P.A.

By fifiejay

4.3K 90 17

Mengambil wanita bekerja adalah satu perkara biasa tetapi tidak kepada lelaki bernama Megat Rizal Hanafi yang... More

Tinta 1
Tinta 3
Tinta 4
Tinta 5
Tinta 6
Tinta 7
Tinta 8
Tinta 9
Tinta 10
Tinta 11
Tinta 12
Tinta 13
Tinta 14
Tinta 15

Tinta 2

321 9 0
By fifiejay


Nervousnya lahai! Dari dalam Electronic Train Service (ETS) lagi dah dup dap dup dap apatah lagi dah sampai Kota Damasara ni. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin. Nadia terus memulakan langkah untuk masuk ke dalam pejabat. Nasib baik ada masa lagi 5 minit.

Hmmm. Dengan siapa aku nak tanya ni. Semua aku nampak staf lelaki, mana staf perempuan dekat sini. Takkan la satu pejabat ni tak pakai staf perempuan. Biar betik! Habislah aku macam ni. Haish!

"Ye cik, boleh saya bantu?" sapa seorang staf lelaki yang dari tadi memandangnya agak pelik sejak Nadia memasuki ke pajabat.

"Err... saya Nadia Khalilah. Saya nak jumpa dengan Encik Rizal Hanafi"

"Owh! Cik dari syarikat mana ye?" soal lelaki tu lagi.

Aku datang baru nak mintak kerja la. Hmmm. Kenapa dia tanya aku dari syarikat mana ni.

"Saya datang ni untuk interview kerja"

Muka staf lelaki tu agak terkejut apabila aku menyebut perkataan interview. Aik! Apahal kau buat muka pelik pulak ni. Ada keluar tanduk dekat kepala aku ke?

"Owh, yeke? Tapi Bos tak ambik pekerja perempuan untuk kerja dekat sini"

Pulak! Bos dia ni sebenarnya asal dari planet mana? Planet of the Apes ke apa? Yang semalam tu aku dapat emel daripada sapa? Bukan dari syarikat ni ke? Gumam Nadia dalam hati.

"Saya rasa Cik dah kena tipu mungkin"

Mak ai! Siapa pulak nak kenakan aku ni. Kau ingat rumah aku dekat belakang ni ke nak prank aku. Haish!

"Tapi encik, Encik Rizal yang suruh saya datang hari ni. Dia sendiri yang emel saya suruh interview"

"Macam ni la Cik balik je, mungkin tempat ni tak sesuai untuk Cik bekerja dan..." tertiba staf lelaki tersebut terdiam tanpa menghabiskan ayatnya.

"Dan apa encik?" soal Nadia tanpa memahami situasi yang sebenarnya.

"Ada masalah apa Kay?" satu suara yang agak tegas dari belakangnya membuatkan Nadia terkejut serta seisi pejebat turut menjadi kelam-kabut apabila hamba-Allah tersebut masuk ke dalam pejabat. Nadia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara tadi.

"Bos! Tak ada apa. Ni budak perempuan ni salah pejabat, dia cakap bos ada hantar emel suruh dia interview hari ni. Ni saya nak suruh dia balik" beritahu lelaki tu. Nadia hanya memandang makhluk Allah depannya ini. Hensemnyaaaa.

"SIAPA SURUH KAU CAKAP MACAM TU?" tengking lelaki yang digelarkan bos dalam kalangan staf membuatkan seisi pejabat tersebut terdiam. Kesian pulak staf ni tak pasal kena tengking percuma ja dengan bos dia disebabkan aku.

"Ikut aku, Now!" sambung lelaki tersebut sambil menunding jari ke arah Nadia yang dari tadi hanya diam membatu. Nadia hanya mengangguk dan akur dengan arahan lelaki itu. Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi.

Semua staf membulatkan mata apabila bos mereka menyuruh perempuan tersebut mengikutinya ke bilik. Sejak bila pulak si Lion King ni nak ambik pekerja perempuan. Dia ni dah buang terbiat ke apa?

Nadia hanya berdiri menunggu dipelawa untuk duduk sambil memegang failnya. Owh, dia ke Rizal Hanafi. Kenapa dia ni serious sangat? Gerun pulak aku.

