Bad Boy You're Mine (rewrite)

By nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... More

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 0 5

13.3K 730 73
By nuggetcaramel_

"Tengku Airiel Hanafi tu adik cikgu?!"

                 "Shhhh! Ni rahsia antara cikgu dengan awak je Safiya. Orang lain tak tahu. Bukan setakat tak tahu, tak pernah tertanya," Ujar Cikgu Aireen dalam nada berbisik. Aku mengangguk walaupun masih terkejut.

                "Kenapa tak nak orang lain tahu cikgu?" Soalku. Cikgu Aireen tersenyum.

                "Sebab saya malu. Safiya awak ada dengar tak orang kata muka awak macam seseorang?" Soal Cikgu Aireen tersenyum. Aku mengerutkan dahi lalu menggeleng.

               "Sama dengan siapa cikgu?"

               "Seseorang yang penting dalam hidup Airiel. Awak nak tolong saya tak? Wujudkan keadilan dalam sekolah ni?" Soal Cikgu Aireen tiba-tiba. Aku memandang pelik ke arah Cikgu Aireen.

              "Macam mana cikgu?" 

            "Awak cuba rapat dengan Airiel dan cuba ubah perangai dia supaya elok sikit," Aku ketawa kecil.

            "Saya nak rapat dengan Airiel, cikgu? Lambat lagi. Rasa benci ni banyak sangat sampai saya tak rasa nak jumpa dia pun," Balasku. Cikgu Aireen tersenyum lagi.

            "Sebab tu lah saya nak suruh awak. Kita jadi api dalam sekam," Cikgu Aireen tiba-tiba memegang tanganku.

           "Api dalam sekam?"

           "Saya nak jatuhkan dia," Aku sudah berasa pelik memandang senyuman Cikgu Aireen.

           "Jatuhkan dia? Tapi, cikgu kan kakak dia," Balasku.

           "Maksud saya, saya nak jatuhkan ego dia. Dalam keluarga saya, ada sesuatu yang tidak adil. Kalau awak tolong saya, keadilan akan wujud dalam keluarga saya juga. Betul tak?" Cikgu Aireen memandang anak mataku seperti berharap.

             "Ermm.. Saya rasa saya tak bolehlah cikgu. Cikgu cubalah cari orang lain," Aku menarik tanganku dari genggaman Cikgu Aireen.

            Cikgu Aireen terus memegang kedua-dua belah bahuku. 

         "Awak, " Cikgu Aireen berdiri lalu anak matanya tepat merenung anak mataku. Aku pula memandang Cikgu Aireen terkejut.

          "Eh,cikgu,"

           "Tak ada orang lain dalam sekolah ni yang ada keinginan untuk lawan Airiel. Awak satu-satunya orang yang saya jumpa dan orang yang saya nampak ada harapan untuk jatuhkan Airiel. Saf, kalau awak tolong saya, saya tolong awak dapat kolej bagus nanti. Nak?" Cikgu Aireen tidak berhenti memujuk aku. Aku mendiamkan diri.

           Dahiku berpeluh. Aduhai, aku tak nak lah sia. Tapi, rasa bersalah pula nak tolak. Farah mana kau ni? Cepatlah datang.

           Tiba-tiba telinga kami terdengar pintu bilik guru terbuka. Kami terus menoleh ke arah Farah yang melangkah masuk dengan membawa segelas air mineral sejuk. Farah nampak berpeluh-peluh macam jauh sangat.

          "Cikgu, cikgu kata Cuckoo yang situ rosak. Pak Cik cleaner tu kata elok je," Ujar Farah. Cikgu Aireen terus melepaskan pegangannya di bahuku.

           "Letak atas meja ni. Terima kasih Farah,"

            "Sama-sama, cikgu,"

            Cikgu Aireen tiba-tiba mendekatkan bibirnya dengan telingaku lalu dia berbisik. Farah memandangku terkejut.

              "Saya harap awak tak cakap dengan orang lain apa yang kita bincangkan hari ni. Saya tak nak benda ni tersebar. Saya bagi awak seminggu untuk awak fikir. Nanti dah ada keputusan jumpa saya," Bisik Cikgu Aireen membuatkan aku berdebar. Aku mengangguk lalu Cikgu Aireen perlahan-lahan menjauhkan bibirnya dari telingaku.

             Senyuman manis Cikgu Aireen ditayang ke arahku. Aku membalas senyuman cikgu dengan senyuman palsu sambil mengangguk.

             "Awak boleh masuk kelas. Semuanya dah selesaikan? Terima kasih adukan dekat saya," Ujar Cikgu Aireen. Aku dan Farah mengangguk.

            "Sama-sama cikgu," Ujar Farah. Dia terus menarik lenganku menyuruhku pergi dari situ. Aku masih termenung.

           "Weh Safiya," Suara Farah menyentak lamunanku. Aku memandang kiri dan kanan, kami sudah berada di luar. 

            Kepalaku ditoleh ke arah Farah. Farah mengangkat kedua-dua belah keningnya.

           "Kau kenapa?" Soal Farah. Aku menggeleng dan tersenyum palsu.

           "Tak ada apa-apa,"

          "Cikgu Aireen ada cakap kasar dekat kau ke?" Soal Farah. Aku terus menggeleng laju.

         "Tak adalah Cikgu Aireen baik jelah dengan aku. Kenapa kau cakap macam tu?" Balasku. Lah Cikgu Aireen pula yang kena tuduh. Padahal dia tak ada buat apa-apa pun dekat aku.

          "Kalau macam tu jom lah masuk kelas," Kami terus melangkah menuju ke kelas.


           Tanganku dengan laju menyalin nota yang cikgu tulis di hadapan sementara Farah di sebelahku sibuk menceritakan tentang kucing yang dia baru beli semalam. Farah ni memang mulut dia tak boleh ditutup. Sentiasa ada benda nak dicerita.

            Walaupun baru seminggu lebih aku bersekolah disini, aku dah rapat dengan Farah macam dah kawan bertahun-tahun. Bukan Farah saja, Fathia, Ainul, Farisya dan Iman. Sejujurnya, ini kali pertama aku ada kawan yang ramai macam ni. Di sekolah lama, ramai yang tak suka aku. Sebab aku akak pengawas paling kuat bagi denda dekat orang.

            "Okay semua. Esok saya nak awak semua bentangkan powerpoint yang saya suruh buat tadi. Saya dah bagi tajuk kan? Cuma belum bahagikan kumpulan je," ujar cikgu Ardeliya dihadapan kepada murid kelas 5 Emerald. Tiba-tiba matanya tertangkap ke arah Khairul yang sedang termenung keluar tingkap.

            Pap!!

              Cikgu Ardeliya mengetuk meja Khairul menggunakan pembaris panjang lagenda papazolanya. 

            "Amboi Khairul! Nampaknya simen tu lagi cantik dari sayalah ya sampai tak berhenti tenung lantai tu!" perli cikgu Ardeliya. Tapi, apakan daya Khairul yang bengong masih termenung. Pekak ke apa budak ni?

           Pap! Pap! Pap!

            "Khairul!!"

             Khairul tersentak. Dia terus menoleh ke arah kawan sekelasnya yang memandangnya tersenyum nakal. Khairul mengerutkan kening lalu perlahan-lahan dia alihkan matanya ke arah wajah Cikgu Ardeliya yang bengang.

                 "Apa cikgu? Cikgu ada panggil saya ke?" tanya Khairul perlahan.

             Cikgu Ardeliya menarik dan menghembuskan nafasnya dengan laju. Giginya diketap. 

                 "Awak ni ada masalah pendengaran agaknya Khairul. Awak Pergi berdiri dekat depan!" arah cikgu Ardeliya sambil bercekak pinggang.

