Untitled Dream

By jo_dar

14.7K 827 18

Disebalik identiti yang diselindungnya, ada janji yang dipegang. Dari jauh dia perhatikan si bidadari hatinya... More

Chap 1
Chap 2
Chap 3
Chap 4
Chap 5
Chap 6
Chap 7
Chap 8
Chap 9
Chap 10
Chap 12
Chap 13
Chap 14
Chap 15
Chap 16
Chap 17
Chap 18
Chap 19
Chap 20
Chap 21
Chap 22
Chap 23
Chap 24
Chap 25
Chap 26
Chap 27
Chap 28
Chap 29
Chap 30 (Epilog)
PERHATIAN!
NEW STORY FROM JODAR!!!
Hi readers
NEW BOOK
NEW BOOKS BY JODAR!!!

Chap 11

398 26 0
By jo_dar

Lamunan aku terbang saat terdengar azan, menandakan masuknya Asar. Seperti ada magnet yang menarik aku untuk masuk ke bilik air di bilik abang untuk mengambil wuduk.

Seraya itu aku mendirikan solat Asar seperti yang sering dilakukan aku dengan abang. Setelah selesai menunaikan suruhan Allah. Aku terasa lapar kerana dari pagi tadi aku tak makan apa - apapun, selera aku hilang.

Setelah selesai mengemas kembali bilik tidur abang. Aku berlalu ke dapur di tingkat bawah. Aku menghampiri Mak Yam, pembantu rumahku.

“Cik, ada apa - apa yang Cik nak ke?” soalnya penuh berhemah.

“Saya lapar” balasku, hambar.

“Ouh. Cik nak makan nasi ke? Ke Cik nak makan benda lain. Mak Yam boleh masakkan” soalnya senang.

“Saya nak makan nasi goreng” jawabku.

“Baik, jap erh Mak Yam masakkan” balasnya.

“Tak susahkan ke?”

“Takdelah, dah memang tugas Mak Yam Lagipun dah lama dah Cik tak makan kat rumah. Lega Mak Yam bila Cik nak makan” jawabnya.

Baru aku sedar bahawa aku dah lama tak makan. Patutlah aku terasa berat aku susut mendadak.

“Ouh, urmm. Mak Yam" panggilku.

“Ya, Cik” sahutnya sambil asyik memasak.

“Lepas ni panggil saya Mel boleh?” pintaku.

“Mana boleh Cik, nanti Mak Yam kena dengan Puan Sri macam sebelum ni” balasnya.

“Ouh, takpelah kalau macam tu” balasku.

Aku melangkah menuju ke peti sejuk untuk mengambil jus sebelum duduk kembali di kerusi bar.

“Kenapa tak suruh Mak Yam je ambikkan air tu kalau Cik nak minum?” soalnya gelabah.

“Takpelah Mak Yam. Lagipun Mak Yam tengah masak untuk saya” balasku sambil mencicip jus di tanganku.

“Cik Emelda sama macam Tuan Emeriz. Seboleh bolehnya tak nak susahkan Mak Yam” ujarnya sebelum tersenyum.

“Abang baik, kan?” soalku, dengan nada mengendur.

“Ha’ah, arwah sangat baik. Bertuah Tuan Sri dengan Puan Sri ada anak macam Tuan Emeriz” balasnya.

“Huh! Sebaliknya Mak Yam” balasku sebelum melepaskan keluhan kasar.

“Tak elok Cik cakap macam tu. Apa yang jadi ada hikmah di sebaliknya. Makanlah Cik. Mak Yam nak gi solat jap erh?” ujarnya sebelum tunduk meminta diri.

Aku menikmati makanan yang disediakan oleh Mak Yam. Nasi goreng, antara makanan yang abang suka. Antara kenangan aku dengan mereka.

Beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, aku, abang dan Rafiq sedang duduk di bilik belajar. Abang dan Rafiq sedang sibuk belajar, maklumlah dah nak SPM. Jam sudah menunjukkan jam 1.30 pagi. Aku hanya menonton drama online sahaja. Tiba - tiba aku terasa lapar. Aku lihat abang dan Rafiq sedang khusyuk menelaah.

“Abang”panggil aku menarik perhatian abang.

Johan Emeriz mengalihkan pandangan dari arah buku ke arah adiknya.

“Ya, adik nak apa?” tanyanya.

Rafiq hanya sekilas pandang sahaja situasi di hadapannya.

“I’m hungry” balasku dengan mimik muka yang sedih bagi meraih simpati Johan.

“Tula, sape suruh tak nak makan tadi. Kang dah lapar. Mak Yam pun dah tidur tau”balas Johan.

“Abang masakkanlah, lapar ni. Please” pujukku.

“Malasla, tahan jela. Esok nak breakfast juga” balas Johan seraya menyambung kembali menyiapkan tugasannya yang tergendala.

“Ala, abang ni. Tak nak kawanla macam ni” rajukku sebelum membawa diri keluar bilik belajar.

“Kau ni Mer, kesian adik kau” marah Rafiq.

“Ala, kau ni. Aku bukannya apa. Mood nak masak takde. Lagipun kalau aku ikutkan juga kehendak dia. Demand, kalau setakat sandwiches boleh lagi aku buatkan. Kalau nak ikut selera Hanna tu, nasi goreng yang dia nak. Latihan aku pun tak siap lagi ni” dia membela diri dari terus disalahkan oleh Rafiq.

“Haha, biasala tu. Lagipun dia tak dinner kan tadi. Nak masakkan untuk adik kau tu bukannya ambik masa lama pun. Sekejap je. Haish kau ni, macamla aku tak tau kalau dah malas memang satu apa pun kau tak nak buat. Susah sangat, biar aku yang masakkan” Rafiq menyambung bebelan sambil mengeleng kecil dengan tingkah laku Johan Emeriz.

“Haa, tu yang sebenarnya aku nak dengar tu. Masakkan untuk aku juga. Addmath membuatkan aku lapar pula. Lagipun, macamla aku tak tau yang kau caring habis kat adik aku tu. Kalah aku” Johan bingkas berdiri gembira dengan penawaran Rafiq.

“Dahla kau. Hampeh punya kawan” Rafiq membalas sebelum keluar dari bilik belajar itu.

Rafiq berjalan menuju ke kamar Hanna. Pintu kamar itu diketuknya. Nama Hanna diserunya lembut seakan memujuk. Cukup beberapa kali diseru. Pintu di kamarnya terkuak sedikit.

“Nak apa?” tanyaku malas, muka Rafiq dipandang sekilas.

“Hanna dah nak tidur ke?” Rafiq menyoal lembut, wajah itu dipandangnya dengan penuh perhatian.

“Belum.”

“Jomlah, Rafiq masakkan. Kesian Hanna” ajaknya.

“Eh! Takpela. Lagipun Rafiq tengah study” aku agak terkejut dengan perlawaan Rafiq walupun sememangnya aku sedang lapar saat itu.

“Takpe, lagipun Emer pun lapar juga. Jomla” ajaknya lagi.

“Kitorang tunggu Hanna kat dapur” Rafiq memberi kata putus sebelum beredar menuju ke dapur.

Di dapur kelihatan Rafiq sedang memasak, dia kelihatan sangat menarik dengan apron di badannya. Abang pula hanya duduk memerhati di kerusi bar. Aku mendekati Rafiq.

“Masak apa?” soalku walaupun nampak yang dia sedang masak nasi goreng.

“Nasi gorengla, Hanna nampak benda lain ke dalam kuali ni?” Rafiq membalas dengan usikkan kecil.

“Ouh, sedap ke?” dugaku ingin menyindirnya kembali.

“Mestila, dah. Jom makan” ajaknya.

Kami duduk di ruang makan. Aku masih tidak bercakap dengan Johan Emeriz. Biar dia tahu yang aku merajuk dengan dia. Huh, dia pun dari tadi tak tengur aku.

