Ada Hantu?

Par _mik4yl4_

309 15 0

=>Cerita ini ditulis melalui pengalaman sendiri dan orang sekeliling. =>Percaya kewujudannya? Percaya dengan... Plus

:1:Sekolah
:2:Kum Kum
:4:Mayang Di ulek
:5:Suara
:6:Periuk Nasi
:7:Demam
:8:Tandas
:9:Pokok
:10:PLKN 1
:11:PLKN 2
:12:Guli

:3:Corner Kambing Ulu Yam

37 1 0
Par _mik4yl4_

Trutt.. truttt...

"Hello weh. Tolong bleh?"-aku

"Wo! Ha tolong ape?"-Ad

"Boleh hantar kan aku balik Uluyam tak malam karang? Dalam pukul 10:30?"-aku

"Maai awalnya ko suruh aku hantar? Nak buat ape?"- Ad

"Saja je rindu kampung. Aku kat Shah Alam ni. Nanti baru aku balik. Tu lewat sikit mintak tolong ko hantar. Kalau tak boleh tak pe la"- aku

"Aku on je. Tapi merempit boleh? Sebab aku malas bawak kereta,"-Ad

"Ok on. Thaks beb"-aku

So malam tu pun aku gerak dengan Ad balik kampung aku dalam pukul 11.00 malam. Biasa la janji melayu, mana selalu tepat. Lebih-lebih lagi masa. 😬😬

Tengah aku atas motor dengan si Ad ni, aku terexcited sebab nak balik kampung kan. So aku pun menyanyi dengan girang atas motor sambil melilau tengok kegelapan malam. Gilo ko sekarang dah jam 11 lebih.

Tengah syok menyanyi tu tetibe aku rasa macam tak sedap hati. Aku nak tanya Ad tapi aku risau dia takut pulak. So aku diamkan aje. Tetiba Ad tanya.

"Weh! Ko ok tak? Tetiba diam je. Selalu sampai kesudah ko bising. Kalau ko tak nyanyi ko berceloteh sampai kelebam. Ni tetiba diam je nape?"

"Aku mengantuk la Ad. Bosan la. Kiri kanan hutan." Bohong aku.

"Owh kalau ngantuk ko tidur la tapi peluk aku kuat-kuat. Nanti jatuh naya pulak"

"Ah! Tak kuasa aku. Pervert punya Ad. Weh Ad.."

"Ha kenapa?"

"Ha?? Erm.. erm.. tak ada apa-apa lah. Aku peluk ko tau? Sebab nak tidur. Kang jatuh pulak." Aku berseloh sambil tergagap dekat Ad.

Ad yang tak tau apa-apa ingat aku malu sebab nak minta kebenaran peluk dia. Hello kalau ikutkan pun tak hingin aku nak peluk si Ad ni. Walaupun dia handsome tapi tetap bukan taste aku. Huh!

Dia tak tau yang masa lalu kat corner kambing tu aku nampak Kakak Hodoh duduk tegak dekat tepi tugu yang ada dekat selekoh tu. fuhhh!! Nasib Kakak Hodoh tu duduk situ diam-diam je tak buat apa. Berdesup jantung aku bila nampak dia tepi tugu tu. Giler dekat kot!! Jarak dalam 100meter je. Ni kalau Si Ad yang nampak alamat eksiden la kitorang.

Ramai kan yang tau tentang selekoh kambing dekat jalan ke Uluyam tu. Situ memang banyak makan darah. Tu yang aku nampak mungkin salah seorang dari mangsa kemalangan jalan raya.

Sedekah Alfatihah dekan mangsa yang pernah kena kat kawasan situ.

So aku diam dan pejam mata sampai la dekat area kampung aku. Bila dah sampai tu Ad nak terus balik tapi aku tak bagi. Bahaya weh dia sorang nak redah balik Gombak. Tak memasal aku dengar berita ada orang kemalangan pulak nanti.

Tapi Si Ad ni dengil nak jugak balik. Disebabkan kedegilan melampau. Aku pun ceritalah kenapa dan mengapa aku peluk dia dan diam sepanjang jalan. Ha kau! Terduduk Si Ad dengar. Sudahnya dia overnight kat kampung aku. Dah cerah sikit baru dia balik. Itupun ikut rawang..

Sorry Ad tersusahkan tanpa sengaja. Berbakul aku kena bebel dengan Ad. Tu lah nak sangat balik malam-malam. Kawasan hitam pulak tu. hehehehe~~~

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

43.4K 2.2K 30
[Based On Reality] Semua kisah yang diceritakan adalah pengalaman sendiri, sahabat handai, saudara mara dan lain-lain. Start ; 23.02.2017
19.8K 1.2K 20
DISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.
68.1K 4K 18
Masalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit...
36.6K 3.6K 56
Hai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!