Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 18

441 38 0
By FaryoonaHana






"SAYA benarkan anak encik dan puan balik rumah untuk sehari. Mungkin dia tertekan dengan apa yang berlaku. Beri dia masa untuk berehat dan tenangkan diri."

"Baik cikgu. Kami akan cuba cakap dengan dia sebaik mungkin. Minta maaf sekali lagi pasal ni cikgu."

"Tak mengapa."

"Kalau macam tu, kami minta diri dulu cikgu. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum."

"Ya waalaikumsalam." Encik Mahir selaku pengetua sekolah hanya mampu tersenyum. Beliau mengiringi Encik Zain dan Puan Yani hingga ke luar pejabatnya.

Ika yang sejak tadi menunggu di luar, tersedar dari lamunannya setelah menyedari pintu bilik pengetua dibuka. Dia bingkas bangun mendapatkan kedua orang tuanya. 

Ika tunduk. Tak sanggup tengok muka bengis papa. Mama pun sama lah. "Ma.. Pa.." Bergetar suaranya.

Encik Zain dan Puan Yani tidak memberi sebarang respon. Mereka berjalan melepasi Ika dan menuju ke tempat parkir. Ika di belakang diam mengekor.

Pintu kereta dibuka. Ketiga-tiga menerobos masuk ke dalam kereta tanpa berbunyi apa-apa. Senyap. Kemudian, kereta Volkswagen Tiguan yang dipandu mula menyusur meninggalkan pekarangan sekolah.

Ika di tempat duduk belakang resah, tak senang duduk. Jari-jemari bermain sesama sendiri. Apa yang nak jadi, jadilah.. Aku tak kisah. Memang salah aku pun.

"Papa tak sangka Ika boleh buat benda-benda macam ni." Encik Zain bersuara.

"Papa tak pernah ajar Ika macam ni. Ika ada masalah apa sebenarnya? Cuba bagitahu papa." Tangan kemas memegang stereng kereta. Cermin dipandang. Melihat Ika di belakang melalui cermin.

Ika diam tak berkutik.

"Ika. Papa tanya tu kan? Tak ada mulut ke nak jawab?" Puan Yani memanggil. Nada suara dah bertukar garang.

"Papa kecewa lah dengan Ika. Mama papa hantar Ika sekolah suruh belajar. Bukannya jadi gangster, pembuli, buat orang sana sini." Kerutan di dahi Encik Zain bertambah.

"Pleaselah Ika. Mama tak larat lah nak datang sekolah tengok rekod kesalahan Ika. Banyak sangat. Malu tau mama. Sejak form 2 lagi jadi macam ni. Tak tahu dah nak buat apa bagi ubah perangai tu." Puan Yani memicit-micit kepala. Pening.

"Ika nak Spm tau tahun ni. Jagalah perangai tu. Study, buat latih tubi banyak-banyak. Tak ada masa dah nak main-main."

"Orang hantar taekwondo untuk pertahan diri. Bukannya untuk disalah guna. Ika ni.. haishh ya Allah. Suka buat papa stress! Papa banyak kerja lagi tau dekat office tu nak kena urus tu urus ni. Ni keluar waktu kerja buat apa je? Hadap pengetua sebab Ika punya rekod kesalahan banyak sangat."

"Kenapa asyik nak salahkan Ika? Bukan salah Ika pun!" Ika membentak sekali nafas. Geram. 

"Tak salah apanya?! Ika tahu tak ibu bapa dia saman Ika? Anak dia berdarah kepala kena tiga jahitan Ika tahu tak? Ika buat apa kat dia sampai jadi macam tu? Tera tu Ika buat dia, Ika kata bukan salah Ika lagi?" Puan Yani meninggi suara.

"Itu pun nasib baiklah pengetua berjaya pujuk waris Farhanna tu supaya tarik balik saman. Tak ada lah habis duit papa. Ika yang kena saman bukannya Ika yang bayar. Duit papa juga kena bawa keluar."

