LUKE ARYANA

By ayinss

180K 7.4K 607

Bila kau sudah jadi milik aku, Selamanya kau tetap akan jadi milik aku. Luke Bryan Lee. Jejaka yang disegani... More

1
2
4
5
6
author note
7
8
kak ayinss note
9
10
11
Kak ayinss note
12
13
14
15
16
17
18

3

9.9K 428 0
By ayinss

I can
And I will❤❤

Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Semua sudah pulang malah Sarah juga sudah pulang atas arahan yana sendiri.. siapa nak jaga rumah? Alang alang tu suruh dia masak sikit.

Hanya tinggal dirinya seorang saja yang belum. Tapi aras lain tidak tahulah ada yang dah pulang atau belum pulang lagi sebab waktu habis berkerja pukul empat petang.

Jarinya ligat menekan keyboard dan tiba tiba telinganya terdengar seperti ada yang menutup suis aircond, suis lampu dan segala bagailah. Yana sekadar membuat bodoh saja malah dia meneruskan membuat kerjanya yang sikit lagi nak siap.

"Maisarah?"

Yana meninggikan sedikit lehernya. Terlihat tuan Luke sedang memandangnya dari jauh. Ingat dia dah balik tadi.

"Kenapa awak tak balik lagi? Kan waktu kerja dah habis?" Soal luke. Fikir dia seorang saja yang belum pulang.

Rupanya ada makhluk lain juga yang belum pulang.

"Saya siapkan kerja sekejap tuan Luke. Almost done..tuan kalau nak balik tuan baliklah" kata yana. Lantas matanya memandang kearah komputer dan fail bersilih ganti. Jarinya lincah menekan setiap huruf pada keyboard tersebut. Sesekali dia menguap kecil.

"Dahlah tu Maisarah. Tinggalkan kerja tu, esok awak sambung lagi."

Yana memandang Luke kemudian dia memberikan satu senyuman. "Tak pe tuan Luke. Kerja saya nak siap dah.. nanti saya balik" ujarnya.

"Nur Aryana Maisarah binti Ahmad Samad.i said go home! Awak tu perempuan, apa apa jadi susah kalau awak sorang sorang dalam ni. Pergi balik, tutup komputer tu" arah luke tegas sambil dia bercekak pinggang.

Keras kepala!

Yana akur. Dia menyimpan kerjayanya didalam draft lalu komputer ditutup. Yana bangun dan terus keluar dari situ dan diikuti oleh Luke.

Butang lif ditekan banyak kali namun dia baru perasan yang lampu lif tidak menyala. Rosak ke??

"Lift untuk pekerja rosak. Awak naik saja lift ni" kata luke ringkas. Matanya memandang tepat kearah yana yang terlihat begitu teragak-agak mahu masuk bersama.

"Tak apalah tuan Luke. Saya boleh guna tangga je." Kata yana sebelum tangan Yana ditarik oleh Luke.

"Bahaya ada dekat mana mana je Maisarah. Awak turun guna tangga dibuatnya ada pencuri ke perogol ke datang serang awak macam mana? Sebab tu kena sediakan payung sebelum hujan" pesan Luke. Butang lif ditekan.

Yana akur lalu dilepaskan tangannya dari pegangan Luke. Dia menghela nafas dan matanya memandang kearah lif yang menunjukkan simbol anak panah keatas sebelum ia terbuka. Mereka berdua masuk dengan senyap.

Bila lif mula tertutup. Yana rasa tak tentu arah, berderau darahnya! Ditambah lagi dengan bau perfume tuannya itu fuhh! Malu dibuatnya.

"Awak kenapa diam je ni Maisarah? Just say something." Soal luke sambil kepalanya menoleh kearah yana yang diam sambil kepala ditundukkan.

"Saya tak..ada benda nak cakap." Jawab Yana perlahan. Lidah terasa kelu nak menjawab!

"Awak balik dengan siapa ni Maisarah? Kawan awak si Sarah tu dah balik kan?" Soal luke. Yana angguk kepala.

"Saya boleh panggil teksi je tuan. Lagipun bus stop dekat sana je..teksi pun banyak berhenti nak ambil penumpang"

Luke angguk kepala tanda faham sebelum pintu lif terbuka. Yana dan Luke mengambil jalan bertentangan..Yana hanya terus kerana ingin ke perhentian bas manakala Luke menuju kearah keretanya.

Sebelum kunci keretanya ditekan dia sempat mengerling kearah gadis tersebut.

Dalam perjalanan Yana mahu menuju ke bus stop. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk..dia mula mencapai phonenya dari dalam beg dan melihat nombor yang tertera pada tersebut.

013-XXXXXXX

Tanpa banyak tanya dia terus mengangkat.

"Hello?"

Diam.

"Hello? Assalammualaikum? Ini siapa ye? Hello?"

Orang yang berada dalam talian masih begitu. Berdiam diri.

"Maaf encik. Saya rasa encik salah nombor ni..tak pelah. Saya tutup dulu ye. Nanti kesian encik atau puan punya kredit." Ujar Yana lantas dia mula mematikan talian.

Belum sempat yana mahu menyimpan semula phonenya.. sekali lagi phonenya berdering dan tertera nombor yang sama.

"Hello? Encik atau puan.. encik atau puan nak apa ye?" Soal yana.

Masih diam. Yana mula geram dengan si pemanggil tersebut.

"Awak kalau rasa nak diam je. Tutup call ni..saya tak ada masa nak main main dengan awak ye. Assalammualaikum" kata Yana dan dia mematikan talian tersebut.

Untuk kali ketiga telefonnya berdering. Yana memandang nombor tersebut dan dia mematikan talian tanpa menjawab apa apa pun...dia juga tidak sedar bahawa dari tadi dia berdiri di tengah jalan.

PINNNN!!!

Yana memandang sekilas sebelum dia sempat mengelak dari terlanggar. Dia terjatuh betul betul ditepi jalan. Tangannya berdarah bila tergesel dengan jalan. Yana lihat kereta yang hampir meragut nyawanya tadi.

Tubuh gadis berketar hebat. Dia tak pernah kena macam ni.. fikirannya kosong.

Kemudian kereta BMW warna putih berhenti di sebelah gadis itu. Seorang jejaka datang kearah yana sambil tangannya disentuh..

"God! Maisarah!"

Yana memalingkan wajahnya pada jejaka disebelahnya itu. Terlihat lelaki itu ada Luke..nampak wajahnya terlalu risau. Tanganku dipegang dan dilihat bahagian yang luka itu sebelum semuanya menjadi kabur.

"Allahu Akbar Allahu Akbar....."

Bunyi azan mula mengejutkan yana. Dibuka sedikit matanya dan memandang sekeliling. Pelik?

Ini bukan bus stop. Ini dalam kereta...tapi aku dalam kereta siapa ni?

"Okay thanks by the way"

Yana memalingkan wajahnya kearah tempat pemandu. Dia cuba mengecam wajah itu dengan bantuan lampu jalan.

Tuan Luke ke tu?

"Tuan Luke?"

Luke menoleh kearah Yana sebelum satu senyuman manis terukir.

"You're awake. Awak pengsan tadi" ujar luke.

"Awak tau tak awak hampir hampir kena langgar tadi?" Soal luke tanpa memandang yana. Yana hanya angguk saja.

Memanglah saya tau sebab saya yang mangsa langgar dekat situ. Soalan tu bernaslah sikit tuan!

"Saya tau." Jawab Yana perlahan.

"Macam mana boleh jadi? Awak tak berhati hati ke masa jalan tadi?" Soal luke sedikit geram.

Yana memandang depan semula. Seatnya didirikan sebelum dia membuka mulut.."Bukan salah saya. Ada orang call saya sampai tiga kali..bila saya tanya dia tak jawab. Lepas tu ada kereta tiba tiba bawak laju nak langgar saya. Saya pun elaklah." Jawabnya sambil tangannya digoyang kan.

Ada sesetengah orang kalau bercakap automatik tangan pun ikut bergerak sekali.. sesetengah tu termasuklah dirinya sendiri. Dan juga author AHAHAHA!

"Awak tak nak sembahyang ke? Azan dah" kata Luke. Yana geleng kepala.

"Period?" Yana angguk kepala. Dia bukan malu untuk katakan yang dia period cuma entahlah..sifat wanita memang susah nak sebut perkataan period ke bila dengan lelaki?

"Tuan. Boleh berhentikan saya dekat bus stop sana tak?" Pinta yana. Nampak macam banyak teksi lalu lalang.

"For what?"

"Saya nak balik." Jawab yana.

"Biarlah saya hantarkan. Awak tunjukkan saja location rumah awak.."

"Tak apalah tuan. Lagipun tuan Luke kan penat, saya boleh balik naik teksi je." Ujar yana.

"It's okay Maisarah. I will send you home..tapi sebelum tu kita pergi makan ye? No excuse!" Kata Luke. Yana diam.

Lama lama dia akur. Haih!

Continue Reading

You'll Also Like

118K 2.7K 36
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
55.8K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
146K 13.1K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...