HUBBY = STUDENT

By Afna31

912K 51.4K 3.3K

Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belu... More

Author Note
Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
EPILOG
AUTHOR NOTE 2: SILA BACA💕

29

19.3K 1.1K 185
By Afna31

Ilham nak Jumpa Thea boleh? Urgent!'

Dek kerana Whatsapp Cikgu Ilham menyebabkan aku sudah berada di dalam KFC ini bersamanya ketika ini. Ada perkara yang hendak aku selesaikan dengan Cikgu Ilham. Tentang Emir, aku dan CIkgu Ilham. Rasanya Emir akan mengamuk kalau tahu keluar dengan Cikgu Ilham. Gara-gara confessionnya di depan Cikgu Ilham aku rasa mahu halim bin munankan diri sendiri ketika itu. Ringan sahaja aku mahu menutup mulut Emir. Cikgu Ilham pula diam tanpa berkata. Nyata riak terkejut dan kecewa terlukis di wajahnya. Ketika aku mahu menjelaskan perkara sebenar, Emir masih lagi kuat pegangannya di tangannku dan Cikgu Ilham cepat sahaja angkat kaki dari situ. Mungkin tidak betah lagi melihat Emir yang selamba sahaja menyentuhku. Sampai sahaja di bilik guru, CIkgu Jasmin memberitahuku CIkgu Ilham MC.

Nasib baiklah ketika itu kawasan di sekitar bilik Pengetua lengang daripada manusia. Kalau tidak mahu tersebar berita satu sekolah mana aku nak letak muka? Dalam tajau? Tak semudah itu untuk berhadapan dengan situasi begini apabila guru perempuan berkahwin dengan murid sekolah. Nak- nak lagi badboy sekolah. Boleh membuahkan rasa curiga dan timbul banyak persoalan-persoalan dalam pemikiran. Jadi akan menyebabkan pelbagai spekulasi yang akhirnya membuahkan salah faham dan khabar angin. Semoleknya aku tidak ingin keadaan itu berlaku. Biarlah menjadi rahsia sehingga menunggu keadaan yang sesuai untuk diumumkan.

Bukan aku menolak Emir sebagai suamiku. Tapi bila kau dipaksa berkahwin dengan orang yang kau memang tak suka automatik kau tak boleh ubah perasaan secepat yang mungkin untuk terima semuanya. Pesanan babah, belajar untuk redha. Ya, aku sekarang belajar untuk redha Emir Hafiz sebagai suamiku. Namun kadangkala perangai Emir boleh membuatkan darahku mencanak naik sehingga aku lupa siapa Emir itu sebenarnya. Terutama bila aku sendiri merupakan guru kelasnya dan orang yang bertanggungjawab menjamin keluarnya dari balai polis serta penyebab kepada aku benci untuk masuk ke Tingkatan Enam Pluto akibat pranknya yang mampu membuatkan aku hilang separuh nyawa.

Gila! Siapa letak kala jengking dalam handbag? Nasib baik Allah panjangkan umur aku. Alhamdulillah. Kalau tidak memang aku jadi cik pon ganggu Emir setiap malam. Biar dia menyesal.

"Thea, Ilham nak kepastian."

Suara Cikgu Ilham membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku pandang wajah CIkgu Ilham yang murung.

"Kepastian apa?"

"Tentang Thea dan Emir." Nama Emir lain benar nadanya. Seolah-olah jengkel.

Aku diam. Soalan yang sudah aku jangkakan keluar dari mulut Cikgu Ilham. Tebakan aku tak silap untuk kali ini. Memang seperti sangkaanku. Tujuan Cikgu Ilham berjumpa denganku adalah tentang hubungan aku dengan Ilham. Dan selepas itu akan diikuti soalan-soalan cepus mas lain. Antaranya macam mana Thea dan Emir boleh kahwin? Nak aku cerita apa?

Nak cerita aku ditangkap basah oleh ibu dan ayah Emir sendiri dalam keadaan yang mencurigakan? Atau babah yang bersetuju aku dikahwin dengan Emir? Atau aku nak reka satu drama yang aku nak Emir ni sebenarnya bercinta?

