BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!

38.2K 1.3K 76
By Misshusna006

          Selepas bercuti selama 3 hari di kampung tu, aku kembali semula ke Kuala Lumpur.  Bekerja semula walaupun mood bercuti masih ada.  Walaupun begitu, aku mulakan rutin harianku seperti biasa.  Check email serta print out email yang urgent.  Lepas tu, letak di atas meja kerja Afiq Khairul.

          Tepat pukul 9:30 pagi, Afiq Khairul muncul.  Aku hanya buat kerjaku tanpa menoleh ke arahnya.  Selang 20 minit kemudian, Afiq Khairul arahkan aku type surat rasmi.  Aku anggukkan kepalaku saja.  Dia bos, aku kuli.  Arahan dituruti!

          Setelah surat rasmi tu siap ditaip, aku print out dan terus masuk ke dalam biliknya semula.

          Tapi, Afiq Khairul mengatakan sesuatu yang sangat mengejutkan sampai aku rasa nak pitam.  Sukar dipercayai, gila ke?

          Apataknya, apabila seseorang melamar kita secara tiba-tiba, sudah tentu segala emosi akan terpapar diraut wajah kita.  Terkejut, terlopong, terharu dan gembira... Betapa indahnya di saat itu.  Apalagi jika ia lamaran dari orang yang kita cintai.

          Aduhai, alangkah romantiknya!

          Namun... Tidak bagi aku!

          "Kahwin dengan aku," arah Afiq Khairul tiba-tiba.

          Kahwin? Siapa? Aku? Keningku bertaut rapat.  Aku tengok dia berpeluk tubuh di situ sambil menyandarkan tubuhnya di meja kerja.  Begitu santai dengan aura dia yang tersendiri.

          "Aku nak kau kahwin dengan aku," ulang Afiq Khairul sekali lagi.

          Terus mulut aku terlopong habis... Lebih tepat lagi, ternganga habis!

          Kenapa permulaan aku start kerja hari ni, aku kena dengar arahan dia yang sangat mengarut ni?

          Apa kes?! Jeritku dalam hati saja.

          Aku pandang Afig Khairul dengan renungan tajam.  Dia hanya memandangku dengan wajah selamba.  Hari ini dia memakai blue navy suit serta kemeja putih.  Itu belum lagi dengan rupa dia yang pekerja wanita di company ni gila habis.

          Tapi, kalau aku tengok dia.  Biasa saja!

          Tiada perasaan berdebar pun.  No feeling!

          Kenapa tiba-tiba arah aku kahwin dengan dia ni? Dia dah tak waras ke? Perliku dalam hati.

          Aku lepaskan keluhan sebelum melihat dia dengan mulut mencebik...

          "Apa kebendanya bos merepek ni? Dahlah, aku keluar dulu.  Banyak kerja nak kena buat lagi," kataku sambil memaling membelakangkannya.

          Hish, ada ke patut cakap macam tu kat aku? Gila ke aku nak kahwin dengan dia? Bebelku tak puas hati di dalam hati.

          "Ain Solehah Binti Amir." Jelas kedengaran namaku kena sebut.  Terus aku rasa lain, meremang bulu romaku!

          Eee, seram.  Siap sebut nama abah!

          Aku berpaling dan melihat dia yang berjalan ke arahku.  Baru saja beberapa langkah, dia sudah berdiri di hadapanku sambil merenung mukaku lagi.  Redup pandangannya.  Aku lemparkan pandanganku ke tempat lain sebab tak sanggup nak tengok mata dia.  Tajam beb!

          "Aku nak kau kahwin dengan aku.  Kau tak dengar ke?" arah Afiq Khairul lagi dengan nada yang serius.

          Aku mendengus kasar.

          "Hah? Kenapa pula aku kena kahwin dengan bos ni? Kenapa tiba-tiba saja cakap perkara yang tak masuk akal ni? Bos gila ke? Bos tu bos merangkap sepupu a.k.a orang yang tak sekepala dengan aku! Dan yang lebih penting, kita tak serapat manapun.  Hish, confirm bos dah sewel! Nak aku tolong teleponkan rumah sakit jiwa ke?" bentakku kuat.

