Her Mistake His Regret

By Eunnie00

879K 43.6K 3.5K

◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #... More

B L U R B
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
preview
S2 | Prologue
※1※
※2※
※3※
※4※
※5※
※6※
7
8
※9※
※10※
※12※
13
※14※
※15※
※16※
※17※
※18※
※19※
※End※
Epilogue
◇DEMELISE◆
◇EUNNIE00◆
A SINGLE TRUTH
100K

※11※

9.4K 571 62
By Eunnie00









H E R
M I S T A K E

H I S
R EG R E T



∽※∽※∽※∽






" Apa kau cakap Elise "



Refleks , kedua mereka menoleh . Kaget apabila bertentang mata dengan Demerez yang jelas berwajah tegang . Bermakna , sudah cukup lama lelaki itu berdiri di situ dan ... mendengar segalanya .


Elise cuba menghampiri Demerez namun lelaki itu lebih pantas menerpa ke arah Judah . Kolar baju Judah dicengkam kuat , menarik lelaki itu berdiri . Berdepan dengan Demerez .


" Rez , bertenang . Aku boleh jelaskan"

" Tenang ? ! Kau tahu perkara sebenar tapi kau langsung tak cuba nak beritahu aku ! Kau tahu tak anak aku mati sebab kau ! " Serentak itu , tubuh Judah dihumban ke lantai menyentak semua pengunjung dan pekerja kafe itu . Rata-rata pengunjung mulai riuh dengan aksi yang sudah dimulakan oleh Demerez .



" Demerez ! " pautan Elise pada lengan Demerez langsung tidak mampu menghalang lelaki itu daripada amarahnya .


" kalau kau beritahu aku lebih awal aku tak akan marah dan dendam pada Elise ! Aku tak akan buat semua benda ni ... that lead to Aireen's death . Kau tahu aku buat semua ni sebab aku fikir Elise belot aku ! Kau boleh stop aku waktu tu but no ! Kau diam ! "


" kalau bukan sebab kau nak balas dendam pada Elise , kau tak akan balik cari dialah Rez ! And kau tak akan tahu pun kau ada anak ! AKu diam bersebab ! And those damn reason is because of you ! Aku tahu kau sayangkan ELise . I fuckin know how deep your feelings for her ! Tapi aku tahu kau akan bisukan sahaja perasaan kau pada dia sebab dalam otak kau tu cuma fikir itu satu kelemahan ! Sebab dalam diri kau tu kau hanya nak hukum hidup kau atas sebab perasaan serba salah kau atas kematian Helena ! Dan juga sebab mak kau ! " sedaya upaya Elise membantu Judah berdiri . Namun, sejurus lelaki itu mengimbangkan tubuh dengan tongkatnya pantas bantuan Elise ditolak .



" ... aku faham kau Rez . Kau rasa bersalah pada mak kau . Pada Helena . Kematian Helena yang jelas-jelas sepatutnya disalahkan pada aku ! Aku yang salah ! Aku bukan kau ! Yang patut hidup dalam bebanan sesal dan derita adalah aku ! " selaran Judah bergema , membisukan seluruh isi kafe itu .



Tubuh Elise juga kaku . Terkesima dengan segala selaran dan butir bicara Judah . Lambat-lambat kepala didongakkan , melirik ke wajah Demerez . Wajah itu yang ketara berubah . Terbias segala emosi diwajah dan sepasang mata itu . Seakan, perkataan Judah membuka segala pekung di dada Demerez . Memaksa lelaki itu keluar dari persembunyiaannya selama bertahun-tahun itu . Segala sesal , kekecewaan dan kesedihan diri yang ditimbus dalam-dalam di lubuk hati lantas dipasangkan perangkap  yang bertopengkan kedinginan dan tanpa emosi .



Judah merenung tajam ke wajah Demerez yang terus membisu .
" berhenti buat aku macam ni Rez " datar luahan Judah , membuatkan pandangan ELise beralih pada lelaki itu . Derita yang terpancar dari raut wajah Judah menyentak dirinya , bahawa kedua beradik tiri ini hanya saling menjaga satu sama lain . Namun, masih mereka dilukai , terluka sepanjang tempoh ini . Duka yang disimpan , dipendam adalah lebih memeritkan disaat perasaan itu diluahkan .


" a-aku tak boleh teruskan hidup macam biasa . Pura-pura teruskan hidup sedangkan kau rosakkan diri kau macam ni ! Atas kesilapan aku ! Stop it ! " datar sekali lagi namun tersisa keterdukaan dalam bicara Judah sebelum menapak menghampiri Demerez .



