Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 11

460 37 0
By FaryoonaHana






NOT HIM AGAIN

Penuh sopan-santun dia melintasi Encik Zain dan menyalami tangannya. Senyuman manis bak gula diberikan. Aku yang duduk bersimpuh di tepi mama, hanya menunduk. Tak mahu menunjuk muka.

"Amboiii... Tingginya dia." Encik Zain menepuk bahunya lembut. Dia hanya tersenyum simpul. Sebaik saja bersalam dengan tuan rumah dia melabuhkan punggung di atas sofa, sebelah ayahnya, Ustaz Yusuf.

"Ha inilah anak ustaz. Eizzaril Ikhwan." Ujar Ustaz Yusuf penuh riang. Eiz di sebelahnya ditepuk manja.

Tak apa lah ustaz. Dah tahu pun nama dia.

"Ha Ika, kenal tak anak ustaz?" Papa menyoal. Aku angkat muka. Senyum akward. Payah la tak kenal pa... Mamat kerek attention seeker.

Ah lantak ah aku nak panggil dia apa.

Mata Eiz terbeliak sesudahnya melihat aku. Jelas riak wajahnya sedikit terkejut. "Pft !" Dia tergelak.

Aku kat sini mampu menjeling je.

"Kenal lah tu." Ustazah senyum mengusik. Semua di situ turut tergelak. Tinggallah aku seorang yang dijadikan bahan. Anak mata dijuling ke atas. Kenapalah setiap masa aku jumpa dia ni? Tak ada orang lain ke? Please author, mohon tambah watak baru.

Hehe

Ok sekarang aku baru teringat nama penuh dia. Eizzaril Ikhwan bin Yusuf Arqam. Boleh tahan sedap en nama? Tapi sekejap.

Dia 'anak ustaz dan ustazah' kot.

Ooooo... Dah la dekat sekolah buat perangai tak senonoh. Gedik! Suka mengata orang! couple! Agak-agak kalau aku bagitahu yang Eiz couple, mak ayah dia marah tak? Mesti malu kan. Then balik rumah kena tazkirah empat hari empat malam. Paling teruk pun rotan kot? Oh yes!

Wanna try?

Aku pandang Eiz dengan senyuman mengusik. Berbalas isyarat mata dengannya. Aku jongket kedua-dua kening. Eiz di atas sofa pandang pelik.

Aku membuat isyarat mulut pula. Bibir berbisik perkataan 'Citra'. Pada mulanya Eiz tak dapat tangkap. Dia mengerut dahi membentuk seribu garisan. Cuba mencerna apa yang aku katakan.

Mata Eiz kemudiannya terjegil.

"Ust.."

"Erm pakcik boleh tak saya nak ajak Ika bersembang kat luar kejap?" Ujar Eiz dengan satu nafas, memotong aku. Dia bangun dari sofa, meluru ke arah aku.

Semua orang tergamam. Terutamanya ibu bapa dia.

"Errr.. boleh boleh." Jawab papa ragu-ragu. Tiba-tiba je dia ni. Belakang leher diusap.

Papa ni pun satu! Dah ragu-ragu tu tanya la dulu. Ni senang-senang je bagi kebenaran. Buat-buat dia ni ada niat jahat macam mana?

"Nak buat apa?" Soalku dingin.

"Cakap pasal homework la. Jom."

"Tapi.."

"Ika, pergi je lah nak malu apa. Pergi sembang dengan Eiz kat luar tu. Ustaz dengan ustazah tak kisah kan?" Mama bersuara.

Mataku tertumpu pada Ustaz Yusuf dan Ustazah Aisyah. Mereka mengangguk sambil tersenyum. Tapi jelas riak wajah masing-masing terkejut dengan tindakan mengejut Eiz.

"IKA JOM." Eiz menjegil ke arahku.

"Kalau mak ayah aku bukan ustaz ustazah dah lama aku tarik kau keluar. Kat rumah sendiri pun sempat lagi cari pasal! Tak guna betul." Eiz mengutuk dalam hati.

Aku bangun dengan keterpaksaan. Buat muka tak puas hati. Aku mendengus kecil. Aku berjalan lemah longlai keluar rumah, mengekori Eiz dari belakang. Malas betullah.

"Apa masalah kau eh?" Eiz sudah menggenggam penumbuk.

"Apa masalah aku?" Soalku kembali. Buat-buat tak faham.

"Kau ni sengaja cari pasal en? Dekat sini pun boleh cari gaduh ke?!"

"Memang. Memang aku nak cari gaduh. Kenapa? Takut? Takut sebab aku nak beritahu mak ayah kau tentang perangai kau kat sekolah?" Aku senyum sinis.

