Te Amo [Rahsia] ✔

By aimegabriella_

4.7M 181K 9.8K

[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma s... More

∣ Te Amo ∣
💔 Chapter 1
💔 Chapter 2
💔 Chapter 3
💔 Chapter 4
💔 Chapter 5
💔 Chapter 6
💔 Chapter 7
💔 Chapter 8
💔 Chapter 9
💔 Chapter 10
💔 Chapter 11
💔 Chapter 12
💔 Chapter 13
💔 Chapter 14
💔 Chapter 15
💔 Chapter 16
💔 Chapter 17
💔 Chapter 18
💔 Chapter 19
💔 Chapter 20
💔 Chapter 21
💔 Chapter 22
💔 Chapter 23
💔 Chapter 25
💔 Chapter 26
💔 Chapter 27
💔 Chapter 28
💔 Chapter 29
💔 Chapter 30
💔 Chapter 31
💔 Chapter 32
💔 Chapter 33
💔 Chapter 34
💔 Chapter 35
💔 Chapter 36
💔 Chapter 37
💔 Chapter 38
💔 Chapter 39
💔 Chapter 40
💔 Chapter 41
💔 Chapter 42
💔 Chapter 43
💔 Chapter 44
💔 Chapter 45
💔 Chapter 46
💔 Chapter 47
💔 Chapter 48
💔 Chapter 49
💔 Chapter 50
Epilogue

💔 Chapter 24

84K 3.2K 46
By aimegabriella_

Love,
I'll always be your king.

👑



Pening.

Perkara pertama yang aku fikirkan bila aku tersedar. Dan perkara kedua ialah --- lapar.

Rasanya aku belum habis makan burger aku tadi. Kenapa aku tidur pulak ni? Pelik. Tak pernah pernah aku buat perangai macam ni. Makan belum habis, boleh tidur pulak.

Perlahan-lahan aku bangun, sambil memegang kepala yang terasa berat. Sakit yang mencucuk-cucuk. Tapi aku paksakan diri aku bangun. Aku lapar. Baru dua tiga langkah ke pintu bilik, aku terdengar suara macam orang tengah.. bergaduh.

"Ni semua salah kau!"

"Cakap la apa kau nak. Tak hilang duit aku satu sen pon.."

"Kalau bukan kau yang tergila-gilakan dia, dia takkan mengandungkan anak kau la!"

"Habis tu.. takkan dia nak mengandung anak kau pulak.."

"Kau ni memang biadap, kan? Apa jenis manusia kau ni, hah?!!"

Aku menghampiri pintu bilik. Tak berniat nak keluar. Cuma nak tengok je siapa yang berani berani menjerit-jerit dalam rumah aku ni. Hello, ni bukan pusat karaoke yang kau boleh nak jerit sesuka hati. Disebabkan dia menjerit-jerit ni la kepala aku jadi pening balik. Makin sakit. Tekak rasa loya.

"Takyah la emo sangat. Dia tu bawak anak aku. Tahulah aku nak bela dia macam mana.."

"Bela? Kau pikir dia kucing, nak main bela bela?!"

"Eh, kau cakap slow slow sikit boleh tak? Yang kau nak terjerit-jerit ni apahal?"

"Aku ni memang dah lama tak puas hati dengan kau. Kau pikir aku taktau, siapa kau sebenarnya..?"

Aku tekup mulut. Rasa macam nak muntah. Kepala aku sakit sangat. Macam nak pitam. Oh please, baby, jangan buat hal sekarang..

"Really? Wow.. aku curious jugak. Siapa aku eh?"

"Kau ni kan--"

"Uwekk.." aku terus berlari ke bilik air didalam bilik aku. Terdiam terus manusia-manusia yang sibuk bertengkar di ruang tamu tu. Segala isi perut aku muntahkan. Actually, tak ada apa pun yang keluar selain air liur. Tapi dia punya perit tu macam aku muntahkan sekali jantung dengan paru-paru aku. Eh, over. Tapi serious perit gila.

Dan rasa perit itu beransur hilang bila aku terasa ada seseorang mengusap lembut belakang badan aku. Ada la lega sikit. Tapi tekak masih rasa sakit. Tak tahan, aku telan terus air sinki. Kemudian aku basahkan muka yang terasa berbahang. Kepala berdenyut-denyut.

Sabarlah, Reen. Orang mengandung memang macam ni.

Aku melangkah keluar dari bilik air sambil dipapah oleh seseorang. Sumpah aku tak larat nak jalan. Nak buka mata pun macam hidup segan mati tak mahu je.

"Beb, kau ok tak weh?" Azra menepuk lembut pipi kanan aku beberapa kali. Rupa-rupanya yang beria papah aku jalan ni Azra. Nasib baik dia. Bukan manusia yang separuh gila separuh siuman tu.

