Maryam Haura (Ebook)

By misssaira

697K 5.6K 198

MARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang sero... More

Maryam Haura 1
Maryam Haura 2
Maryam Haura 3
Maryam Haura 4
Maryam Haura 5
Maryam Haura 6
Maryam Haura 7
Maryam Haura 8
Maryam Haura 9
Maryam Haura 10
Maryam Haura 11
Maryam Haura 29

Maryam Haura 12

14.4K 387 14
By misssaira

SEBOTOL besar air mineral dicampak ke badan Maryam yang masih berada diatas katil.Berbaring mengiring ke kanan tanpa mahu menoleh kebelakang melihat Zayyad yang sudah siap mengenakan pakaian lengkap. Hanya Maryam saja yang tidak berganjak dari tidurnya.

"Hei.."Belakang Maryam dicuit dengan hujung jari. Seluruh tubuh itu dibalut dengan selimut dari hujung kaki sampai ke pangkal leher.

Botol mineral yang mengenai belakangnya Maryam tidak ambil.Malah dibiarkan saja disitu.Jujur tekak Maryam masih terasa haus. Dahaga yang dirasakan hampir 4 hari tidak minum memang sangat memeritkan. Mahu bersuara pun rasanya payah untuk Maryam lakukan.

"Air tu kau nak minum ke tak?! "Sengaja soalan itu diajukan kepada Maryam walhal Zayyad tahu Maryam memang sedang kehausan.

Maryam diam. Mata dipejam rapat. Buat-buat tidur. Hatinya masih sakit dengan kejadian semalam. Dua kali Zayyad buat tubuhnya bagai perempuan yang tiada harga diri. Dua kali juga Maryam terpaksa merelakan tubuhnya menjadi mangsa buas lelaki itu.

"Baik,Kalau kau taknak. Aku ambil balik air ni. Lepas ni kau jangan merayu dekat aku kalau kau haus."Botol dicapai. Berura-ura mahu pergi.

Cadar digenggam kemas. Maryam mahu menghalang namun tubuhnya menegah.

Zayyad cuba mencari reaksi Maryam disebalik belakang badan perempuan itu. Namun tiada tanda-tanda Maryam mahu bangkit menghalangnya. Sudahnya Zayyad merengus kuat.

Degil betul Maryam!

Kaki diatur menghala berdepan dengan Maryam yang masih memejamkan mata. Zayyad tahu Maryam tidak tidur. Maryam hanya berpura-pura tidur.

"Bangun! "Selimut diselak kasar.Riak Zayyad berubah bengis.

"Aku nak tidur.. "Perlahan nada Maryam. Tekaknya perit mahu bersuara. Malah, mahu bergaduh dengan Zayyad pun Maryam tidak larat. Seluruh badannya sakit, tekaknya pula seperti pasir bila menelan air liur.Selimut ditarik balik menutupi tubuhnya yang terdedah.

"Tidur? "Gelak terhambur keluar. "Kalau kau nak tidur,malam.. Bukan siang buta macam ni! "

"Kau nak apa? Semalam aku dah bagi apa yang kau nak, hari ni aku harap kau jangan ganggu aku."Maryam mengiring pula membelakangi Zayyad.

Pinggang dicekak. Botol mineral yang masih dalam pegangan diramas kejap sebelum dibaling kelantai. Semakin Maryam melawan semakin Zayyad mahu Maryam terseksa.

T-shirt polo yang sudah kemas tersarung pada susuk tubuh tegapnya Zayyad buang. Tali pinggang dilonggarkan namun tidak dicabut. Kancing seluar jeans dibuka. Zayyad naik keatas katil lalu bertindak menindih tubuh Maryam.

Jeritan kedengaran melihat situasi Zayyad yang sudah berada diatas tubuhnya. Mata bulat memandang Zayyad yang sudah tidak berbaju.

"Kau nak tidur sangat kan?!!Hari ni aku nak kau layan aku sampai aku puas! Selagi aku tak puas jangan harap aku nak lepaskan kau.."Selimut dicampak sehingga jatuh kebawah katil. Tubuh Maryam yang masih tidak berpakaian dijamah mata jantannya. Liur ditelan. Awalnya mahu mengertak tapi nampaknya nafsu Zayyad yang tewas.