“Sedapnya, tak sangka yang Rafiq pandai masak” pujiku setelah menikmati hidangan yang dia masak tadi.

“Haha, kan Rafiq dah cakap yang masakan Rafiq sedap. Sape suruh tak percaya” usiknya.

Aku hanya ketawa kecil bagi menutup keterlanjuran aku mengata dia tadi. Rafiq juga turut ketawa kecil.

“Bahagianya budak dua orang depan ni. Yelah, sape nak kisah kita ni” rajuk Johan sebelum menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

“Biarla, sape yang salah sekarang ni” sindirku.

“Yalah, sorry. Lagipun abang malas nak layan demand adik malam ni. Macamla abang tak kenal adik. Selera biawak” balas Johan sebelum ketawa kecil.

Rafiq turut ketawa kecil mendengar usikan abang.

“Ada pula cakap adik ni biawak hidup. Buruk tau” marahku.

“Betul tu Mer, adik ni kau punyala lawa. Kau samakan dia dengan biawak hidup pula” balas Rafiq.

“Wuu, jujur habis kau erh?” senda Johan.

“Dah betul” Rafiq membalas sebelum tersenyum sinis ke arah aku.

“Dahla, malas nak layan. Dua - dua biul, elokla tu jadi kawan baik” balasku sebelum berkira untuk beredar menuju ke tangga dan meninggalkan saja pinggan makanku.

“Oit, nak gi mana tu? Ni sapa nak kemas?” soal Johan dengan nada yang agak terkejut.

“Nak naik atas, nak sambung tengok drama. Korangla kemas, sape suruh menyakitkan hati sangat” balasku sebelum beredar.

“Jom kemas” Johan mengajak Rafiq mengemasnya.

“Wei, aku nak gi toilet jap. Lagipun tadi aku dah masak, kira fair. Aku masak, kau kemas. Akukan tetamu” balas Rafiq sebelum turut meninggalkan Johan terkulat seorang diri di meja makan.

***

Aku tersedar dari lamunan panjang tadi, seraya itu aku menghabiskan makanan yang disediakan oleh Mak Yam tadi. Kelihatan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5.00 petang.

Aku bermain dengan perasaan aku sendiri sama ada nak pergi ke tak. Setelah berfikir berkali - kali, aku buat keputusan untuk pergi juga Nak tak nak, dia tetap kawan aku yang pernah buat aku happy walaupun kejap saja.

Aku naik ke bilik untuk bersiap dengan pakaian sukan. Lagipun dah lama aku tak bersenam. Aku berjalan menuju ke bangku yang sering aku duduk bagi menikmati pemandangan. Kelihatan Zarith sedang duduk termenung di situ. Aku berdehem kecil di belakangnya bagi menandakan kewujudan aku.

“Hai” sapaanya mesra, macam tak ada apa apa yang dia buat kat aku. Huh, laki.

Aku hanya mengangguk perlahan sebagai tanda menyapanya.

“Ada apa nak jumpa?” soalku dengan nada aku yang seperti selalu.

“Sorry, saya tak sepatutnya buat awak macam tu. Saya tak sepatutnya buat awak nangis macam tu sekali. Saya sepatutnya tolong awak masa awak jatuh, bukannya suruh orang lain yang tolong awak. Sepatutnya saya pujuk awak, ada dengan awak. I’m truly sorry with what I have done to you. Seriously, saya tak berniat pun nak buat awak macam tu. Apa yang saya buat tak lebih kepada nak main - main dengan awak. I’m sorry, okay? Please, jangan ignore saya lagi” pujuk Zarith dengan pandangan yang redup.

“Sape yang ignore dia?” rungutku perlahan.

“Yala, orang yang ignore dia. Tapi orang dah minta maaf, kan. Janganlah ignore orang lagi dah. Sorry please. Tak bestlah dia merajuk ngan orang” pujukan Zarith agak kelakar dan comel untuk orang macam dia buat.