Urg! Sungguh tak logik! Cancel balik part aku dan Emir bercinta. Tak pernah terfikir dan terjangkau dek aku dan Emir akan bercinta. Sama sekali berkahwin. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, Bila Allah kata 'kun fayakun' maka jadilah, jadilah ia. Nah, sekarang. Emir selamat menjadi suamiku.

Siapa boleh sangka kan?

"Betul ke Thea isteri Emir? Tolong jangan tipu Ilham."

Aku diam. Tarik nafas dan hembus nafas. Mengaku aku adalah isteri Emir ada pro and consnya. Mungkin selepas ini, Cikgu Ilham akan behenti menyimpan perasaan terhadap aku sebab aku adalah isteri orang, atau lebih tepat isteri Emir Hafiz. Kemungkinan kedua adalah berita aku dan Emir sudah berkahwin akan tersebar ke sekolah dan mungkin satu Malaysia boleh heboh.

Yela. Mana tidaknya. Jarang sekali terjumpa kes yang istimewa macam aku. Kes guru perempuan berkahwin dengan anak murid lelaki, bad boy pulak tu. Biasa yang didengar adalah cikgu lelaki kahwin dengan anak murid perempuan.

"Betul. Saya isteri Emir." Empat patah ayat sahaja jawapan aku menyebabkan riak wajah Cikgu Ilham berubah sertus peratus. Bahunya jatuh. Pandangannya menekur meja. Tangannya memanggung kepalanya.

Akward. Itu sahaja perkataan yang menggambarkan keadaan aku dan Cikgu Ilham sekarang ini.

"Tapi kenapa? Macam boleh kahwin dengan Emir? Emir paksa Thea ke? Emir ugut Thea ke? Atau ada kes sebenarnya antara Thea dengan Emir?"

Bertalu-talu soalan daripada Cikgu Ilham membuatkan aku diam. Mindaku tiba-tiba kosong. Tidak tahu untuk menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Cikgu Ilham. Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka akan datangnya detik masa yang menyebabkan aku terkelu. Tidak mampu memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan.

Ya Allah. Berat rasa hatiku. Pilihan di tangan aku sendiri. Aku sendiri tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Cikgu Ilham. Malah, aku tidak pernah menyangka hint yang dilontarkan oleh Cikgu Ilham sebenarnya lebih dalam perasaannya. Aku mengelak. Sungguh, kerana aku tidak mahu terlibat dengan emosi percintaan selepas putus dengan Fareid. Sakitnya masih terasa lagi. Bukan senang untuk melupakan cinta pertama yang hampir memakan masa selama 5 tahun. Sakitnya sampai aku rasa macam nak humban aje si Fareid tu dalam Sungai Batang Lupar. Biarlah dibaham tok nenek buaya kat sungai tersebut. Baru puas sikit hati aku.

Sesenang biawak dia tinggalkan aku demi perempuan lain. Eloknya aku ICUkan mereka berdua sekali gus. Biar cun sehati sejiwa. Sama-sama tempah maut dengan aku.

"Emir tak paksa atau ugut saya pun."

"Jadi betullah Thea kahwin dengan Emir sebab ada kes kan!"

Aku ketap bibir. Nak jawab apa? Yay or Nay? Angguk atau geleng? Positif atau negatif? Akhirnya aku diam tanpa berkata apa – apa. Tidak mengia atau menafikan soalan Cikgu Ilham.

"Kes apa Thea? Ceritalah dekat Ilham mana tahu Ilham boleh tolong Thea? Terutama lelaki macam Emir tu."

Entah kenapa telingaku berdesing mendengar nama Emir tersebut dengan nada sebegitu. Perasaanku berbaur. Nak cerita perkara sebenar dengan Ilham ke? Apa reaksi Ilham nanti? Tolonglah jangan dia nak ganti tempat Emir kalau aku ceritakan perkara sebenar kepada Ilham. Dan tolonglah jangan masa tu jugak si Emir muncul. Memang sah sambungan drama kisah aku, Emir dan Ilham akan berlatarbelakangkan di KFC ini.