               Khairul terus berdiri lalu perlahan-lahan menghayunkan kakinya ke hadapan kelas dengan bingung. Dia terus memandangku. Aku menjelingnya. Apa pandang pandang? Dah lah tadi halau orang!

               "Sekarang ni saya nak kena buat apa dekat awak ni? Nak rotan tak boleh, anak dato tak boleh disentuh," tanya Cikgu Ardeliya.

               "Suruh dia buat Chicken Dance, Cikgu," 

              "Dance lagu Hot Sauce lah, Chicken dance nak buat apa?" 

                "Suruh dia twerk lah cikgu!"

               "Tanya dia dalam kelas ni siapa paling dia suka!"

               Rizqin tersenyum nakal lalu dia membuka mulut ingin memberi pendapat. "Suruh dia-," Kata-katanya terhenti apabila Khairul menjeling tajam ke arahnya.

               "Erm, suruh dia duduk tempat di balik jelah," Ujar Rizqin lalu mencebik. Zarif yang duduk di sebelahnya tergelak besar. 

            Kelas itu masih riuh apabila pelajar-pelajarmemberikan pendapat masing-masing. Khairul menggenggam penumbuknya. 'tak guna punya classmates!!' getus hatinya. 

             "Ha sudah! Bab ni laju je eh awak bagi idea! Time saya suruh jawab soalan dalam buku latihan, semua diam," Celah cikgu Ardeliya meredakan keadaan. Cikgu Ardeliya tiba-tiba memetik jarinya.

             "Pergi duduk luar," arah cikgu Ardeliya. Khairul membulatkan matanya terkejut tetapi dia hanya akur dengan arahan cikgu. 

              "Pergi jalan itik sampai sampai kelas 5 Diamond lepastu bila sampai depan saya cakap minta maaf," arah Cikgu Ardeliya.

             Semua murid kelas 5 Emerald ternganga. Biar betul ni?! Student hot kena jalan itik?! Ada juga yang tersenyum nakal menyaksikan detik bersejarah ini.

           "Jangan main main,cikgu" Khairul tersenyum pucat.

           "Awak ada nampak macam saya ni tengah main-main ke?" tanya cikgu Ardeliya mendatar.

             Khairul menghela nafas berat. Dia kemudian membuka blazer hitamnya lalu diberikan kepada pelajar yang duduk di hadapan. Kedua belah lengan baju dilipat sehingga ke atas siku. Dia terus bercangkung.

             Khairul berasa lega kerana cikgu Ardeliya hanya menyuruhnya berjalan itik sehingga ke kelas 5 Diamond kerana 5 Diamond hanya lah selang 1 kelas dari kelas 5 Emerald. Kalau sampai kelas Garnet memang mampus dia!

             Khairul terus membuka langkah menuju ke 5 Diamond. Bermulalah detik bersejarah yang memalukan baginya. Meledak ketawa kami semua di dalam kelas 5 Emerald termasuk Cikgu Ardeliya. Aduhai.. Simpati tu ada, tapi gelak itu juga ada.

              Aku yang duduk di dalam kelas 5 Emerald tersenyum puas melihat dia kena denda. Mungkin balasan sebab halau aku tadi. Karma mempertahankan orang yang salah!

            Sampai di hadapan kelas 5 Diamond, Khairul mengeluh. Dia terus memusingkan badan ingin menuju ke kelasnya semula. Dia sedikit bersyukur kerana kelas 5 Sapphier dan 5 Diamond kosong kerana pelajarnya bergerak ke makmal cyber dan schoolnet. Sebab itu jugalah dia menerima denda Cikgu Ardeliya. Ikutkan, dia boleh saja meminta denda lain.

           Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila ternampak kasut jenama BOSS yang amat di kenali di hadapannya. Kasut itu dibuat di Europe dan Khairul amat tahu siapa yang memakai kasut tersebut. Dia terus mendongak.

          "Airiel....." ujar Khairul perlahan.

