Untitled Dream

By jo_dar

14.7K 827 18

Disebalik identiti yang diselindungnya, ada janji yang dipegang. Dari jauh dia perhatikan si bidadari hatinya... More

Chap 2
Chap 3
Chap 4
Chap 5
Chap 6
Chap 7
Chap 8
Chap 9
Chap 10
Chap 11
Chap 12
Chap 13
Chap 14
Chap 15
Chap 16
Chap 17
Chap 18
Chap 19
Chap 20
Chap 21
Chap 22
Chap 23
Chap 24
Chap 25
Chap 26
Chap 27
Chap 28
Chap 29
Chap 30 (Epilog)
PERHATIAN!
NEW STORY FROM JODAR!!!
Hi readers
NEW BOOK
NEW BOOKS BY JODAR!!!

Chap 1

1.8K 42 0
By jo_dar

Aku menuruni tangga menuju ke ruang makan untuk sarapan pagi. Kelihatan ma dan pa masih di meja makan bersama dengan agenda masing - masing.

Ma kelihatan sibuk dengan tabletnya, sedang membuat semakan tentang jadualnya manakala pa sedang menjawab panggilan telefon.

Aku mengeluh dalam hati sekadar menggambarkan betapa aku enggan bertembung dengan mereka lagi - lagi seawal pagi ini.

'Kenapala aku ada kelas pagi - pagi macam ni ' kata - kata penyesalan ini hanya muncul sebagai desis hati semata.

Kaki aku masih melangkah mendekati meja makan. Kelihatan Mak Yam sedang menghidangkan sarapan untuk aku. Kerusi di hadapan ma di tarik sebelum punggungku dilabuhkan di situ.

"Mel, make sure tomorrow you go for date with Haikal " arahan ma seolah angin yang menyapa telinga aku.

Inilah faktor kenapa aku enggan bertembung dengan mereka, pagi - pagi lagi dah spoilkan mood aku.

"I have class " penipuan yang sama aku berikan setiap kali ma mengaturkan date aku dengan sesiapa yang dia berkenan.

"Pa dah check jadual kelas Mel dan esok Mel free " pa bersuara setelah lama berdiam.

"I'm not going. Stop pushing me like you do really know me " putusku sebelum bangkit dari meja makan. Baik aku breakfast di kolej saja nanti.

"Mel! You have to go and I know you're going to go. And please stop wearing those ugly clothes " kata - kata ma membuatkan aku tersenyum sinis.

"Really? Apa yang membuatkan ma yakin? Dan ma takde hak untuk komen apa apa pasal Mel lepas apa yang ma dan pa dah buat. Ops! Maybe ma dah lupa." sindirku sebelum beredar, kunci kereta dari kotak kunci di capai.

Aku melangkah menuju ke garaj kereta. Segera aku meloloskan diri masuk ke perut kereta aku. Ikutkan hati, aku ingin tinggal sendiri saja. Namun, pa awal - awal lagi sudah memberikan aku amaran. Nak tak nak aku perlu menuruti jua, lagi pula aku tiada keberanian untuk tinggal sendirian.

Kereta Swift putih aku membelah jalan menuju ke destinasi di mana kolej aku terletak. Sepanjang perjalanan aku sempat terfikir tentang cubaan ma yang sering gagal dalam menjodohkan aku dengan anak - anak temannya. Ma seolah lupa tentang apa yang pernah dia lakukan pada aku suatu ketika dulu.

***

Setelah selamat tiba di kolej, aku menuju ke kafe untuk membeli sandwiches sekadar untuk mengalas perut. Lagipun aku enggan gastrik aku menyerang saat - saat sedang belajar nanti. Nampaknya keadaan kafe masih lenggang, mungkin kerana tidak ramai yang mempunyai kelas pagi.

Kelihatan dari jauh, kaunter yang menjual roti dan sandwiches kosong. Aku merungut pilu saat melihatnya namun saat itu aku sedar bahawa masih terdapat satu lagi set sandwiches. Seraya itu, aku melajukan langkahku untuk mencapainya.

Namun, sudah ada tangan yang mengambilnya terlebih dahulu. Aku terkejut dengan apa yang terjadi, malah lelaki itu segera membayar dan beredar.

Akhirnya,aku memutuskan untuk membeli sekotak susu sebagai ganti. Namun hati aku masih tersimpan sedikit rasa sebal dengan apa yang terjadi. Tapi nak buat macam mana, bukan rezeki aku.

***

Setelah tamat saja kelas pada pagi itu, aku berjalan menuju ke perpustakaan memandangkan masih awal lagi waktu lunch dan aku juga malas untuk pulang ke rumah. Aku mengambil tempat biasa yang aku duduki dan sememangnya tempat tersebut agak jauh dari kumpulan lain serta jarang sesiapa duduk di situ.

