Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 0 7

12K 639 73
By nuggetcaramel_

Selesai berlatih untuk acara lari baton di padang, aku datang ke dewan terbuka untuk melawat kembar aku yang sibuk berlatih lompat tinggi. Tapi, sebenarnya dalam hati ada niat nak tengok partner lompat tinggi dia juga. Hehehe.

                 Langkahku terhenti apabila mataku ternampak Airiel yang berdiri di sebelah Khairul. Ainul dan Iman yang berdiri di sebelahku terkejut. Hampir semua pelajar di sekolah kami tahu yang Khairul dan Airiel sudah tidak sama seperti dahulu. Mereka bergaduh dan berpecah. 

                 "Dah baik ke dua orang tu?" Soal Ainul terkejut. 

                 "Aku tak rasa dia orang dah baik," Balasku.

                  Khairul merenung Airiel yang berdiri di tepi sebelum dia pandang semula ke palang lompat tinggi itu. Jantungnya berdegup laju. Dia tak pernah lepas palang setinggi ini, begitu juga dengan Airiel. Airiel memang selalunya menang acara lompat tinggi dan Khairul pula dapat tempat kedua. 

                   Khairul menggenggam penumbuk. Dalam hatinya, dia berjanji dengan dirinya dia tidak akan melepaskan Safiya pada Airiel. 

                  Khairul menarik nafas lalu dihembus. Peluh di dahi di lap. Dia mula berlari melencong dengan perlahan ke arah palang lompat tinggi. Tetapi apabila sampai di hadapan palang, kakinya berhenti. 

                 Khairul tunduk memandang kakinya. 'Aku tak boleh lepas,' Desis hatinya. 

                  Airiel yang berdiri di tepi memandangnya dengan terkejut lalu bertukar kepada sinis. 

                 "Dah lah Airiel. Bukannya kau dapat apa-apa pun kalau aku tinggalkan Safiya," Putus Khairul. Tangannya naik lalu menolak palang itu jatuh.

                 Airiel terdiam. Betul juga sebenarnya dia memang tak dapat apa-apa. Apa yang mengganggu Airiel cuma wajah Safiya yang sama seperti perempuan yang pernah berkongsi memori indah bersamanya. Dan apa yang Airiel mahu adalah Safiya tidak muncul di hadapannya.

                  "Kau orang gaduh pasal adik aku ke apa ni?" Soal Zarif baru tahu yang perlawanan yang berlaku di hadapannya ini disebabkan adiknya.

                 "Kau abang perempuan tu ke?" Soal Airiel. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

                  "Perempuan tu?" Soal Zarif mengulang ayat Airiel yang kedengaran biadap itu.

                 "Zarif," Panggil Khairul. Zarif melangkah dengan geram ke arah Airiel.

                  "Kau rupanya yang burukkan nama adik aku sampai ada orang buat account hate untuk dia?" Zarif mengetap gigi geram. Abang siapa saja yang tak marah tengok adik dia kena hina macam tu.

                  "That's why before you come to this school, you have to do research. Kau patut tahu dengan siapa kau tak perlu cari pasal,"  Celah Adam. 

                    "Ni rupanya syaitan sekolah yang kau cakap Riz," Zarif merenung tajam wajah Airiel dengan penuh benci. 

                    "Aku tak kesah apa benda pun kau nak panggil aku. Aku nak kau pindahkan adik kau keluar dari sekolah ni," Ujar Airiel.

                    "Airiel!" Marah Khairul.

                    "Nak keluar pindah sekolah mana mana pun, tu hak adik aku nak tentukan. Kau siapa nak arah aku macam tu? Kalau kau tak suka, kau lah yang blah," Balas Zarif mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Airiel.

                    "Kau patut tahu tanpa keluarga aku, sekolah ni takkan naik," Airiel memandang Zarif atas ke bawah.

                     Zarif terdiam. Dia pernah dengar cerita yang cikgu-cikgu sekolah ni semuanya buta apabila Airiel melanggar peraturan sekolah kerana tanpa sumbangan dari keluarga Airiel, sekolah ini takkan lengkap dengan banyak kemudahan yang disumbangkan.

                      "Ataupun kau nak duit baru kau senyap? Kau pilihlah nak aku keluarkan adik kau dari sekolah ni atau aku hantar saja dia dekat rumah pelacur," Airiel tersenyum sinis. Sungguh mulut lelaki ini memang tidak dapat dihalang dari membuat orang marah. Adam yang berdiri di sebelah Airiel tergelak.

                      Zarif mengetap gigi lalu penumbuk diangkat lalu dihantar ke pipi Airiel. 

                       Buk!

