She's Mine

By queenvasya

38.6K 3.1K 204

Kisah seekor musang yang boleh bertukar menjadi seorang lelaki. Lelaki yang berumur 17 tahun bernama yoon tae... More

Bermulanya Sumpahan
Membawa Pulang
Siapa kau ?
sekolah
shopping
soalan ?
Hari pertama sekolah
Jelouse ??
Pemilihan Pemain
sembunyi
Pantai
Mimpi Part 2
Pulau Puaka
Mana Yoon Tae?
Rindu
Rindu 2
Berkata Jujur
Maaf Tae
Di Rumah Hitori
Amusement Park
Kisah Silam
Hari Ahad
Hari Perlawanan
Janji Hediaki
Minta Tolong
Hasutan
Tertangkap
kemunculan?

Mimpi

1.5K 118 1
By queenvasya

Di pagi hari selepas yurika pergi meninggalkan rumah untuk ke sekolah, tae mula membersihkan rumah. Selepas tae menyidai pakaian yang dicucinya, dia duduk dan menyandarkan dirinya di bawah sepohon pokok yang rendang di halaman hadapan. Tae berasa sangat bosan. Tae mendongak ke atas untuk melihat daun-daun pokok tersebut, namun tae melihat seekor kucing sedang memandangnya ke bawah.

Tae mula bertukar menjadi musang dan memanjat keatas. Kucing itu seperti ketakutan melihat kejadian tersebut. Tae cuba mendekatinya, tetapi kucing itu cuba mengelaknya dan bersembunyi di belakang dahan-dahan kecil. " meh ...meh sini.. aku cuma nak berkawan dengan kau je kucing " kata tae. Kucing itu memandang pelik kepadanya. " kau takut dengan aku ke? " katanya lagi.
Tae menukarkan dirinya kembali kepada manusia. Tae panggil kucing itu berkali-kali. Namun kucing itu seperti jual mahal untuk mendekatinya. Tae akhirnya berputus asa dan hanya sandar di dahan pokok sambil bersiul perlahan. Tiba-tiba, kucing itu mula datang dan tidur diatas pehanya. Tae hanya tersenyum dan terus bersiul dan terlena.

Manakala yurika pula,...

Di sekolah...

Yurika ashik teringat akan kejadian pagi tadi dirumah. Dia cuba fokus didalam kelas tetapi bayangan wajah tae muncul didalam fikirannya. Yurika tersenyum sendiri dan mukanya kemerahan menahan malu.
Sahabatnya umi melihat kehairanan dengan kelakuan yang ditunjuknya hari ini.

Sewaktu rehat, umi dan yurika rehat bersama. Umi bertanya kepada yurika,

Umi :kau ok ke tak ni yuri ? Lain macam je harini.. senyum sorang-sorang macam orang bercinta jeee..
Yuri : ehh.. mana ade laa.. aku ok je..(sambil tersenyum lebar melihat bekal makanannya yang dimasak oleh tae..
Umi : Tengok makanan pun dah senyum sorang-sorang... kronik dah kau ni..( sambil tersengih)
Umi: entah-entah min gyu ada luahkan perasaan suka kat kau ke ?
Yuri : ehh.. mana ada la.. memang la aku cakap kat kau aku suka min gyu tapi.... sejak dua menjak ni...entah la..

Umi berasa hairan melihat yurika. "Tak kan aku nak cakap kat umi yang aku asyik teringat kat tae.. kan aku cakap tae tu cousin aku.. mesti dia ingat aku pelik nanti" kata yurika didalam hatinya. Yurika ingin memberitahu kepada umi tetapi risau akan umi salah faham. Yurika hanya mengubah topik lain untuk bercakap. Tak lama kemudian loceng waktu rehat pon berdering dan mereka masuk ke dalam kelas.

Dalam perjalanan ke kelas, yurika dan umi berselisih dengan min gyu dan rakannya Hediaki.

Nama: hediaki ( 17 tahun) ( kawan sekelas min gyu)

" hai yuri.." tegur min gyu. " yuri je ke ? ... 😏" kata umi kepada min gyu. " hai umi.. hehee..korang free tak lepas balik sekolah? Sebab ingat nak ajak pergi makan..ada kedai baru bukak.. sedap katanya.. nak tak ?"..kata min gyu.
Yurika berasa sangat gembira kerana yurika memang sudah lama meminati min gyu. Mereka menjadi rapat kerana sering berjumpa di padang bola keranjang. yurika merupakan salah seorang dari ahli pesorak pasukan.

Namun yurika menjawab, " maaf... saya ada hal penting nak selesaikan harini.. sorry.. lain kali kita makan sama-sama ok .. ". Umi hanya terdiam dan berasa pelik kerana yurika tidak pernah tolak pelawaan min gyu. Mereka pun masuk kedalam kelas.

Tae dirumah...

Tae yang sedang tidur telah bermimpi sesuatu. Datang seorang lelaki dan beberapa ekor makhluk hitam. Lelaki itu bertopeng putih dan berambut hitam. Lelaki itu perlahan-lahan membuka topengnya dan ia merupakan seorang lelaki yang sama seperti tae iaitu separuh manusia dan separuh musang.wajahnya kelihatan sayu. Lelaki itu menhulurkan tangannya dan berkata" pulang lah...".

Tanpa sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, tiba-tiba hujan turun dan membasahi wajah tae. Tae terus terjaga dari tidurnya. Tae tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan didalam mimpinya itu.

Tae melihat kucing yang tidur bersamanya telah pun tiada. Tae turun dari pohon dan masuk kedalam rumah. Tae melihat ke arah tingkap dan memandang air hujan yang sedang membasahi lantai diluar rumah .

Jam telahpun menunjukkan waktu senja, namun yurika masih belum pulang.

Tae berasa risau. Dia merisaukan keadaan yurika lalu keluar tanpa membawa payung dan cuba mencarinya. Dia cuba mencari bau yurika untuk menjejakinya tetapi bau hujan telah membuatkan tae sukar untuk mencarinya.

Tae hanya meneruskan perjalanannya tanpa arah tuju. Tiba-tiba tae berhenti dan menyedari bahawa dia telah jauh berjalan dan tidak tahu dimana dia berada. Tae berhenti dan mendongak ke langit sambil berkata "tolong lah.. aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang lagi". Tangisan tae hanya ditutupi air hujan yang mengalir diwajahnya.

Dalam masa yang sama yurika yang dalam perjalanan pulang terlihat tae yang sedang berdiri keseorangan mendongak ke langit.

Yurika terus menarik lengan tae dan berkata "apa kau buat kat sini dalam hujan macam ni... kau boleh demam nanti tau tak..". Tae yang terkejut dengan kehadiran yurika terus mendiamkan diri. Tae hanya melihat Yurika dari belakang yang tidak henti membebel kepadanya.

Setelah tiba dirumah. Tae masih tidak berkata apa-apa dan duduk diatas sofa. yurika meletakkan payung yang dipegangnya. Dia berlari mengambil tuala dan mengelap kepala tae yang sedang kebasahan. Yurika mula perasan akan tae yang tidak bersuara dari tadi. " tae?? Kau ok tak ni? Kenapa kau diam jee dari tadi... atau kau demam??" Soal yurika kepada tae. Tae terus memeluk yurika yang sedang berdiri dihadapannya dan menjawab " aku ingat kau akan hilang dalam hidup aku ". Yurika membalas pelukan tae sambil menggosok bahu tae dan berkata, "jagan risau.. aku tak akan pernah tinggalkan kau tae...aku kan dah janji akan jaga kau..".


....................................
Bersambung...

Haa macam mana...
Korang rasa siapa lelaki yang dalam mimpi tae tu ?
Dan hal penting apa yang yurika buat sampai lewat senja?.

Nak tahu??
Sila tunggu episode yang akan datang.. 😙

Continue Reading

You'll Also Like

655K 37.9K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
149K 5.2K 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu...
6M 311K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
365K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...