Us ✔

By FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... More

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 4

533 47 1
By FaryoonaHana






"IKAA!!! Bangun!!"

Hingar-bingar betul suasana. Dah kenapa ni terpekik-pekik pagi-pagi buta.

"Ika bangunlah dah pukul berapa ni ya Allah...!" Ema bising sebelah aku.

Kelopak mata yang berat digagahkan juga celik. Jam tangan dipandang.

6.45 a.m.

What??!!

Okay Ika. Serious kau dah lambat. Sembahyang subuh pun belum lagi woiiiiii. Pukul 7 dah kena kosongkan asrama.

Serta-merta aku terjun dari katil. Tak fikir apa dah. Cadar, selimut, bantal yang berselerak memang tak dihiraukan.

Utama sekarang ni mandi, solat subuh!

"Kenapa korang tak kejut aku?" Sempat lagi aku marah dekat diorang. Budak dormmate aku la siapa lagi.

"Tak kejut kau kata? Kami dah kejut dari pukul 5.50 tau. Tak bangun-bangun! Kenapa kau ni payah sangat nak bangkit hah?" Nuryn dah berleter.

"Ika cepat Ika. Dah lambat ni. Hari ni ada perhimpunan tau. Jangan lupa pula eh." Syaf memperingat sambil katil aku dikemasnya. Alhamdulillah... Settle satu benda. Baiknya budi pekerti kau Syaf. Kau lah kawan aku dunia akhirat. Sayang kau. Muah!

"Ika gate asrama tutup pukul 7. Lambat, tulis nama." Nuryn menggalas beg dan terus beredar dari dorm.

Ish, aku tahu lah! Mentang-mentang pengawas. Urghh! Dah aku nak mandi.


------------





"Eotheokee..." Keluhku perlahan.

Gate asrama dah tutup dan siap dikunci. Aku pegang besi gate dah macam orang kena kurung dalam penjara.  Diorang ni memang tak nak bagi aku pergi perhimpunan ke apa?

"Lambat!"

Seorang 'akak' form 5 berbaju biru tiba-tiba muncul dengan berblazer hitam segak bergaya, acewah! Tak kuasa aku nak puji pengawas. Tak segak pun...

"Ika. Kau ni. Buat malu batch la. Selalu je buat kesalahan." Ujarnya tanpa rasa bersalah or fikir hati orang lain and dia rasa dia je yang BAGUS!

Aku ketap gigi. Mata dijuling ke atas.

Buku nota dikeluarkan dan nama aku dicatit. Kesalahan turun asrama lambat.

"Ika, lepas ni kalau kau rasa kau susah nak bangun, kunci alarm tu awal sikit. Ataupun suruh la kawan-kawan dorm kau gerakkan."

Panjang betul dia berbicara eh. Dia sedar tak sekarang ni waktu perhimpunan?

"Untuk tahun ni, ni baru first time kau turun lewat. Fine. Kali ini boleh dimaafkan. Tapi kalau..."

"Kalau aku turun lambat lagi sehingga lebih daripada tiga kali aku akan diberikan hukuman." Aku mencelah sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya.

Eh, aku tahu la!

Benda yang sama je pengawas selalu sebut. Ulang yang itu je la dari dulu. Aku tahu la aku selalu kena dah. Hukuman apa sangat je. Cuci tandas, bersih kawasan ampaian, kemas surau, cuci kolam ikan dekat sekolah. Semuanya benda mengemas. Bukan hukuman teruk sangat pun. Dapat pahala apa?

"Pandai pun. Dah kau boleh pergi perhimpunan." Dia membuka kunci dan membiarkan aku keluar dari asrama. Aku mengatur langkah secepat mungkin ke dewan.

Tiba di pintu masuk dewan, semua orang usya aku pelik. Datang lambat je kot bukannya baru lepas bunuh orang. Tahu la aku lawa. * Tangan di bahu, mata ke atas.

Selesai perhimpunan selama satu jam setengah, akhirnya semua pelajar beransur-ansur keluar dari dewan  dalam keadaan 'beratur'! As usual, memang pengawas akan adakan spotcheck pakaian setiap kali perhimpunan.

Urghhh.. Aku paling benci spotcheck!

Bila sampai turn, aku dah berdiri betul-betul depan si pengawas yang bertugas. Dah la orang yang paling aku anti. Siapa lagi kalau bukan Farhanna?

"Weh Ika stop." Mata dia pandang aku atas bawah.

Aku buat muka. Jeling melenting.

"School badge?" Checked.

"Nametag?" Checked.

"Anak tudung putih?" Checked.

"Stoking putih?" Checked.

"Kau pakai kain dalam tak?" Soal Farhanna.

Aku senyap. Malas nak menjawab. Memang tak ah aku nak pakai. For what? Urghhh.. benci lah!

Kain sekolah aku diselak. Kepala digeleng laju. Nama aku dicatit dalam buku notanya. Kesalahan tak pakai kain dalam.

Eh, korang jangan pelik eh. Peraturan sekolah ni memang macam ni. Pelik sikit. Pelajar perempuan wajib pakai kain dalam.

"Kau bawa buku nota tak waktu perhimpunan tadi?"

Aku tunjuk tangan aku. Kosong. I didn't bring anything la...

"Berapa kali dah nak cakap? Buku nota wajib bawa waktu perhimpunan. Arahan mudah je kot, payah ke nak ikut?" Mulalah dia berleter kat aku. Wei ramai lagi orang tunggu turn kat belakang tu.

"Bila kau ni nak berubah eh? Kau faham bahasa tak? Bawa buku nota tu, apa yang cikgu nasihat, salin. Ye la mana tahu lupa peraturan sekolah, boleh la rujuk balik buku nota tu. Ini? Bawa pun tidak. Sebab tu la perangai macam ape."

"Dalam buku peraturan sekolah ada ke bagitahu kena bawa buku nota setiap kali perhimpunan?" Aku tengok dia kecik besar kecik besar je.

"Ye la! Takkan aku nak suruh saja-saja."

"Yang kau bawa buku nota ni, salin banyak mana sangat apa yang cikgu cakap? Ke tak salin langsung?" Ye la, aku duk perati je pelajar sekolah ni. Bawa buku nota tapi menyembang dengan kawan sebelah. Tak salin pun.

Macam tak ada function je bawa.

Farhanna terdiam sejenak. Control muka. Tak salin la tu. Macam la aku tak tahu dia ni.

"Salin lah. Kau ingat aku macam kau ke."

"Mana mana? Tengok sikit pelajar contoh." Buku notanya aku rampas. Muka surat diselak helai demi sehelai.

"Wey janganlah!" Tangannya menghalang aku. Nak rampas buku dia balik tapi aku kuat lagi, wek!

"Apa yang kau salin ni?? Bagusnya ucapan cikgu-cikgu semua kau salin. Wahh...bagus lah kau ni. Adore ah."

"Oh, lukis pun ada juga? Kreatif nye kau olah ucapan cikgu guna lukisan." Anime ada, orang lidi, kartun, macam-macamlah dia lukis dalam tu.

"Apa lagi ni yang kau tulis? Apa ni Eizzaril Ikhwan is mine? Ewwwwww!" Aku lempar buku nota tu kena dada dia sebelum jatuh ke lantai.

Kantoi la syok kat Eiz.

Pengawas yang lain tengok aku. Terkejut. Reaksi dia memang macam nak meletup dah. Tahu pun malu.

"Setakat pakai baju biru, berjawatan tinggi sekalipun orang tak pandang lah! Jangan nak belagak sangat la nak judge orang itu ini. Kalau kau rasa diri kau tu bagus sangat, kenapa kau tak jadi assistant head prefect eh? Ish ish... kesian tak dapat nak sejawatan dengan Eiz."

"Kau memang cari pasal en..." Setapak dia mendekati aku, kawan-kawan dia sempat tahan. Dada dah turun naik turun naik.

"Far, lain kali nak nasihat orang ada caranya. Tegur baik-baik ah. Bukan buat sakit hati." So itulah speech saya pada hari ini, sekian.

Padan muka. Siapa suruh cari pasal dengan aku.  Aku menjejak keluar dari dewan besar dengan bangganya menjadi tumpuan orang. Muahahahahahahaha..!!



*****



"Minggu hadapan sekolah akan adakan kem untuk kamu semua di kawasan Kem Wan Kemara  (rekaan semata-mata). 3 hari dua malam. Form 5 sahaja dan penyertaan diwajibkan. This is your first and last camp sebab lepas ni no more enjoy-enjoy lagi dah. Jadi saya nak ketua kelas kutip yuran kem setiap seorang RM 20." Ustazah Fatimah menarik kerusi dan kembali duduk.

"Lamanya aku tak pergi kem. Wuuuu...tak shabarnya." Citra goyang-goyang bahu aku.

"Kan." Aku mengiakan. Teruja benar kawan aku seorang ni pun.

"Eh seriouslah last kem aku waktu form 1 kot. Dah lama dah tak jungle trekking, mandi sungai apa semua tu." Citra dah bayang air terjun dalam kepala.

"Kan."

"Lagi best kalau kita kumpulan sekali."

"Kan."

"Kau dah kenapa ngek!" Penampar hinggap di lengan aku. Sakit siaa.

Citra jeling tak puas hati. "Aku tengah excited, kau 'kan kan' je. Macam ni la kawan."

"Dah tu aku nak balas apa?" Dahi berkerut seribu garisan. Mata akhirnya kembali menghadap whiteboard. Malas nak layan Citra.

-------------


"Kelas, hari ini kita ada pelajar baru."

Satu kelas hingar-bingar. Semuanya pakat berbisik sesama sendiri.

Lelaki ke perempuan?

Sekujur tubuh tegap, tinggi dan rupa boleh tahan juga, berjalan masuk ke dalam kelas. Semua mata menumpukan perhatian ke arahnya.

Termasuklah aku yang dah terbeliak di sini.

Luth Syazrin??!

"Assalamualaikum and hi everyone. My name is Muhammad Luth Syazrin bin Mohd Anuar Khalid. Luth for short. Nice to meet you guys." Ujarnya sambil senyum simpul.

Aku menoleh ke belakang mencari Nuryn. Bila bertembung je mata, Nuryn senyum. Aku angkat bahu, senyum senget.

"Baik, terima kasih Luth. Kamu boleh ambil tempat di belakang sana." Jari telunjuk cikgu tepat menunjuk ke arah sini.

Di meja kosong belakang aku, sebelah Nuryn.

Luth yang pada awalnya bereaksi selamba, mula terkejut setelah sampai ke tempat duduknya.

"Ryn? Ika?"

Aku buat peace. "Anyeong."

Nuryn pula senyum tersipu-sipu malu. Hok aloh Ryn nih.

"Wey korang sekolah sini rupanya? Kalau aku tahu aku tak pindah dah sekolah ni." Beg galas ditanggalkan. Luth melabuhkan punggung.

"Eleh, macam la kami nak sangat kau masuk sekolah ni." Aku jelir lidah. Senyum sinis.

Luth buat muka. Nuryn di sebelah diam membisu. "Hai Ryn. Senyap je? Tak rindu aku ke?"

Ryn juling mata ke atas. Spek mata dibetulkan. "Tak ada masa aku."

Luth gelak. "Rindu tak nak mengaku pula."

"Dah dah belajar. Sembang banyak betul kau ni. Dah la baru masuk." Nuryn membebel.

Aku geleng kepala. Kembali menghadap depan. Citra di sebelah yang dari tadi memerhati seperti ingin bertanyakan sesuatu.

"Luth satu pasukan taekwondo aku dengan Ryn. Pusat latihan yang sama. Ayah dia yang ajar." Laju aku menjawab walaupun tak ditanya.

Citra mengangguk perlahan.










Continue Reading

You'll Also Like

5.1K 382 37
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
117K 2.9K 12
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...