Bad Boy You're Mine (rewrite)

Autorstwa nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... Więcej

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 1 2

10.5K 560 92
Autorstwa nuggetcaramel_

"Kalau tak nak?" Soalku masih tidak mengalah.

Airiel tiba-tiba tersenyum sinis. Senyuman itu membuatkan jantungku berdegup laju sekali. Seperti ada makna yang buat aku tak senang jika aku tahu. Kenapa dia senyum? Apa yang dia cuba buat?

"Kalau kau tak nak, say sorry to Khairul. Aku terpaksa ambil crush dia buat kali kedua," Ujar Airiel dengan suara mendatar. Aku mengerutkan kening tidak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Apa kau merepek ni?" Soalku.

"Kalau kau tak nak, kau terpaksa jadi milik aku. Rela atau tak rela, kau kena sentiasa ada depan aku," Ujar Airiel. Aku mendiamkan diri masih tidak faham.

Keningku masih berkerut. Apa yang dia cuba cakap ni? Milik dia? Aku ni barang ke dekat mata dia.

"She will never be yours," satu suara garau mencelah perbulan kami. Aku terus berpaling manakala Airiel terus mengangkat kepala memandang ke hadapan.

Mataku membulat melihat Khairul tiba-tiba ada di situ. Sejak bila dia berjalan sampai situ. Kenapa tak dengar apa-apa? Dia mengesot ke?

"Khai?" Panggilku. Mata Khairul memandang tepat ke arah Airiel. Renungan itu tampak tajam.

Mata Khairul beralih ke arahku lalu lenganku pantas ditarik dengan kuat sehingga cengkaman Airiel di lengan sebelah lagi terlepas. Aku menggerak-gerakkan bahuku yang terasa lenguh dari tadi tahan dicengkam. Tak habis lengan kanan dicengkam oleh Airiel, lengan kanan pula dicengkam oleh Khairul.

"Dia bukan barang untuk kau jadikan milik kau," Ujar Khairul senada. Anak matanya menikam mata Airiel. Kening Airiel berkerut pelik dengan perangai Khairul yang semakin berubah.

"Kau apa hal? Aku tak habis cakap lagi dengan dia," Balas Airiel lalu terus menarik tanganku. Kini kedua-dua belah tanganku sudah diambil. Betul eh dia orang ni main tarik tarik aku waktu matematik ni.

"Lepas," Arah Khairul sepatah. Suaranya mendatar memberi arahan kepada Airiel.

"Tak nak. Kau lah lepas," Balas Airiel. Senyuman sinis ditayangkan. Mereka masing-masing merenung tajam satu sama lain. Manakal

"Kau apa masalah eh Airiel? Hidup kau dari kecil memang sial macam ni kan?" Khairul mengetap giginya cuba mengawal amarahnya daripada meletus.

"Ha'ah memang sial pun. Sebab tu aku kena ambil dia ni, boleh kurangkan sial dalam hidup aku ni. Dia ni sial, masuk dalam hidup aku pula, memang bertambah sial. Sebab tu aku kena hancurkan dia ni," Balas Airiel. Senyuman itu masih kekal di bibirnya. Airiel ni memang betul-betul suka bergaduh dengan Khairul.

Aku mengangkat tangan cuba melihat jam di tangan. Siut dah 15 lambat. Aku terus mengangkat kepala memandang kedua-dua lelaki itu silih berganti.

"Eh kau-,"

"Berani hancurkan dia, biar aku hancurkan tangan kau dulu," Khairul memotong kata-kataku. Aku mengetap bibir. Habislah aku kena marah.

"Wahahaha. Betul-betul suka eh kau dengan perempuan ni?"

"Kalau aku suka dia pun tak ada kacau hidup kau," Balas Khairul. Tangannya perlahan- lahan menggenggam penumbuk.

"Tak ada kacau hidup aku? Mulut kau memang boleh cakap macam tu. Sebab kau tak tahu apa point of view aku," bidas Airiel. Dia mengetap gigi geram. Khairul terdiam.

Airiel menoleh ke arahku pula. Anak mataku direnung tajam. Tiada lagi senyuman sinis di bibirnya.

"Kau bagi sihir apa dekat dia?" Aku mengerutkan kening mendengar soalannya itu. Aku tak tahulah dia tanya dengan serius ke perli atau main-main saja. Aku terus menarik tanganku dari genggam kedua-dua lelaki itu.

"Sihir? Kau ingat aku tak ada otak macam kau ke?" Balasku. Ingin saja aku tampar mulut Airiel yang tak habis-habis menyakitkan hati aku tu.

"Ya. Kau memang tak ada otak. Cukup bodoh untuk bekerja bawah betina tu semata-mata nak jatuhkan aku," Ujar Airiel perlahan di telingaku. Khairul mengerutkan kening tidak dapat mendengar apa yang Airiel bisik di telingaku.

Aku mengerutkan kening memandangnya dengan pelik. Aku tak tahu apa masalah Airiel dengan kakak dia. Aku rasa Cikgu Aireen nak suruh aku tengokkan adik dia sebab nak kawal adik dia daripada buat perangai dekat sekolah. Tapi, macam mana dia tahu yang Cikgu Aireen tawarkan aku untuk bekerja bawah dia?

"Jatuhkan kau? Tak pernah terdetik pun lah dalam otak aku nak buang masa jatuhkan kau," Aku menjauhkan diri daripada wajah Airiel yang betul-betul dekat denganku.

