MARYAM | Best Seller

By pena4kayu

48.3K 1.1K 155

Blurb/ Sinopsis: Empat tahun Maryam belajar bangun dari runtuhan hati, tetapi hanya untuk runtuh semula setel... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 09
Rahsia Demi Rahsia
Press Down On Me
Yara
Frostbite
Ini Siapa?
The Secret
Selamat Malam, Karl
Serah Diri
I Like You
Sengketa Tu Akan Selalu Ada
I Slept With Her
Saya Sakit Hati, Maryam
Gerak Hati Yang Dahsyat
Sorry...
Joke
BAB 10
Protection
Perempuan Yang Salah

BAB 08

2.2K 62 4
By pena4kayu

LISA telah ke kaunter bayaran untuk menjelaskan bil. Tadi dia sempat bertelagah dengan Karl. Karl berkeras mahu membayar kos hidangan malam ini. Namun akhirnya, Lisa menang dalam pertelagahan tersebut setelah mendapat sokongan Bella.

Namun bukan hal tersebut yang meresahkan Maryam. Keresahan Maryam bermula apabila Bella dan mama Isa bangun untuk ke rest room. Dan keresahan itu naik ke puncaknya setelah Isa ikut bangun untuk ke tempat yang sama, meninggalkan Maryam dengan Karl berdua di meja makan. Suasana yang awalnya nampak normal, mulai bergolak.

Biarpun keadaan sunyi sepi tanpa perbualan, Maryam dapat rasa sesuatu yang 'hitam' sedang menghampirinya. Maryam tetap berharap yang hitam itu takkan berlaku dan keadaan sunyi ini berterusan. Maryam berharap sangat Karl takkan membuka mulut lalu menembaknya dengan ayat-ayat dari neraka.

"Are you trying to make me jealous?"

Maryam memandang ke arah Karl. Harapannya lebur. Karl mulai bersuara. Ayat mukadimahnya mungkin berasal dari pintu neraka.

"Is this your way to get my attention?"

Maryam menggenggam erat jari tangannya. Dia sudah tahu ayat-ayat yang keluar dari mulut Karl takkan membahagiakan. Dia sudah bersedia mental dan fizikal. Namun apabila mendengarnya secara langsung, pertahanan diri Maryam rapuh. Dia terluka.

"Kalau tekaan saya betul, lebih baik awak lupakan semua harapan awak tu. I'm not jealous and you will never get my attention. Never, Maryam."

Maryam mengangkat mukanya, tetapi bukan untuk melihat ke arah Karl. Dia lebih senang memerhatikan Lisa. Dalam hati dia menitipkan doa supaya Lisa segera menyelesaikan bayaran dan kembali semula ke meja ini. Maryam tidak selesa apabila Karl mula memberontak tentang perkara yang tidak benar.

"Sebab apa saya cakap betul, jadi awak membisu?" Karl meneguk minumannya tanpa memandang ke arah Maryam. Sebenarnya, sejak tadi lagi dia tidak memandang Maryam.

"You are nothing but a weakness to me and trust me when I say, I will never love you again."

Kesabaran Maryam telah lama lenyap. Dia bangun dan pandangan matanya tepat terarah pada Karl. Karl melampau. Hanya kerana Maryam memilih dasar berdiam diri lebih baik daripada bersuara, Karl menghentamnya dengan cukup teruk.

"You think I care? This pain I am feeling right now, is nothing compared to the emotional pain I felt when you left me four years ago. Let me be clear with you here and now. Saya tak ada hati nak balik semula dekat awak. Sikit pun tak ada. Cukuplah apa yang awak dah beri pada saya. Saya dah tak nak and I will take every chance to get away from you."

Sepi sejenak. Turun naik nafas Maryam. Dia mengharapkan Karl akan membalas balik kata-katanya, mana tahu Karl memilih membeku. Hanya pandangan mata lelaki itu jelas memberitahu, dia sedang mengawal api kemarahannya daripada merebak.

"You have changed, Maryam."

"Memang saya dah berubah. Saya lebih matang dan lebih rasional. Awak yang masih tak berubah. Awak masih lagi menyakitkan hati saya. Bahasa yang awak gunakan, macam manusia tanpa hati," lanjut Maryam sebelum menarik nafas panjang. Pertelagahan dengan Karl sebenarnya terlalu memenatkan.

"I hope one day you'll find your heart back, supaya awak boleh belajar menjadi manusia semula."

Menyilau pandangan mata Karl.

"Do not try me, Maryam. You wouldn't like to see what happens when you fight fire with fire. Jangan bagi saya peluang untuk hancurkan awak sekali lagi. Awak takkan dapat bangun."

"Semua baik-baik saja, ke?" Lisa muncul dengan raut muka bimbang. Matanya silih berganti antara Maryam dan Karl.

"No." Sedikit kuat suara Maryam membalas pertanyaan Lisa. Maryam tidak tahu sejak bila Lisa berada di sisinya. Dia harap Lisa tidak mendengar isi perbualannya dengan Karl tadi.

