Us ✔

By FaryoonaHana

38.4K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 7

518 41 0
By FaryoonaHana






Deruan air jernih yang deras mengalir ku pandang sepi. Mengelamun seorang diri. Sekarang waktu rehat jadi kami dibenarkan buat aktiviti bebas. Dan aku pula memilih untuk menyendiri kat sini. Duduk di kerusi batu tepi sungai.

Aku menongkat dagu. Satu keluhan kecil dilepaskan. Kejadian pagi tadi masih terbayang-bayang dalam kepala otak.

Waduh duh duh. Malunya aku...

Sumpah lepas ni aku tak berani dah nak mandi air terjun and sungai.

"Mama dan papa buat apa agak-agaknya?" Terlintas di fikiranku akan wajah mama dan papa. Handphone di dalam poket dikeluarkan. Jari pantas mendail nombor mama.

Skrin ditatap tengok ada line ke tidak. Ha sini dah okey!

Phone dirapatkan ke telinga.

' This is the mailbox for the number 019-******* '

Aku call mama sekali lagi. Again again and again.
Tapi satu pun tak berjawab.

Ok then. Nombor papa pula didail. Just the same. Tak angkat juga.

"Dah la. Penat ah macam ni. Orang call bukannya reti nak angkat. Buat habis kredit je." Mulut membebel sendiri.

"Oit!" Bahu aku dicuit.

"Termenung panjang nampak? Berangan kahwin latew." Citra duduk disebelah aku. Aku berganjak sedikit memberi ruang untuknya duduk.

"Ceh. Tak ada masa. Ingat aku macam kau ke? Fikir pasal kahwin 24 jam."

"Eh masa depan kena fikir juga eh."

"Belajar la dulu. Spm pun tak ambil lagi. Ada hati nak jadi bini orang. Gedik." Ha kan dah melepas.

Citra muncung sedepa.

"Kaki kau dah okey?"

"Hummm.. bolehla. Dah okay sikit. Tapi tu lah lekat parut. Habis rosak kaki aku yang putih bersih ni." Perasan sekali sekala tak apa kot noh.

Citra juling mata.

"Woi."

Aku dan Citra serentak menoleh. Melihat tuan empunya suara yang memanggil. Biadab betul. Mataku automatik menjeling bila tengok dia.

Siapa lagi kalau bukan Nur Ilya Farhanna?

"Kau buat apa dekat handphone aku?"

"Aku buat apa?" Kening terangkat sebelah.

"Buat tak tahu pula. Weih kau yang jaga phone kan waktu jungle trekking tadi?!"

"So?"

"Dah kenapa handphone aku problem? Tak boleh on. Kau nak khianat pada-pada ah. Phone kot." Badanku ditolak kasar olehnya.

"Mana la aku nak tahu! Tadi beg basah kan? Phone kau masuk air la kot." Ujarku berang.

"Wey Far boleh belah kot. Tak payah la nak cari gaduh sini." Ujar Citra.

Aku bangun berdiri. Hadap muka berjerawat dia. Citra juga turut bangkit.

"Tak faham aku macam mana Eiz boleh pilih kau jadi penolong. Sedangkan ramai lagi je yang layak. Dalam banyak-banyak orang budak masalah ni juga dia pilih. Tak cerdik betullah." Sindir Farhanna.

Sedapnya mulut berbicara. Kalaulah Eiz ada kat sini biar dia dengar mulut longkang kau.

Kebetulan memang waktu tu Eiz tengah lalu depan kami pun. Ajaib betul. Macam tahu-tahu je kan?

"Wey Eiz! Far kata kau tak cerdik." Aku menunding jari pada Farhanna yang berdiri di sebelah aku.

Eiz yang berdiri lebih kurang dua meter dari aku buat muka pelik. Kepala yang tak gatal digaru.

"Kuang asam kau."

Kepala aku ditunjal. Aku ketap gigi.

"Wey mak bapak aku pun tak pernah tunjal kepala aku! Kau dah pehal cari gaduh tengah-tengah hari ni?!" Aku tampar muka Farhanna tu.

Ha puas hati aku.

"Bodoh." Badanku ditolak kuat olehnya sehingga terjatuh terlanggar Citra. Akibat pelanggaran yang kuat Citra terkebelakang dan terjatuh ke dalam sungai.

Splash!

Hal ini membuktikan bahawa daya geseran sedang berlaku di situ.

"Tolong! Tolong!" Citra terkapai-kapai.

Aku mengibas seluar yang terkena kesan tanah. Habis kotor seluar aku. Lalu aku bangkit menuju ke arah Citra.

"Ika tolong!!" Citra lemas.

