Bittersweet illicit

By FiaFarisya

29K 901 135

Esmeralda Hanne. Sebut je nama dia, satu college kenal. Wajahnya sempurna seperti namanya. Tetapi kecantikan... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21

Bab 2

1.6K 39 1
By FiaFarisya

HAN's POV

"Ehem! Ehem!" Kedengaran suara orang berdehem.

Terkejut! Segera aku melepaskan sepasang bibir itu. Tubuh Lyana ku tolak perlahan.

"Ceh, kau rupanya! Aku ingat siapalah tadi." Ucapku selamba. Melissa Alyyra, sahabat baikku sejak sekolah rendah lagi.

Matanya tajam menikam mataku.

Okay, aku faham maksud disebalik renungan itu.

Segera ku menoleh semula ke wajah Lyana. "Lyana, you dah dapat apa yang you nak, so now.. you dah boleh lupakan I. But thanks though, for that kiss." Hanya senyuman manis yang aku lemparkan. Lyana berlalu pergi dengan senyuman kecil.

"Now, apa yang kau nak?" Tanyaku kasar.

"Aku nak kau. Boleh?" Sinis Melissa bersuara.

"Serious?" Aku menjawab dengan senyuman nakal. Jelas terlintas idea nakal dalam fikiranku.

Aku mula mendekatinya. Dia hanya tersenyum sinis. Tercabar egoku. Kakiku melangkah semakin mendekatinya. Dia yang mula tak keruan segera mengundur selangkah kebelakang sehingga tubuhnya tersentuh dinding. Aku melekapkan tanganku di dinding.

Yes, dia tak boleh lari dah!

Jarak antara kami sangat rapat. Aku melekatkan dahiku dengan dahinya. Senyuman sengetku bak kata Lily, senyuman yang buat dia tidak tidur malam, aku pamerkan. Jarang aku pamerkan senyuman sengetku. Takut makin ramai jatuh hati padaku lagi.

"A..ap...apa yang kau nak buat ni?" Ujar Melissa. Bergetar suaranya.

"Laaa, tadi kau kata kau nak aku." Aku semakin merapatkan wajahku.

"Kau tahukan.. aku gurau je." Ucap Melissa sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. But still, jelas terlihat yang dirinya tengah cuak.

"Well, Lissa. Kau nak akukan tadi. Ni aku nak bagi la ni. You want me? Then.. I will give you-Me!" Wajahku semakin merapat. Jarak antara kami hanya beberapa inci.

Mata Melissa sudah tertutup lama. Takut bercampur marah. Tangannya pun sedikit menggeletar.

Tanganku mengusap lembut pipinya. Sebelah tanganku lagi sudah merangkul lembut tubuhnya. Dengan sekelip mata, bibirku sudah mendarah di dahinya.

Dahi je okay. Korang ni, fikir bukan-bukan. Hahaha!

"Lissa, lain kali.. jangan cabar aku. Aku ni pantang dicabar. Kang aku buat kau jatuh cinta kat aku.. baru tahu." Gurauku bersahaja. Merah muka Melissa, aku perhatikan.

"Kau ni Han. Suka sangat mengusik. Melampau pulak tu usikan kau. Jangan lupa, aku straight okay." Tegas Melissa bersuara.

"Eleh, macamlah yang lurus tak boleh dibengkokkan. Kena caranya, bengkoklah dia. Haa! Kau kacau make out session aku ni.. asal?"

"Ohh.. tak. Aku nak bagitahu ni. Ada lecturer baru masuk. Gantikan Sir Azeem. Lepas ni.. kelas dia lah. Kau nak skip tak? Sebab dengar cerita, lecturer tu.. fresh lagi. Fresh graduate. So, mungkin bosanlah. Amacam? Skip nak?" Bebel Melissa panjang.

Lecturer baru ehh? Hurmm.. what do you say? Patut tak aku skip? Ke.. aku stay je dalam kelas? Layan lecturer baru tu?

"Hurmm.. aku nak stay la. Tak nak skip. Nak jugak aku tengok cara lecturer baru ni ajar. Hope tak macam Sir Azeem la. Pergh, Sir Azeem ajar, aku tak pernah faham. Dah la subjek Biologi. Aku ni, lemah sikit bab-bab sains ni. Stay la. Kita tengok dulu. Kalau okay, kita stay. Kalau bosan, kita blah." Aku mencadang.

Bernas bukan idea aku? Hehe. Terperasaan pulak.

"Yes boss!" Balas Melissa sambil membuat tabik. Dah macam askar dah.

"Dah. Jom masuk kelas. Lambat pulak nanti."

"Jom!"

Continue Reading

You'll Also Like

38.7K 1.9K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
480K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
269K 10.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
42.4K 5.1K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...