Bad Boy You're Mine (rewrite)

nuggetcaramel_ द्वारा

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... अधिक

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 0 9

12.3K 587 109
nuggetcaramel_ द्वारा

Selepas selesai memilih makanan. Aku duduk di sebuah meja seorang diri sambil menongkat dagu. Macam yang kau orang semua tahu, aku yang kena bayar makanan. Tak guna punya kawan. Memang aku drive kereta lagi sekejap lagi sampai bercalar.

Mataku memandang jam digital di dinding cafe. Lama betul si Khairul berbual, tak jadi keluar dengan aku ke apa ni? Takkan nak tinggal aku pula dekat sini sorang sorang. Memang aku bakar rumah dia balik nanti.

Sedang aku membebel sendiri, lidahku terhenti tatkala anak mataku ternampak figura Khairul yang sedang berjalan ke arahku. Aku menyilangkan kedua-dua belah tangan di dada merajuk. Tiba-tiba, niat aku untuk merajuk terbatal apabila melihat 4 orang lelaki yang mengikuti Khairul di belakang.

"Apahal pulak....," Aku meneguk air liur melihat kelima-lima lelaki itu mengambil tempat di mejaku.

"Hi wak. Saya duduk sini eh?" Hakim menayang senyuman ingin mengusikku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu kalau aku tak benarkan pun dia akan duduk di situ.

"Kenapa kau orang duduk sini?" Tanyaku apabila kelima-lima jejaka tersebut sudah melabuhkan punggungnya.

"Asal? Tak boleh ke?" Kasar Daniel membalas.

"Aaa...." Aku menggigit bibir bawahku. Entahlah bila dekat luar sekolah ni rasa awkward nak marah diaorang ni. Tapi memang tak boleh pun. Menyibuk je.

"Cuba jawab tu elok-elok!" Bentak Khairul geram. Budak ni kalau aku lempang kang.

"Tah lah dia orang ni Saf. Bodoh ikut orang," Jawab Khairul lalu mencapai sepotong kek Red Velvet Cheese yang terletak elok di atas piring kaca berwarna putih.

"Eh kau yang ajak," Keempat-empat jejaka itu menafikan kata-kata Khairul serentak. Aku masih diam berpeluk tubuh.

"Hmm.. Dah lah. Nak order apa-apa tak?" tanyaku.

"Belikan aku, Dani dengan Adam air. Apa-apa je. Hakim tak payah sebb dia puasa," arah Haikal. Matanya sibuk menatap telefon pintarnya yang dipegang.

"Eh kau. Kau pergi beli sendiri sebelum aku sepak bontot kau," Balas Khairul .

"Dah dia yang tanya. Apa masalah kau?" Soal Haikal. Eh panas hati pula aku dengan budak ni.

"Dia tanya je, bukan-"

"Dah dah. Tak payah nak bergaduh. Sakit telinga aku dengar. Aku beli je air apa-apa. Jangan nak marah aku eh nanti. Kau yang suruh beli apa-apa," Aku mencelah menghalang pertelingkahan projek ribu-ribu ini berlaku.

"Siapa kata kita orang bergaduh?" Haikal menjawab sengaja cari gaduh.

Aku menyinsing lengan bajuku ingin bergaduh dengan Haikal. Dia ingat aku takut dengan lelaki? Aku ni dari kecil sampai besar hidup dengan lelaki tau tak ada adik beradik perempuan. Setakat bergusti aku ni pro boleh bengkak leher kau.

"Eh eh Saf. Kau tak payah layan beruk ni. Dia ni memang bengap batu api suka cari pasal," Khairul menghalangku daripada menghantar penumbuk ke muka Haikal.

Aku menarik dan menghembus nafas lalu lengan baju yang dilipat diturunkan semula. Aku terus menoleh ke arah Hakim yang langsung tidak ambi peduli tentang kami disitu.

"Kau nak apa?" Tanyaku kepada Hakim yang dari tadi berpeluk tubuh. Hakim terus menoleh ke arahku.

"Aku nak kek. Craving sia," Tutur Hakim sambil menatap sepotong kek yang dijamah oleh Khairul.

"Nak yang sama dengan Khairul ke?" Tanyaku lagi. Hakim mengangguk.

"Sekejap. Ni semua saf bayar ke?" Tanya Khairul.

Kami berlima mengangguk. Khairul membulatkan mata.

"Oi! Kau ingat Saf mak kau, bodoh?" tanya Khairul geram. Melampau betul kawan kawan aku ni layan awek aku. Eh?

"Eleh setakat bayar sikit. Takkan tak boleh. Hm lemah," Balas Daniel tidak fikir langsung aku yang tak tahu duit cukup ke tak ni.

"Slebew," Sambung Hakim lalu mereka ketawa sendiri.

"Kepala otak kau!" Jerit Khairul marah. Dia terus berdiri. Ramai pelanggan mula pandang ke arah kami pelik.

"Tak kau boleh tak perlahankan suara kau, penyu? Kau ni buat malu 7 keturunan aku je," Ujar Adam menutup wajahnya malu. Eleh pandai pula malu, time pakai duit orang takmalu.

"Dah la. Biar aku je bayar. Sekali sekala. Bukan selalu pun aku keluar dengan anak pungut," Aku mencelah lalu terus berdiri.

"Duduk. Biar aku pergi" Arah Khairul sambil menarik aku duduk. Aku hanya akur. Mukaku nampak tenang sahaja tetapi dalam perut sebenarnya sudah wujudnya sebuah zoo yang dipenuhi dengan rama-rama.