"Saya nak balik," sebut Maryam. Beg totenya diraih dan dia mula melangkah. Dia tahu dia telah menjadi kawan yang sangat kurang ajar. Kawan yang tidak menjaga air muka kawan sendiri. Namun keadaan terlalu teruk, memaksa Maryam mengambil inisiatif bersikap kurang ajar.

Sayup-sayup dia mendengar namanya dipanggil. Namun langkahnya semakin deras. Hujan turun lebat sewaktu dia membuka pintu restoran. Payungnya yang diletakkan di tepi pintu masuk restoran itu diambil.

"Maryam." Suara Lisa, begitu dekat. Apabila Maryam berpaling, Lisa sudah berada di sebelahnya.

"Kita balik sama."

"Aku boleh balik sendiri. Lagipun apa kata mereka kalau kau balik awal."

"Kau kawan aku, mestilah kau lebih penting berbanding mereka. Lagipun dah lewat ni, aku penat."

Langkah Maryam terhenti. Dia memandang Lisa tepat. Raut wajah tegangnya mulai kendur.

"I'm sorry, Lisa. Aku rosakkan hari bahagia kau."

"Nope," kata Lisa. Tangannya melingkar lalu lengan Maryam dipaut mesra.

"Aku masih lagi gembira sebab kau orang semua sudi meraikan berita gembira aku."

Tunduk kepala Maryam. Rasa bersalahnya menebal.

"Fasal Karl tu, kau janganlah kisah sangat. Bella dah cerita dekat aku, yang Karl tak suka kau jadi brides maid Bella. Tapi keputusan tu di tangan Bella. Karl takkan menang kalau Bella berkeras."

"Tentang hal tu, aku akan beritahu sendiri pada Bella. Aku tak boleh jadi brides maid dia."

"Kenapa? Sebab Karl?"

"Aku tak nak keruhkan hubungan mereka berdua. Kalau boleh elak, kita elak. Tak eloklah kalau mereka berdua bertegang urat fasal aku."

Lisa nampak seperti berfikir panjang. Dia memandang Maryam, memandang tepat pada mata Maryam.

"Aku harap Bella dapat pujuk kau."

Keluhan Maryam mengisi suasana. Bercakap tentang Karl selalu melelahkan hati Maryam.

"Kau parking kereta dekat mana?" Maryam memberi isyarat supaya cerita tentang bridesmaid ditamatkan.

"Follow me."

Baru sahaja memasuki perut kereta, Lisa kembali bersuara. Pandangan matanya nampak galak dan penuh usikan.

"Aku nak cakap ni, tapi apa aku cakap ni base on my point of view."

"Kalau fasal Karl, aku tak nak dengar." Maryam menggelengkan kepalanya. Jari telunjukkan ditarikan di depan Lisa.

Lisa ketawa. Enjin kereta telah dihidupkan. Brek tangan turut diturunkan. Kurang sepuluh saat, Suzuki Swift warna hitam milik Lisa telah memasuki jalan besar. Baru semalam Lisa memandu semula keretanya setelah hampir seminggu dirawat di bengkel.

"Bukan fasal Karl, tapi Isa. I think he likes you, even his mother likes you very much."

"Lisa, aku tak pernah terfikir nak bercinta dengan boss kau."

"Kau tak nak pertimbangkan? Isa ada depan mata kau, Ikhmal tu jauh dari mata kau. Bukan aku tak sokong percintaan jarak jauh, tapi risiko percintaan jarak jauh ni putus di tengah jalan tinggi. Kau dekat KL, dia pula dekat JB. Macam-macam hak boleh jadi."

Tidak senang duduk Maryam dibuatnya apabila isu dia mempunyai kekasih di JB ditimbulkan semula.

"Masa Isa pakaikan kau jaket tadi, aku rasa 'sesuatu'sangat. Kemudian bila dia datang tenangkan kau setelah kau tiba-tiba emosi, ya Allah... aku tak tahu macam mana, tapi kepala aku ni dah terbayang perkahwinan kau dengan Isa." Tangan Lisa terawang-awang ketika bercerita.

"Aku dengan Isa cuma boleh jadi kawan, Lisa."

Lisa mengeluh. Namun dia tetap juga menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Aku nak cakap satu rahsia, tapi kau jangan melenting." Lisa menyambung perbualan setelah pemanduannya mulai stabil.

"Apa dia?"

"Sebenarnya Isa yang cadangkan makan malam hari ni. Dia minta aku pastikan kau dijemput sebab mama dia nak jumpa kau."

"Jadi kau perangkap aku?"

"Sorry, tapi Isa tu baik. Dia sangat baik sebagai boss, dan aku rasa dia pun seorang teman lelaki yang baik."

Tiga kali Lisa menekankan perkataan baik.