Ya allah apa yang jadi ni?!!

Citra mula nyawa-nyawa ikan. Ya allah serious aku tak expect langsung yang sungai dalam kawasan kem ni dalam. Aku panik. Oh God...

Sabar Citra aku datang!

Aku bercangkung di tepi sungai. Menghulurkan tangan. "Citra sini, gapai tangan aku!"

"Tak boleh!"

Farhanna di sebelah cuak. Serta-merta dia melarikan diri.

"Woi si*l jangan nak lari!" Aku jerkah. Bayang-bayang Far tidak lagi kelihatan.

"Ikaa!!" Citra kini tenggelam. Aku hanya dapat melihat tangannya sahaja yang berada di atas permukaan.

"Tolong!" Aku menjerit.

"Eiz tolong Eiz!"

Eiz yang menyaksikan kejadian tadi, berlari menuju ke sini. Dia terjun ke dalam sungai.

Pelajar-pelajar yang lain pun mula datang mengerumuni. Cuba hulurkan bantuan.

"Ya Allah Citra!"

"Eiz selamatkan kawan aku Eiz..." Ujarku tak keruan.

Eiz kini timbul di permukaan air. Citra yang tak sedarkan diri kini di dalam pelukannya.

Eiz membaringkan Citra di tanah.

Aku tekan dada Citra berkali-kali memaksa air keluar dari badan.

"Citra bangun Citra!" Pipinya aku tampar lembut.

"Ni apa yang dah jadi ni? Astaghfirullahalazim..." Ustazah Fatimah muncul secara tiba-tiba. Ustazah turut membantu aku menyedarkan Citra.

"Ika cuba tekan kuat lagi." Arah Eiz di sebelah.

"Citra bangun la Citra..." Aku tekan dadanya begitu kuat.

"Ya Allah.. Janganlah apa-apakan satu-satunya kawan aku."

Sekali lagi aku menekan dadanya kuat dan ...

Uhuk! Uhuk!

Alhamdulillah... Citra sedar akhirnya.

"Citra kau okey??"

Matanya kuyu. Muka Citra tampak lemah. Pucat lesi. Dah banyak telan air sangat kot.

Pertanyaanku tidak berbalas. Hanya dadanya yang turun naik turun naik. Kesian Citra.

Aku betulkan tudung Citra yang basah dan serebeh. Bukan apa, takut nampak rambut.

"Bawa dia pergi dorm saya. " arah Ustazah Fatimah. Aku mengangguk seraya memapah Citra ke dorm guru bersama Ema.





++++++++++++++++++




"Wey Ika."

Aku panggung kepala. Tersedar dari lamunan. Berdiri di depan aku sekarang, Eiz.

"Jom la berlatih."

"Malas." Jawabku sepatah.

Well, like usual malam last kem mestilah ada malam kebudayaan kan? Ha, kami tengah cakap pasal itu lah and plus malam ni juga ada BBQ time!

But unfortunately.... Mood aku tidak mengizinkan. Aku risaukan Citra.

Eiz duduk mencangkung di hadapan aku. Jarak kami betul-betul dekat. Aku mengalihkan pandangan daripada melihat anak matanya.

Tak boleh tengok nanti tersuu-- apa ni Ika?  Nonsense!

"Alah, jom la. Bukan buat apa pun. Berlakon je. Watak kau duduk diam je."

"Tak nak ah aku. Tak ada mood. Aku benci perempuan tu. Aku tak nak menghadap muka dia."

Eiz mendengus. Cuba cari jalan.

Ha pujukla aku selagi boleh.

"Ikut suka kau lah. Kalau kumpulan kita kalah aku salahkan kau." Balasnya lalu bangun meninggalkan aku.

Eh?

Dia ni, kot la nak pujuk aku. Ingatkan dah baik. Dasar Eiz tak sweet langsung! Poyo ah.





--------------




Aku duduk termangu melihat pentas yang dipenuhi dengan pelakon-pelakon tak berbayar Exac High School. Malam kebudayaan sedang berlangsung sekarang.

Urghhh... Group yang tengah berlakon ni pun hampeh. Bosan betullah lakonan diaorang!

Aku menguap.

Drama drama drama.. Tak ada benda lain ke?

Nasib baiklah turn group aku dah selesai. Alhamdulillah... Berjaya juga la buat even tak la sehebat mana. Tapi terharu sebab penonton gelak. Kira lawak la kan kami punya lakonan?

Ngeh. Nevermind. Malas nak fikir.

Aku bukannya buat apa sangat pun. Just berlakon jadi waiter, hantar air. Then kena simbah. Kau rase? 😒

Ni semua mamat kerek tu punya pasal lah. Ada ke patut dia letak aku punya character macam tu? Sadis betul hidup kau Ika. Kena simbah air. Dengan DIA pulak tu!