          Geram punya pasal!

          Aku tengok Afiq Khairul menahan diri daripada rasa marah yang sedang menyelubungi dirinya sekarang ini.

          Betulkan apa yang aku cakap? Tambahku lagi di dalam hati.

          Aku dengar keluhan kasar daripada Afiq Khairul.  Eh, tak pernah-pernah aku dengar dia mengeluh seperti ini.  Keningku terangkat sebelah.... Hairan punya pasal!

          "Kau jangan salah faham.  Sebenarnya, ibu nak aku kahwin dalam masa terdekat ni.  Tapi aku tiada calon bahkan seorang kekasih.  Hanya ini jalan penyelesaian yang ada.  Daripada aku cari orang lain, lebih baik aku pilih kau... Biarpun kau ni menyakitkan hati aku saja.  Sekurang-kurangnya kau patut bersyukur sebab aku offer kau jadi isteri aku.  Itupun kau tak nak ke?" tokok Afiq Khairul panjang lebar.  Tapi masih dengan nada yang serius.

          Aku mencebik lagi.  Bersyukur kepala otak kau!

          Tiada dalam kamus hidup aku ni nak kahwin dengan kau, tahu! Rungutku dalam hati.

          Tapi, aku termenung di situ sambil teringatkan Mak Cik Balqis.  Mak Cik Balqis suruh dia kahwin? Apa kejadahnya sampai macam tu sekali? Fikirku.  Bingung dengan situasi sekarang ini.

          "Aku tak tahu nak cakap apa lagi kat ibu.  Soalan yang sama setiap kali aku balik rumah.  Bila nak kahwin? Bila nak bawa calon isteri ke rumah? Aku..," kata-kata Afiq Khairul terhenti di situ. Sekali lagi terdengar keluhan kasar dari bibirnya itu.

          Aku mendongak semula dan pandang Afiq Khairul.  Lahhh, patutlah kebelakangan ini dia jadi pendiam.  Rupa-rupanya, dia ada masalah!

          Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan.  Tanpa membuang masa, aku berlalu dari situ dan pelawa dia duduk di sofa yang ada di hadapan kami ini.

          "Bos duduk kat sini..," arahku serius sambil menepuk tempat duduk yang ada di sebelahku itu.

          Ewah, kau nak kaunseling bos kau ke Leha? Kutuk si hati pada si tuan punya badan.

          Afiq Khairul hanya menurut tanpa banyak songeh.  Aku tersenyum dalam hati.  Lega.  Biasanya Afiq Khairul ni banyak songeh, mengada-ngada... Dah tu garang nak mampus!

          "Kenapa tiba-tiba Mak Cik Balqis suruh bos kahwin cepat ni? Bos cakap sajalah yang bos tak bersedia.  Yang paling diterima oleh akal fikiran, bos cakap yang jodoh bos belum sampai seru gitu.  Ataupun, cakap je yang jodoh bos masih sesat.  Jodoh bos masih salah simpang lagi..," cadangku terus kepada Afiq Khairul.

          Afiq Khairul perhatikan aku.  Lama.  Aku jadi kekok dengan pandangan matanya itu.  Aku ada salah cakap ke? Cadangan aku tu tak bernas ke? Aku telengkan kepalaku ke kanan...

          "Aku dah cakap semua tu.  Tapi ibu tetap tak terima apa-apa alasan yang aku bagi," balas Afiq Khairul lalu menyandar dan berpeluk tubuh di situ.

          Terus aku tersengih lebar.  Afiq Khairul ni macam anak dara pula kena paksa kahwin!

          Hahahaa... Kutukku dalam hati.

          "Aku tak sampai hati nak bangkang dan tinggikan suara kat ibu.  Kalau aku tolak, mesti ibu akan terus bangkitkan hal ini.  Daripada itu yang terjadi, terus aku terfikir idea gila ni.  Ajak kau kahwin dengan aku," tambah Afiq Khairul lagi.

          Aku jeling Afiq Khairul.  Amboi, sesedap ayam masak kicap je dia cakap macam tu!

