Pengorbanan Untuk Awak

By snurah

332K 12.6K 331

Satu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia y... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Epilogue
New Story
SPECIAL CHAPTER
New Story

Chapter 26

4.4K 179 6
By snurah

Italic- bahasa Belanda

~~~~~~~~~

"Lama sungguh awak berbual dengan mak. Apa yang awak sembang?" soal Umairah, sebelum keluar daripada kereta Adam. Mereka sudah sampai di hadapan rumah sewa Umairah.

Adam memandang Umairah. Dia senyum. "Takde apa-apa. Just some things that papa wants to relay to your mother."

"Takkanlah sebab tu je. Mak macam cakap something kat awak sampaikan awak senyap sepanjang perjalanan," Umairah tidak percaya dengan kata-kata Adam itu.

Adam senyum. "Betul. Tu je yang saya bualkan dengan mak awak," kata Adam, meyakinkan Umairah.

Umairah berfikir sejenak kemudian menganggukkan kepalanya. Adam suka menyimpan rahsia daripadanya. Begitu juga ibunya. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. Dia tahu semua rahsia yang disimpan oleh Adam dan ibunya itu membawa kebaikan kepadanya.

Umairah membuka pintu kereta Adam lalu keluar daripada kereta mewah Adam itu. Adam turut keluar daripada keretanya.

Umairah memandang Adam. "Thanks sebab temankan saya. And thanks juga sebab tolong hantarkan saya ke rumah saya."

Adam senyum. Dia menganggukkan kepalanya. "It's okay, Hana. It's my job to help you. Also, I already promise to your mother that I'll protect you from any danger. So, ini dah jadi tanggungjawab saya dah."

Umairah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Okaylah. Saya masuk dulu. Nanti kalau apa-apa, saya call awak," kata Umairah. Dia membuka pintu pagar rumahnya kemudian melangkah masuk ke perkarangan rumahnya.

Adam hanya memerhati sahaja langkah Umairah itu. Dia masih tidak berganjak daripada tempatnya berdiri. Dia mahu melihat Umairah masuk ke rumahnya sebelum dia pergi daripada rumah itu.

Hati Umairah tidak senang. Dia memandang sekeliling rumahnya sambil berjalan berhati-hati ke pintu rumah sewanya. Dia ingin membuka kunci rumahnya namun tidak jadi apabila pintu rumahnya begitu senang terbuka. Umairah menolak pintu rumahnya lalu melihat ke dalam rumahnya itu.

Adam memerhati perlakuan Umairah dari jauh. Dia tidak senang hati apabila melihat tingkah Umairah yang kelihatan teragak-agak. Adam segera melangkah memasuki perkarangan rumah Umairah itu. Pengawal peribadinya turut ingin mengikut langkah Adam namun Adam menegah.

"ARGH!!" jerit Umairah. Dia terduduk di hadapan pintu rumahnya itu.

Adam yang mendengar jeritan Umairah terus berlari mendapatkan Umairah. Dia segera memeriksa keadaan Umairah. Kemudian dia memandang ke dalam rumah sewa itu.

Adam terkedu. Dia terus berkalih ke belakangnya, mengisyaratkan pengawal peribadinya memeriksa kawasan rumah itu. Dua orang pengawalnya segera melangkah masuk ke dalam rumah Umairah, memeriksa sama ada rumah itu selamat ataupun tidak.

Manakala, dua orang lagi memeriksa kawasan persekitaran rumah itu. Mereka masing-masing memerhati sekeliling rumah itu, melindungi Adam yang sedang memujuk Umairah itu. Adam memimpin Umairah berjalan menjauhi daripada pintu rumah itu.

"It's okay, Hana. Semua akan baik-baik sahaja," pujuk Adam, lembut. Dia ingin menarik Umairah ke dalam pelukannya namun tidak jadi apabila memikirkan mereka tiada ikatan yang sah.

Umairah memandang Adam. Dia cuba untuk mengawal badannya supaya tidak mengeletar. Namun, tidak berjaya. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang disaksikannya tadi. Akhirnya, dia menundukkan kepalanya lalu terus meletakkan kepalanya di kepala lututnya.

"Hana, look at me, Hana. Pandang saya," pinta Adam sambil memegang bahu Umairah.

Umairah langsung tidak mengangkat kepalanya. Dia masih lagi terkejut.

"Hana Umairah!" panggil Adam, agak kuat.

Bahu Umairah terhenjut, terkejut dengan suara Adam yang agak kuat itu.

"Okay, okay, I'm sorry. Tapi, Hana. Please, pandang saya," ucap Adam, menurunkan nada suaranya.

