Te Amo [Rahsia] ✔

By aimegabriella_

4.7M 181K 9.8K

[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma s... More

∣ Te Amo ∣
💔 Chapter 1
💔 Chapter 2
💔 Chapter 3
💔 Chapter 4
💔 Chapter 5
💔 Chapter 6
💔 Chapter 7
💔 Chapter 8
💔 Chapter 9
💔 Chapter 10
💔 Chapter 11
💔 Chapter 12
💔 Chapter 13
💔 Chapter 14
💔 Chapter 15
💔 Chapter 16
💔 Chapter 17
💔 Chapter 18
💔 Chapter 19
💔 Chapter 20
💔 Chapter 21
💔 Chapter 22
💔 Chapter 23
💔 Chapter 24
💔 Chapter 25
💔 Chapter 26
💔 Chapter 27
💔 Chapter 28
💔 Chapter 29
💔 Chapter 30
💔 Chapter 31
💔 Chapter 32
💔 Chapter 33
💔 Chapter 34
💔 Chapter 35
💔 Chapter 36
💔 Chapter 37
💔 Chapter 38
💔 Chapter 39
💔 Chapter 41
💔 Chapter 42
💔 Chapter 43
💔 Chapter 44
💔 Chapter 45
💔 Chapter 46
💔 Chapter 47
💔 Chapter 48
💔 Chapter 49
💔 Chapter 50
Epilogue

💔 Chapter 40

64K 2.8K 98
By aimegabriella_

Tit.. tit.. tit..

Pening. Lambat-lambat aku buka mata yang terasa berat. Cahaya yang terlalu terang buat mata aku terpejam semula. Beberapa kali aku mencuba, akhirnya aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Aku ada di hospital. Tidak berbaju. Berselimut separas pinggang saja. Aku angkat wajah sedikit, melihat dada aku yang dilekatkan dengan wayar-wayar hijau dan merah.

Apa benda ni?

"Rizky..?"

Aku menoleh ke kanan, Raffiq di situ. Bahu aku disentuh perlahan. Wajahnya nampak sedikit pucat. Mata pun sembab semacam. Apahal ni? Demam ke?

"Kau okey tak?" Soal Raffiq, tiba-tiba. Aku berkerut. Aku ni kan hidup lagi. Apa yang tak okeynya?

"Asal wayar-wayar ni?" Soalannya aku balas dengan soalan juga.

"Doktor yang letak.."

"Aku tahulah doktor yang letak. Takkan cleaner pulak." Aku menjeling. Apalah ke bijak sangat jawapan dia tu?

"Tu.." Raffiq terdiam pula. Aku mencebik. Budak ni dah kenapa? Terencat ke?

"Doktor kata apa? Bonda mana? Rifiqa?" Bertubi-tubi soalan aku serbu dia. Biar dia rasa.

"Bonda dah tahu kau kanser otak."

Satu ayat itu buat jantung aku rasa macam direntap keluar. Mata aku membulat besar, terkejut. Bonda.. dah tahu?

"Rifiqa?" Sepatah aku tanya. Ironinya, Raffiq tergelak sinis. "Jangan kata Fiqa, satu negara pun dah tahu."

Surat khabar dihulurkan kepada aku. Muka surat pertama, terpapar wajah aku yang pucat, ketika hari pengebumian ayah. Aku gigit bibir. Tajuknya aku baca.



Ayahanda mangkat, anak hidap kanser.

Anak sulung kepada Allahyarham Sultan Firdaus Al-Afi, Raja Muhammad Rizky Ar-Rayyan, dipercayai menghidap kanser otak tahap tiga selepas ditemui tidak sedarkan diri di pusara allahyarham selepas pengebumiannya lewat petang semalam. Beliau yang berusia lewat 20-an itu kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Menurut doktor pakar otak, Doktor Mohd. Hafiz Akid, beliau dipercayai telah menghidap kanser otak selama lebih lima tahun dan masih menjalankan rawatan sehingga kini. ❜

Berita lanjut di muka surat 2⇉




Aku terkaku. Tak sangka, berita tentang aku menjadi tajuk utama di dada akhbar. Patutlah bonda tak ada sekarang. Mungkin bonda sedang menangis. Atau mungkin bonda pengsan tak sedarkan diri, selepas ditimpa musibah perit seperti ini. Ayah pergi. Dan selepas ini, aku pula. Mestilah bonda sedih, kan? Lebih-lebih lagi bila aku sorokkan penyakit aku ni dari dia, selama 5 tahun, seperti yang tertulis dalam akhbar. Doktor tu tipu aku. Dia dah janji nak rahsiakan perkara ni. Pasti Reen pun dah baca berita ni. Agak-agak macam mana reaksi Reen?

Reen. Bukan ke masa tu dia ada dengan aku? Masa aku pengsan tu.. dia ada, kan? Aku lihat tarikh akhbar. Dua hari lepas. Maknanya dah tiga hari aku terlantar di katil hospital, termasuk hari ni. Mana Reen? Takkan dia tak datang jenguk aku?

Mestilah tak.

Diakan sarat mengandung. Manalah larat nak berjalan ke sana sini. Tak pun, guard tak kasi dia masuk. Yalah, diakan orang asing.

"Fiq.." aku pandang Raffiq di sisi aku. "Ada tak.. sorang perempuan mengandung ni.. datang sini? Ada tak? Dia mengandung macam.. erm.. lima, enam bulan macam tu. Ada tak? Dia pakai tudung." Beria-ia aku jelaskan pada Raffiq.

"Dia putih-putih. Rambut lurus, perang-perang sikit. Alaa... kau kenal dia. Perempuan yang aku bawak masuk rumah aku tu. Masa tu dia pakai dress biru. Ada, kan? Ingat tak? Dia ada datang tak?" Bila Raffiq masih diam, bersungguh-sungguh aku jelaskan fizikal Reen pada dia. Mungkin Raffiq tak cam kot?

"Ariana Syazreen?" Soalnya, dengan muka menyampah. Dah kenapa pulak muka macam tu?

"Haa! Dia! Ada tak dia datang?" Aku teruja. Kan aku dah kata, Raffiq kenal dia. Tapi aku terpelik sedikit. "Wait, macam mana kau tahu nama dia?"

"Tak. Dia tak ada datang." Raffiq terus bangun, melangkah menjauhi aku. "Aku nak turun. Kau nak makan apa-apa tak? Aku belikan."

Aku terkebil sekejap bila Raffiq tiba-tiba berubah dingin. Apa hal pulak ni?

"Takkan dia tak datang? Masa aku pengsan tu, dia ada." Aku masih tak berpuas hati.

"Kau merepek apa ni? Kau pengsan dekat kubur ayah. Aku tunggu kau dalam kereta masa tu, ingat tak? Bila masa pulak perempuan tu ada dengan kau?" Raffiq nampak macam nak marah. Aku jadi bingung. Takkan aku bermimpi? No, aku yakin Reen betul-betul ada masa tu. Mustahil aku mimpi.

"Yes.. Kau tunggu aku dalam kereta. Lepas tu Reen datang, bawak payung. Dia.. dia pakai selendang hitam, jubah hitam. Aku ingat.." suara aku berubah perlahan. Aku pening. Reen betul-betul ada masa tu. Aku ingat! Aku tak mimpi!

"Kau mimpi, kot. Dah la tu.., nak makan apa-apa tak?" Raffiq berlembut pula. Mungkin sebab aku nampak sangat kasihan, agaknya. Aku menghela nafas. Mungkin betul kata Raffiq, aku mimpi. Aku terlalu rindukan Reen, mungkin sebab itu aku mimpi dia.

"Tak.. Kau pergilah." Aku sandarkan kepala. Mata aku pejamkan, letih berfikir.

"Kalau nak apa-apa, call aku. Phone kau ada kat situ." Selepas itu, aku terdengar derap langkah Raffiq sebelum bunyi pintu ditutup. Dan aku kembali sunyi. Pelipis aku urut perlahan. Takkan aku bermimpi? Aku betul-betul ingat Reen ada dengan aku. Bila aku ajak dia kahwin, dia angguk. Aku ingat, demi Allah aku ingat!

Letih bergaduh dengan diri sendiri, aku kembali membuka akhbar. Terus ke muka surat dua, berita tentang pemergian ayah dan penyakit aku. Gambar-gambar yang disertakan aku perhatikan satu per satu. Sehinggalah pada gambar ketika aku, Raffiq dan beberapa orang lelaki lain sedang mengangkat tubuh arwah ke dalam liang lahad. Ramai juga orang pada waktu itu. Gambar itu aku pandang lama. Wajah sedih bonda dan Rifiqa, bila aku lihat wanita dibelakangnya, membulat biji mata aku.

Reen!

Aku kenal Reen. Itu memang dia. Aku terus terduduk tegak. Perutnya yang kelihatan membuncit. Selendang hitam, jubah hitam, dan payung hitam. Cermin mata besar yang juga berwarna hitam, menutupi hampir separuh wajahnya. Ya, itu Reen. Aku tak silap. Aku tak mimpi. Reen betul-betul ada!

Terus aku capai iPhone aku di sisi katil. Menggigil jari aku mencari nama Reen dalam contact aku. Tak ada! Tak... Aku tak pernah delete nombor Reen. Kenapa tak ada? Siapa delete? Raffiq? Bonda? Tapi kenapa?

Aku buka keypad. Nombor lima aku klik lama-lama. Spontan, terpapar nama My Love di atas skrin. Aku hela nafas lega. Sekurang-kurangnya, setting aku yang satu itu tidak dipadamkan. Aku lekapkan skrin pada telinga.

Tut.. tut..

"Hello?"

Aku terkelu. Itu suara yang aku rindu. Suara serak, macam baru lepas menangis. Kenapa dia menangis? Apa jadi?

"Saya mintak maaf, tuan, saya janji saya tak masuk. Saya tunggu dekat luar je. Saya tahu awak tak suka saya datang sini.. Tapi dia ayah kepada anak saya. Dia mesti bertanggungjawab. Saya mintak maaf.. Kalau awak tak bagi saya masuk pun, saya takkan masuk. Tolonglah jangan halau saya. Saya cuma.. Saya tunggu je一"

"Sayang?"

Reen terdiam apabila terdengar suara aku. Aku turut terkejut dengan apa yang dia cakap. Tuan? Siapa tuan? Raffiq? Kenapa Raffiq tak bagi dia masuk?

"Sayang?" Aku panggil sekali lagi. Dan aku terdengar Reen teresak. Dia.. menangis?

"Sayang.. Are you there?"

"Ray.." Aku tak silap. Reen betul-betul menangis. "I.. I rindu you.."

Aku sebak. "Sayang.. I kan dah janji一"

"Apa kau buat dekat sini?" Satu suara lain dalam talian buat aku terkejut. Itu bukan suara Reen. Itu suara lelaki.

"Saya.." Reen tergagap. "Eh, phone saya.."

"Kau call lagi nombor ni? Berani kau, eh?" Suara itu lagi. Bila aku dengar betul-betul, macam suara Raffiq. Baru saja aku nak bersuara, talian dimatikan. Aku tercengang.

Apa jadi?

Siapa yang menghalang cinta suci kami ni?

Ini tak boleh jadi. Aku terus melompat turun dari katil, terus menapak ke pintu wad private ini. Aku tahu Reen ada dekat luar.

Reen, tunggu I.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 97.1K 79
⇨ SIRI PERTAMA ╰ HIGHEST RANKING IN LOVE╮ ╰ HIGHEST RANKING IN FRIENDSHIP╮ Haufan Hazzan- Seorang jejaka kacukan malay-chinese yang merupakan seorang...
656K 27.1K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
306K 18.7K 53
♔︎𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐝𝐨𝐞𝐬𝐧'𝐭 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐞𝐥𝐥, 𝐛𝐞𝐚𝐬𝐭𝐢𝐞♔︎ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
842K 32K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...