Reamonia: Academy of Magic (R...

By Nr_Shazs14

5.1K 313 3

"Kenapa kita perlu berkumpul di sini semasa orang lain sedang belajar di dalam kelas?" "Kerana kamu semua ant... More

note
prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
Characters
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
😬pemberitahuan😁
An Updatee
tag

bab 18

188 11 0
By Nr_Shazs14

"Kau nak tahu sama ada aku membuat perjanjian itu atau tak, bukan?"

"Apa kata kau cari sendiri jawapan soalan kau?" Balas Qairana lalu tersenyum sinis. Matanya mula berubah menjadi warna merah seperti darah. Terdapat simbol kilat pada mata kanannya dan simbol ais pada mata kirinya.

"Boneka kegelapan, mara dan bunuh musuhku!"

Boneka-boneka yang dikawal oleh figura itu terhenti daripada pergerakan mereka dan bertindak melawan perintahnya. Figura itu hanya kekal tenang dan mengeluarkan pedang miliknya dan menghapuskan kesemua boneka itu. Dia kemudiannya mula menyerang Qairana yang berada berhampirannya.

"Ciel, lagi sekali-"

Mata Aika terbuntang apabila melihat badannya kini ditusuk oleh tombak milik Yuuki yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. Dia baru sahaja ingin menggunakan gabungan kuasa miliknya dan Ciel semasa figura itu sedang sibuk berlawan dengan Qairana.

"Aika!!" Jerit Ciel sekuat hatinya. Hyunrin yang berada di seberang kedudukan mereka terkedu melihatnya.

"Kuasa kau dan kawan kau agak menyusahkan kami." Kata Yuuki lalu menarik kembali tombaknya. Ciel mula berlari ke arah mereka berdua.

"Kalau aku mati, kau pun akan ikut sama!" Jerit Aika lalu membuat ceracak halilintar menusuki badan Yuuki daripada pelbagai arah. Ceracak itu kemudiannya merenjat badan Yuuki dengan voltan tertinggi.

"Arghh!!!!!"

"Magis air, perangkap air!!" Ciel mengambil peluang itu dengan mengurung badan Yuuki di dalam bebola air gergasi. Gabungan dua kuasa itu menyebabkan berlaku ledakan kuasa yang kuat!

"Ciel! Aika!"

"Qai, ketepi!"

Melihat ledakan kuasa itu membuatkan Qairana tidak fokus pada perlawanan dia dan musuhnya itu. Hyunrin dengan pantas menolak badan Qairana jauh daripada medan misteri yang tiba-tiba sahaja muncul di bawahnya.

"Ledakan tenaga!"

"Arghh!!"

"Hyunrin! Tak guna kau!" Hyunjin dengan pantas menembak kuasa api melalui sayapnya ke arah figura itu manakala Akira pula menguatkan panah api itu dengan kuasa angin miliknya. Arata pula bergegas untuk melihat keadaan Ciel dan Aika yang terkesan akibat ledakan kuasa mereka berdua.

"Ciel! Aika! Mana korang?!"

"Matilah kau!"

Keadaan di medan perang itu seolah-olah terhenti. Suara di sekeliling juga berubah menjadi senyap sunyi. Tiada bunyi ledakan kuasa, suara jeritan manusia bahkan tiada bunyi burung berterbangan di awan. Qairana hanya memerhatikan sekelilingnya yang kini sedang berhenti bergerak.

"Kau pernah dengar tentang kristal masa?"

"Aku pernah dengar tentangnya. Dan aku pernah cuba untuk cari kristal tu. Aku mahu ubah masa silam aku."

"Bila aku 'jumpa' kristal tu, aku tak rasa nak gunakannya lagi. Sebab setiap benda yang kita ubah akan beri kesan pada masa depan."

"Topik perbualan kau agak secara tiba-tiba. Kenapa kau bercerita tentang kristal masa? Mana wujud kristal tu."

"Hehe.. aku tak tahu kenapa aku buka tajuk ni. Tapi Qai, kalau kau diberi peluang untuk hentikan masa, apa yang kau nak buat?"

"Kenakan kawan-kawan aku."

"Ahahaha itu benda yang aku selalu buat! Aku suka ganggu kawan-kawan aku dengan kelebihan aku. Tapi Qai, percaya tak cakap aku yang peluang tu akan muncul juga nanti?"

"Apa maksud kau, V?"

