah sedih apabila mendengar nasihat serta pesanan daripada mereka itu.
Haaa... Aku lepaskan keluhan nipis.
Dup dap... Dup dap... Dup dap... Jantung aku macam nak terkeluar!
Aku renung bridal bouquet di tanganku itu. Aku tarik nafas lagi dan menghembusnya perlahan. Nervous weh!
Ketukan di pintu bilikku itu membuatkan aku tersentak. Aku mendongak...
Sofea muncul di situ sambil tersenyum lebar. Manis dan ayu. Pantas aku pegang tangannya dan menyuruhnya supaya duduk di sebelahku saja. Disaat ini, aku perlukan seseorang untuk menenangkan hatiku ini.
"Aku hampir tak kenal kau. Ini kau ke? Budak berhingus, kawan aku yang suka main masak-masak dan panjat pokok tu?" selorah Sofea sambil tersengih lebar.
Sofea membetulkan awning shawl di atas kepalaku itu. Sekadar merapikannya...
Aku tersengih sama. Aku tahu, Sofea cuba menenangkan aku. Aku genggam tangannya kuat-kuat.
"Ayuh, kita baca doa penenang hati. In Shaa Allah, tenanglah hati tu..," sambung Sofea lagi.
Aku tersenyum di situ. Sofea seperti dapat memahami keadaan aku sekarang ini. Aku mengangguk lalu tunduk bersama Sofea.
-SubhanAllah, walhamdulillah, wala ilaha illaAllah wallahu akbar-
(Maha suci Allah, segala puji hanya untuk Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar)
-La haula wala quwata illa billah-
(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)
Ya ALLAH...
Tenangkan jiwaku. Gantikan keresahan ini dengan kedamaian. Tukarkan kedukaan ini menjadi kegembiraan. Hapuskanlah perasaan was-was dan ketakutan yang sedang membelenggu hati ini. Lenyapkan perasaan gelisah dan risau dari jiwa ini. Hanya Engkaulah tempatku berlindung. Aamiin ya rabbal alamin...
Aku tarik nafas buat kesekian kalinya dan menghembusnya perlahan. Sedikit sebanyak hati aku terasa tenang berbanding tadi.
Ketukan di pintu membuatkan kami menoleh ke situ lagi. Kelihatan Amin muncul dengan memakai baju melayu serta bersampin. Warna sage green. Tema warna baju untuk majlis perkahwinanku ini. Amin nampak kemas dan segak sekali!
"Kak Ana, Leha kat mana? Amin tak nampak pun kat sini. Siapa orang yang duduk kat sebelah Sofea tu? Tak kenallah..," selorah Amin sambil meninjau-ninjau sekeliling.
Aku muncungkan bibirku.
"Amboi, adik sendiri pun tak kenal ke? Sampai hati!" rajukku dengan mimik yang sengaja aku sedihkan.
Terdengar gelak tawa daripada Kak Ana dan Sofea.
Muhammad Amin Bin Amir. Abang kembar aku yang lahir 6 minit lebih awal daripada aku. Dia sanggup balik dan tempuhi perjalanan jauh tu semata-mata nak tengok aku kahwin.
Aku terharu!
Walaupun Amin sempat lagi buat perangai semasa kami jemput dia di balai ketibaan tempoh hari tu. Ketika itu, aku hampir nak menangis. Bayangkan, aku dah lama tak jumpa dia. Apalagi, time aku nampak dia berjalan ke arah kami dengan beg bagasinya tu, aku berlari anak nak peluk dia... Akhirnya, Amin pulang ke Malaysia. Alhamdulillah!
Tapi, tanpa rasa bersalah... Dia hambur ketawanya macam orang gila!
'Leha okey tak ni? Ada terhantuk kat mana-mana ke? Apasal tiba-tiba nak kahwin dengan Abang Afiq ni?'
Itulah ayat pertama dia setelah sekian lama kami tidak bersua muka. Siotlah abang aku ni, hampeh betul!
Air mata yang nak keluar tu, aku masukkan semula. Tak jadi nak menangis dan buat gaya dramatik. Aku lepaskan keluhan berat. Surrender. Dia tak habis-habis nak ejek aku weh!
Amin melangkah masuk ke dalam bilikku dan perhatikan aku. Lama. Dia tersenyum sambil tayang gigi taringnya.
Huh, patutlah dia popular kat sekolah kami tu. Dulu, masa sekolah menengah... Amin adalah crush kepada budak-budak perempuan kat sekolah kami sampaikan aku pun kena badinya!
Apataknya, aku jadi orang tengah dan tukang sampaikan pesanan kepada Amin.
'Leha, Amin suka perempuan yang macam mana ye?' – Crush nombor 1.
'Leha, Amin suka makan coklat tak?' – Crush nombor 2.
'Leha, Amin suka warna apa ye?" – Crush nombor 3.
'Leha, tolong sampaikan surat ni kat Amin ye? Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap dibalas. Hehe...' – Crush nombor 4.
Kadang-kadang, aku penat. Letih melayan karenah budak-budak perempuan tu. Sampai ke satu tahap, aku berterus-terang yang usaha mereka tu sia-sia saja sebab Amin takkan bercinta kat sekolah. Ini disebabkan, umi dah bagi pesanan awal-awal. Pesan umi, habiskan sekolah dahulu baru fikir hal cinta-cinta ni. Pesanan umi tu, Amin turuti dan takkan sesekali mengingkarinya.
Lagipun, aku tahu. Dalam diam, Amin sukakan seseorang. Siapa lagi kalau bukan si Sofea Alisya Binti Samad ni!
Dan, ironinya... Sofea pun sukakan Amin. Cuma mereka berdua belum bersemuka dan cakap depan-depan. Diaorang masih dalam fasa, malu-malu kucing gitu!
Kadang-kadang, aku stress tengok Amin dan Sofea ni. Ye laa, asal terserempak... Pasti yang sorang ke kanan. Yang sorang lagi ke kiri. Malu-malu konon, padahal suka sama suka!
Aku perhatikan Sofea. Sofea turut perhatikan aku dan kemudian tertunduk dengan pipi kemerah-merahan. Malulah tu!
Eee, nak juga aku cubit pipi Sofea tu. Apasal comel sangat ni? Aku geram!
Aku perhatikan Amin semula. Kalau dia dah tersenyum macam ni, pasti dia nak kenakan aku. Kita tunggu dan lihat!
"Kak Ana, siapa ni? Amin tak kenal. Apasal cantik semacam? Adik Amin tak cantik macam ni," tanya Amin lagi sambil melihat Kak Ana semula.
Kak Ana tergelak. Begitu juga dengan Sofea.
Aku sudah agak!
"Rasanya baru semalam Amin satu kantung dengan Leha ni. Membesar sekali dengan dia. Disebabkan kami kembar, umi selalu pakaikan baju sama colour. Main sama-sama, sekolah sama-sama, gaduh sama-sama. Cuma kali ni, kami tak sama-sama dah. Leha dah besar, dia lebih dahulu melangkah ke alam rumah tangga. Dia akan ikut Abang Afiq dah, jadi isteri orang..," kata-kata Amin tu buat aku terdiam.
Weh, aku nak nangis!
Tak sangka langsung, aku ingatkan dia nak kenakan aku. Rupa-rupanya...
"Jangan nangis. Penat Kak Ana mekap Leha tadi. Bedak dan gincu tu mahal tau... kan Kak Ana?" gurau Amin sambil mengusap kepalaku.
Aku cubit bahu Amin.
Amin hanya tersengih. Tidak lama lepas tu, matanya tepat melihat anak mataku. Kali ini, dia serius pandang mukaku.
"Doa Amin sentiasa mengiringi langkah Leha. Amin harap Leha jadi orang yang paling bahagia nanti. Hanya itu doa Amin sebagai abang Leha. Kalau ada apa-apa, cari Amin. Amin sentiasa ada untuk Leha walaupun Leha ni daripada kecil sampai ke besar lebih banyak sakitkan kepala Amin." Aku ketawa ayat yang terakhir tu.
Amin tersenyum.
"Leha cantik hari ni. Sama cantik dengan yang kat sebelah tu..," bisik Amin sambil curi-curi pandang kepada Sofea.
Tanpa segan silu, aku hambur ketawaku. Yaa ampun!
Bukan aku saja yang diusiknya, Sofea pun kena sekali. Hish, sejak balik dari Jepun tu... Amin dah makin berani. Malu tu hilang entah ke mana. Habis Sofea diusiknya!
"Baru nampak ceria dan tambah berseri. Tadi, bukan main nervous dan sedih je muka tu," tegur Kak Ana sambil tersengih.
Amin tersenyum lagi tapi senyumannya senget sebelah.
"Biasalah Kak Ana. Nak jadi isteri orang dah! Cemaslah katakan. Lagipun, bukan isteri orang lain. Tapi, isteri kepada orang yang selalu dibawanya bergaduh," balas Amin dengan gelengan kepala.
Heh, pantas aku muncungkan bibirku. Tak puas hati betul!
"Dah okey ke? Amin naik ni pun sebab nak sampaikan pesanan. Abang Afiq on the way dah tu. Lagi 30 minit, diaorang sampai. Amin turun dulu. Tunggu Abang Afiq. Sofea temankan Leha kat sini je dengan Kak Ana. Baca doa penenang hati kalau masih nervous lagi," pesan Amin lalu melangkah ke muka pintu.
Aku anggukkan kepalaku saja. Begitu juga dengan Sofea dan Kak Ana.
"Kejap, Amin teringat kisah lama." Amin menoleh dan pandang aku semula.
Firasatku kuat mengatakan yang Amin akan kenakan aku lagi...
"Leha benci dengan orang tu. Benci sangat! Kalau boleh, Leha tak nak jumpa lagi dengan dia tu! Babun punya orang! Siapalah orang malang yang akan jadi isteri dia nanti! Perangai hampeh tahap gaban!" ajuk Amin sambil meniru gaya percakapanku. Bertambah lucu apabila dia buat gaya percakapanku itu dengan muka serius. Kemudian melihat kami bertiga dengan kening terangkat sebelah.
Kurang asam!
Aku ketap bibirku. Mukaku terasa hangat apabila Sofea dan Kak Ana dah tergelak sakan kat situ.
"Itulah, kata orang tua-tua... Jangan benci sangat dengan seseorang, nanti terjodoh! Tengok, siapa yang malang sekarang ni," sambung Amin lagi sebelum hilang melarikan diri.
Aku geleng-gelengkan kepalaku sambil tersenyum saja. Redha dan pasrah. Tidak dapat dinafikan. Amin tu harap saja pangkat abang, tapi perangai mengalahkan aku yang si adik!
Tiba-tiba, suasana di luar sana jadi hingar-bingar. Kedengaran bunyi hon kereta. Tidak lama lepas tu, kedengaran bunyi paluan kompang...
~ Pak pak pak pak pak pak pak pak... Bung bung bung bung bung bung bung... Pak pak pak pak pak pak pak pak... Bung bung bung bung bung bung bung... ~
Aku kembali berdebar kencang. Aku tahu, pihak keluarga Pak Cik Sufian dah datang. Begitu juga dengan dia, Afiq Khairul. Bakal suami aku!
JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM
KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE
Author Note :
~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly from Pinterest & Instagram)
~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-11 ni. Have a nice day guys!