Us โœ”

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 31

473 36 4
By FaryoonaHana




"ALONG sini jap." Panggil umi. Mata menghala ke arah kerusi tanda menyuruh aku duduk di sebelah. Arahan umi aku turuti.

"Apa dia umi?" Aku melabuhkan punggung. Pandanganku dihala ke arah pokok-pokok bunga hasil tanaman abah.

Aku dan umi sekarang dekat luar rumah. Saja ambil angin petang.

"Ika macam mana?"

Soalan umi membuatkan aku angkat muka. Kening dijongket.

"Kenapa?" Aku ketawa kecil.

"Korang dua masih guna aku kau ke?" Tanya umi lagi.

Aku mengangguk tanda ya. "Nak buat macam mana umi. Dia yang tak nak tukar. Awkward katanya guna saya awak."

Umi mengangguk perlahan. Muka umi nampak serious. Seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Dia dengan along macam mana? Okay?"

Aku menghela nafas panjang. Macam tahu-tahu je umi ni. Biasalah naluri seorang ibu, takkan pernah salah.

"Macam tu lah umi. Dia macam okay tak okay."

"Maksud along?"

"Dia baik je dengan along. Still dengan perangai dia tapi tu lah bila along serious sikit, or sentuh pasal benda-benda ni terus mood dia kelaut. Marah gila. Along pun macam tak berani la nak bangkitkan hal ni." Jelasku.

Kecewa?

Ya. Sedikit.

"Ye lah along tahu dia tak nak kat along pun. Perkahwinan ni dipaksa. Along rela tapi dia tak. Memang patut pun dia tak terima along."

Pahaku diusap. Umi tersenyum kecil.

"Along sayang Ika tak?"

"Mestilah sayang." Tanpa segan silu aku menjawab.

"Umi tahu anak umi bukan jenis yang mudah putus asa. Umi pun at first tak berapa setuju dengan plan ni. Abah nak sangat nikahkan korang. Tapi bila difikirkan balik, ada hikmah semua ni terjadi. Umi tahu along boleh ubah Ika.. Kalau bukan along siapa lagi?"

"Alah.. sabarlah. Ika tu ego je. Biasalah perempuan. Dia jual mahal sebab tak nak kecewa. So, along kena tunjuklah yang along sayang sangat-sangat kat dia. In shaa allah one day dia akan nampak juga."

"Sayang dia kerana Allah. Pimpin dia pada jalan yang sepatutnya. Tanggungjawab along untuk jaga Ika dan lindungi dia. Walaupun umi tahu, tahun ni banyak cabaran yang along kena hadap. Dengan spm lagi.. Tapi umi yakin anak umi boleh."

Kata-kata umi menaikkan semangat aku. Aku tahu aku boleh. Aku bukannya lelaki yang mudah mengalah.

I can handle this!

"Sikit lagi je. Umi dah boleh nampak Ika tu. Nanti dia okay la." Bahuku ditepuk.

"Thank you umi." Tangan umi digenggam erat. Kemudian tangan itu aku kucup penuh kasih sayang.



#/#/#/#/#/#/#/#/#


Kini semua pelajar Exac High School sudah kembali ke sekolah. Cuti pertengahan tahun selama dua minggu terasa seperti satu hari. Pantas betul masa berlalu. Nak cuti lagii!!

Aku menjejak kaki lagi ke sekolah ini, tapi dengan status yang berbeza. Tidak sama lagi dengan yang dulu. Dulu mungkin aku keseorangan.
Namun sekarang ada seseorang yang akan sentiasa memerhati aku.

Tiada siapa tahu rahsia besar ni selain Ryan. Dan aku harap rahsia ini kekal sehingga sampai waktunya. Aku tak minta semua ini terjadi tapi takdir Tuhan yang mengaturkan semua. 

Jadi.. Itulah. Hanya mampu berserah.

Aku membetulkan tudung yang senget. Haih baru start sekolah dah buat hal tudung ni. Buka tudung kang baru tahu!