V hanya tersenyum kecil tanpa membalas persoalan Qairana. Dia kemudiannya berlari kecil ke hadapan dan memusingkan badannya menghadap Qairana.

"He will guide you..."

Katanya lalu memegang kepalanya yang tiba-tiba sahaja terasa sakit.

"Aduh, aku ada terhantuk ke tadi? Eh Killer, apa yang kita buat kat sini?"

"Pada mulanya aku tak faham apa yang terjadi masa tu, V tiba-tiba sahaja berubah perwatakan dia seolah-olah ada orang kawal badan dia.."

"Inikah apa yang dia maksudkan masa tu?"

"Kalau betullah apa yang dia cakap,  aku akan manfaatkan masa aku sebaiknya!" Qairana mula berlari ke arah figura itu bersama pedang miliknya. Dia bertindak menusuk badan figura itu berkali-kali lalu segera menjauh daripada tempat itu. Masa kemudiannya kembali berjalan semula dan impak kuasa Akira dan Hyunjin mengena pada badan figura itu. Dia tidak sempat melindungi dirinya kerana kuasanya tiba-tiba sahaja tidak memunculkan diri.

"Qairana!!"

"Kenapa? Kuasa kau tak mahu muncul?" Balas Qairana dengan nada sinis. Tempat tusukan itu mengena tepat pada titik kuasa pada badan figura itu.

"Jadi kau memang buat perjanjian-"

"Aku tak tahu apa yang kau maksudkan dengan perjanjian." Kata Qairana lalu tersenyum.

"Penipu!! Kau dengan si tak guna itu sama sahaja!"

"Siapa yang kau maksudkan?"

"Tchh!!"

Figura itu membaling beberapa kapsul ke arah mereka sebaik sahaja mengetahui bahawa dia tidak akan memperoleh jawapan yang ditanyakan. Kapsul itu kemudiannya terbuka lalu mengeluarkan asap yang sangat banyak sehingga menghalang penglihatan mereka. Dia menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri daripada medan pertempuran kerana dia sudah tidak boleh menggunakan kuasanya.

Tanah mula bergegar dengan kuatnya. Akira menghilangkan asap tebal itu dengan kuasa magis anginnya. Qairana pula segera menggunakan kuasa teleportasi miliknya untuk memindahkan rakan-rakan jauh daripada kawasan itu.

"Kenapa-"

"Kau tak nampak kah? Ada raksasa besar di sana!"

"Mana?"

"Sana lah!!"

Qairana mula berasa tidak sedap hati. Pada pandangan matanya sekarang terdapat beberapa ekor raksasa gergasi sedang membuas di kawasan mereka berada sebentar tadi. Jika dia tidak menggunakan kuasa teleportasi miliknya tadi, pasti mereka telah mati dipijak raksasa itu. Namun soalan yang ditanya oleh Arata dan Hyunjin membuatkan dia berfikir bahawa matanya sedang menipu dirinya.

"Aku juga tak nampak apa-apa, Killer." Kata Cryo pula.

"Qai... Tak tipu.." kata Akira pula yang kini mengundur ke belakang. Dia daripada tadi terdiam kerana masih lagi terkejut melihat saiz raksasa itu yang berganda besarnya.

"Kalau kau tak pindahkan kita tadi, kita dah mati..." Sambungnya lagi. Mulutnya ditutup dengan tangannya.

"Tapi kenapa aku dan Hyunjin tak nampak apa-apa?"

"Aku juga tak nampak apa-apa.."

"Ianya hanya mampu dilihat oleh orang yang mempunyai kuasa kegelapan.." kata Hyunrin yang kini sedang dipapah oleh kembarnya.

"Ehh! Tapi Akira bukannya pemilik kuasa kegelapan!"

"Ahh itu..." Akira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ada sebab kenapa dia boleh lihat raksasa kegelapan itu.

"Tunggu dulu... Mana Auni? Semasa kita berlawan tadi, dia menghilang!" Sampuk Qairana sebaik sahaja menyedari bahawa rakannya yang satu itu tiada di tempat mereka berada.

"Ciel, Kurota dengan Aika juga tiada di sini!" Kata Arata pula apabila melihat hanya kelibat mereka berenam sahaja berada di situ.

"Aku tak biarkan mereka di sana kan?" Soal Qairana dengan nada risau. Dia tak akan dapat maafkan dirinya jika dia melakukan kesilapan itu.

"Jangan risau, Killer. Mereka memang tiada di sana. Cuma aku tak tahu ke mana mereka pergi. Aliran kuasa mereka langsung tak dapat dikesan di sini."