                      "Anak syaitan. Kau jaga eh mulut kau! Kalau kau ingat aku tak boleh bunuh orang, aku mampulah! Sekali kau dekat dengan adik aku aku bunuh kau anak syaitan!" Hambur Zarif geram.

                       Aku, Ainul dan Iman yang melihat dari jauh terkejut mendengar Zarif menengking Airiel. Kami juga terkejut melihat Airiel ditumbuk dengan kuat. Sebenarnya, kami tidak dapat dengar apa yang dibahas di sana kerana terlalu jauh.

                      "Saf, aku rasa dia orang gaduh pasal kau," Ujar Iman.

                       "Ha'ah Saf kau tak nak ke pergi sana suruh dia orang berhenti?" Soal Ainul risau.

                     "Aku takut aku datang sana, dia orang gaduh makin teruk," Balasku.

                      Airiel menyentuh pipinya yang lebam ditumbuk dengan kuat. Adam menggenggam penumbuk ingin membalas tindakan Zarif tetapi dihalang oleh Airiel. Khairul pula menahan tubuh Zarif daripada menyambung apa yang dilakukan tadi.

                  "Aku cakap baik-baik kau tak nak dengar. Bila aku buat cara kasar, kau buat aku macam aku yang serang kau dulu?" Balas Airiel.

                    "Airiel. Kita teruskan. Aku buat apa yang kau suruh, kalau aku kalah aku akan tinggalkan Saf. Dia takkan ada depan mata kau lagi," Ujar Khairul.

                   "Aku bukan setakat tak nak dia ada depan mata aku. Hirup udara yang sama dengan aku pun aku tak nak," Ujar Airiel. 

                   "Jangan sebabkan benda yang lepas kau benci Saf. Dia tak pernah buat salah dengan kau. Semuanya takdir, takdir dia muka dia sama dan-," 

                  "Diam,"

                  "Dia dah pergi dah pun kau lupakan jelah dia!"

                  "Aku cakap diam!" Tengking Airiel. Dia melangkah ke arah Khairul lalu kolar baju Khairul di tarik.

                   "Sebabkan Saf ada dekat sinilah aku tak boleh lupakan dia. Aku dah sembuh dari sakit tu tapi lepas dia datang aku jatuh balik ke gaung tu. Kau tak tahu apa yang aku lalui masa aku hilangkan diri. KAU TAK TAHU APA YANG AKU HADAP!" Mata Airiel merah dengan air mata yang bertakung di tubir mata.

                   Khairul terdiam. Dia faham rasa sakit yang Airiel rasa. Kehilangan disebabkan kematian adalah lebih sakit dari kehilangan kerana ditinggalkan.

                   Tubuh Khairul di tolak. Airiel berdiri di tempat yang sepatutnya lalu dia memandang ke arah palang lompat tinggi.

                   "Kita teruskan. Biar aku mula dulu,"  Ujar Airiel. Dia memanang palang lompat tinggi itu beberapa saat. 

                    Tangannya perlahan-lahan di angkat dengan posisi bersedia untuk berlari. Dia menghembuskan nafas lalu menghayunkan kaki ke arah palang lompat tinggi dari sudut kiri. Sampai di hadapan palang,  Airiel melonjakkan tubuhnya dengan lutut kirinya dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang serta tumit kaki pasak badan dalam keadaan condong ke belakang. Apabila tubuhnya berada di atas palang lompat tinggi, dia mengangkat kaki dan tangannya tinggi lalu melepasi palang dan menjatuhkan dirinya.

                   Khairul kaku melihat Airiel lepas palang itu dengan mudah. Sedangkan dia masih rasa dia takkan lepas palang itu. Dia telah pecahkan rekodnya tadi tetapi dia tak sangka dia perlu lepas palang setinggi ini pula.

                  Airiel bangun dengan bangga lalu melangkah ke arah Khairul. Airiel tersenyum sinis.

                "Your turn," Ujar Airiel.

                "Perlu ke kita jadi macam ni hanya disebabkan perempuan tu?" Soal Khairul. 

                "Tak payah nak cakap pasal friendship lah sekarang. Kau yang nak," Balas Airiel.

                Khairul mendiamkan diri lalu berdiri di tempat sepatutnya. Dia bersedia di posisi untuk berlari lalu menarik dan menghembuskan nafasnya. Dia terus menghayunkan kaki. Semua mata di halakan ke arah Khairul. Khairul melonjakkan tubuhnya untuk melepasi palang lalu menjatuhkan tubuhnya di atas tilam yang disediakan.

                  Lepas. Khairul lepas pusingan ini. Airiel mengetap giginya.

                Rizqin dan Zarif tidak menunggu lalu terus menambah ketinggian palang itu. Airiel mengetap giginya. Kali ini, Airiel pula tidak yakin yang dia akan lepas palang setinggi itu begitu juga dengan Khairul. Pusingan tadi pun Khairul tidak yakin, lagilah pusingan yang makin sukar ini.