"Thea please!" Cikgu Ilham bagaikan merayu." Tolong ceritakan perkara sebenar dengan saya," sambungnya lagi.

"Emir dengan saya memang dah berkahwin. Sebab apa saya dan Emir berkahwin biarlah kami berdua aje tahu." Senafas ayat tersebut keluar dari mulutku.

Serentak dengan itu nafas Cikgu Ilham bagaikan tersekat. Mukanya pucat. Malah tangannya digenggam erat. Menahan perasaan yang bergelojak hebat di hatinya mungkin.

"Tolong cakap ni semua tipu Thea?" lirih suara CIkgu Ilham. Kepalanya digelengkan beberapa kali, menafikan kenyataan yang baru terungkap sebentar tadi.

Aku tunduk kepala. Sedikit sebanyak serba salah aku terhadap Cikgu Ilham apabila melihat keadaannya seperti itu. Seperti orang baru putus cinta. Tidak dapat menerima kenyataan. Dan akulah penyebab kepada keadaan sebegitu.

Kejam ke aku? Mungkin lebih baik begitu.

"Cakaplah, kenapa Thea kahwin dengan Emir? Kalau sebab tangkap basah kenapa tak bayar aje? Tak payah kahwin dengan Emir."

Kalaulah keadaan yang berlaku sebenarnya sesenang dan semudah itu. Dengan keluarga belah Emir dan keluargaku lagi, tidak semudah yang diucapkan.

"kalaulah semudah itu yang berlaku."

"Kalau maca tu, cerita aje kat Ilham. Kita sama-sama cari jalan penyelesaian. Ilham tahu Thea tak suka Emir jadi suami Thea. Ilham nampak tu."

Aku tarik nafas. Kepala dilemparkan kea rah luar tingkap. Hujan renyai-renyai sudah mula membasahi bumi. Tidak sukakah aku Emir menjadi isteri kepada Emir?

"Then, lepas tu apa akan jadi?" aku menyoal CIkgu Ilham.

"Kahwin dengan saya."

Aku hampir tersedak Pepsi. Buntang mataku.

"I am totally serious Thea. Deadly serious. Ilham serious nak kahwin dengan Thea." Wajah CIkgu Ilham tidak main-main. Sungguh aku menyesal soalan yang aku lontarkan sebentar tadi. Ciss, derhaka sungguh mulutku.

"Dan sampai bila – bilapun aku takkan lepaskan Althea."

Aku kaku. Tidak mampu menoleh. Suara garau yang bersulam amaran di belakangku sudah membuatkan bulu romaku berdiri. Wajah Cikgu Ilham merah. Tiba-tiba aku rasakan aku berada dalam kawasan perang antara Palestin dan Israel. Cuma bezanya aku tak tahu mana satu Palestin dan Israel.

Dan aku tidak menyangka, masinnya mulut aku, Emir muncul juga.

"Lepaskan Althea. awak muda lagi Emir. STPM pun tak habis lagi." Bentakan CIkgu Ilham. Nasib baik suaranya masih lagi dikawal ketinggiannya.

"So? Althea dah sah jadi bini aku. Muda atau tua Althea is already my wife. So, back off CIkgu Ilham." Suara Emir keras bercampur sinis.

"No. I am not going to back off Emir. Patutnya awak sedar awak tu budak lagi. Tak payah gatal nak kahwin lagi, especially dengan cikgu awak."

Emir mendengus geram. Dia menapak mendekati aku dari arah belakang. Terasa kehangatan badannya ketika merapati aku. Aduh! Bala apa pulak yang datang ni. Sudahlah tak habis lagi masalahku dengan Cikgu Ilham. Datang pula Emir si penambah masalah. Tak boleh ke dia datang masa aku dah selesaikan dengan CIkgu Ilham? Tak boleh ke dia datang pada waktu yang tepat. Asyik wrong timing aje.

Aku jeling kea rah belakang dan terasa menyesal pulak aku menoleh. Terasa seperti dalam babak dalam anime bila mata Emir memberikan jelingan maut kepadaku sambil memberi amaran. Habislah aku.

"Masalah ke dia cikgu aku? Tetap isteri aku kan? Bukan ke CIkgu Ilham ke sepatutnya yang sedar diri sikit?"

Emir sabdu betul-betul ayat terakhirnya. Menghantar amaran.

"Yes! Masalah! Sebab saya cintakan Althea."

Cikgu Ilham sudah berdiri. Matanya tajam menikam Emir. Mulutnya membentuk garisan lurus, menahan perasaan.

Emir tergelak sinis. Namun aku perasan tangannya yang berada di atas meja sudah digenggam erat. Timbul urat-urat hijau yang melantari genggaman tangannya.

Aku tarik nafas sambil pejam mata. Bukan tidak mendengar confession CIkgu Ilham namun situasi sekarang lebih penting untuk dirisaukan. Aku susah hati. Takut Emir dan CIkgu Ilham bertumbuk di dalam KFC ini. Boleh menyebabkan aku teramat malu jika dua orang lelaki bertumbuk akibat seorang perempuan. Masalahnya adalah bila melibatkan kerjaya seorang guru yang sepatutnya memberikan impak positif dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Tapi kalau beginilah jadilah aku syak para guru mungkin akan dikecam.

Tidak ke dua orang lelaki ni sepatutnya lebih bijak menilai keadaan? Kerana junjungkan ego masing – masing tidak mahu mengalah. Alah, kalau difikirkan perempuan bergaduh lagi dahsyat. Bertarik rambut, baju tanpa mempedulikan keadaan. Say bye bye to salam memang kena bantai terus.

"Dan kau fikir Althea cintakan kau jugak ke Ilham?"

Aku terasa mahu menyorok bawah meja apabila beberapa pasang mata mula menumpukan perhatian kea rah kami bertiga.

"Sudah! Stop it both of you!"

"No!" Serentak Emir dan CIkgu Ilham membangkang.

"Habis tu? Nak gaduh kat sini? Haa.. silakan. Bertumbuklah korang dua kat sini. Malu tanggung sendiri!"

Aku terus angkat punggung. Tidak betah di situ apabila melihat dua makhluk kromosom XY ini bagaikan hendak bergaduh. Hormon testosterone terlalu memuncak sekarang. Aku lemas.

"Thea tunggu!"

"Sweetheart..." meleret suara Emir. Aku pejam mata erat-erat. Bibir diketap erat. Ini yang menyebabkan kaki aku boleh tercabut skru bila dengar Emir sebut perkataan sweetheart.

Keluar daripada KFC aku tarik nafas. Dari ekor mata aku lihat Emir dan Ilham bertekak sebelum Emir melangkah keluar dengan senyum sinisnya. Tapi apabila matanya bertembung dengan aku, wajah sinisnya bertukar jadi naga jantan. Matanya tajam. Mulutnya bergerak – gerak, berkata sesuatu. Aku pincing mata, cuba mentafsir.

Jangan-cuba-nak-lari.

Aku telan air liur. Baru sahaja aku bercadang nak lari tapi bila melihat Emir yang sudah mendekat dan Ilham yang mula menapak ke arahku membuatkan aku terkaku. Apa lagi pulak ni? tak habis lagi ke?

" Emir!" Jerit CIkgu Ilham.

Emir tidak menoleh. Pandanganya terpasak ke arah aku. Aku menoleh ke arah belakang sepenuhnya. Aku lihat muka Cikgu Ilham sudah merah sepenuhnya. Bagaikan menahan amarah yang bakal meletus bila-bila masa sahaja.

"Saya betul –betul cintakan Althea!"

"Aku terfikir kau ni belajar tinggi-tinggi tapi tak reti bahasa jugak ke Ilham? Althea tu bini aku. Bini aku jangan kacau! Kau ni faham ke tak? Lecturer kau tak ajar benda ni masa kat U ke?"

Suara Emir sudah naik seoktaf. Tangannya pula sedia digenggang kuat. Bagaikan sedang menunggu masa untuk dilayangkan ke muka Ilham. Aku kecut perut. Buatnya dia tumbuk betul-betul muka Ilham nanti tak ke jadi kes? Aduh!