"Pelik.. kalau mereka selamat, aku tak risau sangat.."

"Erm korang, raksasa tu datang arah ni!" Jerit Hyunrin kepada rakan-rakannya. Qairana dengan pantas berlari ke arah raksasa yang menuju ke arah mereka.

"Ice sword, thousand slices!!" Qairana bertindak membelah raksasa itu kepada ribuan kepingan. Sebaik sahaja dia menjumpai jantung raksasa itu, dia segera mencincang sehingga hancur sebelum raksasa itu sempat memulihkan diri.

"Tchh! Kalau aku boleh berlawan sekarang, aku dah tolong Qai! Tapi si tak guna tu berjaya cederakan badan aku di luar tahap pulih."

"Aku tak rasa kuasa aku boleh cederakan raksasa tu. Sebab senjata aku bukan senjata kegelapan seperti Qai.. tapi Hyun, kalau aku tolong kau bergerak, adakah kau boleh tewaskan dia?"

"Mungkin..."

"Curse blood, mors!!"

"Fire magic, hellfire!!"

"Art magic, erased!!"

Belum sempat lagi Akira dan Hyunrin hendak membantu Qairana, muncul pula beberapa individu berpakaian hitam di tempat mereka. Raksasa-raksasa itu berjaya dikalahkan oleh mereka semua yang baru sahaja tiba di situ.

"Suga! Akito! Jake! Apa yang korang buat di sini?" Soal Qairana sebaik sahaja berlari menghampiri mereka bertiga.

"Sebaik sahaja kitorang dapat kesan kuasa ketua musuh di sini, kitorang segera hantar bantuan. Syarikat Golden Voltiac daripada dunia manusia juga hantar bantuan mereka." Jelas Jake.

"Ketua!! Ketua masih hidup!! Saya risau kalau Ryan yang kena ganti tugas ketua kalau apa-apa jadi pada ketua!" Kata Akito dengan nada sebak tatkala terbayang perkara itu terjadi. Dia pantas memeluk tubuh Qairana, berasa gembira melihat ketua kumpulannya masih selamat.

"Kalau Ryan dengar ni, kau mati Akito."

"Korang semua tak apa-apa? Sekejap aku cari healer!" Kata Suga lalu menghilangkan diri. Hyunrin jatuh terduduk setelah melihat kelibat mereka yang baru sahaja tiba di situ.

"Aku... Aku ingatkan bantuan tak akan datang.." katanya lalu mengesat air matanya.

"Maaf kerana kami lambat..." Balas Jake lalu membongkokkan badannya tanda maaf.

"Kamu semua juga diserang bukan? Tak mengapa... Terima kasih kerana telah datang ke sini.." kata Akira pula. Dia tersenyum lemah sebelum pandangan matanya berubah gelap secara tiba-tiba. Arata segera menyambut tubuh badan adiknya daripada terjatuh.

"Akira!"

"Jangan risau... Ni kesan penggunaan kuasa larangan. Dia mungkin tak akan sedarkan diri untuk masa yang lama.." kata Arata pula. Riak wajahnya nampak sugul. Dia tidak mahu adiknya menggunakan kuasa larangan itu, namun peperangan ini memaksa mereka untuk berlawan melebihi had mereka.

"Hey... Tentang kawan-kawan kita yang hilang tu, macam mana?" Soal Hyunjin pula. Qairana meminta anak buahnya untuk mencari keberadaan mereka.

"Qai, kau juga mahu pergi cari mereka? Tapi kau juga banyak guna kuasa kau tadi..."

"Jangan risau, Hyun. Aku tak akan paksa diri aku. Aku cuma... Perlu pastikan sesuatu.." balas Qairana lalu menghilangkan diri.

"Penipu..."



....



...


..


.



"Yugi, kawan aku kata dia suruh kau jagakan abang aku. Jadi di mana dia?" Soal Qairana sebaik sahaja tiba di tempat Yugi berada.

"Kawan kau yang mempunyai kuasa tumbuhan yang ambil abang kau. Dia kata dia boleh bantu untuk pulihkan abang kau.." kata Yugi yang kini sedang bersandar pada sebatang pokok.

"Auni? Jadi dia tiada di sana kerana dia datang untuk cari abang aku?"

"Mungkin. Aku juga tak pasti.. disebabkan dia kawan kau, aku percayakan dia."

