You're mine! [Complete]

By _nnbbbbb

114K 2.4K 51

Mengisahkan seorang gadis biasa yang telah jatuh cinta kepada seorang jejaka,Ariz Danish.Begitu juga Ariz Dan... More

You're mine! 1
You're mine! 2
You're mine! 3
You're mine! 4
You're mine! 5
You're mine! 7
You're mine! 8
You're mine! 9
You're mine! 10
You're mine! 11
You're mine! 12
You're mine! 13
You're mine! 14
You're mine! 15
You're mine! 16

You're mine! 6

3.7K 110 1
By _nnbbbbb

Bab 6

Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Alahai.Esok,nak jumpa dengan Ariz.Rindu juga la tapi rasa segan nak jumpa dengan dia.

"Sape yang call?" soal Dahlia yang sedang mengoreng ayam untuk makan malam kami sekeluarga.

"Ariz," jawabku sepatah lalu aku menghampiri meja makan untuk membuat kerjaku yang tergendala tadi.

"Wahh! Ni mesti kes rindu.Betul tak?" Dahlia mengusikku.Tangannya pula masih setia membalikkan ayam goreng tersebut dengan berhati-hati.

"Macam tu la," balasku lemah.Memang tidak dapat berdalih lagi dengan Dahlia yang sememangnya masak dengan kisah percintaan akibat novel melayu yang berlambak tu.

"Hei,kenapa lemah pula ni?Semangat la sikit.Akak ada masalah ke?" soalnya lalu mengerlingku sekilas.

Senakal-nakal Dahlia,aku memang akui Dahlia seorang gadis yang memahami luahan hatiku.Kalau aku ada masalah,tiga orang gadis inilah yang berada di sisiku.Mak su,Dahlia dan Melinda.

Dulu,sewaktu aku kecil.Arwah ibu dan ayah la yang sentiasa berada disisiku.Ibu,ayah... Liza rindu dengan ibu dengan ayah.

"Boleh dikatakan masalah la jugak ni," ujarku.Tanganku pula lincah membancuh air sirap untuk hidangan kami malam ini.

"What is it?" soal Dahlia.

"Esok,Ariz nak bawa kita semua pergi makan tengah hari.Lia nak temankan akak tak? Bawa umi sekali." Mataku tertancap kearah mak su yang sibuk mencuci sayur untuk di masak.

Mak su menoleh kearahku sekilas."Kenapa umi pun kena ikut sekali dengan Liza? Tak menganggu anak muda ke?"

Aku menarik nafas,"Esok,Ariz nak bincang tentang hal perkahwinan kami berdua.Tapi Liza belum bagi kata putus nak kahwin dengan Ariz ke tak.Liza nak minta pendapat umi.Umi rasa,Liza patut terima tak lamaran tu?"

Ya,aku memang sudah buntu saat ini.Adakah patut aku menerima lamaran Ariz? Aku kurang yakin tentang hal ni sebab tu aku minta pendapat mak su.

"Terima aje la lamaran Ariz tu.Mungkin jodoh kamu dengan dia.Umi bagi pendapat je.Itu hak Liza nak tentukan.Tapi satu je yang umi nak kasi tahu.Kalau dah dua-dua sama suka nak tunggu apa lagi? Kahwin je la," mak su mengampiri peti sejuk lalu mengambil beberapa bahan untuk dimasak bersama sayur yang telah dicuci.

Aku pula hanya sekadar mengangguk.Mungkin jodohku bersama Ariz sudah tertulis di luhmahfuz.

Memang betul,aku cintakan Ariz.Mahu tunggu apa lagi? Lebih baik aku menerima lamarannya daripada bercinta waktu ini dikhuatiri menimbulkan fitnah diwaktu kelak.Lebih baik mencegah sedari awal.

"Kalau macam tu,umi dengan Lia temankan Liza pergi makan tengah hari dengan Ariz ye." Aku tersenyum nipis.Ya,sekarang aku sudah membuat keputusan yang muktamad.

Mata Dahlia pula bersinar-sinar."Wah! Betul ke ni akak?" Dahlia seolah-olah tidak percaya dengan kata-kataku sebentar tadi.

"Betullah.Kenapa? Tak percaya ke?" soalku bertubi-tubi kearah Dahlia yang tersengih.

"Mesti la percaya.Cuma rasa excited la pulak nak tengok muka Ariz tu esok.Yelah,jejaka malaya la dikatakan.Erm,kalau tak silap Lia,Ariz ada abang,betul tak?" Dahlia menghampiriku sambil mengangkat piring berisi ayam  yang sudah siap digorengnya.