Airiel mengetap gigi geram tidak dapat mendengar aku mengaku hubunganku dengan Cikgu Aireen. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya dengan geram. Kedua-dua belah tangannya mencengkam bahuku dengan kuat. Dahiku berkerut menahan sakit. Kekuatan pada cengkaman Airiel membuatkan aku rasa sakit dan takut dengan Airiel yang seperti mahu membunuhku.

Matanya menatapku dengan penuh geram. Kepalaku automatic memandang ke arahnya. Tiada siapa yang suruh tetapi aku memandangnya kembali kerana aku dapat rasakan dia betul-betul marah denganku.

"Betul? Jadi, explain dekat aku apa yang jadi waktu aku masuk bilik perempuan tu dan tengok kau orang berdua tengah duduk dan bincang something yang suspicious. Explain kenapa muka kau pucat waktu tu," Arah Airiel. Kini dia tak mampu menahan sabar lagi.

Wajahku pucat tatkala mendengar Airiel mengungkit hal beberapa hari lepas di mana hari aku perlu memberi jawapan bagi tawaran Cikgu Aireen. Memang aku sudah menolak pun tawaran tersebut tetapi Cikgu Aireen seakan-akan ada kuasa manipulasi membuatkan aku terlalu takut untuk menolak. Malah, untuk mengelak daripadanya pun aku takut.

Khairul terkejut melihat wajahku mula berubah pucat. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara aku dan Airiel. Hatinya mula berubah risau melihat aku tiba-tiba takut dengan Airiel

"Sakit.. Lepaskan aku," Aku cuba mengelak dari soalannya. Airiel mengetap gigi geram.

"Kau bukan sakit, tapi kau tahu perbuatan kau dah tertangkap. Kau mengelak! Bagi tahu aku benda sebenar!" Tengking Airiel kuat.

Jantungku hampir gugur mendengar kuatnya suaranya menengking. Air mataku sudah bertakung di tubir mata.

Khairul mengetap gigi geram lalu lantas melangkah ke arah Airiel. Tangan kanannya diangkat lalu satu penumbuk kuat menghentam rahan Airiel. Tubuh Airiel terus tertolak ke belakang. Cengkaman pada bahuku terus terlerai.

"Cukuplah Airiel. Tak ada kawan bodoh macam kau yang tak puas hati dengan kebahagian kawan baik sendiri. Aku dah cukup sabar nak berusaha baikkan friendship kita macam dulu," Ujar Khairul mendatar lalu menarik lenganku sehingga tubuhku berada di belakangnya.

"Kau tak tahu apa-apa. Dia nak jatuhkan aku. Tak ada kawan baik yang nak tengok kawan dia sendiri jatuh. Kau yang bodoh Khai. Kau yang dibodohkan dengan betina ni!" Tengking Airiel.

"Aku tak ada niat pun nak jatuhkan kau lah!" Balasku dari belakang. Anak mata Airiel masih tidak beralih kepadaku. Aku kena palau ke ni?

"Apa masalah kau ni Riel? Kau tu yang dah buta dengan cemburu. Dengan ego kau sendiri! Kau cuma tak puas hati sebab wajah dia sama dengan nad-,"

"Ini tak ada kena mengena dengan Nadhirah! Kau jangan berani sebut nama dia dengan mulut kotor kau!" Airiel memotong kata-kata Khairul. Dadany naik turun dengan laju cuba menahan marah yang sudah pasti tidak mampu dikawal lagi.

"Kotor? Mulut kotor ni lah yang dulu comfort kau waktu dia tinggalkan kau! Waktu dia curang dengan kau!" Tengking Khairul. Tali leher di leher dilonggar- longgarkan. Terasa sesak nafasnya akibat marah yang semakin menguasai tubuhnya.

"Dia tak pernah curang dengan aku. Kau kalau tak tahu apa-apa pasal dia, kau diamlah traitor!" Tangan kanan Airiel terus diangkat melayangkan penumbuk ke pipi Khairul pula.

Mata Airiel dan Khairul seperti sedang bergaduh sendiri. Mata mereka merenung tajam satu sama lain. Aku di belakang hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur lagi dalam pergaduhan mereka. Malahan, aku rasa yang aku dah hancurkan satu persahabatan.

Semua salah aku. Kalau lah aku tak masuk bilik rehat hari itu. Semua benda ni takkan berlaku. Kalaulah aku tak mengadu pada Cikgu Aireen hari itu. Semua ini takkan berlaku. Dalam diam, air mataku mengalir.

"Baguslah kau datang dalam hidup aku Saf. Aku dah nampak perangai bodoh dia ni dan aku dah nampak sebab untuk aku tak payah berkawan lagi dengan si sial ni," Ujar Khairul tanpa berfikir panjang. Dia terus menarikku pergi dari situ.

*****

Air mataku berjurai-jurai mengalir. Khairul menghentikan langkahnya apabila kami berada di hadapan tangga blok di mana terletaknya kelas kami. Tangannya melepaskan lenganku. Aku terus menutup wajahku dengan kedua-dua belah tanganku.

"Dah lah tu. Tak payahlah nangis lebih-lebih. Kelas cikgu math dah nak habis dah, dia tak perasaan pun kau tak ada dalam kelas tu," Khairul memujuk tanpa memandang ke arahku.

Sapu tangan di dalam poket seluarnya di hulur kepadaku dengan tubuhnya yang masih tidak berpaling menghadapku. Aku memandang sapu tangan itu dengan rasa hiba dan rasa bersalah. Aku dapat rasakan yang Khairul tak maksudkan pun yang dia tidak mahu berkawan dengan Airiel lagi.