Kami berlima hanya memerhati Khairul yang sedang melangkah ke kaunter. Dia ni dah kenapa nak marah orang je dari tadi.

"Apa hal dengan Khai tu?" Soalku sendiri.

"Entah. Mabuk lepas makan katak kot," Balas Hakim. Aku menutup mulutku ingin ketawa dengan kuat.

"Kepala otak kau,"

"Kim! Cepatlah buka PUBG!" Marah Adam.

"Iiisshhh ppali wa!! Penatlah tunggu kau!" Marah Daniel pula. Daniel Woong mempunyai kacukan Korea. Bapanya berbangsa Cina dan mualaf. Ibunya pula berasal dari Korea. Jadi, Daniel banyak juga belajar bahasa Korea dari ibunya. Tapi, siapa tahu Daniel adalah peminat besar kumpulan Twice. Bias siapa? Mestilah Jihyo. Dalam diam je. Shhhhh!! Jangan bagitahu orang lain.

"Phone aku habis baterilah setan. Iphone memang bodoh buat telefon mahal mahal battery turun laju macam cheetah," Hakim melemparkan telefonnya di atas meja bosan. Dah lah tak bawa powerbank.

"Lain kali cakaplah awal-awal iblis," Bentak Haikal geram. Aku tunggu punya lama dekat lobby ni. Dia boleh matikan pula handphone dia.

Aku tidak mengendahkan mereka. Telefon pintar didalam beg aku capai. Akaun Instagram milikku aku buka.

Sya_mond,farramochi_ and 200 others started following you.

Eh sekejap. Asal ada 200 followers tiba-tiba masuk ni? Bila masa aku beli followers? Zarif bagi hadiah birthday ke apa ni?

Khaiyoo_ tagged you in a post.

Aku menjongketkan keningku. Gambar apa pula dia tag aku ni? Aku terus melihat gambar tersebut.

Aku membulatkan mataku. Apakah? Gambar aku sedang memandu dengan dahi yang berkerut seribu. aku menoleh ke arah Khairul yang sedang berdiri di hadapan meja cashier. Eh jantan ni jangan sampai aku goreng kau.

Khaiyoo_ Alaa baby ni. Bawak kereta sampai nak terbabas aku. Kalau mati ni, sehidup semati kita😍 @safzah_

Aku ternganga membaca captionnya yang cuba menarik perhatian pelajar-pelajar sekolahku. Patutlah followers aku naik. Tak guna punya Khairul! Siap kau nanti! Aku siat kau buat satay lepas tu bagi katak makan!

Jari aku terus menekan ruang komen pula.

View all 300 comments

Aku menekup mulutku yang sudah ternganga. Mak ai!! Dia ni santan famous ke apa? Maklumlah aku tak pernah tanya instagram dia sebab aku jarang buka instagram. Ni aku buka pun tiba-tiba rasa terdetik nak buka. Aku terus membaca semua komen.

Nrameena omg! Akak garang tu gf abang ke? Apahal pilih dia?! Saya lagi cantik!

Dayahsikambing_ Jaga kak Saf baik baik. Sebenarnya, dia tak layak untuk abang. Hanya saya yang layak. Hahahaha okay bye nak pergi menangis dekat bucu katil.

Rayyan_abujar eh akak ni yang tahan aku sebab merokok haritu. Tak guna! Kawan dia tu merokok tak tangkap pula.

Kucingberak.cangkung Yeay!! Nasi minyak!!

Juejuliya._ @sya_mond look aku dah cakap crush kau dah ada gf. Harap tabah!!

Aku menepuk dahi. Dah kalau macam ni, macam mana aku nak jaga muka aku dekat sekolah nanti eh? Haritu gaduh dengan Airiel pun aku dah tak selesa nak pergi sekolah.

Hakim dalam diam mengintai apa yang dilayari olehku. Sedari perbuatan Hakim yang cuba mendekatiku, aku terus menoleh ke arahnya dengan jelingan tajam.

"Kau apa hal?" Soalku kasar kepada Hakim.

"Follow akaun aku. Ruzkim__" Balas Hakim teragak-agak. aku memandangnya dengan pandangan menyampah.

"Apahal pula aku nak kena follow kau?" Soalku.

"Ish.. Sinilah handphone tu. Biar aku follow sendiri," Hakim pantas merampas telefon pintarku. Jari jemarinya laju mengetuk skrin telefon pintar milikku. Eh budak ni main ambil je.

"Ha dah. Thank you," Ujar Hakim lalu meletakkan telefon pintarku di atas meja. Aku hanya diam merenungnya dengan geram.

"Aa.. Asal kau tenung aku macam tu? Nak mati ke?" Soal Hakim.

Aku tidak berhenti merenungnya sengaja ingin membuatnya tidak selesa. Eleh baru kena tenung sikit dah tak selesa. Lemah. Slebew.

"Oi.. Aku dah order..," Khairul tiba-tiba datang mencelah.

"Eh cepatnya," balasku.

"Nak buat macam mana? Dah kakak tu cepat ambil order," Balas Khairul dalam nada marah. Dia terus mencapai kerusinya lalu mengambil tempat di sebelahku.

Imbas kembali

"Shit.. Tak pasal pasal aku yang kena order. Memang aku calarkan masing-masing punya kereta esok," Monolog Khairul sambil beratur menunggu giliran.