Namun, hari ini sedikit berbeza kerana kelihatan seseorang sedang duduk di situ. Tetapi itu bukan alasan untuk aku duduk di tempat lain kerana aku suka duduk di situ. Selain jauh dari pelajar lain, aku dapat menikmati permandangan dari sisi tingkap di situ.

Aku menarik kerusi di situ dan duduk sedikit jauh dari lelaki tersebut memandangkan meja tersebut memuatkan 6 kerusi. Laptop aku keluarkan dari beg sebelum memulakan kerjaku.

Kaca mata aku dibetulkan beberapa kali sekadar menghilangkan perasaan kurang enak aku kerana aku terasa seolah di perhatikan.

Aku mengangkat wajahku dari skrin laptop dan menyedari ada mata yang memerhati aku. Aku membalas pandangan tersebut dengan kerutan kerana aku kurang selesa dengan apa yang dia sedang lakukan.

"Excuse me? " panggilku bagi mematikan pandangan lelaki tersebut.

"Mm, sorry sebab saya buat awak tak selesa. Saya Zarith " lelaki berbaju hitam tersebut memperkenalkan dirinya.

"Okay " aku segera menyambung aktiviti aku kerana aku tidak tahu ingin memberikan response apa.

"Sorry about this morning. Saya tak sengaja dan tadi saya rushing sangat. Sorry again " Zarith bersuara dengan wajah yang serba salah. Terbit juga rasa serba salah kerana membiarkan dia bersuara sendiri lagipun isu ini agak kecil untuk terus dibualkannya.

"It's okay. Its just a sandwiches " aku berharap Zarith tidak meneruskan perbualannya kerana aku janggal untuk berbual dengannya.

"Thanks. Tapi sebagai tanda maaf saya dan tanda perkenalan kita hari ni. Jom, lunch sekali " ajakkan Zarith mendatangkan kerutan. Aku pelik dengan ajakkan Zarith tapi belum sempat aku membalasnya dia terlebih dahulu bersuara semula.

"Jangan salah faham, saya ikhlas dan takde niat apa apa pun. Betul " Zarith cuba menyakinkan aku seolah tahu apa yang aku fikirkan.

"Takpe, saya tak lapar " malangnya ketika itu juga perut aku berbunyi sedikit. Segera aku menundukkan kepala aku. Memalukan betul, haih kenapala waktu macam ni juga dia nak berbunyi. Mungkin sebab sudah masuk waktu lunch.

"Hm, nampaknya bukan awak yang lapar tapi perut awak. Kalau awak tak lapar, fikirkanla pasal perut awak yang lapar tu " sekali lagi Zarith mengajak aku bersama dengan senyuman manisnya.

Nak tak nak aku mengemaskan barang aku sebelum bangun dari kerusi dan melangkah keluar bersama Zarith.

Aku mengambil tempat biasa yang sering aku duduki setiap kali datang ke kafe ini. Zarith mengambil tempat di hadapan aku bersama dengan senyuman di bibirnya.

Baru aku sedar tentang tabiat Zarith yang mudah menguntumkan senyuman. Terbit rasa cemburu dengan keadaannya.

"Awak nak apa? Saya belikan " Zarith bersuara bagi menghilangkan kesepian antara kami.

"Hm, saya nak nasi goreng dengan air barli sejuk " nak tak nak aku memesan menu yang aku mahu. Dah orang nak belanja, aku turutkan saja. Lagipula aku taknak hal ini berterusan. Lagi cepat selesai, lagi bagus.

"Okay, kejap. Saya pergi belikan " setelah menerima anggukan kecil dari aku, Zarith menyusun langkah ke kaunter untuk membeli makanan kami.

Beberapa minit kemudian, Zarith datang sambil menatang dulang yang berisi makanan kami. Nampaknya Zarith order menu yang sama dengan aku.

Mungkin memudahkan kerja untuk menyediakan makanan kami.
Aku memerhati penampilan Zarith kerana saat ini baru aku melihat Zarith yang berhadapan dengan aku.

Penampilannya sempurna untuk seorang penuntut lelaki. Kemeja kelabunya disingsing rapi sehingga ke lengannya bersama dengan baju hitam di dalamnya. Kematangannya semakin terserlah dengan kaca mata yang terletak elok pada hidungnya.

"Actually saya baru start transfer ke sini hari ni " Zarith memulakan perbualan antara kami. Aku sedar sememangnya sejak dari tadi dia yang memulakan dahulu perbualan kami dan aku serba salah pula untuk mengabaikan dia.

"Ouh, course apa? " aku bertanya sekadar untuk berbahasa, enggan dianggap sombong walaupun kenyataanya aku enggan melayannya.

"Engineering. Awak pun kan? " soalannya membuatkan aku pelik. Macam mana dia tahu, bukan ke tadi dia cakap dia baru transfer sini ke.

"Tadi saya perasan awak masuk kuliah yang sama dengan saya " Zarith menerangkan keadaan sebenar bagi mengelakkan salah faham dari aku.

"Ouh, I see " aku mengangguk kecil saja.

"Boleh tak kita berkawan?" tanya Zarith tiba - tiba.

"Hah?"aku bertanya khepadanya kerana aku kurang mendengar apa yang dikatakan kepada aku.

"Memandangkan saya baru kat sini dan awak orang yang pertama saya nampak dan jumpa. Boleh tak awak jadi kawan saya?" Zarith mengulangi soalannya sambil menggosok belakang kepalanya. Bagi menghilangkan malunya, mungkin.

"Apsal nak berkawan dengan saya pula? Mustahilla takde orang nak dekati orang yang macam awak" nasib baik aku tak terlepas cakap untuk mengatakan yang dia kacak. Haishla, mulut.

"Haha, awak mesti nak cakap yang takkanla takde orang nak berkawan dengan saya. Ada tu memanglah ada, tapi tak salahkan kalau saya nak berkawan dengan awak?" dia menjawab dengan nada yang agak tegas.

"Okey, terpulanglah kat awak sama ada nak berkawan dengan saya ke tak" aku bersetuju sahajalah. Orang nak berkawan, takkanlah aku nak menolak pula.

"Zarith Haikal Dato' Ismail" ujar Zarith.

"Ouh, kiranya awak one of student yang loaded kat sini " simpulku sekadar berbasa - basi.

"Haha, takde yang tahu pun. Lagipun bukannya harta saya mahupun harta keluarga saya. Semua tu pinjaman Allah saja. Memang takde yang tahu tapi memandangkan kita kawan dan saya tahu awak bukan macam perempuan lain sebab tulah saya cerita kat awak" ujar Zarith.

"Apsal cakap saya bukan macam perempuan lain?" psiko ke mamat ni. Aku agak curiga dengan Zarith tapi dia nampak jujur saja.

"Kalau yang lain mestila senang je dekati. Kalau orang lain akan toleh banyak kali dan bila nampak saya tapi awak biasa saja. Dan yang penting, awak tak hipokrit" jelas Zarith sambil tersenyum.

"Ouh, awak stalker erh?" dugaku dengan penuh curiga dan tanda tanya. Habislah aku kalau berkawan dengan mamat yang psiko macam dia ni.

"Saya hanya tengok benda yang saya suka je. So, apa nama awak erh?" kata - katanya yang awal tadi agak kurang jelas, yang aku dengar dia tanya nama aku.

"Johanna Emelda. Dahlah, saya dah habis dah. Saya pergi dulu, lagipun saya nak siapkan kerja tadi" aku menjawabnya sebelum bangun untuk beredar.

"Jap" Zarith bersuara sebelum mengejar aku dan berjalan bersama aku.

"Awak memang tak pandai senyum erh?" soal Zarith selamba.

"Entah, apsal?" aku pula yang pelik dengan mamat sorang ni.

"Sebab saya tak pernah tengok awak senyum. Ketawa jauh sekalilah kan? Kenapa erh?" amboi, directnya mamat ni.

"Entah, tak rasa nak buat semua tu" setelah menjawab pertanyaan dia, aku melangkah laju meninggalkan Zarith.

'Mystery girl with special attitude' desis hati Zarith sebelum melangkah ke arah teman - temannya.

***

Lot of 💖

Continue Reading

You'll Also Like

6.8K 216 14
βπ’œπ“ƒπ’Ή 𝒢𝓉 π“π’Άπ“ˆπ“‰ 𝐼 π“ˆπ‘’π‘’ 𝓉𝒽𝑒 𝓁𝒾𝑔𝒽𝓉 π’œπ“ƒπ’Ή 𝒾𝓉'π“ˆ 𝓁𝒾𝓀𝑒 𝓉𝒽𝑒 π’»π‘œπ‘” π’½π’Άπ“ˆ 𝓁𝒾𝒻𝓉𝑒𝒹 π’œπ“ƒπ’Ή 𝒢𝓉 π“π’Άπ“ˆπ“‰ 𝐼 π“ˆπ‘’π‘’ 𝓉𝒽𝑒 𝓁�...
2.3K 240 25
❛apa akan jadi kalau pelajar nakal sebenarnya memendamkan perasaan kepada pengawas yang disegani nan dihormati ?❜ entah , aye un nggak tau mueheheh ~...
65.4K 4.1K 31
[FANTASY] Larriance sebuah negara yang dijuluki dengan kemodenannya, kemegahannya, kekayaannya. Jauh dari kemondenan negara itu terdapat satu desa ke...
6.8K 628 26
Dia bukan Saidina Nuaiman,dan dia tidak sesempurna sahabat Nabi itu.Namun aku janji,dia ialah Nuaiman yang terbaik dalam hidupku-Dayana Suhaila Mungk...