Aku membawa diri ke kantin sekolah. Seorang diri tanpa teman di sisi. Dulu mungkin Citra ada dengan aku, tapi sekarang tak lagi.

Cinta hati lebih penting daripada kawan right? Tak ke gitu?

Usai membeli nasi dan segelas air, kaki mula melangkah mencari tempat untuk duduk.

Aku mendapati ada satu meja kosong lalu aku berlalu ke situ. Pinggan dan gelas diletak. Sebelum makan basuh tangan dulu.. Aku menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Sebaik sahaja aku pusingkan badan, tak semena-mena..

Splashh!

Bajuku yang serba putih bertukar merah. Bukan period tapi air sirap, harap maklum.

Apa kejadah perempuan ni!

Aku angkat muka. Kening dijongket. Memang budaya pelajar Exac kalau cari pasal memang kena simbah-simbah air ke? Author pun hairan ni.

"Kau kenapa eh? Ada masalah ke?" Suara dilembutkan sehabis boleh.

"Tu balasan sebab dah buat kepala aku kena tiga jahitan." Farhanna mendongak bangga. Kami menjadi tontonan ramai.

Aku mendengus. Bibir mengukir senyum sinis. "Kau ni kan tak padan dengan kepala baru elok. Tak serik lagi ke? Kau nak aku pecahkan kepala kau ke macam mana?"

Farhanna ketawa sinis. "Kau tu yang tak serik! Perangai macam syaitan tak nak sedar lagi. Eh belah ah! Perempuan jenis apa kau ni? Itulah kecil-kecil tak mati, besar-besar menyusahkan orang." Ditunjalnya kepala aku.

Sumpah aku tak tahan.

Tangan diangkat.

"Woi!" Ada tangan yang menepis tangan aku.

"Sudah la Ika! Kau ingat dengan kau buat orang, masalah boleh selesai ke? Mentang-mentang kau kuat boleh sesuka hati belasah orang?" Citra yang entah muncul dari mana tiba-tiba mencelah.

"Far baru keluar hospital je tau. Kau ni memang menyusahkan mak bapak betul. Tak padan kena panggil dah hari tu tak tahu malu lagi ke?" Citra pandang aku dengan pandangan hina. Farhanna di sebelahnya senyum kemenangan.

Betullah. Lidah lagi tajam daripada pisau. Kata-kata dia tadi aku tak mampu nak balas. Ika stay strong please.

"Bodoh! Belah ah. Semua orang tak suka kau pun. Bila kau nak belah dari sekolah ni eh? Aku panas tengok muka kau hari-hari. Panas tahu tak panas?!! Bahang neraka agaknya."

Air liur yang ditelan terasa pahit. Ya Allah aku tak tahan. Aku benci perempuan ni!

Sekali lagi buku limaku diangkat.

"Ika don't!" Suara garau itu berjaya menghentikan perbuatan aku.

Aku pandang tuan empunya suara itu.

"Ni apa kecoh-kecoh ni? Korang tak habis-habis lagi en?" Tengking Eiz.

"Bukannya form 1 nak kena tegur tiap -tiap hari. Ni dah form 5 perangai macam apa. Matang la sikit! Gaduh-gaduh ingat selesai problem ke?" Wajah Eiz sangat tegang. Tiada tanda-tanda hendak bergurau.

"Kau tanyalah tu. Budak masalah tu." Far menunding jari ke arah aku.

"Tah. Kerja buat masalah." Citra membela.

Dada turun naik. Gigi diketap. Mata dihala ke arah lain. Tak sanggup nak tengok jin dua ekor depan mata.

Eiz memandang ke arah aku. Keningnya dijongket. "Pehal ni?"

Aku jeling.

Segera aku mengangkat kaki beredar dari situ. Sekali lagi masa rehat aku dibazirkan dengan melayan perosak bangsa dan negara. Bodoh, tak ada kerja cari pasal dengan orang.

Aku membawa diri ke kabin belakang sekolah. Macam biasalah.

Badan disandar pada kabin. Aku duduk memeluk lutut. Mutiara jernih mengalir lagi di pipi. Menangis tanpa suara. Sakit.