"Baiklah kalau begitu. Terima kasih atas pertolongan kau. Rehatlah Yugi, selepas ni banyak kertas kerja menanti kita."

"Q, berhenti ingatkan aku pasal bukit putih tu!"

"Aku nak teruskan cari maklumat, tapi nampaknya badan aku juga dah sampai limit.. tumpang rehat sekali, Yugi." Kata Qairana lalu bersandar pada pokok yang sama. Matanya terus sahaja terpejam. Yugi hanya termenung melihat langit yang kini mula cerah kembali.

"Seharian kita berlawan tanpa henti, mestilah badan kau juga penat. Kau juga manusia biasa yang boleh berasa penat.. Q, maaf..." Yugi juga turut tewas melawan rasa penatnya setelah seharian menggunakan kuasa tanpa henti. Pada masa yang sama, otaknya memainkan semula kejadian yang terjadi semasa dia sedang melindungi abang Qairana.

"Ah! Di sini kau berada! Aku datang untuk bawa Kanata ke tempat lain. Aku boleh pulihkan semula badan dia!"

"Pulihkan semula? Kau juga ada kebolehan menyembuh ke?"

"Lebih kurang..."

"Ya kah? Ataupun itu kuasa rahsia kau? Kau... Herbanise bukan?"

"..."

"Diam bermakna betul. Baiklah kau boleh ambil kawan kau ni. Jangan risau, aku tak akan masuk campur urusan kau dan kawan-kawan kau yang lain. Terasa penat pula berada dalam keadaan waspada untuk masa yang lama.."

"Terima.. kasih.."

"Tiada masalah.."

"Kau... Kau juga simpan rahsia daripada kumpulan kau, kan? Kau pew-"

"Pergi~~ aku mahu tidur sekarang, shuhh shuhh!"

"Ianya bukan rahsia... Mereka dah lama tahu.."




...


..



.


"Hurmm... Hurmm.."

Kelihatan seorang gadis berambut perang sedang sibuk menumbuk beberapa tumbuhan herba yang baru sahaja dikutipnya sebentar tadi. Matanya yang berwarna hijau itu kini memerhatikan tiga individu yang sedang terbaring di atas katil kayu yang berada di tempat itu. Sebaik sahaja herba itu selesai dilumatkan, dia kemudiannya mencampurkan herba itu ke dalam segelas air dan mengulangi tugasan yang sama.

"Ermm.."

"Baguslah kau dah mula sedar, Ciel.." kata gadis itu lalu menyerahkan segelas air campuran herba itu kepadanya.

"Minum air ni untuk hilangkan kesan racun pada badan kau."

"Siapa kau?" Soal Ciel sebelum bertindak untuk minum air herba itu. Reaksi mukanya berubah apabila merasa air itu.

"Seseorang yang berniat untuk membantu kamu.. korang bertiga berada di rumahku." Kata gadis itu lalu tersenyum kecil. Ciel segera menoleh ke arah dua buah katil kayu yang berada pada kiri dan kanannya.

"Kanata... Abang.. macam mana kami-"

"Aerin! Ada yang dah bangun ke?" Ciel segera menoleh ke arah pintu bilik itu apabila suara yang didengarinya sama seperti suara salah seorang rakannya.

"Auni?"

"Oh Ciel! Kau dah sedar! Syukurlah! Aku risau aku terlambat untuk bawa kau ke sini!" Kata Auni lalu memeluk badan milik Ciel.

"Saya dah bungkuskan herba-herba ini untuk diberikan kepada mereka berdua. Bila mereka sedar, beri mereka minum air herba ini, Kristal." Kata gadis itu.

"Bila mereka akan sedar, Aerin?"

"Untuk remaja berambut hitam itu, dalam sehari dua sahaja. Dan yang berambut putih itu, mungkin makan masa seminggu lebih kerana racun itu telah merebak ke seluruh badan dia. Tapi disebabkan kuasa miliknya, dia akan berjaya neutral kan kesan racun itu. Air herba ini akan bantu proses penyembuhan mereka." Jelas gadis bernama Aerin itu.

"Terima kasih Aerin..."

"Jaga diri, Kristal. Kamu juga, Oceana." Muncul cahaya putih menyinari badan mereka berempat. Tak lama selepas itu, badan mereka hilang daripada pandangan mata Aerin.

"Sampai masanya nanti, apabila kamu bersedia. Kita akan berjumpa lagi, si kecil.."



...