                Dada Khairul naik turun penat. Sebenarnya bukan kerana penat tetapi kerana dia terlalu gementar tadi.

               "Your turn," Ujar Khairul dalam tercungap-cungap. Airiel mengetap gigi tapi dia melangkah juga ke tempatnya.

              Airiel terus berlari tanpa mengira target kerana dia terlalu gementar. Sampai di hadapan palang, dia melonjakkan badannya. Tetapi apabila tubuhnya di atas palang, kakinya tidak diangkat lalu palang itu jatuh bersama-sama tubuhnya di atas tilam.

              Airiel baring di atas tilam itu lama. 'Aku tak lepas,' desis hatinya. 

             Zarif tersenyum lalu melangkah ke arah Airiel. Tangannya dihulur ke arah Airiel.

            "Your turn is over," Airiel mengetap gigi lalu dia mengabaikan huluran penuh makna itu. 

            Zarif tersenyum ke arah Khairul pula. Khairul pula gementar. Kalau Airiel tak boleh lepas, apatah lagi dia. Khairul melangkah ke tempat yang sepatutnya dengan tidak yakin.

            Seperti biasa, posisinya macam biasa. Tetapi kali ini, Khairul memandang palang itu lagi lama. Dia masih tidak yakin. Hatinya berbolak balik sama ada mahu menyerah ataupun cuba saja. Dia memandang ke kanan lalu di terdiam.

               Aku yang berada jauh dari Khairul terkejut melihat Khairul baru sedar kehadiran aku disitu. Aku memandang Khairul dengan penuh harapan. Tak tahu kenapa, aku yakin yang dia boleh. 

               Khairul memandang aku lama lalu aku membuat isyarat mulut 'kau boleh, percayalah' dan berharap dia boleh faham apa yang aku cuba katakan. Khairul memandang ke hadapan semula selepas memahami apa yang aku katakan.

                Khairul menarik dan menghembus nafasnya lalu menghayunkan kakinya memulakan larian. Aku memejamkan mataku tak mampu lihat apa yang akan berlaku.

                 10 saat kemudian, semua orang di dewan itu diam. Aku membuka mataku. Apa yang aku nampak, Khairul duduk di atas tilam dan palang itu tidak jatuh. Wajah Airiel nampak terkejut. 

                  Lepas. Khairul lepas!

                 "Wah!!! Khairul!" Jerit Iman teruja lalu dia terus berlari ke arah Zarif dan Rizqin yang sudah melompat gembira tu. 

                  Aku dan Ainul juga turut berlari ke arah mereka menyambut kemenangan yang aku tak tahu apa yang dia menang. Kami semua menyambut kemenangan itu dengan gembira.

                  Airiel memandang ke arah aku tiada perasaan. Senyuman yang tadi terukir di bibirku perlahan-lahan pudar. Entah kenapa aku nampak wajah Airiel seperti ada sesuatu yang dia pendam. Bukan rasa benci tapi sesuatu yang sedih. 

                  Khairul menarik lenganku menyuruh aku memandang ke arahnya.

                "Thank you," Ujar Khairul. Aku senyum memandangnya.

                "I'm proud of you," Balasku.


Beberapa minggu berlalu, minggu sukan pun telah berakhir. Tahun ini, kelas kami buat kali pertamanya memenangi banyak acara sukan. Aku pun sudah tahu apa yang terjadi ketika Airiel dan Khairul berlatih lompat tinggi pada hari itu.

                 Hari aku jadi sama seperti biasa. Airiel tidak lagi mengganggu aku. Apabila dia pandang aku, dia tidak mengalihkan pandangannya tetapi dia tidak menegurku. 

                Tapi, hati dan fikiran aku sangat degil. Mereka sibuk nak tahu apa yang jadi dengan Airiel sehingga dia mahu aku keluar dari sekolah ini. Sudah banyak kali aku tanya Khairul tetapi Khairul enggan ceritakan kerana takut aku tidak selesa dan itu rahsia Airiel.

               Sedang aku termenung, tiba-tiba ada satu tangan menepuk bahuku. Aku terus berpaling.

               "Saf," Panggil Iman.

                "Ha apa kau ni? Terkejut sia aku. Nasib baik aku tak lempang muka kau tadi," Tanganku naik ingin mencubit perut Iman tapi dia mengelak sambil tersengih.

               "Saf, Farah dengan Zarif memang dah kenal lama eh?" Soal Iman. Aku mengerutkan keningku.

                 "Tak tahu pula. Macam baru kenal je dia orang. Tak tahu sangatlah aku pasal Zarif. Dia jarang cerita dekat aku problem or hal dia dekat aku dengan abang-abang aku. Kenapa?" Balasku.