Air mata yang bertakung dari tadi mula menitis. Geram dan kecewa bercampur baur. Gigi diketap. Rapat.

'Oh... So memang macam ni lah cara layan anak? Aku seorang je anak papa dalam dunia ni takkan itu pun berkira kot? Nak habis banyak mana sangat duit tu? Nak kata kerja gaji bukan main tinggi. Setakat duit tu aku tak kisah la! Aku tak pernah dapat kasih sayang macam orang lain dapat!' 

Ika hanya diam memeluk tubuh. Memandang ke luar tingkap. Tangan sembunyi-sembunyi mengelap air mata yang tumpah. Malas nak berbalah lagi. Hanya suara hati yang memberontak.

"Ika buat apa dekat Farhanna tu?" Soal Puan Yani.

"Ika buat apa?" Encik Zain turut menyoal. Soalan yang sama.

"Papa dengan mama tanya ni Ika buat apa dekat Farhanna tu?!"

Ya Allah bernanah dibuatnya telinga ni. Malas nak jawab.

"Ika!"

"Ika jawablah mama tanya ni!" Puan Yani dah meninggi suara. Dada mulai turun naik. Geram.

"Ika tumbuk dia lepas tu tolak dia sampai kepala dia terhantuk dekat besi kabin. Puas hati?" Jawabnya nada mendatar. Selamba.

"Astaghfirullahalazim Ika."

"Ika dah kenapa Ika? Why?"

"Sebab Ika benci dia! Ika tak suka dia!  Selalu cari pasal dengan Ika! Mengganggu ketenteraman orang, dia ingat dia hebat sangat! Memang padan pun dengan muka dia!"

"IKA!" Brek ditekan. Kereta berhenti mengejut.

"Ika keluar sekarang. Balik rumah jalan kaki! Ini balasan sebab jadi manusia tak hormat orang lain. Mama tak pernah ajar anak mama buat dekat orang macam tu." Jari ditunding ke pintu kereta.

Ika jongket kening. Tergelak. Yep. Gelak. Tapi dalam hati korang pun tahu kan? Pedih sangat.

"Fine." Pintu kereta dibuka. Kaki melangkah keluar dari kereta. Pintu dihempas kuat. Biar kalau boleh tercabut pun bagus juga.

Ika meneruskan langkah. Tak ada kudrat untuk berpaling semula walaupun yakin sangat mama dengan papa still tak gerak lagi.

Ika menangis. Langsung tak dapat sembunyi lagi. Dia mula melajukan langkah. Langkah masih diteruskan tanpa hala tuju. Kaki yang membawa diri hanya mengikut kata hati.

"Why? Why no one can understand me? Nobody! I hate to be born in this family."

"Haihh ya allah... apalah nak jadi dengan anak kita ni bang?" Puan Yani mengeluh.

"Macam-macam dah buat. Macam tu juga perangai dia."

"Ika tu dah la perempuan. Saya risau bang. Apa orang kata nanti? Kita tak pandai didik anak." Luah Puan Yani.

"Sabar lah Yani. Itu pengajaran untuk dia. Kita nak Ika berubah lebih baik kan?" Encik Zain mengusap lengan isterinya. Cuba menenangkan.

"Tapi kita tak boleh biar dia macam tu je. Kita kena buat sesuatu. Itu anak kita, tanggungjawab kita."

"Ye ye saya tahu. Saya dah fikir macam-macam dah nak buat apa dengan Ika tu. Tak apa kita balik rumah dulu. Nanti Ika baliklah tu."

"Macam mana kalau dia tak balik?" Naluri seorang ibu ni kuat. Risau dekat anak tu memang tak boleh hilang.

"In shaa allah dia balik. Saya tahu anak saya tu macam mana. She is a good daughter. She won't disobey us. Trust me." Yakin.

"Dah jom balik." Puan Zain menekan minyak. Kereta mula menyusur pulang ke rumah.



*******



Ding dong!

"Ryan tolong buka pintu tu!" Jerit Puan Sharina dari dapur.

Ryan yang sibuk dengan phone langsung tak berganjak. Mata masih menghadap PUBG dari tadi. Tangan tak henti-henti tekan skrin phone tuh. Nak push rank ni!

"Nana tolong buka pintu." Arah Ryan tanpa melihat adiknya. Sibuk.

"Abang bukalah sendiri. Mama suruh abang bukan Nana." Nana menjawab.

"Ish banyak cakap betul budak ni. Pergi je lah buka pintu tu." 

Nana serta-merta bangun dari duduk... dan berlalu pergi. Ke dapur.

"Nana! Nak pergi mana tu? Pintu kat sini bukan sana." Terjegil Ryan. Budak ni aku suruh buka pintu pun susah ke?

Ding dong!

Bunyi loceng rumah masih kedengaran. Hai kesian betul orang kat luar tu. Nak tunggu pintu buka pun berejam.

"Ryan pergi je la buka pintu tu! Mama rampas phone baru tahu kot!" Pabila Puan Sharina bertukar jadi singa.

"Aduhh, kan dah kalah!" Ryan menampar lututnya. Bebal. Semua Nana punya pasal. Budak kecik tu dah la tak padan kecik, kerja report kat mama. Humph!

"RYAN!"

"Ye ye Ryan nak buka la ni..." Malas betul nak bangun pun. Kaki lemah longlai menuju ke pintu.

"Haihh siapa datang rumah kacau aku main game ni." Mulut berleter panjang.  Tombol pintu ditarik. 

Terkejut dia melihat si gerangan yang datang.

"Fieya?!" Ternganga Ryan.

Sekujur tubuh tinggi lampai Ika berdiri tegak di depan pintu. "Hai." Ika senyum pahit.

"Kau buat apa kat sini? Bukan kau ada kat asrama ke?"

"Dah tu kau buat apa pula kat rumah ni? Kau pun kena ada kat asrama juga kan?" Sebelah kening Ika dijongket.

"Aku demam lah. Dapat kebenaran balik. Kau tak tahu ke? Ish ish.. Tak caring langsung la kau ni." Ryan menggeleng perlahan.

Eleh, demam la sangat.

"So.. tak nak bagi aku masuk ke?" Ika buat muka simpati. Penat berjalan ni woi.

"Tak, actually apa yang kau buat kat sini?"

"Adalah."

"Jawab je la."

"Ish banyak tanya lah kau ni. Tepi ah." Badan Ryan ditolak.

Sekuat mana pun Ika, dia tu perempuan. Maka, Ryan kuat lagi. Langsung tak bergerak badannya dari pintu tu. Masih tak memberi laluan kepada Ika untuk dia masuk.

"Kau kenapa ni? Jawab la aku tanya." Serious.

"Tak ada apa lah. Aku nak masuk ni." Ika bebal.

"Kau baru lepas nangis ke weh?" Setiap inci wajah Ika diperhati.

Laju dia menggeleng. "Mana ada."

"Liar."

"Kau ni dah kenapa tak nak percaya cakap aku?"

"Ni ni.. mata sembab, hidung merah, hingus meleleh. Tak nangis lagi? Eh aku kenal kau dah lama la Fieya." Kepala Ika yang berlapik tudung  ditolak.

"Ish!" Tangan Ryan ditepis. Dahi berkerut seribu garisan. Mood dah la tengah barai ni, dia tak bagi masuk rumah pula.

"Ryan Anmar bagi la aku masuk rumah!" Bentak Ika.

"Cannot. Selagi kau tak jelaskan apa yang dah berlaku." Ryan senyum senget. Ugut nampak?

Satu keluhan dilepaskan. Gigi diketap rapat. Geram. Ika akhirnya beralih dan menapak pergi. Sakit hati betul cakap dengan Ryan ni.