Jari telunjuk ditekan berkali-kali pada dada Demerez . Kedua -dua beradik tiri itu saling bertentang mata .


" jangan paksa aku untuk melutut minta maaf pada kau atas kematian Helena . J-jangan paksa aku untuk akui semua kesilapan yang lepas ... sebab aku sendiri " lirih namun sedikit keras nada Judah sebelum menggeleng tegas .  " —— aku dah cukup menderita fikir setiap malam ... soal Helena ... aku tak kuat ... tak kuat untuk mengaku terang-terangan depan muka kau ... yang aku bersalah . Walau apa pun , aku masih ... salah seorang yang ... mencintai dia suatu ketika dulu "


Elise membisu , hiba hatinya apabila menangkap air mata mengalir dari birai mata Demerez yang pantas melarikan wajahnya ke arah lain . Judah pula , tertunduk masih jarinya menekan dada Demerez sebelum bertukar kepada genggaman pada t-shirt adik tirinya .


" bukan kau sahaja yang terseksa Rez . Bukan kau seorang . So , please ... fix yourself . Learn how to forgive yourself ... so that .... " kedengaran Judah menghela nafas berat dan panjang . Tangan yang menggengam baju Demerez dilonggarkan sebelum dilepas .


" so that , aku boleh maafkan diri aku juga " gumaman Judah perlahan namun cukup didengari oleh Demerez ... dan Elise . Sejurus itu , lelaki itu terus sahaja menapak keluar dari kafe .


Elise tergamam . Cuba mengembalikan semula ketenangan diri , lantas mata dilirik pada Demerez . Hati ibarat dicarik-carik apabila melihat wajah lelaki itu . Diri sebenar seorang Demerez Black yang selama ini bersembunyi dalam bayang-bayang .


Kaki diusung menghampiri lelaki itu , namun tegahan Demerez menyentak separuh nyawanya . Ibarat hatinya direntak kasar dari tubuh .




" don't . Don't come near me Elise . Don't "


Elise hanya mampu pegun , melihat Demerez menapak keluar dari kafe . Meninggalkan dirinya seorang diri .
Mata melirik sayu pada Demerez yang menapak perlahan dan lemah seakan jasad tanpa roh lewat dinding lutsinar kafe itu .




Tanpa sedar setitis air mata hangat mengalir dari birai mata Elise .

















" papa tak boleh buat macam tu ! "


Serentak kesemua mata Kimberlin kini menikam wajah Ellen , tidak terkecuali Lufasz .



" papa terpaksa Ell . Kamu tak akan faham . Keluarga kita diugut . Papa dan syarikat diugut . Tak ada cara lain lagi selain ikutkan sahaja permintaan dia " bantah Kimberlin Hans sesal sebelum melirik wajah isterinya Carla yang jelas kaku .



" Carla you setujukan dengan I ? Lagipun, ini demi legasi keluarga kita juga . " penerangan Kimberlin Hans langsung tidak berjaya menyentak Puan Carla daripada lamunanya .


" no . Kita tak boleh satukan Elise de-dengan polis tu . No ! I tak setuju Hans ! " bentak Puan Carla , tangan yang jelas bergetaran cuba disembunyikan . Ketakutan yang hampir separuh terbias di wajah wanita itu hanya mampu difahami oleh Ellen sahaja .



" what ! Apa maksud you ni Carla ! You nak tengok syarikat I musnah ? Or you nak I masuk penjara ! Hey, kalau I masuk penjara you ingat pegawai polis tu akan diam ke . Dia sendiri beritahu I , bukan sahaja I masuk penjara malah you , Ell and Lufasz sekali dia boleh drag sekali ! You ingat I main-main ke dengan semua ni huh ! "




Lufasz terkesima dengan kenyataan bapa mertuanya . Kusut fikiran mereka kini . Ellen pula hanya mampu membisu , jiwa wanitanya kini dilanda badai yang meranapkan segalanya . Puan Carla pula masih dalam dilema , tersepit dalam masalah yang baru menjengah mereka sekeluarga juga masalah yang pernah dia lakukan pada ELise dahulu . Ketakutan sebenarnya , jika pegawai polis itu mengetahui kesalahannya pada Elise .