                "Taklah. Aku ingat dia orang couple sebab Farah dah lama tak couple. Last dia couple time darjah 6 ke tingkatan 1 entah. Tengok tu Zarif dengan Farah," Iman menhalakan hujung jari telunjuknya ke arah Zarif dan Farah yang sedang bergelak ketawa di meja Farah itu.

                 Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Farah sedang bercerita manakala Zarif merenung wajah Farah dengan pandangan yang lain. Pandangan jatuh cinta.

                 "Ooo. Seriuslah? Farah couple dengan siapa dulu?" Soalku memandang Iman pula.

               "Kau nak tahu ke? Tapi, Farah tak suka kita orang cakap pasal ni," Balas Iman.

               "Kenapa? Dia trauma dengan lelaki ke?" Soalku terkejut.

               "Tak lah. Memalukan. Couple tingkatan 1, kau expect apa Saf? Lelaki tu siap bagi tahu cikgu bahasa Inggeris dia orang couple. Lepas tu, hantar hantar surat. Dating dekat tingkap," Balas Iman lalu ketawa sendiri. Aku tersenyum nakal.

                "Agak-agak kalau aku usik Farah, dia marah tak?" Soalku.

               "Eh kau jangan Saf. Aku yang kena belasah dengan lelaki dengan Farah nanti," Balas Iman.

               "Siapa lelaki tu nak belasah kau? Ada dalam kelas ni ke?" Soalku.

             "Adalah tu ha yang tengah pandang kau," Balas Iman.

                 Kepalaku terus menoleh ke kiri kanan ingin mencari bekas kekasih cinta monyet Farah yang sedang memandangku. Mataku terhenti ke arah Khairul yang sedang memandangku lama lalu tiba-tiba mengenyitkan matanya. Aku pula membulatkan mata.

              "Khairul ke?" Soalku terkejut. Iman tersenyum sambil mengangguk.

               "Ha'ah. Kenapa kau jealous ke?" Soal Iman. 

               Meletus tawaku yang tadi ditahan. Semua pelajar kelas itu memandangku kerana ketawa dengan kuat. Farah dan Khairul memandangku terkejut. Iman mengerutkan dahi lalu tangannya menepuk lenganku menyuruhku diam. 

               "Saf! Tak payahlah gelak kuat-kuat! Kau ni!" Marah Iman dalam nada berbisik. Pelajar lain terus mengabaikan kami semula.

               Aku mengelap air mata yang keluar kerana ketawa.

                "Tak boleh imagine sia aku dia orang couple macam tu. Khairul rempit HAHAHAHAHA," Balasku.

              "Kau tak pernah couple ke Saf?" Soal Iman. Aku menggeleng.

              "Tak. Single pun stress. Couple? Tak bagus tak bagus," Balasku. Iman tersenyum.

              "Uuuuu.. Khai first love kau lah ni?" Soal Iman menyenggol-nyenggol tubuhku.

             "Eh masa bila aku suka Khai? Kita orang kawan je. Sikit pun tak ada rasa cinta tu Iman," Balasku.

              "Oh yeke? Lepas tu nanti kalau Khairul dengan orang lain kau jealous, kan?" Soalan Iman membuatku terdiam. Iman tersenyum.

              "Khairul setiap tahun, Saf. Setiap tahun dia akan kena ngorat dengan perempuan cantik sekolah lain, semua perempuan dia tolak . Tapi, kau tiba-tiba datang tahun ni. Kau je perempuan yang kitaorang nampak first time Khairul risau. Apa yang Khai buat dekat kau dekat cafe hari tu, tak pernah terjadi dan kita orang tak pernah expect Khai akan back up kau. Appreciate apa yang ada depan mata kau, Saf. Jangan bagi orang lain ambil. Orang lain senang je, selagi Khai tak bagi tahu hati dia ada dekat siapa, selagi tu orang try dia," Ujar Iman panjang melihat aku mendiamkan diri.

                  "Good Morning class," Tiba-tiba Cikgu Aireen masuk ke dalam kelas 5 Emerald. Pelajar yang tadi merayap ke tempat duduk yang berlainan terus melangkah ke tempat mereka semula.

                   "Good morning teacher,"

                   "So, today I have something to tell you guys," Ujar Cikgu Aireen tersenyum.

                 Cikgu Aireen mengarahkan Rizqin menyebarkan risalah yang diberi. Rizqin terus menyebarkan risalah itu. Pelajar yang mendapat risalah itu terus merungut. Aku memandang risalah tersebut. Camping? Apa yang dia orang merungut? Aku punyalah suka camping.

             "Okay, does anyone still don't get the pamphlet?" tanya Cikgu Aireen memeriksa jika ada pelajarnya yang masih belum mendapat risalah yang diberi.