"Haih. Asal lama sangat ni? Menyampah betul aku nak kena order order ni," Rungut Khairul sendirian. Padahal baru 30 saat dia berdiri di situ. Dia menyilangkan tangan didada. Khairul pandang ke belakang seketika.

Kelihatan Safiya sedang menatap telefon pintarnya sambil mulutnya muncung seperti sedang marah. Alahai comel betul, mesti dia marah sebab kawan -kawan aku ikut. Sebenarnya dia nak jalan dengan aku je. Khairul tersengih merenung Safiya.

Alahai cantik betul. Tak tahu kenapa aura yang Safiya bawa terasa lain. Sudah banyak kali juga Khairul bercinta tetapi tidak pernah dia rasa ingin melindungi seseorang itu sama seperti dia melindungi Safiya. Hatinya terasa sakit setiap kali melihat Safiya menangis.

Tersedar dirinya di situ tersenyum sendiri bagai orang gila, Khairul terus mengalihkan pandangannya ke hadapan semula. Tangannya terus diangkat menampar pipinya sendiri. Apabila Khairul mengalihkan semula matanya melihat Safiya, hatinya mula panas tatkala melihat Hakim sedang memegang telefon pintar milik Safiya manakala Safiya pula sedang merenung Hakim.  Hatinya terasa seperti gunung berapi yang menunggu tiba masa untuk meletus.

"Adik, adik nak order apa?" Tanya penjaga kaunter disitu kepada Khairul. Khairul terus menoleh ke depan.

"Stawberry juice 3. Red Velvet Cheese Cake 1," tukas Khairul lalu terus mengeluarkan sekeping not RM100. Tidak sempat penjaga kaunter itu memulangkan baki, Khairul terus berlari pergi dari situ dengan hati yang berasap.

"Eh dik! Ni baki ni!" Ujar penjaga kaunter itu.

"Tak apalah. Simpanlah kak buat beli gula-gula," Balas Khairul kuat tanpa memandang penjaga kaunter tersebut.

Imbas kembali berakhir

"Eh Hakim, kau pergi duduk sebelah adam," Arah Khairul kepada Hakim. Aku dan Hakim menoleh ke arah Khairul pelik. Dah kenapa? Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba suruh orang duduk tempat lain.

"Kau dah kenapa?" Soal Hakim.

"Sempit dekat sini. Kau pergi duduk sebelah Adam," Khairul terus merapatkan kerusinya dengan kerusiku.

"Kau tu yang menyibuk. Aku dari tadi duduk dekat sini elok je," Balas Hakim tidak mahu berganjak.

Beberapa minit kemudian, seorang waiter datang ke meja kami  sambil menatang dulang. Selesai meletakkan semua hidangan yang ditempah, waiter itu terus pergi dari situ.

"What the hell?  Kau bukan tahu ke aku kalau makan or minum strawberry, aku tak boleh bernafas?" Rungut Haikal. Dia terus menolak gelasnya yang berisi jus stawberri.

"Kesah apa aku? Kau yang kata air apa-apa je," Khairul terus menjamah Red Velvet Cheese Cake dihadapan mata.

"Eh, kau nak aku mati ke?" bentak Haikal lagi. Geram betul hatinya .

"Dah lah aku nak balik. Serabut aku," Haikal terus berdiri. Iphone x miliknya disumbat masuk ke dalam poket seluarnya.

"Sabarlah do kau ni. Bagi aku makan dulu. Aku ni dari hari tu tau nak makan kek. aku ajak pergi kedai kek, kau orang aku ajak aku pergi mcd," Pinta Hakim sambil menjamah kek yang ditempahnya.

"Ha kau tunggulah sini dengan dia orang. Aku nak balik," Balas Haikal lalu terus membuka langkah keluar dari kedai.

"Dia nak pergi mana tu?" tanya Hakim kepada Daniel.

"Entah. Toyrus kot," Jawab Daniel memberi jawapan paling bijak. Kalau cakap dengan student Harvard, boleh insecure mereka.

"Tadi kau orang lepak mana?"Soal Khairul.

"Kitaorang belum sempat lepak lagi. Baru lepas pergi cinema tadi. Lepas tu, nak pergi Starbucks. Lepas tu, terserempaklah dengan kau orang. Then, dia kata dia tak suka Starbucks pula," Jawab Adam.

"Ha? Bukan dia suka lepak sana ke?"

"Entah.. Satu hari ni mood dia tak okay. Lagi-lagi lepas jumpa perempuan ni," Jawab Adam. Anak matanya dihalakan ke arahku menandakan dia sedang bercakap tentang aku.

"Asal?" soal Khairul lagi..

"Eh kau ni. Boleh tak jangan banyak tanya sangat! Mana aku tahu kenapa. Kau fikir aku bini dia?" Bentak Adam geram dia terus meletakkan telefon pintar miliknya diatas meja. Jus strawberri di atas meja diminum.

Khairul menjulingkan matanya ke atas lalu menoleh ke arahku.

"Saf, lepas ni nak pergi mana?" Soal Khairul kepadaku.

Aku mengangkat kedua belah bahu tanda tidak tahu. Mataku sibuk menatap telefon pintar milikku. Jari jemari sibuk mengetuk papan kekunci di dalam telefonku. Sekali tengok dah macam keyboard warrior. Dua kali tengok nampak macam makcik Facebook.