Aku tidak menyambut hulurannya. Aku terus melangkah dengan perlahan ingin meninggalkannya di situ. Baru selangkah kakiku diangkat ingin menaiki tangga. Lengan bajuku dicuit lembut. Langkahku terus terhenti.

"Pusing," Arah Khairul. Aku degil tidak mengikut suruhannya.

"Safiya," Namaku dipanggilnya. Dia tidak mahu memaksaku. Aku perlahan-lahan memusingkan badanku tidak mahu dimarah olehnya pula.

"Kenapa kau nangis? Kau takut dengan Airiel?" Soal Khairul. Aku menggeleng sambil menyeka air mataku.

"Janganlah nangis. Aku kan ada," Pujuknya. Air mataku semakin galak turun. Aku tahu bukan aku seorang je yang nangis setiap kali orang suruh jangan nangis.

Khairul mengeluh. Tangannya tiba-tiba diletakkan dia atas bahuku lalu ditepuk-tepuk bahuku lembut. Dia berdeham.

"Pain ~Pain ~ Go away. Come again another day. Baby girl need her smile.. Pain~ pain~ go away," Nyanyi Khairul sambil tangan kanannya menepuk bahuku menyalurkan kekuatan mental.

Aku menyeka air mataku lalu perlahan-lahan mengangkat kepala apabila rasa sedih yang menyelubungi hatiku reda. Sapu tangan yang dipegangnya aku ambil tanpa dia hulur.

"Asal kau nangis? Sakit?" Tanya Khairul lembut. Aku menggeleng.

"Dah tu?"

"Friendship kau dengan Airiel. Dah hancur sebab aku. Kalaulah aku tak masuk bilik rehat haritu, mesti semua benda ni takkan jadi. Mesti kau takkan gaduh dengan Airiel. Aku minta maaf," Aku terus tunduk merenung lantai.

"Hey hey. Tak payah minta maaf. Dia tu yang stupid, kawan sendiri bahagia, kenapa dia nak kena marah?"

"Tak. Semua sebab aku. Aku-,"

"Ada something antara kau dan Airiel yang kau sorok dari aku ke?" Khairul tiba-tiba menanyakan soalan yang dari tadi dia simpan.

Lidahku kelu. Aku tak boleh bagitahu pasal aku, Airiel dengan Cikgu Aireen walaupun Khairul tahu hubungan sebenar Cikgu Aireen dengan Airiel.

Melihat wajahku yang pucat dan tidak mahu menceritakan kesedihanku kepadanya. Khairul menghembuskan nafasnya. Dia merasakan bahawa dia tidak cukup penting untukku untuk aku ceritakan semua masalahku.

"Dah jom masuk kelas," ajaknya lalu terus melangkah melepasiku menuju ke kelas.

Aku hanya menatap sekilas wajah Khairul yang tampak kecewa denganku. Maafkan aku Khairul. Aku buat kau kecewa 3 kali hari ni.

"Salah! Jawapan dia 54 dooo! Otak kau pergi mana?!" Kedengaran suara Rizqin membentak di dalam kelas. Zarif tidak puas hati lalu tangannya menepuk mejanya dengan kuat lalu dia ikut berdiri seperti Rizqin.

"Mana kau dapat 54 sia? Ni 10 ni mana datang?" Soal Zarif tak puas hati kerana dia mendapat jawapan 53.6.

"Eh kau ni bengap ke apa? Kan kena bundar ni bundar. Kau ni kalau aku dapat otak kau memang aku uli jadi karipap," Marah Rizqin geram. Zarif membulatkan mata tidak sedar bahawa dia tidak membundarkan jawapannya. Jari telunjuknya digigit sambil tersenyum senget.

"Eh engkau ni kang," Rizqin menahan tangannya daripada menumbuk bibir Zarif.

Aku menongkat dagu sambil pandanganku dibuang keluar tingkap. Telingaku hanya mendengar pergaduhan antara Zarif dan Rizqin saja. Aku rasa kesal dengan semua benda yang aku buat dekat sekolah ni.

Patut ke aku diam je macam orang lain? Aku mengeluh lalu aku letak kepalaku di atas meja. Rasa nak nangis, tapi kena sabar. Nak nangis tapi kena sabar.

Tiba-tiba ada satu tangan menyentuh kepalaku. Aku dengan malas mengangkat kepala melihat tuan tangan tersebut. Kelihatan Zarif sedang memandangku dengan pandangan yang seperti menyimpan 1000 soalan. Aku mengeluh.

"Jangan tanya apa-apa," Balasku lalu aku tekup semula mukaku pada permukaan meja.

"Kau pergi mana tadi?" Soal Zarif mengendangkan laranganku.

"Berambus," Aku menghalaunya. Tak ada mood aku nak layan si Zarif ni hari ni.

"Aku bagitahu ummi kau ponteng class nanti balik rumah," Balas Zarif.

Aku menggigit bibir geram dengan perangai Zarif yang tak habis-habis nak menyakitkan aku. Aku menepuk meja kuat.

"Kau boleh tak jangan kacau aku?! Hari ni je! Tolonglah, hari ni dah cukup panjang aku nak kena hidup dan hadap," Aku memegang tangan Zarif.

Zarif mengerutkan dahi pelik. Apa hal pula budak ni macam banyak sangat masalah? Baru 17 takkan dah ada banyak masalah sampai macam ni?