           "So, now. Look at the pamphlet," arah cikgu Aireen. Dalam diam dia tersenyum.

               "Nooooo!" Balas semua pelajar merungut kecuali aku dan Fathia. Kenapa Fathia tak? Sebab dia tak ada perasaan. 

            "What?! Camping? hurghh..." Rungut Ella sambil mengibaskan rambut yang diikat gaya ekor kuda itu. Kalau author ada dekat situ, dah lama author tarik. Ha.. Nak kibas sangat kan?

             "Teacher, boleh tak kitaorang tak pergi? Saya tak suka lah perkhemahan macam ni! Habis hitam nanti muka saya. Berminyak. Kotor.. Hurghhh," Elina memegang mukanya dengan kedua-dua belah tangannya itu.

             "Sorry, semua. Semua tahukan tingkatan 5 mesti akan ada camping sebab tahun akhir. Kau orang lepas ni mesti dah buat kerja masing-masing lepas habis sekolah. Bagi cikgu, waktu sekolah ni lah paling best,"  Balas cikgu Aireen.

               "Kenapa pula? Bukan ke habis sekolah lagi best? Nanti tak payah pergi sekolah," Soal Iman.

                 "Sebab waktu sekolah, korang semua ni takkan ada rasa tamak. Paling tak pun kau orang cuma tamak nak dapat semua subjek markah penuh," Balas Cikgu Aireen. 

               Semua pelajar mengerutkan kening dan memandang Cikgu Aireen pelik. Suasana di kelas itu menjadi kekok.

                 "Buat apa nak jadi tamak?" Soal Rizqin satu-satunya pelajar yang bersuara saat itu. Cikgu Aireen tersenyum.

                   "Nanti kau dah habis sekolah, kau tahulah sendiri Rizqin," Balas Cikgu Aireen sambil senyumannya mati.

                    "Baik semua. Yang tak boleh join sebab sakit boleh jumpa saya nanti di bilik saya ye,"

                    "Okay teacher,"

              Seisi kelas 5 Emerald mengeluh panjang kecuali aku. Yeay! Camping! Program paling aku suka waktu sekolah. Yelah, lagipun ini kali pertama aku camping dengan sekolah ni. Dengan kawan baru. 

                Tok! tok! Tok!

               Pintu bilik kelas 5 Emerald diketuk. Pintu itu dibuka dari luar. Muncul wajah lelaki yang benci aku sepenuh hati. Tengku Airiel Hanafi.

              "Cikgu Aireen, keluar. Saya nak jumpa dengan cikgu sekejap," Seloroh Airiel apabila pintu itu dibuka. Kakinya masih diluar kerana malas buka kasut.

               "Awak ni kenapa boboy? Tiba-tiba je masuk. Dah lah tak beri salam," Balas Cikgu Aireen menjeling Airiel.

             "Boboy?" Tanya Rizqin pelik. Bukan Rizqin saja, semua pelajar di kelas itu kecuali aku. Aku menahan mulutku dari ketawa.

                'Boboy? Bapak dia macam mana nak tahan ketawa ni sia?! HAHAHAHA,' Desis hatiku. Aku tahu Airiel adik Cikgu Aireen tapi kenapa sampai panggil boboy?

              "Eh.. Boboy pula! Airiel! Salah cakap. Saya terpanggil nama manja adik saya. Maklumlah, Airiel ni dah macam adik saya. Betul tak?" Cikgu Aireen cuak juga apabila tersasul. Airiel mengekalkan reaksi tenang. 

               "Tak payah banyak cakap cikgu. Cepat keluar," Arah Airiel lalu keluar semula dari kelas 5 Emerald. 

                 Aku memandang pelajar lain memerhatikan situasi itu dengan reaksi biasa sementara aku terkejut. Nampaknya aksi ini sudah biasa dilakukan di sini ya. Selamba badak Airiel je arah cikgu macam dia yang cikgu.

               "Guys. I want you to open textbook. Pages 39 now, " arah cikgu Aireen sebelum melangkah keluar dari kelas itu. Semua pelajar mengangguk lalu mengeluar buku teks masing masing.

                  Cikgu Aireen menutup rapat pintu bilik kelas itu.

                "Ha apa boboy nak cakap? Cakap cepat! Aku tak ada masalah nak layan kau"

              "Kau tak payah nak panggil aku boboylah. Kau bukan anggap aku adik kau pun," Jawab Airiel senada.

              "Ha? Nak balik? Buat apa? Pergi belajar sana! Mengada nak balik pula. Kalau nak balik, pergi balik sendiri,"

              "Kalau aku boleh, aku dah lama buatlah. Engkau ni bengap ke apa?"

               "Kau kan anak Tengku Husaini. Kau bunuh orang dekat sekolah ni pun tak ada orang kesah,"  Cikgu Aireen menjeling tajam Airiel. Airiel tersenyum.

              "Ha'ah, kau anak angkat. Sebab tu aku yang bakal ceo nanti," Balas Airiel.

              "Kau ni memang nak kena bunuh dengan aku kan?" Cikgu Aireen menarik kolar Airiel dan menggenggamnya dengan penuh geram. 

               "Bunuhlah. Kau kalau bunuh aku dekat sini, satu habuk pun dengan company tu  takkan jadi milik kau," Balas Airiel. Cikgu Aireen mendiamkan diri.

                "Kenapa? Kau tak ada benda nak guna nak bunuh aku?" Soal Airiel. Cikgu Aireen masih mendiamkan diri. 

               Airiel melepaskan genggaman Cikgu Aireen. Pasu di belakangnya ditendang sehingga jatuh dan pecah. Cikgu Aireen membulatkan mata.

                "Airiel!" Jerit cikgu Aireen perlahan cemas. Dia menoleh ke kiri dan kanan takut ada orang lain yang nampak.

              Tangan Airiel mengambil satu cepisan pasu itu lalu dihulurkan ke arah Cikgu Aireen.

               "Tak ada orang lain dekat sini. Tak nak buat ke?" Soal Airiel. 

                Cikgu Aireen mengetap gigi sambil tangan kanannya menggenggam penumbuk. Airiel benar-benar suka mencabar kesabarannya.

               "Tak nak hantar aku balik ke? Aku behave sebab nak jaga nama ayah aku. Kalau tak, aku dah balik sendiri," Balas Airiel. Cikgu Aireen perlahan-lahan mengangguk.

                "Ak-aku hantar kau balik," Balas Cikgu Aireen. Dia terus berlalu pergi dari situ manakala Airiel mengikutinya dari belakang.


Airiel terus berlari masuk ke biliknya selepas dimarah Puan Tengku Helena iaitu ibunya. Almari bajunya di buka lalu dia duduk dilantai. Satu kotak sebesar tapak tangannnya dikeluarkan. Air matanya bertakung sambil tangan kanannya menghilangkan habuk habuk di atas kotak tersebut.

                Sudah lama dia tidak membuka kotak itu. Kotak yang akan membuatnya jatuh ke dalam gaung kesedihan. Kotak yang menyimpan memori yang tidak akan dia lupakan. 

               Airiel mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya pula. Nombor Doktor Shah didail dan ditelefon. 

                "Hello Airiel?" Sapa Doktor Shah.

                "I can't do this," Air mata Airiel tumpah akhirnya.Kotak itu perlahan-lahan dibuka. 

                  Sekeping polaroid diambil lalu air matanya jatuh di atas polaroid tersebut.

               "What happen?" 

                "I opened the box," Suara Doktor Shah mengeluh kedengaran.

                "I told you to not open the box until you're sure you have move on,"

                "Should I take a break?"

                "What make you open that box?"

                "There's one girl in my school. Her smile, her eyes and even the way she spoke looked the same as Nadhirah. How am I supposed to move on if every time I see her, she reminds me of Nadhirah?" 

                  "Airiel, Airiel cakap perempuan tu sama perangai macam Nadhirah?"

                  "Yes,"

                  "Kalau macam tu Airiel ada rasa sayang dekat perempuan tu sama macam Airiel sayang dekat Nadhirah?"

                   "What are you trying to convey now?"

                   "Airiel cintakan peremputan tu ke?"

                    "No I'm not,"

                    "Kalau macam tu, Airiel boleh try kawan dengan dia. Nanti Airiel sendiri akan terbiasa. But, if you love her, love her for herself not for Nadhirah,"

                     "Doktor sihat tak? Aku kata aku tak suka perempuan tu!" Airiel mengetap gigi geram.

                   "Airiel-,"

                     "F*ck off. Your advices are useless," Airiel terus menamatkan talian lalu mencampak telefon pintarnya ke katil.


Farisya menongkat dagunya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya sebok bermain dengan telefon pintarnya. Patutnya harini dia ikut Ainul dan Iman belajar di rumah Ainul tetapi terpaksa ikut kelurganya pergi makan di luar. Katanya nak jumpa kawan lama ibu bapanya.

                 "Isya,  Isya tak ada boyfriend kan?" Soal ibu Farisya iaitu Puan Zarina. Farisya menggeleng.

                 "Buat apa Isya nak ada boyfriend? Membazir masa je bu. Isya ingat Isya nak terus kahwin je nanti," Balas Farisya. Puan Zarina tersenyum sambil memandang suaminya.