          "Bos memang tiada kekasih ke? Takkan single kot? Tak pun, kawan pompuan yang lain.  Kalau ada, bos cakap je laa kat salah satu kawan bos tu.  Bos nak kahwin dengan dia.  Mustahillah pulanya, bos satu pun tiada yang berkenan kan... Tak pun bos je yang cerewet sebab tu tiada yang berani nak dekat," ejekku sambil mencebik.

          Aku tayang muka selamba apabila Afiq Khairul mencerlung tajam tepat ke mataku.

          "Kalau ada, taklah aku nak ajak kau kahwin... Kau tiada idea lain ke nak bagi? Kalau setakat nak perli aku.  Kau keluar, aku nak tenangkan fikiran," arah Afiq Khairul lalu memejamkan matanya.

          Aku ketap bibirku.

          Hish, mulut aku ni pun tak pandai nak control!

          Orang tengah serabut, sempat lagi aku mengejek.  Aku betulkan posisi dudukku kemudian melihat Afiq Khairul semula.

          "Dah tahap kritikal ke Mak Cik Balqis sound bos kahwin cepat ni?" tanyaku dengan nada perlahan.

          Lama Afiq Khairul memejamkan matanya di situ sebelum dia buka mata dan meletakkan kedua-dua siku di atas pahanya.  Jejarinya digenggam bersatu.  Kemudian, dia pandang mukaku.  Aku pun tayang mukaku yang sememangnya ni selamba saja.

          "Tahap kritikal sampai setiap kali aku balik rumah, aku kena hadap dengan soalan tu," keluh Afiq Khairul sambil tersenyum sinis.

          Terserlah lesung pipit dia.  Bukan kat pipi tapi kat tepi bibir dia.  First time aku jumpa lelaki yang ada lesung pipit kat tepi bibir.  Biasanya pompuan saja yang aku tengok ada lesung pipit macam ni.  Sweet!

          Tapi aku puji dalam hati saja, kang aku puji depan-depan.  Kembang pula hidung dia macam hidung si Sapi dalam cerita Upin dan Ipin tu!

          "So, setakat ini jalan penyelesaian yang bos jumpa... Nak aku kahwin dengan bos ke?" tanyaku serius.  Aku tunjuk diri dia dan diri aku.

          Afiq Khairul hanya menganggukkan kepalanya.  Kemudian, melihat aku dengan wajah serius.

          "Aku cuma nak kau kahwin dengan aku.  Lepas tu kita buat haluan masing-masing.  Nanti sampai satu masa aku lepaskan kau.  Tak susahkan?" cadang Afiq Khairul dengan muka stone dia yang memang aku kenal habis.  Kalau dia buat muka macam ni, jangan main-main... Dia serius!

          Tapi, terus aku jeling Afiq Khairul lagi.  Yaa ampun, senangnya dia bercakap!

          Ingat kahwin ni boleh buat main-main ke? Rungutku dalam hati.  Tak puas hati dengan kata-katanya itu.

          Aku terdiam di situ.  Aku pandang Afiq Khairul semula...

          Afiq Khairul bin Hj. Sufian.  Sepupu a.k.a bos aku.  Sejak aku kecil lagi, aku dan dia tak 'sekepala'.  Ibarat api dan air!

          Setiap kali kami bersemuka, pasti ada-ada saja yang akan kami gaduhkan.  Kadang-kadang perkara kecil boleh jadi besar.  Aku yang asalnya budak baik terus jadi budak jahat kalau berdepan dengan dia ni.  Apataknya, Afiq Khairul hanya bersikap baik budi pekerti pada orang lain.  Seolah-olah, 'budi bahasa budaya kita' adalah motto hidup dia.  Tetapi, perangai dia yang baik itu akan bertukar apabila berdepan dengan aku.  Dari angel terus bertukar kepada devil!

          Pelik tapi itulah kebenarannya.

          Tetapi, sepanjang aku kenal dia.  Hanya satu kebaikan dia yang aku tahu.  Dia pernah selamatkan aku dari mati lemas masa aku kecil dulu.  Itulah satu-satunya budi dia yang aku akan ingat sampai bila-bila.  Ini disebabkan, kalau dia tidak selamatkan aku masa tu... Pasti aku tidak bernyawa dan tiada di dunia sekarang ni.  Betapa besarnya budi dia tu kepada aku!