"Oi. Zarif, kau pergi sanalah siapkan kerja matematik kau tu. Jangan nak mengacau adik kau ni boleh tak?" Marah Ainul mencelah perbualanku dan Zarif.

Aku menghela nafas lega melihat Ainul menyuruh Zarif pergi dari situ. Kau lah sahabat dunia akhirat aku Ainul walaupun tadi aku marah kau.

Ainul terus melangkah ke arahku bersama Farah dan Iman. Hatiku tiba-tiba diselubungi rasa bersalah. Aku tak tahu kenapa aku rasa marah sangat tadi sampai boleh termarah si Ainul ni tadi. Dah lah baru lepas tahu kisah persahabatan mereka dengan arwah Nadhirah.

"Weh, Saf. Kau okay tak? Aku dengar kau gaduh dengan Vivy pagi tadi," Soal Ainul risau. Aku mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Aku okay. Sorry sebab marah kau tadi. Aku tak ada mood lepas gaduh dengan Vivy Budak pickme tu," Ujarku. Ainul terus mengambil kerusi lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Tu lah kau. Dari kecil sampai besar kerja nak bergaduh dengan orang je. Cuba jadi macam ni, sedap je mata orang memandang," Ujar Zarif masih mahu menyakitkan hatiku. Aku mengangkat kepala menjelingnya tajam.

"Kau ingat aku nak sangat ke bergaduh ha? Dia tu tau yang halang aku jalan dulu. Dia yang cari gaduh dengan aku dulu! Kenapa kau nak salahkan aku?!" Tanganku menepuk meja dengan kuat sambil suaraku kuat menengking Zarif. Semua pelajar di dalam kelas itu memandangku terkejut termasuk Zarif.

Dan sekali lagi, air mataku jatuh ke pipi lagi. Aku terus bangun dari tempat dudukku. Air mata di pipiku diseka dengan kasar.

"Aku tak kacau orang. Aku cuma hidup macam orang lain. Aku ada life aku sendirilah! Buat apa aku nak bergaduh dengan orang? Kenapa semua orang nak salahkan aku? Kenapa semua orang cakap aku nak attention budak-budak bodoh tu? Hati aku ni tak pernah sekali pun ada rasa nak dekat dengan dia orang pun lah!" Suaraku serak menengking Zarif. Zarif terdiam melihat air mataku jatuh.

Walaupun kami berdua tinggal serumah, tidak pernah Zarif melihatku menangis di hadapan orang ramai. Lagi-lagi apa bila aku sudah masuk sekolah menengah. Aku tak nak orang nampak diri kau lemah sehingga orang boleh pijak kepala aku.

Aku melihat sekeliling. Semua orang memandangku terkejut. Kelas yang selalunya riuh tiba-tiba menjadi sunyi. Hanya suaraku kedengaran di telinga mereka. Aku terus mengangkat kaki ingin pergi dari situ.

Tatkala jarakku dengan pintu keluar kelas sudah dekat, ada satu tangan yang sempat menarik lengan bajuku. Langkahku terhenti. Mataku aku tutup. Kepalaku seperti sudah dapat meneka tangan siapa yang menarik lenganku. Bukan orang lain, mestilah Khairul.

Aku perlahan-lahan memusingkan badanku ke belakang. Mataku membulat melihat wajah yang aku teka adalah salah.

"Janganlah nangis. Nah," Ujar Rizqin. Tangannya menghulurkan sebatang lollipop kepadaku.

Aku memandang lollipop itu dengan pandangan kosong. Rizqin mengukir senyuman nipis. Aku pandang tempat Khairul sekilas. Patutlah bukan Khairul yang tarik lengan bajuku, dia tak ada dalam kelas rupanya.

"Jangan ambil. ni lollipop last aku," Ujar Rizqin perlahan. Aku tergelak kecil.

"Kalau kau nak, buat apa kau bagi aku?" Soalku sambil tersenyum terhibur dengan perangai Rizqin yang bengap sejak azali lagi.

"Aku nak tunjuk yang aku tak rasa kau salah. Tapi, action speak louder than words," Rizqin tersenyum kacak.

Buat pertama kali aku rasa terharu dengan kata-kata Rizqin. Inilah apa yang aku nak dengar dari pagi tadi lagi. Aku tak salah.

"Thank you," Aku mengambil lollipop yang dihulur. Wajah Rizqin berubah muram.

"Welcome. Duduklah tempat kau. Jangan nampak kau lemah sebab kau selalu larikan diri. Sebaliknya, hadap dengan muka yang tak kesah dengan apa pun yang orang cakap pasal kau," Ujar Rizqin. Senyuman nipis diukir dibibirnya.

"Okay. Aku ambil lollipop ni eh?" Aku mengangkat lollipop itu. Rizqin menghela nafas cuba meredai kepergian lollipopnya. Dia mengangguk perlahan. Aku tergelak kecil.

"Sebenarnya, aku pun tahu kau tak salah," Celah Fathia. Aku mengalihkan pandangan ke arah Fathia.

Aku tersenyum nipis ke arah Fathia. Fathia perlahan-lahan mengukir senyuman nipis.

"Aaa by the way, mana Farisyah? Sekarang Saf dah ada, kenapa Farisyah pula hilang ni?" Soal Iman menukar topik yang agak janggal itu.

******

"Kenapa kau nak jumpa aku ni? Semaklah. Aku busy tau banyak kerja nak buat," Ujar Farisyah memandang wajah Hakim dengan menyampah.

