Te Amo [Rahsia] βœ”

By aimegabriella_

4.7M 181K 9.8K

[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma s... More

∣ Te Amo ∣
πŸ’” Chapter 1
πŸ’” Chapter 2
πŸ’” Chapter 3
πŸ’” Chapter 4
πŸ’” Chapter 5
πŸ’” Chapter 6
πŸ’” Chapter 7
πŸ’” Chapter 8
πŸ’” Chapter 9
πŸ’” Chapter 10
πŸ’” Chapter 11
πŸ’” Chapter 12
πŸ’” Chapter 13
πŸ’” Chapter 14
πŸ’” Chapter 15
πŸ’” Chapter 16
πŸ’” Chapter 17
πŸ’” Chapter 18
πŸ’” Chapter 19
πŸ’” Chapter 20
πŸ’” Chapter 21
πŸ’” Chapter 22
πŸ’” Chapter 23
πŸ’” Chapter 24
πŸ’” Chapter 25
πŸ’” Chapter 26
πŸ’” Chapter 27
πŸ’” Chapter 28
πŸ’” Chapter 29
πŸ’” Chapter 30
πŸ’” Chapter 31
πŸ’” Chapter 32
πŸ’” Chapter 33
πŸ’” Chapter 34
πŸ’” Chapter 35
πŸ’” Chapter 36
πŸ’” Chapter 37
πŸ’” Chapter 38
πŸ’” Chapter 39
πŸ’” Chapter 40
πŸ’” Chapter 41
πŸ’” Chapter 42
πŸ’” Chapter 43
πŸ’” Chapter 44
πŸ’” Chapter 45
πŸ’” Chapter 46
πŸ’” Chapter 47
πŸ’” Chapter 48
πŸ’” Chapter 49
Epilogue

πŸ’” Chapter 50

91.8K 3K 177
By aimegabriella_

Love,
I'll always be your king.

👑


Hari berganti hari.

Minggu demi minggu.

Aku sepi.

Rayyan betul-betul hilang. Aku tak tahu sama ada dia betul betul dah meninggal, atau dia disorokkan dari aku. Namun hati aku kuat mengatakan, Rayyan masih hidup. Dan mungkin juga, dia sedang bertarung seluruh nyawanya untuk berjumpa aku dan Aryan. Aku kenal Rayyan. Dia takkan berhenti, selagi dia tak dapat apa yang dia nakkan.

Andaikata dia betul-betul sudah dijemput Illahi, kenapa tiada apa-apa berita tentang kematiannya? Dia orang ternama, anak kerabat. Takkanlah kematiannya pun nak dirahsiakan dari rakyat jelata? Itu mustahil. Sangat-sangat mustahil. Lebih-lebih lagi bila warisnya ada bersama aku di sini. Pegawai dan polis-polisnya mesti sudah dikerah supaya mencari aku dan Aryan. Tapi sampai ke detik ini, aku masih ternanti-nanti macam orang bodoh, melangut depan televisyen, tertunggu-tunggu berita semasa tentang keberadaan Rayyan.

Aku rindukan dia.

Sangat rindu.

Si kecil yang tiba-tiba merengek di sebelah, aku tepuk perlahan. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia menangis, meraung mencari aku. Mata sepetnya ke sana sini mencari wajah aku. Aku cuma tersenyum. Anak aku, Aryan, masih yang paling comel di mata aku. Sekali pandang, wajahnya memang iras Rayyan. Mata sepetnya betul-betul buat aku hilang arah. Setiap kali bertentang mata dengan Aryan, aku terus teringatkan Rayyan. Setiap saat, setiap detik, hati aku pasti merengek mahukan Rayyan.

Masih Rayyan dalam hati aku. Bukan orang lain.

"Shh.. Kenapa Ayan nangis kuat sangat ni, hmm? Rindu papa, ya? Mama pun rindu papa, sayang. Janganlah nangis kuat sangat. Nanti mama nangis jugak, siapa nak pujuk? Papa tak ada nak pujuk mama..." aku masih menepuk lembut pehanya. Makin menjadi-jadi raungannya. Cepat-cepat aku dukung Aryan, membawa dia rapat ke dada aku.

"Anak mama ni lapar ya? Alaa siannya dia.. Patutlah monyok je muka tembam dia ni.." aku geselkan hidung aku ke pipinya. Gebu sangat! Geram!

Aryan diam, menyonyot tanpa banyak bunyi. Mata sepetnya menatap aku. Tak tahu ekspresi apa yang patut aku tunjukkan, akhirnya aku tersenyum paksa. Dia turut tersengih, sebelum merengek mahu menyonyot lagi. Aku tergelak. Comellah.

