BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!

20.3K 804 9
By Misshusna006

          Aku pandang tray-in tempat aku simpan dokumen yang perlu aku siapkan.  Kosong!

          Eh? Kenapa kosong? Sepatutnya ia penuh dengan tugasan yang perlu aku siapkan.  Siapa yang ambil dokumen-dokumen kat tray-in aku ni?

          Aku halakan pandanganku ke bilik Afiq Khairul.  Takkanlah Afiq Khairul yang ambil? Tapi, mustahillah... Dokumen tu belum siap lagi.  Aku garu kepala yang tak gatal.  Bingung!

          Kemudian, aku pandang rakan sekerjaku yang sibuk dengan tugasan masing-masing tu.  Aku berpaling dan sembunyikan riak mukaku.  Takut sekiranya orang lain tengok mukaku sekarang ni.

          Apataknya, disaat ini aku sedang tersenyum lebar!

          Hari ini adalah hari permulaan kerja.  Mana-mana kerja yang tertangguh pada hari Jumaat, akan disiapkan pada hari ini.  Kalau diikutkan, hari Isnin adalah hari yang paling sibuk sekali.  Tapi, oleh kerana tray-in aku kosong... Nampaknya, aku senang sikit hari ni.  Tak busy sangat macam selalu tu.

          Aku bertambah gembira lagi apabila diawal pagi ini, Afiq Khairul tidak akan muncul di pejabat disebabkan dia kena pergi ke site untuk lawatan tapak projek.

          Yeah, hari ni aku aman! Sukanya aku! Kan bagus kalau hari-hari macam ni... Bisikku dalam hati.

          Deringan telefon yang berbunyi, aku sambut dengan senyuman lebar di bibir.  Hari ni mood aku happy!

          Beruntung orang yang call aku sekarang ni, dapatlah dia dengar suara ceria tahap petala ke-7 aku ni!

          Hehehe...

          "Selamat pagi.  Leha bercakap kat sini... Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" ucapku dengan nada yang betul-betul gembira.

          Tiada sahutan daripada pemanggil tersebut.

          "Hello, hello... he..llooo..." Aku angkat kening.  Line tak bagus ke? Kenapa senyap? Pelik!

          Tapi, entah kenapa... Aku dapat rasa sesuatu.  Satu perasaan yang tak baik.  Macam ada sesuatu yang akan berlaku.  Atau perasaan aku saja kot?

          "Aku ni..," jawab pemanggil tersebut dengan nada serius.

          Pantas aku pekup mulutku.  Afiq Khairul.  Naa kannn... Aku sudah agak!

          "Ya?" balasku dengan nada sememeh.  Stress!

          "Pergi ke bilik aku, ambil drawing di atas meja kerja aku tu... Aku tunggu kat lobi.  Cepat!" arah Afiq Khairul.  Tegas sekali!

          Aku muncungkan bibir.  Walaupun aku stress dengar suaranya tu... Aku atur langkah dan masuk ke dalam bilik Afiq Khairul.  Drawing yang dimaksudkannya itu, aku ambil lalu turun ke lobi.  Kelihatan Afiq Khairul sedang menanti aku di situ dengan wajah 'macam-baru-terpijak-najis-binatang'!

          Serius gila!

          Aku telan air liur.  Kecut perut aku nampak dia macam tu.  Tapi, aku buat selamba saja dan melangkah ke arah Afiq Khairul dengan langkah santai macam berjalan kat pasar tu!

          "Nah..." Aku serahkan drawing tersebut tanpa melihat wajah Afiq Khairul.

          Sesudah itu aku berpaling dan melangkah pergi.  Tak betah nak berlama-lama dengan dia.  Arahannya dah aku turuti, masa untuk berambus!

          "Kau nak ke mana?" tanya Afiq Khairul dengan nada sedikit kuat.

          Aku menoleh dan pandang mukanya.  Aku tunjuk ke tingkat atas.  Dalam hati aku, aku nak ke bulan... Kau nak ikut ke? Mahu juga aku jawab macam ni!

          "Ikut aku ke site.  Sekarang!" arahan daripada Afiq Khairul itu membuatkan aku terlopong.

          Hah? Aku silap dengar ke?

          "Aku kena ikut? Kenapa?" balasku tak percaya.

          Tak pernah aku dengar yang setiausaha kena ikut ke lawatan tapak projek.  Setahu aku, sejak zaman Pak Cik Sufian lagi... Setiausaha hanya duduk kat pejabat.  Tak pernah dibawa keluar berjumpa client apatah lagi ke tapak projek.

          Ini peraturan baru ke?

          "Tapi..," gumamku dengan muka berkerut habis.

          "Boleh ke kalau kau tak banyak soal dan lawan cakap aku? Jom, gerak sekarang.  Jangan nak buang masa aku!" herdik Afiq Khairul tiba-tiba.

          Aku tersentak.  Aku pandang sekeliling.  Hanya Nina selaku penyambut tetamu saja di situ.  Aku lepaskan keluhan kecil.  Nasib baik aku dah biasa kena marah macam ni depan rakan sekerja yang lain.  Bayangkan kalau orang lain, confirm diaorang dah berhenti kerja.  Notis 24 jam!

          Aku berpaling dan melangkah ke ruangan lift.

          "Kau nak ke mana?" Afiq Khairul menarik lenganku.

          Aku ketap bibir.  Dahlah aku sakit hati, bertambah sakit lagi apabila disentuh sesuka hati!

          "Aku nak ambil handbag.  Bayangkan kalau polis buat road block kat tengah-tengah jalan tu, tak ke naye nanti? Kalau aku kena tangkap.  Bos nak jamin ke? Rasanya, tak! Mesti bos akan tinggalkan aku bermalam kat lokap tu kan? Mesti bos akan bagi aku rasa tinggal kat penjara tu, biar aku jadi banduan yang makan sayur kangkung dengan ikan tulai je.., " perliku dengan senyuman sinis.

          Afiq Khairul terdiam.  Lenganku dilepaskan.  Tapi, daripada riak mukanya itu... Aku tahu, dia tengah marah!

          Semasa aku melintasi ruangan receptionist tu, aku tengok Nina sedang menahan ketawanya.  Sampai hati!

          Haaa... Aku mengeluh perlahan.  Pasrah!

          Apalah nasib aku hari ni? Aku ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan dah turun awal-awal pagi lagi.  Apa boleh buat? Bersabar sajalah... Desisku dalam hati sambil melangkah masuk ke dalam lift.

          Sejak balik dari kampung 3 hari yang lepas, perangai Afiq Khairul kepada aku ni dah bertambah teruk.  Garang nak mampus.  Mungkin inilah cara Afiq Khairul nak balas dendam atas kejadian aku pedajal perut dia hari tu kot?

          Aku tersenyum jahat... Apa kau rasa, oren? Kutukku dalam hati.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku turun dari Double Cab Hilux tu.  Dalam setengah jam perjalanan, kami berhenti di kawasan lapang dan aku perhatikan bangunan yang masih belum siap di hadapanku itu.

          Erm, macam ni ke kalau kat site? Ini merupakan pengalaman pertama aku ikut lawatan ke tapak projek.

          "Pakai topi keselamatan ni." Aku berpaling dan tengok topi keselamatan yang berwarna putih itu di tangan Afiq Khairul.  Aku sambut huluran topi tersebut dan memakainya dengan segera.

          Baru saja aku nak melangkah ke hadapan, Afiq Khairul pegang topi di atas kepalaku.

          "Pakai betul-betul! Kau ingat nak ke tepi pantai ke?" sindirnya sambil mengetuk topi yang berada di atas kepalaku itu.  Terus saja dia betulkan kedudukan topi keselamatanku.  Kedudukan kami yang agak dekat ini membolehkan aku terhidu bau perfume yang dipakainya.  Wangi!

          Pantas aku ketap bibirku.  Hish, apa kebendanya aku merepek ni!

          Selepas saja Afiq Khairul membetulkan kedudukan topi keselamatan di kepalaku itu, aku jarakkan diri aku daripada dia. Tak suka dekat dengan dia!

          "Apa lagi yang tercegak kat situ? Jalan!" bebel Afiq Khairul apabila aku masih terpaku di situ.

          "Ye laa, gerak dah ni.  Cerewet sangat, kalah perempuan!" gumamku perlahan.

          Tapi segera aku tutup mulutku apabila tersedarkan ayat yang terakhir itu.  Alamak, tersasul!

          Aku buat muka selamba saja dan tidak mempedulikan renungan tajam Afiq Khairul itu.

          "Ambil handphone ni.  Kau gambar parts yang masih dalam proses penampalan simen dan I-Beam yang masih belum siap pasang.  Sekali dengan drainage kat tepi tu." Afiq Khairul hulur Iphone miliknya itu kepada aku.

          Aku tengok dia dah pun bergerak ke hadapan apabila En. Kamal selaku supervisor kat site ni menuju ke arahnya.

          Tanpa membuang masa, aku mula mengambil gambar seperti yang diarahkannya itu.  Ceh, rupanya ini kerja aku.  Jadi tukang gambar tak bertauliah!

          Aku memeriksa semula gambar yang aku ambil sebentar tadi.  Setelah berpuas hati dengan gambar yang aku ambil tadi, aku melangkah ke arah Afiq Khairul dan En. Kamal yang sedang berbincang itu.

          "Leha okey ke? First time ke datang kat tempat macam ni?" tanya En. Kamal kepada aku apabila perbincangan mereka telah selesai.

          Aku hanya tersenyum dan anggukkan kepalaku saja.

          "Saya pun terkejut tadi.  Tertanya-tanya.  Gadis mana laa yang datang dengan bos tadi... Rupa-rupanya, Leha.  Ingatkan siapa laa tadi tu..," kata En. Kamal lagi sambil ketawa kecil.

          Afiq Khairul menggulung semula drawing di tangannya itu lalu melihat aku dengan senyuman sinis.

          Keningku terangkat sebelah, apa maksud senyuman sinisnya itu?

          "We just got engaged.  She's my fiancee now.  Lepas ni, saya kena bawa dia ke Pejabat Agama.  Kami kena mohon Sijil Kursus Pra-Perkahwinan pula.  Tu yang saya bawa dia sekali..," kata Afiq Khairul sambil tersenyum kepada En. Kamal.

          Aku ternganga, En. Kamal terlopong!

          "Ahhh?" En. Kamal dan aku serentak berkata macam tu.  Terkejut!

          Tapi, En. Kamal melihat aku semula.  Mungkin dia hairan, kenapa aku ikut terkejut juga? Apalagi, aku tayang gigi.  Cover malu!

          Afiq Khairul dan aku dipandangnya dengan wajah tak percaya!

          "Tahniah saya ucapkan... Ia berita yang sangat menggembirakan! Tahniah!" ucap En. Kamal kemudiannya sambil bersalaman dengan Afiq Khairul.

          Aku sekadar tersengih.  Tak tahu nak buat apa.  Lagipun, tak kuduga yang Afiq Khairul akan memaklumkan perkara ini.  Malu pun ada, marah pun ada dan sakit hati pun ada, macam-macam ada!

          "Lepas dari Pejabat Agama nanti, aku akan maklumkan kepada yang lain pula," kata Afiq Khairul apabila En. Kamal baru saja melangkah pergi.  Tinggal kami berdua saja ketika ini.  Aku pandang Afiq Khairul dengan muka tak puas hati.

          Kemudian, aku halakan pandanganku ke hadapan.  Aduh... Akhirnya saat ini tiba jua!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Sekejap aku berdiri, kemudian duduk semula.  Aku pejamkan mataku lalu menyandar semula pada sofa yang terdapat di dalam bilik Afiq Khairul ini.  Tidak lama kemudian, aku buka mataku semula lalu menjeling kepada Afiq Khairul.  Dia masih lagi serius sambil menatap screen laptop dan tidak mempedulikan keresahan aku sekarang ini.  Selamba tahap badak!

          Aku ketap bibir lantas berdiri dan melangkah ke hadapan meja Afiq Khairul.  Aku duduk dan merenung mukanya dengan wajah yang serius juga.  Tidak lama lepas tu, aku menopang dagu sambil mengukirkan senyuman manis.

          "Betul ke kita kena buat hari ni juga? Tak nak laa aku, aku belum bersedia.  Malulah... Lain kali je kita buat ye?" pintaku sambil buat mata terkelip-kelip.

          Manalah tahu kalau Afiq Khairul boleh ubah fikiran dia apabila nampak muka comel aku ni.

          Ewah, peras santanlah kau ni Leha! Kutuk si hati.

          Afiq Khairul mengalihkan pandangannya daripada screen laptop tersebut lalu melihat wajahku.  Aku tersenyum lagi.  Makin aku kelipkan mata aku.  Tambah power!

          "Kau sakit mata ke? Dah, jangan nak mengada-ngada! Kalau bukan hari ni, bila lagi kita nak buat? Lebih cepat kita buat, lebih senang nanti!" ujar Afiq Khairul sambil tersenyum sinis kepada aku.

          Aku mencebik.  Cis, sia-sia saja aku berlagak comel tadi!

          "Bangun! Kita buat sekarang juga!" arah Afiq Khairul sambil berdiri.

          Butang baju kemejanya dibuka di bahagian atas dan kemudian melonggarkan necktai yang dipakainya itu.  Lebih santai berbanding tadi.

          Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

          "Aku tak nak! Aku belum bersedia!" bangkangku keras.  Sedikitpun aku tidak berganjak dari tempat dudukku itu.

          Terdengar keluhan kasar daripada Afiq Khairul.

          "Boleh ke kalau kau tak buang masa aku? Berdiri!" Tengking Afiq Khairul.

          Aku menggeleng laju.  Barangkali geram dengan kelakuanku itu, terus saja Afiq Khairul menarik lenganku dengan kuat.  Aku tersentak lalu menepis tangannya.  Tepi kerusi tu, aku pegang kuat-kuat.  Tak nak!

          "Ain Solehah, jangan degil! Aku tak kira, aku nak announce hari ni juga yang kita akan berkahwin tak lama lagi.  Jangan nak buat perangai budak-budak kau tu dengan aku.  Kau hanya perlu berdiri di sebelah dan tersenyum lebar.  Itupun kau susah nak buat ke?!" Tempik Afiq Khairul dengan wajah merah.

          Bahuku terangkat dengan tempikan Afiq Khairul itu.  Aku dongakkan kepala dan pandang Afiq Khairul.  Aku lepaskan peganganku pada tepi kerusi tu lalu tunduk menekur lantai.

          Kepala yang tak gatal, aku garu.  Debaran di dada, aku tahan ketat-ketat.  Macam mana aku nak berdepan dengan rakan sekerjaku yang lain ye?

          Apa respond yang diaorang akan buat setelah tahu yang aku akan berkahwin dengan Afiq Khairul ni? Kalau diikutkan hati aku, biar Afiq Khairul saja yang memaklumkannya kepada rakan sekerjaku yang lain.  Aku belum bersedia lagi nak berdepan dengan diaorang.  Malu plus takut!

          Apataknya, selama aku bekerja di sini, semua dah tahu yang Afiq Khairul ni selalu saja membuli dan memarahiku di hadapan mereka semua.  Tak kira tempat dan masa!

          Afiq Khairul main hentam saja kalau nak marah dengan aku.  Dia ingat hati aku ni dibuat daripada hati ayam agaknya.  Tak pernah nak ambil tahu perasaan aku, apatah lagi menjaganya!

          Aku pun kalau dah dimarah macam tu, aku tayang muka blur saja.  Lepas tu, tersengih.  Ada aku kesah!

          Lagipun, macam mana aku nak berhadapan dengan fan club Afiq Khairul tu? Mesti diaorang buat spekulasi yang entah betul atau tidak.  Gosip semata-mata!

          Mungkin diaorang fikir yang aku dah 'guna-gunakan' bos pujaan hati plus jantung diaorang ini.  Sebabnya hanya satu, mana mungkin lelaki macam Afiq Khairul nak kahwin dengan aku.  Ramai lagi gadis cantik di luar sana berbanding muka aku yang cukup-cukup makan saja ni!

          Padahal, hakikat yang sebenarnya... Aku hanya nak balas budi dia saja.  Disebabkan dia, aku masih bernyawa dan bernafas di dunia ni.  Syukurlah!

          Aku tarik nafas kuat-kuat dan menghembusnya perlahan.  Jari-jemariku, aku genggam kuat.  Sejuk.  Kemudian berdiri dan baju kurung yang sedikit kusut di bahagian hadapan, aku lurutkan ke bawah.  Biar kemas sikit.  Aku rapikan tudungku dan lemparkan jelingan tak puas hati kepada Afiq Khairul!

          "Ingat, hanya perlu senyum dan kalau ada sesiapa yang tanya.  Beritahu yang ini jodoh kita.  Jangan nak merepek benda lain pula.  Ingat tu!" pesan Afiq Khairul dengan muka dictator dia tu.

          Aku muncungkan bibir.

          "Ye laa, aku tahu!" balasku sememeh.

          Aku ikut langkah Afiq Khairul dengan perasaan yang berbaur-baur.  Gelisah dan gelabah dah bersatu dalam diri aku.  Aku bertawakal dalam hati.  Berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.  Aamiin ya rabbal'alamin...



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story.

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-8 ni. Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
572K 19.7K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
2.3M 67.7K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...