Anak murid tumbuk guru.

"Lecturer aku ajar untuk dapatkan apa yang aku nak tanpa putus asa!"

Panggilan saya-awak Cikgu ilham nampaknya sudah bertukar jadi kau-aku. Aku geleng kepala sambil menggenggam erat tangannya. Terasa ringan sahaja untuk memberikan side kick dan backhand kepada dua orang makhluk kromosom XY di hadapanku ini. Ingat aku suka ke diperlakukan seperti barang? Ehh, hello! Aku kat depan korang ni tau!

"Dan aku yakin Althea pun tak sukakan kau. Aku yakin Althea lebih bahagia dengan aku berbanding kau."

Emir senyum sinis. Namun aura naga jantannya masih lagi tetap terserlah. " Kau yakin ke Althea tu sukakan kau?"

Dua pasang mata melihatku, menanti jawapan.

"Apa? Lepas buat saya macam barang do you expect to have some feeling that I like to put into this kind of situation?" Lain yang ditanya lain yang keluar dari mulutku.

"Please Althea. Awak memang sukakan saya kan?" Suara mengharap dan rayuan CIkgu Ilham buatkan aku terngadah sekejap.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Muka naga jantan Emir aku pandang sekilas. Aku perasan Emir senyum senget mendengar rayuan Cikgu Ilham. Entah apa yang bermain di dalam fikiran lelaki itu. Sukar untuk aku tebak akan fikiran dan tindakannya yang kadang kala membuatkan aku meletus umpama gunung berapa dan beberapa saat seperti tercabut skru jantungku.

"CIkgu Ilham." Panggilku. Aku tekad.

Perlahan-lahan muka Cikgu Ilham memandangku. Mukanya bagaikan disinar dengan harapan. Namun sayangnya ayat seterusnya menyebabkan hujan mulai lebat membasahi bumi.

"Saya harap selepas ni CIkgu Ilham hormat saya sebagai isteri Emir dan rakan sekerja awak. Jujur saya tak pernah simpan perasaan lebih daripada seorang kawan untuk CIkgu Ilham."

Berubah seratus peratus muka CIkgu Ilham. Aku tahu aku kejam. Kejam kerana berkata sedemikian. Tapi ada batasan yang aku junjung sebagai seorang isteri. Sejauh mana sekalipun aku tidak menyukai Emir, akalku lebih cepat bertindak untuk mencegah daripada bertindak nusyuz. Aku kenal apa itu pahala dan dosa. Cukuplah dosa lain yang tidak terhitung olehku, jangan nusyuz terhadap suami. Tak berkat hidup aku nanti.

Aku lihat wajah Emir bagaikan puas. Puas mendengar ayat tersebut keluar dari mulutku. Macam nak menari salsa dan tango pun ada. Aku cebik bibir. Seronok pulak bapa naga ni. Cheesecake.

"So, Cikgu Ilham, third time I would say, back off!"

Serentak itu tangan Emir kuat menarik pergelangan tanganku meninggalkan Cikgu Ilham yang terkaku. Tidak sempat berkata apa-apa Emir sudah laju mengheret aku. Aku toleh belakang ingin melihat kelibat Cikgu Ilham, namun suara Emir mematikan pergerakkan kepalaku.

"You have a lot of things to tell me,do you, sweetheart."

Aku diam. Nak teguk air liur? Tidak payah. Air hujan yang sedia melencunkan pakaianku sudah cukup membuatkan aku mengigil kesejukan.













*******************************************************************************************

Maaf lambat update guys..

Btw, Selamat Menyambut Hari Keamaatan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai.

dan selamat berbuka puasa. Baca doa dulu sebelum melantak.

Continue Reading

You'll Also Like

298K 13.6K 15
"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan...
176K 3.6K 27
LECTURER & STUDENT MEREKA ditemukan kerana NYA, Tetapi Setiap kali pertemuan pasti ada salah sorang dari mereka akan tergoda sampai bawa ke mimpi. Te...
1.5M 73K 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi...
1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...