"Kau tahu kan aku ada Audrey?" Soal Hakim. Matanya memandang wajah Farisyah dengan tajam.

Farisyah meneguk air liurnya. Nampaknya dia sudah tahu tentang apa yang Farisyah simpan. Dia sengaja mahu Hakim tahu sendiri perkara itu.

"Tak mungkinlah kau tak tahu. Kalau kau tanya makcik cleaner tu, dia pun tahu tau aku dengan Audrey. Kenapa kau tak bagi tahu aku kita kena kahwin?!" Tengking Hakim geram. Dadanya naik dan turun dengan laju cuba menahan amarah.

Farisyah memandang ke kiri dan kanan sekilas takut ada pelajar lain yang mendengar. Sudahlah si Hakim ni budak popular dekat sekolah ni. Farisyah mengerutkan kening memandang Hakim.

"Kau kenapa? Kau nak semua orang dengar pasal ni ke? Kau nak semua orang tahu pasal kita?!" Marah Farisyah sambil memperlahankan suaranya.

Hakim perlahan-lahan mendekatkan dirinya dengan Farisyah. Giginya diketap cuba menahan amarah. Farisyah meneguk air liur takut. Kakinya perlahan-lahan berundur ke belakang.

"Biar. Biar orang lain tahu. Biar orang lain tahu perangai kau pura-pura baik depan orang, padahal senyap senyap curi boyfriend orang," Hakim merenung Farisyah penuh rasa jijik dan benci.

Farisyah membalas renungan itu seperti dapat merasakan apa yang berada di fikiran Hakim. Hakim pasti merasa jijik dengan Farisyah sehingga mampu memandang rendah dengannya. Farisyah mengetap gigi lalu dengan rasa marah yang membuak-buak, kakinya diangkat lalu dengan kuat kuat memijak kaki Hakim.

"Argh! Argh!" Aduh Hakim kuat sakit dipijak kaki Farisyah yang memakai kasut tumit 2 inci.

"Kau patut tahu hati aku lagi sakit dengar kau cakap macam aku yang tergila-gilakan kau. Kau yang anak mak sangat sampai mak kau yang tentukan jodoh kau. Huh, rampas boyfriend orang kepala otak kau!" Farisyah menolak bahu hakim sehingga dia terundur ke belakang.

Hakim mengetap gigi tidak puas hati dengan kata-kata Farisya. Kedua-dua belah tangannya mencengkam bahu Farisyah kasar. Dahi Farisyah berkerut menahan sakit dicengkam Hakim.

"Kalau kau tak suka aku, kenapa kau tak halang mak kau? Kau tahu aku tak boleh tolak apa yang mak aku nak, kenapa kau tak tolak apa yang mak kau nak?! Kau bukan anak manja mak kau pun kan?" Soal Hakim memandang kedua-dua belah anak mata Farisyah dengan rasa marah dan berharap. Dia hanya boleh harapkan Farisyah untuk tolak tawaran ibunya.

Farisyah menggigit bibir. Lidahya bagai kelu tidak mampu membalas kata-kata Hakim. Farisyah tunduk tidak mampu membalas renungan Hakim lagi. Sungguh dia tidak tahu mengapa hatinya seakan-akan menerima keputusan ibunya. Padahal, dia boleh saja tolak tawaran ibunya.

Hakim mengeluh sambil bibirnya digigit. Dia kecewa melihat Farisyah tidak membalas kata-katanya.

"Baby!" Satu suara yang amat dikenali memecah kesunyian dan ketegangan di situ.

Hakim perlahan-lahan berpaling ke arah suara itu. Lagi dia bersalah suara itu tidak tahu apa yang terjadi antara dia dan Farisyah. Tambah lagi rasa bersalah mereka sudah lama menjalinkan hubungan dan banyak memori indah sudah dikumpul.

"Love..." Balas Hakim tersenyum nipis ke arah Audrey yang tersenyum manja ke arahnya.

Audrey perlahan-lahan memandang ke arah Farisyah. Farisyah dijeling lalunya pandangannya dihalakan ke arah Hakim semula.

"Kenapa you jumpa dia? Kenapa you tak cakap dengan I?" Soal Audrey curiga dengan Hakim.

Lagipun perangai Hakim kebelakangan ini agak berbeza. Dia semakin manja seperti ada sesuatu yang dia tak mahu Audrey tahu.

"Nothinglah. Pasal kelab tae kwan do je," Hakim menipu. Farisyah menjulingkan kedua-dua belah anak matanya ke atas.

'Nasib baik aku naib pengurusi kelab tae kwan do. Kalau tak, mampuslah kau tak boleh jawab,' Desis hati Farisyah.

"Habis tu kenapa tak ajak I?" Soal Audrey.

"Hey, you kan tengah hang out dengan Vivy tadi. You tengah sibuk plan tak nak pergi camp," Balas Hakim. Audrey membulatkan mata mendengar Hakim membocorkan rahsianya.

Bahu Hakim pantas dipukul. Hakim ketawa kecil dapat mengusik Audrey.

"Baby! Kan I dah cakap jangan bagitahu orang lain!" Balas Audrey menjeling Farisyah sekilas.

Kaki Farisyah sudah tidak tahan berdiri di situ. Matanya sakit melihat betapa gelinya cara mereka berbual di situ. Kalau boleh, nak sepak je dua dua ni.

"Now that I know, kau tak dapat mengelaklah Audrey. Aku tolong uruskan senarai pelajar pergi camp," Celah Farisyah akhirnya bersuara. Hakim menjeling Farisyah menyampah.

