MASIH MILIKMU

By dearnovels

23.9K 341 50

TERBITAN NOVEMBER KARYA TERBARU ANNA MILIA UNTUK MELANGGAN WHATSAPP http://www.wasap.my/+60132588069 More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BAB 10

1.1K 17 0
By dearnovels

Nujaid duduk bersandar pada sofa.

"Pukul berapa maid awak balik?"

"Petang. Biasanya sebelum saya sampai rumah."

Firda membesarkan matanya. Dia memandang Nujaid.

"Habis tu, apa yang saya nak buat sampai petang ni?"

"Talk to me."

"No!"

"Then let me talk to you."

Firda mengerutkan keningnya. Samalah tu.

"I have to go," ujar Firda.

Sepatutnya dari awal dia tidak menemani Nujaid hingga ke dalam rumah. Lelaki itu bukan nazak pun. Namun, apakan daya. Hatinya tidak bekerjasama dengan fikiran.

"Go? Why?" tanya Nujaid.

Dia menolak rambut Firda yang jatuh ke dahi ke belakang. Gadis itu kelihatan cukup cantik pada hari ini. Dia tekad tidak mahu kehilangan Firda. Dari segi rupa paras dan bentuk tubuh, Hanis tidak mampu menandingi Firda.

"You just got here. I tak puas lagi tengok wajah you. Tak habis lagi rindu I kepada you."

Firda berdecit. Macamlah tadi dia tak ada peluang tengok muka aku. Oh, ya! Mungkin tadi kami duduk bersebelahan, jadi dia tak dapat tengok wajah aku secara berdepan. Wake up Firda! Jangan jadi bodoh!

"Saya pergi dulu. Takut nanti ada pula yang cemburu."

"Not before you tell me what I did wrong."

"You should told me you're dating Cik Hanis."

Nujaid yang sudah menduga jawapan Firda beriak tenang. "Yes, I am."

Firda terus bangun. Namun, dia terduduk semula apabila Nujaid menarik tangannya.

"I am done with you. Saya tak mampu pun nak bersaing dengan Cik Hanis. Oleh itu, saya angkat bendera putih. Saya mengaku kalah. Saya nak balik."

Sekali lagi Firda cuba bangun, namun Nujaid terlebih dahulu menghalang. Kedua-dua bahu Firda dipegang kemas.

"Absolutely not. You're not getting out of my sight again until this issue is cleared."

"Nak clear apa bendanya lagi? Dah sah-sah awak mengaku ada hubungan dengan Cik Hanis, kan?"

"Yes. We're dating. But the one filling up my phone with love notes this last week was you."

"It wasn't love notes."

"But mine was! Saya ada bagi hint tentang perasaan saya kepada awak, kan? Jangan kata awak tak perasan mesej-mesej yang saya hantar."

"Saya tak boleh. Saya minta maaf Nujaid. Saya takkan libatkan diri saya dengan awak kalau dari awal saya tahu awak adalah kekasih Cik Hanis."

"Kalau saya putuskan hubungan kami, adakah awak akan terima saya?"

Firda mencerlung wajah Nujaid. Sanggupkah lelaki itu bertindak demikian?

"Kemudian, bila awak dah mula bosan dengan saya, awak akan buat perkara yang sama?"

Mulut Nujaid terus terkunci. Tidak menyangka soalan itu meluncur dari sepasang bibir mungil Firda.

Firda tersenyum mengejek. "I am leaving right now."

Firda bangun. Beg tangan yang diangkat kasar terayun lalu terkena muka Nujaid. Apa lagi? Nujaid mengerang sakit. Kali ini dia betul-betul sakit.

Firda duduk semula. Duduknya terlalu hampir dengan Nujaid sehingga jarak di antara wajah mereka hanya beberapa inci.

"I am so sorry."

"Kalau awak marahkan saya sekalipun, tak perlulah sakitkan saya berkali-kali. Hati saya dah cukup perit sekarang ni. Awak tambah lagi sakit lain."

Firda terkedu. Dia menatap redup wajah Nujaid. Mereka berbalas pandang.

"Hidung awak berdarah lagi," ujar Firda kalut. Dia tunduk mencari tisu di dalam beg tangan.

Sementara menunggu, Nujaid mendongak agar darah tidak mengalir ke mulutnya.

Sehelai tisu ditarik keluar dari paket lalu ditekap pada hidung Nujaid. Firda mengambil kesempatan itu untuk menghalusi wajah lelaki itu dari jarak dekat. Bersih tanpa sebarang cela.

Nujaid menyentuh jemari Firda.

"I am madly in love with you," ujar Nujaid.

Dia sendiri kurang pasti kenapa pengakuan itu terpacul dari mulutnya. Adakah benar cinta atau nafsu semata?

Firda menarik tangannya. Dia bangun apabila sekali lagi Nujaid meluah perasaan. Dia mula termakan dengan bicara cinta lelaki itu. Hatinya jadi cair. Sungguh! Dia sangat takut.

Nujaid bingkas berdiri lalu memeluk tubuh Firda dari belakang. Firda meronta minta dilepaskan. Nujaid mengemaskan pelukan. Dagunya menekan bahu FIrda.

"Kita kahwin?"

Soalan itu membuatkan tubuh Firda kaku secara tiba-tiba. Semua urat sendi mengeras.

Keadaan sunyi beberapa saat. Nujaid menelan liur. Sekali lagi bibirnya tidak bekerjasama dengan fikiran. Namun, dia tidak dapat menafikan gelojak perutnya apabila Firda mahu meninggalkannya tadi.

Bukan lagi rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya, tetapi sekumpulan tebuan yang berpusu-pusu masuk ke dalam seluruh urat nadinya. Memeluk Firda saat ini, adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Nujaid memejamkan matanya. Mereka masih dalam posisi yang sama.

"Kahwin dengan saya, jadi isteri saya, Firda."

"Saya minta maaf Nujaid. Saya memang sayangkan awak, tapi saya tak kuat untuk kehilangan kerja. Nama saya dalam short list untuk kenaikan pangkat."

Nujaid mengeluh.

"Tolong lepaskan saya, Nujaid. Saya minta maaf."

Nujaid melepaskan Firda dengan rasa kecewa. Dia bukan mengajak Firda ke ranjang. Dia melamar gadis itu. Dalam fikirannya tadi, tidak mungkin Firda mampu menolaknya.

Firda terus melangkah laju ke pintu. Dia mahu segera keluar dari rumah Nujaid.

"Saya akan beritahu Hanis yang kita saling jatuh cinta."

Langkah kaki Firda mati. Dia menoleh ke belakang. Ugutan Nujaid membuatkan dia tergamam.

"Sanggup awak buat macam tu kepada saya?" tanya Firda lirih.

Bukankah tadi lelaki itu mengaku mencintainya?

Tiada jawapan daripada Nujaid.

Firda menghampiri lelaki itu. "Kenapa awak buat macam ni kepada saya? Apa salah saya?"

"Sebab saya cintakan awak."

"Kita baru aje kenal, Nujaid."

"Ya, tapi saya tak perlukan masa yang lama untuk jatuh cinta kepada awak."

"Saya nak balik."

"Sekarang ni, awak pilih sama ada awak nak kehilangan kerja atau awak tetap tak ada kerja, tapi masih ada seorang suami yang akan sentiasa jaga awak. Trust me Firda. Saya takkan kahwin dengan perempuan yang saya tak cinta."

Firda tersandar pada pintu. Fikirannya kacau-bilau. Benarkah Nujaid akan memberitahu Hanis tentang hubungan mereka? Tidakkah dia juga akan mendapat tempiasnya jika Hanis mengamuk?

"Awak sanggup ambil risiko kehilangan Cik Hanis, kalau dia tahu tentang kita?"

Nujaid angguk. "I don't see a future in our relationship."

Nujaid menapak selangkah demi selangkah menghampiri Firda. Setiap langkahnya diiringi renungan yang cukup tajam, memanah tepat ke wajah Firda. Setelah jarak di antara mereka hanya sekaki, Nujaid bersuara romantis.

"Saya tanya soalan ini untuk kali terakhir. Do you love me Firda?"

Firda angguk, kemudian terus menundukkan kepalanya. Malu apabila mengaku dia cintakan lelaki itu. Sungguh! Ini kali pertama dia mengaku di hadapan lelaki yang dicintainya.

Nujaid senyum.

"Kita kahwin. Hurmm?" ujar Nujaid.

Dagu Firda ditolak ke atas. Mereka berbalas pandang.

Firda angguk.

Nujaid menjerit gembira. Keterujaan Nujaid membuatkan pembantu rumahnya menjenguk kepala keluar dari dapur. Dilihat majikannya sedang memeluk teman wanitanya. Dia tersenyum dan mula menyambung kerja.

Continue Reading

You'll Also Like

931K 11.7K 52
NOT EDITED YET Gracie Owen's a headstrong journalist major rooms with her childhood best friend JJ Anderson for junior year, little does she know she...
625K 31.6K 32
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...
231K 28.7K 16
في وسط دهليز معتم يولد شخصًا قاتم قوي جبارً بارد يوجد بداخل قلبهُ شرارةًُ مُنيرة هل ستصبح الشرارة نارًا تحرق الجميع أم ستبرد وتنطفئ ماذا لو تلون الأ...
887K 75.8K 130
This is the continuation of short story collection 'Love me thoda aur '.