Untitled Dream

By jo_dar

14.7K 827 18

Disebalik identiti yang diselindungnya, ada janji yang dipegang. Dari jauh dia perhatikan si bidadari hatinya... More

Chap 1
Chap 3
Chap 4
Chap 5
Chap 6
Chap 7
Chap 8
Chap 9
Chap 10
Chap 11
Chap 12
Chap 13
Chap 14
Chap 15
Chap 16
Chap 17
Chap 18
Chap 19
Chap 20
Chap 21
Chap 22
Chap 23
Chap 24
Chap 25
Chap 26
Chap 27
Chap 28
Chap 29
Chap 30 (Epilog)
PERHATIAN!
NEW STORY FROM JODAR!!!
Hi readers
NEW BOOK
NEW BOOKS BY JODAR!!!

Chap 2

786 35 0
By jo_dar

Setelah tamat kelas untuk hari ini, aku menuju ke bangku berhampiran dengan tempat letak kereta aku. Masih terlalu awal untuk aku pulang ke mahligai keluarga aku.

Hati terasa tidak betah untuk pulang awal, kesunyian mahligai itu sedikit meruntun aku masuk ke dalam kenangan lama. Kenangan yang aku sendiri tidak dapat kawal dari mengingatinya. Langit yang sedikit redup meyakinkan aku untuk terus berada di bangku tersebut.

Telefon bimbit aku keluarkan, sekadar ingin mengisi masa lapang memandangkan tugasan pensyarahku sudah aku siapkan tadi. Lagi pula, takkanlah aku ingin duduk semata - mata di sini. Aku sekadar meng 'scroll ' timeline aku.

"Assalamualaikum " seseorang menyapa aku dari belakang dan berdasarkan wangiannya aku tahu siapa.

Siapa lagi yang akan menegur aku sebegini kalau bukan Zarith. Aku memandangnya dengan pandangan biasa aku, heartless reaction sebelum menjawab salamnya.

"Awak tunggu siapa? " soalnya sebelum mengambil tempat berhadapan dengan aku.

"Tak tunggu siapa. Kenapa? " soalku sekadar berbahasa, mungkin enggan menimbulkan suasana janggal antara kami.

"Saja tanya awak sebab kebetulan saya parking area sini juga. So, alang - alang saya datang tegur awak " terangnya sebelum tersenyum kecil, terserlah lesung pipitnya.

"Ouh" balasku, pendek.

"Hmm, awak memang susah nak senyum erh?" tanya dia dengan muka serba salah.

"Entahla, kan saya ada cakap tadi. Untuk apa saya nak senyum kalau saya tak rasa nak senyum" nak tak nak aku membalasnya juga.

"Kenapa erh?" soalnya lagi. Rimas pula aku dengan mamat ni.

"Entah."

"Sorry kalau awak rimas dengan setiap soalan saya. Frankly talk, I'm curious about you" jujur Zarith dengan muka yang serba salah.

"Takpe" aku membalasnya sebelum melepaskan keluhan.

"Apsal mengeluh? Awak ada masalah ke?" dia bertanya dengan nada yang prihatin dan lembut.

Aku mengambil nafas yang panjang sebelum mengeluh lagi. Setelah itu baru aku membalas.

"Sorry, saya sendiri tak faham dengan diri saya sendiri. Entahlah Zarith, saya tak sedia nak cerita apa - apa kat awak mahupun sesiapa. Selagi saya boleh pendam, saya akan pendam. Lagipun kita baru kenal. Saya pun tak pasti lagi dengan awak" terpaksalah aku jawab juga soalan Zarith sebab aku tahu sangat perangai macam Zarith ni.

"Kiranya awak tak percayakan saya erh?" Zarith menduga aku.

"Lebih kuranglah. Maaf sangat. Saya tahu awak baik tapi saya......" aku belum sempat habiskan ayatku, dia memotong.

"Takpe, saya faham. Hmm, boleh tak nak nombor awak?."

"Nak buat apa?."

"Saja, lagipun tak salah kalau seorang kawan dan simpan nombor kawan dia. Lagipun, mana nak tau kalau saya ada apa - apa masalah study. Boleh tanya awak" Zarith membalas sebelum menguntumkan senyuman manis.

Ya, Zarith sangat murah dengan senyuman dan aku cemburu kerana dia nampak gembira dan bahagia.

"Ouh, nak tulis kat mana?" soalku kerana dia ingin mendapatkan nomborku tapi takde pula sebarang kertas mahupun pen.

"Jap, nah!" dia mengambil phonenya di dalam poketnya sebelum menghulurkannya kepada aku.

Aku mendailkan nomborku sebelum menghulurkan kepadanya. Biar dia sendiri yang setkan sendiri namaku.