"Balik jelah. Aku penat," Balas Khairul menjawab sendiri pertanyaannya.

Aku tidak menjawab malah mataku menjelingnya tajam. Ceh! Pandai pula penat. Dia yang suruh aku drive jauh jauh tadi lepastu post gambar aku dekat feed dia. Kalau story, bolehlah hilang 24 jam.

"Eh kenapa ni? Aku ada buat salah ke?" Soal Khairul. Perempuan ni dia kalau diam tu maksudnya bahaya tu. Kalau dibiarkan, esok bergegar rumah kau. Kalau bukan esok, mungkin sekejap lagi.

"Kau tanya lagi? Kau tengok ni! Kau dah lah letak muka aku dekat post kau! Dah tahu ramai followers tu tak payahlah post!" Skrin telefonku dihalakan ke mukanya.

Dadaku naik turun dengan laju menahan amarah yang melemaskan jiwaku sekarang. Sudahlah aku ada conflict dengan Airiel, dia ni makin tambah gossip pasal aku pula. Kalau aku bakar kereta kau sekejap lagi kang.

"Pfftt.. Kau dah tengok ke gambar tu? HAHAHAHAH," Khairul terus tergelak besar. Aku menjelingnya.

"Kau ingat lawak la? Kau padam sekarang!" Marahku lagi. Aku terus menepuk bahunya kasar. Geram aku. Dah lah buat salah. Tak reti minta maaf pula tu. Haih.. Nasib sayang. Eh?

"Laaa... Kenapa nak padam pula? Comel apa tu. Tak naklah padam," Ujar Khairul sambil menahan ketawa. Adam, Hakim dan Daniel hanya memerhatikan gelagat kami berdua.

"Banyaklah kau punya comel. Kau sengaja nak nama aku kena sebut dengan student mak cik mak cik bawang tu eh?" Aku menggigit bibir bawahku geram lalu menumbuk bahu Khairul. Khairul tidak habis-habis gelakkan aku. Geram aku!

"Pehh.. Dia orang buat kita macam tal wujud dekat sini," Ujar Daniel naik menyampah tengok aku dan Khairul. Eleh padahal  jealous dia tak macam tu dengan crush.

"Urgh cringe," Ujar Hakim lalu membuat muka jijik. Khairul menjelingnya.

"Eh bangang tak sedar diri agaknya kau dengan Audrey tu macam aku tengok p*rn dah," Balas Khairul geram.

"HAHAHAHAHA! Betul sia. H*rny semacam aku tengok. Kadang-kadang rasa nak balik katak,"

"Urgh.. Change the topic please," Ujarku tidak selesa dengan topik ini. Rasa macam salah tempat.

"Kesah pula aku" balas Adam. Dia terus menghabiskan minumannya.

"Eh kau berani cakap macam tu dengan dia eh?" Marah Khairul. Jangan risau guys. Dia marah main-main je.

"Habis nak aku cakap macam mana lagi?" Soal Adam penat melayan perangai Khairul ini.

"Cakaplah-,"

Belum sempat Khairul menghabiskan kata-katanya, Adam tiba-tiba mendekatkan wajahnya dengan wajaku membuatkan kedua-dua belah anak mataku terbeliak.

"It's okay, sweetheart. I will change the topic. I will do anything for you lovely," Anak mata Adam merenung tepat ke arah anak mataku.

Khairul terus melakukan tindakan refleksnya dengan menunjal kepala Adam dengan kuat. Lu jangan jmacam-macam dengan wa eh? Sekali wa marah, boleh terbalik otak lu. Adam terus menggosok kepalanya. Aku menggeleng saja memerhatikan perangai mereka yang kebudak-budakkan ini.

"Dah jom lah balik," Ajak Daniel.

"Eh sabarlah. Cepat gila balik. Lepak dulu" Balas Hakim. Tak sedar agaknya telefon dia pun dah habis bateri.

"Cepatlah Kim. Aku nak layan ni," Adam menggoncang-goncangkan pod miliknya di hadapan Hakim.

Aku merenung pod yang berada didalam genggaman Adam. Tak sangka diaorang ni hensem tapi hisap pod. Patutlah dapat cop badboy. Ergh laki hisap pod dislike dislike.

"Khai. Kita orang balik dululah. Lain kali lepak lagi. And jangan lupa kawan kau dah. Kita orang yang selaluada dengan kau. Bukan perempuan ni," Ujar Daniel kepada Khairul perlahan.

"Eh kau punya cakap macam aku tak pernah keluar dengan perempuan je selama ni. Aku keluar dengan dia orang tak adanya lupa kau orang eh," Balas Khairul geram melihat cara kawan-kawannya melayanku.

Almaklumlah semua kawannya tidak suka padaku. Nak buat macam mana kan. Khairul hanya memerhati rakan-rakannya yang sudah keluar dari kedai itu.

Tiba-tiba notifikasi telefon pintarku mengeluarkan. Tanda ada Whatsapp masuk.

10 message from Farah Medina .

Wuish.. Asal aku tak dengar tadi? Aku terus membuka pesanan itu.

Farah Medina
Yow.. Saf
Dimana kamu?
Ambui ambui ini budak.

sudah famous tak mau dah reply chat aku yang biasa biasa ni

Woi dimana kamu?

Then dekat status diaorang penuh weh gambar kau dekat Instagram Khairul
Aku rasa kau dah famous
Jangan lupa promote aku nanti. Bye.

