Bad Boy You're Mine (rewrite)

De nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... Mais

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 6
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 0 1

26.9K 882 106
De nuggetcaramel_

Tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita pasal diri aku. Tapi, Bismillahirrahmanirrahim. Nama aku Safiya Zahra binti Zamini dan tahun ni tahun terakhir aku dekat sekolah menengah. Hehehe aku dah tingkatan 5 lah sia kau orang ni tak tahu ke?

          Aku tergelak sendiri menulis diari aku untuk tahun ini. Memang setiap tahun aku akan beli buku diari untuk tulis diari 365 hari aku. Semua rasa marah, sedih dan gembira aku luahkan dalam diari. Maklumlah tak ada kawan.

          Tiba-tiba pintu bilikku dikuak dengan kasar dari luar. Dengan pantas aku memandang ke belakang. Kelihatan abang kembar aku, Shah Zarif, merempuh pintu bilikku masuk ke dalam bilikku. Tak adalah rempuh sampai tercabut pintu tapi kuat jugalah.

          "Weh Zarif kau memang setiap kali masuk bilik aku nak rosakkan pintu bilik aku eh?" marahku membaling bantal kecil yang diletakkan dibelakang badanku ke muka Zarif.

          "Saf! Saf! Kau tengok ni bongok ada artikel pasal walid weh," ujar Zarif lalu menayang skrin telefonnya dekat dengan muka aku dengan full brightness.

          Dengan pantas aku menolak telefonnya dari mukaku. Aku merenung tajam anak mata Zarif.

          "Kau nak aku buta ke? Letak dekat dekat dengan muka aku dengan full brightness. Sama je macam ummi," marahku. Zarif tergelak kecil.

           "Yelah. Yelah cepatlah baca ni," Zarif menayangkan lagi skrin telefonnya kepadaku.

          Aku terus membaca tajuk artikel yang ditayang oleh Zarif. Kelihatan wajah walid dan ummi diletakkan di atas artikel.

         "Zamini, usahawan Syarikat As-Syamsu kini mendapat gelaran Dato," Aku membulatkan mata memandang Zarif yang sudah tersenyum teruja.

          "Weh seriuslah?" Soalku. Zarif mengangguk dengan laju.

         "Kita dah jadi anak Dato bhai. Aku dah boleh tukar nametag letak nama walid je nama aku tak payah," Ujar Zarif dengan bangga.

           "Mana walid dengan ummi?" soalku turut teruja.

           "Tak balik lagi. Sekejap lagi baliklah tu. Kau nak join aku tak?" Zarif tersenyum nakal.

          "Kau tak payah eh? Kau tak payah tak nak ajak aku join," Aku juga tersenyum nakal.

         "Aku rasa dekat bilik aku ada confetti popper jom jom," Zarif terus menarik tangan aku ke biliknya.


Aku dan Zarif sudah berdiri di belakang pintu selepas mendengar suara walid dan ummi di luar. Abang kedua kami, Shah Zafril a.k.a Abang Zaf turut sertai kami dengan berdiri di pintu yang sebelah kanan.  Pintu itu dibuka dari luar dan kedengaran suara ummi dan walid memberi salam.

          "Assalammualaikum anak anak walid," ucap Dato' Zamini apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkatnya itu.

          Pop! Pop! Pop!

          "Waalaikumsalam walid," ujarku kuat dengan senyuman gembira yang terukir di bibir.

          "Dah jadi anak dato! Yeayyyyyy!" ujar Zarif dan Abang Zaf serentak. Aku hanya menggeleng melihat dua orang abangku yang gila di belakang.

           Datin Zahra dan Dato' Zamani tergelak melihat Zarif dan Abang Zaf.

          "Alaa. Baru ummi nak buat surprise," ujar Datin Zahra lalu menghulurkan bungkusan plastik yang berisi 3 kotak pizza kepada Abang Zaf.

         "Uuu.. Datin belanja Pizza sia," ujar Abang Zaf mengusik Datin Zahra.

         "Patutnya walid dengan ummi masuk cakaplah Alhamdulillah. Sejuk sikit perut walid dengar," ujar Dato' Zamani mengusik kami pula.

         "Eh kenapa pula? Bukan walid yang mengandungkan kitaorang," balas Zarif. Aku terus memukul bahunya. Dia ni kalau tak bangang tak sah.

          "Dah dah jangan nak merepek. Masuk cepat Ummi ada benda nak cakap ni," ujar Datin Zahra melangkah ke meja makan. Kami semua pun mengikuti Datin Zahra dari belakang.

Aku menghenyakkan punggungku kasar di atas sofa itu. Kaki ku diangkat lalu dipeluk sambil mukaku ditekup ke lutut.

          "Safiya, ini hadiah untuk Safiya tau. Dah lama walid nak pindahkan Zarif dengan Safiya dekat sana. Sekolah sana lagi selesa Safiya, macam-macam ada dekat sana. Safiya tak tengok ke dekat Facebook? Sekolah tu popular tau. Terima jelah hadiah walid tu Saf, " pujuk Datin Zahra sedaya upaya. Dia tahu yang Safiya ni degil orangnya. Tetapi, kalau dipujuk dengan baik dan lembut mungkin hatinya boleh lembut.

          Aku merengus kasar. "Selesa? NO. Sama je ummi sekolah mana-mana pun. Saf dah selesa dah dekat sekolah lama Saf. Lagipun ini tahun akhir. Biarlah Saf sekolah sama je. Saf pun malas nak cari kawan baru," balasku. Tanpa aku sedar, kata-kataku telah membuatkan Datin Zahra terasa.

          Aku tahu Zarif pun tidak kesah jika kami pindah sekolah. Aku juga begitu tapi aku dah janji dengan kawan rapat aku, Dhia. Kami dah rancang nak study SPM sama-sama. Aku taknak mungkir janji.

         Tapi, apabila melihat wajah Datin Zahra yang kecewa, aku jadi buntu. Datin Zahra kecewa aku tak terima hadiah dari Dato' Zamani dan Datin Zahra.

          "Sebab ini tahun terakhir Safiyalah kami bagi hadiah ni. Ramai student yang habis belajar dekat sana cakap belajar dekat sana best tau. Tapi kalau Safiya tak nak tak apalah," putus Datin Zahra dalam nada kecewa.

          Hatiku mula dikurung rasa bersalah. Aku menyentuh tangan Datin Zahra tetapi tiba-tiba dia menepis. Dia nampak sangat kecewa. Maafkan ummi, Safiya.

           "Ummi....," rengekku perlahan. Datin Zahra menghalakan wajahnya ke tempat lain.

           "Tak apalah, ummi nak masuk bilik ummi dulu. Assalamualaikum " ucap Datin Zahra lalu melangkah keluar dari bilikku.

           Aku mengeluh lemah. Siapa je suka tinggalkan kawan yang kita dah kawan lama? Terutamanya, dia satu-satunya kawan yang sentiasa ada dengan kita. Bila kita susah pun dia yang stay dengan kita.

           Rasa macam nak pengsan bila dengar aku kena pindah ke sekolah yang ramai dengan orang yang berpangkat tinggi, anak-anak ahli politik dan sebagainya. Kenapa nak kena pindah? Aku bukan nak sangat pun kawan dengan orang kaya.

          Bila kita cari kawan, cari yang berkualiti. Kalau setakat dia ada semuanya tapi dia tak ada time kita susah nak buat apa?

          Tok! Tok! Tok!

          Aku menoleh ke pintu bilikku yang diketuk.

           "Adik, abang nak masuk boleh? " pinta Abang Zaf yang masih berada diluar tetapi kepalanya dimasukkan ke dalam.

           "Mmm.. Masuklah," Aku memberi kebenaran. Yang ini, tak lain tak bukan mesti nak pujuk aku juga.

           Abang Zaf masuk lalu duduk di birai katil. Dia menghadiahkan secangkir senyuman kacak buatku. Aku memandangnya pelik.

          "Lah, abang dah kenapa? Senyum macam kerang busuk dah" Soalku memandangnya atas bawah berulang kali.

         "Saf, abang rasa Saf kena dengar cakap ummi dan walid" cadang Abang Zaf.  Aku pantas menjelingnya.

           "Dah agak dah abang ni. Kalau nak cakap pasal tu, baik abang keluar. Saf tak ada nak mood. Baik Saf kemas barang. Esok Saf nak pergi sekolah Saf. Baru hari kedua abang tahu tak?!" Balasku lalu berpaling dari Abang Zaf. Sumpah aku tak sanggup nak tinggalkan sekolah itu. Tolonglah! Dhia! Aku tak nak tinggalkan kau!

          Abang Zaf mengeluh panjang.

          "Saf, ikut jelah cakap ummi tu. Apa susah  sangat pindah sekolah? Syurga adikkan dekat bawah telapak kaki ummi. Ni hadiah besar tau yang walid dengan ummi bagi. Time abang dulu sekolah tadika je yang swasta. Tu pun cikgu garang, sampai terkencing aku dalam seluar," pujuk abang Zaf sambil merangkul bahuku.

           "Apa yang susah? Eleh abang tak kena pindah boleh cakaplah. Aku ni tak ada mood nak cari kawan baru,"

           "Saf nak derhaka dengan ummi? " sambung Abang Zaf. Ha sudah memang setiap kali aku tolak apa ummi minta mesti dia nak cakap pasal derhaka derhaka ni.

          Aku mendiamkan diri tidak mahu membalas kata-kata Abang Zaf. Abang Zaf menghela nafasnya.

        "Okay, macam ni lah. Saf ambillah masa fikir masak masak. Tapi, abang dah cakap dengan Saf. Tak baik tolak hadiah parents," Ujar Abang Zaf sebelum melangkah keluar dari bilik ku.

           Untuk beberapa saat, aku hanyut dalam kesedihan. Aku buntu! Nak masuk ke tak nak?

             Aku meraup mukaku kasar. Ish tak suka betullah nak kena pilih pilih ni.

Jam di dinding aku lihat sebelum melangkah keluar dari bilikku. Tudung sekolah yang disarung di kepala diperkemaskan. Awning tudungku di tiup beberapa kali.

           "Dah lah, Saf. Dah cantik dah tu. Nak pergi sekolah je pun. Ummi kata pergi sekolah belajar. Bukan nak ngorat crush," ujar Zarif yang berada di dalam lift.

             "Diamlah kau katak. Aku tak ada mood ni," aku menjelingnya.

             "Aku muka katak pun ada fans. Kau tu muka manusia pun tak ada fans," balas Zarif sambil tangan terletak elok di dalam poket seluar.

             Aku menjulingkan mata ke atas sambil melangkah masuk ke dalam lift lalu menekan butang lift. Aku dengan Zarif memang macam ni. Pagi, petang, siang, malam nak bertekak.

           "Saf, kau ikut cakap ummi ke tak?" tanya Zarif sambil merenungku.

          "Aku rasa, aku- "

           "Tak payah jawablah. Membazir lidah je. Ummi dengan Abang Zaf dah daftar dah pun kita dekat sekolah baru tu. Hari ni tinggal ambil dokumen pindah sekolah je. Apa nama sekolah tu? Elezibeth Tan?" Zarif memotong kata-kataku.

          "Kepala otak dia. Baik tak payah tanya malam tadi," Balasku. Buat penat aku tidur lambat fikir pasal benda ni malam tadi. Ummi dah buat keputusan dulu. Aku terus membetulkan lagi awning tudungku.

        "Kau ni tak habis habis dengan tudung tu! Meh sini aku betulkan" ujar Zarif sebelum dia memaut leherku dan menonyoh kepalaku.

       "weh! Zarif!!!!! Tak payah lah!!!!!!!! " jeritku kuat. Kurang asam punya abang kembar! Dasar katak!

        Zarif tidak peduli, tangannya masih menonyoh kepalaku. Aku terus menumbuk perutnya kuat.

       "Ahhhhh" jerit Zarif senak. Dia mengusap-usap perutnya lalu terduduk.