Aku kecik-kecik dulu macam ni ke?

Ralit melayan Aryan, aku tak terlupa melihat-lihat televisyen, takut terlepas berita jam lapan malam. Tak ada yang menarik. Rompak, bunuh diri, kecurian, kebakaran. Perkara biasa, yang akan jadi luar biasa bila berlaku pada diri sendiri. Sesekali aku mengintai juga balkoni rumah sebelah. Masih sunyi. Nak keluar menjenguk, Azra tak bagi. Takut aku meroyan lagi katanya. Lepas tu sesat tak jumpa jalan balik.

Ya, aku masih belum pulih sepenuhnya dari sakit meroyan. Tak, aku tak meroyan pun. Cuma kadang-kadang aku hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Aku nak Rayyan. Kenapa semua orang mesti berlaku kejam pada aku? Dulu mummy. Habis satu keluarga besar itu memulaukan aku. Dan sekarang? Kenapa Rayyan?

Nafas aku tarik dalam-dalam. Tenang, Reen. Jangan meroyan macam orang gila lagi. Aku tunduk, melihat si kecil yang masih tekun memerhatikan aku. Dia sengih. Aku turut tersenyum. Sejuk hati aku tengok muka Aryan. Terkuranglah sedikit rindu aku pada Rayyan. Tubuh kecil itu aku dakap erat. Perlahan-lahan aku kucup dahinya.

"Sayang anak mama ni.."

Dia tergelak suka. Haa kantoi. Sayang aku jugaklah tu. Aku ketawa. Rindu nak ketawa dengan Rayyan. Selalunya, ketawa dialah paling barai. Paling kuat, gelak dialah. Lepas tu sekeh sekeh orang.

Alahai rindu.

"Reen, I'm home!"

Aku menoleh ke belakang. Azra selamba melangkah masuk dengan dua bungkus makanan. Yay! Makan!

"Hai Ziyad.. Dah bangun dah dia? Meh dengan aunty. Jalan jom!" Azra dah mula mengagah hero aku tu. Menyembur air liurnya ketawa. Nasib baik budak. Kalau Rayyan gelak macam tu, aku lempang laju-laju. Hahaha.

Eh, Rayyan lagi.

"Nah. Main jauh-jauh." aku hulurkan Aryan pada Azra. Seronok dia menyambut.

"Yay yay.. Main dengan Ziyad! Ziyad suka tak main dengan aunty? Elele.. Sukalah tu..."

Aku mencebik. Jealous pulak tiba-tiba. Cepat-cepat aku bawa diri ke dapur, ambil pinggan dan sudu. Lapar!











____________











Dan seperti hari-hari sebelumnya. Aku sudah dapat mengagak, Raffiq akan datang ke sini untuk membawa Aryan keluar ke taman. Setiap minggu, akan ada tiga hari yang dia datang, membawa Aryan keluar. Sudah lebih sebulan sejak Aryan dilahirkan, rutinnya masih sama. Pada mulanya, aku tak berpuas hati juga. Budak tu kecik lagi. Baru nak kenal siapa mama papa dia. Ada pulak pergi bawak keluar sana-sini. Lainlah kalau dah dua tiga tahun umurnya. Memang patutlah pun.

Tapi, seperti biasa, aku tak mampu membantah. Raffiq dah bersikap baik dengan aku pun aku dah bersyukur sangat-sangat. Tak sanggup aku dimaki dan diherdik dia lagi. Ayatnya boleh tahan pedas berbisa. Kata Raffiq, Aryan di bawah jagaan dia, bawah tanggungan dia selagi Rayyan tak ada bersama aku. Itu maknanya, Rayyan masih hidup. Kan?

Dan dia akan balik.

Cuma masanya, kita tak tahu bila.

Kan?

Tapi kenapa dia perlu pergi? Tak rindukah dia pada aku? Pada Aryan? Atau sebenarnya, Rayyan dah betul-betul muak melayan aku? Sedikit sebanyak, kata-kata arwah Harith sebulan lepas masih tersisa dalam ingatan aku.

Dalam hati aku, luka yang ditoreh Rayyan masih berbekas di situ. Lukanya hampir pulih. Namun hari demi hari, nanahnya semakin menjadi-jadi. Tak inginkah Rayyan pulang, dan mencuci luka hati ini?

Demi Tuhan, aku rindu. Sangat rindu.

"Erkk.." Aryan dalam dakapan aku merengek lagi. Aku tepuk tepuk punggungnya, mengucup lembut pucuk hidungnya.