"Baby! Ni semua salah you!" Audrey menyilangkan kedua-dua belah lengannya di dada.

Hakim mengukir senyuman kacak cuba memujuk Audrey yang sudah merajuk. Kewujudan Farisyah di situ seperti diabaikan. Pinggang Audrey dirangkul Hakim lembut. Tubuh Audrey ditarik merapat sedikit ke tubuh Hakim.

Farisyah membulatkan mata melihat adegan panas itu di hadapan matanya. Benar cakap pelajar junior yang lain, mereka memang sudah seperti pasangan pelajar luar negara yang langsung tidak menjaga batas pergaulan. Sekali tengok, memang sakit kepala, sakit mata, sakit tangan rasa nak lempang.

"Tak apalah love. Nanti you dah dekat sana, you boleh tengok-tengokkan I kan. You tak takut ke I ada perempuan lain?" Soal Hakim. Kerutan di dahi Audrey perlahan-lahan hilang. Dia berpaling memandang Hakim.

Keberadaan Farisyah di sebelah Hakim tiba-tiba membuat dia takut. Tangan Hakim diambil lalu ditarik membawa Hakim pergi dari situ.

Dalam langkah mereka pergi dari situ meninggalkan Farisyah, Hakim sempat memandang ke arah Farisyah lalu menjeling Farisyah tajam.

Semakin jauh Hakim dan Audrey pergi, semakin kuat penumbuk digenggam. Hatinya sakit. Matanya terasa pedih sehingga berair. Air matanya mengalir setitik.

Tak aku bukan nangis sebab jealous. Aku buka mata lama sangat sampai pedih.

******

Aku perlahan-lahan memalingkan kepala memandang lelaki yang sedang memandu di sebelahku. Suasana di dalam kereta itu masih senyap walaupun sudah 20 minit ia bergerak keluar dari sekolah. Radio pun tak buka.

Aku berdeham sedikit lalu tanganku diangkat cuba membuka radio. Khairul yang sedang focus memandu tidak menghalang. Ikon radio di skrin radio kereta tersebut aku sentuh. Radio pun mula bersiaran.

Aku menghela nafas lega. Hilang sedikit rasa janggal di situ. Lagu yang dari tadi dimainkan telah pun habis. Tiba masanya untuk DJ radio menukar lagu.

"Baiklah. Itu dia lagu Ku Ikhlaskan daripada penyanyi terkenal di tanah air kita. Dato Seri Vida. Kini tiba masa untuk kita mainkan lagu yang diminta oleh pendengar radio kita yang bertuah pada hari ini. Siapa di sana?" Ujar DJ Radio tersebut.

"Assalammualaikum acik," Satu suara kanak-kanak kedengaran dalam radio tersebut.

"Eh waalaikumsalam adik. Adik sihat ke dekat sana? Adik dekat mana ni? Ibu mana?" Soal DJ radio tersebut terkejut mendengar suara kanak-kanak yang keluar dari telefonnya.

"Saya sihat acik. Saya dalam kereta dengan tatak (kakak) saya. Ibu pergi kedai 2 inggit 2 hari tak keluar," Kedengaran suara budak kecil itu seperti sebak bercerita tentang ibunya.

"Hahahaha. Alamak adik. Jangan sedih dik. Mana tahu ibu tu beli mainan untuk adi. Okay, adik nak lagu apa hari ni? Lagu apa je adik nak, akak boleh bukak,"

"Aaa saya nak lagu rain rain go away,"

"Okay boleh dik. Semoga lagu ni dapat menghilangkan bosan adik tunggu ibu keluar kedai eco tu ya. Terima kasih sudi call kami,"

"Bye! kakak acik!"

Tamat perbulan pemanggil dan DJ radio, lagu yang diminta mula dimainkan. Seperti yang kita tahu ianya lagu rain rain go away.

rain... rain.. go away..
come again another day...
daddy wants to play...
rain... rain.. go away

Aku salah. Suasana bukan kurang janggal. Tapi, bertambah janggal dan kekok! Aku terus menyorok wajahku yang sudah merah dari ekor mata Khairul. Kepalaku aku paling ke kanan.

pain~ pain~ Go away~
Come again another day~
Baby girl need her smile~
Pain~ pain~ go away~

Suara Khairul yang menyanyi tadi bermain di kepalaku. Mukaku menjadi merah teringat peristiwa tersebut lalu tanganku aku angkat menampar pipiku beberapa kali. Sedar Safiya! Sedar!

Khairul dapat melihat perbuatanku dari ekor matanya. Dia terus berdeham untuk mehilangkan rasa kekok antara kami.

"Aku pergi rumah aku dulu tau," Ujar Khairul tiba-tiba. Aku tak berfikir apa-apa, aku terus membalas..

"Ha okay," Balasku. Khairul mengangguk kekok. Aku menggigit bibirku. Kenapa aku pergi setuju? Berapa lama lagi aku nak kena jadi kekok dekat sini. Rumah dia dah lah jauh. Aaa tak jauh sangatlah, rumah aku lagi jauh.

"Khai.." Aku memanggil namanya.

"Hmm?" sahut Khairul.

"Kenapa kena pergi rumah kau dulu?" Soalku. Ceh baru nak tanya.

"Dekat je ni. Dah nak sampai. Dah 20 minit jalan, kau tak perasan jalan nak pergi rumah kau dah lepas tadi?" Balas Khairul.