          Permintaan Afiq Khairul ini membuatkan aku jadi serba salah.  Perlukah aku tolong dia? Kalau aku tak tolong, adakah aku jadi orang yang tak kenang budi gitu? Aku diam sambil memikirkan permintaan Afiq Khairul ni.  Apa yang perlu aku buat, tolong dia atau tak?

          Aku pandang Afiq Khairul semula.  Ketika ini, dia duduk sambil menyilangkan kakinya.  Siku tangan kanannya diletakkan di sofa armrest.  Pandangan matanya masih tertumpu kepada aku.

          Terus aku alihkan pandanganku ke sisi lain.  Aku lepaskan keluhan nipis...

          "Baiklah, aku kahwin dengan bos," spontan ayat tu keluar dari mulut aku.

          "Aku setakat nak tolong bos saja," sambungku lagi.

          Kali ini, aku pandang Afiq Khairul semula.  Aku tengok Afiq Khairul terkelu di situ.  Barangkali dia tak percaya aku nak tolong dia kot?

          "Betul ke kau nak tolong aku ni? Tiada muslihat lain ke?" Curiga Afiq Khairul sambil melihat aku dengan raut wajahnya yang tak percaya.

          Aku mengeluh halus.

          Boleh pula dia fikir aku ada muslihat? Elok-elok aku nak tolong dia selesaikan masalah, itu pula yang keluar dari mulut dia! Bebelku dalam hati.

          "Kalau bos tak nak, lagi aku suka... Aku pun setakat nak tolong bos saja, tiada niat atau pun muslihat yang tersembunyi apatah lagi yang tersirat.  Ikhlas.  Tapi memandangkan bos tak percaya.  Aku keluar dulu," balasku lalu bangun dari sofa.

          Belum sempat aku nak melangkah ke muka pintu, Afiq Khairul menarik lengan baju kurungku.  Aku tersentak, terus aku menoleh dan lihat riak wajahnya yang sukar ditafsirkan oleh akal fikiranku.

          " ... Aku terima offer kau," kata Afiq Khairul dan segera menyuruh aku duduk semula.

          Aku hanya mampu mengeluh di situ dan kemudian menganggukkan kepalaku saja.

          "Kalau kau setuju nak kahwin dengan aku.  Kita kena fikir bagaimana cara nak beritahu keluarga kat kampung tu serta ibu dan ayah aku.  Takut ada yang terkejut nanti sebab kita berdua tiba-tiba nak kahwin.  Selama ni, diaorang tahu kita berdua tak 'sekepala'..," ujar Afiq Khairul. Dia tekan ayat tak 'sekepala' tu.

          Aku anggukkan kepalaku.  Memang pun... Tidak hairan kalau ada yang ternganga, terlopong dan seangkatan dengannya nanti jika berita kami nak kahwin ni tersebar luas!

          "Nanti kau beritahu saja yang kau jatuh cinta dengan aku," sambung Afiq Khairul lagi sambil melihat aku.

          Aku terbungkam.  Hah? Aku yang jatuh cinta dengan dia?

          Tidak mungkin!

          Terus aku gelengkan kepalaku...

          "Kenapa pula aku yang jatuh cinta dengan bos? Tak ingin! Aku tak setuju!" bangkangku pantas.  Gila!

          "Takkan aku yang jatuh cinta dekat kau pula?" jerkah Afiq Khairul.

          Aku tatap mata Afiq Khairul dengan pandangan yang sangat tajam.  Kami berpandangan antara satu sama lain.  Masing-masing dengan kening yang bertaut rapat.  Masing-masing tak nak mengalah!

          Aku mendengus geram, sepatutnya aku yang marah.  Tapi, kenapa dia pula yang terlebih-lebih sampai muka serta telinganya jadi merah ni?

          Pantas aku berdiri dari sofa tu.  Tidak setuju dengan cadangan Afiq Khairul yang tersangat merepek tu.  Tapi, sepantas aku berdiri... Sepantas itu jugalah Afiq Khairul menghalang aku berlalu dari situ.

          Aku perhatikan jari-jemarinya di hujung lengan baju kurungku itu.

          "Kita beritahu yang kita berdua ni fall in love serentak.  Senang cerita.  Aku tak nak gaduh-gaduh sekarang ni.  Biar kita berdua tahan malu saja.  Bukannya betul pun kan..." Mendatar nada suara Afiq Khairul.

          Lengan baju kurungku dilepaskan.  Aku diam.  Lama.  Kemudian, aku anggukkan kepala.  Kalau cadangan yang ini, aku setuju!

          "Okey, tak ingin aku nak cakap yang aku jatuh cinta kat bos dulu.  Bos nak Amin ketawakan aku bagai nak mampus ke nanti?" Terus-terangku sambil teringatkan abang kembarku tu.

          Nasib baik dia ada kat Jepun sekarang ni.  Kalau tidak, naye aku nak hadap muka mengejek dia tu.  Dia tu harap saja pangkat abang, tapi perangai mengalahkan aku yang si adik!

          "Nanti, lepas kerja kau ikut aku balik rumah jumpa ayah dan ibu." Ajak Afiq Khairul tiba-tiba.

          Pantas mataku terbeliak luas.

          "Hah? Kena hari ni juga ke? Aku ingatkan esok-esok je.  Hish, bos sajalah cakap kat Mak Cik Balqis.  Aku tak nak... Aku belum bersedia lagi nak berdepan dengan Pak Cik Sufian dan Mak Cik Balqis tu," bangkangku segera sambil menggeleng-gelengkan kepala.

          "Boleh ke kalau kau tidak membangkang? Kata tadi nak offer diri tu kahwin dengan aku... Kau nak mungkir janji ke?" Marah Afiq Khairul tiba-tiba.

          Nadanya sudah bertukar rentak. Garang!

          Aku tersentak.  Yaa ampun, aku tak bermaksud macam tu!

          Aku hanya belum bersedia nak berdepan dengan kedua-dua orang tua Afiq Khairul tu.  Aku pandang Afiq Khairul dengan muka cemberut.

          Afiq Khairul pula tayang muka serius ala-ala Adolf Hitler.

          "Aku kena cakap dengan ibu hari ni juga.  Sebab aku tak nak tangguh-tangguh lagi.  Cukuplah beberapa hari ni aku kena hadap dengan soalan merepek tu.  Cepat kita kahwin, cepat jugalah masalah ni selesai," jelas Afiq Khairul.

          Aku dengar nada suaranya seperti menahan sabar.  Aku lepaskan keluhan nipis dan tengok Afiq Khairul yang sedang menahan sabar dengan sikapku sekarang ni.

          "Ye laa... Aku ikut," jawabku lemas.  Malas nak bertekak lagi.  Mengalah!

          Aku berdiri dan segera melangkah ke arah pintu.  Aku malas nak bercakap lagi.  Afiq Khairul kalau dah buat keputusan... Jangan nak lawan cakap dia, dia ni lain sikit.  Kalau aku lawan cakap dia, mulalah dia tayang mukanya yang serius tu dan aku macam ternampak tulisan kat dahi dia saja...


'Kalau kau lawan cakap aku, aku kerjakan kau nanti.  Jangan menyesal!'


          Bayangkanlah perasaan aku setiap kali nampak muka dia macam tu.  Kecut beb!

          "Sekejap..." Tahan Afiq Khairul tiba-tiba.

           Tanganku terhenti dari memulas tombol pintu.  Aku berpaling, aku tengok dia dah pun berdiri di belakangku.

          "Thanks sebab sudi tolong aku." Pendek saja ucapan Afiq Khairul itu.

          "Erm..," gumamku perlahan.

          Aku pulas tombol pintu dan melangkah keluar.  Apabila sudah berada di luar, aku segera berlalu ke mejaku.  Aku duduk lalu sembamkan mukaku di atas meja.

          Yaa Allah... Betul ke apa yang aku buat ni? Rintihku dalam hati.

JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story.

~ Afiq, kau ajak orang kahwin macam kau ajak pergi makan je... bertabahlah Leha😌



Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 57.8K 51
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri...
568K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...