"Jangan balik lambat sangat." aku sempat berpesan pada Raffiq, sebelum si kecil itu berpindah ke dakapannya.

"Awal lagi. Baru pukul 5 petang." Suara Raffiq bernada protes. Aku pulak naik bengang.

"Balik before sembilan."

"Eh, kenapa ada--"

"Kalau tak, tak payah bawak Aryan keluar. Mana ada orang bawak anak keluar pergi taman sampai tengah-tengah malam? Ni mesti ada melencong mana-mana ni. Tak ingat ke minggu lepas awak bawak Aryan balik pukul berapa? Dua pagi tau!" aku dah mula meradang.

"Okey. Okey, saya mintak maaf. Janganlah jerit-jerit." begitu pula respon Raffiq. Tak membantu langsung. Nasib baik aku tak kena tengking balik. Kalau tak, memang aku bawak Aryan berkurung dalam bilik sampai esok malam.

Aku menjeling tajam. Geram pun ya. Tapi nak maki lebih-lebih kang, tak masuk pulak duit poket aku minggu ni. Memang sejak Azra berhenti kerja jadi pelayan club malam, kewangan kami agak merosot. Raffiq jugalah yang rela hati memberi wang saku untuk aku, Azra dan Aryan. Barang dapur pun Raffiq bagi duit. Dengan pampasan yang Azra perlu bayar pada bapak ayam, ditambah pula makan minum harian kami, bil air, bil elektrik dan bil internet, dengan lampin dan susu Aryan, semuanya buat kami sesak. Mujur juga Raffiq tak lokek membantu. Azra berhenti kerja pun atas arahan Raffiq juga. Dia jijik katanya. Terus dia suruh Azra berhenti jadi pelayan, atau pelacur atau GRO atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Kalau Raffiq juga yang bayar duit pampasan pada bapak ayam tu, aku tak tahulah pula.

Entah kenapa terlebih baik pula layanan Raffiq pada kami. Bukan dia tak suka aku ke? Atau mungkin semua ini atas arahan Rayyan? Ah, kenapa aku mesti berangan lagi? Wake up, Reen. Rayyan dah tak ada.

"Alright. Before pukul sembilan. Kalau tak, awak boleh denda saya."

"Apa denda-denda pulak ni?" aku mencebik. Siap julingkan jiji mata. Stress. Jangan meroyan lagi, sudah.

Raffiq tergelak perlahan. "Contohnya, esok saya tak boleh bawak Aryan keluar. Ha denda yang macam tu. Itu contoh. Denda lain, saya ok je."

Amboi. Bukan main lagi sejak sejak jadi Sultan ni. Tak tahulah membela rakyat yang hidup susah ke apa. Tapi lain macam je dia ni? Dah sangkut dekat Azra ke?

"Tengoklah Sultan baru ni boleh tunaikan janji ke tak. Kalau tak punctual, turun takhtalah."

Raffiq tergelak lagi. Serta-merta, aku seolah olah terlihat Rayyan dalam matanya. Matanya yang sepet itu, seperti Rayyan. Baru aku perasan yang wajah Raffiq dan Rayyan tidak jauh beza. Cuma Raffiq lebih kurus, tidak sasa dan berketul-ketul seperti Rayyan. Lesung pipitnya di pipi kiri. Bukan di sebelah kanan seperti Rayyan.

Kacak juga.

"Mana boleh naik turun takhta suka hati, Reen. Banyak prosedurnya. Saya nak naik ni pun, sebulan lebih tak selesai lagi. Dengan kes arwah Rizky lagi. Semua jadi huru hara. Sepatutnya awak doakan saya semoga saya dapat bertahan lama. Doakan supaya saya mampu berlaku adil dan cekap dalam pemerintahan saya. Bukan suruh saya turun takhta pulak."

Aku dibebel pula. Tapi betul juga katanya, aku patut doakan dia. Namun bukan itu yang jadi perhatian aku sekarang. Tapi, kata-katanya tadi, 'dengan kes arwah Rizky lagi'.

Aku terpempan.

Kes arwah Rizky.

Arwah Rizky.

Rizky yang dia cakap tu, Rayyan ke? 'Memanglah! Kau panggil dia Rayyan. Aku panggil dia Rizky. Apa susah sangat kau nak faham?' itu kata-kata Raffiq ketika kali pertama aku berjumpa dengannya, di pintu kondo Rayyan. Jadi, maknanya... Rayyan betul-betul dah tak ada. Rayyan betul-betul dah... meninggal.

Tak.

Tak mungkin.

Aku pasti bermimpi sekarang.

"Ni pun saya belum rasmi jadi Sultan. Kena tunggu hari pertabalan, baru betul Sultan Muhammad Raffiq Al-Khuzairi bin Almarhum Sultan Firdaus Al-Afi." Raffiq masih tak sudah dengan celotehnya. Baru hari ini aku tahu nama penuh Raffiq. Muhammad Raffiq Al-Khuzairi.

"Bila hari pertabalan tu?" aku dah tak berapa semangat nak sembang. Mood hancur lebur lepas dengar Raffiq sebut perkataan 'arwah' tadi.

"Next week on Friday. Awak kena datang, Reen. You're a part of our family now."

Aku lihat senyuman manis Raffiq. Terserlah keikhlasannya di situ. Aku sedikit terharu. Dan bercampur kecewa juga. Apa maknanya aku sebahagian daripada keluarga itu, kalau hakikatnya aku bukan siapa-siapa? Aku bukan isteri Rayyan. Bukan menantu bonda. Aku cuma ibu kepada Aryan. Waris keturunan diraja.

Aku bukan siapa-siapa.

Dan masyarakat juga akan melihat aku seperti perempuan hina. Perempuan yang tak tahu malu, menyundal dengan anak raja. Walhal hakikatnya, siapa yang mengejar siapa? Siapa yang tergila-gilakan siapa? Bukan aku yang terhegeh-hegeh menagih perhatian dan kasih Rayyan pada mulanya. Dia yang mengejar aku. Mengintip aku selama tiga tahun, seperti yang dikatakan Rifiqa. Namun akhirnya, mulut mulut puaka itu akan bercerita tentang aku, perempuan yang mengandungkan anak Rizky Ar-Rayyan, anak luar nikah. Dan mungkin juga, anak aku akan dipandang hina. Kenapa Rayyan tidak dimaki juga? Dia yang buat aku mengandung. Dia yang tak mampu mengawal keinginan dia. Kenapa harus aku juga yang dipersalahkan?

Tak. Benda belum jadi. Tapi aku dah terlebih emo pula. Jangan stress, Reen. Jangan meroyan lagi.

"Saya... Saya taknak pergi." aku gigit bibir. Sedikit cuak, dan menggigil juga. Janganlah Raffiq marah pula. Jenuh aku nak pujuk diri sendiri nanti.

"Kenapa?"

Aku telan liur. Soalan itu nampak biasa. Nada dia pun biasa. Penuh dengan tanda tanya. Tak ada tanda-tanda macam dia marah pun. Tapi entah kenapa, aku takut. Dan sedih. Seolah olah dia baru je marah aku.

"Se.. Sebab... Sebab..."

"Kenapa?" soalnya lagi. Masih sabar. Masih berkerut, pelik kenapa aku tiba-tiba menggigil.

"Sebab.. Saya takut." aku tunduk.

"Takut apa? Bonda?"

"Bukan."

"Erm.. Habis tu?"

Aku tarik nafas dalam-dalam. Mengumpulkan segala semangat yang ada untuk menyebut satu nama. "Rayyan."

"Hah?"

"Saya taknak orang maki saya, sebab saya ada anak dengan Rayyan. Saya tak sanggup kena hina. Jadi isteri dia pun saya tak layak, how come awak boleh cakap yang saya ni sebahagian daripada keluarga awak?" aku mengawal nada suara. Tak mahu kedengaran serak. Tak mahu menangis.

"Siapa kata awak tak layak jadi isteri dia?"

Aku terdiam.

"Tak ada sesiapa pun yang boleh cakap macam tu. Diorang bukan Rizky. Diorang taktau kehidupan macam apa yang Rizky dah lalui. Biar Rizky sendiri tentukan, apa yang dia nak, dengan apa yang dia layak dapat. Sebab, lebih separuh daripada hidup dia, dia dah dapat semua yang dia terpaksa terima. Contohnya, kanser dia tu." Kali ini Raffiq bertegas. Tidak marah, atau kecewa. Cuma ketegasan dia, buat aku sedikit gerun. Ya, karisma seorang pemimpin.

"Tapi.. Rayyan dah mati."

Kali ini, Raffiq yang terdiam.










Continue Reading

You'll Also Like

518K 17.6K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1M 67.8K 35
π‘¨π’…π’‚π’Ž π‘«π’“π’šπ’‚π’ ~ π‘¨π’šπ’‚π’π’‚ π‘«π’‚π’‰π’π’Šπ’‚ " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
96.9K 7.2K 73
" I said marry me. " " Aku cakap tak nak, tak naklah! " " Marry me! " jerkah Hayes yang turut meninggikan suaranya. Dada Angel sudah turun naik den...
2M 88.5K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...