"Tapi kalau aku tahu kau dah ada boyfriend, serius aku takkan setuju dengan permintaan Isa. Kau maafkan aku, kan?"

Pening kepala Maryam apabila Lisa tidak pernah bosan menyebut tentang kekasih yang baru direkanya malam ini.

"Aku maafkan kali ni, tapi bersyarat. Jangan buat lagi dan kalau Isa berkeras pujuk kau, beritahu aku dulu."

"Baik, aku janji aku takkan buat lagi." Lisa sempat mengangkat tangannya sebagai perakuan sumpah.

"Tapi aku tetap rasa kau dengan Isa sesuai," sambung Lisa kemudian. Masih lagi cuba untuk melobi Maryam.

Maryam memilih memandang ke luar tingkap kereta. Dia tidak memberikan sebarang komen. Dia belum bersedia untuk bercinta. Empat tahun belum cukup untuk membuat dia melupakan kesakitannya.

"Dan aku nak tanya satu soalan lagi. Untuk soalan ni, aku nak kau jawab dengan jujur."

Maryam masih tidak memberi sebarang komen. Namun pandangannya telah melekat pada Lisa.

"Sejak bila kau bercinta jarak jauh dengan Ikhmal tu?"

"Ikhmal tak wujud."

Tangan kiri Lisa laju menekup mulutnya sendiri. Sepasang mata bundarnya sekejap memandang Maryam, sekejap memandang jalan raya.

"Kalau tak wujud, kenapa kau petik nama Ikhmal?"

"Aku terdesak, Lisa. Kau pun nampak sendiri Karl attack aku macam mana."

Lisa nampak lebih tenang sekarang. Namun dia seperti berfikir panjang.

"Aku tak tahu kenapa hubungan kau dengan Karl asyik panas."

Karl yang memulakan pembakaran, bukan Maryam. Maryam lebih senang mengamalkan dasar low profile.

"Lupakan Karl. Berbalik pada Isa. Memandangkan Ikhmal tu tak wujud, aku rasa kau patut beri peluang pada Isa."

"Aku senang dengan hidup aku sekarang."

"Tapi sampai bila, Maryam? Sampai bila kau nak bersendirian? Takkan kau tak pernah bayangkan kau ada suami dan ada anak sendiri?"

"Sekarang bukan masanya."

"Aku nak minta Bella beri kau kaunseling. Mungkin Bella boleh lembutkan keras kepala kau."

Kerutan dahi Maryam cukup ketara. Seboleh-bolehnya, Maryam tidak mahu bergantung pada siapa-siapa, terutamanya Bella. Silap gaya, Karl menuduhnya dengan tuduhan tak berhati perut pula nanti.

"Kau tahu, dulu keadaan Karl lebih teruk berbanding kau. Bella yang brain wash otak dia. Bella motivate dia untuk bangun semula."

"Oh," sepatah jawapan balas Maryam. Dia tidak berminat dengan cerita tentang Karl.

"Bella beritahu, Karl pernah gagal bercinta. Dia tak boleh bangun semula selepas bekas kekasih dia sebelum ni, curang di belakang dia. Kata Bella, bekas kekasih Karl tu curang dengan sepupu Karl sendiri. Aku boleh rasa sakit hati Karl tahap mana."

Sekarang ini, Maryam rasa dia sedang ditikam dengan teruk. Maryam sesak nafas. Peluh renik cepat benar timbul, biarpun penghawa dingin telah dipasang.

"Muka kau pucat," ujar Lisa setelah melirik sejenak pada Maryam.

"Aku okey, cuma sesak nafas sikit."

"Kau nak ke klinik?"

"Tak perlu, tak teruk pun. Seminit dua lagi, akan normal balik. Aku cuma perlu bernafas dengan baik."

Lisa memandang Maryam.

"Aku nak tanya satu soalan lagi."

"Banyaknya soalan kau nak tanya," tempelak Maryam tanpa sengaja. Mujurlah Lisa memberi jawapan dengan cara ketawa.

"Yang ni soalan last untuk malam ni."

Panjang helaan nafas Maryam. Namun dia tetap memberi jawapan positif pada Lisa.

"Tanyalah."

Lisa memberi sorotan tajam. Raut wajahnya paling serius pernah Maryam lihat. Mungkin hal serius yang ingin dibincangkan oleh Lisa.

"Janji dengan aku kau akan jujur. Jangan bohong."

"Kau buat aku risau. Just shoot, Lisa. Insya-Allah, aku jujur."

"Kau dengan Karl, ada apa-apa ke?"

°°°°°
Nota Bonda PK:
Lisa dah tanya tu. Maryam macam tak boleh jawab. Cuba korang jawabkan.

Pre-Order MARYAM team kami buka bermula 23 Ogos 2019 sehingga 6 September 2019. Jualan online sahaja. Wasap kami untuk pertanyaan/ pembelian.





Continue Reading

You'll Also Like

264K 17.3K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
3.2M 289K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2M 89.8K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
508K 24.6K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...