Aku kira aku tamak
Sedangkan dulu aku sudah berjanji
Untuk tidak menuntut apa-apa dari mu
Aku kira aku tamak
Sedikit sebanyak
Aku mahukan dirimu kembali dalam hidupku
Aku kira aku tamak
Melanggar pantang yang ku karang sendiri
Lalu memakan diri
Ya, aku tamak
Aku cuma mahu kau sedari
Aku wujud disini