"Johanna Emelda, awak nak saya panggil apa?" soalnya.

"Terpulanglah, saya tak kisah" aku membalas.

"Hanna."

Aku agak terdiam saat terdengar dia memanggil nama itu.

"Kenapa?" agak gagap.

"Sebab nama tu lembut, sesuai dengan awak" ujarnya dengan senyuman manisnya lagi.

Aku terdiam. 'Kenapa sama?' hatiku berbisik sayu.

"Ouh" hanya itu yang mampu aku lafazkan.

Aku kemudiannya hanya duduk menengadah ke langit yang cerah. Entah apa yang mampu aku bualkan dengan Zarith.

Lagipun, fikiran aku jauh melayang entah ke mana. Malah, turut terbit persoalan lampau aku secara tidak langsung menarik aku kembali ke kenangan silamku.

'Kenapa hidup Hanna takleh secerah langit tu?'

"Sebab hidup kita telah tertulis sedemikian. Lagipun kita kena ingat bahawa sebelum langit tu cerah, ia juga pernah mendung, pernah hujan. Lepas tu ia menerima pelangi indah. Tak wajar kita pertikaikan takdir hidup kita sebab semuanya dah tertulis. Mungkin Hanna sedih dan pilu sekarang, tapi mana nak tahu satu hari nanti akan ada pelangi indah untuk Hanna."

'Tapi pelangi tak kekal lama'

"Tak ada benda yang kekal dalam dunia ni. Begitu juga dengan kebahagian yang kita miliki. Semuanya sebab Allah nak kita bersyukur. Makin kita diuji, makin kita akan kuat dan dekat denganNya. Memang kebahagian yang akan Hanna miliki takkan kekal. Tapi Hanna kena tetap bersyukur dengan kebahagian yang Hanna miliki walaupun hanya sementara sahaja. Mana nak tau, di lain waktu Allah akan berikan Hanna kebahagian yang lain. Kebahagian yang Hanna takkan dapat bila dengan kami."

Tanpa aku sedar, manik putihku mengalir.

"Hanna, awak okey?" Zarith menyoalku dengan nada cemas.

"Okey" aku membalas lembut setelah tersedar dan menyapu air mata tadi.

"Ouh, kalau pun awak tak okey. Awak kena kuat hadapi ketentuan Allah. Mana nak tahu nanti awak akan miliki pelangi indah" Zarith memujukku.

Terpana aku saat mendengar bait - bait itu. Dada aku seperti ingin pecah sahaja saat mendengarnya. Minda aku seolah tidak dapat menerima bayangan lampau aku. Sebelum aku membuat sesuatu yang aku benci, ada baiknya aku beredar.

Seraya itu aku melangkah menuju ke kereta aku sekali gus meninggal pergi Zarith yang masih terpinga - pinga dengan perubahan laku aku tadi.

Kereta aku pecut membelah jalan raya. Empangan aku mulai menunjukkan tanda untuk pecah. Ngilu rasa di dada aku kerana masih berusaha menahannya.

Setiba selamat kereta aku masuk ke garaj, aku segera berjalan laju masuk ke mahligai keluargaku. Pertanyaan dari bibik rumahku sama ada aku ingin makan atau tidak turut aku abaikan.

Fokusku adalah hanya untuk masuk ke bilikku sahaja. Aku menghumban diriku ke katil empukku, aku nangis semahu - mahunya. Aku bangun dan melangkah ke meja belajarku. Aku duduk di kerusi belajarku, tanganku terketar - ketar membuka laci mejaku.

Sebuah kotak berwarna kelabu yang bersaiz sederhana. Aku membuka kotak tersebut dengan hati yang berat.

Di bawah sedar, aku menutupnya kembali. Aku mengeluh kuat sebelum bangun dan baring ke katil. Air mata masih tak henti - henti mengalir.

'Kenapa aku?' hatiku meratap pilu.

Tiba - tiba telefon aku berlagu, kelihatan private number. Nak tak nak terpaksalah aku mengangkatnya.

Zarith : Hello.Hanna, awak tak sihat ke?
Hanna : Okey je.
Zarith : Apsal suara awak lain? Awak nangis erh?
Hanna : Takyahla sibuk, saya okey.
Zarith : Awak kawan saya, saya kena tahu kenapa awak macam ni. Dan kalau awak anggap saya kawan awak, awak mesti dah cakap kat saya kenapa awak macam ni. Kitakan kawan, Hanna.
Hanna : None of your business.

Seraya itu aku menamatkan perbualan kami. Telefon berbunyi lagi, mesti Zarith. Aku enggan menjawabnya. Aku membuat keputusan untuk membersihkan diriku.