Perlahan-lahan Umairah mengangkat kepalanya, memandang Adam.

"Semua ini akan baik-baik. Saya akan siasat semua ni. Orang yang buat semua ni takkan terlepas. Saya janji dengan awak," kata Adam, lembut.

Umairah terdiam sejenak. Dia memikirkan kata-kata Adam itu.

"My people will investigate it. So, calm down. Everything will be settled," kata Adam.

Umairah mengangguk, mulai tenang apabila mendengar kata-kata Adam itu. Namun ketenangan Umairah tidak lama. Dia memegang lengan Adam. "Najihah," ucap Umairah.

"Najihah kawan saya. Dia serumah dengan saya. Saya...dia...okay," kata Umairah tercungap-cungap.

Adam segera memegang bahu Umairah. Dia tidak mahu Umairah mendapat serangan panik.

"Hana, Tarik nafas awak, kemudian hembus perlahan-lahan," arah Adam, lembut.

Umairah menggelengkan kepalanya. Nafasnya tersekat-sekat.

Adam mengeluh. Dia mengusap-usap belakang Umairah. "Listen to me, Hana. Ikut apa yang saya suruh buat ni," lembut suara Adam memujuk.

"Tarik nafas, and then hembus perlahan-lahan," kata Adam, lembut. Beberapa kali dia mengarahkan Umairah supaya berbuat demikian.

Tidak lama selepas itu, nafas Umairah kembali normal. Umairah memandang Adam. "Thanks," ucap Umairah.

Adam senyum. "Sekarang ni, awak call kawan awak tu. Tanya dia, dia ada kat mana? And pesan kat dia, kalau boleh, jangan balik ke rumah ni dalam masa terdekat," ujar Adam, lembut.

Umairah segera mengangguk. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang ada di dalam beg tangannya itu. Kemudian, dia terus mendail nombor rakannya itu.

Adam hanya membiarkan Umairah berbual-bual dengan rakannya itu. Dia berdiri lalu mendekati dua orang pengawal peribadinya yang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Kyle, Paul, did you see anything suspicious around here?" soal Adam dalam bahasa belanda.

Kyle dan Paul menggelengkan kepala mereka. Mereka telah memerhati sekeliling kawasan rumah sewa itu. Namun, hampa. Mereka tidak berjumpa apa-apa yang pelik dan meragukan.

"Ask someone to look around the neighbourhood," kata Adam, agak tegas.

Kyle dan Paul mengangguk. Kyle segera menekan sesuatu di telinganya lalu mengarahkan seseorang untuk melihat sekeliling kawasan perumahan itu.

Adam kembali mendekati Umairah apabila melihat Umairah sudah memutuskan talian telefonnya. Umairah senyum hambar.

"Macam mana kawan awak?"

"Alhamdullillah, she's okay. Nasib baik dia balik rumah parents dia. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi pada dia," kata Umairah, perlahan.

Adam mengangguk. Dia senyum apabila melihat Umairah lega dan sedikit tenang.

"Yang Amat Mulia, ada sesuatu yang perlu tuanku tengok," ucap salah seorang pengawalnya yang baru muncul di muka pintu rumah itu dalam bahasa belanda.

Adam berdiri. Dia mengangguk. Kemudian, dia berkalih memandang Umairah. "Awak okay kan kalau saya masuk dalam rumah sekejap?" soal Adam.

Umairah memegang hujung T-shirt yang dipakai Adam. "Will you be safe?" soal Umairah.

Adam senyum. Dia mengangguk sambil mengusap-usap kepala Umairah yang dilitupi oleh shawl itu.

"Kyle and Paul will protect you. And I'll be okay, Hana. Dean and Zayn are here with me. So, don't worry," ucap Adam lembut. Dia memandang Umairah yang masih lagi terkejut itu.

Umairah mengangguk. Dia cuba untuk tersenyum namun apabila mengingatkan kembali apa yang dia saksikan di hadapan matanya membuatkan senyumannya tergantung.

Adam mengeluh. Dia memandang ke arah Kyle dan Paul yang sedang berdiri di belakangnya. "Protect her well," arah Adam, tegas.

"Yes, your royal highness," ucap Kyle dan Paul serentak.

Adam melangkah masuk ke dalam rumah itu diikuti dengan Dean yang keluar memanggilnya. Dahi Adam berkerut menahan bau hanyir yang ada di rumah itu. Dia memandang sekeliling rumah sewa itu. Ruang tamu rumah itu bersepah dan penuh dengan darah.

"It seems like they used animal blood to blackmail you," ujar Dean.

Adam mengangguk. Dia segera mendekati Zayn yang sedang memeriksa sesuatu.

"What did you found?" soal Adam.

Zayn mengangkat kepalanya daripada memandang ke arah sesuatu.

"We found this writing. They are targeting you and Miss Myra," beritahu Zayn sambil menunjukkan ke satu arah.

Adam memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Zayn itu. Matanya bulat membaca tulisan itu.

'Be with her, she will die'

"Do we have any suspect?" soal Adam.

Zayn dan Dean saling berpandangan.

"I think House of Houston is involved in this case," ujar Dean.

"House of Houston? How? Adakah mereka tahu tentang identity Hana?"

"I don't think they know. But, you know, keluarga van Gough dalang di sebalik segala-galanya yang berlaku di Belgium. Mereka mahukan your highness berkahwin dengan cucu perempuannya, Emily so tak pelik kalau mereka ugut tuanku dengan menakutkan Umairah," ujar Zayn, menganalisis maklumat yang diketahuinya.

Adam meraup-raup wajahnya.

"Maksudnya, Hana dalam bahaya?" ujar Adam.

Zayn dan Dean terdiam.

"I need to inform uncle Henry. For now, just report this to Malaysia's police. Biarkan orang kita yang ada di polis Malaysia uruskan perkara ini. And erase this writing. The writing served its purpose so, it need to be deleted," arah Adam, tenang.

"Baik, Your royal Highness," kata Zayn dan Dean serentak.

Adam segera melangkah keluar daripada rumah sewa itu bersama-sama Zayn dan Dean. Matanya meliar memandang sekeliling rumah itu. Dia dapat melihat Umairah sedang minum air kopi yang baru diberi oleh Kyle.

"Awak dah okay?" soal Adam sambil berjalan mendekati Umairah.

Umairah senyum tawar. Dia mengangguk.

"Apa yang awak jumpa? Ada suspect tak?" soal Umairah.

Adam menggelengkan kepalanya. Dia tidak menjawab pertanyaan Umairah.

Kemudian, Adam memandang Kyle dan Paul. "What says others?"

Kyle dan Paul menggelengkan kepala mereka. Rakan-rakan mereka tidak menjumpai sesuatu mahupun orang yang meragukan. Segala-galanya bagaikan dirancang dengan terperinci dan tiada satu pun bukti pun yang tertinggal.

Adam mengeluh. Dia kembali memandang Umairah.

"Awak balik ke rumah saya ya? Tinggal di rumah saya buat sementara waktu," ucap Adam, lembut.

Umairah senyum hambar. Dia menggeleng. "It's okay, Kael. Saya boleh tumpang kat kolej kediaman UKM," kata Umairah.

Adam menggeleng. "No! You can't! Bahayalah kalau saya nak biarkan awak sorang-sorang. Sekurang-kurangnya kalau awak dengan saya or family saya, awak akan dilindungi. Manalah tahu kejadian yang sama akan berulang lagi. Saya takut awak ada stalker," bantah Adam, panjang lebar.

Umairah ketawa. "Stalker? Saya ada stalker? Tak mungkinlah."

"Zaman sekarang ni, orang bukan boleh percaya. Orang yang kita nampak sihat sebenarnya ada masalah mental. Sebab tu, bahaya kalau saya biarkan awak sorang-sorang. Saya dah janji dengan mak awak untuk lindungi awak. So, please, listen to my advice," kata Adam.

"Kalau awak cakap macam tu, saya nak buat macam mana. Saya ikut je," kata Umairah.

Adam senyum. Dia menganggukkan kepalanya.

"Zayn and Dean. You'll stayed here until the police arrived. Beritahu pada mereka apa yang patut sahaja. Jangan dedahkan tentang tulisan di atas meja makan tu," arah Adam.

Zayn dan Dean hanya mengangguk.

"Kyle and Paul will follow and protect me and Hana. Ask a few of our people to come and protect the house," arah Adam.

Kyle dan Paul turut mengangguk.

"Kalau takde apa-apa, saya pergi dulu. Apa-apa, inform me," kata Adam sambil menepuk bahu Zayn.

Adam dan Umairah segera melangkah ke kereta mewah Adam yang diletakkan di hadapan rumah sewa itu. Mereka segera berlalu daripada kawasan itu.

Continue Reading

You'll Also Like

110K 7.2K 30
[Completed] π™Έπš—πšπš›πš˜πšžπšπšžπšŒπš’πš—πš... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in...
59.7K 3.3K 30
Nur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tap...
87.7K 8.1K 50
YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang d...
828K 84.5K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...