Langsung tak punya daya nak menjerit, meraung, lepas geram. Aku dah tak larat. Cukuplah Allah saja yang tahu perasaan aku sekarang. Hanya melalui air mata.

Kerna aku tahu Kau sayang, aku diuji. Apa lagi selepas ni ya Allah?





***********





Wajah sembab milikku langsung ku abaikan. Biarlah, bukan ada orang kisah pun. Kaki lemah longlai menuju ke tempat duduk.

Citra tak lagi duduk di sebelah aku. Dia ubah meja dia. Jadi tinggalah aku seorang di sini..

Tak apa. I'm okay.

Aku memeriksa laci bawah meja. Roti dan air kotak? Mata aku terkelip-kelip tengok makanan tersebut. Siapa bagi ni?

Sepucuk surat yang terdapat di situ ditarik.

Aku tahu kau tak makan lagi. Ni aku beli makanan. Makan eh.. Jangan biar perut tu kosong,  nanti dapat gastrik baru tahu. Pasal diorang tu tak payah fikir sangatlah. Biar aku uruskan semua. Jgn sedih2 lagi tau.. X comey nanti. Always remember, everyone loves you. Allah ada, sy pun ada. ❤️

Nukilannya berjaya membuat aku tersenyum sendiri. Terubat sikit hati yang luka ini. Hilang rasa marah kat dia tadi. Rasa seperti diperhati, aku segera memandang ke arah tempat duduknya.

Ternyata Eiz di tempatnya sudah lama memerhati tingkah laku aku sejak tadi. Aku senyum ke arahnya. Dia juga turut melakukan benda yang sama. Sempat lagi dia kenyit mata.

Eh dia ni lebih-lebih pula!

Aku tunduk. Malas nak melayan. Lagi layan lagi menjadi-jadi dia tu.  Perhatianku kini seratus peratus dicuri oleh roti gardenia dan air kotak pemberiannya. Lapar ni.

Walaupun masa rehat dah habis, ia nya tak menghalang aku untuk makan. Sementara cikgu tak masuk kelas lagi, aku melahap je semua.

Hehe.


#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/


"Saya nak kamu uruskan semua fail ni, kesemua laporan saya nak lengkap. Lepas tu buat juga untuk perancangan aktiviti bulanan. Saya bagi masa dua minggu, nak tengok semua fail dah lengkap beserta cop dan tandatangan pengetua." Arah Ustaz Haris. Jari tidak henti-henti menunjuk butiran pada kertas-kertas tugasan.

Sebagai Ketua Guru Penasihat Badan Dakwah dan Rohani, sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan segala tugasan yang diberi siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Janji mesti ditepati kan? Islam pun dah mengajar umat untuk menepati janji. Hanya orang munafik sahaja yang apabila dia berjanji, tidak ditunaikan.

"Baik ustaz." Angguk Dzar penuh keterpaksaan. Wajah dimaniskan sehabis mungkin. Namun dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

Gila ah. Kena lengkapkan 15 fail Badar ni dalam masa dua minggu. Ingat aku tak ada kerja sekolah ke nak buat?

Humm nasib kau lah presiden badar.

"Okay? Boleh Dzar?" Soal Ustaz Haris sambil membetulkan songkok di kepala.

"Eh boleh boleh.. Tak ada masalah ustaz." Jawabnya yakin.

"Kalau macam tu saya pergi dulu ye. Kamu mintalah AJK tingkatan 4 untuk tolong kamu. Tak ada lah beban sangat kamu nak siapkan sorang-sorang." Bahu Dzar ditepuk sebelum Ustaz Haris berlalu meninggalkan bilik mesyuarat Badar.

Sebaik sahaja Ustaz Haris keluar,
"Ahhhhh!" Dzar melepaskan keluhan yang tak berapa nak mengeluh. Lebih kepada menjerit sebenarnya.

"Stress la aduiii.." Kepala dilentok di atas meja. Tangan menggenggam buku lima dan dihentak-hentak tanda protes.

"Aku pun nak rehat juga! Huuu..."