“Ew, dah dahlah. Haish, geli tau” marahku.

“Haha, saya gurau jelah” Zarith ketawa kecil.

“Urm, okey. Sebenarnya, bukannya saya menyesal ceritakan kat awak tapi lebih kepada saya takut. Saya takut kalau saya percaya awak, at last saya sendiri yang susah. Saya tak nak pisang berbuah dua kali. Bila saya dah start percayakan someone, saya akan terus percayakan dia saja dan benda tulah yang akan buatkan saya down kalau dia pergi dengan kepercayaan tu. Okey, saya mengaku saya senang dengan kewujudan awak tapi itu bukan jaminan untuk saya ceritakan semua perkara tu dengan awak. Masih ada perkara yang saya takleh story lagi dengan awak” aku berterus - terang dengan Zarith bagi mengelakkan dia salah faham dengan aku.

“Okey, saya faham maksud awak. Saya akan cuba faham awak lepas ni, saya takkan paksa awak atau desak awak. Tapi saya nak awak janji yang kalau lepas ni awak akan cerita dengan saya dan takkan memendam lagi. Saya risau gila masa bibik awak cakap yang awak masuk hospital. Jangan ingat saya tak tahu awak try nak overdose. Tolonglah lepas ni jangan buat macam tu lagi. Saya merayu sangat dengan awak. Berpusing dunia saya bila dapat tahu awak hampir mati. Tolong janji dengan saya please?” ujar Zarith dengan mata yang berkaca.

“Jangan cakap dengan saya yang awak akan menangis sebab saya tak tau nak handle” ujarku agak gelabah.

“Awak patut happy sebab berjaya buat Zarith Haikal menangis” balasnya dengan nada yang gembira sambil mengesat matanya yang berpeluh tadi.

“Saya tak sekejam tulah. Tapi kenapa awak mesti nangis untuk saya, tak berbaloi Zarith” aku membalas dengan nada yang serius kerana aku enggan orang menangis kerana aku, seorang yang tak berguna.

“Tak salah menangis untuk orang yang kita sayang” balasnya sambil memandang tepat ke arah aku.

Okey, dia buat aku awkward. Haish, okay. Dia sayang aku as kawan dia je. So, tak perlu nak awkward.

“Urm, jom teman saya joging. Rasa dah gemuk” ajakku dan tanpa aku sedar aku agak manja.

“Urm, jom. Mana ada gemuk, kerempeng je. By the way, tak sangka awak manja macam ni” ujarnya semasa mula berlari dengan aku.

“Eh, mana ada! Saya tak manjalah” nafiku.

“Takpe, saya tak kisah awak nak bermanja dengan saya. Tapi..” Zarith membalas dengan tergantung.

“Tapi apa?” soalku, larianku dan Zarith seiring melalui denai larian itu.

“Tapi jangan salahkan saya kalau saya terpaut” balasnya sebelum berlari tinggalkan aku di belakang.

‘Siutlah dia ni’ monologku.

“Tunggula!”jeritku sebelum berlari ke arahnya.

***

lot of 💖

Continue Reading

You'll Also Like

289K 8.2K 137
"𝑻𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒓𝒆𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒏𝒐 𝒘𝒂𝒚 𝒐𝒇 𝒘𝒊𝒏𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒇 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒆𝒊𝒓 𝒆𝒚𝒆𝒔 𝒚𝒐𝒖'𝒍𝒍 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆 𝒂 𝒅𝒖𝒎𝒃 𝒃𝒍𝒐𝒏𝒅𝒆."
121K 2.5K 41
Mersadies (Sadie) Royce had a pretty good life back when she was in middle school, but a tragedy had happened that changed her life. She's best frien...
249K 862 26
its all in the title babes 😋
25.9K 246 20
On a thunderstorm night, she crossed over and became a poor girl with the same name in the 1970s. Little pitiful lost her mother in her early years...