Te Amo [Rahsia] โœ”

Par aimegabriella_

4.7M 181K 9.8K

[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma s... Plus

โˆฃ Te Amo โˆฃ
๐Ÿ’” Chapter 1
๐Ÿ’” Chapter 2
๐Ÿ’” Chapter 3
๐Ÿ’” Chapter 4
๐Ÿ’” Chapter 5
๐Ÿ’” Chapter 6
๐Ÿ’” Chapter 7
๐Ÿ’” Chapter 8
๐Ÿ’” Chapter 9
๐Ÿ’” Chapter 10
๐Ÿ’” Chapter 11
๐Ÿ’” Chapter 12
๐Ÿ’” Chapter 13
๐Ÿ’” Chapter 14
๐Ÿ’” Chapter 15
๐Ÿ’” Chapter 16
๐Ÿ’” Chapter 17
๐Ÿ’” Chapter 18
๐Ÿ’” Chapter 19
๐Ÿ’” Chapter 20
๐Ÿ’” Chapter 21
๐Ÿ’” Chapter 22
๐Ÿ’” Chapter 23
๐Ÿ’” Chapter 24
๐Ÿ’” Chapter 25
๐Ÿ’” Chapter 26
๐Ÿ’” Chapter 27
๐Ÿ’” Chapter 28
๐Ÿ’” Chapter 29
๐Ÿ’” Chapter 30
๐Ÿ’” Chapter 31
๐Ÿ’” Chapter 32
๐Ÿ’” Chapter 33
๐Ÿ’” Chapter 34
๐Ÿ’” Chapter 35
๐Ÿ’” Chapter 36
๐Ÿ’” Chapter 37
๐Ÿ’” Chapter 38
๐Ÿ’” Chapter 39
๐Ÿ’” Chapter 40
๐Ÿ’” Chapter 41
๐Ÿ’” Chapter 42
๐Ÿ’” Chapter 43
๐Ÿ’” Chapter 44
๐Ÿ’” Chapter 45
๐Ÿ’” Chapter 46
๐Ÿ’” Chapter 47
๐Ÿ’” Chapter 48
๐Ÿ’” Chapter 49
๐Ÿ’” Chapter 50

Epilogue

106K 4K 608
Par aimegabriella_

Love,
I'll always be your king.

👑


Seperti arahan Raffiq, aku akhirnya di sini. Di khalayak ramai, dalam golongan kehormat, menyaksikan pertabalan Sultan Muhammad Raffiq Al-Khuzairi bin Almarhum Sultan Firdaus Al-Afi secara langsung. Sedikit kekok, dan berdebar juga. Masing-masing datang ke sini berpakaian kerabat, senada. Kuning dan biru. Tapi aku? Dengan bawa Aryan lagi.

Aku nampak macam...

Sampah.

"Yang diperkenan raja-raja melayu dan...."

Aku gigit bibir. Majlis sudah bermula. Aryan yang masih terlena dalam dakapan aku, aku tepuk perlahan. Lenguh lengan mengendong dia seharian. Sedikit sebanyak, aku tak pedulikan apa-apa yang berlaku di sekeliling aku. Aryan yang terlena juga aku sibukkan. Semua muka, aku tak kenal. Bonda pun aku tak nampak di mana-mana. Rifiqa juga. Aku betul betul lost.

Bila bunyi muzik klasik tiba-tiba bergema, aku mendongak, menyaksikan perarakan masuk Sultan Muda dan kerabatnya. Paling hadapan, Raffiq berjalan megah dalam persalinan rasmi sultan dan pengiring di sisi kiri dan kanan. Dibelakangnya, bonda dan Rifiqa mengikut. Mata aku ralit memerhatikan satu per satu wajah sehinggalah mata aku tertancap pada seorang lelaki. Juga dalam persalinan kerabat. Wajahnya terlihat garang. Urat di rahang dan pelipisnya timbul-timbul. Mata helangnya memandang terus ke hadapan, sedikit pun tidak melihat ke arah aku.

Dia.

Ya, dia.

Raja Muhammad Rizky Ar-Rayyan.

Dia masih hidup.

Aku masih tekun memerhatikan Rayyan. Setiap inci wajahnya aku perhatikan betul-betul. Aku rindu. Sangat rindu. Jadi betullah tekaan aku. Rayyan disorokkan dari aku. Tapi persoalannya, kenapa?

Aryan yang tiba-tiba merengek, buat banyak mata tertumpu pada aku. Cepat cepat aku tunduk, menepuk hero kecil itu. Gigih aku memujuk dia supaya dia diam. Namun dia masih merengek. Matanya bergerak ke sana sini mencari sesuatu. Dan seperti biasa, haruslah wajah aku yang dicarinya. Aku tegakkan tubuhnya, halakan wajahnya tepat-tepat pada aku.

Tak. Bukan aku yang dicarinya.

