BAB 10

1.1K 17 0
                                    

Nujaid duduk bersandar pada sofa.

"Pukul berapa maid awak balik?"

"Petang. Biasanya sebelum saya sampai rumah."

Firda membesarkan matanya. Dia memandang Nujaid.

"Habis tu, apa yang saya nak buat sampai petang ni?"

"Talk to me."

"No!"

"Then let me talk to you."

Firda mengerutkan keningnya. Samalah tu.

"I have to go," ujar Firda.

Sepatutnya dari awal dia tidak menemani Nujaid hingga ke dalam rumah. Lelaki itu bukan nazak pun. Namun, apakan daya. Hatinya tidak bekerjasama dengan fikiran.

"Go? Why?" tanya Nujaid.

Dia menolak rambut Firda yang jatuh ke dahi ke belakang. Gadis itu kelihatan cukup cantik pada hari ini. Dia tekad tidak mahu kehilangan Firda. Dari segi rupa paras dan bentuk tubuh, Hanis tidak mampu menandingi Firda.

"You just got here. I tak puas lagi tengok wajah you. Tak habis lagi rindu I kepada you."

Firda berdecit. Macamlah tadi dia tak ada peluang tengok muka aku. Oh, ya! Mungkin tadi kami duduk bersebelahan, jadi dia tak dapat tengok wajah aku secara berdepan. Wake up Firda! Jangan jadi bodoh!

"Saya pergi dulu. Takut nanti ada pula yang cemburu."

"Not before you tell me what I did wrong."

"You should told me you're dating Cik Hanis."

Nujaid yang sudah menduga jawapan Firda beriak tenang. "Yes, I am."

Firda terus bangun. Namun, dia terduduk semula apabila Nujaid menarik tangannya.

"I am done with you. Saya tak mampu pun nak bersaing dengan Cik Hanis. Oleh itu, saya angkat bendera putih. Saya mengaku kalah. Saya nak balik."

Sekali lagi Firda cuba bangun, namun Nujaid terlebih dahulu menghalang. Kedua-dua bahu Firda dipegang kemas.

"Absolutely not. You're not getting out of my sight again until this issue is cleared."

"Nak clear apa bendanya lagi? Dah sah-sah awak mengaku ada hubungan dengan Cik Hanis, kan?"

"Yes. We're dating. But the one filling up my phone with love notes this last week was you."

"It wasn't love notes."

"But mine was! Saya ada bagi hint tentang perasaan saya kepada awak, kan? Jangan kata awak tak perasan mesej-mesej yang saya hantar."

"Saya tak boleh. Saya minta maaf Nujaid. Saya takkan libatkan diri saya dengan awak kalau dari awal saya tahu awak adalah kekasih Cik Hanis."

"Kalau saya putuskan hubungan kami, adakah awak akan terima saya?"

Firda mencerlung wajah Nujaid. Sanggupkah lelaki itu bertindak demikian?

"Kemudian, bila awak dah mula bosan dengan saya, awak akan buat perkara yang sama?"

Mulut Nujaid terus terkunci. Tidak menyangka soalan itu meluncur dari sepasang bibir mungil Firda.

Firda tersenyum mengejek. "I am leaving right now."

MASIH MILIKMUWhere stories live. Discover now