Dah dah. Malas nak ingat.

"Tahniah. Berikan tepukan gemuruh untuk kumpulan 6!" Mic akhirnya beralih tangan kepada pengacara majlis.

"Akhirnya keenam-enam kumpulan sudah selesai dengan persembahan masing-masing. Soal pemarkahan kita serahkan kepada juri. Esok waktu majlis penutup kita akan ketahui siapa pemenangnya."

"Jadi? Apa yang kita nak buat sekarang?"

"Malam masih muda kawan-kawan. Awal lagi ni." Ujarnya sambil melihat jam di tangan.

Aku juga turut mengerling jam tanganku. Okay, it's already 11.30 p.m. Awal lagi ke tuh?

"Baik, actually kita ada satu lagi persembahan khas daripada salah seorang peserta kem kita.. Nak tengok tak??"

"Nak!!"

"Apa? Saya tak dengar la?"

"Nak!!"

"Korang nak ke tak ni? Kuat lagi..."

"Nak!!!"

"Apadia?"

"NAK!!!!!!!!"

Botol mineral melayang ke atas pentas tepat mengena tubuh Khairi, si pengacara majlis. Entah siapa la yang baling.

Tu la main-main lagi.

"Aduh.. Jangan la baling baling. Abang gurau je abang gurau je. Bang bang." Tangan acah-acah Caprice.

Nak termuntah pulak aku.

"Okay.. tanpa membuang masa lagi saya mempersilakan Eizzaril Ikhwan, our headprefect untuk naik ke pentas." Umum Khairi.

Tepukan yang sangat gemuruh kedengaran. Dewan jadi riuh-rendah dengan jeritan-jeritan hantu pontianak dan eh... Tak tak. Pelajar perempuan.

Not to forget jeritan dari boy students too.

"Wahh Eiz!"

"Macho la.. Adore la cik abang ni."

"Boyfriend aku tu."

"Woii Eiz kau buat berani apa buat persembahan sorang-sorang." Itu suara tak puas hati.

"Melting nye aku."

Ish tak dan buat persembahan lagi dah melting. Pehal do kau?

Eiz menyusun langkah kemas ke atas pentas. Kolar baju dibetulkan. Urmmm...okay aku mengaku dia nampak smart malam ni. Siket. Sikit je okeyy?!!

Mic beralih tangan. Dia mula mendekatkan mic pada mulut.

"Assalamualaikum and good night to all my friends and lovely teachers. Macam mana persembahan-persembahan tadi? Best tak?"

"Bestt!!"

Eh macam dia pula pengacara.

"Okay good. Actually, tak ada apa pun sebenarnya tujuan saya naik ke atas pentas ni. Just nak isi masa yang berbaki and memandangkan kita punya malam kebudayaan ni tamat pukul 12. So tonight, I would like to thank all of you because make this camp fun and enjoyable. We did a lot of activities here. Terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu kita, lebih-lebih lagi Cikgu Ehsan dan Ustazah Fatimah.."

Panjang bebeno dia berucap. Sedar la sikit kau bukannya penghulu pun. Nak berucap pun dah ambil masa. Tak masuk lagi persembahan dia tu.

"Okay tak nak cakap banyak. Kita teruskan je dengan persembahan. Malam ni kita tak nak stress2, kita enjoy puas-puas malam ni!!" Eiz  kenyit mata dan disambung dengan jeritan daripada girlzzzz yang tergedik-gedik.

Muzik dimainkan. Lagu minus one Personal-HRVY bergema seluruh dewan.

"Oh God. Lagu favourite aku!!!"




I don't know
Why'd you do this to me
You so cold
You've be playing like
Yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah

I got told
Dangers follows everywhere you go
But I still be like
Yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah yeah

This the part when Im gonna get hurt
I never listen but I didn't deserve it
I was young and she was my first love
So they say that you live and you learn like

Yeah..
She gone mess with your head oh yeah
And she'll flirt with your friend oh yeah
Make you wish you were dead
Everytime she moves on she said
Don't take it personal (Don't take it personal)
Everytime she moves on she said

~TILL THE END





"WHOOAAAA!!!"

Bergegar dewan ni dibuatnya. Habis-habis je Eiz menyanyi terus semua orang jadi hysteria. Termasuklah aku actually...

Serious talk sedap gila beb suara dia. Memang perghh ah! Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Dah la lagu favourite aku. Harveyyy 😍😍

Citra dah meroyan. Tak habis-habis goncang badan aku dari tadi. Dasar tak padan dengan lemas petang tadi, malam ni jadi gila. Humm...layankan aje la.

