Te Amo [Rahsia] āœ”

By aimegabriella_

4.7M 181K 9.8K

[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma s... More

āˆ£ Te Amo āˆ£
šŸ’” Chapter 1
šŸ’” Chapter 2
šŸ’” Chapter 3
šŸ’” Chapter 4
šŸ’” Chapter 5
šŸ’” Chapter 6
šŸ’” Chapter 7
šŸ’” Chapter 8
šŸ’” Chapter 9
šŸ’” Chapter 10
šŸ’” Chapter 11
šŸ’” Chapter 12
šŸ’” Chapter 13
šŸ’” Chapter 14
šŸ’” Chapter 15
šŸ’” Chapter 16
šŸ’” Chapter 17
šŸ’” Chapter 18
šŸ’” Chapter 19
šŸ’” Chapter 20
šŸ’” Chapter 21
šŸ’” Chapter 22
šŸ’” Chapter 23
šŸ’” Chapter 24
šŸ’” Chapter 25
šŸ’” Chapter 26
šŸ’” Chapter 27
šŸ’” Chapter 28
šŸ’” Chapter 29
šŸ’” Chapter 30
šŸ’” Chapter 31
šŸ’” Chapter 32
šŸ’” Chapter 33
šŸ’” Chapter 34
šŸ’” Chapter 35
šŸ’” Chapter 36
šŸ’” Chapter 37
šŸ’” Chapter 39
šŸ’” Chapter 40
šŸ’” Chapter 41
šŸ’” Chapter 42
šŸ’” Chapter 43
šŸ’” Chapter 44
šŸ’” Chapter 45
šŸ’” Chapter 46
šŸ’” Chapter 47
šŸ’” Chapter 48
šŸ’” Chapter 49
šŸ’” Chapter 50
Epilogue

šŸ’” Chapter 38

62.6K 2.9K 178
By aimegabriella_

Betul kata bonda. Tak ada yang nak menguruskan jenazah ayah. Bukan sebab mereka tak sudi. Bukan sebab benci. Tetapi.. sebab menghormati arwah, wakil dari keluarganya perlu memimpin. Contohnya, aku. Atau Raffiq.

Mana jantan tak guna tu?! Apahal aku kena handle benda ni sorang-sorang?

Terus aku dail nombor telefon adik tak guna aku tu. Menyusahkan. Aku manalah reti nak uruskan jenazah. Yang aku tahu, aku bakal jadi jenazah, tidak lama lagi. Jadi, kenapa aku perlu bersusah payah belajar cara menguruskan jenazah? Betul tak?

Macam ini ke, bakal raja negara ni?

Hancurlah jawabnya.

"Apa kau nak?" Bukan hello atau salam yang aku dapat, tapi suara garang Raffiq memaki aku.

"Aku nak kau balik istana sekarang." Aku turut bersuara garang. Aku abang, dia kena hormatkan aku. Bukan aku yang menikus bila kena herdik dengan dia.

"Apahal pulak?"

"Wey, yang mati tu bapak kau. Bukan bapak orang lain. Yang kau nak sorok bagai, asal? Kau ke yang bunuh ayah?!" Terus aku sound dia kaw kaw. Kasi electric shock sikit.

"Apa benda kau merepek ni, sial?"

Dah aku pulak yang dicarutnya. Tak guna betul. "Balik la, bodoh.. Aku sorang ni. Siapa nak cover aku, kalau aku pengsan kat situ?" Aku mencebik. Ada adik pun tak boleh harap.

"Apasal pulak kau nak pengsan?"

Aku mendengus. Soalan tu, tak boleh bodoh lagi ke? Aku ni dah la takde mood. Ada yang kena bunuh kejap lagi kang!

"Kau balik je, boleh tak?! Tak payah banyak tanya lah!"

"Yang kau nak paksa-paksa aku ni asal, bongok?! Aku kat rumah la ni. Kau yang tak balik, heboh suruh aku balik.."

"Kau dekat rumah mana? Kondo aku?" Aku terpelik sendiri. Siapa yang merepek sekarang ni?

"Istana bonda la.. Kau ni pun.. Sejak-sejak kena kanser ni, terus jadi bodoh ke?"

Aku tersentap. Raffiq tahu aku ada kanser? Tapi.. macam mana?

"Eh, kau tahu ke---"

"Ya, aku tahu. Balik sini cepat."

"Aku.. ada dekat luar." Suara aku berubah perlahan. Entah kenapa, aku berdebar. Macam mana Raffiq tahu? Takkan dia jumpa surat hospital kot? Aku dah bakar semua. Takkan Reen bagitahu Raffiq? Itu lagi lah mustahil. Reen mana ada contact Raffiq.

"Dah tu? Masuk lah! Takkan nak bentang carpet kuning pulak?!" Suara Raffiq yang tiba-tiba memekik, buat aku tersentak. Nasib baik aku ada kanser, bukan heart attack. Kalau tak, jalan dulu jawabnya.

Aku matikan talian. Enjin kereta aku matikan juga. Muka yang handsome (sempat lagi tu..) aku belek sekejap. Ish, tak ada muka sedih pun? Parah ni. Cepat-cepat aku ambil minyak cap kapak. Memang ada sebotol dalam kereta, sebab aku selalu pening. Aku calitkan minyak cap kapak pada kelopak mata. Pedih, air mata mula mengalir. Biji mata yang sepatutnya putih jadi merah. Barulah ada nampak effect sedih. Puas hati, pintu Jaguar silver aku buka dan terus melangkah keluar.

Ayah.. Your first son is on his way.

‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾

Jenazah ayah mula dimandikan. Aku cuma membantu. Nak betul-betul mandikan, sejujurnya, aku tak reti. Aku malu. Tak tahu malu pada siapa. Pada rakyat? Alim ulama? Keluarga? Diri sendiri? Atau... Aku malu pada Tuhan?

Wajah ayah disapukan air. Wajahnya, walaupun pucat tak berdarah, tetap nampak sejuk dipandang. Wajahnya tenang, seolah-olah dia sudah bersedia untuk pergi menemui Illahi. Aku? Bagaimana pula? Air mata aku bergenang. Aku harap, keadaan aku nanti seperti ini juga, bila jenazah aku yang dimandikan. Aku takut kalau jenazah aku dalam keadaan yang teruk dan berbau busuk. Jauh betul bezanya dengan tubuh arwah. Tuhan, ampunkan aku. Aku masih hambaMu yang berdosa.

Air paip aku bawa pula ke leher dan bahu Ayah. Tapak tangan aku yang menggigil, dipaksa juga mengusap kulit ayah. Meratakan air. Kepala aku berdenyut-denyut. Wajah aku berbahang. Kelopak mata terasa perit.

Bahagiakah ayah, bila segala beban yang terpaksa dipikulnya selama ini telah selesai?

Aku? Bagaimana nanti?

Jenazah aku nanti, seperti ini jugakah?

Tersenyum dan tenang?

Dapatkah aku merasa tenang seperti ayah?

"Putera.. Putera tak apa-apa?" Soalan mufti berjanggut putih itu aku biarkan tak berjawab. Kepala aku terasa berat. Cepat-cepat aku berpaut pada bahu Raffiq di sisi kanan aku.

"Weh? Kau pehal?"

Wajah basah ayah aku pandang sayu. Aku juga.. akan mati. Aku juga.. akan dimandikan seperti ini. Aku juga.. akan diratapi nanti.

Ayah.. tunggu Rizky.

Rizky nak jumpa ayah.

Pandangan aku jadi berbalam-balam. Pakcik-pakcik yang sibuk memandikan ayah mula mengalihkan perhatian pada aku. Aku pegang kepala. Raffiq disebelah mula cuak.

"Kau asal ni, Rizky?"

Gelap.

‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾

Jenazah arwah sudah siap dikafankan dengan kain putih. Wajahnya masih juga tenang, buat aku semakin tak tentu arah. Aku takut. Tubuh aku menggigil.

Jenazah dibawa ke saf paling hadapan. Raffiq sudah sedia berdiri dekat dengan arwah, jadi imam. Aku dibelakangnya, mula berpeluh-peluh. Bersungguh-sungguh bonda menyuruh aku imamkan solat jenazah ayah, tapi aku tak mampu. Sedaya-upaya aku sorokkan pandangan, tak mahu melihat ayah. Bukan sebab aku benci, tapi sebab aku tak sanggup.

Aku takut.

"Allah huakhbar!" Raffiq mengangkat takbir. Aku sedikit terhuyung-hayang. Solat aku yang pertama, setelah berbelas-belas tahun, adalah solat jenazah, untuk ayah aku?

Demi Tuhan, aku takut. Rahang aku diketap-ketap. Tak mahu menangis. Tak mahu pengsan. Aku berusaha mengawal perasaan dan keadaan fizikal aku. Jangan pengsan. Jangan kerana takut mati, atau kerana kanser. Ya, kanser aku semakin parah. Appointment aku tak pergi, ubat pun aku tak makan.

"Allah huakhbar!"

Ubat. Setelah seminggu Reen lari keluar dari rumah aku, aku terjumpa plastik ubat kanser aku dibawah karpet. Sumpah aku terkejut. Seingat aku, bukan aku yang letak ubat aku dekat situ. Mustahil. Dan saat itu aku tahu, ini mesti kerja Reen. Reen tak terkejut bila aku bagitahu dia, aku sakit kanser. Itu maknanya一Reen dah tahu. Dan dia sorokkan ubat aku.

Entah kenapa, aku kecewa. Tiga tahun, aku tak henti mengambil ubat itu, paksa telan walaupun aku tahu mati itu pasti. Aku tetap berusaha hidup, untuk Reen. Tapi dia? Dia yang nak aku mati. Buktinya, dia sorokkan ubat aku. Dia taknak aku makan ubat.

Dia betul-betul nak aku mati.

Tanpa aku sedar setitis air mata aku mengalir.

"Allah huakhbar!"

Demi Allah, aku kecewa. Reen betul-betul tak menghargai aku. Aku bukan siapa-siapa bagi dia. Sepatutnya aku sedar semua ini lebih awal. Kenapa baru sekarang?

Pemergian ayah buat aku sedar semuanya. Mati itu pasti一aku tak boleh lari. Sekurang-kurangnya, aku tahu jangka hayat aku makin pendek. Aku dapat agak, bila aku mati. Sepatutnya aku bersedia untuk ke alam yang lagi satu itu. Sepatutnya aku beribadah banyak-banyak. Bukannya menambahkan dosa.

"Allah huakhbar!"

Aku rogol Reen. Dosa besar. Aku tahu, tapi aku tetap buat. Bukan ke dengan keadaan aku yang dah nak mati ni, aku sepatutnya bertawajuh di atas tikar sejadah. Tambahkan amalan dan pahala banyak-banyak. Bukan tambahkan dosa. Aku bodoh.

Bodoh.

"Allah huakhbar!"

Aku tak mampu. Aku banyak dosa. Aku takut tempat kediaman terakhir aku adalah neraka. Kali terakhir aku mengucap syahadah pun, aku tak tahu bila. Jauhnya aku dari Allah. Jauhnya aku, dari syurga.

Makmum disisi kiri dan kanan aku cuba menahan tubuh aku dari tumbang. Mereka tahu, aku akan pengsan lagi. Tapi aku taknak. Aku tak nak pengsan. Aku nak solat untuk ayah. Satu-satunya jasa aku untuk arwah, sebab selama ini aku selalu mengecewakannya. Hanya kali ini.

Untuk arwah.

Aku tak sedar bila solat jenazah berakhir, tiba-tiba Raffiq memberi salam. "Assalamualaikum warahmatullah.."

Aku tahu salam diucapkan bila solat berakhir. Dan aku tahu takbir diangkat bila solat bermula. Yang lain, aku tak tahu. Bacaannya, perbuatannya, semua aku tak tahu. Lagi satu perkara yang aku tahu, aku berdosa.

Selesai jenazah disembahyangkan, ayah diletakkan di dalam keranda, dibawa ke dalam van jenazah. Aku juga, suatu hari nanti akan berada didalam keranda dan van jenazah itu, walaupun Jaguar silver yang menjadi kebanggaan aku sekarang.

"Bismillahir rahmanir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala."

Bacaan talkin dimulakan apabila jenazah selesai dikebumikan. Akhirnya, aku mampu bertahan, tidak menangis dan tidak pengsan sehingga ke saat ini. Aku dapat mengangkat arwah, meletakkan arwah ke dalam liang lahad. Aku dapat berbakti untuknya, walaupun saat nyawanya sudah diambil Illahi. Dan sekarang, aku berdebar-debar.

"Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Aku ketap gigi. Saya bin ibu saya? Raja Muhammad Rizky Ar-Rayyan bin Harisha Sofea. Aku membuang pandang ke arah lain. Perlahan-lahan aku urut pelipis, sakit kepala. Raffiq yang kekal setia disisi aku, mengusap perlahan belakang badan aku. Sedikit sebanyak, aku lega.

"Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu dua orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut."

Aku tak boleh. Aku tetap akan takut dan terkejut. Mustahillah kalau aku tak susah hati.

"Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?"

Aku gigit bibir. Apa aku nak jawab? Kalau aku salah jawab, apa jadi? Neraka?

"Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati."

Mustahil aku mampu tenang pada masa itu. Memang Mungkar dan Nakir itu hamba Allah juga. Tapi diorang malaikat. Aku ni?

"Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah"."

Ya, ucapan syahadah itu, sudah bertahun-tahun aku tak mengucapkannya. Tak sangka, jawapannya sudah tersedia. Kalau aku hafal jawapannya itu, aku takkan masuk neraka, kan? Kan?

"Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur."

Ya, aku insaf. Aku nak bertaubat. Aku nak mati dalam keadaan yang baik. Aku nak masuk syurga.

Raffiq yang tiba-tiba memeluk bahu aku, buat aku kembali sebak. Aku bertekad, mulai hari ini, aku takkan hidup untuk sesiapa lagi. Bukan untuk Reen. Tapi untuk diri aku sendiri. Untuk masa depan aku diakhirat nanti. Untuk kebahagiaan aku, disyurga nanti. Mungkin pada masa itu, aku dapat memohon kepada Allah, supaya Reen dan anak aku didalam kandungannya itu masuk syurga bersama-sama dengan aku.

Mungkin aku dapat kahwin dengan Reen dekat syurga nanti.

Dan mungkin ada betulnya kata Reen一aku gila.

"Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin."

Aku mengaminkan didalam hati. Semoga ayah mendapat pengakhiran yang baik. Dan semoga, aku juga mendapat pengakhiran yang baik. Mati dalam keadaan yang baik. Dimandikan, disolatkan, dikafankan dan dikebumikan juga dalam keadaan yang baik.

Semoga, persinggahan terakhir aku juga, tempat yang baik.

Amin.

Continue Reading

You'll Also Like

306K 18.7K 53
ā™”ļøŽš„šØšÆšž ššØšžš¬š§'š­ ššš„š°ššš²š¬ šžš§š š°šžš„š„, š›šžššš¬š­š¢šžā™”ļøŽ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
6.5M 139K 36
[ 3rd BOOK = ARS ] ___________________ Mawar Qaisara gadis istimewa yang mempunyai IQ budak 6 tahun. Dirinya sama macam kanak-kanak yang lain. Manja...
842K 32K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
2M 88.6K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...