Waalaikumsalam. Bye

Aku menepuk dahiku. Aku ingat Farah akan support aku dan bagi kata-kata semangat. Rupa-rupanya, dia suruh aku promote dia. Kurang asam punya kawan!

Aku mengeluh. Macam manalah aku nak pergi sekolah esok. Khabar angin tentang aku dan Khairul telah tersebar. Habislah aku. Lagi masak aku kalau ummi tahu. Haiyooo janganlah Zarif bagitahu ummi. Zarif dah janji dengan aku ni. Dah lah aku minta tolong dia tipu ummi. Dasar anak derhaka aku ni.

Ting! Ting!

5 messages from Zarif si katak.

Aku menepuk dahi. Aduh.. Apa lagilah. Aku terus membuka pesanan tersebut.

Zarif Si Katak
Saf, cepat balik . Abang Wan balik.
Kak Ira pun ada.
Ada baby ni. Kak Ira dapat anak perempuan.

eh kau mesti dah tahukan

Nama dia Syameena meena eh eh waka waka eh eh
Jangan dating lama sangat.

Ha? Serius ah?
Sekejap sekejap aku balik.
Kepala otak kau waka waka.
Cakap betul betul!

Nama dia Nureen Syameena binti Shah Zaqwan. Hadah. Cepat balik.

Ha.. Yeye..
Suruh kak Ira tunggu aku.

Secangkir senyuman terukir dibibirku. Kak Ira, kakak iparku dan abang Wan, abang sulungku yang baru pulang ke rumah. Tak sabar nak berjumpa dengan cahaya mata sulung abang Wan. Nama sebenar abang Wan ialah Shah Zaqwan bin Shah Zamani. Tapi, keluargaku lagi selesa memanggilnya Wan. Mudah dan ringkas.

"Ha buat apa tu senyum sorang-sorang? Message boyfriend eh?" Usik Khairul. Aku tersenyum nakal.

"Ha'ah boyfriend, " Aku senyum padanya.

"Oh.  Untunglah. Siapa boyfriend tu?" Khairul terus melarikan anak matanya memandang ke tempat lain.

"Ni ha katak ni boyfriendnya," aku terus menghalakan skrin telefon pintarku ke arahnya.

"Oooo kerbau ni. Ingatkan binatang lain tadi. Eh lupalah aku kan boyfriendnya," balas Khairul. Aku mengerutkan kening kurang jelas dengan apa yang dia katakan.

"Apa kau cakap tadi?"

"Tak ada apa-apalah. Aku cakap si Zarif ni dah popular macam sapy dekat sekolah," Khairul menipu. Jiwanya cuak tapi mukanya tetap berriak tenang.

"Siapa sapy?" Soalku. Tah siapa siapa punya nama disebutnya budak ni.

"Nama tok kadi kita nanti," Jawab Khairul perlahan.

"Ha? Apa?" Soalku. Telinga aku yang salah dengar ke dia yang merapu ni?

"Tak. Taklah tu ha anjing uncle Muthu tu. Yang anak dia nama Ehsan tu," Sama seperti tadi, Khairul ibarat delete message tetapi sudah dibaca oleh semua orang.

"Ha? Sejak bila pula nama anak Uncle Muthu Ehsan? Anak dia bukan Mei mei ke?  Dah lah aku nak balik cepat. Abang sulung aku balik rumah. Nanti dia orang tidur awal," putusku.

"Ha okay jom," Balas Khairul lalu berdiri. Dia terus mencapai beg tanganku lalu dia sangkut dibahunya. Aku tersenyum manis.


Malam itu, sambil menatap telefon pintarnya, Airiel turun ke tingkat satu menggunakan tangga menuju ke meja makan untuk makan malam bersama keluarga. Selalu tak turun pun, saja harini nak jadi anak soleh turun makan. Bukan sengaja tak nak turun, tapi makan malam pukul 9. Lambat betul.

Ayah Airiel iaitu Tengku Husaini yang sudah duduk di tempatnya di meja makan itu terkejut dengan kehadiran Airiel malam itu. Mana tak terkejut? Lama anaknya duduk di luar negara, bila balik tak nak langsung makan sekali dengan keluarga. Tiba-tiba di hari yang malang itu, turun pula dia.

"Ha Airiel. Eloklah Airiel turun makan. Sunyi ni meja ni kakak-kakak kau semua keluar," Ujar Tengku Husaini. Airiel terus menyimpan telefon pintarnya di dalam poket seluarnya.

"Sebab diaorang tak adalah Airiel turun makan pa," Ujar Airiel lalu mengambil tempat di meja makan. Seorang pembantu rumahnya terus meletakkan hidangan makan malam Airiel di atas meja tersebut.

Tengku Husaini mengeluh mendengar balasan Airiel.

"Jangan benci sangat kakak-kakak kau tu Airiel. Dia orang tu darah daging kau," Ujar Tengku Husaini.

"F*ck that got to do with me? It's not that they carry me for 9 months," Balas Airiel terus menjamah steak yang dihidang.

"Airiel masih marah dengan kakak-kakak Airiel sebab dia orang hantar Airiel pergi luar negara?" Soal Encik Husaini.

"Stop it, pa. Airiel tak pernah cakap pun Airiel marah dengan diorang sebabtu. Airiel pun happy dekat sana lagi happy daripada balik sini semula," Balas Airiel penat nak menjawab soalan-soalan ayahnya itu. Itu adalah antara sebab kenapa Airiel malas nak luangkan masa dengan keluarganya.

"Habis tu? Apa yang boboy tak suka sangat dengan kakak-kakak boboy?" Celah Tengku Helena pula.

"Ma, please DO NOT call me that f*cking nickname. Airiel dah besar mama. Bukan baru darjah 5," Balas Airiel. Terasa lemas apabila ibunya memanggil gelaran itu.

"Kakak-kakak Airiel ada buat apa-apa dekat Airiel?" Soal Tengku Husaini.

Betul-betul prihatin dengan keadaan Airiel, ibu bapa Airiel memang akan selalu bertanya tentang mood Airiel. Maklumlah, satu-satunya anak lelaki dan satu-satunya cucu lelaki. Ya, dalam sepupu-sepupu Airiel, Airiel seorang saja lelaki. Sebabtu lah dia sangat istimewa.

"Mama, papa, please let me eat this tasty, delicious, scrumptios food calmly. I'm tired with your question and I don't hate my sister," Balas Airiel masih mengawal ton suaranya walaupun bahasanya agak kasar.

"So, how was school?" Tanya Tengku Husaini. Airiel mengeluh. Orang suruh jangan bagi soalan dia bagi soalan lain pula.

"All good. You don't have to worry about me. Airiel tak ada tertinggal apa-apa. Thanks to my homeschool teacher," Balas Airiel.

"Airiel ada teringat-ingat lagi arwah perempuan tu?" Soalan Tengku Helena terus membuatkan Airiel meletakkan semula garfu dan pisau itu di atas meja.

"You know what I set on my mind everyday? Selagi tak ingat rasa sakit tu, lupakan, jangan sebut langsung pasal rasa sakit tu. If you ask me that question again, the answer is always no. Kalau tak Airiel takkan balik Malaysia mama," Balas Airiel.

"We're sorry for asking you too much question. We just feel sorry for not talking with you for more than 6 months. Mama dengan papa takut Airiel masih belum sembuh. Sebab Aireen cakap dengan mama doktor dekat sana kata Airiel tak boleh balik lagi setahun. Tapi, haritu Airiel tiba-tiba balik tak bagitahu kitaorang semua," Ujar Tengku Helena dengan rasa bersalah.

Airiel tersenyum sinis.

"Percayalah cakap anak sulung mama tu selagi mama boleh percayakan dia. Mama tahu apa yang Airiel pernah fikir masa dekat sana dulu? Airiel fikir, balik je ke Malaysia, Airiel akan hancurkan semua benda yang dia ada dan dia nak, termasuk kerja dia. Sebab dia dah jatuhkan Airiel masa rasa marah Airiel berada di kemuncak sampai Airiel fikir Airiel penyebab perempuan yang Airiel sayang mati.

And you know what? I don't think I'm the one  who need to see the doctor. Sebab anak mama tu yang psiko. Play victim dan tak pernah terbongkar segala apa yang dia buat," Airiel terus berdiri apabila rasa seperti tidak ada selera untuk makan.

Tatkala dia memusingkan badannya, langkahnya terhenti apabila melihat Kak Aireen tersenyum memandangnya. Senyuman itu bukan senyuman yang biasa. Senyuman itu berbahaya.

"Aku psiko? Jangan cuba nak manipulasi kepala mama dan papa, Airiel," Kak Aireen bersuara.

"Kenapa? Banyak sangat ke kau dah brainwash mama papa sampai mama dan papa dah tak percaya aku?" Airiel mendekati kakak sulungnya itu.

"Eh Airiel cakap apa ni? Mama dan papa sentiasa percayakan Airiel. Sama juga dengan kak Aireen. Airiel kan rapat dengan kak Aireen. Kak Aireen hari-hari cerita pasal Airiel dekat mama tau," Tengku Helena mencelah mengelakkan pertelingkahan berlaku.

Kak Aireen tersenyum manis. Manis yang mengandungi racun di dalamnya yang boleh buat sesiapa saja terpukau dengan mulut itu.

"Kau psiko. Aku akan pastikan semuanya terbongkar tahun ini juga," Airiel mengetap giignya geram sambil matanya merenung tajam senyuman kakak sulungnya itu.

Kak Aireen tersenyum ke arah Airiel pula. Bibirnya perlahan-lahan mendekati telinga Airiel.

"You should never tell a psychopath they're a psychopath. It upsets them," Bisik kak Aireen.

Tengku Husaini dan Tengku Helena pelik melihat Airiel dan Aireen di situ. Malah Airiel dapat rasakan bibir Kak Aireen mengukir senyuman kemenangan. Airiel mengetap gigi. Tak apa, bahagialah dahulu dengan kemenangan yang cuma akan bertahan sementara. Once I stand up, I want to see you cry while kneeling in front of me.






Sampai sahaja di hadapan rumah ku, Khairul memberhentikan kertanya. Ya, dia tak bagi aku drive dah. Kang mampus aku langgar lori pula lepas ni. Bukan lori yang langgar aku.

"Thanks for today even ayat tu cliche dan aku tak rasa seronok pun hari ni," Aku menjulingkan mataku ke atas. Khairul ketawa kecil mendengar kata-kataku.

"It's okay. If you don't say that, I still dont want to delete that post," Balas Khairul. Aku menjelingnya.

"K dah lah bye. Jumpa dekat seklah nanti," Aku terus membuka pintu kereta lalu melangkah keluar. Khairul menurunkan cermin tingkap pada pintu itu.

"Goodnight,"

"Goodnight. Dah gerak sana," Balasku. Tanganku aku angkat melambainya.

"Aku nak tengok kau masuk rumah. Baru aku gerak," Ujar Khairul. Aku menjulingkan kedua-dua belah anak mataku ke atas.

"Eleh nak acah gentleman pula dia ni. Yela, yela. Elok-elok drive," Aku terus berpaling lalu melangkah masuk ke dalam kawasan rumahku. Dalam diam aku tersenyum malu. Pipiku berona merah.

Sampai di hadapan rumah. Aku terus menekan loceng lalu pintu besar di hadapan mata aku kuak dengan rasa teruja.

"Assalamualaikum! Guess who's back?!" Ujarku riang.

"Waalaikumsalam, Saf!!!" Balas Kak Ira. Aku terus berlari memeluknya. Maklumlah aku dah lama gila tak pergi jumpa dia. Sampai anak dia dah nak besar dah.

"Eee rindunya dah 3 bulan kak Ira dengan abang Wan tak balik," Aku mengeratkan pelukan ku. Kak Ira menggosok-gosok belakang tubuhku.

"Eh dik . Dah balik dah kau. Pergi mana tadi?" Tegur abang Wan dari dapur.

"Pergi study je," Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu. Pergh aku dah pandai menipu dah sekarang. Dasar adik derhaka.

"Wah. Bagus dia ni pergi study malam-malam macam ni. Bukan macam si Zarif ni duduk rumah je main game," Abang Zaf tiba-tiba mencelah. Zarif di sebelah abang Wan menjulingkan matanya ke atas.

"Ha Saf ni memang rajin pun pergi STUDY," Ujar Zarif menekan perkataan study itu. Tak pasal pasal dia kena kutuk dengan abang Zaf sebab tak pergi study.

Dahiku berpeluh. Aduh susah betullah nak menipu dekat rumah ni.

"Eh abang, kau balik sini? Kata ada assignment tak siap," Aku cuba menukar topik.

"Eleh setakat rumah sewa aku tu, bukan jauh sangat pun. Sekejap lagi aku baliklah sana semula," Balas abang Zaf.

"Ooo. Patutnya bawa jelah assignment tu dekat sini. Tidur sini jelah," Balasku.

"Ha'ahlah. Tak terfikir pula aku. Bengap betul aku ni. Kau pergi study dengan siapa tadi Saf?" Abang Zaf tiba-tiba memberikan soalan yang aku tak boleh bagi jawapan sebenar. Dasar adik derhaka kuasa 2.

"Dia keluar dengan boy-,"

'Alamak Zarif nak cakap aku keluar dengan Khairul. Tak boleh jadi ni' Desis hatiku. Aku lantas berlari ke arah Zarif sebelum dia menghabiskan kata-katanya.

Pak!!

Aku menampar pipi Zarif.

"Woy!!! Kau lempang aku?!!!!" Jerit Zarif geram sambil memegang pipi belah kanannya.

"Apa kau ni dik lempang orang? Dia keluar dengan siapa Zarif?" Tanya abang Zaf sekali lagi.

"Dia keluar dengan boy-"

Pak!!

Kali ni aku tidak menamparnya. Aku mengambil tealive yang dibeli lalu aku cocok straw pada penutup cawan itu. Aku terus sumbat straw ke dalam mulut Zarif.

"Boy girl.. Boy girl..." Ujar Zarif lalu menyedut air tealive tersebut. Aku menjeling Zarif tajam sambil memegang air yang diminumnya itu. Nasib baik aku beli strawberry pudding. Kalau flavor lain, memang dia dah bagitahu abang Zaf rasanya.

"Ha boy girl ? Apa kau merepek ni Zarif?" soal Abang Wan.

"Tak ada. Keluar ngan Farah tadi," Tipuku sambil tersengih. Abang Wan dan abang Zaf mengangguk mempercayai kata-kataku.

"Ayuni, tadi ummi keluar pukul berapa?"Tanya Zarif kepada Ayuni.

"Pukul 7.30 lepas solat maghrib tadi," Jawab Ayuni sopan santun.

"Sekarang dah pukul 10.30. Uish.. 3 jam ummi keluar. Pergi mana entah ummi ni," Tutur Abang Wan.

"Keluar dengan kawan dia la tu. Gosip gosip mak gojess," Balas Zarif.

"Hahahaha. Kau jumpa juga group tu?" Tanya abang Zaf.

"Ha'ah. Aku jumpa dalam Whatsapp ummi. Terkejut I.," Jawab Zarif. Meledak ketawa kami berempat.

Tiba-tiba, kak Ira datang ke arahku sambil mendukung seorang bayi perempuan. Senyuman kuterukir. Mesti ni Nureen Syameena binti Shah Zaqwan!

"Waaaaa... Ni ke Nureen Syameen,a" Ujarku teruja lalu mencubit pipi Syameena yang sedang menggigit mainannya.

"Nak panggil apa ni Nureen ke Syameena?" Tanyaku.

"Hai Syameena meena eh eh waka waka eh eh!" Celah Zarif kuat. Tubuh Syameena terhinjut terkejut dengan suara Zarif yang tertelan mikrofon. Aku menepuk bahu Zarif.

"Kau ni. Cakap lah perlahan sikit. Terkejut dia," Marahku.

"Kau tak habis habis nak pukul aku!"

"Ha tulah. Lain kali jangan cari masalah!"

"Tak ada orang pun nak cari masalah dengan kau!"

"Ada je,"

"Siapa?"

"Kau,"

"Hish.. Kau ni memang nak kena,"

"Kau orang berdua ni tak habis habis bergaduh. Aku tembak juga sorang sorang," tegur abang Wan.

"Bang Wan.. Jom main PS4. Lama tak lawan sama sama," Ajak Zarif.

"Banyaklah kau.. Ummi dah kunci bilik game room . Lupa?" Balasku.

"Alaa.... Bosan lah!" rungut Zarif.

"Ha siapa yang cakap bosan tu? Petang dia dah tidur, malam main handphone. Bila nak studynya" Datin Zahra tiba-tiba mencelah.

"Eh ummi bila balik? Tak perasan pun," Balas Abang Wan sambil melangkah ke arah Datin Zahra.

"Rancak sangat berbual, mana nak dengar," Tutur Datin Zahra berbaur perlian. Dia terus bersalaman dengan abang Wan.

"Ummi! Rinduu!" Kak Ira terus berlari memeluk Datin Zahra. Habis Syameena tersepit di tengah.

"Allahhu... Ini ke cucu sulung ummi?" UjarDatin Zahra sambil mengangkat Syameena.

"Ha'ah. Nureen Syameena," Kak Ira tersenyum manis.

"Ha.. Nak suruh cucu ummi panggil ummi apa ni? Tak seronoklah kalau panggil nenek. Cliche tahu tak?" tutur Datin Zahra.

Meledak tawa kami satu keluarga.

"Panggil halmoeni boleh?" Tanya Datin Zahra. Ha sudah tiba-tiba jadi korea.

"Haih. Dah mula dah pengaruh drama Korea dia," Celah Dato' Zamani.

"Alah biarlah kita nak luar biasa. Tu pun tak boleh," Balas Datin Zahra. Dia mencebik. Dato' Zamani tergeleng-geleng. Sekali lagi meledak tawa kami sekeluarga.

Aku tersenyum manis. Indahnya rasa melihat keluargaku ketawa bersama. Saat terindah aku adalah saat melihat orang yang aku sayang ketawa dan tersenyum bahagia.


SUDAH pukul 12 tengah malam, tapi kami sekeluarga masih tidak mahu tidur. Masing-masing ada cerita yang ingin diceritakan. Datin Zahra pula membawa pizza yang baru dibakar tadi. Piza frozen eh, kau jangan pandai-pandai cakap ummi aku buat pizza malam-malam buta pula.

Kak Ira ni sebenarnya bekas senior aku. Umurnya baru 19 tahun. Umur abang Wan pula 25 tahun. Akulah yang memperkenalkan kak Ira pada abang Wan. Kiranya, akulah penemu jodoh diaorang. HAHAHAHAHA TIBE.

"Amboi.. Dari petang sampai malam tak berhenti bergossip. Sampai lupa dekat suami ni. Dia duduk bawah bergossip, suami dia ni naik atas tidurkan anak," Abang Wan mencelah perbualan aku, ummi dan kak Ira. Dia mengambil tempat di sebelah Kak Ira lalu baring di atas riba kak Ira. Bibirnya dicebik.

"Alololo.. Dia ni merajuk pula. Maaf ye," Ujar Kak Ira sambil mencubit pipi suaminya. Abang Wan mencebik.

"Eee.. Abang ingat comel ke buat macam tu? Nak muntah adik. Hormatlah sikit orang single," Ujarku menyampah. Geli tahu tak?

"Tak apa nanti kau buatlah macam tu dengan Khai-"

Pak!!!!

"Khairina," Sambung Zarif sambil mengusap pipinya. Aku tersengih memandang Zarif. Zarif pula mencebik. Datin Zahra menggeleng melihat aku dan Zarif yang asyik bergaduh.

Tiba-tiba Zarif berdeham. Semua menoleh ke arah Zarif. Tumpuan kami semua sekarang menuju ke Zarif.

"Ermm... Ummi" Panggil Zarif teragak-agak.

"Ya. Apa?" Sahut Datin Zahra.

"Apa ummi buat kalau....," Zarif meneguk air liur ragu -ragu untuk menyambung kata-katanya.

"Kalau apa?"

"Kalau salah seorang dari kita orang bercinta masa sekolah?" Sambung Zarif.

Tiba-tiba suasana di ruang tamu itu menjadi sunyi. Soalan ini bakal menggegarkan rumah, malah Malaysia, malah DUNIA! Lah dramatik pula. Jantungku mula berdegup kencang. Apa Zarif nak cakap ni? Ya Allah janganlah cakap tentang khabar angin di sekolah. Aku merenung Zarif tajam.

"Kenapa? Zarif ada suka sesiapa ke? Ke Safiya yang ada boyfriend ?" Tanya Datin Zahra.

"Sebenarnya............."


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

1.1K 92 10
Amira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi perta...
3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
232K 14.6K 49
Highest #1 in action. Selama tujuh belas tahun dia hidup tanpa kasih sayang dari ibu bapa ditambah lagi hinaan, cacian dan pukulan dari abang sendiri...
197K 13.4K 54
[INI KARYA PERTAMA SAYA JADI KEMUNGKINAN AYAT BERTERABUR] Kembalinya 4 orang gadis ke tanah air dengan satu matlamat yang harus dicapai dan kembaliny...