"Pening ke? Nak aku ambik ubat?" Azra mula acah-acah caring. Padahal sebelum ni aku demam sampai kena tahan wad pun, tak ada pulak dia nak prihatin bagai. Lagi ajak aku lepak ada ah. Gaya macam aku sihat wal-afiat je. Sekarang ni baru nak tunjuk baik? Tak guna punya member.

Aku biarkan soalan dia pergi dibawa angin. Malas nak bercakap. Sakit tekak tak hilang lagi. Elok saja punggung aku mendarat di atas kerusi di meja makan, segelas air suam dihulurkan ke arah aku. Good. Memang ni yang aku perlukan sekarang. Terus aku teguk air itu laju laju. Haus. Plus, aku nak hilangkan sakit tekak ni. Rasa macam tekak aku ditumbuhi batu cengkerang yang dikerumuni bakteria yang memedihkan. Acid, for example.

Gelas yang dah kosong aku letak di atas meja. Aku tarik nafas dalam-dalam, sambil mengurut dada. Kemudian aku berdehem sedikit, betulkan balik urat-urat saraf aku yang dah berbelit sebab muntah yang tak melegakan apa-apa tu. Air liur je yang keluar, beb! Kau rasa?!

"Sayang? Are you okay?"

Suara itu. Rayyan.

Aku terlupa yang dia ada di sini. Malang nasib kau harini, Reen. Aku angkat wajah, memandangnya sipi-sipi. Takut. Mana tahu dia tiba-tiba nak lempang aku sebab aku pregnant anak dia. Tipulah kalau dia happy, kan?

Mesti dia nak suruh aku gugurkan baby ni.

Hell no!

"You okey tak ni?" dia melutut di hadapan aku. Kedua belah tapak tangan aku dibawa ke dalam genggamannya. Seram. Sumpah seram.

"Better." hanya sepatah.

"Kita pergi klinik, eh?" lembut suaranya. Tak ada tanda-tanda macam nak mengamuk.

Fuh..

Ke sebab dia nak aku gugurkan baby ni dekat klinik nanti?

"Taknak.." perlahan pulak suara aku. Macam mengada pun ada.

"You pregnant ni, dah check doctor belum?" dia meramas lembut tangan aku. Taktahu apa maknanya, tapi macam caring je.

Please, jangan tertipu lagi, Reen.

"Belum.."

"Habis tu, you guna pregnancy test je?" Keningnya bertaut.

"Hmm.." apahal makin mengada suara aku ni?!

"Jom la sayang.. Kita check eh? I nak tahu, baby I sihat ke tak.." Dia pun dah mula gaya kasanova dia. Dia tak marah aku pregnant? Seriously? Oh, plissss.. Jangan tanya kenapa kalau aku cair lagi sekali. Tak nakk.. Tak nak suka dia.. Nak nangisss...

Jangan Reen.. jangan.

JANGAN SUKA DIA LAGI!

Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba tenangkan cik hati dan cik jantung yang makin beria mengepam darah. Over betul. Entah kenapa aku berdebar sangat. Bukannya dia cium aku pun. Suka over. (ーー;)

Siapa yang over tu?

Aku ke?

Heh..

"Jom.." dia bangun berdiri, menarik aku bangun bersamanya. Aku mengeluh. Perasaan aku berbolak-balik. Gundah-gulana.

"Taknak." Aku duduk semula. Tetapkan hati aku. Jangan ikut dia. Jangan dengar cakap dia. Jangan kalah dengan dia. Jangan suka dia.

Jangan.

"Janganlah macam tu.." dia memujuk lagi. "It's okay.. Jangan takut. Doctor tu check, tak sakit pun.."

"Aku cakap taknak, taknak lah!" Aku membentak marah. Tak adalah marah sangat pun. Pura-pura je. Kalau aku mengikut je, serupa aku masuk balik rumah dia tu. Jadi kuli batak dia sampai bila-bila. Gila.

"Beb.. Asal ni?" Azra mengusap bahu aku. Baru aku tersedar yang aku macam dah over. Memang dari tadi aku dah over, kan? Nak cover, cepat-cepat aku pegang kepala. Pening. Siap picit-picit kepala. Macamlah sakit sangat.

Tak habis-habis menipu. Hmm... baby jangan tipu-tipu macam ni, okey? Tak baik.

Aku usap perut pula. Sedih.

"Teruk alahan kau ni beb.. Pergi klinik la. Dengan aku, jom." Azra pulak mengajak. Dah kenapa Azra naik satu bot dengan Rayyan pulak ni? Aduhh..

Aku cuba memberi isyarat mata pada Azra, menunjukkan yang aku taknak pergi dengan Rayyan.

Azra mengangguk. "Yaa.. dengan aku. Jom."

Terus dia tarik aku bangun. Ish, apa hal semua orang nak tarik-tarik ni? Stress tau tak?!

"Alaa.. burger aku.." tiba-tiba aku terpandangkan burger aku yang masih separuh di atas meja. Sedapnya.. Baru teringat yang aku ni sebenarnya lapar. LAPAR.

"Nanti aku belanja burger McD. Sekarang, klinik dulu." Azra mengeraskan suara. Konon-konon guna kuasa veto la tu? Hak tuiihhh...

"McD?! Serious shit?!!" Aku dah melompat teruja. "Yay yay!! Burger McD! Wohoo!!" Dah lama tak makan McD ni. Sebulan lebih! Ada orang nak belanja pulak tu. Gila kau tak happy?!

"Hey hey, sayang.. Jangan la melompat sangat. Kesian baby.." cepat-cepat Rayyan tahan aku. Pergelangan tangan aku ditahan, tak kasi aku lompat. Ish, spoil betul la. Rosak mood aku nak jumpa Papa Clown.

Aku perasan Azra memandang Rayyan semacam. Teruk betul gaduh dua ekor ni. Aku kahwinkan karang...

"Jom weh. Kang kau tak muntah, aku pulak yang muntah." Terus Azra tarik tangan aku, menghala terus ke pintu utama. Sementara tangan kiri aku masih dalam genggaman Rayyan. Kuat pulak dia pegang tangan aku. Sudahnya, aku tersekat di tengah-tengah.

"Lepaslah. Kau apa hal?" Azra memandang tajam ke arah Rayyan.

"Kau la lepaskan dia." Rayyan taknak mengalah.

"Eh, apa hal aku pulak?"

"Ni awek aku. Biar aku je yang uruskan dia."

"Wait. Dia ni awek kau?" Suara Azra kedengaran sinis. "Dia jadi awek kau dah berapa lama? And aku pulak dah jadi best friend dia berapa lama? Pikir sikit."

"So what? Dia mengandung anak kau ke?" Rayyan tarik kuat tangan aku, sehingga aku terdorong ke arahnya.

"Kau jangan nak biadap eh. Ikut aku, Reen!" Azra pulak menarik tangan aku kuat-kuat sehingga aku terdorong ke arahnya pula. Sakit kedua belah tangan aku.

"Aku cakap, lepaskan dia!" Rayyan pulak tarik tangan aku.

"Kau la lepas!" Azra nak menang. Lagi kuat dia tarik tangan aku.

Pening. Aku pening.

"Eii lepas lah!" Aku menjerit kuat. Kedua-dua belah tangan aku, aku tarik semula. Letih la main tarik-tarik ni. Aku sakit. Baby stress.

"Reen.."

"Sayang.."

"Tak payah panggil panggil aku. Aku boleh hidup la kalau korang takde pun! Tahu la aku nak jaga diri aku macam mana! Korang peduli sangat kenapa?! Mak bapak aku dah buang aku. Yang korang nak baik sangat dengan aku kenapa?! Buang je aku! Anggap aku tak wujud! Senang! Aku cakap aku mengandung, terus korang percaya! Tak reti pikir ke yang aku ni menipu ke apa, hah?! Aku pura-pura pun kau percaya je bodoh-bodoh, kan? Apa kau nak dari aku sebenarnya, hah?!" Aku mengamuk. Stress. Sangat stress.

Tanpa aku sedar air mata aku dah mengalir. Demi tuhan, aku sangat sangat tertekan. Macam macam masalah aku hadapi, dalam masa yang sangat singkat.

Siapa je boleh tahan?

Baby, tolong mama..

"Sayang, I'm so sorry.."

"Beb.. aku.."

"Aku taknak dengar apa-apa! Korang keluar dari rumah aku. Keluar! Sekarang! Sebelum aku naik gila, baik korang keluar. Keluar!!!" Macam orang gila aku terjerit-jerit. Tapi mereka berdua masih kaku. Sedikit pun tak bergerak. Seolah-olah mereka terkejut dengan perubahan emosi aku yang mendadak.

Sumpah yang ni aku tak pura-pura.

"Get lost!" Aku berlari masuk ke dalam bilik, sambil menangis. Berdentum bunyi pintu aku hempas.

Dan aku terus menangis.

Dan menangis.

Bye burger McD. Bye Papa Clown. Harini Reen stress.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 76.1K 75
"Our encounter is a mathematical formula." In which story where's a dwarf, meet her prince charming.
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
1M 86.5K 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula...
144K 11.1K 34
𝐌𝐑. 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏.𝟎 "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧" ~𝐌𝐫. 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐇𝐚𝐜𝐤𝐞𝐫~ 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭: 𝟏...