"Apahal kau tak duduk?" soalnya dengan suara yang agak kasar. Hadoi! Kalau aku tahu dia macam ni, baik aku belah je tadi masa staf dia suruh aku balik. Memang habis la aku lepas ni kena buli. Nadia terus mengambil tempat di hadapan lelaki tersebut. Aku rasa tak sempat nak interview ni terus kena maki gamaknya.

"So, kau memang nak kerja la"

Apa soalan mamat ni entah, dah aku datang nak interview memang la aku nak kerja. Eh! Eh! Aku rasa macam nak bagi penampar sulung aku ni pun ada. Lagi satu, Kau? Aku? Wey! Nama je educated tapi adab zero. Aku rasa dia ni fail dalam subjek peradaban manusia sesama manusia.

"Ye saya!" jawab Nadia sambil senyum walaupun tak ikhlas

"Hari ni kau dah start kerja" beritahu lelaki tersebut dengan muka serius dan suara sarkastik.

What the! Aku tak tahu la nak seronok ke apa bila dengar. Mamat ni memang la suka kembang suka kecut je buat keputusan. Kau tahu tak aku tak bawak satu baju pun dan aku datang sini semata-mata nak interview dan petang ni aku dah kena balik rumah. Memang mamat ni nak kena kut pelempang aku ni.

"Encik Rizal, bukan ke hari ni interview session je? Bukan ke saya kena interview dulu baru Encik Rizal ambik saya bekerja?"

"SUKA HATI AKU LA NAK INTERVIEW KAU KE TAK, that's not your problem" tinggi suara lelaki tersebut

"Tapi, petang ni saya kena balik"

"Kau datang sini naik apa?"

"Keretapi"

"Passport kau bawak?" soal dia lagi. Apahal kau tanya passport aku pulak ni. Nak ajak aku pergi bercuti ke? Passport memang aku simpan la dekat aku. Nadia mengangguk.

"Rabu ni ikut aku pergi Australia"

What! Yang ni memang tak kelakar. Sesedap ayam goreng je kau buat keputusan.

"Tapi Encik Rizal, saya tak bawak baju-baju saya dan saya tak cari rumah sewa lagi" beritahu Nadia. Ah! Nak marah, marah la. Kesah pulak aku. Dia bagi aku masa sehari je.

Rizal hanya memandang perempuan tersebut dengan serius dan sedikit berkerut. Minah ni banyak pulak alasan dia.

"Masa lunch ikut aku" arah Rizal tanpa banyak soal.

Nadia hanya diam dan tunduk sahaja.

"Baiklah" lemah dia menjawab.

"Pergi duduk dekat sofa tu dan ambik diari ni dan Ipad ni, arrange schedule aku untuk bulan ni dan bulan depan. Itu je kerja kau hari ni"

Nadia akur dengan arahan yang diberikan oleh Rizal.


"Lan, agak kau la kan budak perempuan tu interview jawatan apa?"

"Entah! Personal assistant la kut"

"Takkan la personal assistant, yang sebelum ni pun personal assistant dia semua lelaki takkan la tertiba dia nak ambik perempuan pulak. Dia kan alergik dengan perempuan. Nampak perempuan dia tahu nak maki hamun je walaupun perempuan tu tak buka mulut lagi. Jenis snap tak tentu pasal"

"Tapi kan kalau betul la perempuan tu PA dia memang aku rasa dia tu demam"

"Apa kau mengumpat tu Kay? Akak dengar daripada tadi sebut pasal perempuan je ni" soal Firda yang tetiba menjengah ke meja Kay untuk menghantar dokumen penting. Firda merupakan satu-satunya staf wanita dan juga merupakan assistant manager di syarikat tersebut. Dia merupakan sepupu kepada bos mereka. Dia diarahkan bekerja di syarikat tersebut atas arahan Dato' Megat, ayah Rizal iaitu ayah kepada bos mereka.

"Hah! Dah Akak datang ke meja saya ni, saya nak tanya satu benda. Akak kenal tak perempuan dekat bilik bos tu?" soal Kay sambil menjeling ke arah bilik bos yang hanya berdindingkan cermin. Firda menjenguk ke bilik bos, matanya tertumpu ke arah seorang perempuan yang sedang melakukan kerja di sofa.

"Sapa budak tu?" soal Firda sambil mengerut dahi.

"Laa, saya tanya Akak. Akak tanya saya balik" gumam Kay.

"Akak tak pernah jumpa pun perempuan tu sebelum ni"

"Yeke? Bukan adik-beradik Akak ke?"

"Mana ada laa! Adik-beradik belah mak dia pun Akak rasa macam bukan"

"Habis dia tu sapa?"

Rizal ni biar betul! Dia ni ambik perempuan mana pulak kerja dengan dia ni.


Ketukan pintu membuatkan Nadia terhenti melakukan kerjanya. Seorang wanita yang mungkin berusia sedikit daripada Bos melangkah masuk ke bilik. Baru aku jumpa staf perempuan. Tapi takkan la dia seorang je perempuan dekat sini. Kiranya aku ni tak la sesat tertiba kerja dekat sini. Gumam Nadia dalam hati sambil memandang ke arah mereka yang sedang berbual.

"Jai! Sibuk ke?" soal wanita tersebut.

Rizal hanya mengangguk sambil menyelak dokumennya di hadapan. Dia ni kan orang tengah bercakap dengan dia boleh pulak tak pandang langsung muka orang. Hish! Mulut aku ni macam ringan je nak bantai hamba-Allah ni. Gumam Nadia dalam hati.

"I nak tanya ni, tu sapa?" soal wanita tu lagi.

"PA"

"Since when you hire a girl to be your PA?" soal wanita tu sambil ekor matanya memandang ke arah Nadia yang sedang khusyuk melakukan kerjanya.

"Today she starts to work here" beritahu Rizal sambil memandang komputernya.

"Oh! Okay! What is her name?" soal wanita tu lagi.

"Nadia Khalilah Johari" jawabnya dengan penuh sarkastik.

Wait! Aku tak perkenalkan diri aku dekat dia pun tapi macam mana dia boleh tahu nama aku. Kiranya dia memang ingat aku la masa dekat pintu masuk tadi. Hmmm. Sekali dia sebut dengan nama bapak aku pulak tu.

"Owh! Kenapa you tak suruh dia duduk meja dia dekat luar dan perkenalkan dia dekat staf?"

"I sibuk!" jawab lelaki tersebut dengan ringkas

"Kalau macam tu I je la yang take over yee" cadang wanita tersebut. Terus dia meluru ke arah Nadia.

"Hai! I'm Firda Melissa. Assistant manager dekat syarikat ni" beritahu wanita tersebut sambil bersalaman dengan Nadia.

"Nadia" jawabnya sambil memberikan senyuman.

"Can you follow me? I nak kenalkan you dengan semua staf"

Nadia hanya akur sahaja. Bos tidak memandang ke arah mereka berdua. Dia hanya menumpukan perhatian kepada kerjanya. Khusyuk betul!

"Guys! Akak nak kenalkan ni Nadia Khalilah, PA baru Boss"

Semua staf jatuh rahang apabila Kak Firda mengumumkan kepada semua staf tentang siapa dirinya di sini. Apahal semua buat muka terkejut beruk je ni.

"Hai, selamat berkenalan semua" sapa Nadia dengan senyuman.

What PA? Sah bos demam ni.


Continue Reading

You'll Also Like

36.1K 2K 32
Come and join the family of Kim. See how the Kim family spends the day, including the cool Dada Jin, strict Appa Joon, calm yoongi, overactive hobi...
170K 15.5K 30
"သူက သူစိမ်းမှ မဟုတ်တာ..." "..............." "အဟင်း..ငယ်သူငယ်ချင်းလို့ပြောရမလား..အတန်းတူတက်ခဲ့ဖူးတဲ့ အတန်းဖော်လို့ ပြောရမလား...ဒါမှမဟုတ်..ရန်သူတွေလို...
652K 1.1K 22
Smexy One shots😘 Got deleted twice 3rd times a charm🤦🏻‍♀️😭
297K 8.2K 137
"𝑻𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒓𝒆𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒏𝒐 𝒘𝒂𝒚 𝒐𝒇 𝒘𝒊𝒏𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒇 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒆𝒊𝒓 𝒆𝒚𝒆𝒔 𝒚𝒐𝒖'𝒍𝒍 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆 𝒂 𝒅𝒖𝒎𝒃 𝒃𝒍𝒐𝒏𝒅𝒆."