Anak mata tunak jatuh kearah kesan-kesan merah yang berada dileher dan dada Maryam. Kesan perbuatan serakahnya semalam.

"Kalau aku mengandung, kau nak bertanggungjawab? "Maryam menyoal bila bibir Zayyad sudah mahu mengenai bibirnya. Perbuatan Zayyad terhenti. Wajahnya yang sangat hampir dengan Maryam saling bertatapan.

Maryam senyum segaris. Senyum dalam paksa. Bibir Zayyad yang hampir bercantum dengan bibirnya, Maryam kucup lembut. Airmatanya yang bertakung menitis jatuh.

Baru saja Zayyad mahu larikan bibirnya dari Maryam, lehernya tiba-tiba dilingkarkan dengan kedua-dua belah tangan Maryam. Zayyad kaku.

"Kalau kau mengandung aku takkan bertanggungjawab.. "Baru sesaat tautan bibir dileraikan, Zayyad memberikan jawapan dengan penuh keyakinan.

"Aku gembira kau cakap macam tu sebab sekurang-kurangnya aku tahu kau memang spesis lelaki tak guna! "Mata saling berpandangan.

Zayyad bangkit dari menindih Maryam. Pakaiannya dikemaskan kepada keadaan asal. Selimut yang bergumpal dibawah diletak kembali menutupi tubuh Maryam.Mata tunak memandang botol mineral dipenjuru dinding bilik.

"Aku dah bawa kau air. Minum! Aku keluar pergi beli makanan kejap.. "Zayyad melangkah pergi.

Maryam bersandar pada kepala katil. Botol air mineral direnung. Liur ditelan. Menbayangkan air jernih tersebut memasuki kerongkongnya yang gersang dahagakan air. Cepat saja kakinya dilunjurkan kebawah lalu tempat dimana terletaknya air tersebut didekati. Dicapai dan dibuka penutup botol sehingga terpelanting jatuh bila Maryam campakkannya kebelakang. Rakus diteguk air sehingga habis sebotol.
Tekak yang hampir kering sudah basah dengan air. Botol kosong diletakkan elok ditepi dinding.

Dipicingkan mata melihat sepasang baju diatas sebuah kerusi tidak jauh dari katil. Maryam berjalan kearah situ lalu tangan ringan mengambil baju t-shirt berwarna biru tua berserta seluar yang berona sama dengan baju. Disuakan baju tersebut pada badannya. Tidak kecil dan tidak besar. Sangat sesuai dengan saiz tubuhnya. Anak baju dan seluar kecilnya juga disediakan bersama. Spontan bibir Maryam mengukir satu senyuman.

Kamar mandi dituju. Maryam masuk mahu membersihkan diri. Dibawa sekali segala jenis baju yang sudah disediakan Zayyad untuknya.

Selesai mandi. Maryam duduk dibirai katil.Menanti kepulangan Zayyad membawanya makanan. Perutnya sudah lapar. Sudah berhari-hari tidak makan. Mujur saja sisa tenaganya masih ada. Kudrat untuk melawan Zayyad juga masih tersisa walaupun sedikit.

klak!!

Tombol pintu terbuka. Maryam tahu Zayyad kunci bilik yang didudukinya. Bimbang kalau dia mahu lari seperti dulu. Bersinar mata Maryam bila melihat sebungkus plastik yang dipegang Zayyad. Itu Makanannya kah?

"Makanan aku ke? "Tanya Maryam.

"Kau rasa siapa lagi yang berlapar kat dalam rumah ni selain kau. "Sinis balasan dari Zayyad.

Maryam tidak peduli dengan balasan sinis lelaki itu. Tidak rasa mahu melawan balik seperti selalu. Plastik tersebut dirampas kasar dari pegangan Zayyad. Maryam duduk bersila atas lantai. Bungkusan polisterina berwarna putih dibuka. Baru terbayang-bayang lauk yang sedap-sedap didalam polisterina tersebut, wajah Maryam berubah mendadak bila melihat isi didalamnya.

"Nasi kosong je? "Dipalingkan menghadap Zayyad yang elok bersandar atas kerusi sambil berpeluk tubuh. Tiada lauk dan hanya nasi kosong yang terhidang depan matanya. Kejamnya! Sudah berhari-hari Maryam tidak menyentuh makanan dan hasilnya hanya nasi kosong yang dihidangkan.

"Bersyukurlah. Hari tu bila aku orderkan kau makanan sedap-sedap apa yang kau buat? Bukannya kau nak makan, dibuang macam tu je. Membazir kau tau?!"
Diputar kembali ketika mereka berdua makan direstoran seminggu yang lepas. Maryam yang sombong tidak mahu makan! Kali ini Zayyad mahu ajar Maryam supaya tidak melawan kata-katanya.

"Tapi ni..Aku dah tak makan selama 4 hari. Tak boleh ke kau bertimbang rasa sikit. "Adu Maryam. Rautnya mendung.

"Lapar kan? Kau makanlah nasi kosong tu.Itu semua rezeki untuk kau.Aku dah bagi makan pun kau dah patut bersyukur. "Gumam Zayyad mendatar.

Nasi kosong tersebut dijamah Maryam menggunakan tangan. Mula-mula memang tidak berselera tapi bila perutnya sudah kelaparan habis satu bungkus nasi kosong ditelannya. Sebotol air mineral kecil yang diselitkan sekali dalam bungkusan plastik diteguk hingga habis.

Maryam bangun.Bekas polisterina dan botol mineral yang sudah kosong diletakkan dalam satu plastik lalu diikat kemas. Plastik tersebut diletakkan atas lantai pada dinding bilik.

Maryam berdehem. Zayyad yang ralit dengan telefonnya tidak berkalih.

"Baju tu sesuai dengan kau. "Zayyad bersuara.

"Hah??! "Maryam telek tubuh sendiri dari atas hingga bawah. Memanglah sesuai kalau saiz baju dan seluar adalah saiz yang Maryam pakai sebelum ini.

"Mana kau tahu saiz pakaian aku?"
Ringan saja mulut Maryam menyoal. Ini kali pertama rasanya Maryam berborak santai dengan Zayyad.

"Malulah kalau aku tak tahu saiz tubuh perempuan yang aku dah sentuh. "

Muka Maryam merona merah.Salah soalan rupanya.

"Zayyad.. Bila kau nak lepaskan aku? "Maryam bertanya bersama bibir yang diketap. Dicuri sekilas melihat reaksi wajah Zayyad. Lelaki itu sudah berhenti menekan skrin telefon tapi matanya masih terarah pada telefon ditangannya.

"Aku janji kalau kau lepaskan aku, aku tak kan tuntut apa-apa dari kau. Jauh sekali nak buat laporan polis. Kalau kau bimbang aku akan munculkan diri depan keluarga kau aku janji aku akan pindah dari bandar tu."Tutur Maryam berjanji. Asalkan dia boleh lepas dari Zayyad. Semua itu Maryam sanggup lakukan.

"Tunggu bila aku dah puas seksa kau. Waktu tu aku akan halau kau sendiri keluar.. "Zayyad dorongkan kerusi kebelakang. Dia berjalan melepasi Maryam yang menoleh memerhatikan gerak gerinya.

"Aku cuma takut bila waktu tu tiba aku tak boleh lepaskan kau.. "Bisik Maryam perlahan. Zayyad sudah tiada. Lelaki Itu sudah hilang pergi.

Continue Reading

You'll Also Like

248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...
438K 12.7K 46
Pertemuan yang tak diduga. Membawa mereka bersama. Jalan cerita yang sempurna, Tetapi adakah pengakhiran mereka juga sama?
262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1M 43.6K 66
"Saya tak layak untuk rasa bahagia ke?"-Tania Amanda "Kalau awak rasa awak sendirian, awak salah. Sebab.. awak ada saya.."- Dani Rashdan Sejak berum...