" cubalah korang faham . Papa cuma nak selamatkan kita , selamatkan syarikat kita . Lagipun, bukannya kita cederakan Elise malah kita beri dia peluang untuk kehidupan lebih baik ... sekurang-kurangnya , ELise tak perlu terlibat dengan lelaki Black tu . Dan kalau kes ... Elijah dibuka semula ... pegawai polis tu boleh selamatkan Elise daripada disabit bersalah . Bukan sahaja keluarga kita dapat manfaat , ELise juga tak mendapat mudarat . "


" pa , saya rasa kita tak patut buat keputusan bagi pihak Lise . Lepas apa yang dah berlaku ... saya tak rasa dia akan ikut bulat-bulat rancangan papa ni . " ujar Lufasz , membuatkan isterinya Ellen menoleh .





Tertunduk Ellen , merasakan jaluran kesal dalam dadanya . Kesal kerana sampai tika ini dia tidak mampu berterus terang dengan suaminya . Kesal kerana pada masa yang sama ... mencemburui keprihatinan suaminya pada Elise .




" tak . Elise masih keluarga Kimberlin . Dia akan dan kena ikut cakap papa sebagai ketua keluarga Kimberlin . Walau apa pun , kita yang benarkan dia bebas daripada hukuman penjara tu . Dia .... "




" .... berhutang dengan kita "




























Tubuh Demerez yang sesekali hampir tumbang membuatkan Elise ingin menghampiri terus tubuh itu namun , dimatikan niat itu . Hanya mengekori dari jauh tubuh yang terumbang-ambing itu menapak satu tapak demi satu tapak .




Demerez sedaya upaya mengorak langkah tanpa tujuan , tangan berpaut pada dinding batu kawasan perumahan berkos rendah itu . Meski dalam keadaan dirinya yang kurang waras dek mabuk , masih dia ingat laluan perumahan itu yang pernah menjadi kawasan rumahnya berpuluh tahan dahulu .



Bagi Elise pula , dirinya hanya mengekori lelaki itu dan kawasan perumahan di sekeliling kini benar-benar penemuan baru baginya .
Sejak Demerez keluar dari kafe , sehinggalah lelaki itu keluar dari pub dan berjalan kaki ke kawasan perumahan ini , Elise masih bersembunyi dalam pada memastikan keselamatan Demerez meski dia tahu lelaki itu bisa menjaga diri sendiri . Iya , dia hanya risaukan dan mungki hanya mahu berada di sisi Demerez sebagaimana lelaki itu sentiasa menemani dalam setiap keterdukaannya .




Lorong-lorong perumahan yang sunyi kini berakhir ke kawasan lapang . Kegelapan malam tidak menghadkan pandangan mata Elise pada kawasan taman permainan usang itu . Buaian yang rosak dan tergantung sepi . Papan gelungsur yang luntur warnanya dan berkarat .



Diam memerhati Demerez mengusung langkah beratnya ke arah papan gelungsur itu . Bukan memanjat namun tunduk , menyembunyikan diri dibawah papan gelungsur .



Menapak Elise menghampiri lelaki itu . Luluh hatinya apabila melihat lelaki yang selama ini kuat dan tidak pernah merendahkan egonya kini lemah dan broken dibawah papan gelungsur itu , sambil memeluk rapat lutut seakan anak kecil .



Pantas , tangan naik menekup mulut yang teresak sendu . Pandangan mata kini kabur dengan air mata . Kesakitan jelas menusuk jantung Elise kerana keadaan lelaki itu tika ini  , kerana dirinya tidak tahu apa-apa mengenai kisah silam Demerez . Tidak seperti Demerez yang mengetahui segalanya tentang silam Elise .




Perlahan-lahan Elise merapatkan jurang antara mereka , turut sama membungkuk tatkala memasuki ruangan bawah papan  gelungsur itu . Refleks , membuatkan Demerez mendongakkan wajah .






" k-kau ... " belum sempat Demerez menyambung bicaranya pantas Elise memeluk erat tubuh sasa itu . Jelas tubuh Demerez kaku , membisu .





" I'm here .... I'm here with you Rez ..." gumam Elise masih tidak melepaskan tubuh lelaki itu malah makin dieratkan lagi rangkulannya .






Masing-masing membisu meski sesekali esakan halus Elise terluah dibibir . Tidak bagi Demerez , lelaki itu hanya mendiamkan diri namun tidak juga menolak pelukan Elise ditubuhnya .




Elise juga membisu , tiada bicara antara mereka hanya kehadiran yang saling melengkapi diri masing-masing . Itu lebih penting tika ini .




Demerez memejamkan mata, membiarkan kepalanya yang berat dengan bebanan emosi itu berehat dibahu wanita yang dicintainya . Lengan sasanya merangkul pinggang Elise tanpa bicara .






















" apa masalah you Ell ? "


Mata Lufasz menatap kosong tubuh isterinya yang membelakanginya , berpeluk tubuh .





" masalah I ke .. you yang ada masalah sekarang ni ? You ada sorok apa-apa dari I ke pasal hubungan you dengan Lise ? "



Lufasz terdiam sebelum mengeluh panjang . Mata kembali bertentangan dengan mata Ellen .



" salah ke kalau I bantah rancangan papa . Even kita keluarga Lise , still kita tak layak nak tentukan segalanya . Dia pun ada hati ada perasaan . Bukan boneka . Lagipun , dendam dia pada kita .. dah cukup dalam ... tak perlu keruhkan lagi dengan plan ni "


" you s-sukakan Lise ke ? Tell me , or perasaan tu datang sebab you kesian tengok dia hilang Aireen ... atau ... you memang dari dulu sukakan kakak I ? "




Berkerut dahi Lufasz dengan selaran dan tohmahan isterinya . Kepala menggeleng kesal .


" hal ni tak ada melibatkan perasaan suka Ell . LAngsung tak ada . Yes , I admit ... I memang kenal Lise lagi awal dari you tapi I pilih you sebagai wife I . Ibu pada anak I . Kenapa you kena ragui perasan I pada you sekarang ? You tahu ... sampai sekarang ..and sampai bila-bila I cuma sayang you seorang . Dalam hati I cuma ada perempuan bernama Ellen Kimberli  bukan Elise Kimberlin ! Even , sampai sekarang I masih sabar dan tak desak you mengenai rahsia antara you, mama and Lise . I tahu , sedar you sorok sesuatu dari I mengenai Lise . Dendam Lise pada you , pada mama ! I masih berpihak pada you tapi you sendiri ragu-ragu dengan I ? What happened to you Ell ? Why you berubah macam ni ? MAna Ell I yang dulu ... yang bersemangat waja tapi baik . Tulus ... please jangan jadi macam mama you ... please ... "





Sepasang mata biru itu redup menatap wajah Ellen . Terbias kasih dan sayang yang tercipta hanya untuknya .






" sekali lagi ... I akan tunggu you . Tunggu sampai you sedia nak beritahu segala yang you sembunyikan ... I akan tunggu you Ell . And perasaan I pada you tak akan berubah kalau itu yang buat you takut nak beritahu I . I promise Ell " lantas Lufasz mengorak langkah keluar daripada bilik mereka .





















Selagi jantungku terus bergetar,
Selagi nyawaku masih bersama ,
Akan ku terus mencintai kamu ,
walau jalannya ku lalu berliku .


Biar ditimbus gelisah derita ,
Ku masih bersama .


Sulit , Aman Aziz
















Terjaga , Elise merenggangkan lengannya namun tidak sampai sesaat dua mata segera melilau mencari susuk tubuh Demerez . Kicauan burung menemani kesunyian kawasan taman permaninan itu . Pantas Elise bangun , berpusing meliarkan mata ke sekitar . Kosong . Lengang .





Naik turun nafasnya apabila menyedari ketiadaan Demerez disisi . Kebimbangannya memuncak ,






Sebelum ada lengan yang melingkari di pinggang dari arah belakang . Terus terkaku tubuh Elise , membiarkan kehangatan dari  tubuh lelaki itu menyelimuti diri . Merasakan bahunya yang berat apabila lelaki itu menongkatkan kepalanya .






" thank you ... sayang " lembut dan datar bait indah daripada Demerez menyapa gegendang telinga .












∽※∽※∽※∽



|TBC |

VOTE || COMMENT



★NOTES★

※JUMAAT SABTU SY BZ , SO TIADA UPDATE . TPI SY AKAN USAHAKAN UTK UPDATE  SATU LGI CHP KALU ADA MSA MLM NI .

※ANd kalau korang perasan , chp ni agak pnjg kan ? 😅😅

※NEXT UPDATE ※
SUNDAY



Continue Reading

You'll Also Like

166K 10K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
79.6K 5.7K 41
569K 34.1K 55
❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐚𝐬𝐬𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭 ❦ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh...
141K 10.4K 70
"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis...