BAB 08

2.2K 62 4
                                    

LISA telah ke kaunter bayaran untuk menjelaskan bil

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

LISA telah ke kaunter bayaran untuk menjelaskan bil. Tadi dia sempat bertelagah dengan Karl. Karl berkeras mahu membayar kos hidangan malam ini. Namun akhirnya, Lisa menang dalam pertelagahan tersebut setelah mendapat sokongan Bella.

Namun bukan hal tersebut yang meresahkan Maryam. Keresahan Maryam bermula apabila Bella dan mama Isa bangun untuk ke rest room. Dan keresahan itu naik ke puncaknya setelah Isa ikut bangun untuk ke tempat yang sama, meninggalkan Maryam dengan Karl berdua di meja makan. Suasana yang awalnya nampak normal, mulai bergolak.

Biarpun keadaan sunyi sepi tanpa perbualan, Maryam dapat rasa sesuatu yang 'hitam' sedang menghampirinya. Maryam tetap berharap yang hitam itu takkan berlaku dan keadaan sunyi ini berterusan. Maryam berharap sangat Karl takkan membuka mulut lalu menembaknya dengan ayat-ayat dari neraka.

"Are you trying to make me jealous?"

Maryam memandang ke arah Karl. Harapannya lebur. Karl mulai bersuara. Ayat mukadimahnya mungkin berasal dari pintu neraka.

"Is this your way to get my attention?"

Maryam menggenggam erat jari tangannya. Dia sudah tahu ayat-ayat yang keluar dari mulut Karl takkan membahagiakan. Dia sudah bersedia mental dan fizikal. Namun apabila mendengarnya secara langsung, pertahanan diri Maryam rapuh. Dia terluka.

"Kalau tekaan saya betul, lebih baik awak lupakan semua harapan awak tu. I'm not jealous and you will never get my attention. Never, Maryam."

Maryam mengangkat mukanya, tetapi bukan untuk melihat ke arah Karl. Dia lebih senang memerhatikan Lisa. Dalam hati dia menitipkan doa supaya Lisa segera menyelesaikan bayaran dan kembali semula ke meja ini. Maryam tidak selesa apabila Karl mula memberontak tentang perkara yang tidak benar.

"Sebab apa saya cakap betul, jadi awak membisu?" Karl meneguk minumannya tanpa memandang ke arah Maryam. Sebenarnya, sejak tadi lagi dia tidak memandang Maryam.

"You are nothing but a weakness to me and trust me when I say, I will never love you again."

Kesabaran Maryam telah lama lenyap. Dia bangun dan pandangan matanya tepat terarah pada Karl. Karl melampau. Hanya kerana Maryam memilih dasar berdiam diri lebih baik daripada bersuara, Karl menghentamnya dengan cukup teruk.

"You think I care? This pain I am feeling right now, is nothing compared to the emotional pain I felt when you left me four years ago. Let me be clear with you here and now. Saya tak ada hati nak balik semula dekat awak. Sikit pun tak ada. Cukuplah apa yang awak dah beri pada saya. Saya dah tak nak and I will take every chance to get away from you."

Sepi sejenak. Turun naik nafas Maryam. Dia mengharapkan Karl akan membalas balik kata-katanya, mana tahu Karl memilih membeku. Hanya pandangan mata lelaki itu jelas memberitahu, dia sedang mengawal api kemarahannya daripada merebak.

"You have changed, Maryam."

"Memang saya dah berubah. Saya lebih matang dan lebih rasional. Awak yang masih tak berubah. Awak masih lagi menyakitkan hati saya. Bahasa yang awak gunakan, macam manusia tanpa hati," lanjut Maryam sebelum menarik nafas panjang. Pertelagahan dengan Karl sebenarnya terlalu memenatkan.

MARYAM | Best Seller Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora