BOS A.K.A SUAMIKU

Od Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... Více

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!

19.4K 850 22
Od Misshusna006

          Aku sekadar berdiam diri di sebelah Afiq Khairul.  Aku perasan yang Afiq Khairul seperti mengawal dirinya agar bersikap biasa dengan pertemuan mereka ini.  Aku lemparkan pandanganku kepada gadis cantik yang bernama Zahra itu.

          "I tak sangka akan jumpa you kat sini.  Apa khabar?" tanya gadis itu sambil tersenyum kepada Afiq Khairul.

          Aku alihkan perhatianku kepada Afiq Khairul pula.

          "Baik, alhamdulillah... I pun tak sangka akan terserempak dengan you kat sini," balas Afiq Khairul.

          "Bila you kembali ke Malaysia semula?" sambung Afiq Khairul lagi.

          Aku perhatikan gadis itu semula.

          "Baru seminggu yang lepas.  Contract i dah habis kat sana.  So, i balik ke sini semula... I pun sama, ingatkan dah tak dapat jumpa you lagi," balas gadis itu sambil tergelak kecil.

          Kebetulan agaknya, gadis itu melihat aku.  Pantas aku ukirkan senyuman manis buat gadis yang bernama Zahra itu.

          Barangkali Afiq Khairul perasan dengan pandangan Zahra itu...

          "Leha, ini Ilyana Zahra.  Kenalan abang masa study kat Jepun hari tu," kata Afiq Khairul sambil memperkenalkan Ilyana Zahra kepada aku.

          Abang?

          Aku terkedu.  Abang? Siapa abang? Dia ke? Atau aku yang silap dengar? Dia gelar diri dia sebagai abang.  Aku ada masalah pendengaran ke ni? Bingungku sendiri.

          Walaupun begitu, aku hulurkan tanganku kepada gadis itu.  Ilyana Zahra.  Cantik namanya secantik orangnya juga.  Pujiku lagi dalam hati.

          "Ain Solehah.  Selamat berkenalan." Ramahku sambil tersenyum.

          Ada riak terkejut di raut wajah Ilyana Zahra.

          "Hai..," balas Ilyana Zahra pendek. 

          Tangan kami bersatu buat seketika sebelum terlerai.  Pandangan serta renungan Ilyana Zahra kepada aku, berubah jadi pelik.  Keningnya naik sebelah, dia tersenyum lalu melihat Afiq Khairul semula.

          "Inikah gadis yang Afiq maksudkan..," ayat Ilyana Zahra terputus di situ.

          Afiq Khairul pegang lenganku.

          "Maaf.  Kami dah lambat.  Lain kali kita berbual lagi.  Nanti i call Kimi.  Assalamualaikum..," kalut Afiq Khairul lantas meminta izin untuk berlalu pergi.

          Ilyana Zahra yang pada mulanya terkejut dengan kelakuan Afiq Khairul itu hanya tersenyum lalu mengangkat tangan dan melambai kepada aku sambil tersenyum.  Aku terkulat-kulat di situ.  Langkah Afiq Khairul itu, aku ikut dengan seribu tanda tanya.

          Kenapa Afiq Khairul seperti mengelak sebentar tadi tu? Fikirku sambil menoleh ke belakang dan melihat Ilyana Zahra yang masih berdiri di situ sambil tersenyum.  Aku turut tersenyum dan melihat semula ke hadapan.

          "Kita dah lambat ni.  Cepat!" arah Afiq Khairul lalu menarik lenganku lagi.

          Aku terkejut dengan tindakan Afiq Khairul itu.  Dia ingat aku trolley yang macam kat pasar raya tu ke? Boleh ditarik dan ditolak sesuka hati! Rungutku dalam hati.

          "Weh, aku tahu jalanlah.  Lepaskan lengan aku!" pintaku dengan nada geram.

          Aku tersentak apabila Afiq Khairul berhenti melangkah dan melihat aku dengan wajah yang sangat serius.

          "Kau jangan nak perasan pasal yang tadi tu.  Aku tersalah cakap, ingatkan dengan Adila tadi.  Lepas ni, jangan nak memandai panggil aku abang!" sinis Afiq Khairul lalu melepaskan genggaman tangannya itu.

          Terus saja aku mencebik di situ.

          "Bos ingat aku nak panggil bos 'abang' ke? Wuek! Sampai bila-bila pun aku takkan panggil bos dengan panggilan 'abang' tu.  Never!" balasku geram.

          Aku jeling Afiq Khairul dan berlalu dari situ.  Sakit hati aku!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Sejak akhir-akhir ini, Afiq Khairul dan aku selalu bergaduh.  Ada-ada saja yang dia tidak puas hati dengan aku.  Itu tak kena, ini tak kena sedangkan tarikh perkahwinan kami tinggal 3 minggu saja lagi.  Semakin hampir tarikh perkahwinanku itu, semakin berdebar jantung aku.  Nervous weh!

          Bila difikirkan semula, kenapa singkat sangat pemikiran aku pada masa itu? Kenapa aku terlalu baik hati nak balas budi dia tu?

          Kalaulah aku tahu sikap dia yang macam ni, yang makin lama semakin menyakitkan hati... Tidak mungkin aku akan bersetuju untuk berkahwin dengan dia tu.  Never and ever.  Menyesal pula!

          Aku kerling jam di pergelangan tanganku.  Aku mengeluh buat kesekian kali.  Tiba-tiba, telefon di atas meja berdering kuat.  Aku hembuskan nafas sebelum mengangkat gagang telefon tersebut.

          "Leha bercakap.  Ada apa-apa yang boleh saya tolong," ujarku sambil tersenyum.

          "Kak Siah ni," jawab pemanggil itu.

          Aku tersenyum lebar.

          "Ye kak, ada apa call Leha ni? Rindu ke?" soalku nakal.

          Kak Siah merupakan Quantity Surveyor di syarikat ini.  Orangnya masih lagi maintain lawa walaupun anak dah 4 orang.  Orangnya yang peramah serta sentiasa tersenyum itu membuatkan aku senang dalam bergaul mesra dengannya.  Bagaikan adik dan kakak gitu!

          Terdengar gelak tawa Kak Siah.

          "Ha'ah, rindulah sangat! Kakak nak minta tolong dengan Leha ni.  Boleh ke?" pinta Kak Siah.

          Aku ikut ketawa.

          "Boleh kak.  Untuk kakak... Leha sanggup renangi lautan api.  Apa yang kakak nak Leha buat?" balasku sambil tersengih habis.

          "Aduh, Leha ni... Ada-ada saja.  Kakak nak minta Leha tolong ambil file kat bilik bos kita tu.  Schedule of rates for valves and pumps.  Kami nak banding harga.  Yang ada dalam pegangan kakak ni tak lengkap.  Boleh tak Leha tolong ambilkan? Kakak busy dengan budak-budak yang lain ni.  Susah nak bergerak.  Leha faham-faham sajalah, kalau dah ada tender.  Macam berperang kita dibuatnya!" jelas Kak Siah sambil ketawa di hujung sana.

          Aku ketawa lagi.

          "Okey kak.  No problem! Nanti Leha tolong ambil dan hantarkan sekali ye," balasku dengan ketawa yang masih bersisa.

          Tidak lama lepas tu, Kak Siah memutuskan talian dengan ungkapan terima kasih.

          Tanpa membuang masa, aku berdiri dan pulas tombol pintu bilik Afiq Khairul tu.  Nasib baik Afiq Khairul ada meeting awal pagi tadi.  Jadi, tak perlulah aku bertentang mata dan sekurang-kurangnya dapat juga aku merasa keamanan walaupun hanya sekejap.

          Aku melangkah masuk dan terus menapak ke rak almari di tepi meja kerja Afiq Khairul tu.  File yang tersusun rapi di situ, aku teliti satu persatu.  Tidak lama kemudian, file yang Kak Siah inginkan itu aku temui tetapi file tersebut terletak di bahagian paling atas.  Tinggilah pulanya!

          Aku cuba capai file itu menggunakan tangan.  Tapi, tak tercapai dek kependekkan aku ini!

          Aku menoleh ke belakang.  Mencari sesuatu untuk dipijak.  Tapi, hanya kerusi berkaki roda yang ada di dalam bilik ini.  Aku ketap bibir.  Ah, lantaklah!

          Aku ambil kerusi roda tu memandangkan Kak Siah memerlukan file ini secepat yang mungkin.  Tanpa berfikir panjang, aku buka kasutku dan cuba ambil file tersebut.

          "Dapat pun," gumamku sendiri. 

           Baru saja aku nak turun ke bawah...

          "Leha!" Lantang suara itu menjerit memanggil namaku.

          Aku yang terkejut terus berpaling.  Tetapi, badanku tidak dapat seimbang dengan roda yang bergerak ke tepi kanan.  Apa yang aku tahu, aku sudah terjatuh ke lantai macam nangka busuk!

          "Aduh!" Aku urut belakang badanku yang terasa sengal.  Sakitnya!

          Bunyi tapak kaki kian mendekat.  Seolah-olah berlari ke arah aku.

          "Kenapa 'bijak' sangat guna kerusi beroda untuk ambil file! Kau tiada otak ke?" tengking orang tersebut sambil menarik lenganku untuk berdiri.

          Aku buka mata yang terpejam dek kesakitan yang aku rasakan sebentar tadi.  Aku ketap bibirku.  Orang itu aku pandang dengan muka berkerut habis.  Siapa lagi kalau bukan si Afiq Khairul!

          "Bos pun sama.  Terlampau 'bijak'! Kenapa menjerit tadi macamlah bos nampak hantu? Bos ingat tak sakit ke jatuh macam nangka busuk! Sakit tau tak!" Marahku sambil menepis tangan Afiq Khairul yang melekat di lenganku itu.

          Aku gosok-gosok belakangku.  Oh my gosh, my punggung.  Sakitnya!

          "Jangan nak salahkan aku pula.  Kau yang tak pandai fikir! Lain kali guna otak!" herdik Afiq Khairul.  Garang beb!

          Aku tertunduk di situ.  Sudahlah jatuh macam nangka busuk, kena marah pula!

          Air mataku bergenang.  Tanpa aku sedari, setitis airmataku jatuh menuruni lengkuk pipiku.  Sedih plus sakit!

          Aku terdengar keluhan keras di sebelahku.

          "Kau memang jenis orang yang cemerkap.  Macam mana aku nak jaga kau nanti kalau kau bersikap macam ni?" tanya Afiq Khairul dengan nada suara sedikit perlahan.

          Dengan kekuatan Afiq Khairul, sekejap saja dia tarik lenganku untuk berdiri dan arah aku supaya duduk di sofa saja.

          Aku angkat wajah dan kesat air mata yang menitis sebentar tadi.

          "Aku tak suruh bos jaga aku pun.  Aku dah besar.  Pandai-pandailah aku jaga diri!" balasku dengan suara yang sedikit serak.

          Barangkali geram dengan kata-kataku itu, dia lastik dahiku perlahan.  Pantas aku mendongak dengan muka cemberut habis.

          "Menjawab! Duduk kat sini.  Jangan bergerak selagi aku belum datang.  Kalau kau bergerak, aku kerjakan kau nanti!" perintah Afiq Khairul.  Serius!

          Aku tengok Afiq Khairul ambil file yang terjatuh di atas lantai tu lalu keluar dari biliknya tanpa sepatah kata.  Hanya wajah serius yang dilemparkannya kepada aku.  Aku menyandar sambil mencebik geram di situ.  Kalau bukan sebab Afiq Khairul teriak nama aku macam langsuir tadi, tentu aku masih sihat walafiat.  Tak kesakitan macam ni! Kutukku dalam hati.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Pejam celik, pejam celik... Masa berlalu dengan pantas.  Benar kata orang, masa itu emas!

          Hari ini, merupakan hari terakhir aku di Kuala Lumpur.  Esok pagi, abah dan umi akan datang menjemputku di sini dan berangkat pulang ke kampung bersama-sama.  Majlis perkahwinanku akan berlangsung tak lama lagi.

          Aku tarik nafas lega setelah barang-barang yang perlu aku bawa pulang, aku dah kemas dan masukkannya ke dalam beg.  Done!

          Aku henyakkan punggung ke birai katil dan termenung di situ.  Segala persiapan samaada di kampung mahupun di sini, alhamdulillah... Semuanya sempurna dan mengikut perancangan antara Mak Cik Balqis dan umi.  Aku sekadar menganggukkan kepala sahaja.  Mak Cik Balqis tunjuk ini, aku angguk.  Umi pilih itu, aku angguk.  Dah macam burung belatuk!

          Bak kata orang, aku 'no comment'!

          Apataknya, aku bukan berkahwin dengan orang yang tercinta tapi dengan orang yang terbenci dalam hidup aku!

          Haaa... Aku lepaskan keluhan panjang.

          Tut tut... Tut tut... Handphone di meja berdering dengan kuat.  Pantas aku berdiri dan segera mengambil handphone yang berbunyi itu.  Tertera nama Bos Gila a.k.a Afiq Khairul!

          Aku mengeluh lagi.

          "Assalamualaikum.  Nak apa?" salamku lemas dengan suara yang mendatar.  Lebih tepat lagi, suara menyampah!

          "Waalaikumsalam.  Kau kat mana?" tanya Afiq Khairul terus.

          Aku mencebik di situ.

          "Malaysia," balasku pendek.

          "Aku tahulah kau kat Malaysia! Mustahil pula kau kat London kan... Kau kat mana?" sinis sungguh suara Afiq Khairul itu.

          Aku pandang handphone di tanganku itu.  Terus saja aku genggam penumbuk dan hayunkannya berkali-kali seolah-olah Afiq Khairul ada kat situ!

          "Aku kat rumah.  Nak apa?" balasku sememeh.  Aku kerling jam lonceng di mejaku, sudah masuk pukul 8:30 malam.

          "Aku kat bawah.  Turun!" Arah Afiq Khairul lalu mematikan talian.  Terputus begitu sahaja!

          Aku ternganga di situ.  Hah?

          Pantas aku menapak ke tingkap bilikku itu.  Langsir, aku selak sedikit.  Kelihatan Afiq Khairul berdiri di tepi keretanya sambil memeluk tubuh.

          Aku ketap bibirku.

          "Gila punya orang! Apasal nak jumpa lagi ni? Bukan siang tadi dah jumpa ke? Apalagi dia nak ni?" bebelku lalu menarik tudung di belakang pintu bilik dan berlari turun ke bawah.

          Tidak lama kemudian, aku berdiri betul-betul di hadapan Afiq Khairul dengan riak muka yang kurang menyenangkan.

          "Erm? Ada apa datang malam-malam macam ni?" tanyaku sambil membetulkan tudung di kepala.  Entah lurus atau biut.  Semua sebab nak cepat!

          Sebelum itu, sempat juga aku tilik cara pemakaian dia.  Baju kemeja yang lengan bajunya sudah disenteng hingga ke paras siku, seluar slack serta kasut Polo.  Nampak casual dan smart gitu!

          Aku pandang pula diriku.  Baju di rumah serta tudung yang tak berseterika.  Jauh sekali penampilan Afiq Khairul dan aku.  Macam burung merak dengan burung gagak!

          Aku dengar keluhan kasar daripada Afiq Khairul.

          "Ambil ni!" Arah Afiq Khairul lalu menyerahkan aku beg kertas yang berhias cantik.

          Keningku bertaut rapat.

          "Apa benda ni?" tanyaku bingung.

          "Ibu bagi kau.  Aku sekadar menyampaikan.  Itu saja.  Assalamualaikum," kata Afiq Khairul selamba lalu berpaling daripada aku.

          Aku tercengang di situ.  Aik, setakat nak bagi barang... Dia sanggup datang malam-malam macam ni?

           Aku garu kepala yang tak gatal.

          "Nanti dulu!" spontan aku tahan Afiq Khairul daripada berlalu pergi.

          Afiq Khairul melihat aku dengan kening terangkat sebelah.

          "Aku tahu majlis perkahwinan ni hanya satu lakonan.  Tapi, sekurang-kurangnya... Walaupun sedikit, sikit je.  Aku masih ada rasa hormat kepada kau sebagai orang yang lebih tua daripada aku.  Jaga diri baik-baik kat sini.  Itu saja.  Hati-hati pandu kereta tu.  Waalaikumsalam," ujarku lantas berpaling ke belakang.

          Aku melangkah masuk ke dalam rumah tanpa melihat reaksi Afiq Khairul.  Setelah pintu rumah aku kunci, aku naik ke tingkat atas dan masuk semula ke dalam bilikku.

          Aku sembamkan wajahku ke bantal.  Air mataku mengalir.  Sejak akhir-akhir ini, entah kenapa aku emosional sangat? Adakah disebabkan aku akan berkahwin tak lama lagi? Aku bangun dan melangkah ke bilik air.  Nak ambil air wuduk dan menunaikan Solat Isyak.  Mudah-mudahan ia dapat menenangkan hatiku.  Juga berdoa seandainya ini jalan yang harus aku lalui, aku ingin memohon ke hadrat Illahi agar diberikan hati, jiwa serta pedoman agar dapat aku tempuhinya dengan tabah.  Aamiin Ya rabbal'alamin.



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-10 ni. Have a nice day guys!


Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

2.3M 67.7K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
4.2K 213 9
"Be my boyfriend. For 6 months." Hessa ulang lagi. Mata ralit memerhati roman tampan si jejaka. Tampan sungguh! Kulit putih bersih. Hidung mancung. N...
221K 8.9K 63
Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Fri...