"Eh mak ayah kau tahu tak yang kau couple?" Tanyaku dengan muka serious. Eiz hanya diam. Buat muka tak puas hati.

"Tak la, bukan apa. Aku tak ada niat langsung pun nak malukan kau just aku rasa mak ayah kau berhak tahu. Kalau kau takut, aku boleh tolong bagitahu."

Eiz tergelak kecil. "Function?"

"Sebab you know la couple tu haram kan? Aku cuma nak mencegah kemungkaran."

Eiz tergelak lagi. "Mencegah kemungkaran?" Sesudahnya dia melepaskan tawanya.

"Mencegah kemungkaran kepala hotak kau! Oh please, sebelum nak tegur orang, cermin diri kau tu dulu. Dah la langgar peraturan sekolah, suka belasah orang, fly, maki hamun orang sesuka hati. Yang itu kau tak cuba cegah pula? Habis semua benda kau buat tu mulia lah?" Ujarnya panjang lebar. Sinis betul bunyinya.

ZAPP!

Aku terkedu.

"Kau tu perempuan tahu tak. Tak pelik ke? Selalunya budak-budak lelaki je buat benda-benda tak berdisiplin macam ni. Kau tu perempuan tahu tak, 'perempuan'!  Eh malu la sikit. Siapa nak ambil jadi bini dengan perangai macam ni?"

ZAPP!  lagi.

"Kalau kau nak kata mak ayah aku malu sebab aku couple, ok fine. Bukan salah mak ayah aku sebab tak pandai didik anak tapi memang salah aku sendiri. Tapi tolonglah! Jangan berani-berani buka mulut dekat mak ayah aku pasal ni! For your information, aku tak pernah suka pun dekat Citra tu. Dah dia minta aku terima je lah."

Kata-kata dia buat aku terjegil. Yang ni aku tak boleh terima. "What?! Yang kau pergi terima tu buat apa?"

"Saja."

Senang la kau cakap kan? Wey kawan aku kot tolong lah.

"Pehal dengan kau ni? Wei tak baiklah mainkan hati perempuan macam tu. Kalau dah tak suka cakap je lah. Jangan bagi fake hope la dekat Citra. Please. Please la jangan."

"Do I care?"

"Kau tahu tak mainkan hati perempuan tu berdosa?"

"Pergi baliklah berdosa kau tu! Habis kau buat masalah kat sekolah tu tak berdosa? Kau nak aku ulang balik ke ayat aku? Cermin diri kau tu dulu sebelum nak tegur orang lain! Kau tu lagi teruk daripada aku. Sedarlah diri sikit. Tak tera mana pun, bajet alim je lebih. Ada hati nak tazkirah orang. Kesian mak bapak kau. Kalau diorang tahulah anak dia perangai macam setan kat sekolah, kecewa."

Allahu.

Aku terkedu bila Eiz mentioned 'setan' dekat aku. Entah kenapa. Mataku terasa hangat. Kelopak mata mula berair. Oh please la Yumna Zulaikha Asfieya! Sejak bila kau mudah terasa ni?

Tolonglah Ika jangan nangis.

Serta-merta aku alihkan pandangan aku dari Eiz. Aku menoleh ke belakang. Tak boleh nak tengok sebab aku nampak syaitan atas kepala dia. Oh shit!

Okay pasal nampak syaitan tu gurau je.

Ya allah... sakitnya hati aku. Aku pegang dada. Why Ika why?!

Kata-kata dia semua betul. Betul belaka! Tapi siapa dia nak kata macam tu kat aku? Salah ke aku nak menegur? Hina sangat ke aku? Ya allah hati aku sakit sangat. Tak pernah-pernah aku rasa terguris macam ni sekali.

"Eiz, kau nak tahu satu cerita tak?" Aku mula bersuara. Masih tidak menghadapnya.

"Satu hari, ada seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar. Dia dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tu berasa pelik. Kemudian mereka bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"

"Sayidina Umar menjawab, "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."

"Eiz, Allah tak kata kita kena perfect dulu baru boleh tegur orang. Kalau nak tunggu macam tu, memang dakwah kita takkan berjalan sebab manusia yang sempurna di bumi ni hanyalah Rasullallah S.A.W. Kemungkaran still akan berlaku kalau nak tunggu semua orang jadi baik." Aku mengukir senyum pahit.

"Kita tak perlu tunggu jadi alim untuk tegur orang. Tapi kita tegur kesalahan yang orang lakukan dan kita turut sama perbaikinya." Sejak bila aku pandai bagi tazkirah pun tak tahu. Aku keluarkan je apa yang aku baca dari buku. Boleh la kot jadi daei nih. Hehe.

Eiz tergamam. Lidah menolak pipi di dalam mulut. Cuba control muka.

Badanku kalih menghadapnya semula. "Memang. Ye memang aku bukan anak ustaz, aku bukan anak ustazah. Aku bukannya sekolah agama tapi aku faham agama aku. Aku tahu hukum-hakam agama, aku tahu hadis dan sunnah nabi. Aku selalu ingat apa yang arwah atok aku pesan. Aku selalu baca buku agama yang arwah bagi dan alhamdulillah aku boleh jaga diri aku dengan baik."

"Aku sedar diri aku macam mana. Aku hina sangat! Aku bukan macam perempuan lain kat luar sana tu. Aku kasar! Aku pembuat masalah! Aku buat orang! Perangai aku macam syaitan! Ye aku mengaku semua tu! Aku pun masih tak faham dengan diri aku kenapa aku jadi macam ni. Aku tengah cuba untuk berubah." Suaraku mula bergetar.

"Aku tahu aku pendosa. Aku berdosa dengan semua orang. Aku berdosa dengan mak ayah aku, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan junior-junior yang aku pernah buat.. Semua orang benci aku! Tapi tak perlulah nak menghukum aku macam kau tu ahli syurga." Mutiara jernih akhirnya menitis.

Aku kalah.

Aku menangis lagi depan budak ni? Ish! Budak ni juga.  Author tolonglah, saya benci diaa!!

"Thanks Eiz. Kau buat aku sedar. Terima kasih atas teguran." Aku senyum ke arahnya dan berlalu masuk ke dalam rumah.

"Oh by the way." Langkahku terhenti. "Kalau kau nak report pasal aku kat mak ayah aku, go on. Bagitahu je. Diorang memang dah tahu perangai aku macam mana." Sambungku lalu menapak masuk ke dalam rumah.

Padan muka kau Ika. Sekali kau nak kenakan orang, seribu satu kau dapat balik. You deserve it, Zulaikha! 

Sumpah aku benci lelaki tu. Fine,  aku tak ganggu kau dah lepas ni. Aku takkan cari pasal dengan siapa-siapa dah.

Aku janji.

Air mata diseka. Laju kakiku melangkah ke bilik air. Nasiblah papa dan mama yang ralik bersembang dengan ustaz ustazah tak perasan aku masuk. Tak ada lah diorang nak tanya banyak sangat.

Pintu bilik air ditutup. Aku menuju ke arah sinki, melihat pantulan wajahku pada cermin. Pili air dibuka untuk membuat sedikit bunyi bising. Sekali lagi air mata aku mengalir sederas-derasnya. Ya allah kenapa dengan aku... ??







----------------------





[EIZ'S P.O.V]

"Thanks Eiz. Kau buat aku sedar. Terima kasih atas teguran."

"Oh by the way. Kalau kau nak report pasal aku kat mak ayah aku, go on. Bagitahu je. Diorang memang dah tahu perangai aku macam mana." Ika melangkah pergi masuk ke dalam rumah. Meninggalkan aku seorang diri di luar.

Aku terkedu. Lidah ku kelu dan minda ku membeku. Semangatku hilang entah ke mana?

Okay gurau je. Itu lagu guys lagu.

Aku terkedu. Tak mampu nak balas sepatah apa pun. Dia baru je...

Betul ke apa yang aku dengar tadi? Betul ke tadi tu Ika? Ke malaikat yang menyerupai dia? Oh God, kata-kata dia tepat menusuk kalbu!

Aku maki dia, hina dia. And now she cried.

Astaghfirullahalazim... Apa yang aku dah buat?

Kenapa dengan kau Eiz?!!! Apa masalah kau! Aku tak pernah cakap dekat orang sampai macam tu sekali. Oh no tu bukan aku guys, tadi tu bukan aku. Ada jin masuk dalam badan aku tadi and ...

Okey aku tipu.

Aku mengaku aku yang cakap. Tapi.. Ya allah apa yang kau buat ni Eiz?!

"Kau tahu tak mainkan hati perempuan tu berdosa?"

Terngiang-ngiang kata-katanya tadi. Apa dah jadi dengan aku ni? Serious aku buntu. Dah kenapa aku cakap macam tu kat dia? Mulut takda insurans langsung!

"Ish!" Aku seperti orang gila, menampar bibir sendiri.

Macam mana kalau dia benci aku nanti?

"Arghhhh!" Aku mencengkam rambutku sendiri. Kusut! Padah kau Eiz, sebelum buka mulut tu fikir la dulu!

I must do something.






















Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
61.4K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1.7M 93K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...