"Shh.. Janganlah bising, sayang... Nanti mama kena marah." cekap tangan aku mengeluarkan botol susunya. Beria aku cucuhkan puting botol susu itu ke mulutnya tapi dia taknak. Masih merengek. Menangis tidak. Ketawa pun tidak. Merengek tak tentu pasal. Aku periksa lampinnya. Bersih.

Jadi, apa masalahnya?

Sakit perut? Beberapa kali aku tepuk perutnya. Tak ada pun tanda-tanda macam dia sakit perut.

"Ayan.. Ayan, hey.. Mama ada ni, sayang. Kenapa ni?" lembut aku memujuk. Mungkin juga Aryan ketakutan. Dia tak pernah dikelilingi ramai orang seperti ini. Cepat-cepat aku bangun, kelam kabut melangkah keluar dari dewan ini. Aku tak mahu mengganggu majlis besar seperti ini. Aku dah kata pada Raffiq, aku taknak datang majlis ni. Kenapa dia perlu memaksa?

Huru-hara melangkah keluar, aku hampir hampir melanggar seseorang yang tiba tiba melintas dihadapan aku. Nasib baik aku sempat berhenti. Aku mendongak. Ingin memohon maaf. Tapi aku terkaku pula.

Rayyan.

"Akak? Akak okey?" malangnya, Rifiqa yang menegur aku. Mata aku sedikit berkaca. Aku rindu Rayyan. Sangat sangat rindu.

"Eh, kenapa Ziyad asyik nangis aje ni? Dia nak kat mak su dia kot.." Rifiqa tergelak sendiri. Aku agak hairan. Ziyad? Mak su? Nampaknya Rifiqa sudah kenal dengan putera sulung aku. Setahu aku, cuma Raffiq dan Azra sahaja yang tahu kewujudan si kecil ini. Kalau Rifiqa dah tahu, maknanya bonda juga sudah tahu. Dan tak mustahil, Rayyan juga. Tergedik gedik Rifiqa mahu mengendong si kecil itu. Namun aku masih kaku. Diam memandang Rayyan.

Wajahnya tidak segarang tadi. Malah dia tersenyum, masih yang paling kacak di mata aku.

"O.. Okey. I'll leave you two here. Have fun!" Dan Rifiqa terus berlalu. Mungkin dia faham riak wajah aku. Ya. Rifiqa selalu memahami aku. Dan akhirnya cuma tinggal kami berdua. Tak, kami bertiga, termasuk Aryan.

"Assalamualaikum, my queen."

Air mata yang ditahan-tahan dari tadi mengalir juga akhirnya. Aku tunduk, menekup mulut, tak mahu teresak.

"Assalamualaikum, anak papa.."

Dan air mata aku semakin lebat. Tolong.. Tolong katakan ini bukan mimpi. Aku tak sanggup untuk terus hidup, andaikata aku bangun nanti, menyedari semua ini sekadar mimpi. Aryan seolah olah memahami rasa hati aku, dia turut menangis bersama aku.

"Eh, kenapa semua nangis ni? Tak suka jumpa papa ke?" Rayyan tergelak. Dan tawa dia, turut mengalirkan air mata.

"Rindu papa la tu." Dan dia ketawa lagi. Air matanya dikesat dengan belakang tapak tangan. "Meh dengan papa.." tangannya dihulur, mahu mengendong Aryan.

"Eh, macam Rayyan junior." Rayyan nampak teruja. Tapi tidak aku. Aku tahu ini bukan kali pertama Rayyan berjumpa putera kami. Aryan terus diam dalam dakapan Rayyan. Ya, dia tahu papa dia ada di sini. Aryan juga.. bijak seperti aku. Tidak mudah diperbodohkan.

"Where have you been?" tanyaku, sedikit serak.

"I'm still here, sayang." dia tersenyum manis dengan mata yang agak merah. "In your heart." sambungnya lagi.

Aku kekal diam. Bukan itu jawapan yang aku mahukan.

"Or.. I'm not belong there anymore?" Dia nampak sedikit tercengang. Matanya. Riak wajahnya.

Tuhan, aku rindu.

"I still love you the same, husband."

"Me too..."









- T H E E N D -


Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

97K 7.2K 73
" I said marry me. " " Aku cakap tak nak, tak naklah! " " Marry me! " jerkah Hayes yang turut meninggikan suaranya. Dada Angel sudah turun naik den...
306K 18.7K 53
โ™”๏ธŽ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐๐จ๐ž๐ฌ๐ง'๐ญ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ž๐ง๐ ๐ฐ๐ž๐ฅ๐ฅ, ๐›๐ž๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐žโ™”๏ธŽ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
2M 97.1K 79
โ‡จ SIRI PERTAMA โ•ฐ HIGHEST RANKING IN LOVEโ•ฎ โ•ฐ HIGHEST RANKING IN FRIENDSHIPโ•ฎ Haufan Hazzan- Seorang jejaka kacukan malay-chinese yang merupakan seorang...
1.3M 89.3K 57
AYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya watt...