Setelah beberapa minit menenangkan diri di bawah air pancuran, aku bersiap - siap untuk turun ke ruang tamu.

"Cik nak makan? Saya boleh sediakan" soal pembantu rumahku, Mak Yam.

"Tak nak. Saya nak keluar" balasku pendek sebelum beredar.

Ketika di luar, Pak Samad mendekati diriku.

"Cik nak keluar ke? Nak Pak Samad hantarkan?" soalnya lembut.

"Takpe, saya nak berjalan je. Before dinner saya balik" balasku dan berjalan menuju ke tasik yang berdekatan dengan kawasan rumahku.

Aku duduk di bangku kegemaranku. Tempat yang akan aku duduk setiap kali aku ke sini. Aku memandang ke arah tasik yang tenang. Angin petang itu meniup lembut rambutku.

Aku di kolej dengan aku di luar sangatlah berbeza. Like Beauty and the Beast. Nak buat macam mana, memang itu yang aku inginkan. Walaupun mama selalu bebel kepada aku, aku hanya menganggapnya sebagai angin yang menyapa di telinga saja.

Fikiranku menerawang membelah masa silamku. Aku biarkan saja memori menguasai mindaku. Aku sanggup hidup dengan memori kalau itu yang boleh buatkan aku kuat.

Sememangnya ngilu saja hatiku ini saat terkenang kembali segala yang berlaku dalam hidupku. Manik putih tanpa sebarang sapa terlebih dahulu mengalir keluar.

"Nah!" satu suara mendekati aku sebelum menghulurkan sapu tangan kepadaku.

Agak kurang jelas wajahnya kerana pandanganku agak berbalam dan kabur. Tapi aku sedar yang individu itu duduk di sampingku setelah aku menyambut hulurannya tadi. Aku mengesat air mataku. Kelihatan Zarith duduk di sisi aku sedang senyum.

"Thanks" ujarku.

"Welcome. Hmm, awak marahkan saya ke?" tanya Zarith.

"Tak" balasku, air mata masih mengalir tanpa sendu.

"Habis? Kenapa awak macam ni?" dia bertanya dalam pujukkan.

"Takdepape" memang dibibir saja yang mampu aku katakan kerana hakikatnya aku masih menangis.

Seraya itu Zarith memegang lembut kedua - dua bahuku supaya aku memandangnya. Sememangnya tubuhku mengadapnya namun tidak mukaku kerana aku memalingkan wajahku ke arah lain.

"Nangis je. Lepaskan apa yang ada dalam hati awak. Luahkan saja. Saya janji saya takkan hebohkan. Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak" pujuk Zarith.

"Tipu, semua orang tipu. Semua cakap takkan tinggalkan saya. Tapi at the end diorang tinggalkan saya. Diorang buat saya happy lepas tu diorang juga yang buat saya sedih dengan tinggalkan saya. Semua penipu. Kenapa buat saya macam ni? Saya tak kuat. Kenapa?" luahku dengan penuh rintih hiba, air mata makin lebat mengalir.

"Terima dengan hati terbuka. Setiap pertemuan mesti akan ada perpisahan, cepat atau lambat. Mesti akan ada perpisahan tu. Kita sebagai seorang Islam, kena terima qada' dan qadar yang Allah tentukan" pujuk Zarith.

Aku terdiam saat terdengar 'Islam', 'Allah'. Dulu dia ada sebutnya juga, dia turut mengajarku beberapa perkara tentang Islam. Tapi semuanya tiada penamatnya.

"Thanks" ujarku sambil mengelap air mata yang mengalir dan dengan berat hati aku menguntumkan senyuman tawar. Aku berkira - kira ingin bangun dan beredar.

Zarith menangkap lenganku. Aku memaling untuk memandangnya. Lenganku tarik perlahan.

"Awak kena kuat dan tabah sebab Allah sayang orang yang kuat dan tabah. Dan, walaupun hanya senyuman tawar tapi itulah senyuman yang paling manis. Thanks" ujarnya.

Aku hanya mengangguk dan beredar.

***

lot of 💖

Continue Reading

You'll Also Like

242K 4.2K 28
#20 in Wattys2016Fanfiction Selena Miller goes to a camp for Summer Break called Camp Rock. Her friend Mitchell is there, and Selena keeps Mitchy's s...
1.2K 150 20
❝Bukan si gadis putih salji, tetapi ahli sihir salju.❞ Antara orang yang lemah dan orang yang kuat. Kau akan tolong yang mana? Mestilah yang lemah ka...
241K 845 26
its all in the title babes 😋
2.1K 76 26
Kehidupan menumpang menjadikan dua hati bertemu tanpa diduga. Apabila dua insan saling mencari kelengkapan, pelbagai aksi, adegan mengusik hati dan j...