         "Woi! Rosak balik tudung aku!! Meh sini kau!" marahku lalu memaut lehernya pula sebelum kutonyoh kepalanya menggunakan penumbuk.

         "Argh!! Argh!! " Zarif menjerit kesakitan.

         Tiba-tiba pintu lift terbuka. Abang Zaf yang berada di luar lift terkejut apabila melihat aksi yang dilakukan oleh adik-adiknya itu.

        "Ha kau!! Nak sangat kena wrestling dengan aku kan!! Ha ambil ni!! " jeritku sambil menumbuk perutnya beberapa kali. Tapi, tak sakit pun sebenarnya. Lembut je aku tumbuk, Zarif ni je yang mengada.

         "Astaughfiruallah al azim.  Kau berdua ni dah kenapa? Nak bergusti pula dekat dalam ni" ujar Abang Zaf sambil kedua-dua belah tangannya disilangkan di dada.

         "Abang! Tengok Zarif ni buat tudung Saf rosak!" Aku mengadu lalu berlari memeluk Abang Zaf. Aku memang manja sikit dengan abang kedua aku ni, sebab dia jelah yang manjakan aku dari kecil.

           "Halah halah halah. Nak jugak! nak jugak!" ujar Zarif lalu berlari ke arah Abang Zaf yang sedang merangkul bahuku.

           Aku menyepak punggungnya sehingga dia tertolak ke tepi seperti anak kutip. Ya memang dia anak kutip pun. Aku kutip sperma dia masa kita orang tengah berenang haritu.

       "Tak payah! " ujarku lalu menjelirkan lidah.

        "Kau siap kau nanti," Zarif terus menghayunkan kakinya menuju ke meja makan.

         "Hai Ayuni! Ayuni masak apa? " tanya Zarif seraya duduk di meja makan. Kedua-dua belah tangannya menongkat dagu.

         Ayuni anak jiran aku yang selang lima rumah. Tapi, ibu dia kerja dekat rumah aku sebagai maid. Ayuni ni memang selalu pagi pagi dia akan datang rumah aku tolong mak dia kemas rumah aku sebelum dia pergi ke sekolah. Dia muda setahun dari aku dengan Zarif.

         Ayuni menghadiahkan secangkir senyuman. Malu? Iyalah. Zarif ni kalau boleh setiap hari dia nak buat Ayuni cair. Zarif ni ramai peminat di sekolah. Tak terkira peminatnya. Sampaikan kawan baiknya pun boleh minat dengannya.

         "Ayuni, kaujangan layan sangat si Zarif ni. Dia memang suka bagi orang fakehope " tegurku yang berada di hadapan cermin berdekatan dengan dapur.

           Zarif dan Ayuni terus menoleh ke arah ku.

       "Haduh dia ni. Tak habis lagi ke dengan tudung tu? Kalau betulkan banyak kali pun tetap nampak macam kambing," ujar Zarif terus menyuap bijirin ke dalam mulutnya. Zarif memang tidak biasa makan makanan berat waktu pagi. Takut perutnya meragam nanti. Tapi, milo tetap tidak boleh dilupakan.

          "yes! Done! "jeritku lalu menumbuk langit. Akhirnya tudungku mengikut bentuk mukaku. Bulat dan comel. Done perasan.

         "Dah jom pergi sekolah," ujar Zarif sebelum menghabiskan sisa makanan didalam mangkuk.

        "eh aku belum makan lagi,"

          "Tak payah. Dekat padang sekolah kan banyak rumput. Makanan favorite kau kan tu? Rumput Aglio Olio," Balas Syed Zarif sambil mengambil kunci kereta Myvinya di atas meja kecil bersebelahan dengan rak buku.

         "Kurang ajar punya budak," Aku merenungnya tajam. Zarif hanya menayang senyuman bangganya.

             "eh abang Zarif tak habiskan ke makanan ni? " tanya Ayuni kuat supaya Zarif yang berada di luar rumahnya mendengar.

             "Abang dah makanlah, adikku sayang" balas Syed Zarif sambil bersandar di pintu.

             Ayuni tersenyum lebar. Wajahnya berona merah mula malu.

               Aku membuat muka menyampah. Sayang? Euwwww, aku yang adik kandung ni tak nak panggil adikku sayang pula. Aku terus keluar dari rumah menuju ke garaj kereta.

          "Kau jalan cepat sikit boleh tak? Aku ni dah lah pelajar cemerlang. Tak boleh datang lambat! " marah Zarif lalu terus masuk ke dalam kereta. Abang Zaf pula sudah duduk di tempat pemandu.

           Aku mengejeknya dengan mengajuk cakapnya. Menyampah betul.

          "Cepattttt!!!!!!!!!" jerit Zarif. Aku terus berlari masuk ke dalam kereta.

Aku tersenyum melihat Dhia yang sedang berlari memelukku. Ya, aku dah bagitahu Dhia yang aku nak pindah esok. Harini last day. Malam tadi pun dia dah menangis dengan aku sepuas hati kami.

            "Safiyaaaaaaaaa" ujar Dhia lalu memelukku erat.

            "Sorry Dhia. Aku macam dah mungkir janji dengan kau do. Aku minta maaf sangat," balasku.

            Dhia meleraikan pelukan lalu dia tersenyum dan menggeleng. Dia memegang kepalaku lembut dengan kedua-dua belah tangannya.

           "Tak apa Saf. Aku faham. Kita still boleh kawan kalau sekolah lain pun," balas Dhia. Aku tersenyum bersyukur ada kawan yang memahami macam Dhia.

          "Bye Dhia. Kitaorang nak pindah dah esok," Zarif mencelah. Kedua-dua belah tangannya terletak elok di dalam poket seluar.

          "Ha? Kau pun??" tanya Dhia sebak. Dia sedih apabila mendengar yang dia akan berpisah dengan dua kawan baiknya itu. Lama juga mereka berkawan. Kira-kira 8 tahun. Tak tipu je.

            "Ya, tapi jangan peluk" jawab Zarif sambil menghalakan dua belah telapak tangannya ke arah Dhia.

            "Tak ada maknanya aku nak peluk kau! Tumbuk kang! " Dhia menunjukkan penumbuknya sambil mata menjeling anak mata Zarif.

           Zarif tergelak besar lalu terus duduk di kerusinya.

          Tiba-tiba, Puan Hidayah iaitu cikgu bahasa Inggeris kelas 5 Ibnu Sina masuk ke dalam kelas mereka.

          "stand up class" ujar Hairi selaku ketua kelas 5 Ibnu Sina.

           "Good morning class" ujar cikgu Hidayah kepada para pelajar di dalam kelas itu.

            "Good morning teacher" balas semua pelajar.

            "okay have a sit" ujar Cikgu Hidayah.

            "So, how was your weekend? " tanya Cikgu Hidayah.

            "Good"

           "Madam, It's just 2 days. I need more,"

           "Entahlah madam. Rasa macam baru balik sekolah hari Jumaat lepastu tidur, bangun dah hari Ahad,"

            Berbagai jawapan diberikan kepada cikgu Hidayah. Tiba-tiba cikgu Hidayahmengalihkan pandangannya ke arah Safiya yang sedang termenung.

           "Safiya, are you okay? " tanya cikgu Hidayah.

            Lamunan Safiya terus terhenti lalu pandang ke arah Cikgu Hidayah.

          "ermm.. No" balasku lemah. Yelah, ini hari terakhir aku dekat sekolah ni. Takkan tak sedih kan?

         "Why?"

          "because today is my last day at this school,"

           "oh yup... Your mom has told me about that," balas Cikgu Hidayah sambil mengangguk ringan.

            "oh my god. Are you serious Safiya? Kau kena pindah? Oh no.... " kata Nana dalam nada gediknya. Dia ni memang syaitan. Yelah enemy aku kan. Sikit-sikit nak dengki.

           "Halah kau ni! Sebenarnya kau suka kan Safiya nak pindah! " marah Dhia lalu merenung tajam anak mata Nana.

            Nana hanya membalas dengan sepasang senyuman sinis.

            "Ehhh... You bitch! Kau memang cari pasal dengan aku" ujar Dhia selamba. Kehadiran cikgu Hidayah disitu tidak dia peduli. Ah!! Pergaduhan ini lagi penting!

              "Stop! Mind your langguage, Dhia" kata-kata cikgu Hidayah menamatkan pergaduhan itu.

               Najwa tersenyum sinis apabila melihat Dhia yang sudah berang akibat dimarahi cikgu Hidayah.

              "So, today I want you to write a letter to our friends, Safiya and Zarif because they want to move to another school. You know how to write a letter right?" putus cikgu Hidayah sebelum melulakan sesi pembelajaran pada hari ini.

               "Yes!"

               "Okay you can start,"

                    "My letter will be your favourite letter ever" ujar Dhia kepadaku sambil mengenyitkan mata.

                       Aku tersenyum manis. Terharu. Sungguh aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku seorang kawan yang sangat baik, prihatin dan yang paling penting comel nak mampus.


Aku terus mencampakkan begku di atas katil seusai masuk ke dalam bilikku lalu melompat ke katil.

                "Penat! " jeritku sekuat hati. Hiasan di bilikku aku tatap sebentar.

                Aku terus bangun apabila teringat akan surat yang diberikan oleh kawan sekelasku pagi tadi. Aku terus membuka beg.

                Aik? 6 je? Budak kelas aku bukan ada 20 orang ke? Aku pelik.

              "Hey you lamb chop, cari ni ke? " tanya Zarif sambil menunjukkan 14 lagi keping surat yang berada di tangannya. Zarif tersenyum nakal.

                 Terbuntang mataku melihat surat-surat yang diberikan kepada Zarif.

             "Macam mana kau boleh- "

                "Aku kan ramai fans.. Lupa ke? " Zarif tersenyum kacak sambil mengenyitkan matanya.

               Aku terdiam. Ya, dia ramai peminat. Aku ni hanyalah kambing yang makan rumput di padang sekolah. Dah lah single, tak ada orang suka.

               Sedang aku termenung, Zarif terus datang kearah ku lalu mencium pipiku. Aku terus mengelap pipiku yang dikucup. Euw ada katak cium pipi aku. Yuwks!

             "Bye! Nak baca surat" Ujar Zarif melambaikan tangannya beberapa kali. Dia menghantar flying kiss kepadaku dengan. Aku menjulingkan anak mata ke atas.



Makan malam pada hari ini sungguh meriah. Datin Zahra sangat gembira apabila mendengar yang aku setuju tentang permintaannya. Dato' Zamani juga turut gembira atas keputusanku.

             Aku? Aku sedih. Tapi, demi kedua orang tua yang telah mengasuhku dari kecil, aku sanggup pendam seribu kesedihan yang aku alami ni. Senyuman? Senyuman yang aku beri sangat palsu.

            "Safiya, ni. Ayuni ada buat puding karamel ni. Favourite Safiya ni kan? " ujar Datin Zahra lalu memberikan aku sesudu puding karamel.

            Aku membuka mulut menerima suapan itu.

           "Kenapa asyik bagi favourite Safiya je? Zarif tak ada ke? " tanya Zarif lalu memuncungkan mulut.

               "Adalah. Dah tak payah nak muncungkan mulut tu dah macam donald duck dah ummi tengok. Malu je Ayuni tengok" ujar Datin Zahra lalu menyuapkan sesudu kek Red Velvet kegemaran Zarif.

                Habis comot mulut Zarif. Meledak ketawa kami semua apabila melihat Zarif mencebik.

              Abang Zaf juga tidak lupa untuk merakam muka Syed Zarif yang sedang merajuk itu. Detik bersejarah ni.

                Tiba-tiba Zarif terpandang ke arah Abang Zaf yang sedang merakamnya. "woi! Kau rakam aku?! " Soal Zarif kuat.

              "Dah send dekat story dah" ujar Abang Zaf sambil menggoyangkan telefon pintarnya itu.

              "Kurang ajar! Sini kau!" marah Zarif lalu bangun dari situ.

                Abang Zaf menjelirkan lidah lalu lantas berlari ke arah lift.

               "Woi! Sini kau!!" jerit Zarif lalu mengejar Abang Zaf. Malangnya, Abang Zaf jauh lebih pantas. Abang Zaf sudah masuk kedalam lift dan menekan punat nombor 3.

            "sh*t " carut Zarif perlahan.

              Aku ketawa terbahak-bahak. Datin Zahra dan Dato' Zamani menggeleng.

            "Macam budak-budak," ujar Dato' Zamani.


Hari ni, hari pertama aku dekat sekolah baru. Gementar juga aku apabila terlihat akan beberapa kumpulan perempuan yang sedang berbisik sambil melihatku. Untung aku, baru sehari dekat sekolah ni dah jadi buah mulut orang. Popular sangat ni.

              "Asal dia orang tengok aku ni?" tanyaku pada Zarif.

                  "Diaorang terkejut sebab tengok kau ada abang yang hensem," jawab Zarif sambil tangan terletak elok di dalam poket seluar. Aku membuat muka menyampah lalu menggeleng.

                "Safiya, Zarif sini masuk pejabat" panggil Datin Zahra sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat. Aku dan Zarif lantas masuk ke dalam pejabat.

             "Ni, dengar apa kerani ni cakap" arah Datin Zahra.

              "Hehehe.. Okay awak Safiya Zahra dan awak pula Shah Zarif ye. Korang berdua dapat kelas 5 Emerald ya. Ini jadualnya" kata seorang wanita dalam umur lingkungan 20 hingga 35 tahun itu sambil menghulurkan beberapa keping kertas.

           "Yey sama kelas" ujar Zarif lalu memelukku. Aku menolaknya ketepi. Dah kenapa si katak ni peluk aku.

           "Ummi. Kami dah boleh masuk kelas ke? " Aku memandang ke arah Datin Zahra.

           "Ha dah boleh masuk kelas dah" jawab wanita tadi.

           "okay terima kasih" ujar ku lalu mengambil kertas yang dia berikan tadi.

            "Saf dengan Zarif pergi sendiri ya. Ummi ada benda lagi nak settle ni. Ingat pesan ummi belajar betul-betul. Jangan sibuk cari boyfriend girlfriend," Ujar Datin Zahra. Aku dan Zarif mengangguk lalu bersalaman dengan Datin Zahra.

            "Bye ummi,"

             "Bye. Jaga diri,"

              "Jom Zarif" ajakku.

           "okay" balas Zarif lalu mengikutiku keluar dari pejabat.

           "Eh kelas kita dekat mana?" tanyaku sambil menghayunkan kakiku tanpa hala tuju.

             "Ermm.. Sekarang ni aku tak nak cari kelas. Aku nak cari tandas. Mana tandas? " tanya Zarif sambil kakinya digoyang-goyangkan.

              "Ha? Erm tadi aku nampak kat sana " jawabku sambil menghalakan jari telunjukku ke arah blok C.

              "Okay.. Kau tunggu kat situ boleh tak? Aku nak pergi tandas jap," ujar Syed Zarif sebelum berlari menuju ke tandas.

                "Nah pegangkan air milo aku ni," ujar Zarif sambil menghulurkan botol airnya yang berisi air milo.

              "Ish yang pergi bawa air milo ni dah kenapa?!" marahku. Dahiku berkerut.

           "Ummi yang suruhlah. Dah pegang jelah!"

                Aku mengambil air milo itu lalu membaca 1 kertas yang diberikan oleh wanita tadi iaitu jadual.

               Tiba-tiba ada seorang lelaki yang memakai baju biru datang ke arah ku lalu kami bertembung.

             Buk!!

              Aku terjatuh begitu juga dengan si dia.

              "Aduh! Eh kambing mana langgar aku ni?! " marah lelaki itu.

┏━━━━ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ━━━━┛

Continue lendo

Você também vai gostar

663K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
4.2K 612 75
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...
40.5K 2K 26
|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23
159K 13.9K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...