Ha! Si Far tu pun satu. Gila jugak. Tah la. Semua orang tak betul malam ni kes Eiz punya pasal. Nyanyi sedap sangat kot sampai semua orang kalau boleh aku nampak love je dekat mata diorang.

Tapi aku tak bohong la. His voice...auch!

Ahh! Dah kenapa aku puji-puji mamat tu. Finally selesai aktiviti untuk malam ni. Aku nak tidur. Mengantuk! Bye.




-------------




Meja yang tadinya bersepah kini kosong tanpa sebarang benda. Semua peralatan memasak sudah disimpan ke tempat asalnya. Sampah-sampah yang bertaburan pula habis dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah besar. Alhamdulillah selesai juga mengemas.

Tadi kemain kotor tempat ni. Habis-habis je BBQ dinner, semua orang belah macam tu je balik ke khemah masing-masing. Memang jawabnya penghulu dengan penghuluwati la kena kemaskan...

"Terima kasih ye Dzar, Aqlima. Kamu berdua boleh balik ke khemah sekarang. Dah lewat ni." Arah Ustazah Fatimah.

Ema dan Dzar serentak mengangguk. Ema menyalami tangan ustazah sebelum berlalu pergi.

Dzar dan Ema berjalan beriringan. Berdua. Memandangkan laluan ke khemah lelaki dan perempuan sehala...

Dzar melihat jam tangannya. 1.40 a.m. Okay memang dah lewat.

Mereka menyusun langkah ke tapak perkhemahan tanpa sebarang suara. Kedua-kedua diam tak berkutik. Hanya keheningan malam dan bunyi cengkerik yang menemani.

Tiba-tiba sahaja semak berdekatan laluan yang mereka lalu seperti bergerak-gerak.

"Dzar." Ema seram sejuk. Dia mendekati Dzar

"Hum?"

"Aku takut.."

Dzar senyum sinis. Dia tergelak kecil. "Kau ni. Jangan la fikir bukan-bukan. Tak ada apa-apa pun lah."

Ema still dengan muka cuaknya. Muka takut langsung tak boleh nak cover. Hadoii... Kenapalah tapak khemah jauh sangat dengan kawasan dewan.

Bunyi burung hantu pula kedengaran. Ema semakin mendekati Dzar. Bahu mereka berlaga.

"Ema, don't." Tegas Dzar. Bukan apa. Dah dekat sangat si Ema ni. Tunggu masa dia nak peluk je.

Eh eh ke situ pula dia

"Selawat. Baca al-fatihah, ayat kursi dan ayat pelindung."

Ema akur. Bibir terkumat-kamit membaca apa yang disuruh. Rambut yang menutupi dahi diselak perlahan. Angin mula bertiup kuat sehingga rambut pun dah berterbangan macam iklan shampoo. *macam pelik je ayat aku ni?

Sampaikan rambut lurus milik Ema mengerbang menyentuh wajah Dzar.

Dzar terkesima. Laju langkahnya menjauhi Ema. "Astaghfirullahalazim.." Dia menjarakkan diri.

"Dzar jangan lah tinggal aku."

"Cepat la sikit jalan tu." Mata pandang depan. Kaki teruskan menapak ke hadapan. Tanpa sedar dia jauh meninggalkan Ema.

Ema di belakang pantas mengejar. Bila dah betul-betul je di belakang Dzar terus dia tersadung kayu. Ingatkan nak jatuh tersembam dah tadi, nasib Dzar sempat tahan.

Macam mana lah boleh tak nampak kayu tu. Dzar jalan elok je tadi.

"Hati-hatilah lain kali!" Dzar sedikit meninggi suara. Genggamannya pada lengan Ema dilepaskan. Berlapik baju okeyh? Don't worry.

"Sorry.." Ema tunduk. Bersalah.

Akhirnya sampai juga mereka ke tapak kem. Masing-masing bawa haluan masing-masing. Khemah lelaki berhadapan je dengan khemah perempuan. Hanya sebatang jalan besar yang memisahkan.

"Dzar!" Ema menekup mulut. Terjerit lah pulak.

Langkah Dzar terhenti. Dia lantas menoleh ke belakang.

"Thanks." Ema senyum.

Dzar hanya mengangguk. Dia kembali menghadap ke hadapan seraya melangkah ke khemah. Dzar memegang dada. Kenapa berdegup laju lain macam ni?

Haishhh... Astaghfirullahalazim. Taubatlah nak.

























Continue Reading

You'll Also Like

412K 19.9K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
1.6M 122K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
790K 41.3K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
117K 8.9K 100
Nak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya...