BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!

26K 1.1K 53
By Misshusna006

          "Apa? Betul ke apa yang ibu dengar ni?!" Terlopong mulut Mak Cik Balqis apabila terdengarkan ayat yang baru keluar daripada mulut anaknya itu.  Afiq Khairul!

          Terus saja Mak Cik Balqis alihkan pandangannya kepada aku yang hanya berdiam diri di sebelah anaknya itu.  Aku kerling Afiq Khairul. Selamba saja dia berdiri di situ dengan muka serius.  Masih terngiang-ngiang lagi suaranya di telingaku...

          "Afiq nak kahwin dengan Leha," katanya dengan wajah dan nada yang serius.

          Aku mengeluh dalam hati.  Selepas saja berbalas senyuman dengan Mak Cik Balqis.  Aku tunduk menekur lantai.  Malu!

          Kini, aku menjadi tatapan 3 pasang mata yang merenung kami berdua dengan wajah tak percaya.  Pak Cik Sufian yang duduk di sofa, Mak Cik Balqis yang berdiri di hadapan kami serta Adila yang ternganga luas di sebelah Pak Cik Sufian.  Amazing!

          Aku lepaskan keluhan nipis.  Nervous weh!

          "Betul ke? Betul ke Leha nak kahwin dengan Abang Afiq ni? Bukan kamu tak 'sekepala' ke? Kenapa tiba-tiba nak kahwin pula ni? Ke Abang Afiq paksa kamu?!" Tersentak aku dengan soalan Mak Cik Balqis tu.

          Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul.  Hantar signal pertolongan melalui pandangan mata.  Help!

          Sekarang ni otak aku tak berfungsi.  Blank!

          Kalau boleh, biar dia saja yang jawab soalan maut tahap pawaka daripada Mak Cik Balqis tu.

          Afiq Khairul tayang muka selamba dan kemudian menarik lengan aku supaya berdiri rapat di sebelahnya.

          "Leha yang jatuh cinta dengan Afiq dulu... Afiq pada mulanya tak terima juga.  Tapi lama-lama kesian pula dengan dia ni... Kebetulan ibu buka cerita bab kahwin ni, itu yang Afiq terus bawa Leha ke sini.  Afiq tak kesah kalau nak kahwin dengan Leha ni.  Semuanya terpulang kepada ayah dan ibu.  Afiq ikut je," balas Afiq Khairul.

          Aku tersentak.  

          Eh, apasal kata-kata Afiq Khairul ni pelik sangat? Aku yang jatuh cinta dengan dia? Kesian dengan aku? 

          Apa?!

          Aku tahan mulutku daripada ternganga luas dan lebar.  Mukaku mula merona merah.  Sakit hati,  aku tahan ketat-ketat.  Kurang asam tahap gaban punya orang!

          Bukan kami dah bersetuju nak cakap yang kami berdua fall in love bersama-sama ke?

          Tapi, kenapa sekarang ni lain pula? Ini yang aku nak mengamuk tahap babun sekarang ni.  Marahku berapi-api dalam hati.

          Tiba-tiba, Mak Cik Balqis memeluk tubuhku erat dan membuatkan aku terkaku di situ.  Aku berusaha untuk tersenyum manis lalu turut membalas pelukan Mak Cik Balqis itu.

          "Ibu no comment! Ibu lagi suka... Lagipun Leha ni bukan orang lain, ibu dah anggap Leha ni macam anak ibu sendiri.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi.  Ibu nak buat panggilan kat kampung dulu.  Kamu tunggu kat sini ye..." Ceria sungguh nada suara Mak Cik Balqis.

          Pipiku diusapnya perlahan.  Kemudian, Mak Cik Balqis masuk ke dalam bilik rehat yang terletak bersebelahan dengan ruang dapur tu.

          "Alhamdulillah, ayah gembira dengar berita ini," ucap Pak Cik Sufian yang dah pun berdiri di hadapan Afiq Khairul.

          Terus saja anak-beranak tu berpelukan.  Kemudian, Pak cik Sufian mengusap kepalaku sambil tersenyum saja.

