Rahsia Takdir Antara Kita

De scarletwani

1.8M 50.9K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... Mai multe

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 11

27.8K 936 17
De scarletwani


T

empoh 2 minggu selepas bergelar isteri Huzair cukup menderita bagi Hanis. Hari hari dia didera oleh Datin Yasmin dan Rasya apabila Huzair dan Dato Jalal tiada di rumah. Sungguh dia terseksa tinggal di rumah itu.

Hanis sedari tadi duduk terperuk di dalam bilik sejak pagi tadi selepas suaminya bertolak pergi kerja. Dia hanya merenung betisnya yang terdapat kesan merah. Minyak gamat diambil disapu ke arah kesan tersebut sebelum ianya menjadi teruk.

Sambil lincah jarinya menyapu, dia teringat kejadian pagi tadi dimana dia dipukul oleh Rasya hanya kerana baju yang dibasuhnya turun warna sehingga baju Rasya yang asal warnanya baby blue bertukar kepada warna kelabu pudar.

Flashback

Di pagi hari yang cerah itu, Hanis menyidai kain kain yang dibasuhnya semalam sambil bernyanyi kecil.

Rasya mengatur langkah sambil membawa sebakul kain di tangannya. Dia mencampak bakul tersebut ke arah Hanis. Hanis mengaduh sakit apabila bakul tersebut terhentak di pinggangnya.

"Aku nak kau basuh baju baju lama aku ni. Dah mulai sekarang aku tak nak kau basuh guna mesin basuh. Guna tangan kau. Faham?",Rasya mengarah Hanis sesuka hati.

"Baik Cik Rasya. Lepas saya sidai kain basah ni,saya basuh ya?"

Rasya menjeling dan dia mula mengatur langkah masuk ke dalam. Tapi langkahnya terbantut apabila dia tersedar sesuatu. Matanya laju menangkap blouse kesayangannya yang tersidai di ampaian.

"Eh ni bukan baju aku ke!? Kenapa warna dia berubah ni? Kau basuh apa je semalam ha?", kasar Rasya bertanya Hanis.

Hanis terkebil kebil memandang blouse yang dimaksudkan Rasya tadi.

"Sa--saya basuh kain macam b--biasa je. Cuma saya ada ma--masukkan sekali tuala mandi y--yang saya baru beli hari tu", terang Hanis sambil menggentel hujung bajunya.

Naik turun nafas Rasya menahan geram. Dia rasa mahu pitam melihat blouse kesayangannya bertukar warna.

" yang kau pandai pandai nak masukkan tuala murah kau sekali tu dah kenapa!? Kau tahu tak baju aku tu harga dia berapa!? Kau pun takkan mampu tahu tak?", tengking Rasya sambil menunjal kuat kepala Hanis menyebabkan Hanis terundur sedikit.

"Saya minta maaf cik Rasya. Saya tak tahu pun boleh turun warna.", Hanis berasa kesal kerana memasukkan tuala kelabunya ke dalam mesin basuh bersama kain kain yang lain.

Rasya merengus kuat sebelum bergegas mengambil hanger yang terletak di atas ampaian.

"Kau ni kan memang setiap hari buat aku naik darah kan!?", Rasya menjerit memarahi Hanis sambil mengacu hanger itu ke arahnya.

Hanis mengangkat kedua belah tangan ke arah Rasya untuk menenangkannya. Hanis berkali kali menggeleng, dia tak mahu merasa penangan hanger itu.

Rasya mengangkat tinggi hanger itu lalu..

Piap!   End flashback

Air mata jatuh ke pipi. Dia terasa amat terseksa seperti dalam neraka dunia. Dia amat berharap dia akan keluar dari rumah neraka ini.

***

Firdaus perlahan lahan menuju ke balkoni kondo itu. Dia menghirup udara segar. Pagi esok dia akan bertolak ke Paris bersama Zara.

Terasa pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Firdaus menoleh.

"Cak!", Zara bergurau manja dengannya. Dia menayangkan giginya yang cantik teratur.

Firdaus menarik lengan Zara dibawa ke depan. Dia memeluk erat pinggang ramping Zara sambil merenung matanya yang menggoda.

"You ni suka buat I blushing tau. Bencilah.", Zara menyembamkam wajahnya ke dada Firdaus.

Firdaus hanya tergelak sahaja. Gaya dia yang menggoda telah membuat Firdaus terpikat dan meninggalkan...Hanis.

"Hmm you.." ,meleret Firdaus dipanggil Zara. Mesti nak apa apa ni.

"I nak pergi shopping la. Esok kita nak gerak dah. Nanti tak sempat pulak nak packing.", kata Zara sambil menguis nguis dagu Firdaus dengan jarinya.

"Ok sayang. Nanti I bagi duit ya?", Firdaus tahu sangat dengan perangai Zara. Suka shopping.

"Thank you darling..", Zara memeluk erat Firdaus. Dia tersenyum senang kerana begitu mudah Firdaus diperbodohkan. Sekarang dia tidak perlu risau lagi kerana dia sudah mempunyai mesin ATM bergerak untuk dia berbelanja.

***
Televisyen yang sedang terpasang hanya ditontonnya. Dia tidak menghiraukan handphonenya yang dari tadi berdering minta diangkat.

Panggilan daripada Hanis itu tidak langsung menarik minatnya untuk menjawab.

Tiba tiba terdengar bunyi notifikasi menandakan satu mesej masuk. Puan Rozi lantas mengambil handphonenya untuk melihat mesej itu.

Hanis

Assalamualaikum umi. Umi sihat? Semua kat sana sihat ke? Dah 2 minggu dah kita tak berjumpa. Hanis rindu sangat dengan umi dengan abah. Hanis minta maaf atas semua perkara yang berlaku. Tolong ampunkan Hanis. Hanis tak bersalah umi. Umi,kalaulah umi angkat call Hanis, Hanis nak sangat mengadu kat umi. Hanis tak bahagia duduk kat sini umi. Hanis tak de siapa siapa selain umi,abah dengan abang Luq. Tolong terima Hanis semula. Hanis merayu sangat.

Puan Rozi termenung selepas membaca mesej daripada anaknya. Dia berfikir seketika. Betulkah apa yang dia buat?

Kedengaran ada orang memberi salam di luar pagar rumah. Puan Rozi membuka pintu rumah lalu menjenguk ke arah manusia tersebut.

"Ahh Lia..mari masuk sayang," mesra Puan Rozi menyambut kedatangan bakal menantunya.

Dahlia membuka pintu pagar lalu mengatur langkah ke arah pintu utama rumah. Dia menyalam tangan orang tua itu.

"Aunty sihat? Lama dah Lia tak datang jenguk aunty.", kata Dahlia selepas berlaga pipi dengan Puan Rozi.

Puan Rozi tersenyum. "Alhamdulilah. Aunty sihat je. Kamu tu,sihat tak?"

Dahlia ketawa kecil. Dia memegang tangan Puan Rozi.

"Kalau Lia tak sihat, tak adanya Lia terjengul depan rumah aunty ni", usik Dahlia membuatkan Puan Rozi menepuk perlahan bahu Dahlia.

"Kamu ni pandai mengusik aunty ya? Eh mari masuk. Borak kat dalam."

Mereka berdua masuk ke dalam rumah sambil gelak ketawa.

***

Huzair membuka kasut kerjanya dan diletakkan di rak kasut. Dia mengatur langkah ke dapur untuk melegakan tekaknya yang haus.

Di dapur dia terserempak dengan Mak Munah.

"Huzair nak apa apa? Mak Munah boleh sediakan", soal Mak Munah yang sedang mengelap pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam almari.

Huzair hanya menggeleng sambil tersenyum. Dia rakus meneguk air kosong sehingga habis.

"Hmm Mak Munah, Hanis mana?"

"Rasanya kat atas. Sebab pukul 4 tadi dia kata nak mandi. Tapi tak tahulah sekarang dah pukul 5 tak turun lagi. Penat agaknya buat kerja rumah tadi.", jelas Mak Munah sambil tangannya melipat lengan baju kurungnya.

"Oh.. saya naik atas dulu ya?"

Mak Munah mengangguk.

***

Puan Rozi hanya mengeluh perlahan. Moodnya tiba tiba down apabila Dahlia membangkitkan soal Hanis.

"Err Lia minta maaf aunty. Lia tak de niat nak--", puan Rozi memegang tangan Dahlia.

"Takpe lah. Aunty tak kisah pun. Tapi boleh tak aunty minta Lia jangan sebut lagi pasal dia. Aunty tak nak dengar.", kata puan Rozi sambil tersenyum.

Dahlia mengangguk perlahan.

"Ehh Lia..bila sampai?", soal Luqman yang sedang menuruni tangga. Lantas dia menarik kerusi di sebelah Dahlia tapi terhenti bila mendengar deheman dari puan Rozi.

Jelingan maut yang diberikan oleh puan Rozi cukup membuatkan Luqman faham. Dia tersengih kecil lalu menarik kerusi di sebelah puan Rozi.

"Wah ada kuih cakoi. Lia beli ke?", Luqman yang hendak mencapai kuih tersebut mengaduh sakit apabila Puan Rozi memukul tangannya.

"Tangan tu entah bersih ke tidak tu, nak makan pulak. Pergi basuh tangan sekarang", garang Puan Rozi mengarah anaknya itu.

Luqman menarik muncung dan membasuh tangan di sinki.

Dahlia hanya tergelak kecil melihat telatah anak beranak itu.

***

Perlahan lahan Huzair membuka pintu bilik dan menutupnya. Dia menghalakan pandangan ke arah pintu bilik air. Kelihatan pintu bilik air terbuka. Dia mengalihkan pandangannya ke arah katil. Hanis sedang lena.

Berderau darah Huzair melihat kain batik yang dipakai Hanis terselak sehingga menampakkan betisnya yang putih gebu. Dia menelan air liur berkali kali.

Nafsunya sudak bergoncang hebat. Dia perlahan lahan menghampiri Hanis di katil. Sesekali dia mengenggam penumbuknya menahan rasa. Haish,ini kalau tak kuat iman aku,memang dah lama dah,bisiknya.

Semakin dia menghampiri Hanis dan dia hairan melihat betis Hanis. Seakan akan ada bekas yang berbentuk...hanger!?

Dia meletakkan beg kerjanya dia atas sofa. Nafsunya yang tadi bergoncang hebat sudah tidak dihiraukan. Dia duduk di tepi kaki Hanis yang sedang lena itu.

Perlahan lahan dia mengusap kesan bekas di betis Hanis. Dia tertanya tanya macam mana bekas luka tu boleh ada kat betis Hanis. Tak akanlah dia memukul diri sendiri. Tiba tiba pulak Huzair jadi dungu.

Lena Hanis terganggu. Hanis merasakan sesuatu yang sedang mengusap betisnya. Lantas dia bangun dari baringnya dan mengundur ke belakang.

"A--abang buat ap--apa ni?", soal Hanis takut takut.

Huzair menggeleng. "Tak. Hanis jangan salah faham. Abang cuma nak tengok luka kat betis Hanis tu je. Kenapa tu?", Huzair mengangkat kening ke arah Hanis.

Hanis mula dilanda keresahan. "Err tadi Hanis..err", tergagap gagap Hanis ingin menjawab.

"Tadi kenapa Hanis? Apa yang terjadi? Hanis pukul diri sendiri ke?" Laju sahaja Hanis menggeleng. Tak akan lah dia gila sampai nak pukul diri sendiri.

"Habistu kenapa?"

Hanis tidak berani mengangkat muka.

Huzair melihat wajah isterinya mula tidak sedap hati. Ada apa apa berlaku ke masa aku tak de kat rumah?, bisiknya.

"Hanis cakap dengan abang sekarang. Macam mana boleh ada kesan hanger kat situ?", tegas Huzair menyoal Hanis. Dia mahu Hanis berterus terang dengannya.

Hanis menunduk sambil menggentel hujung bajunya. Dia takut untuk memberitahu.

Huzair mula terasa marah. Dia perlu tahu punca luka itu.

"Baik Hanis bagitahu abang sebelum abang buat apa apa kat Hanis.", Huzair tiada pilihan lain selain membuat ugutan yang ditakuti Hanis.

Hanis mula tidak keruan. Dahinya berkerut menahan tangis. Dia tidak tahu kena bagitahu hal sebenar ataupun tidak.

Kegelabahan Hanis mula meningkat apabila Huzair perlahan lahan merangkak menghampirinya.

"Ok ok Hanis bagitahu.", akhirnya Hanis mengalah.

Huzair dengan muka garangnya menghentikan perbuatannya sambil merenung wajah Hanis untuk menunggu sebabnya.

"Err cik Rasya yang buat. Ta--tapi..memang salah Hanis pun. Hanis tak sengaja rosakkan baju dia. Tu yang dia marah sangat.", jujur Hanis memberitahu perkara sebenar.

Hanis mula gerun apabila melihat wajah Huzair yang kelihatan menahan marah. Urat urat hijau timbul di dahi Huzair.

"Bila?"

"Pagi tadi."

Huzair lantas menarik tangan Hanis lalu menuju ke pintu bilik.

"Abang, abang. No please. Jangan buat kecoh. Sikit je ni", rayu Hanis menahan Huzair daripada keluar daripada bilik ini. Bukannya dia tidak tahu, Huzair mahu berhadapan dengan Rasya.

Huzair tidak mengendahkan kata kata Hanis. Dia meneruskan langkahnya ke ruangan bawah. Kelihatan Rasya sedang berehat di sofa sambi membaca majalah.

Hanis sudah resah. Dia memilih untuk memejamkan matanya.

***************

Continuă lectura

O să-ți placă și

9K 578 48
"I'm yours, remember?" ~Forever Mine~ #Sequel I'm Yours?
270K 10.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
397K 8.1K 61
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ El Naura Elena seorang pelakon dan model terkenal terpaksa dikahwinkan bersama Amsyar Qairi seorang lelaki yang miskin dan kek...
385K 14.5K 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti sek...