Kesemua 15 fail yang elok tersusun di atas meja dipandang sepi. Rasa macam nak baling-baling je semua fail ni. Kalaulah aku boleh buat..

"Assalamualaikum." Suatu suara datang menyapa dari arah pintu.

"Waalaikumsalam. Ya?" Dzar angkat muka.

Berkerut dahinya setelah mendapati Ema yang berada di depan pintu.

"Kau buat apa kat sini?" Dzar bangkit dari kerusi. Menuju ke arah Ema.

"Tadi macam ada dengar orang menjerit. Takut-takutlah kalau ada orang kena histeria ke apa, risau juga aku. Tu yang datang tengok ni." Jelas Ema panjang.

"Rupa-rupanya kau." Ema kembang hidung.

Dzar tergelak kecil.

"Urmm...aku nak masuk boleh?"

"Masuk je lah. Tanya aku kenapa? Bukan bilik aku pun."

Ema menapak masuk ke dalam. Tanpa segan silu, dia menarik kerusi beroda yang terdapat di situ. Dia melabuhkan punggung. Muka ditala ke arah aircond yang terpasang sambil tangan mengibas-ngibas.

"Sori lah mengganggu. Kat luar tu panas. Aku bukan boleh sangat panas-panas ni. Alang-alang nampak aircond, aku masuklah. Mana boleh lepaskan peluang yang ada. Hehe." Ujar Ema sambil tersenyum.

Dzar mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu. "Ceh. Baru panas dunia. Tu tera kau tak pakai tudung."

Zapp!

Ema mati kata. Dia mengusya panas Dzar yang duduk termangu. Suasana sunyi buat seketika. Dua-dua mendiamkan diri.

Sudah ada yang terasa hati tanpa Dzar sedari. Dia tak perasan yang kata-katanya tadi telah mengguris hati gadis ini.

Ema senyum pahit. "Dia tak sedar apa yang dia cakap."

"Kau kena buat kerja apa ni?" Cuba untuk memulakan perbualan supaya tidak kekok. Perasaan tadi dicampak jauh-jauh oleh Ema.

"Oh ni ha... Fail badar. Kena lengkapkan semua ni dalam masa dua minggu. Bukannya sikit. Banyak kot, nak kena cari pengetua lagi minta sign dengan cop." Dzar membebel.

Ema gelak kecil. "Susah ke nak buat?"

"Urmm tak ada lah susah pun tapi kau tahulah, banyak gila."

"Kau kisah tak kalau aku tolong?"

Mata Dzar terjegil luas. "Kau biar betul?"

"Betullah. Aku serious ni."

"Tapi.. Ish tak payahlah. Susah-susah je. Tak apa lah, AJK badar banyak boleh tolong buatkan." Dzar menolak cara baik.

"Alaa kau ni. Sombong ah. Bagilah aku buat satu." Ema mencapai satu fail di atas meja. Dibeleknya fail berkulit keras itu.

"Kau betul ni?"

Ema mengangguk. "Betul.. Aku pun nak rasa juga macam mana nak urus benda-benda ni."

"Okay. Kalau macam tu nanti aku ajrkan kau macam mana nak buat."

Ema senyum gembira. "Boleh start bila?"

"Urmm...bila-bila kau free?" Dzar angkat kening. Hairan betul dengan Ema ni. Macam pelik je tiba-tiba nak tolong.

"Hum ye lah. Nanti apa-apa aku tanya kau. Wei aku balik kelas dulu eh. Bye.." Ema bingkas bangun dan beredar keluar.

Dzar hanya mengangkat tangan. Terkebil-kebil dia di situ seorang diri. Otak cuba mencerna kelakuan pelik Ema sebentar tadi.

"Ada apa-apa ke? Cara dia macam mencurigakan."

Dzar akhirnya angkat bahu. Malas nak fikir. Never mind. Dah dia nak tolong. Baguslah macam tu.

Husnudzon Dzar.. husnudzon!

Dah nak kemas semua ni, balik kelas!












🤓🤥😷😬

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
2M 78.6K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
40.5K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...