Aku membulatkan mata lalu terus menegakkan tubuhku. Aku terus pusing ke belakang lalu melihat banyak signboard yang terpacak di tepi jalan. Jalan-jalan itu aku baca. Rahangku jatuh. Betul-betul buta cinta aku ni, aku baru perasan kami dah jalan jauh.

Patutlah pelik apahal lama sangat nak sampai rumah aku. Selalu 15 minit dah sampai. Buat hal betullah kau ni Saf!

"Kenapa kau tak bagi tahu nak pergi rumah kau tadi?" Soalku. Kini aku sudah tidak kekok untuk menghalakan tubuh dan kepalaku ke arah Khairul.

"Sebab kau diam je tadi. Aku ingat kau tak kesah aku jalan terus je tadi. Tak apa, sekejap je. Jangan cakap aku culik kau pula," Ujar Khairul.

"Memang kau culik aku pun," Balasku perlahan. Tubuhku aku sandarkan pada kerusi semula.

"Alang-alang dah culik ni, Kita kahwin lari teruslah," Ujar Khairul mengusikku.

"Khai!" Marahku. Mukaku mula berona merah. Dia macam nak blushing tapi nak malu. Eh bukan blushing tu sebab malu ke?

"Kau tunggu dekat dalam rumah aku sekejap eh nanti?"

"Kenapa kita kena pergi rumah kau dulu sebenarnya?"

"Aku ada photoshoot majalah hot teens tu,"

Aku membulatkan mata lalu tanganku menutup mulutku yang sudah ternganga.

"Kau ada dalam majalah tu?" Soalku terkejut dan kagum.

"Tak payah nak terkejut sangat. Zarif kata kau baca pun tak majalah tu," Balas Khairul. Aku menjeling Khairul tajam.

"Eleh Zarif pun tak baca majalah tu," Ujarku tidak puas hati. Berani Zarif cakap macam tu. Aku nak buat-buat baca pun susah.

"Eh Zarif bacalah. Dia baca sebab ada gambar Farah dalam tu," Ujar Khairul. Aku menekup mulutku terkejut

"Jadi, betullah Zarif dengan Farah..." Tekaanku betul ke selama ni?

"Kau ni lembablah Saf. Satu kelas tu dah dapat teka sebelum kau. Kau tu duduk serumah dengan Zarif pun tak dapat teka lagi," Ujar Khairul. Aku menjeling Khairul lagi.

"Hey! Aku tak rapat pun eh dengan Zarif. Zarif tu selalu duduk dalam bilik, kalau dia keluar pun dia keluar seorang. Manalah aku tahu dia suka siapa pun!" Marahku tidak puas hati digelar lembab.

"Dah sampai," Ujar Khairul.

Kereta tersebut terus berhentikan di hadapan pintu pagar rumahnya. Aku ternganga melihat pagar tinggi yang dibina sekeliling rumah agam Khairul yang besar itu. Baru tengok pagar dah ternganga, kalau tengok rumah mungkin pengsan.

Tapi, kenapa berhentikan kereta depan pagar? Kenapa tak masuk dalam? Kena tekan loceng dulu ke?

"Jom keluar," Khairul mencabut tali pinggang keledar yang melilit tubuhnya melekat pada kerusi pemandu.

Pintu bahagiannya dibuka lalu dia terus melangkah keluar dari kereta tanpa mencabut kunci kereta. Aku dengan terpinga-pinga ikut keluar dari perut kereta tersebut.

Sebaik sahaja kami melangkah di hadapan pintu kecil pada pagar itu. Seorang pengawal membuka pintu untuk kami.

"Selamat petang tuan muda Ruzaim," Ujar pengawal tersebut. Aku mengerutkan kening. Hormat betul mereka dengan Khairul, dia lagi tua, dia yang panggil Khairul tuan. Oh lupa, anak majikan.

"Hm. Tolong lap kereta ni, sekejap lagi drive bawa saya pergi satu tempat. Saya ada photoshoot sekejap lagi," Arah Khairul.

"Oh yang location tuan muda send tadi eh? Baik tuan," Ujar pengawal tersebut lalu memberi lalu aku dan Khairul melangkah masuk ke kawasan rumah Khairul.

Sebaik saja kami masuk, mataku membulat melihat reka bentuk rumah Khairul yang dibina ala-ala inggeris. Banyak pokok-pokok cantik yang di tanam diluar rumah. Ramai juga pembantu rumah Khairul yang sedang memotong daun-daun untuk membentuk pokok bonsai. Mereka semua memberi tundukan hormat ke arahku dan Khairul beberapa saat.

Luar rumahnya semuanya berwarna putih termasuk hiasan di halaman rumahnya. Ada kolam besar di bahagian kanan halaman rumah Khairul. Aku terlalu kagum sehingga tidak mampu mengelipkan mata. Khairul curi-curi lihat aku yang sedang ternganga melihat rumahnya. Dia tersenyum lucu melihatku seperti orang jakun.

Sampai saja kami di hadapan pintu utama rumah tersebut, Khairul terus menekan loceng rumah. Seorang pembantu rumah terus membuka pintu tersebut membenarkan kehadiran aku dan Khairul di rumah tersebut.

"Selamat petang, tuan muda Ruzaim," pembantu rumahnya menyambut kedatangan Khairul.

Aku ketawa kecil mendengar pembantu rumah dan pengawal di rumah Khairul memanggil Khairul dengan gelaran 'tuan muda'. Khairul tidak kekok ke? Rasa seperti terlalu dihormati walaupun tak buat apa-apa. Aku ni nak suruh orang buatkan aku air kopi pun aku malu.