          "Ayah nak ikut ibu kamu dulu... Tak sabar nak sampaikan berita ni kat kampung juga," sambung Pak Cik Sufian lagi dan segera berlalu dari situ.

          Tiba-tiba...

          "Leha!" jerit Adila.

          Dia berlari anak ke arah aku.  Dengan gaya dramatik, Adila memeluk tubuhku dengan erat sekali.  Macam tak nak lepaskan aku saja!

          Adila ni adik kepada Afiq Khairul a.k.a kawan baik aku.  Aku hanya tersenyum sambil membalas pelukannya itu.

          "Kenapa aku tak tahu yang kau couple dengan Abang Afiq? Pandai kau simpan rahsia.  Sampai hati kau tak beritahu kat aku..," rajuk Adila dengan suara sayu.  Sedih barangkali!

          Aku ketap bibirku.

          Adila, kau tak tahu yang sebenarnya ini hanyalah lakonan semata-mata.  Cerita ini tidak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.  Pelakonnya adalah abang kau dan aku sendiri... Gumamku dalam hati.

          Aku tersenyum kelat.

          "Hehehe, aku gurau je... Aku tumpang gembira.  Sukanya aku! Aku nak call Amin dulu.  Ini adalah berita gempak yang perlu dikongsi bersama!" Pantas Adila berlari anak naik ke tingkat atas.

          Aku terkulat-kulat di situ.  Lajunya!

          Aku menoleh ke kiri dan ke kanan.  Apabila memastikan tiada orang di situ, dengan kekuatan yang ada... Aku pijak kaki Afiq Khairul kuat-kuat.  Revenge!

          "Kenapa dengan kau ni? Gila ke?" tempik Afiq Khairul.  Dahinya berkerut menahan kesakitan.

          Aku tersenyum jahat.  Ada aku kesah!

          "Kenapa kau beritahu kat diaorang yang aku jatuh cinta dulu dengan kau? Bukan kita dah bersetuju ke nak cakap yang kita ni jatuh cinta bersama-sama? Kau memang nak malukan aku, kan?!" tempelakku sambil menahan sabar.

          Hujung baju kurungku, aku gengam kuat.  Kang ada yang aku tumbuk nanti, bahaya pula!

          Aku ketap bibirku.  Sakitnya hati aku!

          Aku tak kesah lagi dengan status dia sebagai majikan aku.  Ini kerana masa kerjaku dah habis!

          Afiq Khairul hanya diam di situ.

          "Kenapa diam? Jawab! Kau saja nak malukan aku, kan? Kalau aku tahu macam ni, aku takkan tolong kau.  Kau selesaikan masalah kau sendiri," bentakku lalu melangkah meninggalkan ruang tamu itu.

          Tetapi, pantas Afiq Khairul menarik lengan baju kurungku.  Aku tersentak dengan tindakannya itu.

          "Kau nak ke mana? Jangan nak buat hal.  Kau tak boleh mengelak sekarang ni... Confirm orang di kampung tu dah tahu pasal kita nak kahwin ni.  Kau nak malukan diri kau sendiri ke?!" tegas suaranya di pendengaranku.

          Aku buat muka tak kesah.  Aku cuba leraikan genggaman tangan Afiq Khairul di lenganku itu.  Tapi , tak berjaya.  Aku mendengus kasar.

          "Lepas!" Suka-suki dia saja nak pegang lengan aku.  Ingat aku ni anak patung ke?

          "Diam! Kau pijak kaki aku tadi... Kau memang nak cari gaduh," bisik Afiq Khairul.  Tapi, dengan nada yang geram!

          Maka, bermulalah pertelingkahan antara Afiq Khairul dan aku.

          Tidak semena-mena...

          "Amboi, anak ibu... Kot iya pun, sabar-sabarlah dulu.  Anak dara orang tu yang Afiq pegang.  Hish, malu laa... Kalau nak pegang pun, tunggulah lepas nikah nanti," perli Mak Cik Balqis yang tiba-tiba muncul di hadapan kami.

          Aku dan Afiq Khairul berpandangan antara satu sama lain.  Tanpa membuang masa, aku tarik lengan aku daripada genggaman tangannya.  Mukaku sudah berubah warna!

          Yaa Allah, malunya!

          Ini semua Afiq Khairul punya pasal.  Kalau aku tahu, sampai mati pun aku takkan tolong dia.  Suka sangat buli aku.  Menyesal tak sudah!

          Afiq Khairul hanya buat muka selamba lagi di situ.

          "Ibu dan ayah dah berbincang dengan orang kat kampung tu.  Esok awal pagi kita berangkat pulang ke kampung.  Ibu naik ke tingkat atas dulu, packing baju.  Adila pun sama.  Pergi packing baju kamu sekarang.  Afiq hantar Leha balik ke rumah sewa, packing baju dan kembali semula ke sini.  Leha tidur kat sini je malam ni.  Okey? Semua faham ke?" soal Mak Cik Balqis sambil melihat kami satu persatu.

          Aku termangu dengan arahan mandatory daripada Mak Cik Balqis itu.  Tegas, padat dan jelas!

          Pak Cik Sufian dan Mak Cik Balqis naik ke tingkat atas bersama-sama dengan Adila yang berdiri di tepi tangga itu.

          "Dah, jom gerak!" Afiq Khairul menarik lengan baju kurungku lagi.

          Aku terkejut dengan tindakannya itu.  Dia ni kan, suka-suki sangat pegang lengan aku.  Dia ingat aku ni budak tadika ke yang kena pegang tiap kali nak berjalan?

          Aku yang kecil dan pendek ini terpaksalah membesarkan langkah mengikut rentak jalan Afiq Khairul yang sememangnya laju itu.  

          Hish, kalau iya pun consider laa sikit! 

          Takde perasaan betullah orang ni.  Marahku tak puas hati dalam hati.

          "Weh, kejap! Kejap!" pintaku sambil menarik lengan aku daripada genggaman tangannya itu.

          Yaa ampun, ingat lengan aku ni kayu ke sampai perlu digenggam kuat-kuat!

          Terdengar dengusan tak puas hati daripada Afiq Khairul. Terus saja lenganku dilepaskannya.

          "Apa lagi? Kita nak cepat ni!" herdik Afiq Khairul sambil melihat aku.

          Aku tarik nafas perlahan-lahan.  Nak ambil udara kejap!

          "Kau tak rasa semua ini berlaku terlalu pantas ke? Aku ingatkan tahun depan saja, tak pun tahun depannya lagi," tanyaku sambil mengurut dada.

          Semput punya pasal!

          "Cepat atau lambat, kita akan berkahwin juga kan..," sindir Afiq Khairul.

          Aku hela nafas dengan dahi berkerut.

          "Ye laa, aku tahu... Jadi, lepas ni aku tak nak tolong kau lagi.  Kira kosong-kosong.  Okey?" ujarku dengan suara lemah plus lemas.

          Aku tengok dahi Afiq Khairul berkerut.  Tapi, aku tak peduli.  Terus saja aku berjalan di hadapannya dan berdiri di sebelah kereta Toyota Fortuner miliknya itu.

          "Apa yang kosong-kosong?" tanya Afiq Khairul.

          Aku mengeluh halus.

          "Aku malas nak cakap.  Cepatlah buka pintu kereta ni.  Kata tadi nak cepat kan..," rungutku dengan muka sememeh.

          "Jawab soalan aku!" arah Afiq Khairul serius.

          Aku mendengus geram.

          "Aku ada hutang budi dengan kau, kan? Anggaplah pertolongan aku kali ini sebagai membalas budi kau tu," balasku pendek.

          Afiq Khairul merenung tajam wajah budak di depannya itu.  Hutang budi? 

          Setelah berfikir sejenak di situ.  Akhirnya, Afiq Khairul tersenyum sinis sambil menekan kunci automatic keretanya itu.

          "Aku tak minta kau balas pun," gumam Afiq Khairul lalu membuka pintu keretanya.

          Aku buat-buat tak dengar.  Malas nak bertengkar dengan dia lagi.  Aku penat dan masih keliru dengan ini semua.

          Ah, lantaklah! Apa nak jadi... Jadilah!



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-2 ni.  Have a nice day guys!


Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 57.8K 51
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri...
1.1M 64.5K 44
STORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu...
248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...
933K 12.6K 14
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. A...