                 "Baguslah tu. Kalau macam tu nanti Isya kahwin jelah dengan calon menantu ibu nak. Boleh?" Soal Puan Zarina. Farisya ketawa kerana kata-kata ibunya itu kedengaran seperti gurauan.

                   "Suka hati ibulah. Janji hensem kaya. Kalau tak hensem pun tak apa, janji kaya. Hahahahaha," Balas Farisya.

                 "Ju, sini!" Ujar Puan Zarina kepada rakannya Puan Juliana yang baru sampai itu. 

                  Puan Zarina terus bangun lalu memeluk Puan Juliana. Farisya terus meletakkan telefon pintarnya di atas meja semula. Puan Juliana tersenyum manis memandang Farisya yang berdiri dengan sopan.

                 "Dah besar panjang anak kau Zarina," Puan Juliana memandang Farisya dari atas ke bawah.

                "Eleh sebaya dengan anak lelaki dia," Puan Zarina memukul bahu Puan Juliana lembut.

                "Assalammualaikum aunt," Ujar Farisya malu-malu kucing di situ.

                "Waalaikumsalam. Ni ada boyfriend tak ni?" Puan Juliana mengusik Farisya.

                Farisya tersenyum palsu. Ni apahal sibuk tanya aku ada boyfriend ni? Memang betul-betul nak kahwinkan aku ke apa?

              "Tak ada, Ju. Katanya nak tunggu aku padankan dia dengan calon," Balas Puan Zarina menyenggol lengan Farisya sambil tersenyum malu juga. 

                Farisya mengerutkan dahi. 'Aku main-main je. Ibu ni percaya ke?' Getus hatinya.

               "Ooo. Tunggu ibu dia carikan. Bagus anak solehah ni. Ha tunggu sekejap lagi calonnya sampai," Puan Juliana memegang bahu Farisya. Dalam kebingungan, Farisya masih menayang senyuman manisnya.

               "Ha, kita order makanan dulu. Nak tunggu budak tu sampai memang lambat sikit. Dia pergi jumpa kawan dia sekejap," Mereka semua terus mengambil tempat di meja makan yang disediakan.

                Farisya membuka buku menu dan melihat menu makanan yang ada. Puan Juliana pula dari tadi memandang Farisya sambil tersenyum sehingga membuatkan Farisya malu.

                 "Aduh. Tengok Farisya ni dah boleh terbayang kita berbesanlah Ina," Ujar Puan Juliana. Puan Zarina ketawa kecil teruja.

                 "Itulah. Kita dah plan dari sekolah menengahkan nak berbesan," Puan Zarina menepuk tangan Puan Juliana lembut. Farisya membulatkan matanya.

                  "Ibu. Ibu memang betul-betul nak carikan calon untuk Isya ke?" Soal Farisya berbisik di telinga ibunya. 

                  "Iyalah ingat ibu main-main ke?" Puan Zarina tersenyum manakala Farisya pula tercengang bagai jantungnya berhenti. 

                  "Ala. Farisya tak payah risau sangat. Dia satu sekolah dengan Farisya. Mesti dah kenal punya. Cuma anak aunt tu tak tahu lagi. Farisya jangan bagitahu dia dulu eh? Nanti aunt bagitahu sendiri," Celah Puan Juliana. Farisya mengangguk sambil tersenyum palsu.

                   Puan Juliana menoleh ke belakang mencari di mana anak lelakinya itu. Senyuman terukir saat matanya ternampak tubuh anaknya itu berjalan ke arahnya.

                 "Ha tu dia, Ina. Dah sampai dah anak lelaki aku," Ujar Puan Juliana. 

                  Farisya mengangkat kepala ingin tahu siapakah lelaki yang bakal menjadi suaminya itu. Matanya membulat melihat wajah lelaki yang sudah dikenali itu. Hakim Ruzaimi?!


Aku  melangkah menaiki tangga bangunan sekolah itu dengan gementar. Kenapa aku masih dekat sekolah petang ini? Hari ni, aku perlu bagi jawapan permintaan Cikgu Aireen tetapi aku masih tak bersedia. Sebenarnya, aku dah buat keputusan untuk tidak menerima tawaran Cikgu Aireen dan Airiel juga sudah tidak ada masalah dengan aku.

                Tapi, suara Cikgu Aireen dalam telefon tadi menakutkan aku. Suara seperti dia mendesak aku untuk bagi jawapan hari ini dan apa dia mahu aku beri jawapan yang dia mahukan.

Imbas kembali...

                 "Safiya, awak datang sekolah petang ni. Jumpa saya dekat bilik saya. Awak tahu bilik saya dekat mana kan?" Ujar Cikgu Aireen bernada tegas.

                 "Saya kena bagi jawapan petang ni?" Soalku lembut.

               "Iyalah. Awak nak saya bagi masa berapa tahun baru nak bagi jawapan? Tahun ni je saya boleh buat apa yang saya plan selama ni," Balas Cikgu Aireen membuatkan aku terkedu.

               "Saya tak pastilah saya boleh datang tak petang ni. Kerja cikgu bagi tadi saya masih belum siapkan," Aku cuba memberi alasan untuk tidak berjumpa dengan Cikgu Aireen hari ni kerana Cikgu Aireen nampak macam tengah badmood.

               "Apa susah sangat awak ni nak bagi jawapan? Jangan risau, esok tak ada pun masa bahasa Inggeris. Datang sekolah petang ni. Sekejap lagi kalau saya tengok awak tak ada, saya pergi rumah awak ambil awak," Cikgu Aireen terus menamatkan panggilan tersebut. 

Imbas kembali tamat...

                   Aku terus mengetuk pintu bilik kaunseling apabila tubuhku sudah berdiri di hadapan pintu tersebut. Tangan yang berpeluh kerana gementar menggenggam penumbuk cuba menenangkan diri.

                  "Safiya?" Soal Cikgu Aireen dari dalam.

                  "Ya cikgu," Balasku.

                 "Masuk," Aku terus menanggalkan kasut sneakersku lalu kakiku perlahan-lahan masuk ke dalam bilik tersebut.

                  "Duduk depan ni," Cikgu Aireen mengarahku sambil matanya masih kekal di skrin laptopnya.

                  Aku terus duduk di hadapannya. Kakiku bergetar masih gementar.

                 "Awak cuba nak lari dari saya ke Safiya?" Soal Cikgu Aireen tanpa memandangku. Aku membulatkan mata.

                 "Eh tak adalah. Saya tak cuba lari dari cikgu pun,"

                "Saya nampak awak mengelak dari saya semalam Safiya," Cikgu Aireen menutup laptopnya lalu anak matanya merenungku tajam. 

                  Jantungku berdegup laju. Lidahku bagai tidak mampu membalas kata-kata Cikgu Aireen. Sejujurnya..... Ya, aku cuba lari dari Cikgu Aireen sebab aku fikir kalau aku tak balas cikgu akan lupakan apa yang dia tawarkan dekat aku.

                  "Awak ingat saya akan senang-senang assume awak tak terima tawaran saya?" Soal Cikgu Aireen. 

                    Sekali lagi jantungku berdegup laju. Cikgu Aireen macam boleh baca fikiran aku. Dia tahu semua benda yang aku fikir. Renungan Cikgu Aireen yang tajam itu bagai mencengkam jantungku supaya berhenti. Leherku juga seperti dicekik sehingga membuatku tidak mampu bernafas dengan normal dan tidak mampu beercakap.

                "Saya dah bagitahu awak Airiel adik saya. Saya takkan senang-senang lepaskan awak Safiya. Paling tak pun saya nak awak keluar dari sekolah ni. Kalau awak tahu tapi awak tak nak tolong saya baik awak keluar dari sekolah ni," Ujar Cikgu Aireen.

                  "Cikgu, sa- saya minta maaf. Saya janji takkan lari dari cikgu lagi," Akhirnya mulutku boleh bersuara semua. Aku tunduk tidak mampu merenung mata Cikgu Aireen.

                  Cikgu Aireen tersenyum.

                   "Tak apa Safiya. Jangan takut dengan saya. Awak masih baru dekat sekolah ni. Saya faham kenapa awak buat macam tu," Ujar Cikgu Aireen. Suara Cikgu Aireen yang tadi kedengaran kasar berubah lembut pula.

                    Aku perlahan-lahan mengangkat kepalaku. Renungan yang tadi tajam merenungku sudah hilang. Kali ini renungan itu nampak mesra dan perlahan-lahan membuatku lega.

                    "Awak dah datang sekarang ni. Awak dah ada jawapan?" Soal Cikgu Aireen. 

                    "Sa- saya....,"

                   "Ya, Safiya,"

                  "Saya-," Baru aku ingin memberi jawapan, pintu bilik itu tiba-tiba dikuak kasar. 

                   "Kau buat apa ni?" Satu suara garau mencelah dengan kasar dari belakang. 

                  Aku berpaling ke belakang lalu mataku membulat melihat tubuh Airiel yang berdiri di hadapan mataku. Cikgu Aireen juga terkejut melihat Airiel berada di biliknya.

                  "Airiel," 


┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u ed

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

668K 27.4K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
667K 25.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
197K 13.4K 54
[INI KARYA PERTAMA SAYA JADI KEMUNGKINAN AYAT BERTERABUR] Kembalinya 4 orang gadis ke tanah air dengan satu matlamat yang harus dicapai dan kembaliny...
169K 10.9K 33
Adam Hirdy | Azalea