"Selamat tengahari. Puan ada dekat dalam?" Soal Khairul kepada pembantu rumahnya sambil kakinya membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Aku mengukir senyuman manis ke arah pembantu rumah itu lalu mengikuti Khairul dari belakang. Pembantu rumah itu membalas senyumanku mesra.

"Ada. Ada tetamu juga," Jawab pembantu rumahnya.

Khairul mengangguk faham. Memang rumahnya itu hampir setiap hari dikunjungi rakan-rakan ahli keluarganya. Kadang-kadang kawan mamanya, kadang-kadang kawan adiknya, kadang-kadang kawan kakaknya. Hanya dia saja tidak pernah menjemput kawannya. Safiya yang pertama.

"Tuan muda nak saya sediakan air untuk tetamu?" Tanya pembantu rumah itu. Khairul memandang ke belakang ingin bertanya kepadaku.

Perbuatannya terbantut apabila melihatku berpusing-pusing melihat rumahnya. Khairul tergelak kecil. Aku masih macam orang jakun dalam rumah tu. Ni kalau jadi rumahku, tak keluar aku setahun.

"Buat peach ice tea," Balas Khairul.

"Baiklah. Sebentar ya," Pembantu rumah itu lalu terus beredar.

"Oi," Khairul menegurku. Aku terus memandang ke arahnya dengan muka terkejut.

"Ha?"

"Kau kenapa berpusing-pusing?" Soal Khairul. Aku tersenyum senget sambil menggaru-garu kepalaku.

"Khai" Panggilku. Soalannya aku endahkan.

"Hm?" Matanya diarahkan kepadaku memberi tumpuan sepenuhnya kepadaku.

"Siapa Ruzaim?" Tanyaku. Ya, soalan ini yang aku nak tanya dari tadi. Kenapa pembantu rumah tadi panggil dia Ruzaim?

"Nama akulah," Jawab Khairul. Eh dia ni, dah lama kenal pun tak tahu nama panjang lagi.

"Nama kau bukan Khairul Annuar?" Tanyaku.

"Tunku Khairul Iman Ruzaim bin Tunku Mohd Annuar," Balas Khairul. Aku mengangguk sambil mulutku masih lagi terbuka.

"Habis tu. Kenapa selama ni orang panggil kau Khairul Annuar?" Soalku..

"First, dia orang kenal ayah aku dulu baru kenal aku. Second, senang nak bagitahu aku ni siapa," Balas Khairul. Aku mengerutkan kening.

"Ha senang nak bagitahu kau siapa? Tak faham,"

"Kalau bagitahu Khairul Ruzaim, tak ramai kenal. Kalau bagitahu Khairul Annuar, mesti orang tahu anak Tunku Mohd Annuar," Jelas Khairul. Aku mengangguk faham.

"Cik, jemput minum," Ujar pembantu rumah tadi segelas air diletakkan di atas meja kecil di ruang tamu. Aku mengukir senyuman manis kepada pembantu rumah tersebut.

"Terima kasih," ucap Khairul.

"Cik, kalau nak apa-apa panggil saya ya," Ujar pembantu rumah itu lagi. Aku hanya mengangguk. Berat betul mulut aku ni nak menjawab. Pembantu rumah itu terus berderar dari situ.

"Kau tak nak duduk ke?" Soal Khairul.

"Dah kau tak jemput aku duduk," Aku masih kekal berdiri.

"Duduklah cik Safiya," Ujar Khairul penuh lembut. Aku menjulingkan mata ke atas lalu terus melabuhkan punggung di sofa di hadapannya.

"Thanks," Balasku lalu menghirup secawan air teh perisa buah peach yang dihidangkan tadi. Aku membulatkan mata apabila kesedapan air itu bukan saja dapat dirasa oleh lidah tetapi baunya juga sedap. Khairul ketawa kecil melihat perangaiku.

"Aku nak mandi pastu tukar baju sekejap. Jap lagi aku nak keluar. Kau duduk sini sekejap boleh?" Pinta Khairul.

"Haa okay," Balasku.

"Nah remote. Tengoklah cerita apa-apa,"  Khairul menghulurkan remote control televisyen kepadaku.

"Okay. Jangan lama sangat," Ujarku. Tanganku terus menekan butang on televisyen.

"Yeeeeeee," Khairul mula melangkah beredar dari situ.

Butang Youtube pada remote control itu aku tekan.

"Cerita apa yang best eh?" Monologku perlahan. Aku ketawa melihat video-video yang di rekomen di youtube. Khairul ke yang tengok semua ni? Semua cerita Barbie je.

"Safiya?" Satu suara menegurku dari belakang. Suara yang amat dikenali. Suara itu membuatkan jantungku berdegup laju.

Kepalaku pantas berpaling kebelakang. Mataku membulat melihat satu susuk tubuh dan wajah yang paling dikenali.

"Ummi?"


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

4.2K 612 75
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...
1.5M 74.6K 58
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] " 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 �...
203K 8.6K 22
∴━━━✿━━━∴ ʟᴀ ᴄᴏsᴀ ɴᴏsᴛʀᴀ ELLA AURORA PARMENOVA ★━━━━━━━━━━━━━━━━━★ Ratu Bidadari bagi dunia Mafia. Dia berdarah kacukan German dan Itali. Dia seor...
15K 956 38
Karya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang...