Your Favourite NCT Ships ✅

Por Wegokickback

28.9K 1.3K 580

Just NCT oneshot or two shot or three shot stories Mais

NoMin
WinKun
MarkHyuck
RenLe
HenYang
2Tae
LuWoo
HenYang
JaeDo
NoMin
JohnTen
HenYang
YuSol ft WinKun
JohnTen
LuWoo
2Tae
MarkHyuck
JiJun
RenLe
JaeDo
Luwoo
YuSol
JiJun
JiJun(sequel)
All Ships (Xmas Edition)
WinKun
LuWoo
WinKun (Kun birthday Edition)
WinKun pt2(birthday edition)
SungTaro
RenLe
JaeDo
HenYang
HenYang(Pt2)
WinKun
XiaoSung

JohnTen

1.2K 56 3
Por Wegokickback

"Spotcheck! "Ujar Ten apabila dia dan sekumpulan pengawas masuk ke dalam kelas 5sc2 membuat pemeriksaan.

"Pelajar perempuan berdiri kat belakang, pelajar lelaki berdiri dekat depan. Gerak sekarang. "Arah Ten kepada semua penghuni kelas 5sc2.

Semua pelajar dalam kelas mengikut arahan. Pengawas yang ada membuat pemeriksaan beg dan pelajar.

Ten mendekati seorang pelajar yang paling tinggi dalam kelas itu.

Johnny seo.

Ya, dia kenal lelaki itu. Lelaki itu famous di sekolahnya kerana menjadi DJ di sekolah.

Tetapi Ten tidak suka dengan Johnny. Sebab Johnny selalu membulinya.

"Kenapa butang baju kau tidak ditutup habis? "Tanya Ten. Johnny tersenyum nakal memandangnya.
"Sengaja. "Ujarnya ringkas. Ten menggeleng kepala sambil mendengus.

Walaupun dia tidak suka dengan Johnny, tetapi dia dengan baik hati menutup butang baju Johnny.

"Lain kali tutup habis butang ni. Tapi janganlah sampai mencekik leher kau. "Ujar Ten setelah dia selesai menutup butang baju Johnny. Dia menepuk lembut dada Johnny dan tersenyum kecil memandang Johnny.

Dan itu membuatkan Johnny terpesona sikit. Selama dia membuli Ten, dia tidak pernah nampak Ten tersenyum kepadanya.

Walaupun senyuman kecil. Itu sudah membuatkan dirinya tertarik dengan Ten.

"Necktie ko, ikat la betul betul. Hish"ujar Ten sambil memperbetulkan necktie Johnny. Dia hanya memperhatikan Ten memperbetulkan necktie-nya.

Timbul rasa ingin mengusik Ten, dia sengaja mengangkat jarinya dan menunjukkan mini heart kepada Ten.

Itu membuatkan Ten berkerut dahi. Johnny tersenyum sambil memberi mini heart kepada Ten. "Ko kenapa ni? Buang tabiat. Dan... "Ten mengeluarkan gelang dari pergelangan tangan Johnny.

"Woi, kenapa ko ambik gelang aku?! "Tanya Johnny. Sebenarnya dia tidak suka kalau orang lain ambik gelangnya tetapi dia merasakan dirinya tidak mahu marah Ten. Cuma dia bertanya, kenapa Ten ambik gelangnya.

"Peraturan sekolah tidak membenarkan pelajar memakai barang kemas. Jadi... "Ten tersenyum memandang Johnny. Sebaris gigi putihnya ditayangkan kepada Johnny.

Senyuman lebar Ten mampu membuatkan Johnny terkaku. Dia tidak pernah merasakan perasaan ini sebelum ni. Dia merasakan satu perasaan yang aneh dalam dirinya apabila dia melihat Ten tersenyum begitu.

"Ia dirampas"ujar Ten lalu pergi. Semua pengawas pun keluar dari kelas mereka. Johnny tersenyum melihat kepergian Ten.

~

Ten menutup lokernya. Alangkah terkejutnya apabila dia ternampak Johnny berdiri di sebelah lokernya. Ten menghembus nafas lega dan menatap Johnny.

"Ko nak apa? "Tanya Ten. Johnny tertawa, dia menyengetkan kepalanya dan menatap wajah Ten.

"Aku nak gelang aku. "Ujar Johnny. Dia menghimpit Ten pada loker. Tangannya diletakkan disebelah kepala Ten. Ia agak klise, kerana ia sering berlaku dalam drama. Tetapi ia realiti bagi mereka.

"Oh, gelang kau? Aku dah buang. "Ujar Ten dengan senyuman sinisnya. Johnny tertawa, dia mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Ten dan meninggalkan beberapa cm di antara mereka.

"Kau jangan nak bergurau dengan aku. Aku nak gelang aku sekarang. "Ujar Johnny dengan nada yang mampu menakutkan Ten. Ten mula berasa takut dengan Johnny.

Johnny nampaknya serious dengan gelangnya. "Kau tahu kan, kalau pakai gelang ke sekolah melanggar peraturan. Jadi aku buang je gelang tu. "Ujar Ten dengan nada suara yang kedengaran takut.

Johnny memegang pergelangan tangan Ten dan itu membuatkan Ten terkejut. "Kau tipu kan. Kau letak kat dalam beg kau. "Ujar Johnny. Matanya memandang bibir Ten yang sedari digigit oleh tuannya.

Itu membuatkan Johnny tidak keruan. Dia merasakan Ten sungguh sexy sekarang.