            Airiel memandang ke bawah dengan terkejut dan malu. Kawan sekelas Airiel yang lain berdiri di belakang. Mereka terkejut melihat Khairul yang bercangkung di bawah. 

           "Apa kau buat ni bongok?!" Soal Airiel mendatar. Dia memandang Khairul dengan malu. Tak tahu kawan siapa. Kutip kutip.

            "Uish! Rajin  tengahari buta ni kutip kuman dekat lantai," Ujar Hakim lalu menekup mulutnya. Takut-takut bunyi ketawanya keluar.

          "Diamlah kau kim. Aku kena denda ni," Balas Khairul mendatar. Wajah Hakim direnung tajam.

           Airiel tersenyum nakal lalu menolak Khairul ke belakang sehingga Khairul terjatuh sebelum berlari menuju ke kelasnya. Kawan sekelas Airiel yang lalu di sebelah Khairul mentertawakan Khairul yang kini duduk di lantai. Khairul pantas bangun lalu dia mencarut.

            "Sh*t,"


 "HAHAHAHAHA. Kelakar dhooo.. Kesian Khai kena jalan itik," ujar Iman masih dalam sisa tawanya. Masih tak boleh move on lagi dengan denda yang dikenakan kepada Khairul tadi. 

             "Kau gelak apa Iman? Time Khai kena denda kau tidur sebelah aku, kau cover guna buku teks. Cikgu ingat kau tengah salin nota dekat whiteboard," Balas Ainul.

             "Diamlah kau Nul. Aku nak buat buat tahu je. Yang kau orang tak kejut aku kenapa? Aku asyik terlepas je peristiwa-peristiwa yang best," Iman memandang Ainul tak puas hati. Ainul menjelirkan lidahnya mengejek Iman.

             "Tak baik lah kau ni. Cuba kau yang kena. Kau marah juga kan?"Celah Fathia sebelum dia menghayunkan kakinya menuju ke kantin meninggalkan kami. Kami berlima hanya memerhati.

            "Asal dia tu? Tiba-tiba je jadi macam tu," Tanyaku pelik. Lah kenapa pula tiba-tiba moody ni? Period ke?

            "Entah dia tu. Padahal dia paling tak suka Khairul sebab Khairul suka kacau dia dari tingkatan 1. Kan, Farisyah?"Soal Farah kepada Farisya.

           Keempat-empat gadis itu terus memandang kearah Farisya menunggu jawapan. 

            "Laa... Kenapa tanya aku pula? Aku lagila tak tahu. Aku kan kelas lain," ujar Farisya sebelum menyuap coklat Farero Rosher kedalam mulutnya.

         "Bukan kau kata kau tak suka coklat tu ke?" Soal Ainul.

           "Dah ade junior bagi, aku makan jela. Yang korang pandang aku tak puas hati ni kenapa?" Balas Farisya.

             "Iyelah tu. Kau ada peminat ke ha, Farisya Husna?" Ainul tersenyum nakal.

             "Ha'ah ada. Aku kan famous. Biasalah. Bukan macam kau, lipas je suka kau," Balas Farisya pula ingin cari gaduh.

            "Eh kau ni," Ainul terus melangkah ke arah Farisya lalu mereka bergaduh disitu.

           "Dah jom gerak gi cafeteria. Kang jap lagi habis makanan pula. Sekejap lagi dah start Koko," Putusku apabila melihat rakan-rakanku menjadi kaku disitu melihat Ainul dan Farisya bergaduh. 

            Harini kami balik lambat sebab ada waktu Kokurikulum. Saja bagitahu. Wek. Pendek. HAHAHAHHA.

             "Kau macam pernah nampak makanan dekat cafeteria tu habis? Dekat Cafe sekolah aku boleh fahamlah makanan dia habis," balas Iman senada.


Kami terus melabuhkan punggung di tempat duduk di cafeteria. Cafeteria sekolah ni senang sikit bukan macam sekolah lama aku kena berebut kalau tak habis.

               "Weh Iman ada lasagna aku nak makan lasagna. Kau nak apa? Kalau kau nak sama aku ambilkan," Ujar Ainul teruja.

             "Bolehlah nak lasagna. Tapi, kau tambah dekat pinggan aku Spaghetti Aglio Olio sikit, lepastu letak Burger Daging yang dekat sana tu sekali. Letak Sos sekali dekat tepi sebab dia punya Burger sos sikit," Balas Iman lalu menayang senyuman gembiranya sementara Ainul mengetap gigi memandang Iman.

             "Kau pergi ambil sendirilah kambing. Aku tanya 1, kau order 3," Ujar Ainul lalu melangkah pergi dari situ.

            Iman mencebik lalu terus mengejar Ainul dari belakang. Farisya juga bangun ingin ambil makanan. Aku, Farah dan Fathia saja yang tinggal disitu. Tadi, aku ingat nak makan tapi macam malas nak ambil jadi kita duduk. Malas pula nak mengunyah. Ya, aku memang pemalas

          Aku duduk termenung lalu memandang Farah. Aku dan Farah merenung satu sama lain. Tak ada apa ingin dibualkan, kami mengalihkan pandangan ke arah Fathia pula. Fathia mengalihkan pandangannya ke arah kami lalu dia berdeham apabila terasa seperti dia menjadi perhatian di meja itu. 

           "Asal korang te... Tengok aku macam tu?" tergagap-gagap Fathia berbicara. Takut pula bila kawan-kawannya memandangnya begitu. Ceh tadi garang sangat.

           "Nothing," Balas kami berdua serentak.

            "Okay tak nak bagitahu.. Tak apa," Ujar Fathis lalu sambung membaca buku.

           "Sorry!!!!!" Tiba-tiba ada satu suara pelajar lelaki yang bercakap dengan kuat.

           "Arghhh!!"

            Kami bertiga  terus menoleh ke arah manusia yang menjerit itu. Mataku tertangkap ke arah seorang lelaki yang menumpahkan air di atas meja seorang perempuan dengan sengaja.

           Airiel Hanafi?

            "Syaitan sekolah dah datang," Bisik satu suara di sebelah telinga kanan ku.

            Aku terus menoleh ke kiri. Rizqin berdiri di sebelahku sambil tersenyum.

           "Opocot anak gajah meletup," Aku melatah kerana terkejut.

             "Kau ni Rizqin! Buat aku terkejut tahu tak?!" Aku terus memukul bahunya geram. Suka hati dia je terkejutkan aku!

            Rizqin mengaduh kesakitan sambil mengusap bahunya. 

           "Sorry sorry," ucapnya kesal. Sakit juga betina ni pukul.

          "Kalau dah perangai macam ni, aku pun malu nak mengaku jadi kakak dia," Ujarku perlahan memerhatikan Airiel yang sedang duduk di sebelah pelajar perempuan yang dibuli dengan senyuman sinis.

            "Apa Saf?" Soal Farah tidak mendengar bicaraku dengan jelas

            "Eh tak ada apa," Aku menggeleng lalu menguntumkan senyuman.

           Tiba-tiba ada pinggan yang diisi dengan lasagna diletakkan di depanku. Aku mengangkat kepala ingin melihat siapa yang baik hati mengambilkan makanan untuk aku yang pemalas ini. Ainul tersenyum.

             "Baikkan aku?" Soal Ainul. Aku tersenyum gembira dan mengangguk.

            "Baik sangat, thank you," Balasku lalu Ainul meletakkan segelas air anggur pula di hadapanku.

            Aku terus mengangkat gelasku sebelum meneguk air anggur milikku. Baru aku meneguk sedikit air anggur, ada seorang lelaki melanggar kerusi ku sehingga air anggur itu tertumpah pada tudung ku.

             Aku terus berdiri lalu meletakkan gelas itu di atas meja kembali. Tudungku aku usap usap sedikit. Haaa sudahhh.. Tadi buku sains! Sekarang tudung aku pulak.

          Aku terus menoleh ke arah lelaki yang menyepak kerusiku tadi. Airiel Hanafi. Dia ni lagi.

             "Apa pandang-pandang orang macam tu? Tahu lah hensem kan," Ujar Airiel selamba tanpa rasa bersalah. Muka buat macam tak bersalah je.

              "Kau tanya aku kenapa aku pandang kau?! Kau dah puas buli perempuan tadi, tiba-tiba kau nak buli aku ni apa hal?!" Aku merenung anak matanya tajam.

          Airiel terus mengerling kawasan yang terkena air anggur ditudungku. Dia tidak membuat muka bersalah dan hanya merenung aku dengan tenang.

          "Kata nak adil, kau dah kacau aku tadi. Sekarang aku kacau kau balik. Dua-dua dapat. Adil kan?" Airiel menghadiahkan senyuman sinisnya buatku. Aku menggenggam penumbuk geram.

          "Kau boleh tak guna kepala otak kau sikit? Kau tak nampak ke habis tudung aku basah ni?! Aku tak bawa tudung lebih kau tahu tak?!" Marahku lagi. Walaupun aku berani menengkingnya di hadapan orang begini, tapi sebenarnya dalam hati aku dah rasa nak menangis.

           "Kau pakai kot kan? Bukannya nampak pun," Ujar Audrey yang berada di belakang Airiel bersama dengan kawannya yang lain.

           "Attention seeker," ujar Vivy selamba dari belakang sambil memusingkan hujung rambutnya berulang kali.

          Aku merengus geram. Ya, aku tahu aku pkai kot. Tak nampak pun. Sekurang-kurangnya minta la maaf! Dahlah langgar aku pagi tadi tak minta maaf.

           Suasana di cafeteria itu tiba-tiba menjadi sunyi apabila aku dan Airiel bergaduh. Ada juga beberapa orang pelajar yang sedang berbisik- bisik. Tak tahu kenapa hati aku macam tak kuat nak membalas. Aku dah penat.

           Air mataku hampir mengalir. Tak apa Safiya! Kau kena kuat! Jangan sesekali mengalirkan air mata kau depan orang ramai! Malu!

            Tiba-tiba Khairul datang ke arahku. Tanganku diambil dan jari jemariku diseluk ke celah jari jemarinya. Dia terus mencapai blazer hitam milikku yang tersangkut elok di tempat sandar kerusiku. 

            "Tolong bungkuskan makanan ni," ujar Khairul kepada rakan-rakanku sebelum menarikku pergi dari situ. Aku terdiam.

         Mereka semua yang berada di kantin turut terdiam. Mereka semua terkejut dengan tindakan Khairul. Kenapa Khairul buat macam tu?

            Baru aku dan Khairul ingin pergi dari situ, Airiel memanggil nama Khairul.

          "Kau kenapa, Khai?" Soal Airiel. Aku dan Khairul berhenti.

           Khairul berpaling lalu membalas. "Kau tak rasa bodoh ke buat macam ni?" Soal Khairul. 

            Semua orang yang berada di kantin ternganga. Suasana di situ menjadi tegang. Airiel tersenyum sinis.

            "Bodoh?" Soal Airiel.

             "Ya. Cukuplah Airiel kau nak balas-balas ni. Macam orang bodoh," Balas Khairul.

              "Kau pun tahu aku tak buat masalah kalau dia tak cari masalah dulu. Kau pun tahu perempuan tadi buat apa. Dia-,"

              "Aku tak kesah kau nak balas apa pun. Selagi kau tak kacau perempuan ni, aku bersabar. Aku tak nak give up on this girl Airiel," Khairul memotong kata-kataku. Kami terus berlalu pergi dari situ.

              Suasana di cafeteria menjadi seperti biasa pula walaupun semua orang masih terkejut. Airiel pula terdiam kerana kali ini kawan baiknya itu tidak berada di pihaknya.

            "Asal Khai backup perempuan tu?" Soal Daniel lalu menyumbat roti perisa coklat ke dalam mulutnya.

           "Tulah. Tadi, dalam bilik rehat sibuk kata of course dia back up Airiel. Ni dah berubah pula," balas Hakim lalu mengeluarkan cermin kecil miliknya. Dia terus membaiki rambutnya walaupun rambutnya nampak elok. 

          "Handsome boy" Ujar Hakim sendiri apabila sudah puas hati melihat rupanya. Dah kenapa puji diri sendiri.

             "Gila," Ujar Adam.

            "Diamlah kau,"

             Airiel merenung langkah Khairul dan Safiya yang semakin menjauh itu. Jadi dialah. Dia lah perempuan yang Khairul pernah cerita kepadanya.


Khairul terus membawaku ke pondok dihadapan tasik yang selalu kami lepak. Aku terus duduk di kerusi lalu kepalaku tunduk. Khairul terus bercangkung dihadapanku.

             "Apa ni Saf? Takkan benda kecil pun nak nangis. Hari tu boleh je lawan aku. Kenapa tak boleh lawan Airiel?" ujar Khairul memecahkan suasana kekok. Aku terus menyeka air mataku.

          "Mana ada aku nangis!" Aku merengus kasar. Suka suki je cakap aku nangis!

           "My Safiya mana boleh menangis macam ni. Nanti muka dia macam kambing," balas Khairul lalu meletakkan blazer hitam di tubuhku.

          Aku hanya memerhatikan tindakannya. Khairul terus memasang butang pada blazerku.

            "Siap," Ujarnya selepas selesai.

           "Kenapa kau baik?" Tanyaku senada.

           "Baik? Hmm... Entah.. Kalau kau rasa aku baik, aku buat macam tu dengan kau je. Student lain semua tahu perangai aku macam mana," jawab Khairul lalu ketawa kecil.

          "Aku ingat kau benci aku," 

           "Benci? Kenapa? Sebab kau tumpahkan air milo dekat baju aku?" tanya Khairul .

           Aku menggangguk. Khairul ketawa lagi. 

          "Masa tu, aku memang marah tapi sekarang dah tak. Kenapa kau dah rasa aku ni baik ke?" tanya Khairul lagi .

          "Hmmm... Ada masa kau nampak baik, ada masa kau jadi sangat nakal sampai aku rasa nak pijak kau," Balasku.

         "Maksudnya sekarang aku baik?"

            Aku mengangguk lalu membaling batu kecil ke dalam tasik kecil. Suka hati aku je baling dalam tasik tu. Kesian ikan yang kena nanti benjol.

            "Kalau sekarang pun kau rasa aku baik, kau akan terkejut kalau aku boleh buat something yang di luar kemampuan aku," Ujar Khairul terus bersila di hadapanku. Anak mataku di renungnya lama.

             "Kenapa kau perlu buat macam tu?" Soalku sambil tangan masih mencampak batu batu kecil ke tasik.

            "Sebab aku tak suka tengok orang yang aku sayang menangis depan aku," 

            Perlakuanku terus terhenti. Orang yang Khairul sayang?

┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 118 14
Seorang pemuda berkaca mata hitam keluar dari kereta itu mendapatkan aku. Aku sangkakan dia nak minta maaf kot-kot takut tengok muka aku yang seperti...
100K 6.3K 29
Highest #1 in spy [Mohon maaf story agak merapu] CRUEL ANGEL Terdiri daripada tiga orang gadis yang berkerabat diraja. Mereka bercadang untuk berseko...
914K 47.9K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...
55.8K 3.2K 47
[𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓶𝓻𝓼. 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 ] 𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐤𝐚𝐬𝐲𝐚𝐟 ¦¦ 𝐌𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐭𝐚𝐬𝐡𝐚 𝓗𝓮𝓻 𝓒𝓸𝓸𝓵 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 " Awak!! " FAHI...