"Auni, apa yang terjadi tadi? Macam mana kita-"

"Ciel, boleh rahsiakan kewujudan tempat tu daripada semua orang? Aku... Aku cuma tak nak rahsia aku yang ni terdedah." Kata Auni dengan nada risau. Kini mereka berempat berada berhampiran dengan kawasan sekolah mereka, berdekatan dengan hutan belukar.

"Itu... Kuasa sebenar kau?"

"Itu kelebihan aku... Aku janji aku akan beritahu lebih lanjut nanti. Cuma bukan sekarang.." balas Auni pula.

"Kenapa kau rahsiakan perkara ni?"

"Kuasa aku merbahayakan nyawa aku, Ciel.. aku masih tak cukup kuat untuk guna kelebihan ni.. aku perlu bayar dengan sesuatu apabila aku guna kelebihan ni.."

"Bayar?"

"Jangka hayat aku.."

"?!"

"Jangan pandang aku macam tu. Aku terpaksa buat macam ni sebab aku nak korang selamat... Tapi.."

"Kenapa Auni?"

"Walaupun aku ada kelebihan ni, aku masih gagal lindungi korang semua..." Mata Auni mula berkaca.

"Maafkan aku, Ciel... Aku... Aku gagal selamatkan Aika.. Bila aku bawa dia ke tempat tu, Aerin kata yang jantung Aika dah berhenti berdegup. Aku boleh sembuhkan luka dan neutral kan racun. Tapi bukan menghidupkan orang yang dah mati!" Katanya lagi lalu menangis. Dia terlambat untuk menyelamatkan Aika kerana cuba untuk mengelakkan musuh mengetahui kelebihan yang dia ada. Kerana keturunan Herbanise sepertinya merupakan salah satu musuh terkuat bagi pihak kegelapan.

"Auni... Tak mengapa, sekurang-kurangnya kau cuba kan? Tak mengapa..." Balas Ciel lalu memeluk badan Auni lalu menangis bersamanya. Tak lama selepas itu, bantuan tiba di kawasan tempat mereka berada.






----------------------------~~--------------------------------




Seminggu selepas peperangan itu tamat, kini negara Queria berada dalam fasa pembangunan semula untuk membaik pulih bangunan yang rosak akibat serangan pihak kegelapan. Ramai pelajar-pelajar di Reamonia High terkorban dan ada juga yang berjaya bertahan hidup. Sekolah mereka terpaksa ditutup kesan daripada peperangan yang berlaku. Bangunan sekolah itu yang paling teruk terkesan daripada peperangan, jadi kesemua pelajar yang masih hidup akan dipindahkan ke sekolah lain di negara luar.

"Kenapa lama sangat kau termenung, Auni?"

"Oh, Qai! Tak ada apa-apa. Cuma... Sedang fikirkan sesuatu.."

"Fikirkan apa?"

"Mungkin ni kali terakhir kita satu sekolah di dunia ni. Mak ayah aku nak aku tinggal dengan mereka di dunia manusia.." kata Auni dengan nada kecewa sebaik sahaja membaca mesej daripada keluarganya.

"Mereka tahu tentang peperangan ni daripada keluarga mereka, huhh.."

"Ya... Sebak aku tengok keluarga Iryan, Hana dan Aika apabila mayat mereka dibawa pulang semalam. Aku tak dapat gambarkan perasaan mak ayah diorang bertiga."

"Ya... Benda ni buat aku terfikir.. kalau aku suruh sahaja mereka balik masa tu, mungkin diorang tak akan mati.."

"Qai.."

"Aku tak sanggup untuk tengok muka keluarga diorang bertiga... Sebab aku rasa aku gagal jalankan tugas aku untuk lindungi diorang.."

"Apa guna lahir dalam keluarga terkuat, tapi gagal selamatkan nyawa orang yang kau sayang?"

"Apa guna jadi ahli pelindung kalau aku gagal lindungi orang lain?"

"Stop Qairana! Aku tak nak dengar kau perlekehkan diri kau sendiri!"

"Betul, berhenti salahkan diri kau, Qai. Kalau diorang dengar apa kau cakap ni, diorang akan rasa sedih." Sampuk Haze sebaik sahaja tiba ke bilik rehat yang terdapat di hospital negara mereka itu.

