Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

20

4.3K 58 1
By syyisnn

Ucapan terima kasih seharusnya diberi kepada Hilman kerana berjaya memujuk hati Mikhail. Aku tak tahu apa yang Hilman dah cakap tapi berjaya buat hatiku gembira dengan layanan Mikha. Dia pun tak banyak soal tentang aksi suap-menyuap aku dengan Hilman tempoh hari.

Seraya terlalu gembira, aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Hilman. Nak menghantar mesej macam tak best pula. Lagi elok dan lagi bagus kalau diujar bila berhadapan. Jadi, sehingga melonjak ke hari ini, Hilman masih belum mendapat ucapan terima kasih daripada aku.

Hari ini, aku tidak terlalu sibuk dan banyak masa di rumah. Mikhail sudah berganjak ke tempat kerjanya. Katanya, hari ini dia sibuk sikit dan pulang lewat malam. Aku pun mengiyakan sahaja kerana tidak mahu menyekat haknya sebagai pekerja. Sudahlah aku tidak bekerja, takkan aku nak hasut dia sekali untuk tidak bekerja hanya kerana ingin menjaga aku?

"Huh." Keluh aku sebentar. Ikutkan hati aku memang nak paksa Mikhail ambil cuti dan menjagaku di sini. Kandungan yang baru ini memerlukan rehat yang cukup dan aku juga tidak boleh stres.

Baru beberapa jam Mikhail keluar, aku sudah mulai berfikir macam-macam. Hasutan syaitan di tepi telinga semakin menjadi-jadi. Aku cuba untuk beriak biasa namun fikiranku semakin menerewang jauh. Aku takut kalau sebenarnya Mikhail menipu aku. Aku takut kalau dia tidak bekerja tapi meluangkan masa dengan perempuan tu.

"Astaghfirullahalazim."

Aku cuba beristighfar dan melarikan segala persepsi aku. Aku tak nak dapat dosa kerana bersangka buruk tentang suami sendiri. Aku lebih percayakan suami aku dan aku yakin Mikhail juga tidak sanggup nak meruntuhkan kepercayaanku.

Tiba-tiba aku mendapat idea. Telefonku dicapai dan nombor ibu didail. Terasa lama pula tidak menghubungi ibu. Kali terakhir aku berbalas khabar dengan ibu, waktu dua hari selepas ibu menziarah aku di sini. Setelah itu, aku membisu dan sekadar membalas mesej mengatakan aku baik-baik sahaja di sini.

Jahatnya.

"Assalamualaikum, ibu."

Kedengaran suara ibu yang ceria itu menyapa telingaku. Tersentap juga dadaku tika ini. Terasa terlalu jahat terhadap ibu sendiri. "Waalaikumussalam, sayang. Hai anak ibu, baru ingat nak telefon ibu ke?"

Aku diam beberapa saat. Aku malu dengan diri sendiri. Aku tahu, tak sepatutnya aku lupakan ibu aku. Tak semestinya bila dah berumahtangga, seorang anak harus melupakan ibunya. Tidak sama sekali.

"Maafkan Ayra, ibu. Ayra tahu Ayra tak sepatutnya lupakan ibu. Ayra sepatutnya selalu telefon ibu, selalu tanya khabar ibu, selalu lawat ibu." Ujarku senada dan kemudian suaraku berubah nada. Daripada percakapan biasa kini sudah menjadi drama air mata.

Ya, air mata aku kini menitis perlahan. Setitik demi setitik. Mulanya perlahan, kini sudah mengalir deras. Cuma suara sahaja aku tahan. Malunya pada diri sendiri.

"Sayang, ibu tak marah Ayra lah. Ibu gurau aje tadi. Ibu tahu anak ibu tengah sibuk. Ibu tahu dan ibu tak nak ganggu rumahtangga Ayra. Cukup Ayra balas mesej ibu dan abah, itu dah cukup buat ibu tahu, anak ibu okay."

Bila ibu berkata begitu, buatkan aku rasa nak lari balik rumah ibu saat ini. Nak peluk ibu, nak cium dan kalau perlu nak melutut mohon ampun sebab dah abaikan ibu. Tapi kudrat aku kini terbatas. Nak bawa kereta pun, Mikhail tak bagi. Katanya, aku tak bagus memandu sendiri. Sudahlah kepala aku asyik pening kebelakangan ini.

Doktor Amer kata, itu mungkin hormon ketidakstabilan aku sahaja. Aku cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan tindak balas tubuhku. Maklumlah, ada bayi sedang membesar dalam tubuhku. Masakan tidak badanku terkejut?

"Ibu tak marahkan Ayra kan?" Soalku setelah puas mendiamkan diri. Lama jugalah aku berdiam diri. Masa panggilan juga sudah menginjak ke 10minit walaupun aku hanya bercakap tidak sampai 5minit.

"Ibu mana tak sayangkan anak dia? Ibu sentiasa maafkan anak ibu dan ibu sentiasa sayangkan Ayra. Jangan fikir bukan-bukan." Ujar ibu seraya menghadiahkan 'muah' dihujungnya. Perlahan tapi cukup buat aku terapung di atas angkasa.

Ceh.

Tadi kemain beriya drama air mata, kini aku pula menjadi drama queen. Gila drama!

"Ibu sibuk tak? Ayra ingat nak suruh ibu ambil Ayra. Barang dapur dah tinggal sikit. Mikha kerja hari ni dan Ayra tak naklah susahkan dia kena pergi shopping mall lepas balik kerja."

Ya, itulah niat kedua aku selain ingin memohon maaf kepada ibu. Sejak kebelakangan ini, aku jarang masak untuk Mikhail kerana dia selalu balik lewat malam. Tengah hari juga dia tidak pulang untuk makan. Katanya, dia harus menemani client sambil makan bersama mereka. Aku cuma mengangguk tanda mengiyakan walaupun aku pelik. Akauntan jumpa client?

Malas nak ambil pusing, aku tunggu soalan aku dibalas ibu. "Ibu tak sibuk pun hari ni. Tapi kereta pula tiada. Abah bawak pergi masjid. Katanya, lewat petang baru balik sebab ada ceramah dan gotong-royong sikit. Ayra tak boleh datang sini ambil ibu?"

Aku sedikit terkejut. Ah, sudah! Aku mana boleh pandu kereta. Kalau aku pandu nanti, tiba-tiba kepala aku berdenyut macam mana? Dahlah aku pandu sorang-sorang. BAHAYA!

Nak bagitahu ibu soal aku mengandung, aku tangguhkan dulu. Niat aku ingin mengajak ibu temani aku seraya memberitahu berita gembira itu. Aku nak tengok wajah gembira ibu. Boleh jadi igauan mimpi untuk malam nanti. Mikhail kan balik lambat. HAHAHAHA..

"Err, Ayra malas nak drive hari ni. Badan letih sikit." Ujarku perlahan. Tiada bau-bau menipu sebab memang betul badan aku sedikit letih hari ini. Sebab itulah Mikhail pesan jangan tunggu dia. Dia tak nak aku letih, dia tak nak aku penat sebab tunggu dia.

Sebagai isteri mithali, aku mengikuti sahaja arahannya sedangkan dalam hati sudah melonjak gembira. Dapat aku bermalas-malasan di katil seraya membaca novel ke?

Eh!

"Ibu?" Aku lihat di skrin, masih ada panggilan yang tersambung.

"Ibu?" Sekali lagi aku bersuara. Mungkin nada berbunyi agak kuat tapi bagiku sama sahaja. Bernada ingin menyoal. Cuma ingin mengetahui, ibu masih di panggilan ataupun line tak ada. Maklumlah, line kadang-kadang bermasalah.

Lama aku tunggu ibu menyahut, namun hampa. Sah, line buat hal. Aku tengah syok berbual boleh pula line tak ada. Sesekali aku mengerling ke telefonku, ya. Garisan bar di bahagian atas tertulis pangkah di atasnya. Memang kalau sim maxis selalu buat masalah eh?

#penggunamaxisterunggul.

Mujur sahaja Mikhail memasang Wi-Fi di rumah. Katanya, mudah sikit untuk dia membuat kerja. Maklumlah, akauntan kan? Lagipula, data telefon pun tak menentu kelajuaannya. Kadang-kadang laju, kadang-kadang macam menempah maut sahaja. Lembap kalah siput.

Selepas disambung pada Wi-Fi, aku terus membuka whatsapp. Terus aku cari nama ibu dan ya, ibu menghantar mesej padaku.

Ibu :
Ayra?
Kenapa end call?
Merajuk dengan ibu ke?
Sorry,
Nanti ibu suruh along hantarkan ibu ye?
Sayang...

Aku dah agak yang ibu mesti fikir aku merajuk. Tidak! Lantas tanganku lincah menaip.

Me :
Taklah ibu. Line telefon ni tiba-tiba tak ada pula. Along? Along balik ke?

Aku lupa. Along aku ni jarang balik rumah. Dia dah kahwin dah. Alhamdulillah, adalah dua orang anak yang menjadi pewaris keturunannya. Pernah dulu dia kata dekat aku sebelum dia nak kahwin.


Petang itu, aku berura-ura sama ada ingin mengikuti along aku, Ariz Sharif ke sungai ataupun tidak. Sudahlah aku sorang-sorang sahaja perempuan.

"Tak naklah along. Ara tak nak. Kita duduk jelah dekat belakang rumah. Kita main soal-soal ke? Malulah Ara kalau Ara je perempuan. Sudahlah along selalu dengki Ara." Ujarku sambil menggesek bahuku ke lengannya. Mataku juga dikelipkan berapa kali.

Tika ini, umur aku baru menginjak 14 tahun. Belum terlalu matang dan masih manja dengan abang sendiri. Tapi, sifat malu aku pun dah mulai merembes keluar. Kalau dulu, usahkan sungai, terjun lumpur pun aku nak. Ish.. teruknya aku.

Setelah puas sesi memujuk along aku yang sudah berumur 19 tahun tu, akhirnya dia mengalah. Tapi sebelum itu, aku kena teman dia jumpa kawan-kawan dia untuk batalkan janji. Nak tak nak, aku kena ikut. Kalau tak, aku yang kena ikut dia pergi sungai.

Sampai sahaja di sungai, kawan-kawannya semua sudah mulai memanggil nama along aku untuk turut menyertai mereka. Jangan along aku cair sudah!

"Ariz, jomlah!" Ujar kawannya yang masih belum menenggelamkan dirinya dalam air. Dia sedang memandang ke arah along dan bersilih ganti memandang aku yang dekat belakang along. Perasan akan pandangannya itu, cepat-cepat aku memandang ke sebelah kiri.

"Sorry, wey! Aku tak dapat join! Aku kena jaga adik aku!" Jerit along separuh nada. Bayangkan, mereka semua berada di bawah dan along bersama aku berada di atas. Di atas jambatan. Kalau cakap perlahan, takut tak dengar. Jadi, dipersembahkan suara garaunya untuk kawan-kawannya.

Tika ini, aku tidak menoleh pun menghadap mereka. Yang aku tahu, aku malu! Sambil-sambil itu aku terdengar suara along aku memujuk mereka dan setelah itu, motor along aku pun berganjak pergi. Rasa serba salah menghurung segenap jiwaku. Yelah, sebab aku along tak jadi nak lepak dengan kawan.

Ibu abah tiada. Disuruhnya along menjagaku. Katanya, kalau nak pergi mana-mana, jangan pernah tinggalkan aku. Sebab itulah, diajaknya aku ke sungai. Oh! Memang tidaklah guys!

"Okay, nak main apa ni?" Ujar along sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas pondok di belakang rumah. Aku sendiri yang mencadangkan untuk lepak sahaja di situ. Dengan angin sepoi-sepoi, dapat juga aku bernafas tenang.

Tangan diletakkan di dagu. Lagak seperti orang sedang berfikir. "Amboi adik along ni." Usik along sebelum diam dek jelingan aku.

"Kita main true or dare lah. Kita guna botol sebagai alat. Siapa kena, dia kena pilih antara dua. Sama ada true atau dare. Okay?" Cadangku seraya mencapai botol mineral yang aku bawa tadi.

Jadi, bermulalah permainan ini. Giliran along sebagai permulaan kerana dia abang. Pusing punya pusing, akhirnya terhenti ke arah dia. HAHAHAHAAH padah!

"Alaaaa." Ngomelnya.

"True or dare?" Soalku seraya memandang wajah ketidakpuas hatinya.

Lama juga along berfikir dan akhirnya memilih yang pertama. Let's see, brother!

"Nak berapa soalan?"

Along angkat bahu dan aku tahu maknanya. Tak kisah pun berapa.

"Along nak anak berapa orang?"

Tergamam along aku dibuatnya. Dibulatkan matanya dan memandangku seakan tidak percaya akan soalan yang telah aku utarakan sebentar tadi. "Are you serious, sister?"

Halamak. Ingat aku main-main ke? Seraya itu aku mengangguk lemah.

"Along nak dua je. Tak nak ramai dan tak nak sikit. Takut tak terjaga dan takut tak meriah."

Aku terpegun akan jawapannya. Tahu-tahu sahaja yang aku akan tanya kenapa pilih dua, kenapa dan kenapa. Bagus along aku ni.

Lanjut, aku terus menanyakan soalan.

"Along nak anak lelaki ke perempuan?"

"Dua-dua kalau boleh. Tapi kalau Allah bagi, lelaki lelaki atau perempuan perempuan, along dah bersyukur dah. Janji masih ada keturunan."

Ek eleh. Aku pandang mukanya yang beriak belagak itu. Ingat aku tak ada keturunan?

"Along nak letak nama anak apa?"

Along memandangku pelik. Diam tapi tetap merenungku.

"Apa?"

"Ara kenapa? Asyik tanya pasal anak je. Dah gatal eh nak kahwin? Nanti along bagitahu ibu dengan abah." Ujarnya mengugut.

"Bila pulak Ara kata nak kahwin ni? Kita kan tengah main true or dare, so Ara tanya along je."

Senyuman sinis terhias di bibir along. Aku dah agak dah, kalau main dengan along mesti aku je yang kena.


Tiba-tiba senyuman terhias di bibirku. Rindu pula pada along. Sejak dia sambung belajar setahun selepas true or dare tu, dia dah jarang ada dekat rumah. Bertahun jugalah dia sambung belajar. Daripada diploma ke ijazah dan daripada ijazah ke pernikahan. Kalau sekarang umur aku dah 22 tahun, dia dah 27 tahun. Dengan anak yang dah dua orang, mestilah dia dah tak selalu busy sekarang.

Mungkin sebab itu, tika ini dia berada di rumah ibu. Berbalik soal anak tadi, alhamdulillah dia dapat sepasang tapi bukan kembar. Lain tahun tapi jaraknya dekat. Katanya, dia tak nak jauh-jauh sebab nak anaknya rapat antara satu sama lain. Eleh, aku dengan dia jarak 5 tahun, okay je?

Aku panggil anak dia senang je. Kakak dan adik. Malas nak panggil nama sebab unik sangat. Isteri along daripada belah utara. Berdarah orang putih juga sebabtu nama anak kalau boleh nak pelik lagi. Nasib dua orang. Kalau sepuluh? Mahukan lidah aku bergulung nak menyebutnya.

Ibu sudah membalas mesejku. Katanya, tengah hari nanti along datang ambil aku dan kami akan meluangkan masa bersama. Seraya itu, aku mencari nama Mikhail dan memaklumkan bahawa hari ini aku tidur di rumah ibu.

AKU NAK MAIN DENGAN KAKAK DAN ADIK!

Continue Reading

You'll Also Like

66.4K 6.3K 43
Pesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realit...
2.1K 94 58
Salman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang y...
6.9K 198 20
Melepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihi persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat...
916 116 9
Cinta? Mana Mungkin! Sinopsis/Blurb Kahwin paksa! Memang taklah. Apatah lagi dengan gadis yang kita tak suka. Tak kena dengan citarasa. Jauh sangat d...