Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 19

440 35 0
By FaryoonaHana






"WEI dia ni la kan yang buat Kak Far sampai masuk hospital tu?"

"Haah dia lah. Aku dengar kepala Kak Far berdarah teruk sampai kena jahit."

"Apa masalah dia sebenarnya eh? Suka sangat buat masalah kat sekolah ni. Bukan biasa-biasa beb. Buat malu nama kaum hawa je."

"Jangan dekat dengan dia. Tak pasal-pasal nanti kita pula jadi mangsa."

Ika berjalan beriringan Citra ke kantin. Kebetulan pula lalu dekat tempat ramai orang tengah beratur nak beli nasi. Duk tengah sedap perut berkeroncong, sedap lagi mulut yang mengata. Ika usya panas je geng-geng junior yang dok tengah cakap pasal dia.

Ika berjalan menghampiri mereka. "Pahala dah banyak sangat ke nak mengumpat orang?"

Junior form 2 itu terdiam. Semua kawan dia tutup mulut. Kalih depan. Tahu kau cuak.

"Ulang balik apa yang kau cakap tadi?" Ujarnya sinis. Ika pandang mereka dengan pandangan setajam-tajam pisau.

Junior form 2 tadi masih tidak memberi respon. Senyap membatu. Mata tengok tempat lain.

"Wei aku tengah cakap dengan kau ni! Dah bisu ke?" Bahunya ditolak.

Akhirnya budak tu berani juga bertentang mata dengan Ika. Dalam masa yang sama, beberapa orang yang sedang beratur di situ juga memerhati mereka.

"Tahu pula kau nak diam? Tadi belakang aku bukan main mengata! Aku dah ada kat depan kau kan? Ha cakaplah apa nak cakap. Nak bagi nasihat ke teguran ke. Silakan."

Junior tersebut hanya menggeleng. Tangan di bawah sembunyi-sembunyi mencuit rakan-rakannya. Minta bantuan.

Ika yang perasan hanya tersenyum senget. "Korang ni. Kawan jenis apa lah. Korang nampak kan kawan korang tengah kena dengan senior? Tambah senior teruk macam aku ni kan. Tak nak tolong cover ke?" Perli.

"Kesian kawan korang. Takkan la dia nak hadap aku sorang. Sedangkan korang pun mengumpat aku juga tadi." Semua tunduk. Cering.

Ika memeluk tubuh sambil memandang satu-persatu muka-muka junior yang baik hati sangat ni. Nak bubuh dalam senarai adik angkat.

"Korang ni sama je macam orang lain. Pengecut. Belakang bukan main, depan macam hampeh!"

"Ika dah la. Penat diorang dengar kau bebel." Lenganku dipaut Citra. Tak jadi pula nak beli nasi. Nak pergi beli makanan lain.

Ika buat isyarat 'sekejap'. Sekali lagi dia pandang budak-budak tak cukup matang perasan matang tu.

"Terima kasih sebab hilangkan selera makan aku and bagi aku pahala hari ni. And one more thing, korang dengar sini eh. Aku takkan buat sesiapa pun kalau diorang tak start dulu. Remember that. Kalau korang cari pasal dengan aku,  aku tahu apa aku nak buat."

"Jangan sampai kepala korang pula pecah disebabkan aku." Ika bisik di telinga junior yang paling dekat dengannya. Physco.

Ika akhirnya meninggalkan kantin. Habis mood makan hilang.

"Jom Citra."

Mereka berdua hanya membeli nuget dan roti. Dalam perjalanan untuk pulang ke kelas, mereka terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki yang boleh dikatakan popular. Alah, takkan tak kenal lagi kot siapa?

"Citra." Ayyad memanggil.

Langkah Citra dan Ika terhenti. Kini berhadapan dengan enam orang lelaki tinggi.

"Cikgu Mashitah suruh kau pergi bilik guru kejap lagi. Ada kerja katanya." Beritahu Ayyad yang berdiri betul-betul di hadapan Citra. Bersebelahannya pula ada Dzar, Naufal, Rafiqi, Luth dan hujung sekali Eiz.

Sedang ralik Ayyad dan Citra bersembang, Ika menyedari ada sepasang mata sedang memerhatinya.

Ika jeling. Mata coklat gelap tu. Cukup dia benci nak tengok wajah itu lagi. Sudah dua minggu lebih dia tak berurusan dengan Eiz. Waktu training  pun, Ika akan bermain dengan orang lain. Bukannya dengan trainer nya, Eiz.

Cukup benci dia dengan lelaki itu.

"Mata tu tak boleh tengok tempat lain ke..?" Sindir Ika.

Eiz cepat-cepat melarikan matanya. Buat muka selamba. Belagak.

"Perasan apa aku tengok kau. Muka pun macam batang mop."

Biadab ah dia ni.

Ika ketap gigi. "Siapa kata aku cakap dengan kau, perasan! Aku cakap dengan budak sebelah kau."

Kebetulan seorang budak lelaki berkaca mata yang baru sahaja lalu belakang Eiz terhenti. Terdengar kata-kata Ika tadi.

"Akak cakap dengan saya?" Terkebil-kebil budak form 1 tu. Cuak.

Semua di situ pandang dia.

Haha. Apa kau buat Ika. Kesian budak tu.

Ika senyum mengusik. "Ni adik, akak nak peringat jangan jadi macam senior awak ni eh. Suka perasan bagus, bajet dan tak bertanggungjawab. Jadi budak baik ye." Ujar Ika kepada budak itu. Jari telunjuk dihala kepada Eiz di sebelah.

Budak tu blur. "Baik kak." Hanya mengikut perintah.  Mengangguk kecil sambil melihat Eiz pelik. Kemudian dia berlalu pergi.

Kau buat lawak pagi apa ni Ika. Tiba-tiba je. Budak tu pun noob tak bertempat. Hahah.

Eiz mendengus geram.

"Kau ingat kau bagus sangat ah!"

"Memang."

"Dah la Far masuk hospital disebabkan kau. Buat orang sampai berdarah, perasan bagus lagi. Dasar tak sedar diri." Eiz senyum sinis.

Hamek kau Ika. Kan dah kena balik. Haiiishh ya allah sabar je lah.

Ika menggenggam buku lima. Hanya mampu tergelak kecil tengok Eiz. Eiz dan Ika saling bertentangan mata. Masing-masing usya tak puas hati.

Ha depa start dah!

"Hey dah dah la korang ni.." Luth memaut bahu Eiz. Begitu juga kawan-kawannya yang lain turut menahan Eiz daripada bergerak.

"Enough Ika. Stop it." Citra menarik lengan Ika meninggalkan mereka berenam. Membawa hala tuju ke kelas.

Setibanya di kelas, mereka kembali ke tempat duduk masing-masing.

"Ika."

"Hum?"

"Aku nak jujur dengan kau ni." Serious bunyinya. Citra pandang Ika lama.

"Kenapa?" Plastik roti dibuka. Suapan pertama disuap ke dalam mulut. Ika mengunyah dengan penuh riang. Hiho.

"Boleh tak stop cari pasal dengan Eiz. Aku tak suka lah."

Mata Ika membulat. "Dia yang cari pasal dengan aku dulu. Nak salahkan aku kenapa?"

"Ye la tahu... tapi kau jangan la layan. Aku tak suka lah tengok."

"Aku tak suka setiap kali dia usik kau. Aku benci cara dia tengok kau. Aku jadi rimas bila tengok korang gaduh. Aku jealous gila bila korang satu group, partner or everything yang sekali. Aku benci semuanya yang melibatkan kau dengan dia!" Citra menampar paha aku.

"Tak sekarang aku tak faham yang kau nak marah aku pehal? Kau marah la pakwe kau tu." Balas Ika.

"He is not my boyfriend anymore. Because of you." Nada lembut tapi cukup menyakitkan hati Ika yang mendengarnya. Seolah-olah dia punca segala masalah.

Terjegil biji mata Ika. "Oh.. Sekarang kau pula nak salahkan aku ke? Aku dah cakap kan aku tak bagitahu ayah dia pun pasal korang. Kenapa tak nak percaya aku eh?"

Citra mencebik. Tengok Ika dengan pandangan tak puas hati. "Kau jangan dah eh dekat-dekat dengan dia. Aku tak suka."

"Tak ada masa aku nak kat dia. Bukan handsome pun." Ika buat mulut senget. Sambung makan.

Haih Citra ni. Aku lempang kang. Cemburu buta sangat.




********




"Lama tak lepak-lepak macam ni kan?"

"Tu lah. Kau sibuk sangat. Maklumlah pengurus hotel berjaya." Encik Yusuf menepuk bahu rakannya.

"Hish tak ada lah. Tapi kerja kat hotel tu memang banyak pun. Macam-macam nak kena fikir. Aku ni dah naik pening dibuatnya. Masalah kerja, anak lagi.."

"Anak?" Encik Yusuf jongket kening.

"Haah la."

"Maksud kau... Zulaikha?"

"Ye lah. Aku ada anak seorang je Ucop. Anak mana lagi..?" Encik Zain gelak kecil.

"Kenapa dengan Zulaikha? Masalah apa? Aku tengok dia okay je. Bagus je. Ramah. Baik. Sopan-santun.." Encik Yusuf memuji.

Air kopi diteguk menghilangkan dahaga. Encik Zain menggeleng perlahan. "Ika memang anak yang baik. Dengar kata. Tapi dalam masa yang sama dia degil. Degil sangat."

"Aku tak tahu nak buat macam mana dah. Aku dengan Yani buat macam-macam tapi tak berubah-berubah juga." Luah Encik Zain lagi.

"Cuba kau cerita kat aku. Maybe aku boleh tolong?" Encik Yusuf berminat untuk mendengar.

"Ish tak nak lah. Malu aku."

"Alaah..kau kan member aku. Member susah, kita tolong. Lagipun aku anggap Zulaikha tu bukan macam orang asing dah. Sebab semenjak dua menjak ni aku selalu sangat terjumpa dia. Dia bagus sangat. Tegur aku, tanya khabar. Aku berkenan lah dengan anak kau tu."

Encik Zain tergelak. "Standard Ika lah. Dia memang bagus kalau dengan orang tua. Tapi kat sekolah dia lain."

"Share la. Mana tahu aku boleh tolong kau." Pujuk Encik Yusuf.

Maka, Encik Zain pun menceritakan segala masalah yang dihadapi. Bagaimana perangai Ika, apa yang dia buat di sekolah, rekod salah laku dan semuanya lah.

"Baru-baru ni pula dia tumbuk kawan dia sampai berdarah kepala. Masuk hospital kena tiga jahitan. Mak bapak budak tu siap hantar saman lagi."

"Astaghfirullahalazim.." Encik Yusuf menggeleng.

"Mananya aku tak pening kepala Ucop?" Ujar Encik Zain.

"Bersabarlah Zain. Anak tu. Tu satu-satunya anak kau. Amanah Allah. Kau kena jaga elok-elok. Zulaikha tu bagus orangnya."

"Aku rasa dia buat macam tu ada sebab lah." Sambung Encik Yusuf lagi.

"Sebab apa?"

"Aku rasa dia nak perhatian lebih daripada kau dan Yani. Sebab tu dia buat masalah. Dia rasa tak ada orang sayangkan dia."

"Tak cukup lagi ke kasih sayang aku bagi? Aku bagi dia duit, segala kelengkapan apa semua aku dah bagi.  Kehendak dia semua aku ikut."

"No.. Kau tak faham Zain. Anak, diorang actually tak nak sangat pun benda tu semua." Encik Yusuf tersenyum.

"Zulaikha tu perlukan masa dengan ibu bapa dia. Dia nak ibu bapa dia faham dia. Tahu apa yang dia nak." Ujar Encik Yusof tenang.

"Betullah tu. Aku dah bagi dia masa, kehendak dia, apa yang dia suka. Kan?"

Encik Yusuf menyedut straw minumannya. Membasahkan tekak yang kering.

"Kau tak faham lagi ni Zain."

"Masalahnya dia dah nak periksa tahun ni. Tapi still lagi dengan perangai dia. Aku tak tahu nak ubah macam mana dah." Encik Zain memicit kepala.

"Urmmm...aku rasa aku boleh bantu kau."

Encik Zain angkat kepala.

"Idea ni bodoh tapi macam berkesan untuk orang yang macam Zulaikha tu." Encik Yusuf senyum sinis.

"Idea bodoh?"

Encik Yusuf mengangguk.

"Apa dia?"


















Idea bodoh apa tu? 😱😏

Teruskan membaca Us! Dont forget to vote and drop ur comment. 💓

Continue Reading

You'll Also Like

EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
2M 78.7K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
1.6M 68.7K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
1.7M 93K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...