"Kau tau. "Johnny menggantungkan kata katanya, dia menatap wajah Ten. Dibelainya pipi Ten dengan lembut. "Aku tidak pernah menyesal menerima perjodohan tu. "Ujarnya dengan senyuman sinisnya.

"Tapi aku tak suka kau. "Ujar Ten dengan innocent. Johnny membuatkan muka kesakitan. Setelah itu dia kembali menatap wajah Ten. "Jangan nak tipu, aku tahu kau selalu ambik barang aku tanpa kebenaran. Dan sekarang kau sembunyikan gelang aku sebab kau nak beli gelang yang sama dengan aku supaya pelajar lain tidak akan mendekati aku kan. Aku tau aku hot dan handsome. "Ujar Johnny dengan senyuman nakalnya.

Dia menaik turunkan alisnya. Ten memutar bola matanya. Dia annoying dengan tunangnya. Ya, Johnny ialah tunang dia tetapi mereka berlagak tidak kenal antara satu sama lain di sekolah.

Ten menolak dada Johnny dengan sebelah tangannya tetapi gagal. "Ok, lepaskan dulu tangan aku baru aku beri kau gelang bodoh tu. "Ujar Ten. Tanpa berlengah lagi, Johnny pun melepaskan tangan Ten. Dia hanya melihat Ten yang sedang memgambil sesuatu di dalam loker. Dia menyerahkan gelang kepada Johnny.

Johnny dengan senyuman manis mengambil gelang tersebut. "Thanks. "Ujar Johnny sambil mengucup pipi Ten lalu pergi. Itu membuatkan Ten membulatkan matanya. Pipinya memerah.

Aish!

Ten terus pergi dari situ.

~

TUM!!!

Johnny terkejut dengan bunyi guruh. Dia sedang berada di dalam bilik sambil main phone. Dia melihat keluar jendela.

Nampaknya hujan mula turun pada malam itu.

Johnny mengangkat bahu dan sambung memain phone. Tiba tiba elektrik terputus. Dan bunyi guruh pun mula.

TUM!!!

"ARGHHHHH!!! "bukan Johnny yang menjerit. Dia terkejut dengan suara jeritan itu.

Ten!

Lantas Johnny berlari keluar dari bilik dengan flashlight telefonya. Dia mencari keberadaan Ten.

Akhirnya dia menemui Ten berada di dalam bilik air. Duduk di atas lantai. "Ko buat apa tadi? "Tanya Johnny lalu bercangkuk depan Ten. Lantas Ten memeluk Johnny dan menangis pada bahu Johnny.

Itu membuatkan Johnny hairan. "Eh, kenapa nangis ni? "Tanya Johnny.

"Takut. "Ujar Ten. Dia membenamkan wajahnya oada bahu Johnny. "Takut guruh ek. "

"Haah! Trauma. "Ujar Ten. Johnny terus berhenti mengusiknya apabila Ten berkata begitu. Selama dia dan Ten tinggal bersama, dia tidak pernah nampak Ten ketakutan begini.

"Dah, jom pergi ruang tamu. "Ujar Johnny. Ten mengangguk kepala. Mereka pun berada di ruang tamu. Johnny mencari lilin dan menyalakan lilin supaya sekeliling tidak gelap.

"Kenapa kau boleh trauma? "Tanya Johnny.

"Sebab aku nampak dengan mata aku sendiri yang adik aku kena renjatan elektrik semasa ada kilat. "Ujar Ten. Johnny terdiam, dia berasa bersalah.

"I'm sorry"

"It's fine"ujar Ten dengan sebuah senyuman. Suasana terus sunyi. Masing masing tidak mahu berbicara. Johnny ternampak Ten sedang menguap.

Dia menarik tengkuk Ten dan membiarkan Ten menyandarkan kepalanya pada bahunya. Ten tentunya terkejut, tetapi dia terlalu letih dan dia pun mengucap terima kasih dengan Johnny.

"Ten.. "

"Emmm... "

"Kalau aku cakap aku sayang ko. Apa reaction ko? "Tanya Johnny.

"Tak tahu. "

"Sayang aku tak? "Tanya Johnny lagi. Ten mengangkat kepalanya dan menatap wajah Johnny. Tatapan mata mereka bertemu. Johnny membelai pipi Ten. "Aku bertanya sebab aku dah mula sayangkan kau. "Ujar Johnny, dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Ten.

Masing masing memandang ke arah bibir. Lama kelamaan, bibir mereka bertemu.

Tidak dapat dijangka, Ten membalas ciuman Johnny. Johnny tersenyum dalam ciuman mereka.

Beberapa saat kemudian, belakan elektrik pun pulih. Lantas Ten melepaskan ciuman mereka dan beranjak pergi. Johnny tertawa melihat telatah Ten.

"You're cute, Ten. "

End...

Continuar a ler

Também vai Gostar

33.8K 3.8K 97
Nampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apakah yang berlaku? Semuanya akan terbongkar...
4.3K 266 21
ingat aku suka ke jadi macam ni? tidak! aku sangat bencikannya sehinggalah ada seseorang mendermakan matanya untuk aku. pada awalnya aku rasa AGAK g...
1.3K 166 14
Dilahirkan di dalam keluarga diraja tetapi tidak mendapat kebebasan yang diinginkan. Mengapa? Kenapa? Apakah sebabnya? "Mengapa anakanda tidak mendap...
6.1K 273 26
-Keluarga dia menyeramkan dan sangat menyeramkan. Tidak seperti keluarga lainya.- -Kalau dia dapat tahu, dia dalam bahaya.- -Menjauh dari aku dan men...