"Diorang pilih untuk tolong kau, diorang tahu diorang akan mati dalam perang. Tapi diorang tetap pilih untuk tolong kau sebab diorang kawan kau. Aku juga, Qai.. aku tak menyesal tolong kau. Langsung tak menyesal. Sebab kalau sesuatu yang buruk terjadi pada korang semua, aku akan salahkan diri aku seumur hidup. Aku lagi tak sanggup hidup dalam keadaan bersalah sampai aku mati.." sambungnya lagi. Dia menyerahkan tiga keping sampul surat kepada Qairana.

"Apa ni, Haze?"

"Ni wasiat yang kitorang rancang untuk tulis incase kami mati dalam perlawanan. Tiga sampul ni daripada diorang bertiga. Bacalah sama-sama nanti."

"Terima kasih..."

"Haze, kau juga akan balik ke dunia manusia ke? Keluarga kau pasti tak nak kau terus berada di dunia ni."

"Aku... Pilih untuk kekal di sini. Qai mesti dah tahu kan sebabnya."

"Ehh?"

"Keluarga aku bencikan wizard Auni. Diorang lagi gembira bila aku tak ada di sana. Aku selalu tumpang tidur di rumah Iryan sebelum ni. Keluarga mak cik Iryan terima kewujudan aku seperti darah daging diorang sendiri. Tapi disebabkan Iryan dah tak ada, mustahil untuk aku bawa diri aku balik ke sana semula.. Iryan mesti gembira sekarang, dia dapat jumpa keluarga dia semula.. macam yang dia.. pernah cakap.." jawab Haze lalu tersenyum lemah. Dia masih lagi ingat perbualan antara dia, Iryan dan Akira semasa mereka sedang putuskan untuk sertai peperangan atau tak.

"Haze.."

"Tak mengapa, Auni. Aku okay. Aku dah biasa rasa perasaan macam ni. Kau kena balik kan? Terasa sunyi pula kalau kau tak ada nanti. Siapa nak tolong Hyunrin campak Qai dalam air nanti?"

"Haze!!"

"Pftt- okay jemput aku bila masa tu tiba, aku sanggup datang untuk campak Qai masuk air."

"Korang berdua!"

"Hahahaha!"

"Hehehehe!"

Bilik rehat itu penuh dengan suara gelak ketawa mereka bertiga. Walaupun masih lagi rasa sakit kehilangan kawan-kawan mereka yang telah meninggalkan mereka namun itu tidak bermakna yang mereka tidak boleh bergelak ketawa dan bergurau senda sesama mereka.








...






"Abang masih rasa sakit lagi ke?"

"Ciel? Bila kamu sampai?"

"Baru tadi.. apa abang rasa sekarang?"

"Sakit dah tak rasa dah. Cuma masih rasa penat. Kamu pula?"

"Ciel sihat sahaja. Oh abang, abang ingatkan apa yang Ciel cakap dulu?"

"Tentang latihan kamu tu? Kamu ada dalam baki dua bulan kan?"

"Betul, Ciel tangguhkan latihan sebab nak masuk sekolah ni. Jadi sekarang Ciel kena sambung semula latihan tu. Headquarters dah memanggil-manggil dah."

"Bila?"

"Lusa ni."

"Sempat lagi kita keluar jalan-jalan dulu, lama kan tak keluar sekali?"

"Ya! Esok ke?"

"Betul, esok abang dah boleh keluar hospital dah. Jadi hanya Kanata sahaja yang masih tak sedarkan diri.."

"Abang jangan risau. Kanata sedang sembuhkan diri dia sekarang ni. Sebab tu makan masa. Doktor dah cakap kan?"

"Ya..."




...





"Hyunjin! Berhenti melantak makanan aku! Kau ke aku yang sakit sekarang ni?"

"Orang sakit makan sikit sahaja lah. Biar aku tolong kau habiskan."

"Banyak cantik! Masalahnya kau tinggalkan sayur sahaja untuk aku makan! Kau ingat aku ni herbivor ke?"

"Oh kau karnivor ke?"

"Hyunjin!!"


Tamat










Dah tamattt. Terima kasih sebab vote dan baca cerita saya. Thankssss... 😁😁

Continue Reading

You'll Also Like

226 56 10
Mereka manusia yang sama-sama tersakiti. Masing-masing punya istilah 'broken family' dan cuba untuk sembuh sendiri. Tapi mereka lupa, mereka juga pu...
150K 845 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
4.7K 439 25
"Aku janji aku akan jumpa kau balik lepas 5 tahun. " "Kau janji? " "Aku janji. " +Apabila dia mungkir janji. [ "Aku akan cari kau. " ] Highest: 427...
746K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...