"Wei wei aku gurau je." Ryan menahan Ika. Lengan Ika ditarik.

Langkah Ika terhenti. "Hands off please."

Terlupa tentang tu. Ryan cepat-cepat melepaskan genggamannya. "Sorry."

Ika diam. Serious mood swing gila ni. Malas gila nak bercakap dengan sesiapa pun.

"Dah dah jom masuk. Kau cerita kat dalam. Janji eh cerita kat aku?" Ryan pandang Ika.

Ika diam sejenak. Mengelamun.

"Fieya..?"

"Hah?" Tersedar. Kepala digeleng perlahan.

"Lets. Come in." Pintu rumah terbuka luas. Mata Ika memandang Ryan lama. Bibir menguntum senyum sebelum kakinya menapak masuk ke dalam rumah.


++++++++++




"So macam tu lah ceritanya." Luahan berakhir dengan keluhan. Ika menceritakan segala-galanya yang berlaku kepada satu-satunya pendengar masalah dia.

"Lepas tu Far macam mana?"

"Kan aku dah bagitau tadi. Dia masuk hospital. Kepala dia kena jahit. Tiga jahitan."

"What the..?" Terlopong Ryan dibuatnya. "Ganasnya kau. Kuatnya kau tolak dia."

Ika angkat bahu. "Entah. Aku rasa aku tolak biasa-biasa je. Tak tahu la pula sampai jadi macam tu."

Mereka berdua kemudiannya diam. Masing-masing melayan dunia sendiri. Memikirkan jalan penyelasaian yang patut dibuat.

"Wei, mak ngah ada tanya apa-apa tak?" Soal Ika.

"Ada juga tadi. Aku cakap nanti aku cerita." Ryan sengih menampakkan barisan giginya.

Ye la. Tadi datang rumah, just salam mak ngah kat dapur. Mak ngah pula terkejut tengok aku macam mana boleh datang tiba-tiba. Dah la dengan beruniform sekolah lagi. Mak ngah tanya macam-macam tapi tu lah aku kata nak explain nanti.

"Now what?" Suara Ryan memecah kesunyian.

"Aku nak stay sini boleh? Esok kau nak balik asrama kan? Kita balik la sekali."

"Boleh tu memang la boleh. Ni, mama papa kau? Takkan nak biar je diorang tunggu kau kat rumah?"

Ika mencebik. "Biarlah. Bukan diorang kisah pun pasal aku."

"Fieya.. Tak baik cakap macam tu."

"Apa? That's the truth."

"Kalau diorang tak sayang kau, lama dah kau kena tinggal tepi longkang waktu kecik-kecik tu." Balas Ryan bersahaja.

Ika berdecis. "Whatever."

Ringtone kiss and make up-Blackpink bergema tiba-tiba. Telefon yang bergetar di dalam beg dikeluarkan.

Nama pemanggil dilihat sekilas.

Mama 💓

Humph, tahu pula nak cari. Tadi halau orang sangat.

Ryan terkejut lagi. Terbeliak biji mata dia. "Kau bawa phone pergi sekolah ke?"

"Kenapa kalau ye pun?" Tenang Ika mengaku.

"Berani gila kau."

Ika gelak kecil. Eleh bawak phone je pun. Belambak lagi je kat sekolah tu yang bawa.

Telefon masih tetap berbunyi. Ika pula hanya membiarkan. Malas nak mengangkat.

"Fieya, angkat je la."

"Tak nak ah. Malas." Telefon diletakkan ke dalam beg semula.

Telefon berdering sekali lagi. Ika langsung tak hiraukan.

"Bak sini beg kau." Beg galas Ika beralih tuan. Telefon di dalam beg dicapai. Ryan menjawab panggilan tersebut.

Punat hijau ditekan.

"Hello mak long." Suara Ryan di talian. Ika di sebelah senyap memerhati. Menjeling.

"Haah. Fieya ada dengan Ryan ni. Dia datang sini."

"Kepala hotak kau woi. Yang pergi bagitau tu dah kenapa?" Suara diperlahankan sebaik mungkin. Ikut suka dia je! Eeiii Ryan ni kalau boleh bagi penumbuk lama dah kena dengan aku ni!

Ika di sebelah ketap gigi. "Kauuu..." Mata dijegil. Tangan membuat isyarat memotong leher. *faham kot noh

"Apa? Nak cakap dengan dia?" Ryan jeling Ika di sebelah. Bibir dibawah digigit. Buntu. Nak bagi ke tidak ni?

Ika pula dah usya panas kat sebelah. Serious ni tak main-mainlah.

"Errrmmm .. Fieya.."

"Dia.."

"Dia tengah .. dia tengah.. mandi!" Jawab Ryan semangat. Punya lama nak cari alasan pun. Tersengih bangga dia.

"Haa okey okey. Baik mak long. Assalamualaikum. Bye.." Panggilan diputuskan.

"Nah." Ryan menghulurkan telefon milik sepupunya itu semula.

"Mama kata apa?"

"Mak long suruh aku hantar kau balik." Balas Ryan bersahaja.

"Ahh memang tak ah! Tak nak aku." Ika bangkit. Tangan laju mengemas begnya.

"Woo woo wo kau nak pergi mana ni?" Ryan turut bangun.

"Mana-mana?"

"Fieya kau jangan buat hal boleh tak?" Ryan dah bercekak pinggang. Langsung tiada riak wajah nak main-main. Kali ni dia betul-betul serious.

"Kenapa? Aku cakap aku tak nak balik rumah kan? Kau tak bagi aku stay sini so baik aku belah." Ika tetap dengan keputusannya.

"Balik je la rumah."

"Buat apa nak balik rumah? Menyemak je. Buat sakit hati lagi adalah."

"Fieya kau ni kan.."

"Aku kata aku tak nak, aku tak nak lah!" Protes.

"Fieya!" Ryan tengking.

Tindakan Ryan membuat Ika terkaku. Tak pernah-pernah Ryan tinggi suara kat dia. Langsung tak pernah. But this time..

"Watch your words Fieya. Ingat eh, kau ada mak bapak lagi tau. Syurga kau bawah diorang. Tolonglah dengar cakap. Mama kau suruh balik, balik je lah. Kau nak jadi anak derhaka ke?" Kata-kata Ryan tajam menusuk kalbu.

Air mata mula bertakung membanjiri kelopak mata.

"Baliklah Fieya. Please la. Jangan buat benda tak senonoh. Kau boleh fikir dah mana baik mana buruk. Aku suruh kau balik ni bukan saja-saja. Bersebab. Mama papa kau buat macam ni pun ada sebab-sebab diorang yang tersendiri. Sebab kitaorang sayangkan kau. Kami tak nak kau timpa bahaya. Tolong eh Fieya. Baliklah. Pergi minta maaf dengan mama dan papa kau."

Bibir menguntum senyum sinis. Tadi dalam kereta dah kena tazkirah. Datang sini pun kena tazkirah juga ke?

"Dah. Jom. Aku hantar kau." Ryan segera mencapai kunci kereta dan keluar dari bilik.

Mutiara jernih akhirnya jatuh membasahi pipi gadis itu. Cepat-cepat Ika mengelapnya.

Tak aku tak sedih. No, aku kuat okay? Aku tak lembik macam korang.

"Fieya!" Suara Ryan kedengaran dari luar. Ika akhirnya perlahan-lahan keluar dari bilik. Walaupun hati langsung tak rela.

See? Tak ada sapa nak back up aku kan?















Sorry for the longgggg chapter. Haha terlajak type la pula. Hope korang suka chap kali ni. Sori if this chap x best. I've done my best😘🙈

K bye




Continue Reading

You'll Also Like

8.6K 2K 25
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

3M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
40.5K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...