Aku mengangguk bagi mengiyakan kata-kata Dahlia."Lia tahu dari Instgram jugak ke?"

Dahlia yang meletakkan piring tersebut dengan cermat di atas meja makan menjawab,"Haah.Nama dia Aidil Amar.Sedap nama dia.Sedap macam orangnya jugak.Handsome!" puji Dahlia.

Aku menjegilkan mataku kearah Dahlia yang sudah tersengih.Ulat bulu dah naik daun! Getus hatiku.

"Amboi,baru bekerja tak sampai sebulan dah nak menggatal ye," sampuk mak su sambil tangannya licah memasukkan bahan-bahan di dalam kuali yang telah di panaskan.

"Betul tu.Tak sampai sebulan bekerja dah gatal.Kenapa? Dah rasa nak kahwin ke?" soalku kepada Dahlia yang baru saja memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru di sekolah rendah yang tidak jauh dari kediaman kami sekeluarga.

"Boleh jugak.Apa salahnya?" selamba Dahlia bergurau.

"Ekeleh,nak kahwin la sangat.Dah ada calon ke? Kalau ada,bawa la kerumah.Boleh akak tahu jejaka mana yang rugi lagi malang dapat Lia." Aku mengambil tiga biji gelas lalu ku letakkan diatas meja makan setelah aku membancuh air sirap.

"Rugi? Malang? Kenapa pulak? Beruntung apa,sape yang dapat Lia yang cantik,rajin,ayu,pandai.Dipendekkan cerita untung bagi siapa yang  dapat Lia jadi isteri tau.Susah nak cari wanita melayu terakhir macam Lia ni tau." Ewah,masuk bakul angkat sendiri nampak.

Aku mencebikkan bibir,"Sudah-sudah la tu nak perasan tak sudah."

"Ada-ada aje kamu berdua ni.Dah,jom kita makan dulu.Nanti je sambung cerita kamu tu.Tunggu kamu berdua habis bercerita alamat sampai esok pun belum tentu habis," ujar mak su lalu melabuhkan punggung di kerusi meja makan dan di ikuti

oleh aku dan juga Dahlia.

Pada keesokkan harinya selesai saja aku menunaikan solat subuh.Ariz menghubungiku untuk memaklumkan bahawa keluarganya juga turut serta ingin berbincang hal perkahwinan kami berdua.

Aku pula bagi kata putus yang aku  menerima lamarannya.Bukan main gembira lagi Ariz apabila aku mengatakan keputusanku kepadanya.

Lambat betullah minah ni.Getus hatiku.Mana taknya,sudah setengah jam aku dah menunggu di bilik ruang tamu ni dengan mak su gara-gara menunggu Dahlia yang belum bersiap.

Tidak lama kemudian kelibat Dahlia kelihatan menuruni anak tangga.

"Apasal lama sangat Lia bersiap?" soalku benggang.

Siapa yang tak benggang.Ariz nak jumpa aku ke atau Dahlia.Confirm la aku.Habis tu,yang Dahlia bersiap macam nak pergi dating pula apasal? Pening betul aku dengan minah ni.

Dahlia tersengih seperti kerang busuk."Of course Lia kena nampak cantik depan Aidil.Mana la tahu kalau-kalau dia terpikat ke dia jatuh cinta dengan Lia ke,kan untung tu?" gurau Dahlia.

Baginya,ianya terlalu awal untuk berkahwin lebih-lebih lagi dirinya belum lagi bersedia untuk digelar isteri.

Tetapi perangai Dahlia ni pelik sikit.Kalau dia terserempak dengan mana-mana mamat handsome,memang pujian ketampanan yang terbit dibibir Dahlia.Tapi hati pula kata,belum bersedia nak kahwin pun.

"Ada-ada aje la Lia ni.Dah jom,kita gerak sekarang." Aku bingkas bangun dari sofa lalu mengambil kunci kereta yang diletakkan elok di atas meja kecil.

Mak su pula hanya menggeleng melihat kerenah anaknya yang bersiap agak lama.

Tiba saja di restaurant makan,mataku meliar mencari kelibat Ariz.

Aku memilih meja makan yang agak besar untuk memuatkan kami untuk mengguna sebanyak dua keluarga apabila mataku tidak kelihatan kelibat Ariz mahupun keluarganya.

Aku agak gelisah apabila mengetahui bahawa keluarga Ariz juga mengikuti juadah makan tengah hari ini.Rasa sedikit gementar bila ingin bersua muka dengan bakal mertua.

Tidak lama kemudian mataku tertancap kearah sebuah keluarga yang mesra menghampiri keluargaku.

"Assalamualaikum!" Ariz tersenyum kearahku.

Aku pula bingkas bangun berdiri di ikuti oleh mak su dan juga Dahlia sebagai tanda hormat.

"Waalaikumussalam." Aku membalas salam Ariz lalu aku mengucup tangan Puan Sri Danisha.

Aku pula terkejut apabila Puan Sri Danisha memelukku, mak su dan juga Dahlia.Mesra sungguh Puan Sri Danisha ni.

"Apa khabar? Semua sihat?" soal Puan Sri Danisha mesra.

"Alhamdulillah sihat Puan Sri," jawab mak su.

Puan Sri Danisha tersenyum kecil."Jangan panggil saya Puan Sri.Panggil je saya Danisha.Kita pun dah nak jadi keluarga.Puan?" Puan Sri Danisha tersenyum manis.

Mak su tersenyum lalu mengangguk,"Puan Sofia." Lega hatinya apabila wanita bergaya yang berada dihadapannya ini agak mesra walaupun berpangkat tinggi.Tidak sombong untuk bergaul dengan orang yang tidak mempunyai apa-apa pangkat.

"Yang ni?" Mata Puan Sri Danisha berkalih ke arah Dahlia yang diam sedari tadi.

"Dahlia," jawab Dahlia sepatah.Segan pula dirasakan apabila berhadapan dengan orang yang berpangkat tinggi ini.

"Jangan segan dengan auntie.Tak lama lagi pun Dahlia dengan Puan Sofia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami."

Matanya mengamati wajah Dahlia dan juga mak su.Cantik orangnya.Keturunan Heliza ni cantik-cantik orangnya walaupun usia mak su dimamah usia tetapi tetap cantik.

Tidak mustahil kalau ibu Heliza juga cantik orangnya.Perasaan simpati kepada Heliza menyapa diri Puan Sri Danisha ketika ini bila mengingati Heliza yang kehilangan kedua ibubapa.Perkara ini diketahui pun apabila suaminya menceritakan mengenai Heliza kepadanya sekeluarga.

Ariz pula sedari tadi merenungku.Berdebar pula perasaanku apabila direnung sedemikian rupa.

Sungguh,perasaan rindu yang membuak-buak tidak dapat di tahan.Bagi Ariz merenung muka orang yang di cintainya tidak pernah ada istilah membosankan.

"Hah Ariz.Merenung pula kamu ni.Tak nak pesan makanan ke? Kalau ye pun isi perut tu baru ada semangat nak renung orang," usik Tan Sri Aiman.Aku yang mendengar pula tersipu malu.Hish,bekas bosku ni tak tahu ke yang aku ni pemalu sikit?

Kedengaran ketawa kecil dari keluarganya.Terutamanya abangnya yang ketawa mengejek.Sengaja mengusik dirinya.

Ariz tersengih.Tidak perasaan pula dia apabila sedari tadi ada seorang pelanggan berada di sebelahnya.

Alahai,malu den.

Selesai saja keluargaku dan juga keluarga Ariz memesan makanan dan minuman,kami berbual untuk mengenal diri masing-masing.Perbualan tentang hari perkahwinanku juga di ungkit.

Aku pula berasa lega apabila kedatanganku sebagai bakal menantu di alu-alukan oleh Tan Sri dan juga Puan Sri.Sifat mereka berdua yang mesra itu membuatkan aku berasa selesa.



Continue Reading

You'll Also Like

Cafuné By REDUYERM

General Fiction

89.5K 8.5K 32
(n.) running your fingers through the hair of someone you love Ayyara pernah memiliki harapan besar pada Arkavian. Laki-laki yang ia pilih untuk menj...
My sekretaris (21+) By L

General Fiction

48.6K 525 10
Penghibur untuk boss sendiri! _ Sheerin Gabriella Gavin Mahendra
81K 415 10
Yang orang tau Kiara Falisha adalah gadis lugu, imut, lucu, menggemaskan juga lemot. Tapi di depan seorang Faidhan Doni Advik tidak seperti itu. Pun...
80.1K 6.5K 77
Ini hanya sebuah fiksi dan jangan sangkut pautkan kepada real life. Selamat membaca. Jangan lupa untuk votenya.